The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sauzana Sulaiman, 2020-04-13 23:21:15

BAB 12 : Sumber Air

Oleh : Chegu NaNa

Bab

12 Sumber Air

Nota Ekstra

12.1 Jenis-jenis Sumber Air

1 Jumlah hujan di Malaysia : lebih kurang 2 500 mm hingga 3 000 mm setahun.
2 Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu:

(a) Air permukaan seperti air sungai, paya, tasik, kolam dan empangan serta laut.
(b) Air bawah tanah seperti air bawah tanah atau akuifer.

Hujan

Sejat peluhan

Wap air

Air bawah tanah Air larian permukaan

Proses kitaran air

12.2 Punca Krisis Air di Malaysia

1 Krisis air merujuk kepada kekurangan dan kesukaran mendapatkan sumber air untuk digunakan.
2 Punca krisis air di Malaysia ialah:

(a) Penebangan hutan yang menjadi kawasan tadahan air dan legeh sungai.
(i) Hutan merupakan ekosistem yang bertindak sebagai ‘span’ yang menyimpan sumber bekalan air bersih.
(ii) Penerokaan hutan secara meluas dalam kegiatan pembalakan dan pertanian menjadi punca hakisan tanah.
(iii) Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air.
(b) Fenomena cuaca
(i) Fenomena kemarau dan El Nino yang berpanjangan menyebabkan krisis air di Malaysia.
(ii) Kesan: Penyusutan aras simpanan air di empangan ke tahap kritikal.
(c) Pencemaran sumber air
(i) Pembuangan sisa domestik ke dalam sumber air menyebabkan air menjadi kotor dan tidak selamat

digunakan serta menjejaskan kesihatan manusia.
(ii) Punca pencemaran air: aktiviti perkilangan, penternakan, pertanian dan aktiviti harian manusia.
(d) Pertambahan penduduk yang pesat
(i) Penggunaan sumber air tercemar akibat aktiviti domestik dan pelbagai kegiatan ekonomi.
(ii) Semakin ramai penduduk, semakin banyak aktiviti dijalankan menyebabkan pencemaran meningkat.
(e) Kepesatan ekonomi
(i) Perkembangan pelbagai industri seperti perkilangan, pertanian dan pelancongan (pertambahan bilangan

hotel dan restoran) menyumbang kepada peningkatan pencemaran.

1

(f) Sikap dan tabiat pengguna
(i) Tarif air yang rendah dan sumber air yang banyak menyebabkan masyarakat kurang berhemah dalam

penggunaan sumber air.
(ii) Didikan awal yang tidak berkesan menyebabkan pengguna melakukan pembaziran.

12.3 Kesan Krisis Air di Malaysia

1 Kekurangan bekalan air bersih
(a) Bekalan air bersih terpaksa dicatu apabila berlaku krisis air.
(b) Menyukarkan kegiatan harian penduduk dan mengganggu sektor perindustrian.
2 Kesan ke atas tanih
(a) Menyebabkan tanah menjadi kering-kontang dan mengubah tekstur tanih.
(b) Memberi kesan terhadap kegiatan pertanian seperti penanaman padi serta tanaman makanan seterusnya

menjejaskan bekalan makanan dan hasil pengeluaran negara.
3 Kepupusan flora dan fauna
(a) Flora dan fauna mati dan pupus sehingga menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem yang dapat

mengancam kehidupan manusia.
(b) Pencemaran air pula memberi kesan buruk terhadap hidupan akuatik.
4 Kemudaratan kepada manusia
(a) Penyakit bawaan air boleh menular kepada manusia setelah bekalan air bersih tercemar.
(b) Sebagai contoh, penyakit bawaan air ialah taun, demam kepialu dan leptospirosis.

12.4 Langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air

1 Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujan
(a) Hutan di kawasan tanah tinggi berperanan sebagai kawasan tadahan hujan.
(b) Pengekalan kawasan ini dapat menjamin kelangsungan sumber bekalan air bersih.

2 Penguatkuasaan undang-undang
(a) Pihak berkuasa perlulah sentiasa memantau pengusaha industri yang sering melakukan pembuangan sisa
toksik dan bahan buangan kimia ke longkang dan sungai.
(b) Pemantauan juga perlu dijalankan terhadap penggunaan baja kimia dan racun serangga supaya pengusaha
mengikut piawaian yang ditetapkan.

3 Rawatan air kumbahan
(a) Merupakan proses pengasingan bahan pepejal dari sumber air tercemar.
(b) Air tersebut akan dirawat, ditapis dan dilepaskan ke sungai untuk menjadikannya selamat digunakan.

4 Meneroka air bawah tanah
(a) Dianggarkan hanya 3% air bawah tanah yang telah diteroka di Malaysia.
(b) Air bawah tanah di Malaysia mampu diekstrak sebanyak enam bilion meter padu setahun.

5 Kempen kesedaran terhadap alam sekitar
(a) Kempen kesedaran melalui pendidikan formal dan tidak formal sangat penting untuk menyedarkan
masyarakat tentang penjagaan alam sekitar.
(b) Di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi, penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan alam sekitar adalah amat penting dilaksanakan.
(c) Terdapat pengenalan pelbagai mata pelajaran yang diterapkan elemen alam sekitar seperti Geografi, Sains,
Pendidikan Sivik, Pengajian Alam Sekitar dan sebagainya.
(d) Pelbagai pihak seperti jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan media massa turut memainkan peranan
penting dalam melaksanakan kempen bagi menyedarkan orang awam.

2


Click to View FlipBook Version