DIPLOMA:
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
NAMA KURSUS:
BERMAIN SEBAGAI PEDAGOGI DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
KOD KURSUS:
AAK2072
TAJUK:
LAPORAN PERMAINAN KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH:
NUR SOLEHAH BINTI WAHAB
NO. MATRIK:
PID21142
NAMA PENSYARAH:
ENCIK KHAIRUL SYAFIQ BIN RAZALI
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SEMESTER 1 SESI 2022/2023
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN..............................................................................................................4
2.0 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK ..........................................................................5
3.0 PERMAINAN KANAK-KANAK YANG DI MAINKAN ................................................6
4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERMAINAN YANG DIMAINKAN.....................7
5.0 KESAN PERMAINAN YANG DIMAINKAN OLEH KANAK-KANAK .......................9
5.1 PERKEMBANGAN SOSIAL .........................................................................................9
5.2 PERKEMBANGAN FIZIKAL........................................................................................9
5.3 PERKEMBANGAN BAHASA.....................................................................................10
6.0 KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ......11
RUMUSAN..............................................................................................................................13
RUJUKAN ............................................................................................................................... 14
1.0 PENGENALAN
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah
hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu
atau mencapai tujuan tertentu.
Bermain juga dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan
yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Malah, bermain juga bukanlah satu aktiviti
yang dipaksa malah merupakan keinginan semula jadi kanak-kanak. Selain itu, main adalah
aktiviti rutin yang dilakukan oleh kanak-kanak agar mencapai perkembangan yang holistik.
Main dalam kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu main kognitif
dan main sosial.
Melalui permainan kanak-kanak belajar meneroka dunia persekitaran mereka. Di samping itu,
main membantu kanak-kanak beradaptasi dalam persekitaran budaya,masyarakat ,agama dan
adat resam mereka. Main adalah satu aktiviti bersifat spontan dan memberi pengalaman yang
bermakna kepada kanak-kanak. Ini kerana mereka membina konsep, pemahaman dan
kemahiran secara semulajadi. Justeru,ibu bapa dan ahli masyarakat seharusnya memberi ruang
dan peluang untuk setiap kanak-kanak bermain dengan pemantauan dan bimbingan. Para ibu
bapa sebaiknya menerangkan peraturan dan panduan bermain kepada kanak-kanak agar
mereka belajar untuk bertanggungjawab ke atas setiap tindakan mereka.
2.0 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK
NAMA: MUHAMMAD AMMAR BIN AZRUL NIZAM
UMUR: 6 TAHUN
TARIKH LAHIR: 18 OGOS 2016
TEMPAT TINGGAL: ALOR TEBUAN DALAM MUKIM TUALANG,
LANGGAR, KEDAH
BILANGAN ADIK BERADIK: 2 daripada 3 orang
TADIKA/ PRA SEKOLAH: PRA SEKOLAH (SEKOLAH KEBANGSAAN TITI
HAJI IDRIS)
NAMA PERMAINAN YANG BERSOSIALISASI
DIMAINKAN:
3.0 PERMAINAN KANAK-KANAK YANG DI MAINKAN
Permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh Ammar ialah permainan ‘bersosialisasi’
(associate). Ini disebabkan ammar lebih menyukai bermain dan berinteraksi antara satu sama
lain. Dia juga suka mengajukan soalan dan berkongsi bahan-bahan permainan dengan orang
lain. Kanak-kanak yang sebaya dengannya sememangnya banyak mengkaji dan bertanyakan
soalan yang diluar kotak fikiran mereka. Kanak-kanak juga dapat berkenalan dengan ramai
orang yang sebaya dengannya.
Situasi main bersosialisasi ini,kebanyakan masa adalah ditumpukan kepada perkongsian dan
pinjam- meminjam alatan main, bergilir-gilir menjalankan main, berkomunikasi serta bantu-
membantu di antara mereka. Misalnya,dua orang kanak-kanak main membina rumah dengan
blok-blok pelbagai bentuk masing-masing mungkin ada perbincangan mengenai kerja
membina, perkongsian alatan masing-masing, ataupun bantu-membantu dalam proses
pembinaan rumah. Pola main sosialisasi ini adalah banyak dapat diperhatikan di kalangan
kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun.
4.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERMAINAN YANG DIMAINKAN
Setiap permainan mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam sesuatu permainan yang
dimainkan. Begitu juga dengan permainan bersosialisasi ini. Ia mempunyai pelbagai kelebihan
dan kelemahan. Aktiviti bermain sangat memberi pelbagai kelebihan dan kelemahan ketika
bermain.
Antara kelebihan permainan bersosialisasi ini, ia dapat meningkatkan kemampuan
berkomunikasi. Hal ini kerana di sekolah dan di rumah mereka sering berinteraksi sambil
bermain dengan rakan mereka yang lain. Ia memiliki manfaat tertentu untuk
melatihkemampuan komunikasinya. Malah, sosialisasi dengan orang luar, keluarga dapat
membantu kanak-kanak dalam berkomunikasi. Misalnya,mengambil risiko,tanda-tanda sosial
dan cara jadi pendengar yang baik. Kemampuan komunikasi yang dilatih juga bukan hanya
secara verbal tapi juga cara non-verbal.
Selain itu, kelebihan bersosialisasi ialah kepercayaan diri dan kemandirian. Hal ini, mempunyai
ramai kawan kanak-kanak lebih yakin dan berdikari apabila merka membesar. Mereka akan
lebih tabah dan lebih bersedia untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka. Sosialisasi pada
usia awal juga bermanfaat untuk mewujudkan hubungan baru dan tidak takut untuk memulakan
perbualan. Terutama apabila memulakan alam persekolahan,persekitaran dan orang baru. Ianya
menjadi sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak.
Selain itu, kelebihan permainan bersosialisasi ialah berbagi. Sosialisasi mengajar kanak-kanak
untuk mula berkongsi dan mengurangkan sifat pentingkan diri yang menjadi lumrah kanak-
kanak. Dengan kelebihan mempunyai ramai kawan,kanak-kanak akan memahami konsep
perbezaan dan dunia lain di sekelilingnya. Oleh itu, kanak-kanak boleh menjadi lebih kreatif
dan berfikir secara logik.Seterusnya, bersosialisasi juga dapat melahirkan sifat empati. Ia
menjadikan kanak-kanak bersifat baik, mesra, dan mengambil berat antara satu sama lain.
Apabila bersosial,kanak-kanak belajar mendengar,melihat dan bertindak balas terhadap apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Empati mengajar mereka untuk menjadi lebih
terbuka,menerima dan tabah kerana mereka sudah biasa terdedah kepada segala yang
menyentuh hati mereka.
Kelebihan yang seterusnya ialah kanak-kanak dapat menambah rakan. Sudah tentu perkara ini
adalah kelebihan utama mempunyai ramai kawan. Kanak-kanak akan sedar bahawa dengan
bergaul, dia akan mencari orang sehaluan dengannya dan mengajar konsep persahabatan.
Selain itu, mempunyai kawan rapat boleh membantunya meningkatkan perbendaharaan
kata,mewujudkan hubungan yang menggalakkan cara berfikir dengan berbeza, mencari dan
memberi sokongan dan mencipta kenangan sepanjang hayat yang akan kanak-kanak hargai.
Kanak-kanak juga akan memahami pergantungan dan diharapkan oleh orang-orang
sekelilingnya.
Kelemahan yang ada pada permainan ini pula,kanak-kanak yang tidak bersosialisasikan adalah
orang yang sering diabaikan dan terpencil. Daripada mengambil lawatan ke taman permainan
atau bertemu dengan jiran-jiran kanak-kanak yang tidak bersosialisasi sering ditinggalkan
bersendirian. Walaupun ini tidak bermakna ibu bapa tidak hadir,kekurangan sosialisasi
termasuk terhad,minimum atau tidak ada interaksi dengan orang lain atau rakan sebaya
termasuk ibu bapanya. Sebagai contoh,seorang kanak-kanak yang tidak pergi berjaga-jaga
tetapi mengambil bahagian dalam permainan ibu bapanya, pergi ke taman setiap minggu dan
bermain secara tetap dengan rakannya yang sepatutnya terlibat dalam aktiviti bersosialisasi.
Sebaliknya,kanak-kanak yang tidak bersekolah dan duduk di rumah sepanjang hari di hadapan
televisyen atau bermain sendiri pada masa yang sama mungkin akan mempunyai kemahiran
sosial yang serius.
Kesimpulannya,ibu bapa hendaklah membiarkan kanak-kanak bersosialisasi dan melaku kan
aktiviti dengan rakan yang sebaya dengan mereka. Hal ini,kanak-kanak dapat meningkatkan
perkembangan bahasa dan perkembangan sosial dalam diri mereka sendiri. Malah, permainan
bersosialisasi ini juga memberikan pelbagai kelebihan kepada kanak-kanak pada masa akan
datang. Kanak-kanak akan lebih berani dan berkeyakinan semasa berhadapan dengan orang
luar.
5.0 KESAN PERMAINAN YANG DIMAINKAN OLEH KANAK-KANAK
Main mempunyai pengaruh besar ke atas perkembangan menyeluruh kanak-kanak secara
optimum. Secara umum, ibu bapa, guru dan masyarakat mengetahui bahawa bermain dapat
memberi kesan dan manfaat kepada kanak-kanak dari aspek perkembangan fizikal, kognitif ,
bahasa, emosi, sosial dan kreativiti.
5.1 PERKEMBANGAN SOSIAL
Setiap permainan mempunyai kesan yang tertentu. Begitu juga dengan permainan
bersosialisasi yang dimainkan oleh kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak awalnya tidak
menyedari akan lingkungan sosialnya, tetapi kemudian ia memiliki perhatian terhadap sesuatu
barang. Sesuatu barang yang ada disekitarnya menjadi bahan perhatian dan mainan yang boleh
digigit, dipegang,dan memiliki perhatian oran di sekelilingnya seperti keluarga dan orang yang
sering mereka jumpa di luar.
Kesannya, kanak-kanak dapat melihat apa yang mereka rasa akan menjadi tertanam dalam
ingatan peribadi seseorang. Di situlah kanak-kanak mula berkenalan dengan ramai orang
dengan dunia sosial yang lebih luas bermula daripada ahli keluarga, rakan sepermainan,jiran
tetangga ,guru dan masyarakat lain. Maka, akhirnya kanak-kanak itu dapat berintegrasi ke
dalam masyarakat yang lebih luas. Dalam keadaan kebelakangan ini,seseorang kanak-kanak
boleh diambil sikap dan tingkah laku kumpulan.
Sosialisasi juga boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung. Sosialisasi secara langsung
boleh didapati secara bersemuka dalam pergaulan seharian. Sosialisasi tidak langsung boleh
ditemui melalui telefon, surat atau media sosial. Dalam membangunkan kemahiran sosialisasi
pada kanak-kanak diperlukan beberapa kaedah. Ia bertujuan untuk memberi kesan kepada
kemahiran sosial kanak-kanak.
5.2 PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yan berlaku mealalui
pengalaman dalam pelbagai situasi. Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor
kasar da motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor yang melibatkan otot-otot kasar dan halus
kanak-kanak, dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus melibatkan
kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti mengenggam, mengoyak, menggunting,
meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak
mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian. Contohnya
membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut, dan sebagainya. Manakala,
kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan
seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat
gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan
koordasi mata dan tangan mereka untuk mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan
pengawalannya berkaitan dengan kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan sistem
saraf pada otak dan otot badan bekerja bersama.
5.3 PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa pula, kesannya ialah kanak-kanak dapat meningkatkan perbendaharaan
kata dalam percakapan mereka. Malah kanak-kanak juga dapat memberanikan diri untuk
bercakap dan meluahkan soalan kepada guru, rakan sebaya, keluarga dan orang luar. Hal ini
kanak-kanak dapat melawan sifat malu dalam diri dan cuba menjadi seorang kanak-kanak yang
pandai berkata-kata ketika berhadapan dengan orang luar. Oleh itu, ibu bapa dan masyarakat
lain hendaklah membiarkan kanak-kanak bermain permainan bersosialisasi agar mereka boleh
yakinkan diri di hadapan khalayak yang ramai dan mampu membuang sifat malu dalam diri
mereka. Malah, kanak-kanak juga dapat menambahkan kosa kata dalam percakapan mereka
seharian.
6.0 KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Guru sebagai pendidik seharusnya melakukan perancangan yang sangat teliti dalam proses
pembelajaran. Mereka hendaklah menggunakan pelbagai cara untuk memastikan proses
pembelajaran menjadi lebih efektif. Bukan sahaja menggunakan kemudahan terkini yang sedia
ada seperti komputer,telefon pintar bahkan guru juga perlu mengambil alternatif lain bagi
mempelbagaikan proses pembelajaran. Sebagai contoh, guru seharusnya memperkenalkan
unsur bermain dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai contoh untuk aktiviti bermain yang
dapat digunakan oleh guru semasa proses pembelajaran dan pendidikan awal kanak-kanak
termasuk berdrama,bercerita dan lain-lain.
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak,bermain merupakan salah satu pencetus kepada
pertumbuhan perkembangan kanak-kanak terutamanya kemahiran sosial dan emosi. Hal ini
terbukti bahawa apabila kanak-kanak bermain dengan rakan mereka. Ini dapat membantu
kanak-kanak untuk penyesuaikan diri dengan orang lain. Dengan cara bermain juga ianya dapat
memberikan pengalaman yang berguna kepada kanak-kanak bagi meningkatkan kemahiran
sosial dan mereka juga boleh belajar mengawal diri apabila bergaul dengan rakan mereka.
Tambahan pula,aktiviti bermain juga dapat menyumbangkan kepada peningkatan
perkambangan bahasa kanak-kanak dengan cara penggunaan isyarat bahas ketika bermain.
Sistem pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya mengabungkan aktiviti pembelajaran dan
aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak,aktiviti bermain merupakan rutin harian untuk mereka
mengenal dan belajar erti kehidupan. Merek menghabiskan masa dengan cara bermain bersama
rakan sebaya dan membina keperibadian diri semasa bermain. Ini dapat dijelaskan, pengajaran
dan pembelajaran bahasa dengan cara bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan
literasi. Ia dapat dipupuk apabila kanak-kanak bermain dengan rakan mereka. Belajar melalui
permainan merupakan salah satu proses pembelajaran yang melibatkan kesan positif sama ada
gembira,seronok,bersuka ria, serta gelak ketawa sesama mereka.
Sehubungan dengan itu, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak
dari masa ke semasa. Sebagai contoh,Cristie dan Roskos (2009) berpendapat kebanyakan
kanak-kanak mampu mengenal pasti perkataan yang digunakan oleh mereka ketika bermain.
Misalnya, kanak-kanak lebih gemar menggunakan perkataan yang santai ketika bermain.
Mereka lebih peka sekiranya pembelajaran diadakan secara santai tanpa memberikan tekanan
kepada mereka. Justeru itu, belajar melalui bermain merupakan pendekatan terdekat dalam
pembelajaran di peringkat awal kanak-kanak.
Selain itu, perkara ini boleh dibuktikan dengan kajian oleh Hamzah Dadu (1994), Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam buku panduan aktiviti prasekolah telah mengelompokkan aktiviti-
aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu berstruktur, fizikal,
kreatif,kumpulan,imaginatif dan bebas. Bagi memastikan alat pembelajaran dengan cara
bermain akan lebih berkesan, guru seharusnya memantau proses pembelajaran kanak-kanak
serta memberikan pemantauan yang sewajarnya bagi menghasilkan mutu pembelajaran yang
optimum kepada kanak-kanak. Guru merupakan role model dan berperanan penting dalam
proses pembelajaran kanak-kanak terutama sewaktu memberikan bimbingan dan dorongan
ketika proses pembelajaran.
Secara keseluruhannya, proses pembelajaran melalui cara bermain juga adalah bersesuaian dan
sangat penting untuk pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana dengan cara bermain ianya
dapat merancang proses pembelajaran kanak-kanak menjadi lebih efektif kerana ianya adalah
berasaskan persekitaran semulajadi. Guru dan ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam
merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak serta
dapat melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, bermain boleh mengembangkan perkembangan sosial kanak-kanak
sama ada di dalam atau di luar sekolah. Sebenarnya, terdapat banyak aktiviti yang boleh
dilakukan bersama kanak-kanak yang dapat meningkat perkembangan sosial kanak-kanak
malah meningkatkan kemesraan dalam hubungan. Secara semulajadi kanak-kanak akan
mempunyai naluri untuk bermain. Main merupakan aktiviti yang penting dalam kehidupan
kanak-kanak yakni main telah dianggap sebagai satu daripada cara kanak-kanak belajar tentang
dunia persekitaran mereka. Bermain dari perspektif kognitif dan sosial membantu guru untuk
melihat fasa perkembangan main dalam diri kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tidak
bermain mereka akan kehilangan peluang untuk memahami nilai-nilai murni, konsep asas dan
perkembangan alam sekeliling mereka. Hanya dengan aktiviti bermain kanak-kanak boleh
menjelajah dan meneroka alam persekitaran mereka.
Main terbukti memberi manfaat ke atas aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak
meliputi fizikal, kognitif, emosi, bahasa, sosial dan kreativiti kanak-kanak. Oleh yang
demikian, ibu bapa, guru, pengasuh dan masyarakat umum harus memberi galakan dan
dorongan untuk kanak-kanak bermain dengan menyediakan persekitaran yang tersedia untuk
kanak-kanak bermain sambil meneroka. Sepertimana yang dinyatakan oleh Maria Montessori
di mana kanak-kanak mempunyai peringkat umur yang sensitif di mana mereka mampu
menguasai segala maklumat yang diberikan. Guru dan pengasuh khasnya perlu menyediakan
persekitaran yang tersedia untuk kanak-kanak terokai sama ada di dalam bilik darjah atau di
luar bilik darjah. Iklim sekolah harus mesra kanak-kanak agar mereka sentiasa teruja dan
gembira berada di sekolah.
Justeru, main dalam kalangan kanak-kanak sangat perlu diambil serius agar dapat
meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum secara holistik. Oleh itu, ibu bapa
dan guru perlu lebih kreatif bagi menggalakkan kanak-kanak untuk mencuba sesuatu yang
baharu. Contohnya, membina hobi baru yang tanpa disedari mencungkil bakat dan potensi
kanak-kanak. Mereka perlu digalakkan membuat sesuatu yang baharu dengan pelbagai aktiviti
bermain.
RUJUKAN
Abdul Hafiz Abdullah, Naquiah Nahar, Nurhidayu Rosli, Sahrunizam Sangi, Dharsigah A/P
Baniear Salvam. (2018). Impak Negatif Teknologi Moden Dalam Kehidupan dan
Perkembangan Kanak-kanak Hingga Usia Remaja. Article history. International Journal of
Islamic and Civilizational Studies. Vol.5, No.1 (2018) 87-99.
Dhea Shafira,Armanila, Indah Khoirunnish Siregar. (2022). Hubungan Interior Ruang Belajar
dan Bermain Terhadap Perkembangan Sosial Emosional Anak Usia Dini. Journal of Early
Childhood and Character Education. Vol.2, No:1,2022.
Hendi Suhendraya Muchtar, Alifah Indalika Mulyadi Razak. (2018). Bermain Sebagai
Interversi Untuk Meningkatkan Kompetensi Sosial Anak. Jurnal Pendidikan Usia Dini.
Volume 12 edisi 2, November 2018. E-ISSN 2503-0566.
M. Fadlilah, M. Pd. I. (2019). Bermain dan Permainan Anak Usia Dini. E-book, vol. 3, Jun
2019. (ISBN978. 602. 422. 152.2 / ISBN(E) 978.623.218055.0.
Nur Diyanah Hasan, Syaza Hazwani Zaini. (2021). Penerapan Kemahiran Sosial Terhadap
Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, Vol .10 (1). 2021 (25-40). (ISSN 2289-3032/ eISSN 2550-178x0).
Nurkhasani. (2021). Efektivitas Metode Bermain Peran Untuk Meningkatkan Kemampuan
Bersosialisasi Pada Siswa Baru Sekolah Dasar. Dimensi Pendidikan Universitas PGRI
Semarang. Journal. Vol. 17 No. 2, Julai 2021.
Permana Octofrezi, Moh. Toriqul Chaer. (2021). Perkembangan Sosial dan Kemampuan
Sosialisasi Anak Pada Lingkungan Sekitar. Kariman, Volume 09, Nombor 01, Jun 2021.
Nor Fatinah Jaafar, Azizah Zain, Zarina Eshak. (2020). Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu
Perkembangan Sosial Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Bermain Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (special issue), Vol.9, 2020
(52-60), (ISSN 2289-3032/ eISSN 2550-178x).
Siska Iskandar, Indaryani. (2020). Peningkatan Kemampuan Interaksi Sosial pada Anak Autis
Melalui Terapi Bermain Assosiatif. Journal of Health Studies. Vol 14, No.2, September 2020,
pp. 12-18.
Zaifullah. (2019). Kajian Teori Androgini Terhadap Jenis Permainan Dalam Pemahaman
Karakter Gender Anak. Journal, Vol. 11. No.2 Disember 2019: 202-221.