MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak
2 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan bangunan bersejarah. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pemeliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Tarikan pelancong Semangat patriotik Usaha memelihara bangunan bersejarah negara seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Kota A’Famosa di Melaka perlu diteruskan. Tindakan ini akan dapat memastikan generasi muda sentiasa menghargai sejarah. Bangunan-bangunan ini telah menjadi bukti bahawa peristiwa sejarah itu perlu dikenang. Sumber: www.mstar.com.my
3 SOALAN BAHAGIAN A (30 markah) 1. Format penulisan komen: T – menepati tema I – relevan, huraian jelas B – gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas P – sangat menarik dan berkesan Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan bangunan bersejarah. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pemeliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 2. Kehendak / tugasan soalan: i. Calon dikehendaki menghuraikan kebaikan / manfaat / faedah / kelebihan / kepentingan pemeliharaan bangunan bersejarah. ii. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan iaitu: - Memastikan generasi muda sentiasa menghargai sejarah - Meningkatkan semangat patriotik - Menjadi tarikan pelancong iii. Calon perlu menyentuh semua bahan sama ada sebagai idea utama, idea sampingan, contoh, pendahuluan atau kesimpulan. iv. Sekiranya calon menyentuh semua bahan dan menambah idea lain berkaitan dengan kepentingan pemeliharaan bangunan bersejarah - diterima dan disemak seperti biasa. v. Jika calon tidak menyentuh semua bahan – maksimum peringkat KEPUJIAN. vi. Calon yang menulis melebihi 210 patah perkataan atau hingga ayat itu berakhir – maksimum peringkat KEPUJIAN. vii. Sekiranya calon menulis kurang daripada 140 patah perkataan - maksimum peringkat MEMUASKAN.
4 Panduan Pemarkahan Tambahan viii. Sekiranya calon menghuraikan usaha-usaha dan dikaitkan dengan kebaikan – maksimum MEMUASKAN. ix. Sekiranya calon menulis perenggan pendahuluan kemudian menyalin bahan ayat-ayat daripada bahan tanpa huraian – maksimum TMTPM (4-5 markah) x. Sekiranya calon tidak menulis perenggan pendahuluan tetapi hanya menyalin ayat-ayat daripada bahan tanpa huraian – maksimum TMTPM (2-3 markah) • Jika calon menulis dalam bentuk poin – maksimum peringkat TIDAK MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN MINIMUM (TMTPM) SOALAN BAHAGIAN B (70 markah) 1. Format penulisan komen: T – menepati tema I – relevan, huraian jelas B – gramatis dari segi kata dan ayat, kosa kata luas P – sangat menarik dan berkesan Soalan 1 Kuih tradisional seperti lepat pisang, kuih bakul dan muruku menjadi satu keunikan dan identiti kaum yang terdapat di Malaysia. Namun begitu, hidangan istimewa ini semakin dilupakan oleh generasi kini. Tidak menepati selera, tiada pendedahan awal dan sikap lebih mengagungkan makanan luar negara dianggap penyumbang ke arah situasi ini. Kita perlu mencontohi rakyat negara Jepun yang berbangga menyajikan makanan warisan mereka biarpun telah menjadi negara maju. Sumber: Dewan Budaya, Bil 5/2021 Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan kuih tradisional di Malaysia kurang mendapat sambutan daripada generasi kini. Bincangkan faktor-faktor tersebut.
5 Kehendak / tugasan soalan: 1. Calon dikehendaki menghuraikan faktor-faktor yang telah menyebabkan kuih tradisional di Malaysia kurang mendapat sambutan daripada generasi kini seperti yang terdapat dalam petikan iaitu : - Tidak menepati selera - Tiada pendedahan awal - Sikap lebih mengagungkan makanan luar negara Kemungkinan jawapan : 1. Calon menghuraikan semua idea dalam petikan dan idea-idea lain berkaitan dengan faktor – terima seperti biasa. 2. Calon menghuraikan idea lain berkaitan dengan faktor tanpa menyentuh / menyentuh sebahagian sahaja idea dalam petikan – maksimum KEPUJIAN. 3. Calon menghuraikan faktor-faktor yang terdapat dalam petikan secara umum (tidak dikaitkan dengan kuih tradisional) – maksimum KEPUJIAN. 4. Calon menghuraikan idea luar yang berkaitan dengan makanan secara umum / makanan tradisional – maksimum BAIK. 5. Calon menghuraikan langkah-langkah memastikan kuih tradisional mendapat sambutan daripada generasi kini – maksimum MEMUASKAN. 6. Sekiranya calon menghuraikan punca tetapi huraian dikaitkan dengan langkah – maksimum BAIK.
6 Soalan 2 Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menjadikan bidang tersebut diminati oleh golongan muda. Kehendak / tugasan soalan: 1. Calon dikehendaki menghuraikan peranan pelbagai pihak untuk menjadikan bidang pertanian diminati oleh golongan muda. - Pihak kerajaan - Pihak masyarakat - Keluarga - Media massa - Sekolah - Rakan sebaya Kemungkinan jawapan: 1. Calon menghuraikan banyak pihak untuk menjadikan bidang pertanian diminati oleh golongan muda – terima seperti biasa. 2. Calon menghuraikan satu pihak tetapi banyak usaha untuk menjadikan bidang pertanian diminati oleh golongan muda – maksimum KEPUJIAN. 3. Sekiranya calon menghuraikan kebaikan bidang pertanian – maksimum MEMUASKAN. Sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia dalam era selepas kemerdekaan. Namun begitu, sektor pertanian kian terpinggir dalam kepesatan pembangunan dan kemajuan negara walaupun peranannya masih sangat relevan. Golongan muda pula lebih selesa menganggur berbanding dengan menceburi bidang pertanian. Sumber: animhosnan.blogspot.com
7 Soalan 3 Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa cabaran untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda. Bincangkan. Kehendak / tugasan soalan: 1. Calon dikehendaki menghuraikan cabaran yang dihadapi untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda seperti yang terdapat dalam petikan. - Pengaruh persekitaran - Permainan dalam talian - Kurang galakan daripada ibu bapa Kemungkinan jawapan : 1. Calon menghuraikan semua idea dalam petikan dan idea-idea lain berkaitan cabaran – terima seperti biasa. 2. Calon menghuraikan idea lain berkaitan dengan cabaran tanpa menyentuh / menyentuh sebahagian sahaja idea dalam petikan – maksimum KEPUJIAN. 3. Sekiranya calon menghuraikan langkah / kebaikan memupuk amalan membaca – maksimum MEMUASKAN. Dalam meniti era globalisasi ini, amalan membaca dalam kalangan generasi muda semakin pudar. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa purata pembacaan buku oleh generasi muda hanya tiga jam seminggu. Cabaran utama yang dihadapi oleh mereka untuk membudayakan amalan membaca ialah pengaruh persekitaran, permainan dalam talian dan kurang galakan daripada ibu bapa. Sumber: utusan.com.my/nasional/2021
8 Soalan 4 Penduduk di dunia berkongsi alam sekitar yang sama. Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh disebut sebagai flora dan fauna yang banyak memberikan kebaikan kepada kita. Namun begitu, alam sekitar kini semakin diancam kemusnahan akibat kerakusan manusia. Oleh itu, semua negara di dunia perlu berganding bahu untuk menangani isu ini. Sumber: E-majalah Pembangunan Alam Sekitar, 2021 Kehendak / tugasan soalan: 1. Calon dikehendaki menyediakan teks syarahan tentang tanggungjawab negara-negara di dunia terhadap alam sekitar. - Mengadakan forum / seminar / simposium peringkat antarabangsa - Menyeragamkan undang-undang alam sekitar - Mewujudkan kerjasama serantau - Memperuntukkan dana untuk pemeliharaan alam sekitar - Perkongsian teknologi / kepakaran Kemungkinan jawapan : 1. Calon menghuraikan tanggungjawab sebuah negara sahaja – terima seperti biasa 2. Calon menghuraikan tanggungjawab tanpa menyatakan nama negara – terima seperti biasa. 3. Calon menghuraikan tanggungjawab dalam negara (di Malaysia sahaja) – maksimum BAIK. 4. Calon tidak menulis dalam format syarahan – maksimum KEPUJIAN. Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Negara-negara di Dunia.’ Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
9 • Jika calon menulis dalam bentuk poin (Bahagian A dan B) – maksimum peringkat TIDAK MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN MINIMUM (TMTPM) • Bahagian B - Bilangan perkataan 511 dan ke atas – maksimum peringkat KEPUJIAN - Bilangan perkataan 339 dan ke bawah – maksimum peringkat BAIK • Jika calon menghafal karangan – maksimum TIDAK MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN MINIMUM (TMTPM). • Jika calon hanya menyalin stimulus – maksimum 2 markah.
10 Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah] KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 26 – 30 (28 – 30) (26 – 27) Tema / Tugasan • Karangan menepati tema bahan rangsangan / tugasan. Idea • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan / tugasan. • Huraian jelas dan matang. Bahasa • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. • Penggunaan *ungkapan menarik yang sesuai dan tepat. • Ejaan yang betul mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Pengolahan • Pengolahan menarik dan berkesan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. • Wacana lengkap. • Pemerengganan sesuai. *Ungkapan menarik: peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat al-Quran dan lain-lain Kepujian 20 – 25 (23 – 25) (20 – 22) Tema / Tugasan • Karangan menepati tema bahan rangsangan / tugasan. Idea • Idea relevan dengan tema bahan rangsangan / tugasan. • Huraian jelas. Bahasa • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan kosa kata luas. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. • Ejaan yang betul mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
11 PERINGKAT MARKAH KRITERIA • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Pengolahan • Pengolahan menarik. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. • Wacana lengkap. • Pemerengganan sesuai. Memuaskan 15 – 19 (17 – 19) (15 – 16) Tema / Tugasan • Karangan masih menepati tema bahan rangsangan / tugasan. Idea • Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan / tugasan. • Huraian masih jelas. Bahasa • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan kosa kata masih luas / terhad. • Unsur bahasa yang digunakan masih bervariasi. • Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. • Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Pengolahan • Pengolahan masih menarik. • Laras bahasa masih sesuai mengikut tugasan. • Wacana masih lengkap. • Pemerengganan masih sesuai. Penguasaan minimum 10 – 14 (12 – 14) (10 – 11) Tema / Tugasan • Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan / tugasan. Idea • Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan / tugasan. • Huraian kurang jelas. Bahasa • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. • Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.
12 PERINGKAT MARKAH KRITERIA • Penggunaan kosa kata terhad. • Unsur bahasa yang digunakan kurang bervariasi. • Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Pengolahan • Pengolahan kurang menarik. • Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan. • Wacana kurang lengkap. • Pemerengganan kurang sesuai. Tidak mencapai tahap penguasaan minimum (TMT) 1 – 9 (6 – 9) (1 – 5) • Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. • Idea tidak menepati tema bahan rangsangan / tugasan • Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Bahagian B : Karangan Respons Terbuka [70 markah] PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 64 – 70 (68 – 70) (64 – 67) Tema / Tugasan • Karangan menjawab tugasan. Idea • Idea relevan mengikut tugasan. • Huraian jelas dan matang. • Contoh yang sesuai. Bahasa • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis. • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Ejaan dan tanda baca yang betul. • Penggunaan unsur bahasa bervariasi. • Gaya bahasa amat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
13 PERINGKAT MARKAH KRITERIA Pengolahan • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. • Pemerengganan yang sesuai. • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Kepujian 55 – 63 (59 – 63) (55 – 58) Tema / Tugasan • Karangan menjawab tugasan Idea • Idea relevan mengikut tugasan. • Huraian jelas. • Contoh yang sesuai. Bahasa • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. • Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Ejaan dan tanda baca yang betul. • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Pengolahan • Pengolahan menarik dan berkesan. • Pemerengganan yang sesuai. • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Baik 45 – 54 (50 – 54) (45 – 49) Tema / Tugasan • Karangan masih menjawab tugasan. Idea • Idea masih relevan mengikut tugasan. • Huraian masih jelas. • Contoh masih sesuai. Bahasa • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
13 PERINGKAT MARKAH KRITERIA • Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. • Penggunaan kosa kata umum. • Ejaan dan tanda baca masih betul. • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Pengolahan • Pengolahan masih menarik dan berkesan • Pemerengganan masih sesuai. • Wacana masih lengkap. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Memuaskan 35 – 44 (40 – 44) (35 – 39) Tema / Tugasan • Karangan masih / kurang menjawab tugasan. Idea • Idea masih relevan mengikut tugasan. • Huraian kurang jelas. • Contoh kurang sesuai. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. • Penggunaan kosa kata umum dan terhad. • Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. • Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Pengolahan • Pengolahan kurang menarik. • Pemerengganan kurang sesuai. • Wacana masih / kurang lengkap. • Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan. Penguasaan minimum 21 – 34 (28 – 34) (21 – 27) Tema / Tugasan • Karangan kurang menjawab tugasan. Idea • Idea masih relevan mengikut tugasan / bercampur aduk. • Huraian tidak jelas / tidak berkembang.
14 PERINGKAT MARKAH KRITERIA • Contoh yang tidak sesuai. Bahasa • Ayat yang tidak gramatis tetapi masih difahami. • Penggunaan kata kurang tepat. • Penggunaan kosa kata umum dan terhad. • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. • Penggunaan unsur bahasa tidak bervariasi. • Gaya bahasa lemah dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan. Pengolahan • Pengolahan tidak menarik. • Pemerengganan tidak sesuai / tidak seimbang. • Wacana tidak lengkap. Tidak mencapai tahap penguasaan minimum 1 – 20 (11 – 20) (1 – 10) • Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami. • Idea tidak relevan / bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang serta contoh tidak sesuai. • Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik. • Pengolahan tidak menarik. • Pemerengganan tidak sesuai dan tidak seimbang. • Wacana tidak lengkap. Pemeriksa hendaklah memberi komen pada karangan yang diperiksa. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca: ( ) = Kesalahan isi ____________ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan / = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) // = Kesalahan ejaan yang berulang = Kesalahan tanda baca TAMAT
MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2023 ______________________________________________ BAHASA MELAYU KERTAS 2 ______________________________________________ PERATURAN PEMARKAHAN
2 MARKAH PENUH : 100 MARKAH BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada Soalan 1: 8 markah Soalan 2: 6 markah Soalan 3: 11 markah Soalan 4: 6 markah Soalan 5: 4 markah Perhatian bagi soalan 1 1 Berikan 1 markah bagi setiap kata majmuk yang betul. 2 Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul dan gramatis dengan menggunakan kata majmuk tersebut. 3 Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda baca dengan betul. 4 Sekiranya beberapa kata yang diuji telah digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat sahaja. 5 Kata yang diuji salah tetapi ayat yang dibina betul, berikan 0 markah. 6 Calon menyalin/meniru keseluruhan ayat daripada petikan atau mana-mana bahagian dalam keseluruhan kertas soalan, berikan 0 markah. 7 Petikan digunakan sebagai kata nama khas atau peribahasa, berikan 0 markah. 8 Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, berikan 0 markah. 9 Maksud yang tidak jelas, berikan 0 markah. 10 Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan jawapan. Soalan 1 - Morfologi (kata majmuk) (i) tunjuk ajar - nasihat dan ajaran (ii) ibu bapa - orang tua (yakni emak dan ayah) (iii) menitikberatkan - mementingkan, mengutamakan (iv) media cetak - alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetak atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll) (v) bekerjasama - bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengan cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong [Maksimum : 8 markah]
3 Soalan 2 – Sintaksis (Ayat tunggal kepada ayat majmuk) (i) Ibu bapa yang bertanggungjawab perlu sedar bahawa mereka berperanan sebagai pemudah cara dalam pemilihan kerjaya anak-anak pada masa depan. 2 (ii) Ibu bapa perlu memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membuat pilihan kerjaya kerana mereka mempunyai cita-cita sendiri. 2 (iii) Pemilihan kerjaya yang sesuai boleh menjamin kecemerlangan dan menjanjikan kesenangan pada suatu hari nanti. 2 [Maksimum: 6 markah] Nota: - jika ayat betul beri 2 markah, jika salah 0 markah. - ejaan salah - tiada penolakan markah bahasa. - calon tidak boleh menulis/mengulangi kata hubung dan frasa yang sama dalam satu ayat. Soalan 3 – Penyuntingan Bahan 1 kesalahan pembetulan (i) pada - kepada (ii) prihatin - perhatian (iii) dilibatkan - melibatkan (iv) terkandung - mengandungi (v) Selain daripada itu - Selain itu (vi) teradisi - tradisi [Maksimum : 6 markah] Bahan 2 kesalahan pembetulan (i) negeri - negara (ii) kontek - konteks (iii) dimaktub - termaktub (iv) berapa - beberapa (v) cintakan - cinta akan (vi) menyemarakan - menyemarakkan (vii) patriotisme - patriotik [Maksimum: 5 markah]
4 Panduan pemarkahan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard bagi Soalan 4 Deskripsi Markah - Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 5 - 6 - Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 4 - Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 3 - Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat gramatis - Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 2 - Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat tidak gramatis 1 - Ayat disalin bulat-bulat 0 - Isi tidak mengikut urutan 0 Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard Tun Nina Madi lalu/datang, disuruh naik dan duduk berhampiran Seri Nara Diraja, kemudian diribanya. Kemudian Seri Nara Diraja bertanya kepada semua orang yang duduk di situ, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa dia ialah anak hamba?” Orang ramai itu menyembah, “Patik sekalian juga tahu; oleh sebab tuanku tidak mengaku, patik sekalian takut mengatakan bahawa dia anak tuanku.” [Maksimum: 6 markah] Catatan: jika calon menggugurkan kata klasik pada pangkal ayat dan menyalin petikan (tanpa menukar apa-apa ayat atau perkataan) - 0 markah Soalan 5 - Peribahasa i) Membaca jambatan ilmu ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya/bapa borek, anak rintik/ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Nota: Berikan 2 markah untuk setiap peribahasa yang tepat [Maksimum: 4 markah]
5 BAHAGIAN B : PEMAHAMAN Markah penuh 35 markah dibahagi kepada: Soalan 6 : 13 markah Soalan 7 : 12 markah Soalan 8 : 10 markah Perhatian bagi soalan 6, 7 dan 8 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat anda sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna. 3. Jawapan bagi soalan 8 hendaklah berdasarkan mana-mana novel yang dipelajari. 4. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan pemarkahan soalan pemahaman 1. Soalan 2 markah : Pemahaman berdasarkan teks DESKRIPSI MARKAH - Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup / ayat gramatis 2 - Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup / ayat tidak gramatis - Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1 - Jawapan salah 0 2. Soalan 3 markah : Pemahaman berdasarkan teks dan unsur KBAT 3. Soalan 4 markah: Pemahaman unsur KBAT dan novel DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup (3 isi) / relevan dengan tugasan/ayat gramatis 4 - Isi cukup (3 isi) / relevan dengan tugasan/ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup (2 isi) /ayat gramatis 3 - Isi tidak cukup (2 isi) /ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup (1 isi) /ayat gramatis 2 - Isi tidak cukup (1 isi) /ayat kurang gramatis 1 - Jawapan salah 0 DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup/menyentuh semua bahan / relevan dengan tugasan /ayat gramatis 3 - Isi cukup/menyentuh semua bahan / relevan dengan tugasan/ayat kurang gramatis 2 - Isi tidak cukup/menyentuh semua bahan/ayat gramatis - Isi tidak cukup /tidak menyentuh semua bahan 1 - Jawapan salah 0
6 Soalan 6 Markah (i) Maksud perilaku mulia - tindak-tanduk/perbuatan/tingkah laku/sikap baik/terhormat/luhur/terpuji 2 - perilaku baik/terhormat/luhur/terpuji 1 - tindak-tanduk/perbuatan/tingkah laku/sikap mulia 1 [maksimum 2 markah] [Isi cukup : 2 isi] (ii) Amalan integrity Bahan 1 P1 hadir lebih awal ke tempat kerja P2 mempunyai perancangan dalam melakukan tugas yang diamanahkan P3 menyelesaikan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan Bahan 2 P4 saling menyayangi antara ahli keluarga P5 mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama atau kepercayaan Nota: Jawapan calon mestilah berdasarkan semua bahan [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi] (iii) Kesan-kesan P1 berlaku penipuan/pecah amanah P2 rasuah berleluasa/sukar dibendung P3 masyarakat tidak dapat hidup aman dan tenteram P4 ekonomi negara merosot/negara tidak maju P5 imej/nama negara terjejas (Kesan lain boleh diterima sekiranya sesuai) [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup: 2 isi] (iv) Tindakan-tindakan ibu bapa P1 menegur/menasihati Ali P2 memberi didikan agama/moral P3 memujuk Ali supaya hadir ke sekolah P4 meminta bantuan daripada rakan Ali P5 menyediakan kemudahan belajar di rumah P6 berbincang dengan pihak sekolah/guru kelas/guru kaunseling/guru subjek P7 memohon kepada Allah S.W.T/berdoa (Tindakan lain boleh diterima sekiranya sesuai) [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup: 3 isi]
7 Soalan 7 (i) Tindakan-tindakan individu (Bahan 2) P1 hendaklah pandai berkira-kira P2 jadikan menabung amalan berkala/hendaklah berhemat bijak menyimpan P3 didiklah anak dari muda P4 pastikan kewangan sentiasa mapan [maksimum 2 markah] [Isi cukup : 2 isi] (ii) Cara-cara berbelanja dengan bijak Bahan 1 P1 berjimat cermat berbelanja di kantin P2 Kadangkala sahaja ke kantin sekolah Bahan 2 P3 sebelum membeli bandingkan harga/membandingkan harga sebelum membeli P4 elakkan diri daripada berhutang/tidak berhutang Nota: Jawapan calon mestilah berdasarkan semua bahan [maksimum 3 markah] [Isi cukup : 2 isi] (iii) Kesan sekiranya ibu bapa berbelanja secara berlebihan P1 berlaku pembaziran P2 tiada simpanan/tabungan P3 terpaksa berhutang P4 contoh tidak baik kepada anak-anak (Kesan lain boleh diterima sekiranya sesuai) [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup: 2 isi] (iv) Tindakan anda untuk membantu rakan P1 menasihati rakan supaya mendaftarkan perniagaannya P2 membantu mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan P3 membimbing rakan menguasai kemahiran berniaga dalam talian P4 memberi bantuan modal/dana/pinjaman P5 memperkenalkan rakan perniagaan P6 mencadangkan rakan mengikuti kursus perniagaan (Tindakan lain boleh diterima sekiranya sesuai) [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup: 3 isi
8 Soalan 8 (i) Tindakan-tindakan yang difikirkan oleh Pak Saidi P1 dia keluar daripada bilik Guru Besar P2 melupakan cita-cita anaknya untuk belajar di sekolah Inggeris P3 dia menampar mulut orang putih itu P4 bersedia menghalang apa-apa kemungkinan [Maksimum : 4 markah] [Isi cukup: 3 isi] Panduan pemarkahan bagi Soalan 8(ii) (ii) Soalan novel: 6 markah a) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. b) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. c) Beri 1 markah bagi setiap peristiwa yang betul (peristiwa yang berkaitan dengan unsur kerjasama) d) Beri 1 markah bagi setiap huraian yang lengkap/jelas bagi setiap peristiwa. e) Markah isi maksimum 4 markah (2 markah bagi setiap peristiwa dan huraian). f) Markah bahasa maksimum 2 markah, diberi secara kesan menyeluruh Baik - 2 markah Lemah - 1 markah g) Jika calon menjawab dan markah isi kosong, beri 1 markah untuk bahasa. h) Calon tidak menjawab 0 markah. [Maksimum: 6 markah] 1. Cadangan Jawapan: Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Peristiwa Lili, Geetha dan Danel bekerjasama menyelesaikan isu pemasangan kubah surau yang menjadi pertelagahan masyarakat di Kampung Sentosa. Huraian: Kerjasama antara Geetha dan Danel untuk membantu Lili menyelesaikan masalah berkaitan dengan peletakan kubah surau di Kampung Sentosa. 2. Peristiwa datuk, nenek, abang Rashid, Lili, Geetha dan Danel bekerjasama untuk menyelamatkan Rafiq dan Haziq daripada menjadi mangsa kemarahan penduduk kampung. Huraian : Kerjasama masyarakat kampung berjaya menyelamatkan Haziq dan Rafiq daripada menjadi mangsa kemarahan orang kampung yang geram dengan sikap mereka yang suka menimbulkan masalah seperti mencuri dan menagih dadah. 3. Peristiwa Lili telah bekerjasama dengan Kak Mimah yang merupakan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk membantu menyelesaikan masalah Che Jah dan Seman berjaya ditangkap serta didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu. Huraian :Kerjasama Lili dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
9 4 Peristiwa penduduk kampung termasuk nenek, datuk, Abang Rashid, Lili dan Danel pergi ke rumah Che Jah apabila mendapat tahu bahawa suami Che Jah sedang membelasah anak-anak dan isterinya Huraian: Kerjasama penduduk kampung membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mangsa keganasan rumah tangga. 5 Peristiwa orang kampung akhirnya bersetuju meletakkan kubah di masjid baharu. Orang kampung selama ini berpecah kepada dua golongan. Golongan tua mahu kubah diletakkan di surau. Golongan muda mahu meletakkan kubah di masjid baharu yang akan dibina. Huraian: Kerjasama penduduk kampung bersepakat dan tidak lagi berpuak-puak. Novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip 1 Peristiwa Dahlia bersepakat dengan rakan-rakan yang lain untuk berlatih bola jaring sebagai persediaan untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah. Huraian: Kerjasama pasukan bola jaring berlatih bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar tingkatan enam yang tinggal di asrama. 2 Peristiwa Dahlia bersepakat dengan adiknya yang lain seperti Melati untuk saling membantu menjaga adik mereka yang masih kecil iaitu Anggerik. Melati ditugaskan untuk membeli susu sementara Dahlia menjaga adik mereka. Huraian: Kerjasama dan muafakat antara anak-anak Embong untuk menjaga adik semasa kedua-dua ibu bapa mereka dirawat di hospital. 3 Peristiwa orang kampung bekerjasama membantu Dahlia membawa ibunya yang mengalami kemurungan dan melarikan diri ke kebun getah untuk dibawa pulang ke rumah. Huraian: Kerjasama orang-orang kampung menghulurkan bantuan dapat meringankan beban keluarga Dahlia. 4 Peristiwa Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak hospital dan menasihati Embong untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan di hospital. Huraian: Kerjasama antara ketua kampung dan petugas hospital untuk membantu penduduk yang dalam kesusahan. 5 Peristiwa beberapa orang pemuda membantu Dahlia mengangkat mayat Said ke tebing sungai. Huraian: Kerjasama pemuda kampung untuk membantu Dahlia pada waktu kecemasan. 6 Peristiwa penduduk kampung menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul termasuk Dahlia, Aton, Abu Bakar bersama-sama membantu dalam urusan memasak untuk majlis sambutan tersebut. Huraian: Kerjasama anggota masyarakat menjayakan sesuatu majlis. 7 Peristiwa penduduk kampung membina rumah Embong semula yang dihanyutkan banjir. Huraian :Kerjasama penduduk kampung membina rumah Embong semula selepas banjir.
10 Catatan: Terima mana-mana peristiwa yang sesuai 8 Peristiwa Cikgu Hisyam mengarahkan Kavita membuat salinan nota pelajaran supaya dapat digunakan oleh Dahlia untuk persediaan peperiksaan. Huraian: Kerjasama rakan-rakan dan pihak sekolah memudahkan Dahlia membuat persediaan menghadapi peperiksaan STPM. BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] Soalan 9 Markah penuh 30 dibahagi kepada: a) Isi - 20 markah b) Bahasa - 10 markah (a) Isi [20 markah] Nota: (i) Panduan mengira perkataan. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: ⚫ nama khas ⚫ perkataan berganda ⚫ penggunaan kata sendi di dan ke ⚫ tarikh ⚫ angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan ⚫ gelaran ⚫ penanda wacana (ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja, yang selebihnya tidak perlu diperiksa. (iv) Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. (v) Calon perlu mengambil sekurang-kurang 1 isi daripada setiap fokus dan daripada setiap bahan. (vi) Jumlah isi maksimum yang diterima daripada semua fokus dan semua bahan ialah 8 isi sahaja. Bahagian Bilangan Isi Bilangan Isi Diterima Markah Maksimum (i) Pendahuluan 2 (ii) Isi Bahan 1 16 Fokus 1 - A (cara/langkah/tindakan) 5 5 4 4 3 Fokus 2 - B (masalah/cabaran/risiko/keburukan) 2 1 2 1 2 (iii) Isi Bahan 2 Fokus 2 - C (masalah/cabaran/risiko/keburukan) 1 1 1 1 1
11 (b) Bahasa [10 markah] Asas pemberian markah bahasa tidak bergantung kepada markah isi tetapi dinilai secara holistik. NOTA: i. Jika menjawab dalam bentuk poin/fakta markah bahasa adalah pada peringkat lemah. ii. Jika markah isi 6 markah dan ke atas, markah bahasa dinilai seperti biasa (rujuk jadual). iii. Jika markah isi 5 markah dan ke bawah tetapi bahasa sangat baik, markah maksimum bahasa ialah 5 markah. iv. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, beri 0 markah bahasa. v. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah bahasa dinilai seperti biasa. [Maksimum : 10 markah] (iv) Isi Bahan 3 Fokus 2 - D (masalah/cabaran/risiko/keburukan) 2 1 1 2 2 Jumlah Isi 10 8 8 8 8 (v) Penutup/Kesimpulan 2 Jumlah Markah 20 PERINGKAT MARKAH BAHASA KRITERIA Cemerlang 8 - 10 markah • Kesinambungan ayat sangat baik. • Bahasa sangat gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat, serta mengikut sistem ejaan Rumi baharu. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. Baik 5 - 7 markah • Kesinambungan ayat baik. • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang masih betul dan tepat, serta mengikut sistem ejaan Rumi baharu. • Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat • Pengolahan masih menarik dan berkesan. Sederhana 3 - 4 markah • Kesinambungan ayat kurang baik. • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat, serta mengikut sistem ejaan Rumi baharu. • Penggunaan kosa kata kurang luas dan tepat • Pengolahan kurang menarik dan berkesan Lemah 1 - 2 markah ⚫ Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/ tidak memuaskan/kurang atau tidak difahami.
12 Pendahuluan [2 markah] P1 …membincangkan cara/langkah/tindakan menjaga pendakap gigi dan masalah/cabaran/risiko/keburukan penggunaan/memakai pendakap gigi. 2 P2 …membincangkan cara/langkah/tindakan menjaga pendakap gigi 1 P3 …membincangkan masalah/cabaran/risiko/keburukan penggunaan/memakai pendakap gigi. 1 Isi [16 markah] BAHAN 1 Fokus 1 - cara/langkah/tindakan menjaga pendakap gigi A1 aktiviti memberus gigi perlu dilakukan di hadapan cermin muka 2 A2 memberus gigi setiap kali selepas makan 2 A3 diberus secara perlahan-lahan 2 A4 berus gigi tambahan perlu digunakan 2 A5 benang gigi juga digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari 2 Fokus 2 - masalah/cabaran/risiko/keburukan penggunaan pendakap gigi B1 Penggunaan pendakap gigi logam akan memungkinkan seseorang itu mendapat penyakit gusi 2 B2 menghasilkan asid yang melemahkan struktur gigi 2 BAHAN 2 Fokus 2 - masalah/cabaran/risiko/keburukan penggunaan pendakap gigi C1 gigi lebih sensitif dan rasa ngilu apabila minum minuman yang sejuk 2 BAHAN 3 Fokus 2 - masalah/cabaran/risiko/keburukan penggunaan pendakap gigi D1 gam yang dilekatkan pada permukaan gigi akan menyebabkan gigi terhakis 2 D2 pergerakan gigi secara tidak langsung boleh menyebabkan gigi goyang 2 Kesimpulan [2 markah] K1 Kesimpulannya, penggunaan pendakap gigi perlu digalakkan agar menghasilkan gigi yang sihat. 2 K2 Kesimpulannya, penggunaan pendakap gigi perlu digalakkan. 1 TAMAT