The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEE YIH MIN Moe, 2023-11-15 23:42:59

MODUL PINTAS SPM BM PAHANG 2023

MERGE MODUL PINTAS PAHANG K2

SULIT 2 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tanggal 22 Jun 2023, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-67. DBP atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor. Pada mulanya Balai Pustaka itu hanyalah sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran sehingga nama institusi ini ditukar kepada DBP. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Oleh itu, kerajaan telah menerima cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III agar menamakannya Dewan Bahasa dan Pustaka. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengajaran dan Pembelajaran dalam Era Pendidikan Digital’ oleh Siti Irni Syuhada, Dewan Siswa, Bil. 6/2023 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat pasif yang bergaris di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Senaman perlu dilakukan oleh seseorang jika ingin meningkatkan kecergasan jantung. Senanam yang dilakukan perlulah dapat meningkatkan kadar denyutan jantung melebihi kadar denyutan jantung normal. Tempoh masa sesuatu senaman perlu anda pilih berdasarkan bebanan setiap senaman itu. Untuk suatu sesi senaman yang baik, jangka masa yang sesuai disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah selama 30 minit. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Kekal Aktif dan Cergas di Rumah’ oleh Nursyuhada Mohd Sukri Dewan Kosmik Bil. 1 2022 [6 markah]


SULIT 3 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT 3. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada ‘https://www.bernama.com [5 markah] Bahan 1 Kitar semula ialah proses menggubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai yang boleh mengurangkan penggunaan bahan semula jadi-bahan semula jadi dan menjana sumber kewangan. Reduce (Kurangkan) • Beli produk isian semula • Gunakan kain tuala bagi menggantikan tisu. • Gunakan e-mel untuk mengepos dokumen. Kaca : Lut sinar atau berwarna, botol vitamin, bekas kosmetik Plastik dan Alumnium : Lut sinar atau berwarna, tin minuman dan makanan TIPS Recycle (Kitar Semula) • Kertas surat khabar boleh dijadikan pelbagai kraf tangan menarik Reuse (Guna Semula) • Bawa beg yang boleh digunakan semula semasa beli barang • Bawa bekas makanan sendiri • Guna semula bekas minuman sebagai hiasan atau bekas alat tulis Kertas : Majalah, surat khabar, buku, kotak, kadbod


SULIT 4 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT Kempen kitar semula sudah berusia tiga dekad, tetapi nampaknya keberkesanan kempen tersebut hanya gagah pada nama, namun menimbulkan tanda tanya sejauh mana kejayaannya. Berdasarkan lapuran Pusat Kajian Alam Sekitar dan Kebangsaan (NECC) pada tahun 2022, Malaysia mempunyai kadar hasilan sisa pepejal domestik hampir 40,000 tan tiap hari dan dijangka meningkat 1.5 kali ganda di tahun 2050. Masalah ini serius kerana banyak sisa pepejal domestik tidak dibuang dengan betul akan mengalir ke sungai dan laut menyebabkan pencemaran dan membahayakan hidupan akuartik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rancakkan kembali kempen kitar semula urus sisa pepejal’ oleh Dr Al Amin Mohamed Sultan Berita Harian, 1 Mac 2023 [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Kamal dan Amar merupakan dua sahabat yang sangat rapat ___________________. Mereka selalu kelihatan bersama-sama melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain, belajar dan bersiar-siar. Hubungan baik mereka sentiasa menjadi________________________ masyarakat kampung dan sering dijadikan teladan. Walaupun mereka kelihatan sangat serasi namun mereka juga pernah berselisih faham kerana ___________________________. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut dapat diselesaikan dengan baik. [6 markah] Bahan 2


SULIT 5 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT Bahan 2 BAHAGIAN B : PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kedudukan hebat yang ada pada siri dan filem animasi di Malaysia sememangnya tidak disangkal lagi. Semasa awal kemunculannya, industri ini terhad pada teks dan objek bergerak daripada sumber siri televisyen atau pawagam, kini telah ditonton ramai melalui pelbagai media. Banyak penerbitan animasi tempatan telah berupaya menjengah pasaran antarabangsa setelah proses alih bahasa dilakukan. Kita sudah pun memiliki ikon-ikon ternama seperti Upin & Ipin yang telah menjadi satu fenomena masyarakat. Ejen Ali The Movie telah berjaya menembusi pasaran banyak negara. Siri Didi & Friends bukan calang-calang kerana melayakkan siri ini mendapat permintaan dari negara luar. Animasi di negara kita sebenarnya berperanan memaparkan adat dan budaya asli tempatan sebagaimana paparan dalam siri animasi Kampung Boy. Kejayaan animasi dan kandungan kreatif digital di negara ini terserlah kerana paparan keunikan adat dan budaya tempatan sehingga menjadi perhatian masyarakat dunia. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Animasi Watak Kita, Khazanah Kita’ Oleh Wan Halizawati Wan Mahmood Dewan Bahasa, Bil 04, 2022 Sejak menghasilkan filem animasi pertama tentang seekor katak bernama Ribbit pada 2014, timbul minat buat Datuk Norman Abdul Halim untuk melakukan penyelidikan lebih mendalam tentang habitat flora dan fauna. Watak animasi Zan Orangutan bakal diperkenalkan sebagai maskot Wetland Studios Putrajaya yang merupakan sebuah taman tema didik hibur berhawa dingin yang berteraskan teknologi. Pada masa sama, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman, Universal Music bagi menghasilkan lagu kanak-kanak berdasarkan maskot KiKaKo Kids yang terdapat di taman itu. Hala tuju perniagaannya mungkin berbeza dengan syarikat animasi lain sebab lebih memfokuskan kepada watak animasi mengenai haiwan. Wetland Studios Putrajaya merupakan projek yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn. Bhd. dengan kos pembikinan RM10 juta. Projek itu bertujuan menonjolkan peranan Taman Wetland kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tak Serik Buat Filem Animasi’ Oleh Hasif Idris Utusan Malaysia, 31 Mei 2023


SULIT 6 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata menonjolkan peranan. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah faktor yang membawa kejayaan kepada sesebuah siri atau filem animasi di negara ini? [3 markah] (iii) Cerita-cerita animasi menjadi tarikan kepada masyarakat sejak dahulu lagi. Pelbagai watak animasi kegemaran menjadi ikutan sesetengah individu. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sesebuah siri animasi yang berjaya menarik perhatian masyarakat? [3 markah] (iv) Anda mempunyai seorang adik yang gemar menonton siri animasi. Namun ibu bapa anda risau akan siaran sesetengah animasi kerana kandungannya tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Sebagai ahli keluarga yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan adik anda menonton animasi yang berfaedah untuknya. [4 markah]


SULIT 7 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT Bahan 1 Bahan 2 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Selama ini, Puan Ainun cukup senang berjiran dengan Punita. Dia tidak pernah keberatan untuk menolong Punita. Kalau Punita pulang lambat dan hari nampak seperti hendak hujan, dialah yang menolong Punita mengangkat pakaiannya di ampaian. Kalau sesekali Punita pulang ke Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tulang menolongnya dengan menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong Punita dengan mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Sekarang, begini pula balasan Punita terhadap segala kebaikan yang ditaburnya selama ini. Puan Ainun mengetap bibir. Dia bukan mahu bermusuh dengan jiran tetangga. Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Budi Semangkuk Daging’ oleh Amy Suzaini Ainuddin dalam antologi Harga Sebuah Lukisan, Kementerian Pelajaran Malaysi Pantun Semangat Kejiranan Rendang sungguh si pohon beringin, Tempat bermain si anak dara; Janganlah dihapus sikap prihatin, Semoga hidup kekal sejahtera. Pergi ke kuala mencari lokan, Tersalah langkah terkena jerat; Tolong-menolong kita kekalkan, Moga ukhuwah bertambah erat. Mudik ke hulu memukat ikan, Mudik bersama teman rohani; Bersatu-padu perlu diamalkan, Negara aman kekal harmoni. Tenunan songket indah bertekat, Songket ditenun berbenang suasa; Hidup berjiran harus muafakat, Pasti rakyat hidup selesa. Hazami Kuantan, 2023


SULIT 8 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT (i) Berdasarkan Bahan 2 berikan maksud kekal harmoni. [2 markah] (ii) Berdasarkan setiap bahan, nyatakan tanggungjawab seseorang dalam memupuk semangat kejiranan. [3 markah] (iii) Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan semangat kejiranan. Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan yang menyebabkan semangat kejiranan sukar dipupuk dalam kalangan masyarakat? [4 markah] (iv) Satu program gotong-royong perdana akan diadakan di kawasan perumahan anda. Gotong-royong ini diadakan bertujuan mencantikkan kawasan perumahan dan menjalinkan silaturahim antara penduduk di kawasan tempat tinggal anda. Sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, nyatakan cadangan-cadangan yang perlu anda lakukan untuk memastikan program ini mendapat sambutan daripada penduduk di kawasan perumahan anda. [4 markah]


SULIT 9 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT 8 Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dia mengintai dari celah tingkap. Dia sangkakan abangnya akan menaiki teksi untuk pulang setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Namun, dilihatnya Budiman keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda jenis hibrid jenama Proton Pria berwarna putih yang menjadi idamannya. Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga. “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti!” kata Nurul Hafsa senyapsenyap. Dipetik daripada novel Bimasakti Menari oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah ciri-ciri istimewa yang ada pada kereta hibrid yang menjadi idaman Nurul Hafsa? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan sikap positif sesama manusia. [6 markah]


SULIT 10 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] 9 Baca petikan dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Masalah obesiti bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi turut menjadi dilema dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinologi Kanak-kanak, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ch’ng Tong Wooi, gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan makanan tidak seimbang merupakan penyumbang utama peningkatan obesiti di negara kita. Kanakkanak yang mengalami obesiti seawal usia lima tahun juga disebabkan oleh genetik. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 yang dijalankan setiap empat tahun menunjukkan 50.1 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti manakala 30 peratus daripada kanak-kanak berumur antara lima hingga 13 tahun mengalami berat badan berlebihan. Kanak-kanak cenderung untuk makan dengan kerap dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. Oleh itu, ibu bapa perlulah menekankan amalan diet yang sihat dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran serta buahbuahan kepada anak-anak. Kanak-kanak juga gemar mengambil makanan ringan yang tidak sihat serta tinggi kandungan lemak. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak disyorkan bersenam sekurangkurangnya 45 hingga 60 minit setiap hari. Tubuh badan manusia memerlukan nutrien yang mencukupi bagi mengekalkan fungsi tubuh yang optimum. Kempen Pinggan Sihat Malaysia yang berasaskan konsep Suku Suku Separuh (3S) boleh digunakan untuk merancang hidangan seharian. Kempen ini dilakukan bagi memastikan kita mendapat hidangan yang seimbang. Oleh itu, pakar mengesyorkan kawalan saiz hidangan iaitu dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh. Dalam menjadikan konsep ini sebagai amalan, seseorang boleh memulakan langkah mengikut keupayaan diri sendiri. Kesimpulannya, kesihatan kanak-kanak seharusnya diberi perhatian kerana mereka merupakan nusa yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dalam keadaan baik. Dipetik dan diubah suai daripada Bantu kanak-kanak keluar daripada masalah obesiti, cegah pelbagai penyakit kronik’ oleh Zubaidah Ibrahim, https://relevan.com.my 29 Jun 2022 Bahan 1


SULIT 11 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT PANTUN KESIHATAN Yang tinggi berduri itulah durian, Yang manis berkerengga itulah rambutan; Kenapa yang muda tak suka sayuran, Makanan segera menjadi pilihan. Tampar nyamuk tangan tak kena, Tengok-tengok tangan yang sakit; Badan gemuk jiwa merana, Hidup sengsara banyak penyakit. Orang bertamu di Padang Kala, Meriah jualan itik serati; Lebihkan garam lebihkan gula, Masin dan manis undang obesiti. https://koleksiluahanrasa.blogspot.com/2012 Bahan 2


SULIT 12 1103/2 1103/2 © Hak Cipta Modul Pintas Daerah Kuantan SULIT Sumber : KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 3 Terima kasih doktor. Sebagai ibu bapa, saya akan memastikan anakanak mendapat tidur yang cukup pada setiap malam. Saya percaya, sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mampu menangani masalah kesihatan anak encik.


1 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT SULIT LOGO NAMA SEKOLAH SEKOLAH MODUL PINTAS SPM 2023 BAHASA MELAYU 1103/2 (PP) Kertas 2 Peraturan Pemarkahan UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


2 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT MARKAH PENUH: 100 MARKAH BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada Soalan 1: 8 markah Soalan 2: 6 markah Soalan 3: 11 markah Soalan 4: 4 markah Soalan 5: 6 markah Perhatian bagi Soalan 1 1. Berikan 1 markah bagi setiap kata hubung yang betul. 2. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul dan gramatis dengan menggunakan kata hubung tersebut. 3. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda baca dengan betul. 4. Sekiranya beberapa kata hubung telah digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat sahaja. 5. Kata yang diuji salah tetapi ayat yang dibina betul, berikan 0 markah. 6. Calon menyalin / meniru keseluruhan ayat daripada petikan atau mana-mana bahagian dalam keseluruhan kertas soalan, berikan 0 markah. 7. Perkataan digunakan sebagai kata nama khas atau peribahasa, berikan 0 markah. 8. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, berikan 0 markah. 9. Maksud ayat tidak jelas, berikan 0 markah. 10. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan jawapan. 11. Calon menukarkan imbuhan / menambahkan imbuhan berikan 0 markah. 12. Calon menggandakan perkataan yang diuji – terima. Soalan 1 – Morfologi Empat kata hubung i. yang ii. dan iii. atau iv. sehingga v. untuk vi. agar [Maksimum : 8 markah]


3 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT Soalan 2 – Sintaksis Tukarkan ayat pasif yang bergaris di bawah ini kepada ayat aktif i. Seseorang perlu melakukan senaman jika ingin meningkatkan kecergasan jantung. ii. Anda perlu memilih tempoh masa sesuatu senaman berdasarkan bebanan setiap senaman itu. iii. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan jangka masa yang sesuai adalah selama 30 minit. [Maksimum : 6 markah] Soalan 3 - Penyuntingan Bahan 1 1. Menggubah – mengubah (imbuhan) 2. bahan semula jadi-bahan semula jadi – bahan-bahan semula jadi (tatabahasa) 3. mengepos – menghantar / mengirim (istilah) 4. tips – tip (ejaan) 5. Alumnium – Aluminium (ejaan) 6. beli – membeli (imbuhan) [Maksimum : 6 markah] Bahan 2 1. gagah – gah (istilah) 2. lapuran – laporan (ejaan) 3. hasilan – penghasilan (imbuhan) 4. tiap – tiap-tiap/setiap (tatabahasa) 5. di – pada (tatabahasa) 6. akuartik – akuatik (ejaan) [Maksimum : 5 markah]


4 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT Panduan pemarkahan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard bagi Soalan 4 Deskripsi Markah 4 -Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 4 -Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 3 -Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 2 -Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat gramatis -Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 1 -Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat tidak gramatis 1 -Ayat disalin bulat-bulat 0 -Isi tidak mengikut urutan 0 Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard Tidak dijawab oleh Tun Perak pertanyaan / kata-kata itu. Sekali lagi Seri Amerta bertanya, namun tidak dijawab oleh Tun Perak. Cukup tiga kali Seri Amerta bertanya, barulah dijawab oleh Tun Perak, katanya, “Wahai Seri Amerta, tuan hamba dengan sebilah pedang tuan hamba itu, hendaklah tuan hamba jaga dengan baik, jangan dibiarkan berkarat, jangan dibiarkan matanya tumpul. [Maksimum : 4 markah] Soalan 5 – Peribahasa Isi tempat-tempat kosong 1. Seperti isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas / bagai lesung dengan antan / ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni / ke bukit sama didaki ke laut sama direnangi 2. Buah mulut 3. Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan / tak ada laut yang tidak berombak / sedangkan lidah lagi tergigit [Maksimum : 6 markah]


5 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT BAHAGIAN B : PEMAHAMAN Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 6 : 12 markah Soalan 7 : 13 markah Soalan 8 : 10 markah Perhatian bagi soalan 6, 7 dan 8 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat anda sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna. 3. Jawapan bagi soalan 8 hendaklah berdasarkan mana-mana novel yang dipelajari. 4. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. 1. Soalan 2 markah : Pemahaman berdasarkan teks DESKRIPSI MARKAH - Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup / ayat gramatis 2 - Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup / ayat tidak gramatis 1 - Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup - Jawapan salah 0 2. Soalan 3 markah : Pemahaman berdasarkan teks dan unsur KBAT DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup / menyentuh semua bahan / relevan dengan tugasan / ayat gramatis 3 - Isi cukup / menyentuh semua bahan / relevan dengan tugasan / ayat kurang gramatis 2 - Isi tidak cukup / menyentuh semua bahan / ayat gramatis - Isi tidak cukup / tidak menyentuh semua bahan 1 - Jawapan salah 0 3. Soalan 4 markah : Pemahaman unsur KBAT dan novel DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup (3 isi) / relevan dengan tugasan / ayat gramatis 4 - Isi cukup (3 isi) / relevan dengan tugasan / ayat kurang gramatis 3 - Isi tidak cukup (2 isi) / ayat gramatis - Isi tidak cukup (2 isi) / ayat kurang gramatis 2 - Isi tidak cukup (1 isi) / ayat gramatis - Isi tidak cukup (1 isi) / ayat kurang gramatis 1 - Jawapan salah 0


6 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT Soalan 6 Markah (i) Maksud - menyerlahkan / menampakkan / mempamerkan / memperlihatkan tugas / fungsi 2 - menonjolkan tugas / fungsi 1 - menyerlahkan / menampakkan / mempamerkan / memperlihatkan peranan 1 (ii) Faktor- faktor Bahan 1 P1 proses alih bahasa P2 paparan keunikan adat dan budaya tempatan Bahan 2 P1 melakukan penyelidikan lebih mendalam P2 menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman Nota : jawapan calon mestilah berdasarkan semua bahan [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi] (iii) Ciri-ciri P1 gambar / visual berwarna-warni P2 visual yang dramatik / realistik P3 berkaitan watak kegemaran / hero / binatang P4 teknologi terkini / moden / canggih / interaktif P5 ada unsur pengajaran / nilai-nilai murni P6 berkaitan pendidikan / pelajaran / sekolah P7 bahasa yang diguna banyak orang / mudah difahami / dwibahasa P8 mempunyai sari kata / terjemahan Nota : ciri-ciri lain boleh diterima sekiranya sesuai [Maksimum : 3 markah] [ Isi cukup: 2 isi ] ( iv) Langkah-langkah P1 menasihati / melarang menonton animasi yang tidak sesuai P2 mengehadkan waktu menonton animasi P3 menonton bersama-sama / memantau P4 mencadangkan / menyenaraikan animasi yang sesuai ditonton P5 menyekat akses siaran / tayangan animasi yang ditonton Nota : langkah-langkah lain boleh diterima sekiranya sesuai [Maksimum : 4 markah] [ Isi cukup : 3 isi ]


7 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT Soalan 7 Markah (i) Maksud - Tetap sesuai / sepadan 2 - Kekal sesuai / sepadan 1 - Tetap harmoni 1 (ii) Tanggungjawab-tanggungjawab Bahan 1 P1 mengangkat pakaiannya di ampaian P2 menyiramkan pokok-pokok bunga P3 mengawasi rumah jirannya Bahan 2 P1 janganlah dihapus sikap prihatin P2 tolong-menolong kita kekalkan P3 bersatu-padu perlu diamalkan P4 hidup berjiran harus muafakat Nota : jawapan calon mestilah berdasarkan semua bahan [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi] (iii) Halangan-halangan P1 sikap mementingkan diri sendiri/individualistik P2 kempen yang dijalankan kurang berkesan/tiada kesedaran P3 kesibukan dalam pekerjaan P4 masyarakat yang terlalu asyik menggunakan teknologi/ gaya hidup moden P5 sentimen perkauman P6 jurang sosioekonomi Nota : halangan lain boleh diterima sekiranya sesuai [Maksimum : 4 markah] [ Isi cukup : 3 isi ] (iv) Cadangan-cadangan P1 mewara-warakan/uar-uarkan melalui media massa/ media sosial/poster P2 menyediakan makanan dan minuman P3 menyediakan cenderamata/sijil penghargaan/cabutan bertuah P4 pertandingan kebersihan mengikut kawasan P5 menjemput selebriti/pempengaruh/tokoh popular Nota : cadangan-cadangan lain boleh diterima sekiranya sesuai [ Maksimum 4 markah] [ Isi cukup : 3 isi]


8 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT Soalan 8 (i) Ciri-ciri P1 Kereta yang berenjin petrol P2 bermotor elektrik P3 Enjin yang bersaiz kecil P4 Bentuk kereta yang aerodinamik P5 penjimatan tenaga [Maksimum : 4 markah] [isi cukup : 3 isi] Panduan pemarkahan bagi Soalan 8(ii) (ii) Soalan novel : 6 markah (a) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. (b) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. (c) Beri 1 markah bagi setiap peristiwa yang betul. (d) Beri 1 markah bagi huraian yang lengkap / jelas bagi setiap peristiwa. (e) Markah isi maksimum 4 markah (2 markah bagi setiap peristiwa dan huraian). (f) Markah bahasa maksimum 2 markah, diberi secara kesan menyeluruh. Baik : 2 markah Lemah : 1 markah (g) Jika calon menjawab dan markah isi kosong, beri 1 markah untuk bahasa. (h) Calon tidak menjawab 0 markah. [Maksimum : 6 markah]


9 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT PANTAI KASIH karya Azmah Nordin 1. Peristiwa Doktor Raiha dan beberapa orang doktor lain di PRPK bekerjasama melakukan pembedahan kali keenam ke atas Unong Siron agar pembedahan tersebut berjaya. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan tanggungjawab seorang doktor menyelamatkan nyawa pesakitnya. 2. Peristiwa ibu Unong Siron berusaha memujuk pemuda yang menyamar sebagai doktor di PRPK, demi menyelamatkan Felicia Landosi yang ditahan oleh pemuda tersebut. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap berani berhadapan risiko demi keselamatan orang lain. 3. Peristiwa Doktor Raiha menegur Felicia Landosi dengan cara yang berhemah apabila Felicia Landosi melayani ibu Unong Siron dengan kasar sebaliknya melayani mesra pesakit yang bergelar datin. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap berani menasihati / menegur kesilapan orang lain. 5. Peristiwa isteri Doktor Uwang yang jelita tidak mahu menggaji pembantu rumah di banglonya yang besar bak istana itu. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap baik seorang isteri yang mahu mengurus sendiri rumah tangganya. 6. Peristiwa Doktor Raiha pernah menumpangkan Felicia Landosi balik ke rumahnya di Inanam sebelum Felicia memiliki kereta sendiri. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap saling membantu sesama manusia. 7. Peristiwa Doktor Raiha melayani Unong Siron dan ibunya dengan begitu sopan dan berbudi bahasa semasa merawat Unong Siron di PRPK. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap berbudi bahasa terhadap orang lain. 8. Peristiwa beberapa orang pembantu PRPK berusaha menyelamatkan Doktor Uwang yang mengalami kemalangan melanggar tembok garaj PRPK. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap tanggungjawab menyelamatkan nyawa orang lain. 9. Peristiwa Doktor Raiha memaafkan kesalahan Felicia Landosi yang merahsiakan punca kematian Rohayu. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap memaafkan kesalahan orang lain. 10.Peristiwa Felicia berani mengakui kesalahannya terlibat dalam kebakaran kereta yang mengorbankan nyawa Rohayu. Huraian: Peristiwa ini menunjukkan sikap berani mengakui kesalahan.


10 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT BIMASAKTI MENARI karya Sri Rahayu Mohd Yusop 1. Peristiwa Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk mengembalikan langit gelap Kuala Selangor dengan mengadakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap gigih untuk melestarikan alam sekitar. 2. Peristiwa Nurul Hafsa yang mahu membina stor menyimpan peralatan kebun ayahnya apabila memperoleh gaji. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap prihatin seorang anak terhadap ayah. 3. Peristiwa Tan Sri Muhaimin memandu keretanya sendiri kerana beliau berasa kasihan melihat pemandunya, Sobirin kelihatan letih menunggu ketibaannya di lapangan terbang. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap prihatin seorang majikan terhadap pekerja. 4. Peristiwa Budiman menemani Nurul Hafsa mengumpul data kelip-kelip pada waktu tengah malam apabila Muhammad Taufik terlantar di hospital. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap tanggungjawab / kasih sayang seorang abang memastikan keselamatan diri adik. 5. Peristiwa pemandu van sekolah yang membawa Nurul Hafsa ke balai polis Bestari Jaya setelah ditinggalkan oleh penculik. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap suka membantu orang yang dalam kesusahan. 6. Peristiwa penduduk kampung telah memberikan maklumat tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit di pedalaman Bestari Jaya kepada pihak polis. Huraian : Peristiwa ini menunjukkan sikap tanggungjawab / prihatin menumpaskan jenayah Nota : Cadangan isi lain boleh diterima sekiranya sesuai.


11 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] Soalan 9 Markah penuh 30 dibahagikan kepada : (a) Isi : 20 markah (b) Bahasa : 10 markah (a) Isi [20 markah] Nota : (i) Panduan mengira perkataan - nama khas - perkataan berganda - penggunaan kata sendi di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran - penanda wacana (ii) Kira dan tandakan jawapan setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. (iii) Periksa jawapan setakat 120 patah perkataan sahaja, yang selebihnya tidak perlu diperiksa. (iv) Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. (v) Calon perlu mengambil sekurang-kurangnya satu isi daripada setiap fokus dan daripada setiap bahan. (vi) Jumlah isi maksimum yang diterima daripada semua fokus dan semua bahan ialah 8 isi sahaja. Bahagian Bilangan isi Markah Maksimum (i)Pendahuluan 2 (ii) Bahan 1 16 Fokus 1 (Punca) 4 4 3 2 Fokus 2 (Langkah) 3 2 2 2 (iii) (Bahan 2 Fokus 1 (Punca) 2 1 1 2 (iv) Bahan 3 Fokus 2 (Langkah) 3 1 2 2 Jumlah isi 12 8 8 8 (iv) Kesimpulan 2 20


12 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT (b) Bahasa [10 markah] Asas pemberian markah bahasa tidak bergantung kepada markah isi tetapi dinilai secara holistik. PERINGKAT MARKAH BAHASA KRITERIA Cemerlang 8 - 10 markah • Kesinambungan ayat sangat baik. • Bahasa sangat gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. Baik 5 - 7 markah • Kesinambungan ayat baik. • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Pengolahan menarik dan berkesan. Sederhana 3 - 4 markah • Kesinambungan ayat kurang baik. • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang masih betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata kurang luas dan kurang tepat. • Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan. Lemah 1 - 2 markah • Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan / kurang atau tidak difahami. Nota: (i) Jika menjawab dalam bentuk poin/fakta markah bahasa ialah pada peringkat lemah. (ii) Jika markah isi 7 markah ke atas, markah bahasa dinilai seperti biasa (rujuk jadual). (iii) Jika markah isi 6 markah ke bawah tetapi bahasa sangat baik, markah maksimum bahasa ialah 5. (iv) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang 120 patah perkataan berikan 0 markah bahasa. (v) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah bahasa dinilai seperti biasa. [Maksimum: 10 markah]


13 1103/2 (PP) © Modul Pintas Daerah Kuantan 2023 SULIT PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT Pendahuluan [2 markah] P1 membincangkan punca / faktor / sebab peningkatan obesiti dan langkah / cara / usaha menangani obesiti kanak-kanak. 2 P2 membincangkan punca / faktor / sebab peningkatan obesiti kanak-kanak. 1 P3 membincangkan langkah / cara / usaha menangani obesiti kanak-kanak. 1 Isi [16 markah] FOKUS 1 : Punca / faktor / sebab peningkatan obesiti kanak-kanak. Bahan 1 A1 gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan makanan tidak seimbang 2 A2 makan dengan kerap dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. 2 A3 gemar mengambil makanan ringan yang tidak sihat serta tinggi kandungan lemak 2 A4 kemungkinan disebabkan oleh genetik jika obesiti kanak-kanak bermula pada usia lebih muda. 2 Bahan 2 C1 menjadikan makanan segera sebagai pilihan 2 C2 melebihkan garam dan gula dalam makanan 2 FOKUS 2 : Langkah / cara / usaha menangani obesiti kanak-kanak. Bahan 1 B1 Ibu bapa perlulah menekankan amalan diet yang sihat dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan kepada anak-anak. 2 B2 Kanak-kanak disyorkan bersenam sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit setiap hari 2 B3 Pakar mengesyorkan kawalan saiz hidangan iaitu dengan mengamalkan konsep suku-suku-separuh. 2 Bahan 3 D1 sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan 2 D2 Ibu bapa memastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada setiap malam 2 Kesimpulan [2 markah] K1 Kesimpulannya, obesiti dalam kalangan kanak-kanak perlulah ditangani agar kualiti kesihatan masyarakat meningkat. 2 K2 Kesimpulannya, obesiti dalam kalangan kanak-kanak perlulah ditangani. 1


Click to View FlipBook Version