YANG MENANGIS MENANGIS NaSI
Di dalam sebuah kampung yang kecil, terdapat sawah padi yang diusahakan oleh seorang nenek yang tua. Walaupun nenek itu sudah tua, dia tetap menjaganya dengan baik kerana dia sangat sayang akan padi-padi di situ. 1
Pada setiap hari, nenek akan pergi ke sawah padi untuk melihat dan menjaga padinya. Rakanrakan nenek juga suka menolong nenek di sawah. 2
Musim menanam padi sudah tiba. Nenek membuat lubang satu- persatu dengan menggunakan alat menanam padi lalu memasukkan anak-anak padi ke dalam tanah tersebut. 3
Sedang asyik nenek menanam anak padi itu, nenek itu berbicara kepada anak padi yang dipegangnya, “Wahai padi-padi, kau sangat berguna bagi kami. Tumbuhlah dengan sihat supaya kami boleh makan kamu.” 4
Pada masa yang sama, anak padi yang dipegang oleh nenek itu mendengar nasihatnya. Anak padi itu pun mula bertekad untuk menjadi berguna kepada manusia dengan menghasilkan beras dan memberi manusia makanan. 5
“Wah, mesti aku disukai orang ramai kerana aku membuatkan mereka kenyang. Aku akan tumbuh dengan sihat.” kata anak padi itu kegembiraan. 6
Pada hari-hari seterusnya, anak padi itu mula tumbuh dengan sihat. Anak padi itu dapat menghasilkan beberapa butir beras yang baik. Setelah itu, musim menuai telah bermula. 7
Pada hari menuai, nenek dan rakan-rakannya menuai padi. Mereka mula melakukan kerja mereka dengan seronoknya. Mereka gembira dapat kerja bersama -sama walaupun cuaca sangat panas. 8
Selepas itu, mereka membawa padi-padi yang telah dituai ke bangsal kampung bagi melakukan proses seterusnya. Proses bagi menghasilkan beras mereka lakukannya bersama-sama sehingga selesai. 9
Akhirnya mereka dapat menghasilkan beberapa guni beras di dalam bangsal kampung tersebut. Nenek membungkuskan kepada beberapa guni kecil untuk diberikan kepada orang-orang kampung. 10
Anak padi sangat gembira kerana dia dapat membesar dengan baik dan seterusnya dapat diproses menjadi beras. 11
Beras tersebut pun berkata, “Siapakah yang akan mendapat aku? Aku harap dia menghargaiku kerana aku sudah bersusah payah untuk membesar dengan baik dan berkhasiat seperti ini.” 12
Nenek mula mengambil guni-guni kecil itu lalu memberikannya kepada orang kampung yang datang ke bangsal kampung. Ramai orang kampung yang datang ke bangsal nenek termasuk seorang ibu kepada seorang budak lelaki. 13
Nenek memberikan bungkusan guni kecil yang terdapat beras yang sangat gigih tadi kepada ibu tersebut. Beras itu kegembiraan kerana dirinya sudah diberikan kepada seorang ibu yang sangat penyayang. 14
Ibu membawa balik guni kecil berisi beras itu pulang ke rumah. Pada pukul 12 tengah hari, ibu mula memasak nasi menggunakan beras pemberian nenek. Beras itu semakin gembira kerana ia akan dimasak lalu dimakan oleh keluarga tersebut. 15
“Sebentar lagi setelah aku dimasak mesti aku akan berbau wangi dan mereka pasti suka akan aku.” kata beras itu sebelum dimasak menjadi nasi. Lalu ibu pun meletakkan periuk berisi beras di atas api untuk memasaknya. 16
Selepas nasi sudah masak, ibu menghidangkan lauk-pauk yang lain dan nasi di atas meja lalu memanggil keluarganya untuk makan. Budak lelaki itu turun ke dapur dengan gembira setelah mendengar panggilan ibunya untuk makan. 17
“Wanginya nasi yang ibu masak. Saya sudah lapar. Saya mahu makan banyak nasi!” jerit budak lelaki itu sambil berlari ke dapur. Mendengar kata-kata budak lelaki itu membuatkan nasi gembira kerana dia berjaya membuatkan budak lelaki itu gembira. 18
Setelah ibu menghidangkan nasi kepada keluarganya, mereka pun mula makan. Budak lelaki itu makan dengan lahapnya sehingga kekenyangan tanpa menghabiskan nasi. 19
“Ibu, saya sudah kenyang. Bolehkah saya pergi bermain?” kata budak lelaki itu sambil tangannya menutup mulut kerana sendawa 20
Ibu tegur budak lelaki itu kerana tidak menghabiskan nasi. “Adik, kamu perlu menghabiskan nasi ini. Kamu tidak boleh membazir dan meninggalkan nasi seperti ini, nanti ia menangis.” kata ibu sambil menggelengkan kepalanya. 21
Tetapi teguran itu tidak diterima oleh budak lelaki itu. Dia pergi bermain begitu sahaja tanpa mengendahkan ibunya. 22
23
Nasi terkejut dengan perbuatan budak lelaki itu lalu berasa sedih. “Adakah budak itu tidak menyukaiku? Tiada siapa mahu memakanku. Ibu ini pasti akan membuangku.” kata nasi sambil menangis. 24
Selesai keluarga itu makan, ibu mengemas tempat makan dan meletakkan nasi yang tidak habis itu ke dalam mangkuk untuk dibuang. 25
Pada masa yang sama, nenek datang ke rumah mereka untuk memberikan jemputan ke pesta keramaian di rumah nenek kepada keluarga ini. 26
Sebelum nenek berlalu pergi, nenek terdengar tangisan lalu mencari suara tangisan itu. Nenek melihat semangkuk nasi sedang menangis. Sebenarnya, nenek mempunyai kuasa sakti dan boleh mendengar rintihan makanan terutamanya nasi kerana nenek tidak suka akan pembaziran. 27
Nenek terus meminta izin kepada ibu “Adakah kamu ingin membuang semangkuk nasi itu? Jika kamu ingin membuangnya lebih baik kamu berikan kepadaku”. Ibu memberikan nasi itu kepada nenek tanpa berfikir panjang. 28
Nenek berniat baik untuk menjadikan nasi yang menangis tadi menjadi kerepek nasi. Lalu nenek menggumpalkan nasi itu kepada beberapa bahagian. Kemudian nenek membentuk gumpalan nasi menjadi bentuk bulat dan leper lalu menjemurnya. 29
Nasi yang sedang menangis di dalam mangkuk berasa sangat sedih sehingga dia hanya membiarkan sahaja apa yang berlaku kepada dirinya. Pada keesokan hari, nenek mengambil nasi yang sudah kering lalu menggorengnya menjadi kerepek nasi. Nenek memasukkan kerepek nasi itu ke dalam bekas. 30
Malam itu, pesta keramaian diadakan di halaman rumah nenek. Orang kampung mula datang ke rumah nenek. Nenek menghidangkan beberapa makanan termasuk kerepek nasi tadi. Ramai yang mengambil kerepek nasi buatan nenek tadi. Mereka suka kerepek nasi itu. 31
Nasi yang menangis tadi terkejut dengan orang kampung yang tiba-tiba suka akannya termasuk budak lelaki itu. Akhirnya, nasi yang menangis tadi sudah tidak menangis lagi kerana dia disukai ramai dan nasi itu gembira kerana menjadi berguna semula kepada manusia. 32