The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

'BERUANG YANG BERTOPI' (CERITA KANAK-KANAK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iummuhabibah, 2024-04-17 14:02:26

BERUANG YANG BERTOPI

'BERUANG YANG BERTOPI' (CERITA KANAK-KANAK)

Sharifah Nurfatin


Di hujung hutan,terdapat seekor beruang yang tinggal bersendirian di rumah. Beruang itu tidak mempunyai keluarga mahupun rakan-rakan. 1


Beruang itu sentiasa memakai topi bagi menutupi sebahagian mukanya. Beruang itu juga sering menundukkan mukanya dan tidak memandang haiwanhaiwan di sekelilingnya. Semua haiwan yang lain berasa hairan dan takut untuk berkawan dengan beruang. 22


Pada setiap hari,beruang pergi mencari makanan di dalam hutan. Beruang itu akan melalui sebuah jambatan bagi menyeberangi sebatang sungai. Seperti kebiasaan,beruang itu tidak pernah menanggalkan topinya. 3


4


Sang Arnab yang melihat beruang itu juga berasa hairan mengapa beruang selalu memakai topi yang menutupi sebahagian mukanya dan tidak mahu berkawan dengan haiwan yang lain. 5


Tanpa berfikir panjang,Sang Arnab berjalan menghampiri beruang lalu menyapanya. “ Hai, beruang !” Malangnya,beruang tidak mengendahkan sapaan Sang Arnab lalu meneruskan perjalanananya. Sang Arnab berasa terkilan kerana beruang tidak membalas sapaanya dan berlalu pergi begitu sahaja. 6


Burung yang melihat kejadian tersebut,terus mendekati Sang Arnab. “Sang Arnab mengapa kamu menegur beruang itu?”tanya burung. “Aku hanya ingin berkawan dengannya.Tetapi,dia kelihatan sombong dan tidak mahu memandang aku langsung.” ujar Sang Arnab dengan nada sedih. 7


“Usah kamu bersedih,abaikan sahaja beruang itu. Kami ada untuk menjadi kawan kamu,Sang Arnab. ” kata burung.“Terima kasih burung,tetapi aku berasa hairan mengapa beruang bersikap sedemikian?” 8


“Aku pun tidak tahu.”ujar burung sambil menggelengkan kepalanya. “Aku ada idea! ” kata Sang Arnab dengan bersemangat. “Apa idea kamu,Sang Arnab?”tanya burung“Aku akan memberi beruang sebakul makanan yang sedap pada esok hari. Mana tahu,disebabkan makanan itu beruang sudi bercakap dengan aku!” balas Sang Arnab sambil tersenyum. Burung mengangguk kepalanya sebagai tanda setuju dengan idea Sang Arnab itu. 9


Sang Arnab mula mencari makanan di kawasan tepi sungai. Sang Arnab berasa tidak sabar untuk memberikan makanan kepada beruang pada esok hari. 10


Pada keesokan harinya,Sang Arnab menunggu beruang di jambatan yang biasa dilaluinya. Namun begitu,Sang Arnab masih tidak melihat kelibat beruang. “Sepatutnya pada waktu ini beruang sudah muncul di jambatan ini seperti kebiasaan.” membebel Sang Arnab sendirian. 11


12


Sang Arnab berasa risau mengenai Beruang. Sang Arnab terus menegur ayam yang kebetulan berjalan menuju jambatan tersebut. “Ayam,adakah kamu tahu beruang tinggal di mana?” tanya Sang Arnab. “Beruang yang bertopi itu ke yang kamu maksudkan?” balas Ayam. “Betul,saya ingin memberi beruang makanan ini,tetapi saya tidak tahu beruang tinggal di mana.” 13


“Saya perasan juga beruang itu lebih suka duduk bersendiran dan tidak mahu bergaul dengan yang lain” kata ayam. 14


“Pada mulanya,saya rasa beruang itu sombong,tetapi saya rasa ada sesuatu yang beruang itu rahsiakan di sebalik pemakaian topi itu.” ujar Sang Arnab. “Saya sokong dengan pendapat kamu. Cuba kamu tanya monyet mengenai beruang itu.” ayam merasakan monyet tahu beruang itu tinggal di kawasan mana. “Terima kasih,ayam !” Sang Arnab mula mencari kelibat monyet. 15


“Monyet,adakah kamu tahu beruang yang bertopi itu tinggal di mana?” tanya Sang Arnab. “Semestinya saya tahu !” jawab Sang Monyet. 16


“Bagaimanakah kamu tahu beruang tinggal di mana?” tanya Sang Arnab. “Saya suka bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain. Maka,memudahkan saya untuk melihat pergerakan haiwan-haiwan yang lain.” jawab monyet. “Wah,kalau begitu tunjukkan saya jalan ke rumah beruang itu!.” minta Sang Arnab. Monyet menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lalu menunjukkan jalan ke rumah beruang itu. 17


“ Inilah rumah beruang yang bertopi itu! “ kata monyet sambil menunjukkan rumah beruang itu. 18


“ Terima kasih,monyet kerana sudi menunjukkan jalan ke rumah beruang. “ ucap Sang Arnab dengan teruja setelah melihat rumah beruang. “Sama-sama. Jom kita ketuk pintu rumah itu,mana tahu beruang ada di dalam rumah.” ajak monyet. Sang Arnab dan monyet menghampiri rumah tersebut lalu mengetuk pintu bagi memanggil beruang. Namun tiada sahutan daripada beruang tersebut. 19


Sang Arnab dan monyet membuka pintu rumah beruang yang tidak berkunci dan mendapati beruang sedang tidur di atas sofa bersama-sama dengan topinya. 20


Sang Arnab memanggil beruang dengan lembut,namun beruang masih tidak sedarkan diri dari tidurnya. Monyet mula memegang badannya dan kelihatan beruang sedang demam kerana badannya amat panas. Sang Arnab pergi ke bahagian dapur lalu membasahkan kain yang berada di rumah beruang itu. “Beruang,saya terpaksa buka topi kamu bagi meletakkan kain basah ini di atas dahi kamu” ujar Sang Arnab secara perlahan. 21


Beruang mengangguk lemah sambil tertutup mata. Alangkah terkejut Sang Arnab dan monyet melihat parut di muka beruang setelah membuka topi tersebut. 22


Kini,barulah mereka faham mengapa beruang sering memakai topi bagi menutup parut yang ada di mukanya. Sang Arnab dan monyet berasa kasihan melihat keadaan beruang sebegitu lebih-lebih lagi tinggal bersendirian. Sang Arnab meletakkan sebakul makanan yang dibawanya di atas meja beruang. Mereka beredar pulang bagi memberi masa beruang untuk berehat. Sang Arnab berasa lega dapat berjumpa dengan beruang. 23


24


Pada keesokan harinya,beruang sudah sihat dan tidak demam lagi. Beruang berasa terharu kerana Sang Arnab dan monyet sudi datang merawatnya. Pada masa yang sama,perasan malu kian menyelubungi beruang kerana Sang Arnab dan monyet telah melihat parut yang ada pada mukanya. Beruang sudah menyangka perkara sebegini akan berlaku kerana lambat laun orang lain akan mengetahui tentang parutnya. 25


Namun begitu,beruang merasakan dia perlu mengikis perasaan malunya dan menerima kenyataan bahawa parutnya akan kekal. Beruang tenggelam dalam perasaannya sambil menatap mukanya di cermin besar sendirian. 26


TOK TOK Tiba-tiba,satu ketukan pintu didengari menandakan ada orang yang datang. Beruang gelabah mencari topinya bagi menutupi parutnya. 27


Akan tetapi,topi tersebut tidak dapat dijumpai. Ketukan pintu itu masih berbunyi menyebabkan beruang terpaksa memberanikan diri untuk membuka pintu tanpa memakai topi. Beruang membuka pintu dan melihat terdapat Sang Arnab,monyet,burung dan ayam berada di hadapan pintu rumah.sambil tersenyum manis. Hai beruang ! “ sapa Sang Arnab,monyet,burung dan ayam dengan serentak. Beruang dengan malu-malu menjawab “ Hai,semua. “ 28


“Beruang sudah sihat ke?” tanya Sang Arnab. “Saya sudah sihat.Terima kasih kepada kamu semua yang sudi merawat dan melawat saya.Saya sebenarnya malu untuk berkawan dengan kamu semua disebabkan parut pada muka saya. Saya tertipu dengan krim muka yang dijual oleh Sang Buaya. Krim muka itu mengandungi merkuri yang meninggalkan kesan parut di muka saya.” “Tidak mengapa beruang,kami tetap sudi berkawan dengan kamu ! “ kata monyet . 29


30


Akhirnya beruang tidak lagi bertopi dan tidak malu untuk berkawan dengan mereka. 31


Mereka hidup bahagia bersama selamalamanya. 32


Click to View FlipBook Version