The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azimyusoff39, 2022-05-18 13:15:41

MPU21032

MPU21032

MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

SESI 2 : 2021/2022

TAJUK TUGASAN : MEDIA SOSIAL VS ADAB

AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS

MUHAMMAD FADLUL AZRAEI BIN TAN 16DET21F1070
YOCK CHONG
16DET21F1086
MUHAMMAD AZIM BIN YUSOFF

NAMA PENSYARAH : USTAZAH NAIMAH BINTI ISMAIL

PENGENALAN

Media sosial kini telah menjadi kaedah alternatif untuk berhubung
dengan seseorang. Ada yang dapat berjumpa semula dengan kenalan
lama setelah berpuluh tahun tidak bertemu. Ada yang berkenalan
dengan kenalan baharu dan mengenali pelbagai budaya, perniagaan dan
bermacam-macam maklumat.Hampir setiap dari kita mempunyai akaun
media sosial yang digunakan untuk pelbagai perkara seperti Facebook,
Twitter, Instagram, aplikasi Whatsapp dan sebagainya. Bahkan ada yang
menghabiskan hampir keseluruhan waktunya pada media sosial.
Statistik menunjukkan, sehingga Jun 2017, sebanyak 19 juta daripada
rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook.Ini menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia antara pengguna yang aktif dalam penggunaan media
sosial. Namun dalam keghairahan kita menggunakan laman sosial itu,
ada adab-adab dan peraturan yang perlu kita patuhi sebagai seorang
muslim yang beriman kepada Allah SWT.

DEFINISI MEDIA SOSIAL

Media sosial (Bahasa Inggeris: social media) adalah sejenis media yang
digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna
dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan
tersendiri. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media
sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang
membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang
membolehkan penciptaan dan pertukaran. datang dalam pelbagai
format termasuk blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia maya di
mana ia membolehkan pemuatnaikan dan perkongsian karangan,
gambar, video, audio dan grafik sesama rakan sepenggunaan yang boleh
memberi maklum balas secara terbuka dalam masa yang lebih cepat
dan tidak terhad ruang berbanding media tradisional (termasuk
percetakan dan penyiaran).

DEFINISI ADAB

Adab (Bahasa Arab: ) ‫ أدب‬dalam konteks perilaku, perbuatan: kebaikan,
kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan. Sementara
tafsiran skop dan perincian adab mungkin berbeza dalam kebudayaan
yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah
penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap
beberapa kod kelakuan. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab
dengan mempamerkan "pembezaan aturan, kelakuan, dan kepandaian
membuat pilihan yang betul".Sedangkan tafsiran dari lingkup adab dan
fakta-fakta yang dapat bervariasi antara berbagai budaya, umum antara
interpretasi ini adalah hal peribadi untuk berdiri melalui pengamatan
tertentu contoh kod perilaku.

FAKTOR-FAKTOR

Bila sebut bahasa kurang sopan, tergambar perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki
hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial.Bagi
mereka yang diajar sejak kecil mengamalkan bahasa yang baik dan beradab, mungkin kurang
senang jika ada yang berkomunikasi dengan bahasa yang kurang sopan dan tidak
beradab.Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang seakan selesa berkomunikasi menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam, dan di media sosial. Ia
seolah-olah trend komunikasi masa kini.

Selain itu di media sosial juga berlaku perkara yang sama.Mengutuk dan menjatuhkan
maruah orang yang tidak dikenali dengan perkataan kasar dan memalukan seakan budaya
baharu masyarakat kita.Lebih banyak perkataan mencarut dan lucah yang ditulisnya, lebih
ramai yang komen dan memberi respons. Ianya seperti memeriahkan komunikasi di
maya.Sebagai orang lama yang sangat kagum pada kehalusan budi dan tutur cara
berkomunikasi masyarakat dulu yang sentiasa berlapik dan berhati-hati bila bercakap,
perkembangan budaya bahasa kasar dan kurang sopan ini amat terkesan dalam jiwa penulis.

Dapatan kajian merumuskan mereka bersetuju penggunaan bahasa kasar dan tak beradab
sesuatu yang tidak baik untuk dipraktikkan, namun mereka berpendapat perkataan
sedemikian tidak ada motif lain, ianya hanya digunakan dalam kalangan kawan-kawan dan
sebagai satu bentuk gurauan dan merapatkan hubungan persahabatan antara mereka.

Namun bila berjumpa rakan-rakan sebaya mereka terikut trend berbahasa zaman ini yang
banyak dilihat dan ditiru daripada media sosial dan televisyen.Ada juga remaja yang
berpendapat mereka tidak faham mengapa orang tua ada lesen besar untuk mencarut dan
memaki hamun sedangkan orang muda perlu lebih banyak berhemah dalam perbualan dan
komunikasi mereka.Bagi mereka orang tua perlu beri contoh baik untuk mereka ikut dan
bukan menyalahkan mereka yang muda.

Dalam kajian yang sama pula golongan dewasa berpendapat bahasa dan gaya pertuturan
remaja masa kini adalah berdasarkan pengaruh keluarga mereka dan persekitaran mereka
membesar.Ada ibu bapa yang menunjukkan contoh yang kurang baik dengan mencarut dan
bercakap perkara-perkara yang tidak sopan di depan anak-anak.Berdasarkan konsep
kepimpinan melalui teladan, contoh yang diberi ibu bapa adakalanya membuatkan anak-
anak ini merasa selesa untuk mencarut bila ibu bapa mereka begitu ringan mulut memaki
hamun dan mencarut.Ibu bapa yang terlalu sibuk mencari rezeki dan nafkah hidup
adakalanya tidak sempat mengajar nilai murni pada anak-anak mereka.Disebabkan itu anak-
anak tidak mendapat didikan yang betul tentang berbahasa dan berkomunikasi.Adakalanya
anak-anak seawal umur enam atau tujuh tahun sudah pandai mencarut dan memaki hamun
rakan-rakan sekolah dengan perkataan yang hanya biasa diucapkan oleh orang dewasa.

Seterusnya pengaruh besar media sosial dalam kehidupan remaja juga menjadi punca
bahasa kurang sopan ini dipraktikkan tanpa rasa bersalah.Bila media setiap hari
memomokkan bahasa kurang sopan dalam rancangan TV di youtube dan media sosial yang
lain, para remaja beranggapan ianya sesuatu yang biasa dan diterima masyarakat.Mereka
terikut perkembangan berbahasa masa kini yang sudah tidak mementingkan kesantunan
bahasa.

KESAN-KESAN

Tabiat mengeluarkan cercaan, hasutan dan maki hamun melalui media sosial itu lebih kepada
tindakan seseorang berikutan rasa khuatir, bimbang dan tekanan dialami berkaitan sesuatu
isu."Kaedah memberi maklum balas pula tidak dibuat dengan positif melalui kritikan yang membina,
sebaliknya menggunakan kata cercaan, hasutan dan makian bagi memuaskan diri sendiri," katanya
ketika dihubungi BH, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap melampau
sesetengah netizen yang menggunakan platform media sosial tanpa rasa tanggungjawab termasuk
melalui penggunaan kata hinaan dan cercaan ketika menyatakan pandangan mengenai sesuatu
isu.Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara melalui kenyataan media hari ini, turut
melahirkan kerisauan dengan sikap melampau netizen yang mengeluarkan kata cercaan, hasutan dan
carutan melalui media sosial terhadap institusi beraja, institusi Perdana Menteri dan
negara.Jawatankuasa itu juga menyarankan supaya diwujudkan tindakan undang-undang lebih tegas
dan efektif bagi mengatasi tindakan melampau netizen itu.Mariani berkata, mereka yang berdepan
masalah kesihatan mental boleh mendapatkan bantuan daripada kaunselor berkelayakan, pakar
psikiatri dan pakar psikologi.Sementara itu, Pensyarah dan Pakar Psikiatri Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria, berkata kegagalan mengawal emosi hingga
mendorong kepada kemarahan di media sosial boleh menyebabkan tekanan serta meningkatkan risiko
penyakit termasuk jantung."Menggunakan kemarahan adalah cara mengendalikan masalah yang tidak
sihat. Ia boleh menyebabkan tekanan yang berpanjangan dan menimbulkan punca stress yang
lain."Kawal penggunaan media sosial jika perlu dan salurkan masa kepada aktiviti sihat seperti
bersukan dan bergaul dengan masyarakat," katanya.Rozanizam berkata, meskipun ada penyakit
mental tertentu termasuk bipolar yang digejalai dengan simptom marah melampau tetapi tidak
bermakna semua individu pemarah memiliki penyakit mental.

CARA MENGATASI MASALAH

1. Menyampaikan perkara yang baik

Laman sosial menjadi medan untuk kita berkongsi menyampaikan maklumat pada perkara yang baik kerana
menyampaikan perkara-perkara yang baik akan memperoleh ganjaran pahala. Ini bertepatan dengan hadis Nabi
Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak mana
pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya.” (Riwayat Muslim)

Oleh itu, kita hendaklah menjauhi dan menghentikan perkara yang tidak baik seperti fitnah, mengadu domba,
membuka akaun palsu untuk mengaib dan menjatuhkan maruah orang lain, menghantar ayat-ayat berbaur lucah,
hingga membawa kepada perselisihan dan persengketaan sesama manusia. Perbuatan yang buruk ini merupakan
dosa yang wajib dihindari.

2. Pastikan sahih, sebelum disebarkan

Kita sebagai pengguna media sosial juga hendaklah memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum
menyebarkannya kepada orang lain. Memastikan kesahihan ini merupakan satu kewajipan dan
tanggungjawab bagi setiap individu. Walaupun penulisan itu bukan tulisan kita tetapi kita turut berdosa
kerana bertindak menyebarkannya. Peringatan ini dijelaskan oleh Allah SWT sepertimana firman-Nya dalam
surah Qaf ayat 18 yang bermaksud:
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di
sisinya Malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

3. Menjaga batas-batas pergaulan

Dalam pada kita asyik dengan pertemuan kawan-kawan lama, berkenalan dengan rakan baharu, ada batas
yang perlu dijaga. Ikhtilat atau perbualan serta komunikasi dengan yang bukan mahram secara melampau
adalah satu perkara yang perlu kita lihat secara serius bagi mengelakkan mudharat di kemudian hari.

Semasa kita berkomunikasi di laman sosial, elakkan daripada berkomunikasi dengan terlalu mesra dan
manja sehingga menimbulkan fitnah dan merosakkan hubungan dalam rumahtangga. Pastikan apa yang
ingin disampaikan jelas dan nyata serta terus kepada maksud.Akibat daripada batas perbualan yang tidak
dikawal dengan sebaiknya dalam penggunaan media sosial, dibimbangi akan terjadi permasalahan hati yang
menjerumus kepada keruntuhan akhlak. Oleh itu batasilah perbualan di laman sosial dengan sebaik
mungkin.

4. Menjaga keaiban

Ada dikalangan segelintir daripada kita yang terikut-ikut dengan trend masa kini yang secara tidak
langsung suka membuka aib orang lain apabila menulis atau berkongsi sesuatu artikel. Lebih parah lagi
apabila aib pasangan juga dijaja atau dibuka kepada umum dengan cara yang tidak disedari. Oleh itu kita
disuruh untuk menjaga dan tidak mendedahkan keaiban orang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan
daripada Abdullah Bin Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Sesiapa yang
menutupi (aib) seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari)

Disamping adab-adab yang telah dinyatakan, sebagai pengguna media sosial hendaklah bijak
menggunakan masa yang sesuai untuk berkomunikasi. Hindari menggunakannya ketika khatib sedang
membaca khutbah Jumaat, ketika makan, memandu, ketika bergaul bersama-sama ahli keluarga, sejurus
selesai solat hinggakan tiada masa untuk berdoa dan berzikir.Adab-adab penggunaan media sosial bukanlah
bertujuan untuk menyekat kebebasan seseorang, namun ia adalah untuk memastikan agar kita berjaya
menjadi Muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT, sekaligus menunjukkan imej sebagai seorang Muslim
yang berakhlak mulia.

KESIMPULAN

Tidak dinafikan kewujudan pelbagai bentuk media digital termasuk
media sosial telah membawa manfaat dan kemudahan yang banyak
kepada manusia.

Pada waktu yang sama, media social juga boleh menjadi medan
perbalahan,fitnah,kebencian dan pengganasan. Ini telah terbukti di
mana kumpulan-kumpulan pengganas seperti AlQaeda dan ISIS telah
menggunakan media sosial untuk menyebarkan ideologi serta
propaganda mereka kepada orang lain.

Tidak kurang juga ramai anggota masyarakat hari ini terperangkap
dengan budaya menghasut,memfitnah dan menyebarkan kebencian
dalam penggunaan media sosial. Akibat dari budaya buruk ini telah
memecahbelahkan hubungan sesame manusia.


Click to View FlipBook Version