Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kucing. Semua haiwan di dalam hutan dan penduduk kampung tidak menyukainya. Sewaktu kucing berjalan-jalan di dalam hutan, haiwan yang besar akan mengejarnya. Sewaktu dia berada di kampung, wanita-wanita di kampung akan mengusirnya. Pada suatu hari, kucing itu memikirkan idea. Dia menggunakan cat hitam untuk mewarnakan wajah dan belakang badannya dan selepas itu dia masuk ke dalam hutan. Seekor cerpelai terjumpa kucing itu dan bertanya, “Siapakah anda?” “ Saya ialah pegawai hutan dari angkasa lepas,”jawab kucing itu.” “ Sesiapa yang memberikan makanan dan tempat tinggal kepada saya akan menjadi kaya, tetapi sesiapa yang mengusir saya akan saya bunuh.”kata kucing itu. “Tolonglah menjadi tetamu saya, oh pegawai hutan dari angkasa lepas.”Kata cerpelai supaya tidak dibunuh oleh kucing itu.” “Ini akan menjadi penghormatan kepada saya untuk melayan anda.”Itu sudah pasti, cerpelai yang baik hati!” kata kucing itu sambil meregangkan lehernya.”Bawalah saya ke rumah kamu dan lihatlah sendiri bagaimana kamu akan menjadi kaya setiap hari.” Tolonglah ikut saya.” Kata cerpelai itu, sambil memimpin kucing itu ke rumahnya. Selepas itu kucing tinggal bersama-sama cerpelai. Setiap hari cerpelai akan membawa makanan yang enak untuk kucing. Setiap malam cerpelai akan memastikan kucing tidur dengan lena. Apa lagi yang kucing perlukan! Dia menikmati hari-hari dengan tersenyum lebar sambil berfikir, “Rancangan saya berjalan dengan baik.” Sekumpulan burung menyedari perkara ini. Mereka bertanya kepada cerpelai mengenai orang asing tersebut. Cerpelai memberitahu mereka mengenai pegawai hutan dari angkasa lepas. Berita mengenai kehadiran pegawai hutan di rumah cerpelai tersebar luas. Ramai haiwan mula mengunjungi pegawai hutan itu. “Tolong terima hadiah daripada kami oh kawan dari angkasa lepas ,”kata semua haiwan dalam hutan sambil tunduk hormat. Tiada sesiapa pun tahu bahawai ia adalah seekor kucing. Hari demi hari rumah cerpelai penuh dengan hadiah yang berharga. “Sesungguhnya saya akan menjadi kaya.” Cerpelai berfikir dengan gembira. Dia memutuskan untuk tidak benarkan pegawai hutan itu pergi. Kucing itu hidup dengan gembira bersama cerpelai selama-lamanya.
Bangau dan kerbau suka berbalah. Mereka saling mendakwa diri mereka lebih baik antara satu sama lain. “Aku lebih bijak daripada kau,”kata bangau kepada kerbau. “Sebab itu banyak haiwan meminta nasihat daripadaku.” “Kamu tidak tahu kebijaksanaan aku” kata bangau dengan megah. “Kau tidaklah sebijak mana,”kata kerbau yang tidak mahu mengalah. “Mari kita buktikan siapa yang lebih bijak. Siapa yang minum banyak air hingga air laut surut ia akan menang, “kata kerbau. Bangau pun bersetuju. Ia terus memikirkan cara bagaimana mahu mengalahkan kerbau itu. Bangau merasakan kerbau sengaja mahu memperbodohkan dirinya. Tubuh kerbau jauh lebih bersar daripada bangau. Tentu ia akan menang kerana dapat minum lebih banyak air. Kerbau yakin ia akan menang. Ia akan memberi satu syarat kepada bangau. “Siapa yang kalah akan menjadi hamba kepada yang menang,”kata kerbau lagi. Bangau pun bersetuju. Bangau pergi melihat waktu air surut pasang dan surut. Ia akan mencari tempat air laut yang surut. Ia yakin akan menang. Tibalah hari pertandingan. Banyak haiwan dipanggil untuk menyaksikan pertandingan itu. Semua haiwan bersorak menyokong bangau dan kerbau. “Sekarang mulakan minum!”teriak kerbau selaku pengadil. Semakin lama, semakin banyak air yang diminum oleh kerbau. Namun begitu jika begini aku akan kalah,”bisik kerbau. Kini tibalah giiliran bangau. Ia sengaja mencuri masa dengan menyisir bulunya. Sebenarnya bangau menunggu air laut surut. Kemudian ia pun minum air laut itu. Haiwan lain bersorak kerana bangau mampu minum air laut dengan banyak. Kerbau berasa pelik. Ia tidak tahu yang air laut sedang surut. Bangau terlalu gembira. Ia tidak tahu walaupun kerbau bertubuh besar tetapi pendek akal. “Sekarang kau harus memenuhi syarat,”kata bangau. “Kini kau tahu aku lebih bijak. Kau harus menjadi hambaku.” Kerbau memandang bangau dengan muka yang muram. Ia tidak menyangka akan kalah kepada bangau yang kecil. “Baiklah bangau,”ucap kerbau dengan sedih”Aku dan keturunanku akan jadi hamba kepada kau. Kau bolehlah duduk di atas belakangku.” Sejak itu, bangau selalu terbang dan hinggap di atas badan kerbau. Kerbau menjadi hamba kepada bangau akibat kebodohannya sendiri. Apabila bangau makan ikan di sawah, kerbaulah yang membawa bangau.