INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 2)
SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(PAKK2243D)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NORHAYATI BINTI ISMAIL
ANGKA GILIRAN 2021192380010
NOMBOR KAD 880323-14-5414
PENGENALAN
PDPM OKTOBER 2021 (B1)
KUMPULAN PENULISAN SAINS AWAL DALAM PENDIDIKAN AWAL
NAMA KURSUS KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH PUAN MAGESWARY MARIE
TARIKH HANTAR 18 MAC 2022
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS DARIPADA
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 2
1.1 Fasa Sebelum 3-8
(Hari Pertama hingga Hari Keempat)
1.2 Fasa Semasa 9-14
(Hari Kelima)
1.3 Fasa Selepas 15
(Hari Keenam)
2.0 Kesimpulan 16
3.0 Rujukan 17
Penghargaan
Syukur Alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi
kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kursus
PAKK2243D ini dengan sebaiknya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Puan Mageswari Marie, selaku Pensyarah Sains Awal Dalam
Pendidikan Awal Kanak-Kanak kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya Puan Mageswari Marie atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak secara langsung atau tidak
langsung yang telah terlibat termasuk anak perempuan saya sebagai murid kanak-kanak
Pra Sekolah bagi menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini
mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
Pengenalan
Makanan berkhasiat merupakan makanan yang penting dalam menyumbang
kearah tumbesaran seseorang kanak-kanak. Makanan berkhasiat juga hendaklah di
variasikan agar merangsang minat kanak-kanak untuk memakan makanan berkhasiat
tersebut. Makanan berkhasiat hendaklah melalui arus permodenan dalam pembelajaran
dan pengajaran bilik darjah dengan di sampaikan melalui pembelajaran berasaskan
projek. Pendekatan sains awal yang berlandaskan Project based Learning atau pun
pembelajaran berasaskan projek amat menarik minat kanak-kanak pra sekolah. Ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak
pra sekolah terhadap sesuatu projek yang di jalankan.
Pembelajaran berasaskan projek (PBL) ialah kaedah pengajaran yang
mempunyai manfaat yang luas untuk pelajar. Ianya akan melahirkan pelajar yang
mempunyai pemikiran yang kritis dan berkeyakinan tinggi dalam pengurusan sesuatu
projek. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh The Autodesk Foundation, kajian telah
menunjukkan bahawa pembelajaran yang berasaskan projek dikaitkan dengan
peningkatan ketara dalam markah ujian pelajar, kehadiran dan penglibatan bilik darjah.
Ia juga memberi peluang kepada guru untuk membina hubungan yang lebih kukuh
dengan pelajar mereka. Ini adalah kerana guru bertindak sebagai fasilitator pembelajaran
secara langsung. Oleh itu, dalam tugasan ini saya menjalankan satu pembelajaran yang
berasaskan projek terhadap kanak-kanak pra sekolah iaitu bento makanan kesihatan
yang memfokuskan tajuk “roti sandwich spongebob”.
Projek ini saya jalankan selama 6 hari bersama murid pra sekolah. Projek bento
roti sandwich spongebob ini juga mempunyai 3 fasa yang yang berlainan yang perlu di
lalui sepanjang projek ini berlangsung. Fasa tersebut ialah fasa sebelum, fasa semasa
dan fasa selepas. Pelbagai pendedahan pengetahuan tentang bento makanan kesihatan
perlu di terangkan kepada kanak-kanak agar skop pemakanan kesihatan di beri ruang
yang luas kepada pemahaman kanak-kanak. Selain itu, dengan usaha ini dapat
mencapai objektif sebenar pembelajaran berasaskan projek bagi kanak-kanak pra
sekolah.
Fasa Sebelum
Pada hari pertama, guru bercerita kepada murid tentang makanan kesihatan. Guru
bercerita dengan penceritaan yang merangsang minda dan minat murid tentang roti agar
murid tertarik untuk melibatkan diri dengan pembelajaran berasaskan projek. Guru juga
bercerita tentang asal usul kemenjadian sebuku roti. Guru menerangkan bahawa roti
berasal daripada sumber pertanian iaitu bijirin gandum. Bijirin tersebut akan diproses
menjadi tepung kasar kemudiannya di adun dengan air dan yis. Roti tersebut akan di
bakar dan akhirnya menjadi sebuku roti yang enak.Guru menayangkan tayangan video
dan gambar-gambar tentang contoh-contoh bento makanan kesihatan yang berasaskan
roti. Video bento Roti sandwich spongebob merupakan antara tayangan yang menarik
minat murid. Murid berasa teruja dengan video dan gambar roti sandwich spongebob
tersebut, ini secara tidak langsung telah menarik minat murid untuk mengikuti
pembelajaran berasaskan projek. Pada hari tersebut guru telah memberi tugasan kepada
murid agar membawa 2 keping roti putih dan sekeping roti berwarna gelap ke sekolah.
Guru bercerita dengan merangsang minda murid untuk melibatkan diri dengan PBL
Guru menayangkan video dan gambar bento makanan kesihatan roti sandwich spongebob
Pada hari kedua, guru mengumpul bahan iaitu roti daripada murid dan
menyimpannya ke dalam bekas kedap udara. Pada hari ini juga, guru menunjukkan carta
piramid makanan kesihatan kepada murid. Guru menerangkan tentang carta makanan
yang perlu di ambil dengan kadar yang sedikit, sederhana dan banyak. Guru
menerangkan juga cara pengambilan makanan yang sihat ialah yang mengandungi suku
pinggan protein dan karbohidrat dan setengah pinggan serat (sayur-sayuran dan buah-
buahan).
Guru mengumpul bahan PBL
Setelah guru selesai memberi penerangan dan bersoal jawab tentang piramid
makanan, guru memberi tugasan kepada murid untuk membawa kotak ke sekolah. Guru
merancang agar murid dapat menghasilkan piramid makanan daripada kotak. Guru ingin
melatih murid berfikir secara kreatif,kritis dan aras tinggi bagi menghasilkan sebuah
piramid makanan.
Guru memberi penerangan kepada murid tentang piramid makanan kesihatan
Pada hari ketiga, guru meminta murid menghasilkan kotak piramid makanan dan
membimbing murid melakukan aktiviti tersebut. Guru menyediakan gunting dan solitip
dalam membimbing dan membantu penghasilan kerja murid. Guru meraikan hasil kerja
murid dengan memuji hasil kreativiti daripada kotak piramid makanan tersebut. Disini
sebelum guru menjalankan pembelajaran berdasarkan projek, guru telah
mengetengahkan 1 konsep 5E iaitu explore dengan berpusatkan murid untuk meneroka
pembinaan piramid makanan kesihatan yang di jalankan secara individual oleh murid.
Guru juga telah mengaitkan piramid makanan kesihatan dengan nutrisi makanan yang
terdapat pada roti sandwich spongebob yang berkaitan dengan projek pembelajaran
yang bakal di jalankan di tadika.
Guru menerangkan tentang nutrisi makanan yang terdapat dalam bahan-bahan
roti sandwich spongebob kepada murid. Guru menerangkan karbohidrat yang terdapat
pada roti akan membekalkan tenaga kepada manusia dan ia juga mengandungi
kandungan rendah lemak. Tepung gandum adalah bahan utama roti, dikombinasikan
dengan ragi dan air dan menghasilkan makanan padat gizi. Roti juga mengandungi
mineral dan vitamin. Telur adalah sumber protein yang baik dan membantu membina
serta mengekalkan otot yang kuat. Ia juga dapat membantu mengekalkan metabolisme
yang sihat. Untuk nutrisi makanan buah tomato ia membekalkan vitamin dan mineral
dalam tubuh badan manusia. Manakala lobak merah yang terdapat pada roti sandwich
spongebob merupakan nutrien penting dalam tubuh badan dan ia mengandungi zink,
tembaga dan selenium. Selain daripada bahan-bahan tersebut, keju yang terdapat pada
roti sandwich spongebob mengandungi nutrisi yang baik buat kanak-kanak. Keju
mengandungi lemak dan kalori tinggi serta mempunyai zat seperti kalsium, protein,
vitamin dan zinc. Ia juga dapat menguatkan tulang dan menyihatkan gigi. Seterusnya
kepingan daging ayam yang terdapat pada roti sandwich spongebob membekalkn nutrisi
dalam tubuh badan manusia seperti karbohidrat,lemak yang sihat dan protein yang tinggi.
Nutrisi yang terdapat pada daging ayam juga dapat membekalkan tenaga kepada badan
manusia di samping itu dapat memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.
.
Guru membimbing murid menghasilkan piramid makanan kesihatan dengan
menggunakan kotak dan kertas.
Pada hari keempat, guru mengaitkan makanan kesihatan dengan penghasilan
bento sandwich spongebob. Guru menayangkan semula video dan gambar bento
sandwich spongebob untuk merangsang minda murid agar tertarik dengan penghasilan
projek tersebut. Guru juga menunjukkan video bahan-bahan yang diperlukan dalam
menghasilkan bento roti sandwich spongebob.
Bahan-bahan tersebut adalah seperti:
Roti putih- 2 keping
Roti gelap- 1 keping
1 Biji Telur rebus
1 Biji Anggur hitam
1 Biji Tomato
Sedikit lobak merah
2 atau 3 Batang daun ketumbar
Butter -20g
Keju- 1 Keping
Sosej atau daging- 2-3 keping
Salad- 4 Lembaran
Selepas tayangan video tersebut, murid berasa sangat teruja untuk mengikuti
pembelajaran berasaskan projek tersebut. Guru merancang pada keesokan harinya
untuk menjalankan projek bento roti sandwich spongebob bersama murid. Pada hari
tersebut juga, guru membuat persiapan menyediakan bahan-bahan lain dan kelengkapan
alatan projek dengan membeli bahan-bahan projek di pasar raya untuk dikumpulkan pada
hari seterusnya.
Fasa Semasa
Pada hari kelima, guru mengumpul alatan projek dan bahan-bahan projek bento
makanan kesihatan roti sandwich spongebob. Ini termasuklah bahan yang di kumpul
daripada roti murid yang di simpan pada fasa sebelum ini. Guru membuat projek bento
makanan kesihatan bersama murid dengan kaedah penunjuk cara dan membimbing
murid membuat aktiviti bersama. Guru memastikan persekitaran selamat ketika
menjalankan projek dengan memastikan alatan projek yang digunakan adalah selamat,
tidak tajam dan tidak mendatangkan kecederaan kepada murid. Untuk penggunaan
pisau, guru sahaja menggunakan peralatan tersebut manakala murid adalah pemudah
cara membuat aktiviti projek dengan bimbingan guru. Guru telah mengaitkan
pembelajaran berasaskan projek ini dengan elemen STEAM. Guru mengaitkan huruf S
adalah untuk Sains yang memfokuskan penyelesaian masalah dalam melaksanakan
sesuatu projek sains. Huruf T adalah dikaitkan dengan Teknologi dengan cara
melaksanakan projek sains ini dengan menggunakan bahan-bahan yang berasaskan
teknologi seperti keju dan daging ayam yang telah diproses secara berbentuk kepingan
empat segi tepat. Guru mengaitkan huruf A adalah untuk Art yang memfokuskan
kesenian dalam menghias bento makanan kesihatan roti sandwich pada bentuk kartun
spongebob. Guru membimbing murid untuk berfikir secara kreatif,kritis dan KBAT dalam
mengetengahkan kesenian dalam pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, guru
mengaitkan huruf M daripada elemen STEAM adalah untuk Matematik. Guru mendorong
murid untuk membilang bilangan bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan
projek bento makanan kesihatan ini.
Guru memperkenalkan bahan-bahan projek bento makanan kesihatan “Roti Sandwich Spongebob”
Pada langkah pertama, guru telah meminta murid untuk menyapu butter pada permukaan roti putih.
Selepas itu, murid meletakkan sekeping daging ayam di atas roti putih tersebut.
Pada langkah kedua, guru telah meminta murid untuk meletakkan sekeping roti putih di atas roti
yang terdapat padanya sekeping daging ayam diatasnya. Selepas itu, murid meletakkan sekeping
keju diatas permukaan roti tersebut.
Langkah ketiga, guru telah memotong telur rebus tersebut dengan membentuk mata
putih spongebob. Guru meminta murid untuk meletakkan telur putih tersebut di atas
keju. Guru juga telah memotong anggur hitam dan membentuk mata hitam
spongebob serta meminta murid untuk meletakkan anggur hitam tersebut di atas
telur rebus yang bewarna putih.
Langkah keempat, guru telah memotong 3 batang daun ketumbar dan meminta
murid menghias alis mata dan mulut spongebob yang mengukir senyuman. Selepas
itu, murid meletakkan 2 bentuk dadu lobak merah di setiap penjuru mulut
spongebob.
Langkah kelima, guru telah memotong roti gelap kepada 2 bahagian. Murid
meletakkan setengah bahagian roti gelap di bahagian bawah dan bertindih dengan
roti gelap di bahagian atas bagi membentuk seluar spangebob.
Langkah keenam, guru telah momotong telur rebus dan membentuk baju
spongebob. Murid meletakkan telur rebus yang bewarna putih itu diatas roti yang
bewarna gelap. Guru telah memotong tomato membentuk tali leher spongebob,
murid meletakkan tomato itu di tengah-tengah telur rebus yang berwarna putih
tersebut. Selain itu, guru memotong dadu telur rebus yang bewarna putih untuk
membentuk gigi spongebob. Murid meletakkan 2 dadu telur rebus di bawah batang
daun ketumbar bagi membentuk gigi spongebob. Guru juga telah memotong keju
bagi membentuk kaki dan tangan spongebob. Murid meletakkan keju yang telah
dipotong secara memanjang dan diletakkan di bahagian atas dan bawah roti
sandwich spongebob tersebut.
Langkah ketujuh, guru dan murid tengah menghias latar belakang roti sandwich
spongebob dengan 4 lembaran sayur salad.
Setelah selesai projek membuat bento makanan kesihatan roti sandwich
spongebob, murid dan guru memakan roti sandwich spongebob tersebut. Murid
menyatakan roti sandwich spongebob adalah sangat sedap dan teruja merasai keenakan
dan kelazatan bento makanan kesihatan tersebut. Ini menunjukkan PBL bento makanan
kesihatan ini memainkan peranan yang amat penting dalam mendorong minat dan minda
murid untuk memakan makanan yang berkhasiat.
Fasa Selepas
Pada hari keenam, guru merekodkan hasil dapatan murid selepas menjalankan
aktiviti pembelajaran berasaskan projek bento makanan kesihatan. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang hasil tindak balas dan manfaat yang dapat di ambil daripada projek
sains tersebut. Murid dapat menyatakan beberapa nutrisi makanan yang terdapat pada
roti sandwich spongebob. Murid juga dapat menceritakan kepentingan pemakanan yang
sihat dan kebaikan sekiranya mengamalkan pemakanan yang seimbang. Guru juga
mencadangkan kepada murid agar menjalankan aktiviti projek bento makanan kesihatan
Roti sandwich spongebob dirumah bersama keluarga. Dengan hasil dapatan projek ini
juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjual roti sandwich
spongebob tersebut ketika musim cuti sekolah berlangsung. Selain daripada hasil projek
yang menarik minat kanak-kanak iaitu berbentuk kartun spongebob, ianya juga
merupakan aktiviti projek sains yang bermanfaat dan boleh mendatangkan hasil
pendapatan kepada murid dan keluarga.
Kesimpulan
Pembelajaran berasaskan projek dapat membimbing murid menjalankan kaji
selidik tentang sesuatu projek sains. Pendekatan projek dalam pendidikan yang
melibatkan murid terutamanya kanak-kanak pra sekolah adalah rumit untuk
dilaksanakan, namun impaknya sangat berkesan kepada murid. Murid dapat
mengenalpasti hasil dapatan projek dengan melalui 3 fasa projek yang dijalankan di
sekolah. Selain itu, ia dapat menjawab segala persoalan yang di fikirkan oleh murid pada
awal permulaan projek.
Pembelajaran berasaskan projek juga dapat menarik minat murid dan
merangsang minda mereka agar tertarik dengan sesuatu projek sains. Selain daripada
ianya berkait rapat dengan dunia sebenar, ia juga memberikan pengalaman yang baharu
atau pengalaman yang sedia ada kepada murid seperti contoh menvariasikan roti
sandwich kepada bento makanan kesihatan roti sandwich spongebob. Projek sains ini
juga dapat memberikan pengalaman secara langsung kepada murid. Sehubungan
dengan itu ia juga dapat memberi ruang dan peluang serta penglibatan secara langsung
kepada murid untuk menjalankan aktiviti projek sains tersebut. Sejajar dengan itu, murid
juga dapat meningkatkan pengetahuan secara kreatif,kritis dan KBATT dalam mencari
maklumat daripada pelbagai sumber tentang bento makanan kesihatan terutamanya
nurtisi yang terdapat pada roti sandwich spongebob.
Selain itu, pembelajaran berasaskan projek ini juga dapat mewujudkan kerjasama
antara murid dengan guru. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua pihak
dan boleh menarik minat murid untuk terus berminat dalam dunia penyelidikan sains.
Dokumen projek juga dapat menjadi satu elemen yang penting. Ianya boleh digunakan
sebagai penilaian dan bahan sumber rujukan pembelajaran berasaskan projek kepada
orang lain pada masa akan datang.
Rujukan
1) 10 Benefits of Project-Based Learning.
https://www.destinationimagination.org/blog/10-benefits-of-project-based-learning/
2) Sandwich untuk kanak-kanak spongebob.
https://ms.woman365pro.com/recipes/buterbrody-dlya-detej/
3) Panduan Amalan Pemakanan Seimbang Melalui Piramid Makanan.
https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi/piramid-makanan
4) Manfaat Kesihatan Telur dan Maklumat Makanan.
https://ms.julinse.com/manfaat-kesihatan-telur-dan-maklumat-pemakanan/
5) Manfaat Nutrisi Dari Roti.
https://sahabatnestle.co.id/content/gaya-hidup-sehat/manfaat-nutrisi-dari-roti.html
6) 9 Khasiat Lobak Merah: Bukan Sekadar Untuk Mata.
https://jiwasihat.com/khasiat-lobak-merah/
7) 7 Manfaat Kesihatan Apabila Anda Makan Keju.
https://berita.mediacorp.sg/gaya-hidup/7-manfaat-kesihatan-apabila-anda-makan-keju-
184391
8) Ketahui Khasiat Makanan Anda.
http://makanananda.blogspot.com/2013/11/khasiat-daging-ayam.html