The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m20171000505, 2021-06-04 01:22:50

Jangan Putus Asa

Jangan Putus Asa

Jangan
putus Asa

jangan

berputus asa



Nama saya Daniel. Saya merupakan pelajar tahun 5 . Saya
mempunyai seorang kakak yang sudah tamat pengajian di Universiti
Malaya dan mempunyai seorang abang yang masih menuntut di
Universiti luar negara. Saya adalah anak bongsu dalam keluarga
saya. Saya sangat berminat dalam sukan tetapi tidak dalam pelajaran
menyebabkan keputusan peperiksaan saya tidak cemerlang
berbanding kakak dan abang saya. Saya juga mempunyai rakan
karib bernama Azwan yang juga meminati sukan, sama seperti saya.

Pada suatu hari di kantin sekolah, saya dan Azwan berbincang
bagaimana untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami kerana selalu
di marah oleh ibu bapa dan guru. Malah ada juga kawan-kawan yang
menyindir dan menjauhkan diri daripada kami kerana mendapat
keputusan yang tidak cemerlang. Saya mencadangkan agar kami
meminta bantuan Cikgu Amar mengadakan kelas tambahan. Azwan
mengganguk setuju dengan cadangan tersebut.



Di dalam kelas saya masih berangan untuk menjadi pelajar cemerlang
pada suatu hari nanti. Ketika sedang berangan, Azwan menegur,
“Daniel, mengapa kau termenung panjang?”. Saya hanya mampu
tersenyum malu sambil menggelengkan kepala menandakan tiada
apa-apa. Dalam hati, saya tahu angan-angan ini akan tercapai kalau
saya terus berusaha.





Pada keesokannya selesai kelas Cikgu Amar, kami berdua pun
berjumpa dengan beliau. Kami cukup berdebar dan takut untuk
berjumpa beliau. Kami kuatkan semangat meminta bantuan
Cikgu Amar mengadakan kelas tambahan bagi membantu kami
meningkatkan kefahaman tentang matapelajaran yang kami
tertinggal.

Cikgu Amar bersedia membantu kami malah menyarankan
beberapa pelajar yang lemah untuk turut serta dalam kelas
tambahan selepas sekolah. Kelas tambahan ini diadakan tiga kali
seminggu dan banyak latihan diberikan kepada kami.





Kami cukup seronok bila mula memahami subjek yang
diterangkan oleh Cikgu Amar. Kami juga tidak pernah ponteng
kelas-kelas tambahan yang diadakan dan sering bertanya untuk
mendapatkan kepastian bagi membolehkan kami menjawab
latihan-latihan yang diberikan.

Kini masa yang ditunggu sudah tiba. Keputusan akhir tahun
akan di umumkan sebentar lagi oleh Cikgu Amar. Seorang demi
seorang nama rakan kami di sebut sebagai pelajar di tempat
kedudukan sepuluh teratas. Nama kami berdua tidak ada dalam
senarai. Namun bagi pelajar di kedudukan nombor ke sebelas,
nama saya disebut dengan semua matapelajaran lulus dan di
ikuti oleh Azwan di tangga kedua belas.



Kami berdua sangat gembira dengan keputusan tersebut dan
mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Amar. Kami berdua
berazam untuk terus belajar dengan cemerlang di samping
meneruskan minat kami terhadap sukan.


Click to View FlipBook Version