18
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Disediakan oleh:
Nama: Nurul Atiqah binti Mat Jaih
No. Kad Pengenalan: 001230-06-0776
2020192340100
Angka Giliran: PISMP F5
Kumpulan/ Unit
Puan Krishna Kumary a/p Juval
Nama Pensyarah:
Penulisan Akademik
Tajuk Tugasan : 12 Mei 2022
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
Senarai Kandungan Muka
Surat
Bil Perkara
1. Pengenalan 1
2. Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya 1
3. Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya 1
2
Fizikal 3
Emosi 4
Sosial 5
Sosiolinguistik 5
4. Kesimpulan 6
5. Senarai Rujukan
1
Pengenalan
Peranan seorang guru sudah tidak asing lagi iaitu mengurus bilik darjah agar proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya sangat penting untuk merangsang pembelajaran murid di dalam kelas. Hal ini
demikian kerana Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada kepelbagaian budaya
dan bangsa. Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2012), sekiranya bilik darjah
dapat diurus dengan baik serta persekitaran bilik darjah yang kondusif maka PdP akan
berlaku secara efektif. Berdasarkan pendapat tersebut, sesi PdP yang efektif akan berlaku
melalui pengurusan bilik darjah yang baik. Hal ini menunjukkan bilik darjah yang mesra
budaya adalah sangat penting untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Oleh itu, fokus utama tugasan ini ialah memperincikan langkah-langkah pengurusan bilik
darjah mesra budaya daripada aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.
Konsep Bilik Darjah Mesra Budaya
Menurut Yasmin Ahmad dan Najeemah Mohd Yusof (2015), menyatakan
persekitaran pembelajaran yang mesra budaya melibatkan suasana pembelajaran dalam
bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
budaya. Hal ini menunjukkan perbezaan budaya tidak menjadi halangan di dalam bilik
darjah mesra budaya. Perkara ini disebabkan di dalam bilik darjah tersebut dapat
mewujudkan rasa selesa, ceria dan gembira. Selain itu, bilik darjah yang mesra budaya
dapat meningkatkan nilai sivik murid-murid. Kenyataan ini bertepatan dengan Syed Ismail
Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2018), yang menyatakan bahawa persekitaran
pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi
kehidupan masyarakat yang aman dan harmoni.
Langkah-Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Elemen mesra budaya perlu disemai di dalam bilik darjah untuk mewujudkan
suasana yang positif dalam kalangan murid-murid pelbagai kaum dan budaya. Elemen
mesra budaya dapat diterapkan di dalam bilik darjah dengan adanya guru yang mengurus
bilik darjah tersebut dengan baik. Pengurusan bilik darjah yang baik mencakupi beberapa
aspek penting iaitu pengurusan persekitaran fizikal, pengurusan emosi, pengurusan sosial
dan pengurusan sosiolinguistik. Keempat-empat aspek ini perlu dititikberatkan dalam
menguruskan bilik darjah mesra budaya.
2
Fizikal
Aspek yang utama dalam langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah
daripada aspek fizikal. Dalam aspek ini, guru perlu menekankan pengurusan persekitaran
fizikal yang membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Sebagai contohnya,
keluasan ruang dan susunan perabot perlulah sesuai dengan kapasiti murid. Hal ini bagi
menjamin keselesaan murid di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga boleh menyusun meja
dan kerusi yang terdiri daripada pelbagai kaum secara berkumpulan. Perkara ini diambil kira
berdasarkan pendapat Shahabuddin Hashim et al. (2007), yang menyatakan bahawa
kedudukan susun atur meja yang kondusif adalah dalam bentuk kumpulan. Dalam hal ini
guru seharusnya mengawal dan menyusun murid dalam satu kumpulan yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Hal ini bertujuan untuk melatih murid bekerjasama dan berinteraksi
antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
Aspek fizikal yang perlu ditekankan dalam mengurus bilik darjah mesra budaya yang
seterusnya adalah memastikan suasana bilik darjah dalam keadaan ceria. Menurut Haliza
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2016), menyatakan aspek keceriaan bilik darjah
sangat penting kerana bilik darjah yang ceria mampu meningkatkan semangat dan motivasi
murid untuk belajar dan seterusnya meningkatkan prestasi murid. Antara usaha yang boleh
dilakukan oleh guru untuk menceriakan bilik darjah yang mesra budaya adalah menghias
bilik darjah, mengemaskini papan kenyataan serta memastikan cahaya dan pengudaraan
yang mencukupi. Guru boleh menghias bilik darjah dengan menyediakan pelbagai sudut
seperti sudut IT, sudut Matematik dan Sains, sudut bahasa, sudut seni dan kebudayaan
serta sudut agama dan moral. Sudut-sudut ini membantu perkembangan intelek murid-
murid. Melalui penyediaan sudut seni dan kebudayaan di dalam bilik darjah murid dapat
mengetahui dan mengenali budaya pelbagai kaum. Secara tidak langsung, bilik darjah
mesra budaya dapat diwujudkan. Oleh itu, dengan mempertimbangkan langkah pengurusan
bilik darjah mesra budaya daripada aspek fizikal, pelan lantai bilik darjah mesra budaya
yang dicadangkan dapat dilihat dalam rajah 1.
3
Rajah 1
Cadangan Pelan Lantai Bilik Darjah Mesra Budaya
Emosi
Aspek yang kedua dalam langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah
daripada aspek emosi. Pengurusan daripada aspek emosi ini sangat penting dalam
pembentukan bilik darjah mesra budaya. Hal ini demikian kerana emosi yang positif dapat
merangsang semangat dan minat murid untuk mengikuti sesi PdP. Menurut Mok Soon Sang
(2008), berpendapat bahawa suasana emosi bilik darjah yang mesra budaya biasanya
ditentukan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa,
peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil,
mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Oleh itu, guru perlulah bersikap adil
dan memberi layanan yang sama kepada semua murid tanpa mengira latar belakang,
agama, bangsa dan tahap pencapaian.
4
Dalam aspek pengurusan emosi dalam bilik darjah mesra budaya, guru perlulah bijak
dalam mengawal emosi diri sendiri dan emosi murid-murid bagi mewujudkan suasana yang
harmoni dan seronok. Seorang guru tidak seharusnya membawa masalah peribadi ke dalam
bilik darjah bagi mengelakkan berlakunya tekanan emosi kepada murid akibat kegagalan
guru mengawal emosinya. Bagi mengawal emosi murid-murid pula, guru boleh mewujudkan
emosi yang positif dengan memberi peneguhan positif. Peneguhan positif ialah memberikan
sesuatu ganjaran setelah perlakuan yang diingini itu diaplikasikan (Syed Ismail Syed
Mustapa et al., 2021). Contohnya, guru boleh memberikan pujian serta ganjaran kepada
murid sekiranya murid menjawab soalan atau latihan yang diberikan dengan betul. Dengan
ini, pelajar akan merasakan diri mereka lebih dihargai apabila guru memberikan pujian serta
ganjaran terhadap respons mereka. Keadaan ini boleh memberi semangat dan motivasi
kepada murid-murid terus aktif dalam sesi PdP. Peneguhan positif ini juga membantu
mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dengan murid kerana murid-murid amat
suka akan pujian dan ganjaran.
Sosial
Aspek yang ketiga dalam langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah
daripada aspek sosial. Aspek sosial murid juga sangat penting untuk menjamin persekitaran
sesebuah bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Rizalina Mat Radzi (2014),
perkembangan sosial kanak-kanak khususnya adalah keupayaan untuk berinteraksi serta
memberi tindak balas terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui
kelakuan kanak-kanak. Secara amnya, sosial murid ialah perhubungan dan corak interaksi
di antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Sebenarnya, di dalam bilik darjah
sosial murid berbeza ada yang aktif, pemalu dan pendiam. Hal ini berpunca daripada latar
belakang, bangsa, agama dan budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlulah bijak dalam
mengatasi masalah sosial murid.
Dalam mengatasi masalah sosial murid, guru bertanggungjawab untuk membina
komuniti yang baik dalam kalangan murid. Bagi membina komuniti yang baik, guru haruslah
melaksanakan konsep komuniti pembelajaran di dalam bilik darjah bagi mewujudkan bilik
darjah mesra budaya. Komuniti pembelajaran dibina melalui pendekatan pembelajaran
secara koperatif yang mana murid diberi peluang untuk bekerjasama dalam mencapai hasil
pembelajaran, menerusi kerjasama yang dilaksanakan, murid tersebut dapat membina
persefahaman sesama mereka dan saling menerima pendapat antara satu sama lain secara
terbuka meskipun berbeza latar belakang (Noriati A Rashid et al., 2017). Dalam hal ini,
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai rasa bertanggungjawab untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna (Mohd. Sohaimi Esa et al., 2011).
5
Sosiolinguistik
Aspek yang keempat dalam langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah
daripada aspek sosiolinguistik. Aspek ini menekankan penggunaan bahasa murid-murid.
Bagi membina bilik darjah mesra budaya aspek pertuturan perlu dititikberatkan. Hal ini
demikian kerana terdapat perbezaan bahasa yang digunakan mengikut bangsa. Oleh itu,
penggunaan bahasa Melayu standard sebagai bahasa pengantar di dalam bilik darjah
tersebut adalah wajar. Hal ini turut disokong oleh Dayang Sufilkawany Ujai dan Wan Muna
Ruzanna Wan Mohammad (2017), yang menyatakan bagi mendapatkan keadaan yang adil
dan saksama dalam sesi PdP di dalam kelas kepada semua pihak, guru sepatutnya
menggunakan bahasa Melayu standard semasa mengajar dan melaksanakan aktiviti PdP.
Dengan menggunakan bahasa Melayu standard, murid-murid dapat bergaul mesra dengan
rakan-rakan berlainan kaum. Selain itu, bagi murid yang kurang fasih bahasa Melayu,
mereka dapat melatih diri menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
Bagi memantapkan penggunaan bahasa murid-murid, guru boleh mengadakan
aktiviti bertutur. Aktiviti bertutur yang boleh dilaksanakan ialah perkongsian pengalaman
semasa menyambut perayaan masing-masing. Dengan aktiviti sedemikian murid dapat
berinteraksi antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan baharu.
Tambahan pula, guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya kaum-kaum di
Malaysia sebagai sumber pengajaran (Rosfazila Abd Rahman, 2019). Contohnya, guru
menyelitkan budaya masyarakat Cina, India dan Melayu semasa aktiviti ini dijalankan.
Melalui cara ini murid dapat memupuk persefahaman antara mereka. Dengan adanya aktiviti
bertutur ini juga murid dapat memahami dan menguasai kosa kata yang pelbagai dengan
lebih baik. Hal ini demikian kerana mereka turut terlibat dalam situasi tersebut. Jelaslah, bilik
darjah mesra budaya dapat diwujudkan dengan menekankan aspek sosiolinguistik.
Kesimpulan
Intihannya, seperti ulasan yang telah dibincangkan di atas ternyata sudah terang lagi
bersuluh bahawa pelbagai langkah yang perlu diambil kira oleh guru terutamanya daripada
aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik dalam menguruskan bilik darjah mesra
budaya. Setiap langkah ini sangat penting kerana dapat mewujudkan persefahaman,
toleransi dan perpaduan kaum. Oleh itu, para guru mestilah proaktif dalam memastikan bilik
darjah mesra budaya dapat direalisasikan. Hal ini demikian kerana suasana bilik darjah yang
mesra budaya merupakan medium yang terbaik kepada murid-murid agar mereka boleh
memaksimumkan penglibatan semasa PdP.
6
Senarai Rujukan
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2012). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Faktor pengaruh
sosial dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 7(1), 78-84.
http://journalarticle.ukm.my/10415/1/135-260-1-SM.pdf
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
(edisi kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd. Sohaimi Esa, Dayu Sansalu & Budi Anto Mohd. Tamring. (2011). Hubungan etnik
kelangsungan pembinaan negara bangsa. Penerbitan Multimedia.
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan
Multimedia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rosfazila Abd Rahman. (2019). Kesepaduan sosiobudaya dalam kepelbagaian masyarakat
majmuk. Jauhar, 3(1), 44-50.
http://journal.kuis.edu.my/jauhar/images/artikel/Jilid3bil1/07-_Dr_Rosfazila_Abd_Rah
man-_KUIS.pdf
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2021). Budaya dan pembelajaran.
Pustaka Nadwa Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul
Samad. (2021). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Pustaka Nadwa Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2018). Budaya dan pembelajaran.
Sasbadi Sdn. Bhd.
7
Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2015). Kompetensi kepelbagaian budaya dalam
kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 1-13.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8318/5776