The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by misnah salleh, 2020-07-07 00:03:13

SEJARAH ISLAM TEMA 2

SEJARAH ISLAM TEMA 2

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

2.1 EKONOMI
2.1.1 Sistem Ekonomi Islam (Nabi Muhammad SAW (abad ke-7) ,
Abbasiyah (abad ke-11 -12), Kesultanan Melayu Melaka (abad ke-15)

Bincangkan aktiviti-aktiviti ekonomi pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada
abad ke-11 hingga ke-12 Masihi.

PENGENALAN  Pengamalan ekonomi Islam yang berlandaskan tuntutan syariah dari segi
ISI 1 perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat,
dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. telah dilaksanakan oleh
Kerajaan Bani Abbasiyah.

 Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abdullah bin Muhammad bin Ali bin
Abdullah bin Abas bin Abdul Mutalib pada Jumaat 28 Oktober 750 M.

 Kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Abbasiyah adalah meliputi
perdagangan, pertanian, percukaian, dan perindustrian.

Aktiviti perdagangan
 Kegiatan perdagangan telah bertumpu di Kota Baghdad.

 Aktiviti perdagangan yang berkembang pesat di Kota Baghdad telah menjadikan
Kota Baghdad sebagai pesat perdagangan dunia bertaraf antarabangsa.

 Para pedagang dari China, India, Turki, Asia Tengah serta Afrika Timur telah
datang berdagang ke Kota Baghdad.

 Antara barang yang diperdagangkan ialah barangan sutera dan kasturi dari
China, rempah ratus, dan cat dari India, batu-batu permata dan hasil perusahaan
dari Turki dan Asia Tengah. Manakala, madu, lilin dan barang kulit dari
Scandinavia dan Rusia, gading dan hasil galian seperti emas permata dan lain-
lain dari Afrika Timur, beras dan gandum dari Mesir, barang kaca dan buah-
buahan dari Syria, serta kain sutera dan minyak wangi dari Parsi.

 Kemajuan perdagangan ini telah membolehkan para pedagang menyumbang
cukai zakat ke atas barangan mereka dan menambahkan pendapatan kerajaan
Abbasiyah.

ISI 2 Pertanian dan penternakan
 Aktiviti ekonomi lain yang diusahakan semasa zaman Bani Abbasiyah ialah
pertanian dan penternakan.

 Aktiviti pertanian berkembang pesat kerana kawasan tanah yang subur dan
sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman.

 Selain itu dasar yang diperkenalkan oleh pemerintah contohnya, pemerintah
mengambil langkah-langkah memajukan sektor pertanian dengan meningkatkan
sistem pengairan bagi membekalkan air ke kawasan pertanian serta mewujudkan
pegawai-pegawai yang mengawal empangan bagi mengelakkan kebocoran dan
keretakan berlaku pada empangan air.

 Antara tanaman utama yang dihasilkan ialah gandum, jagung, ubi, limau,
tembikai, epal, kurma, dan buah zaitun. Gandum banyak ditanam di Iraq dan
Mesir, jagung pula banyak ditanam di negeri selatan Arab, Kirman dan Nubah.
Manakala ubi, tembikai dan limau pula di Mesir, epal pula banyak ditanam di
negeri Syam, Basrah, Kirman. Tanaman kurma pula dikeluarkan dari kawasan
Utara Afrika, buah zaitun dari kawasan di Nabulsi dan Halab.

 Para petani juga menternak binatang ternakan seperti kambing, lembu dan unta.
Antara kawasan penternakan utama ialah Mesir, Barqah, dan Najd.

1|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

 Kesemua hasil pertanian dan penternakan ini dikenakan zakat dan ini menambah
pendapatan kerajaan Abbasiyah.

ISI 3 Sektor perindustrian

 Kerajaan Abbasiyah juga memberi tumpuan kepada sektor perindustrian.

 Antara industri utama yang diusahakan ialah industri tekstil, tenunan, hamparan,
dan permaidani. Oleh itu, banyak kilang-kilang telah didirikan di Baghdad,
Syiraz, dan Isfahan. Industri lain yang turut dikeluarkan ialah barangan pinggan
mangkuk. barangan kaca, tembikar serta mozek dari kawasan perkilangan
Baghdad, Mesir, dan Syam. Barangan kulit pula dihasilkan di Mesir dan
Andalus.

 Sektor perlombongan emas, besi, dan perak juga berkembang pesat. Buktinya.
Andalus terkenal dengan lombong-lombong emas yang banyak dikeluarkan di
sungai Tajah, perak di daerah Qurtubah dan besi dari bukit-bukit Tolaitalah.
Hasil perlombongan ini digunakan bukan sahaja untuk perhiasan tetapi juga
mata wang emas.

 Kepesatan sektor perlombongan ini dibuktikan dengan sejak abad ke-10 apabila
semua urusan yang berkaitan dengan perbelanjaan dan perniagaan dilakukan
menerusi mata wang emas.

ISI 4 Cukai

 Pemerintah kerajaan Abbasiyah juga mendapat sumber ekonomi daripada cukai-
cukai yang dikutip daripada kawasan-kawasan yang ditakluki.

 Kesemua cukai-cukai ini disimpan dalam perbendaharaan negara ataupun
baitulmal. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah al-Qadir (991 M. -
1074 M.), perbendaharaan negara bertambah seiring dengan kemenangan
Khalifah al-Qadir dalam peperangan Turki, Wasit, dan Basrah. Kerajaan yang
tewas dikehendaki membayar cukai sebanyak 1 000 dinar setahun kepada
kerajaan pusat Abbasiyah.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan semasa pemerintahan
Abbasiyah dan berjaya menampung pendapatan negara.

 Namun, kerajaan Bani Abbasiyah berakhir apabila diserang oleh Mongol dan
segala perbendaharaan negara diambil alih oleh Mongol.

2|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Bincangkan aktiviti-aktiviti ekonomi pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-11 hingga ke-12 Masihi.

PENGENALAN  Pada peringkat awal, masyarakat Melayu Melaka menjalankan pelbagai kegiatan
ISI 1 ekonomi berbentuk sara diri seperti bercucuk tanam , menangkap ikan,
menternak binatang dan sebagainya.

 Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Melaka berubah apabila aktiviti
perdagangan dijalankan di Melaka. Melaka merupakan pusat perdagangan
antarabangsa kerana mempunyai kedudukan yang strategik, kemudahan
pelabuhan, dan menjadi tumpuan pedagang asing.

Kegiatan Pertanian
 Salah satu aktiviti utama penduduk Melaka ialah becucuk tanam khususnya
padi. Kewujudan aktiviti penanaman padi dibuktikan dengan terdapatnya
perkara tersebut dalam fasal 120 Hukum Kanun Melaka. Menyatakan wujudnya
tanah huma , dan sawah.

 Kedatangan orang-orang Minangkabau menyebabkan penanaman padi meluas di
Melaka.

 Memandangkan pengeluaran beras tidak mencukupi bagi menampung keperluan
penduduk. Melaka telah mengimport beras dari Siam , Palembang dan Jawa.

ISI 2 Kegiatan Memungut hasil hutan
 Merupakan kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan oleh penduduk Melaka.
Kegiatan ini dianggap penting kerana mereka bergantung kepada persekitaran
seperti sungai dan hutan dan tanah pertanian.

 Antara hasil hutan yang dipungut ialah rotan, dammar dan getah jelutung.

 Kegiatan memungut hasil hutan ini juga bukan sahaja untuk kehidupan mereka
tetapi juga segala hasil hutan ini mendapat permintaan daripada pedagang luar

ISI 3 Kegiatan Penternakkan
 Penduduk Melaka menjalankan kegiatan penternakan berskala kecil. Ianya dapat
menjadi bekalan makanan. Di samping itu ada haiwan ternakan yang membantu
dalam aktiviti pertanian dan dapat dijadikan sebagai alat pengangkutan.

 Antara binatang ternakan ialah kambing, ayam, itik, lembu, kerbau dan
sebagainya. Kerbau misalnya dapat diambil dagingnya, susu, kulit serta boleh
digunakan untuk membajak tanah dalam aktiviti pertanian.

 Menternak menjadi yang mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat
Melayu Melaka

ISI 4 Kegiatan memburu binatang
 Penduduk Melaka juga menjalankan kegiatan berburu untuk menampung
kehidupan seharian. Kegiatan berburu merupakan aktiviti raja-raja Melayu
Melaka dan rakyat biasa.

 Penduduk Melaka menjalankan aktiviti ini sebagai aktiviti sampingan .
Misalnya golongan nelayan akan berburu sekiranya tidak dapat turun ke laut.

 Kegiatan berburu tidak dijalankan sepanjang masa hanya waktu-waktu yang
tertentu sahaja.

ISI 5 Kegiatan menangkap Ikan
 Menangkap ikan ialah aktiviti yang sinonim dengan kehidupan masyarakat

3|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

tradisi di Melaka.Ikan merupakan sumber protein khusus bagi orang Melayu..
 Hal ini disebabkan kedudukan Melaka yang berhampiran dengan Selat Melaka
 Mereka juga menangkap ikan di sawah, paa dan sungai
 Kegiatan ini menggunakan peralatan tradisional seperti kail, bubu, dan pukat

dengan menggunakan sampan yang kecil dan menggunakan perahu yang
ditebuk daripada kayu bulat.

 Lebihan hasil tangkapan akan dijadikan ikan kering dan belacan

ISI 6 Kegiatan pertukangan dan kraftangan
 Aktiviti ekonomi lain yang turut dijalankan oleh penduduk Melaka ialah
pertukangan kayu , pertukangan besi dan kraftangan.

 Pertukangan kayu yang dihasilkan ialah pembinaan rumah dan istana..
Pertukangan besi melibatkan penciptaan senjata,

 Begitu juga dengan hasil kraftangan seperti bubu dan tikar mengkuang yang
berasaskan rotan, buluh dan kayu.

 Oleh itu, pertukangan kayu, besi dan kraftangan merupakan kegiatan ekonomi
yang menjadi punca rezeki masyarakat tempatan di Melaka.

ISI 7 Aktiviti perdagangan dalam dan luar nagara
 Berdagang atau berniaga merupakan kegiatan ekonomi utama kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Dijalankan sebagai warisan
meneruskan aktiviti yang telah dijalankan sejak kerajaan Langkasuka dan
Srivijaya lagi.

 Kegiatan ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh rakyat biasa. Mereka berjaja di
pasar-pasar dan menggunakan perahu yang kecil.

 Golongan pembesar Melaka melantik Kiwi (orang laut) sebagai wakil untuk
mengendalikan perdagangan.

 Aktiviti perdagangan antarabangsa melibatkan urusniaga dengan pedagang
asing seperti India, China dan Arab

 Kemuncak kepada kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai
pusat perdagangan antarabangsa berlaku terutamanya setelah Melaka menerima
Islam sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah

KESIMPULAN  Kesimpulannya, masyarakat Melayu Melaka telah melakukan pelbagai aktiviti
ekonomi pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Melaka.

 Walaupun kebanyakannya bersifat sara diri dan untuk kegunaan keluarga sahaja,
tetapi terdapat juga aktiviti perdagangan yang melibatkan negara-negara luar.

4|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

2.1.2 SISTEM EKONOMI (Khalifah al-rasyidin (abad ke-7 -8), Khalifah Abbasiyah
(abad ke-9 – 11)
HP: a) Menyenarai institusi ekonomi (baitulmal, cukai, zakat)

b) Menghuraikan peranan institusi ekonomi

Sumber Baitulmal Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin.

PENGENALAN  Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk
mengurus harta-harta kerajaan Islam. Baitulmal menjadi tempat untuk
menyimpan barang-barang berharga.

 Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman
Khulafa al-Rasyidin.

SUMBER Zakat
ISI 1
 Sumber baitulmal yang utama ialah zakat. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu
zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua orang Islam.
Zakat harta dibayar oleh orang Islam ke atas harta seperti emas, hasil pertanian,
ternakan dan lain-lain. Zakat harta hanya dibayar apabila cukup haul dan
nisabnya.

 Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak
menerimanya.Lebihan harta ini akan disimpan dalam baitulmal.

 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau telah memerangi orang Islam yang
enggan bayar zakat.

 Hal ini menunjukkan zakat adalah wajib bagi umat Islam walaupun selepas
kewafatan nabi Muhammad S.A.W.

ISI 2 Kharaj.
 Sumber Baitulmal juga diperolehi melalui kharaj. Kharaj ialah cukai tanah yang
perlu dibayar oleh semua pemilik tanah di wilayah taklukan kerajaan Islam.
 Kadar kharaj adalah 10 peratus.
 Kharaj terbahagi kepada dua jenis iaitu kharaj al-wazifah dan kharaj al-
muqasamah. Kharaj al-wazifah dibayar setahun satu kali. Kharaj al-muqasamah
dibayar setiap kali memperolehi hasil.
 Pada zaman Khalifah Umar al- Khattab, kutipan kharaj meningkat kerana
berlaku perluasan wilayah Islam.
 Oleh itu, kharaj membantu memperkukuhkan ekonomi Islam pada ketika itu.

ISI 3 Jizyah
 Sumber baitulmal juga diperolehi melalui jizyah. Jizyah merupakan cukai
perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah
naungan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.
 Sebagai balasan, mereka akan dijamin keselamatan nyawa dan harta benda.
Kadar jizyah dibayar sama ada melalui perundingan atau ditetapkan oleh
kerajaan Islam.
 Hanya yang cukup syarat sahaja bayar jizyah contoh lelaki yang merdeka,
baligh dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48
dirham.

ISI 4 Usyur

5|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

 Sumber baitulmal diperolehi juga melalui usyur. Usyur adalah cukai perniagaan
yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Tetapi kadar cukainya
berbeza. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan
negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung
di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.

 Cukai usyur yang dikenakan kepada orang Islam ialah 2.5% apabila cukup
nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.

 Kutipan usyur ini telah menjana ekonomi Islam kerana pada waktu itu
perdagangan berkembang pesat.

ISI 5 Ghanimah dan al-fay
 Baitulmal juga memperolehi sumber dari ghanimah. Ghanimah adalah harta
rampasan perang. Al-fay adalah harta rampasan tanpa perang, harta
peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.
 Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada
perbelanjaan pusat di Madinah kebajikan dan membangunkan wilayah taklukan
Islam.
 Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam
peperangan dan agihan adalah secara adil.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, sumber baitulmal di atas dapat membangunkan Negara Islam
 Negara Islam semakin berkembang

Peranan Baitulmal pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin.

PENGENALAN  Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk
mengurus harta-harta kerajaan Islam. Baitulmal menjadi tempat untuk
menyimpan barang-barang berharga.

 Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman
Khulafa al-Rasyidin.

ISI 1 Membantu perkembangan ekonomi Islam.
 Baitulmal berperanan membantu perkembangan eonomi Islam. Melalui
baitulmal golongan miskin dan kurang bernasib baik dapat dibantu.
 Oleh itu harta baitumal dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan
kaya dengan golongan miskin melalui bantuan seperti makanan, tempat tinggal
dan sebagainya.
 Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam dapat dimajukan.

ISI 2 Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.
 Baitulmal berperanan memperkukuhkan angkatan tentera. Tentera penting bagi
menjamin negara Islam daripada ancaman musuh.
 Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk
memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada
tentera Byzantine. Bagi memastikan ketaatan tentera juga, wang baitulmal dari
hasil ghanimah digunakan untuk membayar gaji.

6|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

 Hal ini dapat membantu meningkatkan kesungguhan mereka apabila berperang.

ISI 3 Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.
 Baitulmal berperanan menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan
kerajaan pusat. Iaitu melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada
angkatan tentera.
 Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun
kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri
yang baru ditakluki.
 Hal ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya
perselisihan untuk memiliki tanah.

ISI 4 Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam.
 Baitulmal berperanan menyelaraskan kutipan dan agihan harta bersyariatkan
Islam. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.Pengagihannya
mestilah adil dan saksama.
 Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta
Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun
mendapat desakan daripada para sahabat.

ISI 5 Menyimpan harta negara.
 Baitulmal juga berperanan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan harta
negara.

 Bagi memudahkan pengurusan, Khalifah Umar al-Khattab telah membuka buku
kira-kira dan melantik pegawai untuk menguruskannya.

 Hal ini menyebabkan pengurusan harta baitulmal lebih sistemetik dan
memastikan tiada berlaku penyelewengannya.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, baitulmal adalah institusi yang penting dalam menguruskan
pendapatan negara. Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin
adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.

 Baitulmal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam. Institusi baitulmal
ini diteruskan dalam zaman kerajaan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah.

7|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Pelaksanaan Kharaj Semasa Pemerintahan Umar al-Khattab.

PENGENALAN  Kharaj dikenali sebagai cukai tanah. Kharaj adalah sumber kepada baitulmal.

 Pelaksanaan kharaj bermula selepas Khalifah Umar al-Khattab meluaskan kuasa
ke Mesir, Syria dan Iraq. Kharaj adalah cukai tanah yang dikenakan kepada
pemilik tanah yang ditakluki dalam peperangan atau secara aman.

 Kharaj dilakukan secara adil. Kadar yang ditetapkan adalah mampu dibayar
oleh pemilik tanah. Kharaj dikenakan kepada tanah pertanian sahaja. Kharaj
juga hanya dibayar oleh pemilik tanah.

ISI 1 Jenis- Jenis Kharaj Pada Zaman Khalifah Umar Al-Khattab
 Khalifah Umar al-Khattab telah membahagikan kharaj kepada dua jenis iaitu
Kharaj Wazifah dan Kharaj Muqasamah. Kharaj Wazifah adalah cukai
berdasarkan keluasan dan jenis tanaman. Kharaj Wazifah dikenakan sekali
dalam setahun.
 Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jarib anggur dikenakan kharaj
sebanyak 10 dirham. Kharaj Muqasamah adalah cukai yang dikenakan
berdasarkan hasil yang diperolehi daripada tanaman. Kharaj Muqasammah
dikenakan setiap kali hasil pertanian diperolehi.
 Penentuan kadar cukai dibuat berasaskan kepada kadar tertentu dan tidak
membebankan petani. Kharaj boleh dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil
pertanian.

ISI 2 Penentu Kadar Kharaj
 Kadar kharaj ditentukan berdasarkan kualiti tanah sama ada disirami air hujan
atau penyiram.
 Jika kualiti tanah subur disebabkan usaha petani maka kadar kharajnya lebih
rendah berbanding siraman hujan.
 Jika kualiti benih baik maka kadar kharajnya tinggi. Sekiranya lokasi tanaman
di pedalaman kadarkharajnya lebih rendah berbanding lokasi pertanian
berhampiran bandar.
 Kharaj tidak perlu dibayar jika tanaman musnah disebabkan bencana alam.
 Jelas disini kadar kharaj yang ditetapkan tidak akan membebankan petani.

ISI 3 Tanah yang dikenakan kharaj
 Terdapat 3 jenis tanah. Tanah yang dibuka umat Islam melalui peperangan
dianggap sebagai ghanimah. Oleh itu tentera tidak boleh membahagikan tanah
antara mereka. Tanah ini tetap dikenakan kharaj.
 Tanah Yang dibuka oleh umat Islam melalui perdamaian dikenali sebagai al-
fay. Tanah ini juga dikenakan kharaj. Tanah milik kerajaan yang diusahakan
oleh umat Islam juga dikenakan kharaj.

ISI 4 Sistem Tanah Dan Kharaj Di Iraq
 Khalifah Umar al-Khattab membahagikan tanah kepada dua terutama di Iraq
iaitu tanah bertuan dan tanah tidak bertuan. Tanah bertuan diusahakan oleh
pemiliknya. Jika pemilik tidak memeluk Islam (golongan zimmi) mereka perlu
bayar kharaj. Jika pemiliknya memeluk Islam mereka perlu bayar zakat.

8|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

 Tanah tidak bertuan (tanah sawafi) jadi hak milik bersama dibawah pentadbiran
Pemegang Amanah (Ahl al-Ayyam). Tanah ini boleh diusahakan oleh petani
tempatan. Ahl al-Ayyam ini akan mengutip kharaj. Satu perlima dihantar ke
kerajaan pusat Madinah. Bakinya dibahagikan kepada mereka yang terlibat
dalam gerakan ketenteraan.

ISI 5 Kharaj Di Mesir
 Khalifah Umar al-Khattab telah mengubah sistem cukai yang tidak adil di Mesir
semasa pemerintahan firaun. Beliau telah meminta pakar untuk menganggarkan
jumlah hasil tanaman dan kadar cukai yang harus dibayar. Tujuannya untuk
meringankan beban rakyat. Dengan ini, kharaj yang dapat dikutip dari Mesir
lebih kurang 1 juta dinar.

Kharaj Di Syria
 Khlifah Umar al-Khattab mengekalkan cukai tanah yang diperkenalkan oleh
Raja Yunani. Tanah di Syria di kategorikan berdasarkan kualiti dan
kesuburannya. Oleh itu cukai dikenakan berdasarkan hasil tanaman. Pendapatan
kharaj di Syria berjumlah 14 juta dinar setahun.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, Sistem Kharaj telah menyumbang kepada perkembangan
ekonomi orang Islam pada zaman Khulafa al-Rashidin.

 Sistem kharaj ini diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah dan kerajaan Bani
Abbasiyyah.

Pelaksanaan Jizyah Semasa Pemerintahan Khulafa Al Rasyidin.

PENGENALAN  Jizyah merupakan cukai pelindungan atau politik yang dikenakan kerajaan
Islam ke atas orang zimmi sebagai jaminan keselamatan jiwa dan harta benda
mereka. Jizyah juga sebagai tanda menerima naungan kerajaan Islam.

 Hanya zimmi yang memenuhi syarat seperti sihat fizikal dan mental, akil
baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama sahaja yang membayar
jizyah.

 Jizyah boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu jizyah yang kadarnya
ditetapkan atas persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh
kerajaan Islam. Jizyah akan dibayar setiap awal tahun.

 Kewajiban membayar jizyah akan terbatal jika mereka memeluk Islam.

ISI 1 Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
 Pelaksanaan jizyah semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. telah
diteruskan semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq. Beliau telah
menghantar ekspedisi ke Byzantine, Parsi dan Iraq.

 Sebelum perang, panglima Islam menawarkan tiga pilihan kepada pihak musuh
sama ada memeluk Islam, berperang atau membayar jizyah.

 Khalifah Abu bakar al-Siddiq telah Berjaya menewaskan Iraq dan Syria.
Pemerintah Iraq dan Syria bersetuju membayar sebanyak 19 000 dirham

9|RANCANG YANG PERLU SELESAIKAN YANG WAJIB - JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

setahun. Penduduk kerajaan Anbar dan Ain al-Tamar pula bersetuju membayar
1 dinar jizayah setiap seorang.

ISI 2 Zaman Khalifah Umar al Khattab
 Pada zaman Khalifah Umar al Khattab pula, sumber pendapatan daripada jizyah
semakin meningkat ekoran banyak kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan di
Iraq, Syam dan Mesir.

 Malahan pemimpin Baitulmaqdis membuat perjanjian dengan baginda dan
bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberi jaminan
keselamatan harta dan nyawa mereka.

 Masyarakat Mesir meminta Amru bin al As mengusir orang Rom dan sebagai
balasan, mereka membayar jizyah 2 dinar setahun.

 Penduduk Syam pula dikenakan jizyah 1 hingga 4 dinar mengikut status
individu.

ISI 3 Zaman Khalifah Uthman bin Affan

 Seterusnya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beberapa kawasan di utara
Afrika berjaya ditakluki. Jizyah telah dikenakan ke atas Tripoli, Nubah dan
Qairawan setelah menandatangani perjanjian damai.

ISI 4 Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib

 Semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib, pelaksanaan jizyah
terganggu kerana keadaan Negara tidak aman. Hal ini disebabkan perlaku
perang saudara contoh perang Siffin dan perang Jamal.

 Pendapatan jizyah berkurangan kerana ada negara yang membebaskan diri
daripada naungan kerajaan Islam. Namun, jizyah tetap dikenakan.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, jizyah merupakan antara punca pendapatan negara Islam yang
penting. Hasil kutipan jizyah ini digunakan untuk memajukan negara seperti
untuk menyediakan infrastruktur selain membantu golongan yang tidak
bernasib baik.

 Sistem jizyah ini diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyyah tetapi terdapat
perbezaan dari segi kutipannya.

10 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Bincangkan kepentingan zakat dan pelaksanaanya pada zaman Khulaf Al- Rasyidin

PENGENALAN  Zakat berasal daripada perkataan Arab yang bererti Penambahan dan penyucian.
Penambahan bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahala umat
Islam, pensucian bermaksud pembayaran bagi mensucikan jiwa umat Islam.

 Zakat adalah Rukun Islam yang keempat bagi umat Islam. Terdapat pelbagai
jenis zakat antaranya zakat fitrah, zakat pertanian dan zakat perniagaan.

 Dari segi syarak, pembayaran zakat adalah wajib keatas harta apabila cuku
syaratnya iaitu sampai nisabnya dan genap haul .

 Semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyiddin, pelaksanaan zakat diteruskan bagi
menjadi sumber kemajuan dan kemakmuran umat Islam.

ISI 1 Pelaksanaan Zakat Zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq
 Khalifah Abu bakar al-Siddiq meneruskan pelaksanaan zakat dari zaman Nabi
Muhammad S.A.W.

 Fungsi zakat untuk membantu golongan seperti fakir,miskin,amail,muallaf,
hamba yang hendak memerdekakan diri,orng yang berhutang untuk jalan Allah
dan musafir.

 Zakat diahagikan kepada dua jeis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Baginda
melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hokum
Allah.

 Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar memerangi golongan al - Riddah yang
enggan membayar zakat.

ISI 2 Pelaksanaan Zakat zaman Khalifah Umar Al-Khattab

 Semasa pemerintahan Umar al-Khattab, kutipan zakat dan cukai semakin
bertambah kerana baginda banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan
penyebaran Islam.

 Sebagai contoh, kawas Islam bertambah hingga ke Iraq, Syria dan Mesir.
Khalifah Umar juga telah menjadikan institusi Baitul Mal lebih sistematik agar
zakat diuruskan dengan adil.

 Khalifah Umar melantik pegawai zakat bergaji yang bertugas di Baitulmal di
seluruh daerah kekuasaan Islam bertugas mentaksir, memungut dan memantau
pengagihan zakat.

 Khalifah Umar juga melantik Amil yang melaksanakan urusan pemungutan dan
menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran atau
kadar nisab tertentu.

 Hasil zakat disalurkan kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima
antaranya. Hasil kutipan zakat juga digunakan untuk membayar gaji tentera
Islam.

 Khalifah Umar juga memperluaskan zakat kepada ternakan kuda, beberapa hasil
pertanian baru seperti kacang, kapas, zaitun dan beberapa hasil laut. Zakat 5-
10% juga dikenakan ke atas madu berdasar kaedah guna tenaga dalam
memproses madu.

ISI 3 Pelaksanaan Zakat Zaman Khalifah Uthman al-Affan

 Semasa pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan, harta zakat boleh ditunaikan
dengan tukaran nilai wang. Zakat juga dikenakan ke atas harta yang bersih iaitu

11 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

semua hutang pembayar zakat hendaklah ditolak terlebih dahulu, kemudian baki
harta yang ada itulah yang dikenakan zakat.

 Kutipan zakat pada zaman khalifah Usman bin Affan juga semakin bertambah
kerana peluasan wilayah Islam hingga ke Afrika, Asia dan Eropah.

 Walau bagaimanapun, pada akhir zaman pemerintahannya berlaku
pemberontakan sehingga beliau terbunuh dan kutipan zakat menghadapi
masalah.

ISI 4 Pelaksanaan Zakat Zaman Khalifah Ali Abi Talib
 Semasa zaman Khalifah Ali Abi Talib, baginda telah menghapuskan zakat
terhadap kuda yang telah diperkenalkan Khalifah Umar.

 Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pungutan zakat diteruskan. Namun,
hasilnya semakin berkurangan kerana beliau berhadapan dengan masalah
pemberontakan.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, semasa zaman khulafa al-rasyiddin berlaku perkembangan dari
segi pungutan zakat dan pengurusannya. Pada zaman itu, kerajaan Islam
berkembang mau dan makmur melalui sumber zakat.

 Begitu juga dengan umat Islam, kebajikan mereka terjamin dan mendapat
keadilan untuk menikmati kehidupan yang selesa.

12 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Jelaskan kepentingan zakat pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

PENGENALAN  Zakat dari segi bahasa Arab membawa maksud penambahan, pensucian jiwa
dan penyuburan pahala. Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan
diwajibkan keatas setiap orang yang cukup syaratnya.

 Perkataan zakat kerap disebut dalam al-Quran. Sejarah pelaksanaanya telah ada
sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.

 Pada tahun kedua Hijrah zakat difardukan ke atas umat Islam.

 Keengganan membayarzakat membawa hukuman bunuh atau dipaksa oleh
pemerintah.

ISI 1 Jenis zakat
 Pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah merupakan
kesinambungan dari zaman Nabi Muhamad SAW dan Khalifah ar-Rasydin

 Zakat pada zaman Bani Abbasiyah di bahagikan kepada dua, iaitu zakat fitrah
dan zakat harta. Zakat fitrah wajib ditunaikan sebelum solat Hari Raya Aidil
Fitri

 Zakat harta pula dikenakan ke atas bintang ternakan, emas dan perak, barang
perdagangan dan wajib kepada yang mampu setelah harta yang dimiliki cukup
nisab dan haulnya.

ISI 2 Zakat mengeratkan perhubungan
 Zakat mempunyai fungsi dan peranan antaranya zakat dapat mengertakan
perhubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam terutama antara golongan
kaya dengan miskin.
 Zakat yang dikeluarkan oleh golongan kaya membolekan golongan miskin
menjalankan kehidupan mereka dengan lebih baik dan sempurna.
 Keadaan ini dapat mengukuhkan kedudukan umat Islam dan sekali gus
membentuk sebuah masyarakat yang adil dan penyayang

ISI 3 Zakat dapat menyucikan jiwa dan rohani manusia
 Pembayaran zakat boleh menghilangkan sifat tercela seperti kedekut dan
sombong, tamak, mementingkan harta dan sebagainya.
 Hal ini terkandung dalam surah at- Taubah ayat 103 yang menjelaskan zakat
akan membersihkan hati dan menghapuskan sifat buruk serta akan melahirkan
masyarakat yang aman, bahagia dan saling bekerjasama.

ISI 4 Zakat ujian kepada keimanan dan ketaqwaa
 Peranan zakat seterusnya sebagai ujian kepada keimanan dan ketaqwaa kepada
golongan kaya.
 Pembayaran zakat melelahirkan perasan bersyukur seterusnya mengawal hawa
nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas. Sikap bersyukur ini melahirkan
individu yang pemurah dan saling menolong.
 Hal ini akan mewujudkan keadaan masyarakat Islam yang hidup secara aman
dan tenteram

ISI 5 Zakat akan membersihkan harta

13 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

 Pemberian zakat akan membersihkan harta seseorang daripada bercampur
dengan harta lain, iaitu harta yang tidak halal.

 Harta yang dimiliki oleh seseorang harus dikeluarkan zakat apabila cukup nisab
dan haulnya. Zakat yang dikeluarkan akan diberikan kepada orang yang berhak
menerimanya. Selagi zakat tidak dikeluarkan maka hak orang lain masih
bercampur dalam harta tersebut. Jika harta ini dibelanjakan bermakna hak
orang lain dibelanjakan.

 Pengeluaran zakat dapat mengelakkan penggunaan harta dan hak orang lain.

ISI 6 Membawa kepada perkembangan ekonomi dan intelektual.
 Pelaksanaan zakat pada zaman Abbasiyah juga telah membawa kepada
perkembangan ekonomi dan intelektual.

 Orang yang beriman akan berusaha kuat untuk mengeluarkan zakat bagi
memperoleh ganjaran daripada Allah SWT. Zakat ini digunakan oleh kerajaan
untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi mendoraong
pembangunan ekonomi. Pada zaman ini juga berlaku perkembangan Intelektual
yang pesat. Golongan cerdik pandai yang pernah mendapat zakat telah
memanfaatkannya dengan sebaik-baik yang boleh.

 Hal ini menyebabkan kota Baghdad muncul sebagai pusat keilmuan

BAITULMAL  Kedudukan kewangan negara di dalam baitulmal mengalami tiga zaman iaitu
zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan.

 Zaman Khalifah Abu Abbas as-Saffah dana baitulmal digunakan untuk tujuan
ketenteraan termasuk menaikkan gaji tentera. Zaman Khalifah Abu Jaafar al-
Mansur melantik pegawai kewangan yang bertanggungjawab dalam urusan
kewangan negara. Urusan kewangan dikawal secara langsung oleh kerajaan
pusat.

 Zaman Khalifah Harun al-Rasyid berada dalam zaman kemuncak
perkembangnan ekonomi merana baitulmal menjaankan fungsi dengan
sempurna.

 Zaman al-Makmun bermula era kemerosotan peranan baitulmal. Pembiayaan
tinggi dalam peperangan dan pemberontakan dalam negara. Langkah mengatasi
masalah ekurangan kewangnan negara antaranya membayar gaji megikut hari
bekerja sahaja, mengemaskini system cukai pertanian dan mewujudkan undang-
undang pusaka iaitu harta tiada waris menjadi milik kerajaan.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, zakat yang merupakan suatu kewajiban menjadi sumber
pendapatan yang penting pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

 Bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dilihat
sebagai usaha pemerintah untuk menunaikan tanggungjawab social demi
kemakmuran Negara.

14 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9
hingga 11 Masihi.

PENGENALAN  Pada zaman Khalifah Abbasiyah, wujud dua buah diwan terpenting iaitu Diwan
al-Jund dan al-Kharaj. Selain itu wujud juga pelbagai diwan lain seperti Diwan
al-Rasa'il, al-Khatam, al-Barid, al-Azimmah, as-Sawafi, al-Sirr dan Iain-Iain.
Setiap dewan diketuai seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab
menjalankan urusan tertentu mengikut keperluan negara.

 Sistem percukaian pada zaman kerajaan Abbasiyah meliputi tiga sumber utama
iaitu kharaj, jizyah dan usyur.

ISI 1 Diwan al-Kharaj
 Diwan al-kharaj iaitu Jabatan Percukaian. Mengendalikan semua perkara yang
berkaitan masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian.
 Diketuai oleh seorang pegawai. Pegawai berkuasa melantik wakil pemungut
cukai dan mentukan jumlah kharaj yang dihantar ke baitulmal.
 Kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara kawasan. Biasanya minima 10
dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian.
 Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan barangan yang bernilai.
 Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara yang mnemantau
kewangan setiap jabatan

ISI 2 Pelaksanaan Kharaj
 Kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara kawasan. Faktor yang
menentukan kadar kharaj termasuk lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan
alat siraman dan kualiti benih tanaman.
 Kadar kharaj minima 10 dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian.
 Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda yang bemilai
seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.
 Syarat-syarat tanah yang dikenakan kharaj antaranya pemilik tanah merupakan
penduduk zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah
kharaj yang disewa atau dipajak (kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah, bukan
penyewa) dan pengecualian kharaj jika hasil pertanian musnah akibat bencana
alam.
 Pada zaman Khalifah al-Mahdi, beliau memperkenalkan sistem percukaian
Muqasamah iaitu cukai dikenakan ke atas sebahagian daripada hasil keluaran
pertanian.
 Kharaj merupakan salah satu sumber terpenting baitulmal ekoran kemajuan
pesat dalam bidang pertanian dan pembangunan negara.

ISI 3 Pelaksanaan jizyah
 Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan system pungutan jizyah seperti mana
zaman Khulafa al-Rasyidin
 Kadar tahunan jizyah ialah 48 dirham ke atas golongan kaya, 24 dirham ke atas
golongan pertengahan dan 12 dirham ke atas golongan miskin yang mampu
menyara hidup mereka.

15 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

 Kaedah bayaran dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti
ternakan,hasil tanaman

 Pelaksanaan pungutan jizyah dipantau oleh gabenor-gabenor wilayah yang
dilantik oleh khalifah.

 Golongan yang dikecualikan jizyah termasuk orang perempuan, kanak-kanak
orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan golongan sakit
berpanjangan.

 Pada zaman kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah,
Hal inikerana pada zaman Khalifah Abbasiyah, yang menguasai pentadbiran
adalah bangsa Parsi dan Turki.

 Hasil pungutan jizyah disimpan di bawah baitulmal.

ISI 4 Pelaksanaan usyur
KESIMPULAN  Perdagangan dan perniagaan giat berlaku semasa zaman abbasiyah. Pelabuhan
utama terletak di Baghdad, Basrah,Kaherah.

 Kapal-kapal membawa barang dagangan melebih sejuta dirham. Antara barang
dagangan utama termasuk sutera, kasturi, rempah ratus, batu permata lain.

 Oleh itu, usyur menjadi cukai penting yang dikenakan ke atas para pedagang.

 Bermula zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah telah
mengenakan cukai perniagaan di pasar dan kedai-kedai di sekitar kota Baghdad
dan wilayah kekuasaan Islam yang lain

 Kadar usyur berbeza terhadap jenis pedagang dan berdasarkan nilai dagangan.
Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam, 5.0% ke atas peniaga kafir zimmi
dan 10% ke atas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200
dirham apabila cukup kadar nisabnya

 Usyur digunakan untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan
tempat-tempat perniagaan dan sebagainya

 Kesimpulannya, sistem percukaian yang sistematik dan terancang telah
menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan kerajaan Abbasiyah.

 Sumber cukai yang stabil dan banyak menyebabkan kerajaan Abbasiyah
mampu menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan oleh rakyat.

16 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

2.2 PENDIDIKAN

2.2.1 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (Khalifah Umayyah (abad ke-7 -8), Khalifah

Abbasiyah (abad ke-11 – 12)

HP:a) Menerangkan falsafah pendidikan
b) Menyenaraikan ciri-ciri pendidikan Islam
c) Menghuraikan ciri-ciri pendidikan Islam

Ciri-ciri pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah pada abad ke-11 hingga 12
Masihi.

PENGENALAN  Perkembangan Pendidikan pada zaman Bani Umaiyah, berdasarkan dua
keperluan iaitu keperluan keagamaan dengan lahirnya dua mazhab dan aliran
pemikiran iaitu ahli hadis dan ahli ar- ra'yi ( mengutama akal ) . Keperluan yang
kedua ialah keperluan semasa.

ISI 1 Ciri-ciri Instusi Pendidikan

 Terdapat tiga buah institusi pendidikan yang menyebarkan ilmu pengetahuan,
institusi-institusi tersebut ialah masjid, istana dan kuttab (sekolah)

 Masjid merupakan salah satu daripada institusi pendidikan yang dibuka oleh
sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Antara pelajaran yang diajar di sini ialah ilmu
Tafsir, Hadis, fiqh, Kesusasteraan Arab, dan lain-lain. Masjid di kota Mekah
juga turut berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama.
Dari masjid inilah Imam Malik, pengasas Mazhab Maliki dilahirkan.

 Istana khalifah juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Istana-istana ini berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan. Proses
pembelajaran di istana hanya dikhususkan kepada putera-putera khalifah dan
anak-anak pembesar negara sahaja. Guru-gurunya pula dibawa khas ke istana
untuk mengajar mereka.

 Kuttab atau sekolah merupakan institusi pendidikan permulaan. Terdapat dua
jenis kuttab iaitu Kuttab untuk orang awam yang dikenakan bayaran. Kuttab
untuk kanak-kanak miskin secara percuma. Institusi pendidikan ini telah
memberi peluang pendidikan kepada pelbagai lapisan masyarakat

ISI 2 Ciri-ciri Kurikulum

 Mata pelajaran yang diajar pula seperti kesusasteraan, ilmu pidato, dan akhlak.
Di samping itu, mereka juga diajar tentang cara-cara pergaulan dalam
masyarakat sebagai persiapan bagi mereka untuk memerintah negara pada masa
hadapan. Masjid-masjid di Basrah dan Kufah di Iraq berperanan sebagai pusat
pengajian bahasa yang aktif ekoran daripada ramainya bangsa lain yang
memeluk Islam.

 Sementara di kuttab pula , pengajaran al-Quran dan asas-asas ilmu agama diberi
penekanan. Pengajaran di sini merupakan pra pengajian sebelum seseorang itu
berdepan dengan sistem halaqah di masjid-masjid.

 Perkembangan kurikulum yang adalah menyeluruh dan dapat melahirkan
golongan intelektual

ISI 3 Ciri-ciri tenaga pengajar
 Guru-guru mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai

17 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

disiplin ilmu. Mereka juga merupakan ulama yang terkenal. Pengajaran mereka
adalah ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran atau gaji.

 Antara ulama yang terkenal ketika itu ialah Abdullah b. Abbas pakar dalam
bidang tafsir, hadis, fiqh

 Terdapat juga guru-guru mengajar di istana dikenali sebagai muaddib. Muaddib
ini ditugaskan untuk mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar
negara dengan ilmu pengetahuan, di samping mendidik mereka dengan akhlak-
akhlak Islam.

ISI 4 Ciri-ciri kaedah pengajaran dan pembelajaran
 Cara mengajarnya pula berbentuk halaqah, iaitu murid-murid akan mengelilingi
guru, mendengar syarahan yang disampaikan oleh guru-guru berkenaan.

 Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini telah dapat meningkatkan pengetahuan
dikalangan pelajar-pelajar

ISI 5 Ciri-ciri dasar pendidikan
 Menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan ke pelbagai wilayah Islam.
Contoh zaman Khalifah Umar bin Abd Aziz yang melakukan usaha
pengumpulan hadis.

 Pendidikan percuma juga diberikan.

 Di samping itu kerajaan mengamalkan dasar terbuka terhadap ilmu-ilmu yang
baru seperti ilmu falsafah.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, usaha-usaha kerajaan Umaiyyah telah mendorong kepada
perkembangan ilmu pengetahuan Islam.

 Kerajaan Bani Umaiyyah telah berjaya memajukan pendidikan di seluruh
empayar Islam

18 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Ciri-ciri pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke-11 hingga 12 Masihi.

PENGENALAN  Pada zaman kerajaan Abbasiyah,perkembangan ilmu dan institusi pendidikan
telah mencapai kemuncaknya sehingga zaman ini dikenali sebagai zaman
keemasan dan kegemilangan tamadun Islam.

 Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan didorong oleh pelbagai faktor

 Galakan dan kecintaan Khalifah Abbasiyah terhadap bidang pendidikan
merupakan asas utama perkembangan ilmu aqli dan naqli .

ISI 1 Ciri-ciri Institusi Pendidikan

 Sistem pendidikan zaman Abbasiyah merupakan kesinambungan daripada
sistem pendidikan yang wujud pada zaman Umayyah di mana masjid dan
kuttab menjadi institusi pendidikan utama.

 Kuttab merupakan instutusi pengajian permulaan untuk kanak-kanak. Kuttab
merupakan sekolah yang menekankan pengajian alQuran dan asas ilmu agama
sebagai persediaan melangkah ketahap pengajian lebih tinggi iaitu halaqah yang
diadakan di masjid.

 Masjid turut mengalami perubahan dari segi kurikulum dan system
pembelajarannya. Ia merupakan institusi pendidikan bagi peringkat
rendah,menengah dan tinggi. Masjid merupakan sekolah utama bagi
mempelajari al Quran, hadis , fiqah. Pendidikan di masjid dihadiri oleh pelbagai
lapisan masyarakat

 Istana khalifah juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Istana-istana ini berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan. Proses
pembelajaran di istana hanya dikhususkan kepada putera-putera khalifah dan
anak-anak pembesar negara sahaja. Guru-gurunya pula dibawa khas ke istana
untuk mengajar mereka. Khalifah Harun al-Rashid dan al-Makmun adalah
khalifah Abbasiyah yang sangat meminati ilmu pengetahuan dan serinkali
menjemput para sarjana menyampaikan ilmudi istana.

 Perpustakaan merupakan institusi pendidikan yang menjalankan aktiviti
pengkajian buku-buku ilmiah dan tempat perbincangan . Terdapat pelbagai
jenis perpustakaan yang wujud pada zaman Abbasiyah. Antaranya perpustakaan
awam seperti Baitul Hikmah

 Tegasnya instutusi pendidikan telah menjadi salah satu ciri penting dalam
pendidikan zaman kerajaan Abbasiyah.

ISI 2 Ciri-ciri dasar Pendidikan
ISI 3  Pada zaman Abbasiyah alQuran dan hadis menjadi dasar teras dalam bidang
pendidikan. Sumber dalaman pendidikan Islam berasal dari al Quran dan al
Hadis manakala sumber luaran bersumberkan ilmu-ilmu daripada India,Greek
dan Parsi.

 Kebanyakan umat Islam ghairah menuntut ilmu meskipun kerajaan tidak
mewajibkan belajar kepada orang awam.

 Hala tuju yang jelas dalam dasar pendidikan pada zaman Abbasiyah telah
menyebabkan berlaku peningkatan yang pesat dalam bidang ilmu pada zaman
tersebut

Ciri-ciri kaedah pengajaran dan pembelajaran
 Cara mengajarnya pula berbentuk halaqah, iaitu murid-murid akan mengelilingi

19 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

guru, mendengar syarahan yang disampaikan oleh guru-guru berkenaan.

 Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini telah dapat meningkatkan
pengetahuan dikalangan pelajar-pelajar

 Sistem pembelajaran di masjid telah berubah di mana pelajar tidak boleh lagi
mengikuti mana-mana halaqah mengikut kesukaan dan minat mereka. Mereka
perlu mengukur kelayakan dan memasuki halaqah yang sesuai dan sepadan
dengan kelayakan mereka sahaja.

 Ini terbukti apabila Imam as Syafie yang terpaksa menghadapi temuduga
terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengikut halaqah ilmu dari imam Malik
bin Anas.

 Ciri ini telah menjadikan penyampaian dan penerimaan ilmu lebih berkesan dan
berkualiti.

ISI 4 Ciri-ciri tenaga pengajar
 Guru-guru mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai

disiplin ilmu. Mereka juga merupakan ulama yang terkenal. Pengajaran mereka

adalah ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran atau gaji.

 Guru-guru yang bertugas khasnya yang mengajar pengajian lanjutan di masjid

merupakan mereka yang dilantik dan dibayar gaji oleh pihak kerajaan.

 Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada pelbagai mazhab dan
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berbeza mengikut tahap
pendidikan masing-masing.

 antara tokoh yang terkenal dalam bidang ilmu hadis seperti al Kindi, al Farabi
Imam empat Mazhab, al Bukhari dan al Muslim.

 Tegasnya kepelbagaian tenaga pengajar yang berwibawa menjadi ciri penting
dalam pendidikan zaman Abbasiyah.

ISI 5 Ciri-ciri Kurikulum
KESIMPULAN  Kurikulum pengajian khasnya pengajian tinggi diawasi oleh suatu badan yang
ditubuhkan oleh kerajaan yang dikenali sebagai Naqib al Hashimiyin.

 Bidang pendidikan yang paling berkembang pesat adalah pengajian keagamaan
seperti tafsir alQuran hadis fikah dan sebagainya.

 Pengajian ilmu aqli turut berlaku seperti ilmu hisab,fizik,kimia ilmu falak,ilmu
logical dan ilmu falsafah.

 Pada peringkat rendah , kurikulum pembelajarannya merangkumi pelajaran
alquran,sirah Nabi Muhamad,puisi dan ilmi hisab. Kurikulum peringkat
menengah dan tinggi merangkumi ilmu tafsir,ilmu hadis,ilmu
kalam,falsafah,dan perubatan.

 aktiviti penterjemahan karya-karya asing dan pengkajian buku-buku ilmiah
turut merangsang perkembangan pendidikan dan intelektual

 berlaku pertambahan dalam bidang kokurikulum iaitu aktiviri riadah,memanah
dan latihan berkuda. Pertandingan penulisan dan deklamasi sajak turut diadakan

 Kesimpulannya, penglibatan khalifah dan sumbangan para ulama merupakan
faktor utama berlakunya perkembangan pesat dalam bidang pendidikan pada
zaman Abbasiyah.

 Kemajuan yang dilakukan oleh para khalifah kerajaan Abbasiyah dalam bidang
pendidikan menjadi asas kepada pencapaian tamadun Islam.

20 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Peranan Baitul Hikmah dalam memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan pada
zaman pemerintahan Bani Abbasiyah
PENGENALAN  Baitul Hikmah atau dalam bahasa Arabnya Bait al-Hikmah adalah perpustakaan

dan pusatpenerjemahan pada zaman Dinasti Abbasiyah.
 Didirikan pada tahun 832 M di Baghdad pada zaman pemerintahan Harun al-

Rasyid menjadi khalifah, dan dianggap sebagai pusat intelektual serta keilmuan
pada masa Zaman Kegemilangan Islam
 Institusi ini juga dinamakan khazanah al-Hikmah (Khazanah Kebijaksanaan)
yang berfungsi sebagai perpustakaan dan pusat penelitian.
 Pada zaman Al Makmun fungsi institusi ini dikembangkan lagi menjadi institusi
perguruan tinggi ,perpustakaan dan badan penyelidikan.
ISI 1 Pusat penterjemahan pengetahuan asing ke bahasa Arab .
 Pada zaman Khalifah Al Makmum . Baginda telah menghantar kumpulan
sarjana ke seluruh dunia bagi mencari kitab-kitab untuk diterjemahkan. Mereka
menghuraikan dan membuat penambahbaikan terhadap karya tersebut.
 Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi ini telah mempertingkatkan lagi
kegiatan penyelidikan hingga hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke
Eropah. Sejumlah kajian itu juga telah diterjemahkan ke bahasa asing
 Sebagai contoh Hunain b. Ishaq yang menguasai bahasa Arab , Yunani, Suryani
dan Parsi dilantik oleh Khalifah Harun Al Rasyid untuk menterjemah buku-
buku Yunani dan Suryani ke Bahasa Arab.
 Yuhannad (Yahya) bin al Bitriq yang digelar Abu Zakaria , pakar bahasa Latin
telah menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani dan Suryani ke dalam
bahasa Arab.
 Yuhanna b. Musawih telah dilantik sebagai ketua penterjemahan karya
perubatan oleh Khalifah Harun Al Rasyid
ISI 2 Perpustakaan dan pusat pendidikan.
 Baitul Hikmah merupakan perpustakaan yang telah memperkenalkan cara
penyusunan kitab yang sistematik berdasarkan jilid ,tajuk dan pengkhususan
sesuatu ilmu.
 Dilaporkan terdapat lebih setengah juta buku berjilid dan ia juga merupakan
pusat latihan para sarjana.
 Antara tokoh saintis yang pernah berkhidmat di perpustakaan ini ialah a-
Khawarizmi dan Hunyan bin Ishaq.

ISI 3 Pusat perkembangan ilmu pengetahuan agama dan bidang sains dan falsafah
serta muzik.
 Ilmu pengetahuan dalam bidang agama, seperti Al Qur‟an, qiraat, Hadith,
Fekah, bahasa dan sastera. Disamping itu juga berkembang empat mazhab
fekah yang terkenal, diantaranya mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab
syafi‟i dan mazhab Hanbali.
 Bidang sains dan teknologi meliputi ilmu falsafah , logik, metafizik, matematik,
geometri, astronomi, muzik, perubatan dan kimia
 Pada masa ini muncul cendikiawan muslim dan juga kerya besar mereka yang
kemudiannya mempengaruhi peradaban Islam bahkan seluruh dunia.

ISI 4 Bermulanya kaedah penulisan yang sistematik
 Terdapat penglibatan golongan ulama dalam penulisan dalam bidang fikah,

21 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

KESIMPULAN SEJARAH ISLAM – TEMA 2

tafsir dan sejarah dan sebagainya. Pada zaman ini juga, berlaku pemisahan
antara ilmu tafsir , ilmu sirah (sejarah hidup Nabi Muhamad) dan ilmu hadis.

 Kesimpulan, peranan Baitul Hikmah memang sangat besar dalam kemajuan
peradaban Islam, terutama dalam ilmu pengetahuanya pada masa itu.

 Malah Baitul Hikmah ini telah melahirkan ramai ilmuan-ilmuan Islam dan para
sarjana yang agung dalam bidang masing-masing.

22 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (Mesir (abad ke-8) , Acheh (abad ke-16 – 17)
HP: a) Menyenaraikan jenis institusi pendidikan

b) Menjelaskan jenis institusi pendidikan (halaqah, masjid/surau, pondok/
madrasah, universiti

c) Menghuraikan sistem pendidikan
i)pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
ii)kaedah pengajaran dan pembelajaran

Perkembangan Sistem Pendidikan Di Mesir Pada Zaman Kerajaan Fatimiyyah.

PENGENALAN  Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyyah. Pusat pentadbiran berpindah ke
Mesir pada tahun 262H. Kerajaan ini telah dipimpin oleh Mu’iz’li Dinillah al-
Fatimi dengan bantuan panglima perang iaitu Jawhar Saqali.

 Aktiviti pendidikan di masjid menjadi proses awal yang membawa kepada
terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir.

ISI 1 Masjid Amru al-As
 Masjid menjadi asas kepada perkembangan pendidikan di Mesir. Masjid
terawak dibina oleh Amru al-As. Selain sebagai tempat ibadat, masjid dijadikan
tempat pendidikan.

 Terdapat 40 kelompok majlis ilmu. Antara kelompok yang terdapat di Masjid
Amru al-As ilah kelompok Iman Shaf’i. kelompok imam Shaf’I mempunyai
ramai ahli fiqah dan ulama terkenal. S

 elain itu kelompok ini mempunyai tanah wakaf di Sanabis.

 Ilmu yang dipelajari antaranya ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

ISI 2 Masjid al-Jami’ al-Azhar
 Jauhar Saqli telah mendirikan masjid yang dinamakan sebagai al-Jami’ al-Azhar
sempena nama nenda beliau iaitu Fatimah al-Zahra’.

 Masjid ini mempunyai ruang khas untuk mengajar al-Quran kepada anak yatim.

 Proses pembelajaran yang berlaku di masjid adalah berbentuk halaqah. Melalui
kaedah ini seorang guru atau murabbi akan dikelilingi oleh anak muridnya
dalam bentuk bulatan.

 Mereka mendalami ilmu agama seperti al-Quran, hadis dan fikah.

ISI 3 Universiti Al Azhar
 Masjid ini berubah menjadi pusat pengajian tinggi dan dikenali sebagai
Universiti al-Azhar pada 378H.

 Universiti ini telah menjadi tumpuan pelajar dari seluruh pelosok dunia.

 Universiti al-Azhar menjadi pusat pendidikan Syiah kerana pada awalnya
universiti ini ditubuhkan untuk tentera Fatimiyyah yang bermazhab Syaiah
Isma’iliyyah. Universiti ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Fatimiyyah
di Kaherah.

 Selain itu ilmu mantik, satera dan hisab juga diajar. Forum perbincangan juga
diadakan tetapi khas untuk golongan ulama Syiah sahaja.

23 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

ISI 4 Kuttab
 Kuttab juga telah didirikan bagi kemudahan pendidikan oleh kerajaan Mesir.
Kuttab adalah bangunan yang didirikan berasingan daripada masjid.

 Ia menjadi tempat kanak-kanak menuntut ilmu seperti al-Quran, tatabahasa
Arab, kesusasteraan dan sejarah.Imu pengetahuan diberi percuma kepada semua
kanak-kanak tidak kira kaya atau miskin.

 Ruang belajar kanak-kanak lelaki diasingkan daripada kanak-kanak perempuan.

Sekolah
 Pemerintah Mesir mendapat idea untuk menubuhkan sekolah yang guru-
gurunya terdiri daripada para sahabat.

 Sekolah ini menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para
sahabat.

 Pelajar-pelajar mempelajari ilmu hadis menggunakan kaedah hafalan dan
menulis kembali hadis-hadis tersebut.

 Mereka juga mengkaji al Quran dan hadis serta mengeluarkan hukum-hukum
daripadanya.

 Sekolah ini telah menghasilkan beberapa ulama mujtahidin terkenal seperti
Sulaiman b. Aiter al Tujaibi dan Abdul Rahman b. Juhirah Abu Abdullah al
Khaulani.

Istana
 Istana juga menjadi pusat kegiatan ilmu atas galakan pemerintah yang menjadi
penaung kepada kegiatan ilmu pengetahuan. Pelajarnya terdiri daripada anak
pembesar dan bangsawan.

 Mereka akan mempelajari pendidikan formal dan tidak formal.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, Kerajaan Fatimiyyah telah membawa kepada perkembangan
pendidikan di Mesir disebabkan pemerintahnya yang mengambil berat
mengenai ilmu pengetahuan.

 Hal ini menyebabkan Mesir menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh dunia
dalam menimba ilmu pengetahuan.

24 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

Perkembangan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Pada Abad Ke-17 M.

PENGENALAN PENGENALAN
 Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh
mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu.
Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang
utama di Nusantara.
 Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan
terancang.
 Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan
pendidikan menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan
di Balee.

ISI 1 Madrasah Atau Meunasah [pendidikan dasar atau permulaan]
 Madrasah merupakan institusi pendidikan permulaan yang biasanya didirikan di
setiap kampung.
 Para pelajar diajar membaca al-Quran, membaca dan menulis huruf Arab dan
belajar perkara-perkara asas dalam Islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari
ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fekah, ibadat dan akhlak.
 Anak-anak yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang ditulis
dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan dan Risalah Masailal al-
Muhtadin.

ISI 2 Masjid
 Masjid berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.
Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah
pertama.
 Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturahman.

ISI 3 Rangkang [pendidikan menengah]
 Rangkang ialah pondok yang didirikan oleh para pelajar mengelilingi masjid.
Pondok ini dijadikan asrama oleh pelajar.
 Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang
yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
 Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
 Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam.
Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan
pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah.
 Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam
dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab. Pelajar menggunakan buku-buku
yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain daripada buku-buku bahasa Arab
yang juga banyak digunakan. Ilmu Geografi, Sejarah dan Matematik juga di
ajar di rangkang.

25 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

ISI 4 Dayah [kumpulan beberapa rangkang]
 Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas atau Madrasah
Aliyah. Hampir setiap daerah terdapat dayah. Terdapat dayah yang berpusat di
masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar
lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama yang digunakan
sebagai tempat belajar sembahyang.
 Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam
tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yang
menjadi pendakwah Islam di Nusantara.
 Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-
kitab dari Arab.
 Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah
bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk
mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan
sebagainya dengan menurut syariat Islam.

Balai Setia Hukama Dan Balai Setia Ulama
 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menubuhkan Balai Setia Hukama,
Balai Setia Ulama dan Balai Jamaah Himpunan Ulama.
 Balai Setia Hukama - tempat para ulama dan ahli fikir untuk membahaskan
perkara-perkara yang menyentuh tentang pendidikan. Balai Setia Ulama
menguruskan maslah-masalah yang berkaitan dengn pendidikan.
 Balai Jamaah Himpunan Ulama merupakan kelas perbincangan bagi para
sarjana dan ulama bertukar-tukar pandangan, berseminar, membahaskan
masalah pendidikan dan sebagai tempat pengembangan ilmu pengetahuan.

Jamiah/Universiti Baiturahman
 Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah atau Universiti Baiturahman.
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid
Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut
ilmu.
 Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juga
negara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain
lagi.

KESIMPULAN  Kesimpulannya, kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan
intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf
Singkel,dan Hamzah Fansuri.

 Oleh itu ilmu Islam telah berkembang luas di Nusantara.

26 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

2.5 SENIBINA (Andalusia (abad ke-13), India (abad ke-16 – 17)

HP: a) Menghuraikan ciri-ciri senibina

Ciri Seni Bina Di Andalusia

PENGENALAN  Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan dan reka bentuk
yang dibina oleh manusia. Seni bina Islam merupakan salah satu cabang
kebudayaan Islam .

 zaman kekuasaan kerajaan Andalusia pada zaman kerajaan Nasriyyah yang
diasaskan oleh Ibn al-Ahmar memperlihatkan perkembangan seni bina yang
amat mengkagumkan.

 Kesenian di Granada dikenali sebagai kesenian Granada. Kesenian di luar

 Granada dikenali sebagai kesenian Mudejar.

ISI 1 Reka Bentuk Islam

 Ciri senibina Andalusia mengikut reka bentuk Islam.

 Dihasilkan oleh seniman Islam contohnya Istana al-Hamra. Hiasan berwarna
emas dan reka bentuk yang menarik. Mengandungi beberapa buah bilik bersaiz
sederhana. Terdapat dua dewan besar. Halamannya dihiasi dengan kolam air
pancut dan taman. Terdapat 128 buah batang tiang bulat yang diperbuat
daripada marmar.

ISI 2 Terdapat ruang dalam bangunan

 Senibina Andalusia juga mempunyai ruang-ruang dalam sebuah bangunan.
Terdapat ruang yang berbeza dalam sesebuah bangunan contohnya dalam Istana
Al-Hamra. Terdapat ruang untuk duta, ruang persalinan permaisuri, ruang
bersiram. Hal ini bertujuan untuk menjadikan bangunan tersebut mempunyai
tempat khas bagi sesuatu tujuan.

ISI 3 Menara

 Menara juga merupakan binaan yang unik bercirikan senibina Islam di
Andalusia. Terdapat binaan dua buah menara tinggi dan berkilauan di atas
banjaran Sierra Nevada di Granada.

 Kepentingan binaan menara ini adalah dari puncaknya dapat melihat keindahan
kota Granada.

ISI 4 Masjid Kecil
 Ciri senibina Andalusia juga dapat dilihat melalui senibina masjid. Masjid ini
mempunyai reka bentuk yang indah yang dikenali sebagai Masjid al-Mulk.
Masjid ini dibina oleh Sultan Muhammad II.

 Terdapat syair yang diukir mengenai kemurnian agama Islam.

 Terdapat mihrab pada masjid al-Mulk yang dihias indah.

 Manakla dinding masjid diukir dengan ayat-ayat yang menggunakan tulisan
Arab.

ISI 5 Ruang Pengadilan
 Dalam senibina di Andalusia terdapat juga ruang pengadilan. Dikenali dengan

27 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

KESIMPULAN SEJARAH ISLAM – TEMA 2

nama Qa’atul Hukmi yang berbentuk segi empat.
 Terdapat ruang yang mempunyai lambang tangan menadah langit di samping

terdapat anak kunci. Lambang ini bermaksud keadilan akan membawa
kebahagiaan dunia dan akhirat.

 Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian seni bina yang unik di Andalusia. Hal
ini menunjukkan agama Islam tidak menolak kegiatan kesenian.

 Kesenian seni bina Andalusia telah mempengaruhi seni bina bangunan di
negara lain.

Ciri Seni Bina Di Moghul India

PENGENALAN  Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan dan reka bentuk
yang dibina oleh manusia. Seni bina Islam merupakan salah satu cabang
kebudayaan Islam .

 zaman kekuasaan kerajaan Moghul di India memperlihatkan perkembangan seni
bina yang amat mengkagumkan. Seni binanya menggabungkan seni bina
tempatan dan Parsi.

 Kemucak kepada perkembangan seni bina Islam ialah ketika pemerintahan Syah
Jehan.

ISI 1 Masjid
 Ciri seni bina Islam di Moghul India dilihat melalui pembinaan masjid.
Terdapat menara yang dihias dengan seni khat Arab.

 Terdapat khubah bentuk baharu berbentuk bunga teratai yang meruncing
dipuncaknya.

 Seni binanya gabungan gaya tempatan dan Parsi.

 Sebuah masjid besar dan istana telah dibina dalam sebuah kompleks.
Contohnya masjid Lapan Mutiara di Agra.

ISI 2 Kubur/Pemakaman Raja
 Ciri seni bina Islam di Moghul India dilihat melalui pembinaan kubur.
Bangunan makam diturap dengan bahan berwarna merah yang kekal lama.
Bangunan makam dilengkapi dengan menara.

 Antara lokasinya ialah di Lembah Sungai Gangga.

 Terdapat juga kolam dan taman di kawasan makam.

 Antaranya Makam Humayun dibina oleh isteri maharaja Humayun (pemerintah
Moghul ke-2) iaitu Hamida Banu Begum sebagai tanda cintanya. Binaan
makam ini gabungan daripada seni bina Parsi dan Moghul yang direka oleh
Mirak Mirza Giyuath iatu arkitek Parsi.

ISI 3 Taj Mahal
 Ciri seni bina Islam di Moghul India dilihat melalui pembinaan Taj Mahal.
Banguan yang paling mengkagumkan seni binanya. Bangunan ini didirikan oleh
Syah Jehan sebagai tanda cintanya kepada isterinya Mumtaz Mahal.
 Banguan ini didirikan dihujung taman yang luas. Pintu masuk taman berbentuk

28 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI

SEJARAH ISLAM – TEMA 2

lengkung awan. Bahan binaan dari batu marmar merah. Bahagian tengah
menggunakan batu marmar putih dan biru. Disekelilingnya di bina tembok.
Pada bangunan dibina masjid-masjid yang terdapat 7 mirhab.

ISI 4 Istana

 Ciri seni bina Islam di Moghul India dilihat melalui pembinaan istana. Binaan
istana hampir sama dengan binaan masjid iaitu gabungan gaya tempatan dengan
gaya Parsi.

 Contohnya Istana di fathpur Sikri dibina oleh Akbar menggunakan batu merah
bersaiz besar. Disekeliling istana dibina tembok batu yang mempunyai ruang
bersemayam.

ISI 5 Masjid Jama, Delhi
KESIMPULAN  Tidak jauh dari Kota Merah tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17
iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul iaitu Shah Jahan untuk
puterinya Jahanara Begum.
 Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud
Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama.
Masjid ini terletak diatas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana
maharaja mahukan masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di
dalam Kota Merah yang terletak berhadapan dengan Masjid Jama. Beberapa
artifak di dalam masjid ini seperti naskah kitab suci al-Quran yang berusia 1400
tahun ditulis atas kulit rusa oleh menantu Rasulullah S.A.W. Selain itu,
terdapat juga tinggalan artifak yang lain, iaitu tapak kaki Rasulullah S.A.W.
pada marmar, kasut Rasulullah S.A.W. yang diperbuat daripada kulit unta dan
janggut Rasulullah S.A.W. sendiri.
 Kedudukkan Masjid Jama juga menjadi titik pertembungan antara dua budaya,
iaitu penduduk Islam dan penduduk beragama Hindu.


 Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian seni bina yang unik di India. Hal ini
menunjukkan agama Islam tidak menolak kegiatan kesenian.

 Senibina Islam dari India telah mempengaruhi seni bina banguan di kerajaan
lain contohnya di Asia Tenggara.

29 | R A N C A N G Y A N G P E R L U S E L E S A I K A N Y A N G W A J I B -
JMNZI


Click to View FlipBook Version