LAPORAN PENGURUSAN KRISIS AIR DI DALAM KAMPUS 2024
PENGENALAN Air merupakan anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penduduk di Pulau Pinang telah menghadapi tempoh yang sukar ekoran berdepan gangguan bekalan air bermula dari 10 Januari hingga 14 Januari 2024. Hal ini berlaku bagi membolehkan kerja penggantian dua injap berdiameter 1200 milimeter (mm) pada saluran paip air terawat utama Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua serta paip berhampiran pagar LRA yang bocor (sumber dari PBAPP). Kampus USM induk dan cawangan jugak antara yang terjejas. Oleh itu, bilik gerakan dan jawatankuasa krisis air diwujudkan bagi membantu warga kampus yang terjejas. Laporan ini melaporkan persiapan sepanjang ketiadaan air meliputi sebelum, semasa dan selepas.
Mesyuarat bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) diadakan ekoran daripada cadangan yang dikemukakan oleh TNC BJIM supaya pihak Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) beroperasi sebagai penggerak krisis air. Mesyuarat ini membincangkan pelan tindakan awal persediaan krisis air yang dijangka berlaku pada 10 Januari hingga 14 Januari 2024. Hasil dapatan daripada mesyuarat terdapat beberapa cadangan sebagai langkah awal persediaan krisis air antaranya; • Membuat tinjauan jumlah pelajar berada di desasiswa secara “door to door survey”. • Memohon pertimbangan semula Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNCAA) untuk mewajibkan semua Pusat Pengajian mengadakan kelas secara atas talian termasuk makmal dan studio bermula 10 Januari hingga 14 Januari 2024. • Menyediakan tangki air besar untuk mengisi air sekiranya mendapat bekalan dari pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). • Pihak desasiswa menghentikan operasi mesin basuh di setiap blok. • Pelajar menyediakan baldi untuk mengisi bekalan air. Mesyuarat Jawatankuasa Krisis Air di Kampus Tarikh: 30 Disember 2023 Masa: 9.30 pagi
• MPP menjalinkan hubungan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk memohon sumbangan keperluan semasa krisis air. • Persatuan dan kelab di USM perlu memainkan peranan dari segi pengangkutan dan tenaga untuk membantu pelajar memerlukan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU). • Buddies IMCC berperanan memaklumkan berkenaan krisis air kepada pelajar antarabangsa. • Pengusaha kafeteria beroperasi secara bergilir dan membuat persediaan awal menyimpan bekalan air yang mencukupi. • Membuat hebahan kesedaran kepada warga kampus supaya menyediakan bekalan air lebih awal. • Unit kaunseling beroperasi 24 jam untuk menangani masalah kesihatan mental pelajar sepanjang krisis air. • Kebajikan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masalah kelaparan. • Peranan masjid membuat persediaan tadahan air bagi menampung jumlah jemaah yang ramai pada 12 Januari 2024. Perbincangan PPBNC, MPP & MYPD sepanjang mesyuarat berlangsung
Selepas mendapat mandat daripada mesyuarat pertama yang dijalankan daripada 29 Desember 2023 oleh Profesor Dr. Shaharum (TNC BHEPA) bersama Profesor Dr. Azlan (TNC BJIM) semasa mesyuarat awal mengenai krisis air, Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Krisis Air Dalam Kampus Bil (I) diadakan untuk membincangkan maklum balas tentang isu yang dibincangkan semasa mesyuarat lepas. Antara isu yang dibincangkan ialah : 1) Semasa isu air ini berlaku, Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre telah dipersetujui untuk dijadikan bilik gerakan sementara sepanjang krisis air ini berlaku. Antara peranan bilik gerakan ini ditubuhkan adalah untuk : Menambah baik dengan menjadi bahan rujukan bersama oleh semua warga USM Menjadi rujukan lokasi bekalan tambahan loji air yang boleh diambil oleh pelajar dan warga USM 2) Jawatankuasa krisis air membuat pelbagai cara untuk menghadapi krisis air, antaranya : Membuat poster tentang penjimatan air Kempen penjimatan air dari masa ke semasa Menghantar memo kepada setiap PTJ untuk memberi bantuan air mineral dll Memohon tajaan air mineral daripada adun ataupun per-sendirian Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Krisis Air Dalam Kampus Bil (I) Tarikh: 2 Januari 2024 (Selasa) Masa: 8.30 mlm
3) JPPF turut berkongsi tentang pelaporan air semasa mesyuarat tersebut. Hasil perbincangan pihak JPPF dan PBA, suction tank akan diletakkan di tiga kawasan iaitu di: M11, kawasan kompleks RST F12, dalam kawasan desasiswa harapan A13, di hadapan padang 4) Pihak MPP telah merangka surat untuk memohon tajaan daripada adun, parlimen, wakil rakyat dan sebagainya dan masih menunggu keputusannya 5) Pihak kami jugak telah dapat mengenal pasti status penghuni di dalam kampus dengan bantuan pihak MPD. Berikut adalah status penghuni yang berada di dalam kampus : DESASISWA JUMLAH RESPONDEN BIL. PELAJAR PULANG BIL. PELAJAR TIDAK PULANG BIL. PELAJAR ANTARABANGSA KELUARGA AMAN DAMAI 741 507 234 1 0 BFPP 397 78 319 236 29 CGH 894 684 210 19 0 INDAH KEMBARA 518 207 311 0 0 RESTU 508 368 140 5 0 TEKUN 697 406 292 5 0 SAUJANA 662 472 190 11 0 JLU 1553 1153 400 235 0 JUMLAH KESELURUHAN 5970 3875 2096 512 29 DATA PENGHUNI DALAM KAMPUS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Gambaran lokasi penempatan tangki air yang dikongsikan oleh JPPF Kampus Induk
Gambaran lokasi penempatan tangki air yang dikongsikan oleh JPPF Kampus Kejuruteraan
Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Krisis Air Dalam Kampus Bil (II) Tarikh: 8 Januari 2024 Isnin Masa: 10.00 Pagi Mesyuarat pada kali ini, Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Center) lebih menekankan tentang isu krisis air yang bakal berlaku. Perancangan yang lebih sistematik dibincangkan bersama semasa mesyuarat dijalankan. Encik Tuan Mohd Salman memaklumkan bahawa Kampus Kejuruteraan akan dihantar air ke Kampus Kejuruteraan pada waktu pagi dan petang Tempoh ketiadaan air di Kampus Kejuruteraan dianggarkan mungkin 1 hingga 4 hari. Maklumat yang diterima dari Kampus Kejuruteraan masih mempunyai air tetapi dalam keadaan tekanan rendah Kampus Induk dimaklumkan bahawa air akan ada pada 12 Januari dan hanya terkesan pada 10 Januari hingga 11 Januari sahaja, akan tetapi maklumat itu hanyalah sekadar ramalan. Walau bagaimanapun, pihak bilik gerakan membuat persiapan sekiranya krisis air berlarutan Maklumat yang diberi pihak PBA tentang lori tangki air, bantuan hanya akan hadir jika dihubungi JPPF memaklumkan bahawa info dari PBA sama seperti mesyuarat yang lepas, Kampus Induk terkesan 72 jam, mula mendapat air jam 6.00 pagi pada 13 Januari Jika air masuk pada waktu pagi, JPPF menjangkakan air akan kembali normal pada waktu tengahari PBA memaklumkan bekalan air untuk hari pertama pembahagian air akan disalurkan ke seberang jaya terlebih dahulu. Hari kedua dan ketiga jika seberang jaya pulih baru PBA salurlan air ke pulau Menjelang 9 Januari pihak JPPF sudah merangka bermula dari 6 petang sehingga 12 tengah malam akan buat aktiviti monitor dan akan penuhkan semua tangki-tangki simpanan di bangunan D07,D08 Dan H28 dan tangki-tangki simpanan
Pihak JPPF jugak akan memantau kawasa di sekitar tangki sebanyak 2 hingga 3 kali bagi memastikan bekalan air sentiasa cukup 8 tangki air akan masuk ke dalam kampus pada 12 Januari dan akan diletakkan di 8 tempat seperti dibincangkan pada mesyuarat lepas Jika pada 13 Januari masih tidak mempunyai air, inisiatif dari JPPF ialah mereka melantik pihak kontraktor sebagai runner untuk mendapat bekalan air di luar dan isi di tangki-tangki yang disediakan Prof Siva mencadang untuk tidak menghebahkan maklumat yang diberi pihak PBA kerana bimbang jika warga USM yang lain tidak mengambil tindakan selepas 13 Januari dan mereka mungkin jangkakan air sudah kembali normal. Saudara Nazmi Hakimi (YDP MPP) berkongsi maklumat tentang pengagihan air, lori akan pergi ke setiap desa dan akan memberi 80 katon air di setiap desa, 100 kotak lagi siap sedia di komca pejabat MPP sekiranya mendapat permintaan baru akan diberikan mengikut permintaan
Encik Ts. Fahmi Reza (JPPF Kejuruteraan) akan menutup beberapa tangki dan akan pam secara manual untuk mengisi tangki. Satu tangki bergerak 500 gallon pihak JPPF akan mengisi sekiranya terdapat blok yang tidak mempunyai bekalan air Untuk penggunaan bas akan dikurangkan dan untuk penggunaan di luar kampus di benarkan Encik Tuan Mohd Salman mencadangkan untuk tutup jalan di hapadan rumah merah lebih awal supaya tiada keluar masuk daripada padang ke kampus. Pihak Jabatan Keselamatan setuju dengan cadangan tersebut dan bercadang untuk tutup pada waktu malam Profesor Dr Azlan (TNC BJIM) berkongsi tentang Kampus Kejuruteraan ditutup dan dikawal ketat. Proses pemantauan penting di Kampus Induk, sekiranya ramai masuk kemungkinan Kampus Induk akan perketatkan kawalan di kampus Encik Mugilan (IMCC) berkongsi tentang pelajar antarabangsa, untuk pelajar antarabangsa mereka akan keluar dari Penang seperti melancong dan akan mengikuti kelas secara dalam talian. Pihak IMCC jugak memberi hebahan daripada PPBNC kepada pelajar antarabangsa. Oleh kerana hebahan dihebahkan dalam dwi bahasa, pelajar antarabangsa jugak dapat mencari inisiatif sendiri untuk menghadapi krisis air
HEBAHAN RASMI & POSTER SEBELUM KRISIS AIR BERLAKU
Pelbagai inisiatif PPBNC lakukan untuk menyelesaikan isu air di dalam kampus Semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu krisis air ini telah bertungkus lumus untuk memastikan warga USM mendapat bekalan air yang mencukupi. Pada 9 Januari 2024, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman (TNC) bersama Majlis Perwakilan Pelajar telah menyumbangkan air minuman kepada desasiswa di sekitar kawasan kampus induk dan kampus cawangan Selepas selesai penghantaran air minuman di dalam kawasan kampus induk, lori untuk menghantar air minuman telah bersiap sedia untuk membuat penghantaran ke Kampus Kejuruteraan Pada sebelah petang, bantuan air minuman telah sampai ke Kampus Kejuruteraan dan disambut oleh Profesor Dr. Azlina (Pengarah USM Kejuruteraan) Penempatan tangki sementara untuk digunakan ketika kecemasan disediakan di beberapa tempat seperti, Pusat Sejahtera Usm, Pusat Islam, Bangunan M04, Rumah Antarabangsa H51, Bangunan H10 (kafeteria), Bangunan M07, Cafe Tekun M09, Rumah Keluarga K18/K19/K21. SEMASA KRISIS AIR BERLAKU
Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman (TNC) bersama Majlis Perwakilan Pelajar Penghantaran air minuman oleh wakil MPP di Desasiswa Bakti Permai dan Desasiswa Fajar Harapan
Pegawai yang bertugas untuk menghantar air ke Kampus Kejuruteraan sedang menyusun air minuman ke dalam lori Wakil MPP bersama Profesor Dr. Azlina
Membuat persiapan untuk menghadapi krisis air ini bukanlah satu hal yang mudah, ia memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Akan tetapi semua hal yang sukar akan menjadi mudah sekiranya semua pihak yang bertanggungjawab memberi kerjasama yang sepatutnya. Begitulah situasi yang terjadi di kampus Induk semasa krisis ini berlaku. Persediaan warga USM yang bertungkus lumus memberi bantuan untuk tangani krisis air dalam kampus bagai aur dengan tebing sehingga mendapat perhatian dari media tempatan. Ini adalah suatu pencapaian yang besar Pusat Pengurusan Bencana Nerve Center sumbangkan kepada warga kampus USM. Antara media tempatan yang mengambil laporan tersebut ialah : 1. https://www.facebook.com/share/p/QR9BmVKqe2v3VEeb/?mibextid=QwDbR1 2. https://www.kosmo.com.my/2024/01/09/usm-siap-sedia-hadapi-gangguan-bekalan-air/ 3. https://www.utusan.com.my/nasional/2024/01/usm-siap-sedia-hadapi-gangguan-bekalan-air/ 4. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/my-ipt/usm-siap-siaga-tangani-krisis-air 5. https://bebasnews.my/2024/01/09/usm-buat-persediaan-rapi-tangani-isu-air-di-pulau-pinang/ 6. https://www.nst.com.my/news/nation/2024/01/999097/usm-gears-prepare-four-day-watersupply-disruption
Pada hari pertama bilik gerakan Pusat Pengurusan Bencana Nerve Center (PPBNC) dan ahli jawatankuasa kriris air bersiap sedia untuk membantu memberikan bantuan air kepada warga kampus. Encik Tuan Mohd Salman telah mendapat laporan daripada Jabatan Keselamatan kampus induk bahawa satu lori air mineral mengambil kesempatan ekoran krisis air berlaku di Penang dengan menjual air mineral ke dalam kawasan kampus tanpa kebenaran pihak pengurusan. Encik Tuan Mohd Salman berkata , “bilik gerakan tidak membenarkan pihak luar untuk menjual air mineral di dalam kampus buat masa ini kerana bekalan air masih mencukupi dan cukup untuk menampung keperluan warga USM”. Pihak Jabatan Keselamatan bertindak segera dengan menahan lori tersebut di pintu masuk RST, masalah tersebut ditanggani dengan baik oleh pihak Jabatan Keselamatan kampus induk. Seterusnya, warga kampus telah mendapat hebahan awal bahawa hanya beberapa kafe sahaja yang beroperasi, ini kerana untuk mengurangkan kapasiti penggunaan air yang berlebihan
Pihak jawatankuasa krisis air menerima bantuan dari NGO iaitu En Noor Azali Bin Hussain kepada Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Akademik & Alumni, Professor Dr Shaharum bin Shamsudin bersama Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Nerve Centre USM iaitu Professor Dato' Sivamurugan Pandian. Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar,saudara Nazmi dan wakil MPD Cahaya Gemilang Harapan. Antara masalah yang berlaku ialah pembocoran tangki di H13. Pihak Jabatan Keselamatan bercadang untuk mematikan kuasa elektrik kerana ia memberbahaya untuk melakukan kerja pembaikian. Selepas membuat perbincangan bersama, cadangan yang lain adalah untuk mengosongkkan tangki tetapi masalah tersebut dapat di kawal oleh Jabatan Keselamatan dan penggunaan tangki air dapat digunakan seperti biasa Pihak Jabatan Keselamatan menasihatkan kepada Bryn (pemilik lori) untuk tidak menjalankan urusan tanpa melalui pihak pengurusan Pengoperasian bilik gerakan PPBNC di Aras 3 Bangunan Toray
Antara kafe yang beroperasi di Desasiswa Tekun Keadaan di hadapan pintu tangki h13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pulau Pinang
Sekitar jam 9:25 pagi, Encik Tuan Mohd Salman memaklumkan kepada group jawatankuasa krisis air bahawa lori tangki jumbo sedang dalam perjalanan untuk menghantar bekalan air ke M11 Dalam masa yang sama, maklumat yang diperolehi ialah di beberapa tempat di kawasan Pulau Pinang telah pulih sepenuhnya. Berikut adalah status pemulihan terkini mengikut daerah : SPU = 100% SPT = 90% SPS = 40% DTL = Fasa Pemulihan DBD = Fasa Pemulihan *sumber dari PBA Bukan pihak dalaman kampus induk sahaja yang bertungkus lumus membantu memberikan bekalan air kepada warga kampus tetapi pihak luar jugak turut hadir memberi bantuan agar warga kampus yang terjejas ekoran krisis air dapat menggunakan air yang secukupnya. Sekitar jam 11:30 pagi, YB Tuan Joshua Woo Sze Zeng merupakan ADUN Pulau Tikus hadir untuk memberi bantuan air kepada warga kampus induk. Pihak USM induk amat berbesar hati menerima bantuan yang diberikan oleh YB, ini dapat meringan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi 11 JANUARI 2024 ( HARI KEDUA KETIADAAN AIR DI KAMPUS INDUK)
Encik Tuan Mohd Salman memaklumkan kepada MPD untuk mewar-warkan kepada kesemua penghuni sekiranya memerlukan bekalan air mineral dan jugak tangki air bergerak. Sekiranya penghuni memerlukan mereka boleh maklumkan kepada wakil MPD dan akan diuruskan waktu penghantaran Status keadaan bekalan air di USM Kejuruteraan hampir pulih Cadangan awal yang dicadangkan oleh Encik Tuan Mohd Salman tentang penggunaan air di masjid pada hari jumaat ialah, beliau mencadangkan 2 tangki air plastik berwarna hitam, 4 tangki air aluminium, 1 lori tangki air bergerak yang akan parking di kawasan masjid. Para jemaah yang menghadiri masjid untuk solat jumaat dibenarkan menggunakan air yang telah dibekalkan seperti yang dimaklumkan Majoriti pada hari kedua kesemua lokasi yang tidak mempunyai air telah mendapat bekalan air yang mencukupi untuk digunakan Sumber maklumat dari PBA pada hari kedua krisis air
Laporan pihak Jabatan Keselamatan dari gambaran CCTV, sebuah lori tangki air telah sampai di M11 dan akan di usahakan untuk salur air keF12 YB Tuan Joshua Woo Sze Zeng dan beberapa jawatankuasa air membantu mengisi air ke dalam tangki air plastik yang bewarna hitam Gambaran atas menunjukkan lori tangki air bergerak sampai di lokasi M05 manakala gambar bawah ialah proses mengepam air ke dalam tangki air M05 Encik Prabu (Pegawai Keselamatan) mengarahkan untuk menutup laluan kawasan parking M05 kerana lori tangki air akan masuk lagi sekali untuk mengisi air ke dalam tangki M05
Lori tangki jumbo jugak sedang dalam perjalanan dari Sungai Dua untuk dihantar ke kampus induk Bekalan air yang disalurkan pada hari Khamis tidak mencukupi untuk blok M05, Oleh itu satu lori tangki air dari PBA sekali lagi sampai untuk mengisi air ke dalam tangki blok M05 pada hari Jumaat Encik Tuan Mohd Salman memaklumkan bahawa air di Pusat Islam sudah beransur pulih. Tangki bergerak tidak diperlukan buat masa ini, bekalan air yang sudah disediakan mencukupi untuk digunakan oleh jemaah yang hadir solat Jumaat Satu lagi kebocoran telah dikesan oleh PBAPP di saluran paip bawah air Sungai Perai Pihak PBAPP sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran untuk memeriksa sama ada ia berada di bahagian yang sama yang telah dibaiki semalam 12 JANUARI 2024 (HARI KETIGA KETIADAAN AIR DI KAMPUS INDUK)
Pengepaman air melalui saluran paip masih diteruskan oleh PBAPP walaupun berlaku kebocoran Pengguna pemulihan tahap 2 diminta untuk menyimpan air untuk kegunaan Saluran paip mungkin akan ditutup sementara waktu untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan kecemasan. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih dalam siasatan, PBAPP akan memaklumkan semula apabila mempunyai maklumat dan data yang tepat Di kampus kejuruteraan semua tangki suction sudah menerima air dari bekalan PBA seperti sediakala, tangki-tangki domestik dan tandas-tandas blok desasiswa semua telah ada bekalan air Sistem penghawa dingin secara berpusat (cooling tower dan chiller) masih tidak dapat digunakan sepenuhnya Bilik gerakan masih menunggu penggesahan dari PBA kerana, kerja pembaikan masih diteruskan terutamanya di tahap 2 & 3 di Barat Daya (USM) Daerah barat daya terkesan kerana mempunyai masalah paip di dasar sungai prai mengamali kebocoran yang berulang seperti sebelum ini Diramalkan mungkin akan berlaku putus bekalan sekali lagi apabila pihak PBA menyambung paip baru Sebelum ini sudah 2 kali method saddle/ clamping dijalankan, tetapi masih lagi gagal Oleh itu, PBA hendak melakukan inisiatif yang lain seperti bypass, dengan cara ini bekalan air mungkin akan diberhentikan semula Bilik gerakan PPBNC dan jawatankuasa krisis air bersiap sedia sekiranya berlaku putus bekalan lagi
Salah satu paip air yang sudah mempunyai air 1 tangki lori air PBA tiba di M05 untuk pengisian air ke dalam tangki blok M05 Kesemua tangki utama USM telah diisi semula, ini bermaksud semua supply dari PBA telah masuk bagi semua meter di USM Sumber meter air dari USM Kejuruteraan Sumber meter air dari JPPF USM Induk
Keadaan hari keempat di dalam kampus sudah kembali terkawal Keadaan keluar masuk ke dalam kampus jugak dalam keadaan terkawal Kesemua tangki utama sudah disalurkan air yang mencukupi Bilik gerakkan hanya menunggu maklumat pengesahan tentang status air barat daya (USM)
Bilik gerakkan menggeluarkan kenyataan tentang persoalan yang diajukan oleh warga USM. Antara persoalan yang menjadi tanda tanya ialah : 1. Adakah arahan bekerja dari rumah (WFH) terbatal? - Hebahan sebelum ini masih terpakai sehingga 19 Januari 2024 dan tertakluk kepada 3 situasi seperti di bawah atas penilaian/pertimbangan Ketua PTJ :- (i) Jika rumah saya masih tiada bekalan air tetapi di USM bekalan air telah pulih sepenuhnya, bolehkah saya WFH lagi? - Boleh meneruskan WFH (dalam tempoh ketiadaan bekalan air di rumah). (ii) Jika USM masih tiada bekalan air namun di rumah saya bekalan air telah pulih sepenuhnya? - Perlu kekal WFH (iii) Jika bekalan air di rumah dan di USM telah pulih seperti biasa? - Perlu hadir bertugas seperti biasa di pejabat. 2. Adakah Kafeteria dalam kampus masih beroperasi atau masih kekal tutup? - Bermula 15 Januari 2024 semua Kafeteria beroperasi seperti biasa
3) Adakah kuliah dijalankan secara dalam talian walaupun bekalan air masih ada? - Tiada kewajipan untuk Pembelajaran & Pembelajaran secara dalam talian khususnya bagi kuliah yang melibatkan amali/ makmal/ studio/ kerja lapangan. Namun kaedah pengajaran & Pembelajaran dalam tempoh ini bergantung kepada perancangan dari pihak Pusat Pengajian/ PTJ terlibat. 4) Adakah Program Pelajar boleh berjalan seperti biasa? - Jika keadaan pulih dan bekalan air ada seperti biasa, program pelajar berjalan seperti sediakala. Jika bekalan air di kampus USM masih tiada, program fizikal disarankan untuk ditangguhkan sehingga bekalan air ada. Sumber : Kelulusan JKPU Khas USM bersama Hebahan dari Jabatan Pendaftar dan Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa PINTU USM 10.1.2024 1500-1800 11.1.2024 1500-1800 12.1.2024 0700-1900 13.1.2024 1500-1700 STADIUM Masuk 251 242 625 128 Keluar 350 322 615 151 SG. DUA Masuk 296 275 774 150 Keluar 210 272 481 72 BATU UBAN Masuk 119 80 347 68 Keluar 152 70 251 44 RST Masuk 90 100 173 85 Keluar 101 115 183 79 MINDEN Masuk 77 63 174 0 Keluar 40 44 82 0 JUMLAH Masuk 833 760 2093 431 Keluar 853 823 1612 347 JUMLAH KESELURUHAN 1686 1583 3705 778 STATISTIK KENDERAAN KELUAR MASUK KAMPUS INDUK USM
Bilik gerakkan telah mendapat pengesahan maklumat daripada pihak PBAPP Bekalan air sudah kembali seperti biasa mengikut kenyataan rasmi yang dikeluarkan PBAPP Bilik gerakkan pengurusan krisis air USM mengeluarkan hebahan kepada semua warga USM tentang bekalan air kembali stabil Hebahan berkaitan Bekerja Dari Rumah (WFH) dan Pembelajaran Secara Dalam Talian (ONLINE) masih terpakai sehingga 19 Januari 2024 Penggunaan sistem penghawa dingin secara berpusat (cooling tower dan chiller) dapat digunakan seperti biasa Sumber dari PBAPP SELEPAS 14 JANUARI 2024 (BEKALAN AIR KEMBALI NORMAL)
Setelah hampir dua minggu membuat persiapan untuk menghadapi krisis air, akhirnya isu ini berakhir jugak pada 14 Januari 2024. Seluruh warga USM yang berada di dalam kampus telah mendapat bekalan air yang mencukupi. Pihak Bilik Gerakan Pusat Pengurusan Bencana Nerve Center ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PTJ yang terlibat kerana sanggup menggorbankan masa dan tenaga demi membantu dalam krisis air di dalam kampus. Mereka jugak bertungkus lumus bersama dengan bilik gerakan mencari inisiatif menghadapi krisis air, mengeluarkan poster hebahan dan sebagainya. Tanpa mereka warga USM mungkin tidak mendapat bekalan air yang mencukupi. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi seperti tidak cukup bekalan air kepada desasiswa, mereka tetap mencari cara agar kesemua desa mendapat bekalan air. Tidak lupa jugak kepada NGO yang turut memberi bantuan kepada kampus induk. Sesunggguhnya pihak USM amat berterima kasih atas sumbangan sekurangnya dapat membantu bebanan dalam menghadapi krisis ini. Sumbangan ini membuktikan masyarakat luar begitu cakna dan prihatin membantu warga USM yang telah terkesan. Pihak bilik gerakan akan membuat penilaian semula dan lebih dalam membuat persiapan sekiranya krisis air ini terjadi lagi pada masa hadapan. . PENUTUP
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PTJ YANG TERLIBAT : NAIB CANCELOR USM PUSAT PENGURUSAN BENCANA (NERVE CENTER) TNC AKADEMIK TNC BJIM TNC HEPA PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI JABATAN KESELAMATAN MAJLIS PENGGAWA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAJLIS PERWAKILAN DESASISWA JABATAN PENDAFTAR SUMBANGAN LUAR : PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG YB TUAN JOSHUA WOO SZE ZENG (ADUN PULAU TIKUS) NGO BADAN PENDIDIKAN PULAU PINANG