The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nina seorang anak tunggal yang tinggal bersama kedua ibu dan bapanya iaitu Encik Nizam dan Puan Siti. Nina mempunyai sifat suka berangan tidak kira dimana saja dia berada. Sifat suka berangannya itu ditegur oleh ibunya dan bapanya kerana Nina tidak peduli akan keadaan sekelilingnya apabila berangan dan Nina juga menjadi seorang yang pemalas. Akan tetapi, Nina tidak peduli akan teguran dan nasihat ibu bapanya sehingga satu kejadian yang membuat Nina berubah. Setelah kejadian itu Nina telah berubah dimana dia tidak lagi berangan dan sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya dan menjadi semakin rajin.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beatricehasmine, 2023-11-28 23:01:24

Nina Yang Suka Berangan-angan

Nina seorang anak tunggal yang tinggal bersama kedua ibu dan bapanya iaitu Encik Nizam dan Puan Siti. Nina mempunyai sifat suka berangan tidak kira dimana saja dia berada. Sifat suka berangannya itu ditegur oleh ibunya dan bapanya kerana Nina tidak peduli akan keadaan sekelilingnya apabila berangan dan Nina juga menjadi seorang yang pemalas. Akan tetapi, Nina tidak peduli akan teguran dan nasihat ibu bapanya sehingga satu kejadian yang membuat Nina berubah. Setelah kejadian itu Nina telah berubah dimana dia tidak lagi berangan dan sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya dan menjadi semakin rajin.

NINA YANG SUKA BERANGANANGAN NINA YANG SUKA BERANGANANGAN Beatrice Hasmine 277052 Buku Cerita Kanak-kanak


Nina merupakan anak tunggal yang tinggal bersama kedua orang ibu dan bapanya. Nina sering menghabiskan masa dengan menonton televisyen di rumah. Oleh itu, Nina selalu berangan watak yang dilihatnya di televisyen adalah dirinya. 1


Suatu hari, Nina berangan-angan bahawa dia adalah seorang Puteri yang tinggal di istana. Nina memakai gaun yang cantik dan bersikap seperti seorang Puteri. Apabila ibunya meminta tolong, Nina tidak mau menolong ibunya. “Nina, tolong ibu menyiram pokok bunga depan rumah tu” “Tak nak, Nina ni Puteri nanti habis basah gaun Nina ni yang cantik ini” Ibunya menggeleng kepala melihat sikap anaknya itu. 2


Nina pergi ke ruang tamu sambil bermain dengan permainannya. Setelah bermain, Nina tidak menyimpan permainannya. Dia membiarkan permainannya bersepah. Nina menjadi malas kerana dia berasa dirinya seorang Puteri. Nina tahu nanti ibunya akan menyimpan mainannya itu nanti. 3


Esok harinya, Nina menonton cerita seorang pramugari. Nina berasa tertarik lalu meminta ayahnya membelikan baju seperti pramugari tersebut “Ayah, boleh tak belikan Nina baju macam yang di televisyen tu? Nina nak jadi pramugari yang cantik.” “Kalau kamu mahu jadi pramugari, kamu kena rajin belajar supaya boleh berjaya dan jadi pramugari. Jangan suka berangan saja” Nina merajuk selepas mendengar ayahnya. 4


Nina mengadu kepada ibunya, tetapi ibunya menyokong apa yang dikatakan oleh ayah Nina. “Ishhh ibu pun sama macam ayah” Nina marah lalu masuk ke biliknya. Ibu dan ayahnya membiarkan saja Nina. Mereka tidak mahu mengikut kehendak Nina. 5


Pada suatu hari, Puan Siti menyuruh Nina untuk pergi ke kedai untuk membeli telur. “Nina, bolehkah kamu menolong ibu membeli telur di kedai? “Boleh ibu, tapi Nina nak aiskrim juga” “Baiklah, nah duit untuk membeli telur dan aiskrim, hati-hati Nina jangan berangan tau” pesan ibu kepada Nina. 6


Di jalan, Nina teringat cerita seorang Puteri yang tinggal di taman bunga yang sangat luas dan cantik. Nina mula berangan-angan bahawa dia sedang berjalan di taman yang penuh dengan bunga. Nina berjalan sambil menutup mata. Tanpa Nina sedar dia semakin berjalan ke tengah jalan raya. Sebuah kereta yang laju semakin menghampiri Nina. 7


Orang di sekeliling Nina menjerit kerana melihat Nina tidak menyedari kehadiran kereta tersebut. “Adik, ketepi !! Ada kereta di hadapan kamu !! Nina tersedar lalu menjerit kerana terkejut. Seorang perempuan menarik tangan Nina ke tepi jalan. 8


“Adik jangan risau, adik selamat” kata perempuan itu. Nina menangis kerana terkejut. Perempuan itu memeluk Nina supaya Nina merasa lebih baik. “Terima kasih kak kerana menyelamatkan saya, saya berangan-angan tadi sebab tu saya tak sedar saya makin ke tengah jalan” kata Nina. “Lain kali jangan berangan tau, bahaya. Tengok tadi adik hampir kena langgar sebab berangan. Mari kakak hantar adik balik” 9


Apabila sampai dirumah, Puan Siti terkejut melihat Nina menangis bersama seorang perempuan lalu memanggil suaminya. Nina menceritakan kejadian yang berlaku tadi. Puan Siti memeluk Nina dengan erat. Dia bersyukur kerana Nina selamat. Puan Siti dan Encik Nizam mengucapkan terima kasih kepada perempuan yang menyelamatkan Nina. Selepas kejadian tersebut, Nina tidak lagi berangan-angan dan menjadi seorang yang rajin. 10


Kita haruslah mendengar nasihat ibu bapa kita. Kita juga seharusnya berusaha untuk mencapai apa yang kita mahu. Berangan sahaja tidak cukup dan boleh merugikan diri sendiri. Kita seharusnya menjadikan anganangan sebagai semangat supaya angan-angan kita menjadi kenyataan. Pengajaran


Nina seorang anak tunggal yang tinggal bersama kedua ibu dan bapanya iaitu Encik Nizam dan Puan Siti. Nina mempunyai sifat suka berangan tidak kira dimana saja dia berada. Sifat suka berangannya itu ditegur oleh ibunya dan bapanya kerana Nina tidak peduli akan keadaan sekelilingnya apabila berangan dan Nina juga menjadi seorang yang pemalas. Akan tetapi, Nina tidak peduli akan teguran dan nasihat ibu bapanya sehingga satu kejadian yang membuat Nina berubah. Setelah kejadian itu Nina telah berubah dimana dia tidak lagi berangan dan sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya dan menjadi semakin rajin. Sinopsis


Click to View FlipBook Version