SEPATAH KATA
Bismillahirrahmannirrahim
Alhamdullilah, Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya e-Bulletin IKM Kuching telah dapat
diterbitkan pada kali ini. Bulletin ini akan dijadikan bulletin rasmi IKM Kuching serta menjadi bahan
bacaan umum kepada semua masyarakat tidak mengira bangsa atau agama.
Dengan adanya siri terbitan bulletin seperti ini, ianya akan menjadi satu wadah untuk IKM Kuching
menghebahkan serta mendokumentasikan semua bentuk program & aktiviti yang dijalankan
sepanjang tahun 2019. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Media serta seluruh warga kerja IKM
Kuching yang terlibat secara langsung didalam menyalurkan maklumat untuk dimuatkan didalam
bulletin pada kali ini.
Akhir kata daripada saya agar semua pembaca akan mendapat satu manfaat serta maklumat terkini
melalui e-Bulletin yang telah diterbitkan.
Selamat Maju Jaya & Salam Satu MARA
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
Zamzuri Bin Zainal Abidin
KETUA EDITOR
Noor Kasemawati Binti Uthman
PENOLONG KETUA EDITOR
Khaironisa Binti Bujang
JURUFOTO
Official Media IKMK
AHLI JAWATANKUASA
Team Pusat Sumber & Media
SERAHAN TUGAS
KEPADA PENGARAH
BARU IKM KUCHING
5 Ogos 2019.
Majlis serahan tugas daripada En.Wan Jazlan Zuhairi
Bin Ghazali (TPHEA) kepada Pengarah baru
IKM Kuching , En.Zamzuri Bin Zainal Abidin pada
5 Ogos 2019.
Tahniah dan syabas diatas perlantikan dari kami,
wargakerja IKM Kuching..
ENGAGEMENT PENGARAH
BERSAMA WARGA KERJA
IKM KUCHING
7 Ogos 2019
Engagement Pengarah bersama wargakerja
IKM Kuching bertempat di Auditorium.
Penyampaian amanat pertama pengarah untuk
warga kerja bersama memajukan produktiviti
serta mutu perkhidmatan..
ENGAGEMENT PENGARAH
BERSAMA PELAJAR
IKM KUCHING
9 Ogos 2019
Engagement Pengarah bersama
pelajar IKM Kuching bertempat di
Auditorium. Penyampaian amanat
pertama pengarah untuk pelajar
dan memberikan kata-kata
dorongan serta nasihat yang
berguna untuk semua pelajar.
PROGRAM IBADAH
QURBAN & AQIQAH DI
SURAU ASY-SYAKIRIN
13 Ogos 2019
PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH
1440H
Menjalankan program bersama warga
kerja serta pelajar bertempat di surau Asy-
Syakirin sempena Program Ibadah Qurban
& Aqiqah
LAWATAN SEKOLAH
DARI SMK.TINJAR
BARAM, MIRI, SARAWAK
14 Ogos 2019
Lawatan sekolah SMK Tinjar Baram ke
IKM Kuching untuk memberikan
pendedahan kepada para pelajar
berkenaan program yang ditawarkan.
LAWATAN SEKOLAH
DARI SMK.PUSA,
SARAWAK
16 Ogos 2019
Lawatan dari SMK Pusa ke IKM Kuching
untuk memberikan pendedahan kepada
para pelajar SMK PUSA berkenaan
program yang ditawarkan.
LAWATAN KERJA
DARI PETRONAS
MALAYSIA
28 Ogos 2019
Lawatan dan taklimat dari IKM Kuching kepada Pegawai
PETRONAS yang hadir ke IKM Kuching untuk melihat
dan menilai bentuk kerjasama yang dapat dilakukan
antara PETRONAS dan IKM Kuching.
Sama-sama kita doakan agar kerjasama yang baik dapat
dilaksanakan untuk manfaat dan kebaikan pelajar IKM
Kuching.
LAYAR CYCLING
CARNIVAL 2019
1 September 2019
IKM Kuching telah menghantar penyertaan Layar
Cycling Carnival 2019. Berikut adalah keputusan yang
telah diperolehi secara rasmi:
Raya Othman
Men Open - 10th Placing
Sarawak Close - 3rd Placing
Criterium - 4th Placing
Tahniah..
.
KEJOHANAN BOLA SEPAK
PIALA PMN SARAWAK
2019
21 September 2019
IKM Kuching dinobatkan sebagai juara sulung
Kejohanan Bola Sepak Piala PMN Sarawak 2019.
Pada perlawanan akhir IKM Kuching telah
menewaskan Juara SUMASA 2018, Pejabat MARA
Negeri Sarawak dengan jaringan 2-0.
TAHNIAH
keranan telah mengharumkan nama IKM Kuching
KEJOHANAN TENPIN BOLING
PIALA PENGARAH MARA
NEGERI SARAWAK 2019
22 September 2019
.
Pencapaian Pasukan Tenpin Boling IKM Kuching juga
tidak mengecewakan. Keputusan adalah seperti
berikut.
Berpasukan Lelaki: Ketiga
Berpasukan Wanita: Naib Johan
Kategori VIP: Naib Johan (Zamzuri Zainal Abidin)
Keseluruhan Allrounder: Naib Johan
Tahniah kerana mengharumkan nama IKM Kuching!
KUNJUNGAN HORMAT
KE KEM ASKAR
WATANIAH, KUCHING
30 September 2019
.
Rombongan IKM Kuching diketuai oleh Timbalan
Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal
Pelajar ke Kem Askar Wataniah bersama-sama
dengan Penyelaras Ko-Kurikulum IKM Kuching
bagi melihat usahasama aktiviti yang boleh
dijalankan bersama-sama pelajar IKM Kuching.
.
Sudah pasti lawatan ini memberi manfaat kepada
pembangunan pelajar!
PELANCARAN BULAN
KAUNSELING PSIKOLOGI
MARA 2019
8 Oktober 2019
Tahniah kepada En Mohd Shahrul
Kamaruddin (Kaunselor IKM Kuching)
kerana dinobatkan sebagai Kaunselor
terbaik MARA sempena Pelancaran Bulan
Kaunseling Psikologi MARA 2019
.
Tahniah kerana mengharumkan nama IKM
Kuching
CERAMAH KERJAYA
12 Oktober 2019
Satu ceramah kerjaya telah disampaikan
oleh Kaunselor IKM Kuching, En Mohd
Shahrul Bin Kamaruddin. Ceramah ini
memberi informasi kepada pelajar-pelajar
SMK Tun Abg Haji Openg tentang laluan
kerjaya mereka selepas tamat tingkatan 5
kelak.
.
Ceramah berlangsung di Dewan Utama
SMK Tun Abg Hj Openg Kuching
KURSUS
AUTOMOTIF
HYBRID VEHICLE
14-17 Oktober 2019
IKM Kuching melalui Jabatan Automotif
menganjurkan Kursus Hybrid Vehicle
bagi tenaga Pengajar Institut Latihan
Perindustrian (ILP) seluruh borneo.
Kursus tersebut telah dianjurkan oleh
pensyarah jabatan automotif IKM
Kuching selama 4 hari..
KURSUS SEMBURAN
2K SAMURAI PAINT
24 Oktober 2019
Kursus 2K SAMURAI PAINT di Program Sijil Tek.
Baik Pulih Badan Kenderaan bersama pensyarah
serta para pelajar didalam mempelajari teknik-
teknik terkini menggunakan Samurai Paint 2K.
Pendedahan dibuat khasnya untuk para pelajar
program STB memperoleh kemahiran semburan
yang baik.
Well done…
PENYERAHAN BAJU
PASUKAN PETANQUE
IKM KUCHING
24 Oktober 2019
Simbolik penyerahan Baju Pasukan Petanque IKM
Kuching oleh Pengarah IKM Kuching Zamzuri Bin
Zainal Abidin kepada Penyelaras Sukan Mohamad
Amrie Bin Hanapi sempena menyertai Kejohanan
Petanque Beregu Terbuka Kuching dan Jemputan
Antarabangsa 2019 (siri Ke 12) bertempat di Pusat
Petanque Sarawak Santubong pada 26 dan 27
Oktober 2019.
MAJLIS PERSARAAN
WARGA KERJA IKM
25 Oktober 2019
Majlis Persaraan Encik Ahmad Fauzi Bin Ahmad
Dahalan dan juga sumbangan kepada warga
kerja IKM Kuching
"Sulaman Kasih Junjungan Budi"
Terima kasih atas khidmat bakti sepanjang
bertugas di IKM Kuching
PERLAWANAN
PERSAHABATAN
PETANQUE
25 Oktober 2019
Perlawanan persahabatan diantara
warga IKM Kuching dengan warga
kerja Jabatan Pendidikan bertempat di
padang petanque IKM
Semoga berjaya IKM Kuching
KEJOHANAN
FUTSAL 2019
26 Oktober 2019
IKM Kuching telah menghantar 2
pasukan untuk menyertai Pertandingan
Futsal sempena Bulan Sukan Negara
2019 peringkat MARA Negeri Sarawak.
IKM Kuching A - Ke-4
IKM Kuching B - Ke-3
.
Tahniah semua!
HARI SUKAN
NEGARA 2019
28 Oktober 2019
Majlis Penutup Bulan Sukan Negara
Peringkat MARA Negeri Sarawak telah
disempurnakan oleh Pengarah MARA
Negeri Sarawak, Dr Azmi bin Amat Murjan
yang dihadiri oleh Pengawal Pusat IKM
Kuching, MRSM Kuching,
GIAT MARA dan Rural Capital Berhad.
.
Tahniah kepada semua yang terlibat
menjayakan Bulan Sukan Negara Peringkat
MARA Negeri Sarawak
KUNJUNGAN
HORMAT KE
KPLB, SARAWAK
29 Oktober 2019
Kunjungan Hormat Pengarah
IKM Kuching Ke Kementerian
Pembangunan Luar Bandar
Cawangan (KPLB) Sarawak
membincangkan urusan-urusan
berkaitan dengan pembelajaran
teknikal & vokasional.
PERHIMPUNAN
BULANAN WARGA
KERJA IKM KUCHING
30 OKT 2019
Semoga dengan adanya perjumpaan ini
mengeratkan lagi hubungan antara pihak
pengurusan dengan pensyarah IKM Kuching.
Selamat maju jaya semua warga IKM Kuching..
CORPORATE
SOCIAL
RESPONSIBILITY
31 Oktober 2019
Gotong Royong membersih dan mengemas
Masjid Al-Firdaus Kampung Tunku, Petra
jaya. Seramai 39 pelajar dan 4 tenaga
pengajar dari Program Sijil Teknologi
Baikpulih Badan Kenderaan (STB) terlibat
dalam Program CSR ini.
KUNJUNGAN HORMAT
KE CENTEXS,
SARAWAK
31 Oktober 2019
Pengarah bersama Ahli Pengurusan IKM
Kuching telah membuat Kunjungan Hormat
kepada Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS
(Centre of Technical Excellence) di Kuching.
Semoga hasil kerjasama yang dibincangkan,
memberi manfaat kepada graduan IKM
Kuching kelak.
CORPORATE
SOCIAL
RESPONSIBILITY
5 November2019
Kerja-kerja menggantikan lampu jalan yang
lama dengan lampu jalan LED menggunakan
kuasa solar oleh pelajar Program Sijil
Kejuruteraan Elektrik Kuasa.
Terima kasih kerana membantu.
CORPORATE
SOCIAL
RESPONSIBILITY
7 NOVEMBER 2019
Jabatan Mekanikal IKM Kuching telah
mengadakan aktiviti di Kampung Mang,
Kota Samarahan.
Seramai 40 orang pelajar dan 7 pengajar
daripada Program Sijil Teknologi
Kejuruteraan Marin (SMM) telah terlibat.
KUNJUNGAN
HORMAT KE
JTK SARAWAK
8 NOVEMBER 2019
Pengarah bersama Ahli Pengurusan IKM
Kuching telah membuat Kunjungan Hormat
kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak.
Semoga hasil kerjasama yang dibincangkan
memberi manfaat kepada graduan IKM
Kuching kelak.
MAULIDUR RASUL
1441H/2019M
9 November 2019
IKM Kuching bersama-sama MARA Negeri
Sarawak, MRSM Kuching, GIAT MARA Sarawak
dan Rural Capital Berhad telah membentuk 1
kontigen MARA Sarawak sempena perarakan
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri
Sarawak.
.
#UMMAH GEMILANG
PROGRAM
INTEGRITY HOUR
@ MARA
12 November 2019
Berlangsung di Auditorium bersama
warga kerja IKM Kuching. Bersama kita
membasmi dan menjauhi “RASUAH”..
#MARAbebasrasuah
SESI
TEMUDUGA
PENSYARAH
BARU 2019
13-14 NOVEMBER 2019
SESI PENGAMBILAN PENSYARAH BARU
Satu sesi temuduga telah diadakan di
Institut Kemahiran MARA Kuching.
Temuduga dijalan bagi pengambilan
pensyarah Jabatan Automotif, Jabatan
Elektrikal dan Jabatan Mekanikal.
ANUGERAH KOLABORASI
AKPK 2018/2019
14 November 2019
Tahniah …
Encik Mohd Shahrul Bin Kamaruddin (Kaunselor IKM
Kuching) diatas penganugerahan
ANUGERAH KOLABORASI AKPK 2018/2019 di
Kuala Lumpur.
Semoga terus kekal berjaya
PROGRAM
TOUCH POINT
11-14 NOVEMBER 2019
KURSUS "SINGLE BED FABRICATION"
"PROGRAM TOUCH POINT IKM
KUCHING"
Seramai 20 peserta telah berjaya
menamatkan Kursus Single Bed
Fabrication di IKM Kuching.
Semoga ilmu yang diperolehi akan
dimanfaatkan sepenuhnya pada masa
akan datang.
TAKLIMAT
JABATAN TENAGA KERJA
(JTK) SARAWAK
15 NOVEMBER 2019
Taklimat daripada Wakil Jabatan Tenaga Kerja
(JTK) berkenaan Akta Buruh dan Pendaftaran
Jobs Malaysia di IKM Kuching kepada pelajar
Semester Akhir yang bakal nemempuh alam
pekerjaan.
Semoga segala maklumat yang dikongsi oleh
pihak JTK akan dimanfaatkan sepenuhnya
PERHIMPUNAN AKHIR
SEMESTER 2019
15 NOVEMBER 2019
Perhimpunan Akhir Semester (Sesi Julai -
Disember 2019) bertempat di Auditorium
Datuk Nam Bin Marthinin bersama semua
pelajar IKM Kuching .
KUMPULAN PETANQUE IKM KUCHING
16 November 2019
Alhamdulillah dan Tahniah Kumpulan Petanque Institut
Kemahiran MARA Kuching telah menjadi Johan keseluruhan.
Terima Kasih pihak penganjur Sk Petra Jaya dan pengurusan
IKMK diatas segalanya..
OFFLINE E-SPORT
TOURNAMENT PUBGM
2019
17 November 2019
Bersama Team SH1ELDTOX IKM KUCHING ke Offline
Tournament PUBGM di Kpg Segedup.
Untuk makluman, penyertaan ini adalah untuk Persiapan
dan persediaan Team IKM KUCHING yang mewakili negeri
sarawak menghadapi pusingan akhir celcom xpax
Kejohanan E-sukan Kampus pada 22-24 November 2019 di
The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
ANUGERAH “TANGAN EMAS” PERDANA
MENTERI 2019
19 November 2019
Tahniah kepada para pemenang
WorldSkills Malaysia Belia (WSMB)
2019 dari KKTM, MJII & IKM!
.
TANGAN EMAS :
Juvert Sooi, Ikm Kota Kinabalu,
Bidang Car Painting
GANGSA :
Amir bin Mohd Nur, My IKM Kuching,
Bidang Bricklaying
SUMBANGAN
KERETA DARI
PERODUA
21 November 2019
SUMBANGAN KERETA BAGI TUJUAN LATIHAN
OLEH PERODUA
Institut Kemahiran MARA Kuching telah menerima sumbangan
berbentuk sebuah kereta Perodua Viva daripada Perodua untuk
tujuan latihan & penyelidikan bagi bidang Automotif di IKM Kuching.
.Pihak pengurusan IKM Kuching mengucapkan jutaan terima kasih
diatas sumbangan. Semoga dengan sumbangan ini, dapat menjana
sistem pembelajaran yang lebih efektif pada masa akan datang
RAKAMAN
SEGMEN
“KUPPA KUPPI”
TV1
22 November 2019
Rakaman Segmen KUPPA KUPPI TV1
bersama Kaunselor IKM Kuching, Encik
Mohd Shahrul Bin Kamaruddin di Stesen
RTM Kuching Sarawak. Segmen pada kali
ini membincangkan Tajuk Pemerkasaan
Program Rawatan dan Pemulihan Dalam
Belia, Masyarakat dan Komuniti.
WORLD SKILLS
MALAYSIA BELIA
(WSMB) 2019
.
WSMB 2019 Peringkat Akhir, bidang Automotive Technology
daripada KKTM, MJII & IKM menampilkan peserta tunggal,
Saudara Mohammad Nizam bin Srani, pelajar dari My IKM
Kuching sedang berjuang ketika ini di CIAST, Shah Alam untuk
membawa pulang pingat EMAS!
.
Bidang Bricklaying diwakili oleh pelajar Kolej Kemahiran
Tinggi MARA Pasir Mas, Saudara Muhammad Fareez Aiman
bin Zainal Abidin dan Saudara Amir bin Mohd Nur daripada
My IKM Kuching di dalam WSMB 2019 Peringkat Akhir, yang
sedang berlangsung sehingga 21 Oktober 2019 di ABM
Wilayah Timur, Terengganu.
HARI KELUARGA
IKM KUCHING 2019
30 November 2019
Sambutan Hari Keluarga IKM Kuching 2019
diadakan di Grand Dormani Rajah Court,
Kuching.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti
senamrobik, badut serta cabutan bertuah untuk
menjalinkan ikatan silaturrahim diantara
wargakerja..
SESI TAKLIMAT
BERSAMA UNIVERSITI
TEKNIKAL MALAYSIA
MELAKA (UTEM)
5 DISEMBER 2019
Sesi taklimat bersama wakil Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
untuk Program Sepanjang Hayat
kepada warga kerja IKM Kuching.
KUNJUNGAN HORMAT
KE KEM TENTERA,
PENRISSEN
6 Disember 2019
Kunjungan hormat bersama penyelaras
ko-kurikulum IKM Kuching ke Kem 4
Armor Diraja, Kem Penrissen
Kuching,Sarawak pada 6 Disember 2019.
ITT SUKSAR
(KEJOHANAN SUKAN
SARAWAK 2019)
9 Disember 2019
Tahniah buat pelajar IKM Kuching, Raya
Bin Othman diatas kejayaan memenangi
acara berbasikal , tempat Ke-2 yang
mewakili zon selatan pada Kejohanan
Sukan Sarawak (SUKSAR) 2019
SAMBUTAN HARI
INOVASI & KUALITI
13 Disember 2019
Sambutan bersama wargakerja IKM
Kuching telah mengadakan
Hari Inovasi & Kualiti bertempat
di Auditorium IKM Kuching bersama
penceramah jemputan luar .
PELANCARAN ALUMNI
IKM KUCHING
13 Disember 2019
PANGGILAN UNTUK SEMUA ALUMNI IKM KUCHING.
IKM Kuching telah beroperasi dan menerima pelajar
daripada tahun 1984 sehingga kini. Semua Alumni
IKM Kuching diseru untuk mengisi borang
pengesanan graduan berikut. Ini bertujuan untuk
mengumpul data bekas pelajar IKM bagi membantu
penubuhan ALUMNI IKM KUCHING serta
mendapatkan maklumat berkaitan kisah kejayaan
(Success Story) graduan dari IKM Kuching.
Jom! Kita rapatkan ukhwah Alumni IKM Kuching!
Alumni 1984 - 2018