The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNTUK RUJUKAN PENSYARAH IKM KUCHING SAHAJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by M.NORMAN HAJI MANSOR, 2023-12-06 17:39:28

BUKU PERATURAN AKADEMIK EDISI 4 2019

UNTUK RUJUKAN PENSYARAH IKM KUCHING SAHAJA

MAJLIS AMANAH RAKYAT BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL Edisi4 2019 PERATURAN AKADEMIK KKTM, MJII & IKM


BUKU PERATURAN AKADEMIK KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA Level 20 & 21, MARA Headquarters, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur. Tel: 03-2613 4300


BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Takrif 2 3.0 Tempoh Pengajian 4 4.0 Sesi Akademik 5 5.0 Pendaftaran 7 6.0 Keperluan /Sistem Kredit 12 7.0 Penangguhan Pengajian 19 8.0 Kedudukan Gagal 19 9.0 Kehadiran 20 10.0 Penilaian 21 11.0 Sistem Penilaian 29 12.0 Syarat Penganugerahan 36 13.0 Kecemerlangan Akademik 37 14.0 Pengeluaran Skrol 38 15.0 Gantian Dokumen Persijilan 38 16.0 Peruntukan Am 40 Lampiran 1: Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran 41 Lampiran 2: Borang Pendaftaran Kursus 42 Lampiran 3: Borang Pengguguran Kursus 43 Lampiran 4: Borang Mengulang Kursus 44 Lampiran 5: Borang Semakan Semula 45 Lampiran 6: Contoh Surat Pengesahan Tamat Belajar 46 Lampiran 7: Contoh Surat Peringatan Akademik 47


Lampiran 8: Contoh Surat Akuan Belajar 48 Lampiran 9: Borang Permohonan Penangguhan Pengajian Institusi 49 Lampiran 10: Borang Permohonan Pertukaran Tempat / Program Institusi 51 Lampiran 11: Pengesahan Pelajar KKTM /MJII/ IKM 53 Lampiran 12: Borang Permohonan Skrol / Transkrip Gantian 54


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh BKT. 1.2 Peraturan ini terpakai kepada pengajian sepenuh masa yang membawa kepada penganugerahan sijil dan diploma daripada BKT. 1.3 Peraturan Akademik ini digubal dengan tujuan untuk menyelaras dan mentadbir semua hal-hal akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 1.4 Hanya Senat BKT sahaja yang berhak untuk meminda sebarang peraturan dari semasa ke semasa. 1.5 Peraturan ini hendaklah dibaca bersama Buku Panduan Kokurikulum Edisi 3, Manual Latihan Industri Pindaan 2016, Buku Peraturan Tatatertib Edisi 2, Buku Dasar Pembangunan Kurikulum Program Diploma KKTM, MJII & IKM Edisi 3 2019 dan Dasar Pentaksiran dan Penilaian. Mana-mana peraturan yang bercanggah maka edisi terkini adalah digunapakai.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 2 2.0 TAKRIF “BKT” Bahagian Kemahiran dan Teknikal “IKM” Institut Kemahiran MARA “KKTM” “MJII” Kolej Kemahiran Tinggi MARA MARA-Japan Industrial Institute “Program” Susunan modul yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat pembelajaran bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan. “Program Perdana” Program-program yang ditawarkan secara sepenuh masa merangkumi tempoh pengajian 1 hingga 3 tahun. “Kursus” Mata pelajaran dalam kurikulum program yang mempunyai kod tersendiri. “Ketua Program” Individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program. “Ketua Jabatan” Individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan. “Senat BKT” Jawatankuasa tertinggi peringkat BKT yang bertanggungjawab untuk mengesahkan penilaian dan persijilan. “Senat KKTM, MJII & IKM” Jawatankuasa tertinggi peringkat institusi yang bertanggungjawab dalam hal-hal penilaian dan persijilan. “Jawatankuasa Akademik ” Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 3 “Penasihat Akademik” Individu yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk membimbing dan menasihati pelajar dari aspek akademik dan beliau adalah mentor pelajar tersebut. “Pelajar Kanan” Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) semester di institusi. “SPP” SPP (Seksyen Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penilaian & persijilan di BKT. “UPP” UPP (Unit Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penilaian & persijilan di institusi. “SPPP” Sistem Penilaian Prestasi Pelajar. “Sijil & Diploma” Penganugerahan yang dikeluarkan oleh BKT kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian dan memenuhi syarat bergraduat. “GPA” GPA (Grade Point Average) adalah purata nilai gred yang diperolehi dalam sesuatu semester. “CGPA” CGPA (Cumulative Grade Point Average) adalah purata nilai gred kumulatif yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti. “Kredit” Nilai yang diberikan kepada setiap kursus berdasarkan jam belajar pelajar (Student Learning Time, SLT). “Jumlah Kredit” Jumlah kredit yang diambilkira dalam pengiraan GPA dan CGPA. “Kredit Kira” Kredit yang diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA. “Kredit Dapat” Jumlah kredit yang diperoleh oleh pelajar bagi kursus yang lulus.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 4 “Gred” Tahap pencapaian dalam bentuk abjad bagi kursus yang didaftarkan “Mata” Nilai yang diberikan mengikut gred. “Nilai” Hasil darab mata dan kredit kira “Penyata Pencapaian” Keptusan pencapaian akademik bagi setiap semester “Institusi” KKTM,MJII & IKM 3.0 TEMPOH PENGAJIAN 3.1 Tempoh pengajian program perdana sepenuh masa adalah di antara 1 hingga 3 tahun mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi program berkenaan. 3.2 Tempoh maksimum pengajian adalah seperti JADUAL 1. JADUAL 1: TEMPOH MAKSIMUM PENGAJIAN TEMPOH PENGAJIAN MAKSIMUM 1 Tahun 3 Tahun 1.5 Tahun 3.5 Tahun 2 Tahun 4 Tahun 2.5 Tahun 4.5 Tahun 3 Tahun 5 Tahun


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 5 4.0 SESI AKADEMIK Sesi akademik Program Diploma & Sijil dibahagikan kepada dua sesi pengajian utama: a. Sesi akademik 18 minggu b. Sesi akademik 16 minggu Pembahagian aktiviti mengikut minggu bagi setiap sesi adalah seperti di JADUAL 2 dan JADUAL 3. JADUAL 2 : SESI AKADEMIK 18 MINGGU (SETAHUN) SESI 1 AKTIVITI MINGGU BILANGAN MINGGU Pembelajaran / Penilaian 1 – 10 10 Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 11 1 Pembelajaran/Penilaian 12 – 19 8 Minggu Ulangkaji 20 1 Peperiksaan Akhir 21 – 23 3 Cuti Semester 24 – 26 3 SESI 2 Pembelajaran / Penilaian 27 - 36 10 Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 37 1 Pembelajaran/Penilaian 38 - 45 8 Minggu Ulangkaji 46 1 Peperiksaan Akhir 47 – 49 3 Cuti Semester 50 – 52 3 JUMLAH 52


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 6 JADUAL 3 : SESI AKADEMIK 16 MINGGU (SETAHUN) SESI 1 AKTIVITI MINGGU BILANGAN MINGGU Pembelajaran / Penilaian 1 – 10 10 Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 11 1 Pembelajaran/Penilaian 12-17 6 Minggu Ulangkaji 18 1 Peperiksaan Akhir 19 – 20 2 Cuti Semester 21 – 22 2 SESI 2 Pembelajaran / Penilaian 23 – 32 10 Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 33 1 Pembelajaran/Penilaian 34-39 6 Minggu Ulangkaji 40 1 Peperiksaan Akhir 41 – 42 2 Cuti Semester 43 – 44 2 SEMESTER PENDEK Pembelajaran / Penilaian 45 - 50 6 Peperiksaan Akhir 51 1 Cuti Semester 52 1 JUMLAH 52


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 7 5.0 PENDAFTARAN 5.1 Pendaftaran Program 5.1.1 Pendaftaran program adalah diwajibkan kepada semua pelajar pada setiap awal semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi. 5.1.2 Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester sehingga tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang dibenarkan. 5.1.3 Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda. (Rujuk Lampiran 1 : Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 5.1.4 Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib. 5.1.5 Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian / digantung pengajian WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester berikutnya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh institusi.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 8 5.2 Pendaftaran Kursus 5.2.1 Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus yang ditawarkan pada awal semester setiap sesi pengajian. 5.2.2 Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama mengikut tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak institusi dengan kelulusan Ketua Jabatan/ Program. 5.2.3 Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Akademik. (Rujuk Lampiran 1 : Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 5.2.4 Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelum dibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan. (Rujuk Lampiran 1 : Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 5.2.5 Bagi mana-mana kursus yang mempunyai prasyarat, pelajar perlu lulus kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya KECUALI bagi pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan Industri yang masih


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 9 mempunyai kursus tertunggak tertakluk kelulusan Jawatankuasa Akademik. . 5.2.6 Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai kursus tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada minggu pertama sesi pengajian. 5.3 Penangguhan Kursus 5.3.1 Ketua Jabatan/Program boleh memohon penangguhan penawaran kursus bagi sesuatu program atas sebab-sebab yang munasabah. 5.3.2 Permohonan penangguhan kursus perlu mendapat pengesahan Timbalan Pengarah (HEA) dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah institusi serta perlu dimaklumkan kepada Pengarah BKT. 5.3.3 Kelulusan penangguhan kursus hanya sah pada semester yang dimohon sahaja. 5.3.4 Bagi kes penangguhan kursus pelajar tidak perlu didaftarkan kursus tersebut. 5.3.5 Penangguhan kursus boleh dimohon selewatlewatnya sehingga minggu ke tiga (3) semester bermula.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 10 5.4 Penambahan Kursus 5.4.1 Pelajar dibenarkan menambah mana-mana kursus atas sebab-sebab yang munasabah dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu ke dua (2) sesi pengajian. Kursus tersebut perlu didaftarkan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus seperti di Lampiran 2. 5.4.2 Kebenaran untuk pelajar menambah kursus tertakluk kepada jumlah kredit maksimum per semester yang dibenarkan. 5.5 Pengguguran Kursus 5.5.1 Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah didaftarkan atas sebabsebab yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewatlewatnya pada minggu ke empat (4) sesi pengajian. 5.5.2 Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan pada semester berkenaan.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 11 5.6 Tarik Diri Kursus 5.6.1 Pelajar dibenarkan menarik diri dari manamana kursus yang telah didaftarkan dengan alasan yang munasabah dan mendapat kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewatlewatnya pada minggu ke-12 sesi pengajian. 5.6.2 Kebenaran untuk pelajar menarik diri tertakluk kepada jumlah kredit minimum per semester yang dibenarkan. 5.6.3 Gred WD akan dicatatkan pada status pendaftaran kursus dan slip keputusan akademik pelajar. Walaubagaimana pun gred tidak akan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA dan pelajar dikehendaki membayar denda apabila ingin mendaftar kursus berkenaan pada sesi berikutnya. 5.7 Pertukaran Program Pengajian 5.7.1 Permohonan pertukaran program perlu dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu setelah sesi pengajian bermula tertakluk kelulusan Pengarah Institusi. 5.7.2 Bagi pertukaran program dalam bidang kluster yang sama, rekod akademik pelajar


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 12 digunapakai dan pengajian pelajar dikira berterusan dengan syarat telah mengikuti pengajian tidak melebihi tiga (3) semester. 5.7.3 Pertukaran program hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang pengajian. 6.0 KEPERLUAN /SISTEM KREDIT 6.1 Kredit 6.1.1 Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan proses pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar. Secara umumnya menurut norma yang digunapakai oleh MQA, seseorang pelajar yang melalui proses pembelajaran selama 40 jam dalam satu semester yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran program akan dianugerahkan satu (1) kredit. (Rujuk Buku Dasar Pembangunan Kurikulum Edisi 3) 6.2 Penetapan Kredit 6.2.1 Penetapan kredit bagi sesuatu kursus dikira berdasarkan jam belajar pelajar (Student Learning Time, SLT) dibahagikan dengan Notional Standard.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 13 Kredit = Jumlah SLT 40 6.2.2 SLT mengambil kira jumlah jam pertemuan rasmi secara bersemuka (Face to Face-FTF) dan jumlah jam pembelajaran tidak bersemuka (None Face to Face-NFTF). SLT = FTF + NFTF 6.3 Beban Kredit Bagi Satu Semester 6.3.1 Beban kredit pelajar bagi satu semester ialah seperti di JADUAL 4. JADUAL 4 SEMESTER PANJANG STATUS KEDUDUKAN KEDUDUKAN GRED MATA JUMLAH KREDIT MINIMUM MAKSIMUM Kedudukan Baik (KB) CGPA ≥ 2.00 12 20 Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 ≤ CGPA < 2.00 8 12


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 14 SEMESTER PENDEK 6.3.2 Pelajar yang membawa beban kredit yang melebihi kredit maksimum perlu mendapat kelulusan Senat BKT. 6.3.3 Beban kredit minimum per semester tidak terpakai ke atas pelajar yang masih mempunyai kursus tertunggak sebelum menjalani Latihan Industri. 6.4 Perpindahan Kredit 6.4.1 Pelajar dibenarkan untuk memohon pindah kredit secara menegak (vertical). 6.4.2 Pindah kredit secara menegak (vertical) adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain, yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan STATUS KEDUDUKAN KEDUDUKAN GRED MATA JUMLAH KREDIT MINIMUM MAKSIMUM Kedudukan Baik (KB) CGPA ≥ 2.00 2 9 Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 ≤ CGPA < 2.00 2 9


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 15 oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. (Rujuk Surat Edaran BKT Bil.1/2017:GARIS PANDUAN PINDAH KREDIT SECARA MENEGAK BAGI PROGRAM PENGAJIAN DI KKTM,MJII DAN IKM). 6.4.3 Proses ini membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit bergraduat program yang diikuti sekarang. Pada asasnya, kursus yang boleh dipindahkan kredit adalah kursus yang setara dan boleh membawa kepada penganugerahan kelayakan. 6.4.4 Pelajar boleh memohon perpindahan kredit sesuatu kursus dengan syarat: 6.4.4.1 Kursus tersebut telah diambil dan lulus di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain yang dibenarkan dalam tempoh pengajiannya di institusi; dan 6.4.4.2 Kursus yang dimohon untuk dipindahkan kredit mestilah daripada program pengajian yang telah mendapat Perakuan Akreditasi daripada MQA.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 16 6.4.4.3 Pindah kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kandungan antara kursus kepada kursus (course to course mapping) dan tertakluk kepada syarat umum pindah kredit iaitu: i. Gred minimum kursus yang boleh dipindah kredit adalah Gred C. ii. Kesetaraan antara kandungan mestilah tidak kurang daripada 80%. iii. Pindah kredit daripada kursus yang digabungkan boleh dipertimbangkan dengan maksimum kursus yang digabungkan adalah dua (2) kursus sahaja. iv. Nilai kredit kursus bagi program terdahulu (termasuk kursus yang digabungkan) mestilah sama atau lebih dengan nilai kredit kursus bagi program yang diikuti. 6.4.4.4 Permohonan perpindahan kredit perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Akademik.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 17 6.4.4.5 Proses pindah kredit membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira dalam keperluan kredit bergraduat program yang baharu, tetapi gred kursus berkenaan tidak diambil kira dalam pengiraan PNG (GPA) dan PNGK (CGPA). 6.4.4.6 Pelaksanaan pindah kredit adalah berdasarkan permohonan pelajar dan kelulusan Jawatankuasa Akademik di peringkat institusi. Permohonan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh pengajian dan tidak dibenarkan memohon bagi semester terdahulu/yang telah dilalui. 6.4.4.7 Permohonan hendaklah dilakukan pada minggu pertama dalam semester pengajian. 6.4.4.8 Keputusan permohonan pindah kredit mestilah dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya pada minggu ketiga dalam semester pengajian. 6.4.4.9 Sehingga keputusan berkaitan pindah kredit dikeluarkan, pelajar perlu mengikuti kursus-kursus yang


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 18 berkaitan seperti yang telah dijadual untuk mereka. 6.4.4.10 Pindah kredit dibenarkan dengan maksimum 30% daripada jumlah kredit program yang diikuti. 6.4.4.11 Keutamaan pindah kredit diberikan kepada kursus dari semester/tahun yang rendah terlebih dahulu (jika jumlah keseluruhan pindah kredit yang layak bagi pelajar berkenaan melebihi 30% daripada jumlah kredit program). 6.4.4.12 Pindah kredit tidak dibenarkan bagi kursus-kursus berikut: i. Pengajian Malaysia ii. Bahasa Inggeris iii. Pengajian Islam / Pendidikan Moral iv. Kokurikulum v. Keusahawanan vi. Matematik vii. Projek Tahun Akhir viii. Latihan Industri


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 19 7.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN Pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian atas alasan yang munasabah dengan mendapat kelulusan daripada Pengarah institusi dan dimaklumkan kepada Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak melebihi dua (2) semester. 7.1 Permohonan penangguhan melebihi dua (2) semester, tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT. 7.2 Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang dibenarkan hanya empat (4) semester sahaja samada secara berasingan atau terkumpul. 7.3 Tempoh penangguhan semester akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian. 8.0 KEDUDUKAN GAGAL 8.1 Pelajar yang telah mendapat status Kedudukan Gagal (KG) tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian atau memohon semula program pengajian yang sama pada masa akan datang. 8.2 Pelajar berstatus KG yang berhasrat untuk mengikuti program pengajian lain boleh memohon kemasukan ke bidang/program pengajian tersebut selepas tempoh 6 bulan daripada keputusan KG diperolehi.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 20 9.0 KEHADIRAN 9.1 Pelajar wajib hadir pada setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus. 9.2 Pensyarah bertanggungjawab mencatat kehadiran setiap pelajar bagi setiap pertemuan P&P yang dijalankan. 9.3 Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagai mana ditetapkan dalam Jadual 5 akan disekat daripada menduduki Peperiksaan Akhir atau Tugasan Akhir (bagi kursus berasaskan 100% kerja kursus) dan diberi Gred WX. 9.4 Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran adalah seperti JADUAL 5. JADUAL 5 PERKARA SYARAT GRED SYARAT TAMBAHAN Cuti Dengan Kebenaran Kehadiran < 80% WD Tiada Cuti Tanpa Kebenaran Kehadiran < 90 % WX Tiada


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 21 9.5 Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan P&P yang ditetapkan melebihi 20% atau dalam tempoh empat minggu berturut-turut perlu mendapatkan kelulusan Pengarah Pusat 10.0 PENILAIAN Semua penilaian setiap kursus dibuat secara berkala dan berterusan dalam tempoh minggu pembelajaran sesuatu semester menurut kaedah yang ditetapkan oleh Senat BKT. Penilaian setiap kursus adalah terdiri daripada kerja kursus dan peperiksaan akhir. 10.1 Kerja Kursus 10.1.1 Semua kerja kursus wajib diselesaikan sebelum minggu Peperiksaan Akhir. 10.1.2 Pelajar yang tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan walaupun jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus berkenaan akan diberi gred WA. (Rujuk Jadual 8) Cuti Dengan Kebenaran + Cuti Tanpa Kebenaran Kehadiran < 70% WD Cuti Tanpa Kebenaran tidak melebihi 10%


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 22 10.1.3 Pelajar yang memperolehi gred WA bagi sesuatu kursus, wajib mendaftar dan menduduki semula mana-mana penilaian yang tidak lengkap bagi kursus berkenaan. 10.1.4 Keputusan penilaian kerja kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar sebelum minggu peperiksaan akhir bermula. 10.2 Peperiksaan Akhir Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir bagi semua kursus yang ditetapkan. Peperiksaan Akhir hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut Buku Panduan Dasar Pentaksiran dan Penilaian. 10.3 Mengulang Kursus 10.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengulang kursus tersebut sehingga lulus dengan syarat menepati had maksimum tempoh pengajian. 10.3.2 Pelajar yang mengulang kursus perlu mengikuti kelas dan menduduki semua penilaian yang disyaratkan bagi kursus tersebut.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 23 10.3.3 Gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut. 10.3.4 Bagi tujuan pengiraan GPA dan CGPA, mata nilai terakhir kursus yang diulang akan diambilkira dan mata nilai asal dimansuhkan. 10.4 Peperiksaan Khas 10.4.1 Peperiksaan khas ditakrifkan sebagai peperiksaan yang diduduki oleh pelajar tertentu atas kes-kes seperti berikut :- a. Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester kerana disahkan sakit / tidak upaya oleh pegawai perubatan dari hospital kerajaan/pusat perubatan yang diiktiraf. b. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian berterusan. ATAU c. Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk menjalani Latihan Industri tertakluk kepada gagal satu (1) kursus sahaja (kecuali gred WX). Pihak institusi dibenarkan


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 24 mengadakan Peperiksaan Khas dengan syarat kursus berkenaan telah diduduki oleh pelajar tersebut di semester terakhir sebelum Latihan Industri dijalankan. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred maksimum yang boleh dicapai adalah gred lulus minimum mengikut kursus tersebut dan disahkan oleh Senat BKT. ATAU Peperiksaan khas bagi tujuan lain dalam keadaan luar biasa seperti bencana alam, wabak penyakit atau kes-kes darurat hanya akan diberi kepada pelajar tertakluk kepada kelulusan Senat BKT dengan mengemukakan dokumen pengesahan pihak berkuasa tempatan. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian berterusan ATAU i. Peperiksaan khas untuk tujuan memperbaiki CGPA bagi pelajar yang mendapat Keputusan Bersyarat (KS) di


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 25 semester akhir. Bagi pelajar dalam kategori ini hanya dibenarkan mengambil maksimum 12 kredit sahaja dari manamana kursus semester akhir yang mendapat gred C+, C atau C- sahaja dengan mendapat kelulusan Senat BKT Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut tanpa mengambil kira penilaian berterusan. ii. Peperiksaan khas perlu dilaksanakan dalam tempoh dua (2) minggu selepas Senat BKT bersidang. iii. Pihak institusi perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Senat BKT sebelum peperiksaan khas dikendalikan. 10.5 Kebenaran Menduduki Peperiksaan i. Pelajar perlu menerima Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan daripada UPP sebelum peperiksaan akhir semester bermula. ii. Pelajar diwajibkan membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan dokumen pengenalan diri pada setiap sesi peperiksaan


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 26 dijalankan. Kegagalan membawa dokumen tersebut ke dalam dewan atau bilik peperiksaan boleh mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 10.6 Keputusan Peperiksaan i. Keputusan akan dikeluarkan dalam bentuk Penyata Pencapaian (Achievement Slip) bagi setiap semester yang mencatatkan rekod pencapaian akademik. ii. Penyata Pencapaian (Achievement Slip) pelajar akan diedarkan pada minggu pertama sesi pengajian berikutnya kecuali pelajar yang mendapat KEDUDUKAN GAGAL (KG) iii. Pelajar yang mendapat keputusan KEDUDUKAN GAGAL (KG), perlu dimaklumkan keputusannya sebelum sesi pengajian berikutnya bermula setelah mendapat pengesahan Senat BKT. iv. Transkrip hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang bergraduat sahaja. v. Tarikh graduasi pelajar pada skrol adalah mengikut tarikh hari pertama Senat BKT bersidang.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 27 10.7 Penyemakan Semula Keputusan 10.7.1 Pelajar boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan akhir bagi kertas teori/amali dengan kadar bayaran seperti yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran). 10.7.2 Permohonan penyemakan markah hanya boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu sesi pembelajaran bermula. 10.7.3 Keputusan penyemakan semula yang disahkan oleh Senat BKT adalah muktamad. 10.8 Salah Laku Peperiksaan 10.8.1 Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti berikut ; 10.8.1.1 Memberi, memiliki atau menerima sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, bahan bertulis, bercetak, alat atau objek yang dilarang daripada mana-mana pihak semasa peperiksaan dijalankan tanpa kebenaran Ketua Pengawas.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 28 10.8.1.2 Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di atas bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. 10.8.1.3 Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu semasa peperiksaan akhir sedang berjalan. 10.9 Hukuman 10.9.1 Kes – kes salah laku peperiksaan perlu dikemukakan dengan bukti - bukti yang sahih serta diperakukan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan. 10.9.2 Gred CX akan diberikan kepada pelajar yang melakukan salah laku peperiksaan untuk kes kali pertama dengan pengesahan Jawatankuasa Akademik dan dikehendaki mengulang kursus tersebut dengan kadar bayaran seperti yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran) 10.9.3 Pelajar yang melakukan kesalahan kali kedua boleh ditamatkan pengajian dengan kelulusan senat BKT.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 29 10.10 Penyelewengan Akademik 10.10.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan akademik seperti berikut boleh diberikan markah sifar (0) terhadap tugasan tersebut setelah disahkan oleh Jawatankuasa Akademik ; i. plagiat tanpa menyatakan sumber asal ii. menciplak tugasan atau hasil kerja kursus pelajar lain iii. apa-apa bentuk perlakuan atau cubaan penipuan akademik selain daripada yang dinyatakan di atas. 11.0 SISTEM PENILAIAN Sistem penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu berdasarkan gred dan Lulus atau Gagal. Walaubagaimanapun lulus atau gagal hanya digunapakai pada penilaian Latihan Industri sahaja. 11.1 Sistem Gred 11.1.1 Pemberian Gred dan Mata (point) adalah berdasarkan kepada JADUAL 6.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 30 JADUAL 6 JULAT MARKAH GRED NILAI GRED STATUS MARKAH KURSUS LULUS 60% MARKAH KURSUS LULUS 50% 90-100 A+ 4.0 85-89 A 4.0 CEMERLANG CEMERLANG 80-84 A- 3.7 75-79 B+ 3.3 KEPUJIAN KEPUJIAN 70-74 B 3.0 65-69 B- 2.7 60-64 C+ 2.3 LULUS 55-59 C 2.0 GAGAL 50-54 C- 1.7 LULUS 45-49 D+ 1.3 GAGAL 40-44 D 1.0 0-39 F 0


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 31 11.1.2 Markah dan gred lulus sesuatu kursus adalah merujuk pada JADUAL 7. JADUAL 7 11.1.3 Selain daripada gred di para 11.1.2, pelajar juga boleh diberi gred seperti JADUAL 8 bagi keskes berikut:- JADUAL 8 BIL KATEGORI KURSUS MARKAH LULUS PROGRAM SIJIL MARKAH LULUS PROGRAM DIPLOMA 1 Amali 60% (C+) 50% (C-) 2 Teori 50% (C-) 50% (C-) GRED KES WD Menarik diri dengan kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar menarik diri dengan kebenaran atau pelajar gagal hadir peperiksaan dengan alasan yang munasabah dan diterima oleh Jawatankuasa Akademik. (Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA).


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 32 11.2 Kedudukan Akademik Pelajar akan diberi taraf kedudukan akademik di atas keputusan penilaiannya mengikut kategori seperti JADUAL 9. WX Menarik diri tanpa kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar menarik diri tanpa kebenaran, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau dibatalkan. Catatan pada sistem aplikasi berkomputer (SPPP) adalah seperti berikut : “AX” - Status yang dicatatkan didalam sistem terhadap pelajar yang tidak hadir / tidak menduduki Peperiksaan Akhir tanpa alasan yang munasabah. “BA” - Status diberi kepada pelajar yang tidak cukup kehadiran bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir. “BX” - Status yang diberikan kepada pelajar sekiranya disekat dari menduduki Peperiksaan Akhir akibat kekurangan kehadiran. (Barred exam) “CX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang didapati melakukan salah laku peperiksaan. “DX” - Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal ujian kritikal. (Dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA). WA Tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan dengan syarat jika jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus berkenaan. (Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA).


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 33 JADUAL 9 11.3 Status Kedudukan 11.3.1 Pelajar yang mendapat Kedudukan Baik (KB), layak untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya. 11.3.2 Pelajar yang mendapat Kedudukan Baik (KB) tetapi gagal mana-mana kursus layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya KEDUDUKAN AKADEMIK CGPA Kedudukan Baik (KB) CGPA 2.00 Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 CGPA < 2.00 Kedudukan Gagal (KG) CGPA < 1.70 ATAU GPA < 1.0 (Tidak termasuk semester akhir) ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) 2 kali berturutturut bagi Program sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) 3 kali berturutturut bagi Program diploma


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 34 dengan syarat wajib mengulangi kursus berkenaan sehingga lulus untuk melayakkannya dianugerahkan sijil/diploma tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian. 11.3.3 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS), layak untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Walau bagaimanapun, pelajar hanya dibenarkan mengambil kursus dengan maksimum 12 kredit sahaja. 11.3.4 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut bagi Program Sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut bagi Program Diploma ATAU Kedudukan Gagal (KG) akan ditamatkan pengajian. 11.3.5 Keputusan kedudukan akademik dan status penganugerahan bagi pelajar semester akhir adalah seperti di JADUAL 10.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 35 JADUAL 10 KEDUDUKAN AKADEMIK KETERANGAN STATUS GRADUAT STATUS PENGANUGERAHAN Kedudukan Baik Bergaduat (KBG) CGPA ≥ 2.00 DAN Memenuhi syarat penganugerahan. Tamat Pengajian dan Bergraduat Layak Kedudukan Baik Tidak Bergraduat (KBTG) CGPA ≥ 2.00 Gagal mana-mana kursus. Tidak Graduat (Mengulang kursus gagal) Tidak Layak Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 ≤ CGPA < 2.00 Tidak Graduat (Memperbaiki gred) Tidak Layak Kedudukan Gagal (KG) CGPA < 1.70 ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut bagi program sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut bagi program diploma Tidak Graduat (Ditamatkan pengajian) Tidak Layak


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 36 12.0 SYARAT PENGANUGERAHAN Syarat-syarat penganugerahan adalah seperti berikut :- a) Memperolehi CGPA 2.00 atau lebih pada semester akhir pengajian. DAN b) LULUS dalam semua kursus yang diwajibkan bagi sesuatu program. DAN c) KEPUJIAN Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau LULUS Bahasa Kebangsaan A bagi program yang melibatkan akreditasi MQA. DAN d) MENDUDUKI Japanese Language Proficiency Test (JLPT-N5) bagi pelajar peringkat diploma MJII.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 37 13.0 KECEMERLANGAN AKADEMIK Pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik (kecuali pelajar di semester pendek) akan diberi penganugerahan seperti berikut: 13.1 Anugerah Platinum (Platinum Award) 13.1.1 Anugerah yang diberikan kepada pelajar yang berjaya bergraduat dengan mendapat GPA 3.50 atau lebih pada setiap semester pengajian. 13.1.2 Catatan Anugerah Platinum akan dipamerkan pada skrol dan transkrip. 13.2 Anugerah Emas (Gold Award) 13.2.1 Anugerah yang diberikan kepada pelajar yang berjaya bergraduat dengan mendapat CGPA 3.50 atau lebih tetapi tidak mendapat GPA 3.50 bagi setiap semester pengajian. 13.2.2 Catatan Anugerah Emas akan dipamerkan pada skrol dan transkrip. 13.3 Anugerah Dekan (Dean’s Award) 13.3.1 Anugerah yang diberikan pada setiap semester kepada pelajar yang berjaya memperolehi


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 38 GPA 3.50 atau lebih pada mana-mana semester pengajian berkenaan dengan syarat mengambil minimum 12 kredit pada semester berkenaan. 13.3.2 Catatan Anugerah Dekan akan dipamerkan pada penyata pencapaian. 14.0 PENGELUARAN SKROL 14.1 Penyata pencapaian dan transkrip akan dikeluarkan oleh UPP KKTM//MJII/IKM 14.2 Skrol sijil dan diploma akan dikeluarkan oleh BKT dan diserahkan kepada UPP institusi untuk edaran kepada pelajar. 14.3 Skrol sijil dan diploma yang tidak dituntut oleh pelajar selepas lima (5) tahun, perlu di serahkan kepada SPP BKT. 15.0 GANTIAN DOKUMEN PERSIJILAN 15.1 Permohonan skrol gantian boleh dibuat oleh pelajar kepada BKT. 15.2 Permohonan transkrip dan penyata pencapaian gantian boleh dibuat oleh pelajar kepada Pengarah Institusi di mana pelajar berkenaan mengikuti pengajian.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 39 15.3 Permohonan bagi para 15.1 dan 15.2 hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti: i. Skrol atau penyata pencapaian yang rosak ATAU ii. Laporan polis (kes hilang sahaja- terpakai bagi kes kehilangan Skrol atau Penyata Pencapaian iii. Resit bayaran berdasarkan kadar bayaran seperti Jadual 12. 15.4 Pelajar boleh mendapatkan dokumen persijilan seperti di JADUAL 11. JADUAL 11 DOKUMEN JABATAN Salinan Skrol SPP BKT Salinan Skrol Seterusnya SPP BKT Transkrip UPP Institusi Penyata Pencapaian UPP Institusi Transkrip Seterusnya UPP Institusi Penyata Pencapaian Seterusnya UPP Institusi


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 40 16.0 PERUNTUKAN AM Setiap pindaan terhadap mana-mana klausa di dalam Buku Peraturan Akademik ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda melainkan diluluskan oleh Jawatankuasa Senat BKT. Semua kaedah perlaksanaan yang dibuat WAJIB dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 41 Lampiran 1 JADUAL 12: SENARAI KADAR BAYARAN STATUS KADAR BAYARAN Pendaftaran Lewat Kursus RM 50/ kursus Pendaftaran Lewat Hari Pertama – RM 50 Hari seterusnya – Tambahan RM10/hari bekerja Pertukaran Latihan Industri (tanpa kebenaran) RM 200 Mengulang Latihan Industri (Tindakan tatatertib) RM 300 Mengulang kursus dan WA RM 50 per kursus Mengulang kursus WX RM 100 per kursus Mengulang kursus gagal disebabkan kes salah laku peperiksaan (CX). RM 200 per kursus Mengulang Kokurikulum RM 100 Penyemakan Semula Keputusan RM 50 per kursus Peperiksaan khas untuk mengulang kursus gagal,dan memperbaiki gred RM 100 per kursus Skrol Gantian Tersalah Cetak RM 100 Skrol Gantian Seterusnya RM100 Transkrip RM 50 Penyata Pencapaian RM 30 Transkrip Seterusnya RM 80 Penyata Pencapaian Seterusnya RM 50 Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 42 Lampiran 2 SPA 1 BORANG PENDAFTARAN KURSUS PROGRAM : _____________________________________________________________ NAMA : ___________________________________________________________ NO.MATRIK: _____________ SESI : ______________ SEMESTER : _______________ No Kod Kursus Kredit Tandatangan Pengajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH KREDIT Kursus Mengulang : No Kod Kursus Kredit Tandatangan Pengajar 1 2 3 4 5 JUMLAH KREDIT __________________ ________________________ Tandatangan pelajar Tandatangan Ketua Program Tarikh : Tarikh : PENGESAHAN OLEH UPP Saya mengesahkan kursus di atas telah dikemas kini di dalam sistem dan jumlah beban kredit bagi pelajar di atas ialah ___________ kredit. ____________________________ Nama : Tarikh :


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 43 Lampiran 3 SPA 2 BORANG PENGGUGURAN KURSUS PROGRAM : _____________________________________________________________ NAMA : ___________________________________________________________ NO.MATRIK: _____________ SESI : ______________ SEMESTER : _______________ No Kod Kursus Kredit Tandatangan Pengajar 1 2 3 4 5 6 7 8 JUMLAH KREDIT Alamat surat Menyurat :____________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ No. Telefon : ____________________ Disokong oleh: ____________________ ____________________ Tandatangan pelajar Penasihat Akademik Tarikh : Tarikh: PENGESAHAN JAWATANKUASA AKADEMIK Permohonan di atas DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN Sebab tidak diluluskan : ________________________________________________ ________________________________ Tandatangan Pengerusi Jawatankuasa Akademik Tarikh :


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 44 Lampiran 4 SPA 3 BORANG MENGULANG KURSUS BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR NAMA : _______________________________________________________ NO. K/P : _____________________ NO. MATRIK : ___________________ KOD/KURSUS : _______________________________________________________ SEMESTER : _____________________ SESI : ________________________ BIL KOD KURSUS KREDIT GRED NOTA TANDATANGAN PENGAJAR BAYARAN (RM) JUMLAH JUMLAH BAYARAN Nota : Kadar Bayaran WX : Menarik Diri Tanpa Kebenaran (RM100/kursus) AX : Tidak hadir Peperiksaan Akhir (RM100/kursus) BX : Disekat menduduki Peperiksaan Akhir (kurang kehadiran) (RM100/kursus) CX : Meniru (RM200/kursus) WA : Tidak hantar Tugasan (RM50/kursus) Mengulang Kokurikulum (RM100) Mengulang Latihan Industri (RM300) Mengulang Kursus (RM50/kursus) Saya ingin mengulang kursus-kursus yang tersebut di atas dan bersama-sama ini disertakan bayaran secara * tunai / kiriman wang / wang pos sebanyak RM_________________________________________________ _____________________ ______________ _______________________ (Tandatangan Pelajar) Tarikh Tandatangan dan Cop Ketua Program/Ketua Jabatan * Potong yang tidak berkenaan Potong Di Sini BAHAGIAN B : UNTUK DIISI OLEH PEMBANTU TADBIR KEWANGAN. Disahkan bahawa saya telah menerima bayaran sebanyak RM__________ untuk tujuan penilaian semula. NO. RESIT : ________________________ PEMBAYAR : ______________________ NO. K/P : ________________________ PROGRAM : _____________________ _______________________________ __________________ Tandatangan & Cop Penerima Tarikh


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 45 Lampiran 5 SPA 4 BORANG SEMAKAN SEMULA BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR NAMA : ______________________________________________________ NO. K/P : _______________________ NO. PELAJAR : ________________ PROGRAM : ______________________________________________________ SEMESTER : _______________________ SESI : ________________________ BIL KOD KURSUS KREDIT GRED NOTA SESI BAYARAN (RM) JUMLAH JUMLAH BAYARAN PENGESAHAN OLEH KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir adalah *DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN. Tandatangan Ketua Jabatan/ Ketua Program : ____________ Tarikh: ______________ Cop Jawatan : Saya ingin membuat rayuan penyemakan semula kertas jawapan peperiksaan akhir bagi *kursus tersebut di atas dan bersama-sama ini disertakan bayaran secara * tunai / kiriman wang / wang pos sebanyak RM _____________________________ _________________________ _______________ (Tandatangan Pelajar) Tarikh * Potong yang tidak berkenaan. Potong Di Sini BAHAGIAN B : UNTUK DIISI OLEH PEMBANTU TADBIR KEWANGAN. Disahkan bahawa saya telah menerima bayaran sebanyak RM__________________ untuk tujuan Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir. NO. RESIT : ____________________ PEMBAYAR : _____________________ NO. K/P : _____________________ PROGRAM : ______________________ _______________ _______________________ Tandatangan & Cop Penerima Tarikh


MARA | Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi 4 2019 | 46 Lampiran 6 SPA 5 CONTOH SURAT PENGESAHAN TAMAT BELAJAR Ruj. Kami : Tarikh : Nama : No. Kad Pengenalan : SURAT PENGESAHAN TAMAT BELAJAR Mesyuarat Senat yang bersidang pada _________________ mengesahkan bahawa saudara/saudari telah LULUS dengan jayanya dalam program _____________. Maka dengan ini saudara/saudari layak dianugerahkan__________________ . Maklumat majlis konvokesyen akan dimaklumkan kemudian. Pihak Kolej Kemahiran Tinggi MARA/MARA-Japan Industrial Institute/ Institut Kemahiran MARA mengucapkan tahniah dan 'Selamat Maju Jaya'. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………….. (Pengarah Institusi)


Click to View FlipBook Version