Kata dari sudut dalam pelbagai sumber Morfologi Isu Kesalahan
Isi Kandungan 1.0 Manual Penggunaan 2.0 Pengenalan 2.1 Media Cetak 2.2 Media Elektronik 2.3 Dialek 2.4 Percampuran Kod 2.5 Bahasa Melayu Baku 2.6 Kata Pinjaman Asing
1.0 Manual Penggunaan Langkah 1: Tekan link Buku Jungkir Balik (flipbook) pe,mbentukan perkataan baharu Langkah 2: Klik anak panah ke kanan untuk ke halaman seterusnya atau klik anak panah ke kiri untuk ke halaman sebelumnya
Langkah 3: Klik-kanan pada tetikus dan klik butang ‘fullscreen’ untuk melihat dengan paparan penuh Langkah 4: Klik zoom in atau zoom out untuk melihat untuk melihat dengan jarak dekat atau jauh Langkah 5: Klik-kanan pada tetikus dan klik butang ‘fullscreen’ untuk keluar daripada mode paparan penuh
2.0 Pengenalan Pada abad ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran besar berikutan peningkatan jumlah isu yang dihadapinya. Menurut Perkara 152 perlembagaan negara, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Oleh itu, hal ini menjadi tanggungjawab pengguna bahasa untuk menggunakan bahasa Melayu rasmi dalam semua keadaan. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa bahasa memerlukan individu untuk membangunkan dan mengekalkannya secara aktif, kerana ia tidak boleh wujud secara bebas. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak isu berkaitan bahasa Melayu telah berleluasa merentasi pelbagai platform seperti media cetak, media elektronik dan media sosial. Isu Istilah "isu " merujuk kepada topik atau persoalan utama dan sinonim dengan masalah, perkara, perbincangan, topik perbualan atau subjek. Bagi memartabatkan keutuhan dan kedaulatan bahasa Melayu, adalah penting untuk menangani isu-isu ini dengan sewajarnya. Terdapat pelbagai isu berkaitan morfologi, seperti kesalahan ejaan dan pilihan perkataan yang salah, dalam media cetak dan elektronik, serta dalam sebutan. Oleh itu, pengguna bahasa harus berhati-hati semasa bercakap, kerana sebaik sahaja ayat dituturkan, ia tidak boleh diubah seperti teks bertulis. Media Elektronik Media Cetak Hak Asasi pengguna Bahasa Melayu
Media cetak berfungsi sebagai platform penting untuk menyebarkan penggunaan bahasa yang fasih dan puitis, serta membentuk gaya komunikasi dalam komuniti melalui akhbar dan majalah. Namun begitu, terdapat beberapa isu bahasa yang terdapat dalam media cetak dan media elektronik seperti yang ditunjukkan. Penggunaan kata ‘ anjir’ liar ialah satu kesalahan ejaan bahasa Melayu kerana ejaan yang betul ialah ‘ anjing ’ liar 2.1 Media Cetak
Dalam tangkapan layar di atas, pengguna aplikasi Instagram dengan nama rough_laborer mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini dapat dilihat apabila pengguna pada mulanya menggunakan rangkai kata daripada bahasa Melayu iaitu ' risiko kerja ' sebelum menggunakan pula rangkai kata yang berasal dari bahasa Inggeris iaitu ' security guard'. Hal ini dapat mendatangkan kekeliruan kepada penerima mesej kerana bahasa rojak yang digunakan. Bagi menggantikan rangkai kata ' security guard', rangkai kata dalam bahasa Melayu iaitu pengawal keselamatan dapat digunakan. Peranti elektronik kontemporari seperti radio, televisyen dan telefon bimbit, yang termasuk dalam kategori media elektronik, memainkan peranan penting dalam membentuk bahasa yang digunakan oleh pengguna media elektronik, khususnya pengguna telefon pintar. Pengaruh ini telah membawa kepada kemunculan pelbagai cabaran bahasa, seperti fenomena yang dikenali sebagai bahasa Rojak. Seperti yang diterangkan oleh Nurkhairunnisha et al. (2022), bahasa rojak dicirikan oleh sifatnya yang tidak teratur dan bercampur. Penggunaan bahasa Rojak telah dikaitkan dengan kemerosotan kualiti tatabahasa dalam kalangan pelajar, khususnya dalam suasana akademik atau semasa komunikasi. 2.2 Media Elektronik
2.3 Dialek Dialek sering dikaitkan dengan daerah penggunaannya. Dialek merupakan bentuk yang menyimpang daripada bentuk bahasa standard ataupun bentuk baku. Dalam pada itu, istilah dialek merujuk kepada ragam-ragam bahasa dari segi tatabahasa (dan mungkin juga leksikal) serta fonologinya berbeza daripada ragam-ragam yang lain. Wujudnya dialek ini disebabkan oleh sekatan-sekatan tertentu seperti hutan rimba, gunung-ganang, lautan dan sebagainya. Seterusnya, contoh-contoh dialek mengikut negeri adalah seperti jadual di bawah:
2.4 Percampuran Kod Isu bahasa dalam media: Persaingan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris menyebabkan ada perkataan dalam bahasa Inggeris digunakan dalam media cetak mahu pun elektronik. (percampuran kod dan peralihan kod, contohnya: Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I consult my father 1. 2.My husband ada meeting tengah hari nanti 3. Penggunaan bahasa daerah (dialek) 4. Kesalahan ejaan, perkataan, frasa, klausa dan ayat. 2.5 Bahasa Melayu Baku Bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Oleh itu, bahasa baku ialah bahasa yang betul dan baik menurut tatabahasa serta tepat menurut gaya bahasanya. Bahasa Melayu baku ini sesuai untuk situasi rasmi seperti urusan surat-menyurat, laporan, rencana, buku, papan tanda, dan lain-lain. Ini bermakna penggunaan bahasa baku tidak perlu semasa perbualan di kedai kopi, kantai, perbualan suami isteri di rumah dan lain-lain.
2.6 Kata Pinjaman Asing Kata pinjaman asing ialah kata yang dipinjam daripada satu bahasa lalu diterapkan dalam satu bahasa lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa tersebut. Peminjaman bahasa berlaku apabila suatu bahasa bertembung dengan bahasa yang lain. Kata pinjaman asing yang diterima oleh Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja boleh digunakan oleh pengamal bahasa. Penggunaan kata pinjaman asing yang betul dan salah adalah seperti berikut: betul: pro-Malaysia, proaktif salah: proMalaysia, pro-aktif Sekian, Terima Kasih.