SENI BINA MENARA JAM MASJIDIL HARAM MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM PENSYARAH: PUAN QAMARIAH BINTI MAKMUD MOHAMMAD SADDIQ BIN ROSSLAN 07DKM23F1044 MOHAMMAD DANIAL AIMAN BIN MOHD YUSRI 07DKM23F1081 SYAHRUL NIZAM BIN SAMSUL ALAM 07DKM23F1084
ISI KANDUNGAN 1 Pendahuluan 2 Isi 1 (Etika Islam Dalam Sains Dan Keturujeraan) 3 Isi 2 (Kaedah Fiqh) 4 Penutup 5 Rujukan 6 Carta Gantt
PENDAHULUAN Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai ‘Makkah Clock Royal Tower’ (Menara Jam Diraja Mekah) adalah sebuah kompleks utama di Kota Suci Makkah, Arab Saudi. Tapak kompleks ‘Abraj Al-Bait Towers’ ini mengandungi bangunan kediaman dan kompleks hotel yang terdiri daripada 7 menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram (Haram al- Sharif) yang menempatkan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud melalui hibah dari Yayasan Raja Abdul Aziz. Menara ini menggunakan kepakaran jurutera Jerman dan Switzerland dan dibangunkan oleh Saudi Binladen Group.Menara Jam Makkah dengan ketinggian 607 meter yang terletak di hadapan Masjidil Haram ini, bukan sekadar menunjukkan waktu dengan tepat, malah ia juga menjadi pusat penyelidikan astronomi yang menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi untuk manfaat manusia. Di atas menara jam Abraj Al-Bait terdapat satu lagi puncak menara setinggi 128 meter iaitu tujuh tingkat dengan tiga tingkat lagi membabitkan bulan sabit di atasnya setinggi 23 meter. Mengenai muka jam pada jam itu, ia dilengkapi dengan dua juta lampu LED yang mana pada sebelah siang ia akan berwarna putih dan pada sebelah malam berwarna hijau. Pembinaan Menara Jam Makkah ini dimulakan pada 2002 di atas bangunan bersejarah Ajyad Ottoman dan siap sepenuhnya 2010. Kini bangunan menara tersebut memiliki 3,000 bilik hotel dan pangsapuri serta pembangunannya dianggarkan berbilion Saudi Riyal.
ETIKA DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENGHASILKAN PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA KESELASAAN MANUSIA. Segala rekaan dan ciptaan yang dibuat hendaklah memberi manfaat kepada keselesaan manusia untuk memudahkan segala urusan mereka. Hal ini kerana jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah juga akan permudahkan segala urusan kita. Begitulah juga dengan seni bina menara jam Masjidil Haram ini, ia mempunyai pelbagai kemudahan, salah satunya empat muka jam berwarna hijau disetiap sisi menara jam tersebut ialah Muzium Menara Jam di empat tingkat menara berkenaan bagi memberi penjelasan kepada pelawat mengenai alam semesta dan pembinaan jam itu sendiri. Di muzium tersebut, pengunjung akan dapat melihat penjelasan yang terperinci dengan mengaitkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan alam semesta, termasuk bima sakti, matahari dan bulan. Selain itu, menara ini juga memberi keselesaan kepada jemaahjemaah haji dan umrah, dengan menyediakan sebahagian tempat tinggal di kompleks hotel dalam menara itu juga yang mengandungi 3000 bilik dan pangsapuri. Pengarah muzium menara jam, Dr Yassen Al Mleaky menyatakan bahawa tujuan utama menara jam itu adalah bagi membolehkan semua orang dari seluruh dunia , Islam dan bukan Islam, menyumbang kepada perkiraan masa dan pengukuran kalendar yang sangat tepat untuk kebaikan rakyat diseluruh dunia. Mereka pernah mengambil bahagian dalam penemuan satu bintang merah yang kecil dengan tujuh planet yang mana atmosferanya, mengandungi oksigen, nitrogen dan air. Penemuan tersebut dapat membuatkan mereka bergerak lebih maju sebagai sebuah pusat untuk kebaikan semua orang di dunia ini.
MENGGUNAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG MEMBERIKAN NILAI KEPADA PENINGKATAN KUALITI. Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau mendapatkan keuntungan malah, untuk meningkatkan pendapatan yang mampu menyara diri dan keluarga. Contohnya, meningkatkan kualiti dalam menghasilkan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia. 20 rod kilat yang berfungsi secara automatik disediakan bagi melindungi jam dan mentol daripada kejutan kilat. Bangunan ‘Abraj Al-Bait Towers’ yang merupakan mercu tanda terbaru turut memegang dan memecahkan beberapa rekod dalam dunia pembinaan, termasuklah enjin jam terbesar pernah dibina, menara jam tertinggi di dunia, paparan muka jam terbesar di dunia, binaan bulan sabit terbesar di dunia, hotel tertinggi dan terbesar di dunia, kawasan tingkat bawah bangunan terbesar di dunia, ruangan bangunan bertingkat terbesar di dunia dan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas ‘Burj Khalifa’.
KAEDAH FIQH SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT (AL-UMUR BI MAQASIDIHA) Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada pertuturan atau perbuatan maka kedudukan atau hukum bagi amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al-Khattab yang bermaksud:“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk kepada apa yang bermaksud”. Dari apa yang kita lihat, setiap kajian, ciptaan dan rekaan yang dihasilkan perlu mempertahankan dan memelihara agama, bangsa, dan negara. Contohnya, menara jam Masjidil Haram dibina bertujuan untuk menjadikan Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat Jam Masa terbesar dan utama dunia. Dalam persidangan Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu yang tepat tanpa ada kesilapan kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Selain itu, suara azan dari atas menara dapat didengar dengan jelas di sekitar Masjidil Haram, Makkah dari jarak kira-kira tujuh kilometer dan puncak tertinggi jam Mekah diterangi oleh 21,000 mentol cahaya yang dikeluarkan projektor lampulampu putih terang dan hijau. Keseluruhan sistem pencahayaannya menggunakan 2 juta lampu jenis LED untuk menerangi Jam Makkah pada waktu malam dan cahaya lampu LED yang menghiasinya ini akan berkerlipan setiap kali azan berkumandang dan boleh dilihat dari jarak sehingga 30 kilometer pada waktu malam. Kalimah takbir (Allah Maha Besar) dan syahadah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah) sepanjang 23 meter setiap satunya ditempatkan berselang-seli di sisi menaranya.
KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN (AL- MASHAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR) Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun. Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t : Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”. Dalam konteks yang lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu berada dalam kesempitan dan kesukaran. Seperti zaman dahulu sebelum terciptanya jam, terdapat beberapa benda yang sukar untuk dilakukan seperti mengetahui masa yang tepat. Pada awalnya, apabila masyarakat pada zaman dahulu ingin mengetahui waktu yang tepat, mereka hanya bergantung dengan matahari. Akan tetapi apa bila cuaca gelap atau matahari diselindungi awan mereka sukar untuk mengetahui masa yang tepat. Dengan adanya menara jam masjidil haram masyarakat dapat mengetahui masa yang tepat sekaligus memudahkan mereka untuk mengetahui masuknya waktu solat. Selain itu, suara azan dari atas menara dapat didengar dengan jelas di sekitar Masjidil Haram, Makkah dari jarak kira-kira tujuh kilometer, hal ini memudahkan lagi masyarakat untuk mendengar azan dari jarak yang jauh.
KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN (AD-DARAR YUZAL) Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia.Dalam hal ini, Menara Jam Masjidil Haram telah dijadikan untuk menunjukkan waktu yang tepat untuk masyarakat di sana. Namun ianya di tukar daripada menara jam kepada muzium dan malah ia juga menjadi pusat penyelidikan astronomi yang menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi untuk manfaat manusia . Setiap pelawat dikenakan bayaran masuk SR150 iaitu bersamaan RM 189 dan ini memberikan kemudaratan kepada umat islam yang menetap di kawasan tersebut. Tidak lupa juga dengan umat islam yang bermusafir di kawasan tersebut untuk membuat ibadah. Syukur kepada Allah S.W.T penerapan konsep islam yang ada pada Menara Masjidil Haram tersebut dapat mengembalikan masyarakat untuk tidak menjadikan menara tersebut sebagai menara yang dipenuhi dengan tempat-tempat berseronok tetapi dipenuhi dengan tempat-tempat beribadah .
PENUTUP Sebagai kesimpulan, Menara Jam Masjidil Haram amat penting dalam membentuk minda generasi muda di seluruh dunia, terutamanya terhadap penghargaan warisan dan khazanah negara ini. Bangunan dan monumen bersejarah merupakan aset yang sepatutnya dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Dengan kehadiran menara jam masjidil haram ini, generasi baru akan lebih menghargai dan sensitif terhadap pembangunan yang berilmu, beragama dan penuh dengan ibadah di negara ini. Ini akan membentuk masyarakat yang sensitif terhadap sebarang kemusnahan bangunan. Jadi sekiranya terdapat sebarang pihak yang ingin merobohkan atau memusnahkan bangun bersejarah akan dikenakan tindakan undang-undang.
RUJUKAN https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/03/01/menarajam-masjidil-haram-makkah/ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/590 887/menara-jam-makkah-lebih-sekadar-menentukanwaktu-tepat https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/481047/uni knya-menara-jam-makkah https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Menara_Abraj_Al_Bait
DANIAL SYAHRUL SADDIQ PENDAHULUAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKONOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH PENUTUP RUJUKAN CARTA GANTT CARTA GANTT