UCAPAN
PENYELARAS KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera’
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat kurniaan-Nya kerana Kolokium Kajina
Tindakan Peringkat SMK Limbanak, Penampang pada tahun ini dapat dilaksanakan denga
jayanya. Terima kasih diucapkan kepada seluruh Jawatan Kuasa Penyelaras Kajian Tindakan
Sekolah kerana telah bekerjasama dalam menjayakan penganjuran kolokium ini sebagai platform
untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru dan para pensyarah.
Seramai 20 orang guru dan pensyarah tingkatan enam akan membentangkan kertas kajian
tindakan masing-masing. Kolokium ini merupakan siri pertama yang julung kali dianjurkan dan
terdapat 5 siri kolokium yang telah dirancang untuk dilaksanakan bermula tahun 2021 hingga
tahun 2022 yang akan melibatkan seluruh warga pendidik di SMK Limbanak, Penampang. Siri
pembudayaan Kajian Tindakan peringkat SMK Limbanak telah bermula sejak 28 September 2021
secara berfasa hingga ke kemuncak pembudayaan pada 4 Disember 2021 dengan menganjurkan
Kolokium Kajian Tindakan Peringkat SMK Limbanak. Kolokium ini berperanan besar
memantapkan dan memperkasakan serta meningkatkan kompetensi dan kualiti profesionalisme
serta menjadi platform untuk membantu rakan-rakan guru dan pensyarah dalam berkongsi
maklumat terkini berkaitan dengan pelbagai kaedah dan intervensi dalam menyelesaikan
masalah semasa PdP di dalam mahupun di luar bilik darjah. Para peserta kolokium juga
berpeluang berbincang dan berkongsi pengalaman dalam usaha membangunkan kapasiti
sebagai guru dan pensyarah tingkatan enam yang berkualiti dan berwibawa dalam mencorakkan
persekitaran sekolah yang berimpak dan berkualiti tinggi, cekap dan keberkesanan dalam
melaksanakan PdP.
Melalui kolokium sebegini, kapasiti keilmuan dalam kalangan guru dan pensyarah tingkatan enam
dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Akhir kata, semoga kolokium ini akan dapat memberi
impak yang besar ke arah penerokaan pembaharuan ilmu dan kemahiran dalam dunia
pendidikan, mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti yang berterusan dalam mencemerlangkan
SMK Limbanak, Penampang.
Selamat maju jaya dan selamat berkolokium.
Mohd Nordin bin Khadis
UCAPAN ALU-ALUAN
PENGETUA SMK LIMBANAK, PENAMPANG
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Esa kerana
dengan izin-Nya SMK Limbanak, Penampang dapat melaksanakan Kolokium Kajian Tindakan
yang pertama bagi tahun 2021. Saya bagi pihak warga pendidik SMK Limbanak, Penampang
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jawatan
Kuasa Kajian Tindakan Sekolah yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kolokium ini
berjaya direalisasikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada para pembentang yang bersedia berkongsi kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan
idea dalam kolokium ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Indang Kasi binti Haji
Sibin, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang kerana sudi merasmikan Kolokium Kajian
Tindakan Peringkat SMK Limbanak, Penampang pada tahun ini.
Saya selaku pengetua di sekolah ini berhasrat, agar semua guru dan pensyarah tingkatan enam
di sekolah ini mengambil peluang untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme selaras
dengan Standard Guru Malaysia 2.0 dalam menerajui perubahan kualiti pendidikan di sekolah ini.
Perubahan ini perlu untuk memastikan sistem pendidikan yang diamalkan di sekolah ini sentiasa
mengikut acuan yang sentiasa relevan dalam melahirkan modal insan yang berupaya mendepani
cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Kolokium kajian tindakan ini memainkan peranan dalam
melestarikan kecemerlangan dalam pendidikan di sekolah ini dalam bentuk pembangunan
profesional guru dan pensyarah tingkatan enam yang berterusan.
Pembangunan kompentensi dan profesionalisme guru amat penting dalam usaha memastikan
kemenjadian murid secara holistik dan iklim sekolah yang berkesan dan berkualiti. Sesungguhnya
penglibatan semua pihak yang terdiri daripada warga sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah
Penampang ini telah memberikan keyakinan serta petunjuk kepada kejayaan agenda sekolah
dalam memenuhi keperluan TS25. Diharapkan kolokium ini merupakan medan terbaik guru-guru
dan para pensyarah tingkatan enam untuk memperoleh pengetahuan, maklumat dan berkongsi
pengalaman dalam usaha membudayakan amalan PdP terbaik dan berkualiti.
Saya berharap agar para peserta kolokium dapat memanfaatkan peluang menimba ilmu ini ke
arah memperkasakan diri dan kecemerlangan sekolah, murid dan diri masing-masing.
Sekian, terima kasih dan selamat berkolokium.
Jackson Siga @ Sigo
UCAPAN PERASMI
PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,
Salam Penampang Huguan Pemacu Kecemerlangan.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas keizinan-Nya untuk melaksanakan Kolokium
Kajian Tindakan Peringkat SMK Limbanak, Penampang pada tahun ini. Sekalung ucapan tahniah
dan syabas kepada Tuan Pengetua, En. Jackson Siga @ Sigo dan seluruh warga kerja SMK
Limbanak, Penampang atas usaha murni dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan kolokium
ini. Pejabat Pendidikan Daerah Penampang sangat menyokong usaha pihak sekolah untuk
menganjurkan program yang membawa kepada penglibatan guru-guru dan pensyarah tingkatan
enam dalam berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan lagi
pengetahuan dan pengalaman dalam memartabatkan institusi pendidikan. Revolusi Industri 4.0
yang sedang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring
dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi yang lebih pintar.
Justeru, guru selaku agen perubahan dalam pendidikan bukan sahaja dikehendaki mahir dalam
bidang masing-masing tetapi juga mampu menyelesaikan masalah, mendalami dan
memperluaskan pengetahuan PdP, meningkatkan refleksi kendiri dan pengetahuan dari masa ke
semasa tentang trend dan perkembangan pendidikan terkini dalam membina iklim sekolah
berkesan. Pemilihan tema “Amalan Terbaik Dalam PdPR / PdP Semasa Fasa Pandemik” adalah
bertepatan dengan penganjuran kolokium pada kali ini dengan mengambil kira halangan dan
kekangan yang dihadapi oleh guru dan pensyarah dalam melaksanakan PdPR / PdP semasa
Perintah Kawalan Pergerakan agar masalah dalam PdP dapat diuruskan dengan cekap dan
mematuhi peraturan-peraturan sedia ada agar dapat memastikan kemenjadian murid dan
menghasilkan PdP yang berkualiti.
Semoga kolokium ini akan terus dijadikan wadah perkongsian ilmu, kemahiran dan amalan
terbaik ke arah melahirkan guru dan pensyarah tingkatan enam yang berkualiti dan berkesan
dalam memacu kecemerlangan pendidikan.
Saya ucapkan selamat maju jaya untuk semua.
Indang Kasi binti Haji Sibin
1.0 PENDAHULUAN
“To Produce International Minded Individuals” merupakan visi SMK Limbanak,
Penampang, Sabah. Dalam usaha untuk merealisasikan visi, guru perlu membuat
transformasi minda untuk menjadikan guru seorang yang produktif dan inovatif, berupaya
menyelesaikan masalah dalam bilik darjah serta meningkatkan keberkesanan PdP. Idea
kolokium ini dilihat dapat membantu guru dalam mengembangkan profesionalisme dan
keyakinan diri murid semasa membentangkan kajian tindakan. Kolokium ini juga
merupakan medan perkongsian ilmu dengan warga sekolah dan masyarakat luar.
2.0 TEMA KOLOKIUM: Amalan Terbaik Dalam PdPR / PdP Semasa Fasa Pandemik.
3.0 OBJEKTIF
i. Membudayakan amalan PdP terbaik dalam kalangan guru
ii. Meningkatkan kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah guru
iii. Meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal guru.
iv. Mendedahkan guru kepada inovasi dalam pendidikan.
4.0 SASARAN 8 orang guru aliran Perdana
Pembentang 8 orang pensyarah Tingkatan 6
Peserta Semua guru dan pensyarah Tingkatan 6 SMK Limbanak
5.0 TEMPAT
Secara dalam talian (Google Meet)
- Bilik Selari Limbanak, Bilik Selari Kituau, Bilik Selari Sugud
6.0 TARIKH DAN MASA
Sabtu, 04 Disember 2021 (9.00 pagi – 12.30 tengahari)
7.0 JAWATANKUASA En. Jackson Siga @ Sigo (Pengetua)
Pn. Juriana Binti Diman (GPK Pentadbiran)
Penasihat Pn. Chung Lih Mian (GPK HEM)
Naib Pengerusi En. Martin Gumpil (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I En. Ferdenand Aloysius (GPK Petang)
Naib Pengerusi II Pn. Connie Laurenco Marlag (GPK Tingkatan 6)
Naib Pengerusi III Dr. Mohd Nordin Bin Khadis
Naib Pengerusi IV Cik Norhalizah Muleh
Penyelaras
Setiausaha
Jawatankuasa Pelaksana Dr. Laimah Sungap, Pegawai SISC+ PPD Keningau
En. Azmy Bin Ahmad, Pen. Peg. Pendidikan, PPD
Panel Penilai Sandakan
pembentangan Pn. Elsie Sharon Giluk, Peg SISC+ PPD K. Kinabalu
e-brosur, latar lelakang Dr. Mohd Nordin Bin Khadis
Google Meet
Dokumentasi En. Abdullah Azni Bin Md. Jabaah
Bacaan Doa En. Mohd Alwi Bin Derin
Moderator En. Samson Philippinus Jumat (Bilik Selari Limbanak)
Pn. Suzanah Binti Jumat (Bilik Selari Kituau)
Google Meet Pn. Susie Binti Asgali (Bilik Selari Sugud)
En. Jason Wong
Penyelaras Pembentang En. Cyrill a/k Riseng
Pendaftaran & Kehadiran En. Sadam Bin Kahar
Pengacara Cik Norhalizah Muleh
Hadiah & saguhati Pn. Mine @ Minnie Suiking
Sijil Pn. Susie Binti Asgali
Cik Norhalizah Muleh
Surat Jemputan Pn. Suzanah Binti Jumat
Cik Norhalizah Muleh
9.0 SYARAT PEMBENTANGAN
A. Tema Kolokium – Amalan Terbaik Dalam PdPR / PdP Semasa Fasa Pandemik.
B. Slaid pembentangan menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint tidak kurang dari 7 slaid
dan tidak melebihi 10 slaid.
C. Jangka masa pembentangan tidak kurang dari 7 minit dan tidak melebihi 10 minit dan soal
jawab selama 5 minit.
10.0 TENTATIF PROGRAM ATUR ACARA
MASA Pendaftaran dan ketibaan tetamu
Bacaan doa
8.45 pagi – 8.55 pagi - Taklimat dan ucapan penyelaras kolokium
9.00 pagi – 9.05 pagi
- Ucapan aluan tuan pengetua
09.05 pagi – 9.40 pagi
10.00 pagi – 11.00 pagi - Ucapan perasmian
Pembentangan kajian tindakan (bilik selari)
1145 pagi Majlis penutupan
- Ulasan ketua penilai jemputan
12.30 tengahari - Pengumuman pencapaian
11.0 PENUTUP - Ucapan penangguhan kolokium
- Sesi bergambar dan bersurai
Dijangka selesai
Adalah diharapkan Kolokium Kajian Tindakan Peringkat SMK Limbanak, Penampang akan
dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama guru dan warga SMK Limbanak, Penampang
adalah sangat diperlukan bagi menjayakan program ini, seterusnya dapat mencapai
matlamat visi sekolah dalam melahirkan guru yang produktif dan inovatif.
JADUAL PEMBENTANGAN
Tarikh: 04 Disember 2021
Bilik Selari Limbanak
Moderator: En. Samson Philippinus
Panel Penilai: Dr. Laimah Sungap, Pegawai SISC+ PPD Keningau
Masa Pembentang Tajuk
I Teach I Learn.
1000 pagi – 1015 pagi Latifah binti Yusof Embun @
1015 pagi – 1030 pagi Mohd Yusof (T6) Meningkatkan Kemahiran Menulis Isi
Roziah Ali binti Hussain
1030 pagi – 1045 pagi (Perdana) Karangan Menggunakan Kaedah Digit
1045 pagi – 1100 pagi Hjh.Ramlah bt. Hj.Haring Minda Bagi Mata Pelajaran Bahasa
(T6)
Melayu Tingkatan 5 Cemerlang
Ainah binti Mastul (Perdana)
Semasa Pandemik COVID-19.
Meningkatkan Kemahiran Menulis
Rumusan Bahasa Melayu Tingkatan
Empat Inovatif Dengan Menggunakan
Kaedah “From Noob To Pro”.
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Menulis Karangan dengan
Menggunakan Teknik PEN3ISPE
Dalam Kalangan Murid Tingkatan 4
Cemerlang.
Bilik Selari Kituau
Moderator: Pn. Suzanah Binti Jumat
Panel Penilai: Pn. Elsie Sharon Giluk, Peg SISC+ PPD K. Kinabalu
Masa Pembentang Tajuk
1000 pagi – 1015 pagi Suzanah Binti Jumat (T6) Penggunaan Piramidku dalam
Meningkatkan penguasaan fakta dan
1015 pagi – 1030 pagi Veritinus bin Santiong & Pencapaian pelajar PU6A SMK
1030 pagi – 1045 pagi Ruhayu Ramli (T6) Limbanak pada Semester Dua 2021
Anuar bin Mohd Noh (T6)
1045 pagi – 1100 pagi Penggunaan Nota Poket dan Nota
1115 pagi – 1130 pagi Daniel bin Galunu@Golunu Lipat
(Perdana)
Suriyati Binti Abdul Aziz (T6) Menggunakan Teknik Kotak di Otak
Bagi Meningkatkan Pengetahuan dan
Kemahiran Menulis Esei Panjang
Pelajar Geografi Semester 2 Dalam
Topik Sistem Hidrologi
Latihan Berulang bagi Menguasai
Topik Rumus Algebra Matematik
Tingkatan Dua.
Mengasah Kemahiran Berfikir Secara
Logik Menggunakan Templat AlgoT
Dalam Penulisan Pengaturcaraan Kod
C Pelajar ICT, Semester 2, Pusat
Tingkatan 6 SMK Limbanak,
Penampang
Bilik Selari Sugud
Moderator: Pn. Susie Binti Asgali
Panel Penilai: En. Azmy Bin Ahmad, Pen. Pegawai Pendidkan, PPD Sandakan
Masa Pembentang Tajuk
1000 pagi – 1015 pagi Martin Gumpil (Perdana) Penggunaan Modul, Aplikasi TikTok,
YouTube dan Kalkulator dalam PdPR
1015 pagi – 1030 pagi Marcella Esther Justin Matematik
Jimbangan (T6)
Using BIOSTORM to enhance
1030 pagi – 1045 pagi Fauzian binti Ismail memorisation skills of semester two
(Perdana) Form 6 student in PU1A class for
Chapter 13 Infectious Diseases during
1045 pagi – 1100 pagi Fung Siew Yin (T6) the Outbreak of Covid-19.
1100 pagi – 1115 pagi Muniera binti Yusoff Penyelesaian Alternatif Kepada
(Perdana) Persamaan Linear Dalam 2 Pemboleh
Ubah Dengan Menggunakan Kaedah
1115 pagi – 1130 pagi Aifred bin Aloysius Mirip Matriks.
(Perdana)
Using Triangle Pro Box To Calculate
The Enthalpy Changes Form Hess’s S
Cycle
Penggunaan Kaedah Anak Panah
Dalam Topik Ubahan Bagi Mata
Pelajaran Matematik Murid Tingkatan 5
Dinamik 2021
Penggunaan Kaedah Bahagi Bentuk
Lazim Bagi Menukar Nombor Dalam
Asas 10 Ke Nombor Asas Yang Lain
Dalam Mata Pelajaran Matematik Topik
Asas Nombor, Tingkatan 4 Kreatif
ATURCARA MAJLIS
PEMBUKAAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT SMK LIMBANAK, PENAMPANG
04 Disember 2021
MASA ATUR ACARA
08.50 pagi – 09.00 pagi Pendaftaran dan ketibaan tetamu
09.00 pagi – 09.05 pagi Bacaan doa
09.00 pagi – 9.10 pagi
09.10 pagi – 9.20 pagi Ucapan Penyelaras Kolokium
Dr. Mohd Nordin Bin Khadis
0920 – 0940 pagi Penyelaras Kolokium Kajian Tindakan
10.00 pagi – 11.30 pagi Peringkat SMK Limbanak, Penampang tahun 2021
Ucapan Alu-aluan
En. Jackson Siga @ Sigo
Pengetua SMK Limbanak, Penampang
Ucapan Perasmian
Pn. Indang Kasi Binti Sibin
Peng. Pendidikan Daerah Penampang
Pembentangan kajian tindakan (bilik selari)
ATURCARA MAJLIS
PENANGGUHAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT SMK LIMBANAK, PENAMPANG
04 Disember 2021
MASA ATUR ACARA
11.45 pagi – 12.00 tengahari Pendaftaran dan ketibaan tetamu
12.00 tengahari – 12.20 tengahari Ulasan Panel Penilai
12.20 tengahari – 12.30 tengahari En. Azmy Bin Ahmad, Pen. Pegawai Pendidikan PPD
Sandakan (K)
Dr. Laimah Sungap, Pegawai SISC+ PPD Keningau
Pn. Elsie Sharon Giluk, Peg SISC+ PPD K. Kinabalu
Pengumuman pencapaian (Gangsa, Perak, Emas,
Platinum)
Ucapan Penangguhan
En. Jakson Sigo @ Siga
Pengetua SMK Limbanak, Penampang
12.30 tengahari Sesi bergambar dan bersurai
ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN
“MENGGUNAKAN MODUL, APLIKASI TIK TOK, YOUTUBE DAN KALKULATOR DALAM
PDPR MATEMATIK UNTUK MENENTUKAN TITIK PERSILANGAN BAGI DUA GARIS
LURUS, KELAS 3 PROGRESIF SMK LIMBANAK SEMASA BERLAKUNYA
PDPR SECARA “OFFLINE DAN ONLINE”.
MARTIN GUMPIL
[email protected]
Abstrak
Kajian bertujuan membantu murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang garis
lurus dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah. Ujian awal (pre-test) mendapati
murid kelas 3 Progresif tidak dapat menentukan titik persilangan bagi dua garis lurus. Kajian
menggunakan modul, aplikasi tik tok, YouTube dan kalkulator dalam PdPR matematik untuk
menentukan titik persilangan bagi dua garis lurus menggunakan kaedah penggantian telah
diperkenalkan. Proses kajian dan pelaksanaan intervensi mengambil masa selama 5 minggu (7
masa perjumpaan seminggu, 30 minit per perjumpaan), bersamaan dengan 720 minit PdPR.
Hanya 11 dari 31 murid menjawab pre-test dan kesemuanya gagal menjawab soalan
menentukan titik persilangan bagi dua garis lurus menggunakan kaedah penggantian (markah
50% ke atas sebagai tahap kelulusan). Dapatan kajian dari 11 murid ini 6 murid telah menjaya
lulus dalam post-test. Kesimpulannya, kaedah ini perlu diteruskan dengan beberapa
penambahbaikan untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran tentang garis lurus
dalam konteks penyelesaian masalah rutin matematik yang mudah, untuk menentukan titik
persilangan bagi dua garis lurus menggunakan kaedah penggantian.
Kata kunci: tik tok, titik silang, garis lurus, PdPR, matematik
PENYELESAIAN ALTERNATIF KEPADA PERSAMAAN LINEAR DALAM 2 PEMBOLEH
UBAH DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH MIRIP MATRIKS
Fauzian Binti Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah melibatkan kaedah penggantian atau
penghapusan untuk mencari nilai x dan y dalam persamaan linear dua pemboleh ubah yang
dihadapi dalam sub topik persamaan linear dua pemboleh ubah. Kajian ini melibatkan 27
orang murid dari tingkatan 5 Progresif. Tinjauan awal menunjukkan murid tidak menguasai
kaedah penggantian dan penghapusan bagi menyelesaikan persamaan linear dalam dua
pemboleh ubah. Intervensi yang mirip kepada matrik dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu.
Selepas melaksanakan intervensi, murid menunjukkan peningkatan markah dan lebih gemar
menggunakan kaedah matriks untuk mencari nilai x dan y.
Kata kunci: Matematik, Persamaan linear, kaedah matriks
LATIHAN BERULANG BAGI MENGUASAI TOPIK RUMUS
ALGEBRA MATEMATIK TINGKATAN DUA
Daniel Bin Galunu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah menukar perkara rumus bagi suatu persamaan
algebra yang dihadapi oleh murid tingkatan 2 Gemilang dalam sub topik 3.1.2 Menukar perkara
rumus bagi suatu persamaan algebra. Seramai 35 orang pelajar terlibat dalam kajian ini secara
PdPR. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian ujian Pentaksiran Sumatif
Setengah Tahun (PSST). Hasil tinjauan menunjukkan ramai pelajar tidak dapat menukarkan
perkara rumus dengan langkah kerja yang tepat. Perancangan tindakan difokuskan kepada
teknik untuk meningkatkan penguasaan terhadap sub topik ini dan kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh 4 Minggu. Keputusan setelah melaksanakan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar. Dapatan dari lembaran kerja pula menunjukkan pelajar lebih faham
serta dapat melakukan langkah kerja yang lengkap dan betul.
Kata kunci: PdPR, COVID-19, latihan berulang, matematik tingkatan 2
PENGGUNAAN KAEDAH ANAK PANAH DALAM TOPIK UBAHAN BAGI
MATA PELAJARAN MATEMATIK MURID TINGKATAN 5 DINAMIK 2021
Muniera binti Yusoff
[email protected]
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi isu murid tidak dapat mentafsir ayat dengan tepat untuk
menulis persamaan serta tidak mahir mengira nilai pemalar dan nilai pemboleh ubah bagi
hubungan ubahan bergabung. Masalah ini timbul apabila soalan yang diberikan melibatkan ayat
matematik yang panjang dan gabungan hubungan ubahan langsung dan ubahan songsang.
Saya menjalankan kajian ini kepada 34 orang murid Tingkatan 5 Dinamik sebagai kumpulan
sasaran yang terdiri daripada pelajar sederhana dan lemah. Tinjauan awal telah dilakukan
dengan menganalisis markah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan pelaksanaan ujian pra.
Berdasarkan keputusan ujian pra, saya mendapati markah murid sangat tidak memuaskan.
Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah anak panah untuk menulis persamaan.
Manakala, pengiraan nilai pemalar dan nilai pemboleh ubah pula adalah dengan menggunakan
bantuan kalkulator bagi menyelesaikan masalah murid yang tidak mahir dalam menyelesaikan
persamaan algebra. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh empat minggu secara
bersemuka apabila sekolah dibuka semula setelah ditutup akibat pandemik COVID-19. Ujian
pos telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan kaedah yang saya gunakan. Keputusan
ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid dan hasil temu bual, saya mendapati murid
lebih yakin untuk menjawab soalan bagi topik Ubahan dengan menggunakan kaedah anak
panah kerana kaedah ini mudah diaplikasikan dan difahami.
Kata Kunci: ubahan bergabung, ubahan langsung, ubahan songsang, 5 Dinamik, kaedah
anak panah, persamaan algebra.
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK PEN3ISPE DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN EMPAT CEMERLANG
Ainah binti Mastul
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid masih tidak dapat menulis karangan
dengan ayat gramatis yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 Cemerlang, SMK Limbanak,
Penampang dalam sub topik 10 Kemahiran Menulis, Bahasa Murni, Wajah Peribadi. Seramai
lima orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
semakan, temu bual dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan lima orang murid dikenal pasti
masih lemah menulis karangan dan mendapat markah rendah dalam menjawab soalan Bahasa
Melayu kertas 1, Bahagian B dan semasa sesi temu bual dijalankan didapati murid masih keliru
dan tidak menguasai teknik menjawab soalan Bahasa Melayu, Kertas 1, Bahagian B, Format
Baharu Sijil Pelajaran Malaysia, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Perancangan
tindakan difokuskan kepada teknik Pen3IsPe untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan
dengan ayat yang gramatis mengikut panduan teknik menjawab yang betul dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh lapan minggu. Keputusan setelah melaksanakan ujian pos telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari kajian ini pula menunjukkan murid lebih
mudah mengingat teknik yang disampaikan oleh guru bagi tujuan PdPR semasa pandemik
COVID-19. Murid lebih yakin dalam menulis karangan yang gramatis dan murid dapat menjawab
soalan karangan dengan baik serta guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dapat
mengajar lebih mudah dalam komponen penulisan karangan.
Kata kunci: PdPR, kemahiran menulis karangan, Bahasa Melayu, kertas 1, tingkatan 4
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ISI KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
DIGIT MINDA BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
CEMERLANG SEMASA PANDEMIK COVID 19
Roziah Binti Ali Hussain
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam bahagian
penulisan karangan bahagian B mata pelajaran Bahasa Melayu. Seramai 13 orang murid
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis dokumen iaitu latihan
murid dan temu bual yang dijalankan secara dalam talian. Hasil tinjauan menunjukkan murid
menghadapi masalah mengembangkan ayat-ayat dalam perenggan isi dengan baik dan
gramatis. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran
murid dalam mengembangkan idea-idea khususnya dalam perenggan isi karangan dengan
penglibatan kaedah DIGIT MINDA dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh lima bulan.
Keputusan setelah melaksanakan ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi murid yang
sangat ketara. Dapatan dari kaedah DIGIT MINDA menunjukkan murid lebih mahir dan minat
dalam menghasilkan huraian isi karangan dengan baik dan penuh keyakinan. DIGIT MINDA
berkesan dan dapat menerapkan Kemahiran PAK 21 dalam kalangan murid serta membantu
memudahkan untuk guru mengajar.
Kata Kunci: Digit Minda, kemahiran menulis, Karangan Bahagian B, Bahasa Melayu.
USING BIOSTORM TO ENHANCE MEMORIZATION SKILLS OF SEMESTER TWO FORM 6
STUDENTS IN PU1A CLASS FOR CHAPTER 13 INFECTIOUS DISEASES DURING THE
OUTBREAK OF COVID-19
Marcella Esther Justin Jimbangan
[email protected]
ABSTRACT
How can a science teacher support, help and guide semester two students during the outbreak
of COVID-19 in developing an appropriate series of methods on how to memorize and sustain
the information that they have acquired longer? This action research is conducted to investigate
the issue that the students faced where they couldn’t even score more than 5 marks in section
C Biology examination paper for chapter 13 Infectious Diseases. Biology students are facing
problem in memorizing an influx of information within the time frame given. This case study
involved three semester two students that took Biology subject. Based on prior observations, all
three students were having hard times in writing essays, students lack the ability to remember
or recalling previously learned facts. In this action research, a method was introduced which is
called BIOSTORM to enhance their memorization skills through series of memorizing techniques
using 3 types of sensory activities. Therefore, it is necessary for the students to acquire a series
of method on how to enhance memorization skills to improve their scores in their exam. This
study has been conducted since July 2021 to September 2021. The result shows that there is a
slight improvement among the students based on monthly test result whereby all the students
managed to get at least 8 marks in section C for Chapter 13: Infectious Diseases.
Keywords: outbreak of COVID-19, series of method, sustain, influx of information, to enhance
memorization, test
PENGGUNAAN NOTA POKET DAN NOTA LIPAT
Verinitus Bin Santiong, Ruhayu Binti Ramli
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan nota poket / nota lipat
yang digunakan dalam kalangan pelajar tingkatan enam yang mengambil subjek Pengajian
Perniagaan. Seramai 45 pelajar terlibat dalam kajian ini. Pelajar didapati tidak dapat mengingat
fakta-fakta khusus menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan serta tidak mendapat
sebarang markah yang baik semasa peperiksaan STPM. Guru menggunakan teknik nota lipat
atau nota poket untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar dan meningkatkan
kemampuan pelajar untuk menulis jawapan yang lebih baik dan berimpak semasa peperiksaan.
Dapatan kajian mendapati, penggunaan nota poket atau nota lipat telah meningkatkan
kefahaman pelajar dan membantu pelajar menulis jawapan dan mendapat markah yang lebih
baik. Walau bagaimanapun keberkesanannya dipengaruhi oleh pelbagai faktor persekitaran
yang lain. Guru bercadang untuk memperbaiki lagi penghasilan nota poket / nota lipat yang lebih
baik dan menarik di masa hadapan.
Kata kunci: pengajian perniagaan, nota poket, nota lipat, STPM
MENGGUNAKAN TEKNIK KOTAK DI OTAK BAGI MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN MENULIS ESEI PANJANG PELAJAR GEOGRAFI SEMESTER 2 DALAM
TOPIK SISTEM HIDROLOGI
Anuar Mohd Noh
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di Pusat Tingkatan 6, SMK Limbanak, Penampang. Masalah utama pelajar
saya ialah mereka tidak dapat menjawab soalan esei dengan betul. Tinjauan awal mendapati,
pelajar cenderung menulis jawapan yang bersifat am, terlalu ringkas dan tidak menepati
kehendak soalan menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah. Puncanya, mereka
kurang didedahkan dengan teknik menulis jawapan yang betul. Pelajar didedahkan dengan
teknik menulis jawapan menggunakan teknik Kotak di Otak. Seramai 10 orang responden terlibat
kajian dan kajian ini di jalankan dalam tempoh 8 minggu. Dapatan kajian menunjukkan peratus
lulus meningkat dari 40% (ujian pra) kepada 80% (ujian pos 2) dengan peningkatan peratus
sebanyak 40%. Dapatan kajian mendapati, “Kotak di Otak” memberikan impak positif terhadap
penulisan esei panjang pelajar. Guru berharap teknik ini dapat diperbaiki lagi untuk
meningkatkan kemahiran menulis jawapan esei pelajar yang lebih baik dan berimpak.
Kata kunci: Geografi, tingkatan 6, soalan esei, teknik menjawab
I TEACH I LEARN
Latifah Binti Yusof Embun @ Mohd Yusof
[email protected]
ABSTRACT
“Tell me and I forget. Teach me and I remember. Involve me and I learn” quoted by Benjamin
Franklin, said it all. This “I Teach I learn” action research aims to arouse students’ interest
towards using English Language and to learn effectively by being the teachers themselves and
students to their own peers. When Covid-19 pandemic hits nationwide, along with the world, our
methodologies towards teaching and learning have to be changed in order to suit the needs for
educations. But this has limited students to what they know and learn best, kinaesthetically in a
physical classroom. Secondly, students have very limited space and environment to use English
Language when they are at home, lacking to communicate the language has caused to
deteriorate their English Language proficiencies and skills. Thus, the idea of creating a mentor
mentee approach, I Teach I Learn is a project to give the students the abilities to explore, create,
lead and learn in a fun manner and at the same time, experience the necessary soft skills they
need to be better individuals. The project targeted PU2A who will be sitting for their MUET 3rd
Session in mid-January, next year. A total of 28 students is involved, with the duration of 13 days.
Focusing on language game-based learning and students-centered, students were divided into
7 groups with each one language skill or grammar. They were to create, plan and execute 3 to
4 language games / activities suit their language skill within an hour lesson, into classroom
teaching upon return to school. A successful gamification can convert students into making
learning a joy. This is true as students were actively participated in every teaching-learning done
by their peers for two weeks. “Change is indeed the end results of all true learning.” – Leo
Buscaglia
Keywords: Covid-19 pandemic, I teach I learn, peers, mentor-mentee, proficiencies and
skills, game-based learning, student-centered, change.
MENGASAH KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA LOGIK MENGGUNAKAN TEMPLAT
AlgoT DALAM PENULISAN PENGATURCARAAN KOD C PELAJAR ICT,
SEMESTER 2, PUSAT TINGKATAN 6 SMK LIMBANAK, PENAMPANG
Suriyati Binti Abdul Aziz
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini saya lakukan setelah saya mendapati pelajar sukar untuk berfikir secara logik langkah-
langkah untuk menyelesaikan Project Based Learning berbentuk masalah menggunakan kod
bahasa pengaturcaraan C. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja pelajar,
ujian pra, soal selidik, temu bual serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukan pelajar tidak
dapat menulis kod pengaturcaraan C dan tidak dapat menghasilkan kod yang berkesan untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan. Oleh itu, saya telah memperkenalkan satu templat
untuk membantu pelajar menentukan input, output dan langkah-langkah penyelesaian masalah
menggunakan pseudocode sebelum menulis kod C untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan. Seramai 15 orang murid dalam kajian ini. Sebanyak dua belas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dalam tempoh tiga minggu. Aktiviti ini dijalankan selama 1 jam 30 minit
(Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat). Dapatan kajian mendapati terdapat perubahan ketara
dalam kalangan pelajar dalam penyelesaian masalah dengan lebih sistematik dan terperinci
menggunakan templat AlgoT. Saya bercadang untuk memperbaiki templat ini pada masa akan
datang agar templat ini dapat membantu saya melaksanakan PdP dengan lebih berkesan dan
membantu pelajar untuk menguasai teknik berfikir secara logik semasa menyelesaikan masalah
menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C.
Kata kunci: pengaturcaraan C, kod C, pseudocode, kaedah AlgoT, PdP, project based learning
PENGGUNAAN KAEDAH BAHAGI BENTUK LAZIM BAGI MENUKAR NOMBOR DALAM
ASAS 10 KE NOMBOR ASAS YANG LAIN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK
TOPIK ASAS NOMBOR, TINGKATAN 4 KREATIF
Aifred Bin Aloysius
[email protected]/0138780521
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan penukaran asas 10 kepada
asas lain yang dihadapi oleh murid tingkatan 4 kreatif dalam sub topik matematik. Seramai 10
orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah latihan
yang telah diberikan kepada pelajar tersebut dengan menggunakan kaedah seperti dalam buku
teks dan buku kerja. Hasil daripada tinjauan awal mendapati pelajar sukar untuk menyelesaikan
masalah berkaitan dengan penukaran asas terutama penukaran asas 10 kepada Asas yang lain.
Hasil tinjauan menunjukkan bilangan betul yang telah diperiksa adalah tidak
memberangsangkan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
kemahiran menukar asas nombor 10 kepada asas yang kepada pelajar tingkatan 4 Kreatif dan
kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan adalah memberangsangkan
setelah melaksanakan ujian pos yang mana menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan
dari ujian pos ke dua pula menunjukkan pelajar lebih menguasai untuk menyelesaikan
kemahiran menukar Asas 10 kepada Asas yang lain dengan lebih mudah.
Kata kunci: pandemik COVID-19, Tingkatan 4, berpusatkan pelajar
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RUMUSAN BAHASA MELAYU TINGKATAN
EMPAT INOVATIF DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH FROM NOOB TO PRO.
Hjh.Ramlah Binti Hj.Haring
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid yang masih tidak dapat menulis rumusan
dengan teknik yang betul yang dihadapi oleh murid Tingkatan Empat Inovatif SMK Limbanak,
Penampang dalam sub topik 10 Kemahiran Menulis, Bahasa Murni, Wajah Peribadi. Seramai
tujuh belas orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
kaedah semakan, temu bual dan ujian pos. Hasil tinjauan menunjukkan tujuh belas orang murid
daripada tiga puluh empat orang murid di kelas 4 Inovatif dikenal pasti masih lemah menulis
rumusan dan mendapat markah rendah dalam menjawab soalan rumusan. Semasa sesi temu
bual dijalankan didapati murid masih keliru dan tidak menguasai teknik menjawab soalan
rumusan Format Baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Perancangan
tindakan difokuskan kepada teknik From Noob To Pro untuk meningkatkan kemahiran menulis
rumusan dan pelajar dapat mencari fokus dan isi-isi yang betul dalam bahan yang diberikan.
Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh dua bulan. Keputusan setelah melaksanakan ujian
pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan dari kajian ini pula menunjukkan
murid lebih mudah mengingat teknik yang disampaikan oleh guru bagi tujuan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa pandemik COVID-19. Murid lebih yakin dalam menulis
rumusan dan murid dapat menjawab soalan rumusan dengan baik serta guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mengajar lebih mudah dalam komponen penulisan
rumusan.
Kata kunci: COVID-19, Bahasa Melayu, KSSM, kemahiran menulis rumusan, PdPR
Sekalung Budi
Setulus Penghargaan
Kepada
Semua yang telah menjayakan Kolokium
Kajian Tindakan Peringkat SMK Limbanak,
Penampang kali pertama
dan ucapan terima kasih kepada
Semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung
untuk menjayakan kolokium ini
Terima Kasih
Thank You
Syukran