1
2 Isi kandUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT i Kata Aluan YDP PIBG 3 ii Kata Aluan Pengetua 4 iii Atur Cara Majlis 5 iv Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 6 v Surat Jemputan Ibu Bapa 7 vi Minit Mesyuarat Agung Kali ke 40 8 vii Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023 11 viii Penyata Kewangan PIBG Berakhir Disember 2023 12 ix Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 14 x Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/ 2024 16 xi Pencapaian SPM 2023 18 xii Jawatankuasa Kerja Messyuarat Agung PIBG Kali ke-41 21 xiii Penghargaan 23
3 KATA ALU-ALUaN YDP PIBG Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Bismillahirrahmanirrahim, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik yang sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini merupakan satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan dan kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan dan keperluan sekolah. Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah hasil usaha gigih para pelajar, ibu bapa dan para guru secara bersama dan istiqamah. Kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak. Justeru saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dan memiliki sahsiah terpuji serta cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami. Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat daripada-Nya. Sekian Assalamualaikum.wbkth.
4 KATA ALU-ALUAN PENGETUA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillahirrahmannirrahim Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-41 dapat diterjemahkan pada hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SMK Sungai Udang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari semasa ke semasa supaya SMK Sungai Udang menjadi sebuah sekolah yang gemilang dan terbilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua mengharapkan peningkatan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anakanak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian Terima kasih,
5 ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 SMK SUNGAI UDANG, MELAKA TARIKH : 8 JUN 2024 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TS25, SMKSU 8.00 pagi - Kehadiran ibu bapa/ penjaga dan guru 8.30 pagi - Ketibaan tetamu dan perasmi Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali ADUN Lendu - Nyanyian Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya - Bacaan doa - Ucapan Pengetua SMK Sungai Udang En. Mohd Azizi bin Yahaya - Ucapan YDP PIBG En. Mohmad Nizam bin Dawood - Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 & Perasmian Bangunan TS25 SMK Sungai Udang - Gimik Perasmian Bangunan TS25 SMK Sungai Udang oleh Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali ADUN Lendu - Penyampaian Hadiah Kecemerlangan SPM 2023 - Penyampaian Cenderamat Perasmi - Jamuan VIP - Taklimat PAJSK - Taklimat PVMA - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 - Bersurai
6 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA Tel. Sekolah : 06-3512132 / No Fax : 06-3510152/ 019-6675993 (Setiausaha) ____________________________________________________________________________________ Rujukan : SMKSU/ PIBG/ 2024/ ( ) Tarikh : 16 MEI 2024 YB / Dato ‘ / Datuk / Datin / Tuan / Puan NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI UDANG KALI KE-41 Notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang, Melaka kali ke-41 akan diadakan seperti ketetapan berikut : TARIKH : 8 JUN 2024 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TS25 SMK SUNGAI UDANG 2. Agenda mesyuarat : 2.1 Ucapan aluan YDP PIBG 2.2 Ucapan Penasihat PIBG 2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG SMKSU kali ke-40. 2.4 Membentang laporan aktiviti tahunan. 2.5 Membentang dan meluluskan penyata kewangan berakhir Disember 2023. 2.6 Membahaskan usul (sekiranya ada). 2.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG SMKSU bagi sesi 2024/ 2026. 2.8 Hal-hal lain. 2.9 Ucapan penangguhan. 3. Kerjasama, sokongan dan kehadiran tuan / puan menghadiri mesyuarat ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” “Bersatu, Berpengetahuan, Berdisiplin” Saya yang menjalankan amanah, ...........Hasril Amir Hashim......... (HASRIL AMIR BIN HASHIM) Setiausaha PIBG SMK Sungai Udang, Melaka. Salinan : 1. Pengetua, SMK Sungai Udang, Melaka 2. YDP PIBG SMK Sungai Udang
7 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA Tel. Sekolah : 06-3512132 / No Fax : 06-3510152 ____________________________________________________________________________________ Rujukan : SMKSU/ PIBG/ 2024/ ( ) Tarikh : 16 MEI 2024 SEMUA IBU/ BAPA/ PENJAGA MURID, SMK SUNGAI UDANG, MELAKA Tuan/ Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI UDANG KALI KE-41 Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang, Melaka kali ke-41 pada ketetapan berikut : TARIKH : 8 JUN 2024 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TS 25 SMK SUNGAI UDANG 2. Agenda mesyuarat : 2.1 Ucapan aluan YDP PIBG 2.2 Ucapan Penasihat PIBG 2.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG SMKSU kali ke-40. 2.4 Membentang laporan aktiviti tahunan. 2.5 Membentang dan meluluskan penyata kewangan berakhir Disember 2023. 2.6 Membahaskan usul (sekiranya ada). 2.7 Pemilihan Jawatankuasa PIBG SMKSU bagi sesi 2024/ 2026. 2.8 Hal-hal lain 2.9 Ucapan penangguhan. 3. Bersama-sama ini disertakan surat jawapan kehadiran dan borang penyataan usul. Sila penuhkan borang jawapan kehadiran dan borang penyataan usul sekiranya tuan/ puan mempunyai sebarang usul untuk dikemukakan dalam mesyuarat agung kali ini. Sila kembalikan surat jawapan dan penyataan usul pada atau SEBELUM hari Jumaat 24 MEI 2024. 4. Tuan/ puan juga boleh menyatakan kehadiran dan usul mesyuarat agung melalui “Google Form” yang disediakan atau melalui guru kelas anak tuan/ puan. 5. Kerjasama, sokongan dan kehadiran tuan/ puan menghadiri mesyuarat ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” “Bersatu, Berpengetahuan, Berdisiplin” Saya yang menjalankan amanah, ...........Hasril Amir Hashim......... (HASRIL AMIR BIN HASHIM) Setiausaha PIBG SMK Sungai Udang, Melaka.
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI UDANG KALI KE 40 TAHUN 2023 TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TS25, SMK SUNGAI UDANG, MELAKA 1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG 1.1 YDP PIBG, En. Mohmad Nizam bin Dawood mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang kali ke 40. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Pengetua SMK Sungai Udang, En. Mohd Kamar bin Othman atas sumbangan dan kerjasama yang baik dalam membangunkan sekolah ini. 1.2 En. Mohmad Nizam bin Dawood mengalu-alukan kehadiran Pengetua yang baharu iaitu En. Mohd Azizi bin Yahaya ke SMK Sungai Udang. 1.3 En. Mohmad Nizam bin Dawood memaklumkan YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin tidak dapat hadir kerana beliau menghadiri Mesyuarat Agung PIBG anaknya pada pag ini dan YB Datuk Rais menyampaikan salam serta memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang pada pagi ini. 1.4 Beliau juga memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung pada tahun ini tiada pemilihan jawatankuasa baharu dalam kalangan ibu bapa. Oleh itu, jawatankuasa sedia ada kekal hingga Mesyuarat Agung kali ke 41 tahun 2024. Makluman 2.0 Ucapan Penasihat PIBG 2.1 En. Mohd Azizi bin Yahaya, selaku Pengetua dan Penasihat PIBG mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan jawatankuasa PIBG, para ibu bapa serta guru yang dapat meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang. 2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YDP PIBG yang terus memimpin PIBG walaupun anaknya telah tamat persekolahan tingkatan 5. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan jawatankuasa PIBG yang memberi kerjasama membantu pihak sekolah. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada mantan pengetua SMK Sungai Udang iaitu En. Mohd Kamar bin Othman atas sumbangan dan jasa yang dicurahkan kepada sekolah ini. 2.3 En. Mohd Azizi memaklumkan bahawa beliau akan meneruskan perancangan yang telah dirancang dan menambahbaik program sedia ada dari semasa ke semasa. Beliau berazam untuk menjadikan SMK Sungai Udang sekolah yang unggul dari segi akademik mahupun akhlak dan tingkah laku sepertimana slogan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu melahirkan “Anak Yang Baik Lagi Cerdik”. Beliau mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bukan sahaja PIBG, malah dari pihak ibu bapa dan penjaga, masyarakat setempat, agensi kerajaan dan NGO, bersama menggembleng tenaga bagi membantu meningkatkan akademik SMK Sungai Udang dan sahsiah anak-anak SMK Sungai Udang agar lebih cemerlang. 2.4 Akhir sekali beliau memaklumkan beberapa perubahan jawatan dalam jawatankuasa PIBG yang melibatkan guru iaitu Pn. Norhayanti binti Abd Rahman dilantik menjadi Bendahari PIBG yang baharu menggantikan Pn. Noraizan binti Ali dan En. Hasril Amir bin Hashim sebagai Penolong Setiausaha. Makluman
9 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Mesyuarat Agung PIBG SMKSU Kali ke 39 3.1 Setiausaha PIBG, En. Saahwal bin Hassan membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang kali ke 39 untuk pengesahan. 3.2 Cadangan pengesahan oleh : Pn. Siti Norizan binti Mohamad 3.3 Disokong oleh : Pn. Asiah binti Adam Makluman 4.0 Membentang Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 4.1 Setiausaha PIBG, En. Saahwal bin Hassan membentangkan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2022. 5.0 Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2022 5.1 Mantan Bendahari PIBG, Pn. Noraizan binti Ali membentangkan penyata kewangan PIBG SMK Sungai Udang bermula 1.1.2022 hingga 31.12.2022 untuk kelulusan. 5.2 Cadangan oleh : Pn. Teh Zalifah binti Teh Adnan. 5.3 Disokong oleh : En. Badrolhisham bin Bidin. Makluman 6.0 Membahaskan Usul 6.1 Bayaran PIBG tahun 2024 dikekalkan RM70 bagi satu keluarga, manakala bayaran kecemerlangan murid mengikut tingkatan seperti berikut: Tingkatan Bayaran Kecemerlangan Catatan Tingkatan 1 hingga 3 RM50.00 Kekal Tingkatan 4 RM70.00 Tambahan RM20.00 Tingkatan 5 RM100.00 Tambahan RM50.00 Makluman dan tindakan Bendahari PIBG 6.2 Tindakan disiplin oleh pihak sekolah ke atas pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah. 6.2.1 Kesalahan Kali Pertama – Dirampas dan boleh dituntut semula 1 bulan daripada tarikh rampasan. Hanya ibu bapa sahaja dibenarkan menuntut telefon berkenaan. 6.2.2 Kesalahan Kali Kedua – Dirampas dan boleh dituntut semula 6 bulan daripada tarikh rampasan. Hanya ibu bapa sahaja dibenarkan menuntut telefon dan sesi kaunseling bersama Pengetua. 6.2.3 Kesalahan Kali Ketiga – Dirampas dan tempoh tuntutan adalah satu tahun dari tarikh rampasan. Hanya ibu bapa sahaja dibenarkan menuntut telefon tesebut. Makluman dan tindakan GPK HEM dan Unit Disiplin 6.3 Mohon persetujuan mesyuarat agar PIBG memberi bayaran saguhati kepada guru yang mengajar kelas tambahan terutama kepada calon SPM sewaktu cuti. 6.3.1 Respon : En. Tuah bin Ariffin, GPK Pentadbiran memaklumkan usul tersebut telah selesai. Makluman 6.4 Usul ibu bapa yang meminta pihak sekolah dan PIBG mengusulkan kepada JKR dan pihak berkaitan untuk membina jejantas pejalan kaki di hadapan pintu pagar sekolah bagi memudahkan murid melintas.
10 6.4.1 Respon : Laluan jejantas pejalan kaki tidak dapat diluluskan leh JKR kerana jalan raya di hadapan sekolah adalah jalan utama. Murid dikehendaki melintas di lintasan pejalan kaki yang disediakan. Makluman 6.5 Usul ibu bapa mengenai isu beban beg sekolah. 6.5.1 Respon : Pihak sekolah tidak dapat menyediakan almari atau rak buku di kelas. Murid perlu rujuk jadual waktu yang disediakan dan bawa buku teks mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Makluman 6.6 Usul berkaitan murid menunggang motorsikal ke sekolah tidak mempunyai lesen dan tidak mengikut peraturan jalan raya. 6.6.1 Respon : Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan murid yang menunggang dan membonceng motorsikal ke sekolah, terutamanya murid yang tiada lesen memandu dan tidak memakai topi keledar. Pihak sekolah mengambil tindakan tidak membenarkan murid yang tiada lesen memandu meletakkan motorsikal di dalam kawasan sekolah. Makluman 6.7 Usul daripada pihak sekolah meminta kerjasama ibu bapa membantu sekolah mencari dana melalui DERMATHON untuk menampung dana kecemerlangan murid calon SPM 2023. 6.7.1 Respon : Tuan Pengetua meminta kerjasama ibu bapa agar memanjangkan poster Dermathon kepada saudara mara, rakan-rakan yang berjaya dalam usaha mengmpul dana kecemerlangan calon SPM 2023. Kutipan derma dan sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke akaun PIBG SMK Sungai Udang. Makluman 7.0 Ucapan Penangguhan 7.1 YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang dapat hadir dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang kali ini. 7.2 PIBG akan sentiasa menyokong dan membantu pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai matlamatnya. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 tengah hari.
11 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN 1. 05.01.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Persaraan Ustazah Hamidah binti Ismail 2. 06.01.2023 Majlis Perpisahan Pn. Zaidatul Suhaida binti Ab. Wahab yang berpindah ke Putrajaya 3. 14.1.2023 Majlis Apresiasi Calon SPM SMK Sungai Udang 2022/ 2023 4. 19.01.2023 Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023 5. 26.01.2023 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana SPM SMK Sungai Udang 2022/ 2023 6. 06.02.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Persaraan Pn. Naja Siah binti Salih, GKMP Kemanusiaan 7. 10.02.2023 Majlis Anugerah Kualiti SMK Sungai Udang tahun 2022/ 2023 8. 17.02.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Persaraan Pn. Hjh.Rosni binti Daud, GPK Pentabiran 9. 21.03.2023 Program PIBG Bersama Murid Tingkatan 2 dan 3 dikendalikan oleh Pn. Hjh. Norizan binti Mohamad dan Pn. Suhailawati binti Juritah 10. 22.03.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Perpisahan Cikgu Haidiana binti Ripen, Pn. Nurul Akma binti Mohammad dan En. Mohd Ahmir bin Zakaria (AKP) 11. 10.04.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Persaraan Pn. Lai Soo Wee 12. 11.04.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Perpisahan Tuan Pengetua, En. Mohd Kamar bin Othman ke SMK Dato Dol Said 13. 08.05.2023 Majlis Pelantikan Pemimpin Murid Sesi Akademik 2023/ 2024 14. 19.05.2023 Majlis Sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Sungai Udang 2023 15. 26.05.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Persaraan Pn. Hjh. Rosnah binti Zainal, GKMP Bahasa 16. 24.06.2023 Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang kali ke 40 17. 21.07.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Perpisahan En. Saahwal bin Hassan yang dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SMK Ade Putra 18. 18.08.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Perpisahan Pn. Marziah binti Ahlal, GPK Kokurikulum, yang dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SMK Kem Terendak 19. 25.08.2023 Majlis Sanjungan Budi Jambangan Kasih Sempena Persaraan Pn. Siti Dahlia binti Dalip 20. 09.09.2023 Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Sungai Udang 2023 21. 21.09.2023 Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Murid Tingkatan 5 Siri 1 Sesi Akademik 2023/ 2024 22. 31.10.2023 Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Peringkat SMK Sungai Udang 2023 23. 02.12.2023 Majlis Apresiasi Calon SPM SMK Sungai Udang 2923 24. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
12
13
14 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG BIL. PENCADANG USUL CADANGAN USUL 1. SMKSU Bayaran Persekolahan Sesi 2025/ 2026 Tingkatan 1 hingga 3 – RM 135.00 (Dikekalkan) Tingkatan 4 dan 5 – RM 185 (Dikekalkan) 2. SMKSU Pengurusan Disiplin: Tindakan untuk mengatasi masalah murid lewat sampai ke sekolah. Fasa Lewat 1 (7.30 pagi – 7.40 pagi) Diberikan nasihat dan peringatan Fasa Lewat 2 (7.40 pagi – 7.50 pagi) Melaksanakan aktiviti amal / kerohanian Fasa Lewat 3 (7.50 pagi – 8.00 pagi) i) Melaksanakan aktiviti amal / kerohanian ii) Kesalahan akan direkodkan dalam SSDM Fasa Lewat 4 (8.00 pagi dan ke atas) i) Pintu pagar ditutup ii) Ibu bapa/ penjaga akan dihubungi untuk membawa anak masuk ke sekolah iii) Menandatangai surat akujanji iv) Kesalahan akan direkodkan dalam SSDM v) Melaksanakan aktiviti amal / kerohanian 3. SMKSU Pengurusan Disiplin: Tindakan mengatasi masalah disiplin rambut tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Pihak sekolah akan memotong rambut murid dengan bayaran RM 15.00 4. SMKSU Pengurusan Disiplin: Tindakan terhadap murid yang tidak mengikuti aktiviti sekolah tanpa sebab (ponteng melebihi 2 kali) i) Menghubungi ibu bapa dan menandatangani surat akujanji ii) Kesalahan akan direkodkan dalam SSDM 5. SMKSU Pengurusan Disiplin: Tindakan mengatasi masalah murid menunggang motorsikal dan tidak memakai topi keledar Pihak sekolah akan memanggil pihak penguatkuasa secara berkala untuk melakukan pemeriksaan 6. SMKSU Pengurusan Disiplin: Isu Vandalisme Harta Benda Sekolah Pihak sekolah akan memanggil ibu bapa murid yang merosakkan harta sekolah, seterusnya membuat penggantian. 7. SMKSU Pengurusan Disiplin: Merokok dan menghisap vape dalam kawasan sekolah Pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa dan pihak KKM untuk mengeluarkan notis saman. 8. SMKSU Mohon semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 membeli kalkulator sendiri bagi memudahkan proses PdPc mata pelajaran Matematik dalam kelas.
15 9. Pn. Atfina binti Md Saad Mohon pengawasan dari pihak berkenaan sewaktu murid pulang dari sekolah kerana jalan raya agak sesak, contohnya semasa murid melintas jalan. Beliau berharap pihak PIBG juga membuat pemantauan tentang hal ini. 10. En. Kala a/l Maniam Cadangan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kelas tambahan untuk murid yang nak ambil kelas bahasa Cina. 11. Pn. Wan Mazlina Wan Mohamad Cadangan agar kebersihan tandas sekolah ditingkatkan. 12. En. Mohd Ismail bin Abdullah 1) Memantau harga makanan di kantin yang mahal. 2) Mohon sekolah menyediakan sabn basuh tangan di tandas. 3) Mohon pihak sekolah menyediakan makanan tambahan kepada murid yang kurang kemampuan, contohnya RMT. 4) Mohon tuan pengetua ambil cakna tentang segelintir guru kelas yang tidak memberi respon terhadap pertanyaan ibu bapa tentang hal sekolah atau anakanak dalam group kelas. 13. Pn. Khalila binti Sheikh Md. Fadzullah Isu beg sekolah murid terlalu berat, mohon agar pihak sekolah mencari alternatif untuk bantu selesaikan hal tersebut. 14. En. Mohd Nazri bin Ismail Cadangan agar pihak sekolah lebih fleksibel tentang masa pulang murid dan waktu kokurikulum agar murid tidak keletihan untuk kesinambungan pemmbelajaran di rumah. 15. En. Muhammad Zairi bin Ghazali Mohon pihak sekolah menerapkan kesedaran tentang keburukan budaya‘body shaming” yang boleh mengganggu emosi murid. 16. Pn. Nur Hidayah binti Mazlan 1) Bertanya berkaitan penglibatan murid dalam program yang dianjurkan bagi mewakili sekolah, adakah dana persediaan untuk program tersebut dari ibu bapa sepenuhnya atau pihak sekolah dan PIBG? 2) Pihak sekolah menganjurkan program pertukaran pelajar bagi murid yang berpotensi dan cemerlang. 3) Pihak sekolah menganjurkan bulan tanpa kata kesat dan kasar. Hal ini kerana, beliau dapati ketika hari sukan yang lepas, rata-rata murid mengeluarkan katakata kesat dan kasar semasa bertutur dengan rakan. Dengan penganjuran program sedemikian, ia dapat membantu pembentukan sahsiah murid yang unggul.
16 JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/ 2024 BIL. NAMA JAWATAN 1. En. Mohmad Nizam bin Dawood YDP PIBG 2. Pn. Siti Norizan binti Mohamad NYDP PIBG 3. En. Hasril Amir bin Hashim Setiausaha 4. Cik Nur Nadia Fariza binti J.Sam Pen. Setiausaha 5. Pn. Norhayanti binti Abdul Rahman Bendahari 6. En. Badrol Hisham bin Bidin AJK Ibu Bapa 7. En. Abdul Hameed bin Bahari AJK Ibu Bapa 8. En. Mohd Hamdan bin Sudin AJK Ibu Bapa 9. Pn. Teh Zalifah binti Teh Adnan AJK Ibu Bapa 10. Pn. Asiah binti Adam AJK Ibu Bapa 11. Pn. Rakhiyah binti Mohd Ihsan AJK Ibu Bapa 12. Pn. Suhailawati binti Juritah AJK Ibu Bapa 13. Pn. Rosiah binti Husin AJK Ibu Bapa 14. Pn. Norwazni binti Ishak AJK Ibu Bapa 15. Pn. Nur Fatihah binti Ismail AJK Ibu Bapa 16. Pn. Suzana binti Sahat AJK Ibu Bapa 17. En. Hasman bin Kasim AJK Guru 18. En. Wan Anuar bin Wan Abdul Aziz AJK Guru 19. En. Abdul Aziz Hanzalah bin Mohd Zawawi AJK Guru 20. Pn. Hasniza binti Salleh AJK Guru 21. Cik Fadzillah binti Mad Sidek AJK Guru 22. Pn. Suhaila binti Siron AJK Guru EX-OFFICIO 1. En. Mohd Azizi bin Yahaya Penasihat PIBG/ Pengetua 2. Pn. Jahrah binti Md. Jali GPK Pentadbiran 3. Pn. Mariam binti Mustapha GPK HEM 4. Pn. Shamsidah binti Hassan GPK Kokurikulum 5. Pn. Fouzah binti Mahmood Penyelaras PPKI
17 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/ 2026 BIL. NAMA JAWATAN 1. YDP PIBG 2. NYDP PIBG 3. AJK Ibu Bapa 4. AJK Ibu Bapa 5. AJK Ibu Bapa 6. AJK Ibu Bapa 7. AJK Ibu Bapa 8. AJK Ibu Bapa 9. AJK Ibu Bapa 10. AJK Ibu Bapa 11. AJK Ibu Bapa 12. AJK Ibu Bapa 13. AJK Ibu Bapa
18 PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2023 BIL. NAMA PENCAPAIAN 1. Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 9A 2. Muhammad Zawawi bin Royalee 6A 3. Aus Haikal bin Mohd Izuan 5A 4. Mia Marlisa binti Ismail 5A 5. Zulaikha Dania binti Mohd Kashfullah 5A 6. Arif Nazhan bin Yusri 4A 7. Khalishah Afdalina binti Mohamad Firdaus 4A 8. Nur Maisarah Irdina binti Zaharisam 4A 9. Putri Azura binti Mohd Jamlus 4A 10. Muhammad Ikmal bin Ab Rahman 3A 11. Muhammad Adi Putra bin Nor Apian 3A 12. Siti Nur Aisah binti Abdullah 3A 13. Glennia Tricia anak Jerry 2A 14. Nur Farhanah Syazwani binti Mohamad Rashid 2A 15. Muhammad Asyraaf bin Rosdin 2A 16. Muhammad Aqil Farhan bin Mohd Azmi 2A NAMA MURID TERBAIK MATA PELAJARAN BIL. MATA PELAJARAN NAMA 1 Bahasa Melayu Mia Marlisa binti Ismail 2 Bahasa Inggeris Aus Haikal bin Mohd Izuan 3 Sejarah Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 4 Pendidikan Islam Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 5 Pendidikan Moral Glennia Tricia anak Jerry 6 Matematik Arif Nazhan bin Yusri 7 Sains Putri Azura binti Mohd Jamlus 8 Pendidikan Seni Visual Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 9 Kesusasteraan Melayu Komunikatif Siti Nur Aisah binti Abdullah 10 Sains Sukan Muhammad Ikmal bin Ab Rahman 11 Matematik Tambahan Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 12 Kimia Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 13 Biologi Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 14 Fizik Muhammad Zahirul Irfan bin Mohd Zahir 15 Produksi Reka Tanda Muhammad Amirul Mukminin bin Zulkifly
19 PANITIA YANG BERJAYA MENINGKATKAN GPMP BIL. MATA PELAJARAN 2023 2022 BEZA 1. 1103 Bahasa Melayu 3.62 4.76 1.14 2. 1119 Bahasa Inggeris 5.90 6.40 0.44 3. 1223 Pendidikan Islam 4.63 5.36 0.73 4. 1225 Pendidikan Moral 1.50 3.75 (2021) 2.25 5. 1249 Sejarah 5.15 5.58 0.43 6. 1511 Sains 4.76 5.44 0.66 7. 2611 Pendidikan Seni Visual 3.82 4.04 0.22 8. 4531 Fizik 5.64 6.00 0.36 9. 4541 Kimia 6.43 6.44 0.01 10. 4551 Biologi 5.29 5.94 0.65 11. 7405 Produksi Reka Tanda 2.08 2.48 0.40 GPS SEKOLAH 5.38 5.62 0.24 Bil. Kod MP Mata Pelajaran Jumlah & % Lulus Beza (%) Lulus 2023 - 2022 PRESTASI 2023 2022 1. 1103 Bahasa Melayu 82 100.00 89 100.00 0.00 KEKALKAN 100% 2. 1119 Bahasa Inggeris 76 92.68 72 80.90 11.78 NAIK 3. 1223 Pendidikan Islam 69 97.18 63 78.75 18.43 NAIK 4. 1225 Pendidikan Moral 2 100.00 100.00 KEKALKAN 100% 5. 1249 Sejarah 82 100.00 84 94.38 5.62 NAIK 6. 1449 Matematik 46 63.01 48 60.76 2.25 NAIK 7. 1511 Sains 59 100.00 56 91.80 8.20 NAIK 8. 2611 Pendidikan Seni Visual 22 100.00 23 100.00 0.00 KEKALKAN 100% 9. 3766 Perniagaan 26 100.00 18 100.00 0.00 KEKALKAN 100% 10. 3767 Ekonomi 23 88.46 15 83.33 5.13 NAIK 11. 4531 Fizik 14 100.00 16 88.89 11.11 NAIK 12. 4541 Kimia 14 100.00 16 88.89 11.11 NAIK
20 13. 4551 Biologi 14 100.00 18 100.00 0.00 KEKALKAN 100% 14. 4572 Sains Sukan 27 100.00 18 100.00 0.00 KEKALKAN 100% 15. 7405 Produksi Reka Tanda 12 100.00 21 100.00 0.00 KEKALKAN 100%
21 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SUNGAI UDANG KALI KE 41 TAHUN 2024 PENGERUSI : En. Nohd Azizi bin Yahaya TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Jahrah binti Md. Jali NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Mariam binti Mustapha NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Shamsidah binti Hassan SETIAUSAHA : En. Hasril Amir bin Hashim PEN. SETIAUSAHA : Cik Nur Nadia Fariza binti J.Sam BENDAHARI : Pn. Norhayanti binti Abdul Rahman PENYELARAS MAJLIS DAN PROTOKOL Pn. Syakirah binti Mat Saad PENYAMBUT TETAMU Semua Pentadbir AJK PIBG TEKS UCAPAN PERASMI Pn. Sapiah binti Eberahim PERASMIAN BLOK TS25 En. Abdul Haris bin Johar KOMPANG/ PERSEMBAHAN MURID Tn. Hj. Mohd Faizal bin Mohd Noor Nur Afiqah binti Othman PENGACARA MAJLIS En. Mohamad Hafizulhelmi bin Mohd Hanafi Pn. Noor Farhana Makhfuzah Muhammed Samsun PENDAFTARAN IBU BAPA/ GURU/ PENERIMA ANUGERAH Pn. Sharifah Nabiah binti Nordin (t1) Pn. Low Ai Ni (T2) Pn. Tan Yan Peng (T3) Pn. Ainaa Aqilah binti Mohd Yazid (T4) Pn. Nor Rasyidah binti Mohd Rasid (T5) Pn. Nor Hazwani binti Abd Wahi (PK) En. Queek Pei Shee (Guru & Penerima Anugerah) BROSUR/ BANNER Pn. Nurjazmine Syahnaz binti Ghazalee Pn. Nazirah binti Nasir BACAAN DOA Ust Wan Anuar bin Wan Abd Aziz BUKU PROGRAM Pn. Farah Wahidah binti Mohd Yajid (K) Cik Fadzillah binti Mad Sidek Cik Noor Fazilah binti Aziz Pn. Ku Nor Nasirah binti Ku Ariffin PERAKAM Pn. Ainaa Aqilah binti Mohd Yazid Pn. Masitah binti Omar MONTAJ/ VIDEO AKTIVITI SEKOLAH Pn. Herney binti Mohamed PENCATAT MINIT En. Muhammad Amirul Hafeez bin Abdul Razak Pn. Nur Sarah Amalina binti Hj. Mohd Nor Cik Nur Ramizah binti Roslee DOKUMENTASI Cik Nur Nadia Fariza binti J.Sam PENYELARAS HADIAH/ SIJIL ANUGERAH Pn. Nor Nizaimah binti Mat CENDERAMATA PERASMI Pn. Siti Norwahidah binti Mohmad Cik Siti Khadijah binti Johari JEMPUTAN PENERIMA ANUGERAH Pn. Zakilah binti Md Noor En. Abdul Aziz Hanzalah bin Mohd Zawawi HADIAH DAN SIJIL PENCAPAIAN SPM 2023 Cik Hashimah binti Hassan (K) Pn. Rozalina binti Mohd Arshad Pn. Nurul Ain binti Norman
22 CABUTAN BERTUAH Pn. Haslindah binti Hashim (K) Pn. Cha Huey Chyun Pn. Nur Atiqah binti Mat Arus PENYELARAS PERSIAPAN TEMPAT En. Firdaus bin Talib PERSIAPAN DEWAN/ SUSUN ATUR KERUSI/ MEJA MESYUARAT En. Mohd Padil bin Mat Saad (K) En. Ahmad Faiz bin Mohlisin En. Ahmad bin Arshad En. Mohd Helmi bin Basir SIARAYA En. Mohd Jefrie bin Mohd Rozi En. Marzuki bin Abdullah 2 Pengawas HIASAN PENTAS Pn. Aznida binti Nordin (K) Pn. Suhaila binti Siron Pn. Siti Nur Masitah binti Ruslim Pn. Noorzaimah binti Mohd KEBERSIHAN SELEPAS MAJLIS En. Azman bin Che Long En. Mohd Norafif bin Mohd Amin 5 Pengawas/ PRS KAWALAN LALULINTAS/ PARKIR En. Norazlan bin Amzah En. Hazman bin Kasim 5 kadet KRS PENYELARAS JAMUAN Pn. Rofidah binti Said Abd Rahman JAMUAN VIP Cik Siti Nooryuslillahwati binti Md Johan (K) Pn. Fouzah binti Mahmood JAMUAN IBU BAPA & GURU Pn. Hasniza binti Salleh (K) Pn. Noraziah binti Abdul Aziz Pn. Noralifawati binti Ali Pn. Noraizan binti Ali Pn. Fatimah binti Mohamad
23 PENGHARGAAN Yang Dipertua PIBG dan ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sungai Udang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Yang Berhormat Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali Ahli Dewan Undangan Negeri LENDU , Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Yang Berusaha Tuan Ab Haji Malek bin Kasim Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah Yang Berusaha En. Mohd Azizi bin Yahaya Pengetua SMK Sungai Udang Barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru SMK Sungai Udang Semua waris, ibu bapa dan penjaga murid SMK Sungai Udang serta semua pihak yang terlibat dalam menyumbang idea, wang ringgit, masa dan tenaga serta kepakaran bagi menjayakan majlis ini. Semoga segala sumbangan ikhlas YB Datuk Seri Utama dan tuan/ puan akan diberkati dan dirahmati Allah serta diganjari dengan pahala yang berlipat ganda.