The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RBT3-0623 Tu Siw Ing, 2023-06-20 11:15:35

Insinerator :Teknologi Menyelesaikan Isu Pembuangan Sisa Pepejal.

INSINERATOR: TEKNOLOGI MENYELESAIKAN ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU PALS 1012 NAMA PELAJAR : TU SIW ING ANGKA GILIRAN : 2022162310108 KUMPULAN/UNIT : 3PPISMP/RBT 3 NAMA PENSYARAH : DR. HAIRIAH BINTI MUNIP


1.0 Pengenalan --------------------------------- 1-3 2.0 Isu Pengurusan Sisa Pepejal --------- 4-6 3.0 Teknologi Hijau : Insinerator --------- 7-8 3.1 Proses ---------------------------------- 9 3.3 Kelebihan ------------------------------ 10-11 3.4 Kekurangan --------------------------- 12 4.0 Alternatif lain: Amalan 5R ------------- 13 4.1 Reduce (Mengurangkan) --------- 14 4.2 Reuses (Mengguna semula) ---- 15 4.3 Recycle (Kitar semula) ------------ 16-17 4.4 Repair (Membaiki pulih) ---------- 18 4.5 Rethink (Fikir semula) ------------- 19 5.0 Rumusan ------------------------------------ 20 6.0 Rujukan -------------------------------------- 21-22 Isi Kandungan


Sisa pepejal secara umumnya merujuk kepada sampah-sarap atau bahan buangan yang bukan dalam bentuk cecair mahupun gas (Anuar &Wahab, 2015). Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), sisa pepejal boleh ditakrifkan sebagai apaapa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki; benda yang dilupuskan kerana pecah, lusuh, tercemar atau rosak; atau bahan yang mengikut Akta dikehendaki dilupuskan, tetapi tidak termasuk buangan berjadual yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kumbahan yang ditakrifkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau sisa radioaktif yang ditakrifkan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984. Sisa pepejal juga merupakan pepejal buangan yang terhasil daripada aktiviti manusia dan haiwan. 1.0 Pengenalan 1


Peruntukan Akta 672 adalah bermatlamat untuk mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal. Sisa pepejal terkawal adalah apa-apa sisa pepejal yang tergolong dalam kategori berikut: sisa pepejal komersial sisa pepejal keinstitusian sisa pepejal pembinaan sisa pepejal perindustrian sisa pepejal isi rumah sisa pepejal awam sisa pepejal import sisa pepejal yang ditetapkan dari semasa ke semasa sisa pepejal khas 2


Jenis Sisa Pepejal Terkawal Definisi Sisa pepejal komersial apa-apa sisa yang dihasilkan daripada aktiviti komersial Sisa pepejal pembinaan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan atau perobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan Sisa pepejal isi rumah apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman termasuklah sisa taman Sisa pepejal perindustrian apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian Sisa pepejal keinstitusian sisa pepejal yang dihasilkan daripada beberapa premis atau tempat kemudahan seperti premis pendidikan Sisa pepejal import sisa pepejal yang dihasilkan di negara lain dan diimport ke Malaysia untuk diproses atau dilupuskan Sisa pepejal awam sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam di bawah kawalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sisa pepejal khas sisa pepejal yang berbahaya kepada kesihatan awam atau sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan sehingga perlu peruntukan khas untuk menguruskannya Jadual 1 Definisi sisa pepejal terkawal 3


2.0 Isu Pengurusan Sisa Pepejal Isu berkaitan pengurusan sisa pepejal bukanlah isu yang baharu di Malaysia. Pembangunan di Malaysia telah menyaksikan perkembangan mendadak kawasan penempatan perumahan, institusi dan industri serta pusat perdagangan saban tahun. Kepesatan pemodenan negara juga turut mengakibatkan semakin banyak kuantiti sisa pepejal yang semakin kompleks daripada segi komposisinya dihasilkan oleh masyarakat setiap hari. Jumlah sisa pepejal yang dijana semakin meningkat disebabkan oleh peningkatan penduduk, pertumbuhan ekonomi dan peningkatan proses industri (Hassan et al., 2002). Rajah 1 telah menunjukkan angka penghasilan sampah semakin lama semakin bertambah seiring dengan pertambahan jumlah penduduk Malaysia. 4 Sumber: Ekonomi Rakyat, 2023. Rajah 1 Statistik penghasilan sampah harian di Malaysia


Sumber: Harian Metro, 2021. Rajah 2 Data Penjanaan Kutipan Sampah 2012-2022 Menurut data penjanaan kutipan sampah yang diterbitkan oleh Harian Metro bertarikh 20 Julai 2021, dijangka 39,936 tan sampah akan dibuang setiap hari sepanjang tahun 2022 di Malaysia. Ini bermakna rakyat Malaysia menghasilkan sisa pepejal pada kadar yang membimbangkan kerana berlakunya peningkatan kutipan sampah setiap tahun dari 2012 hingga 2022. 5


Antara isu berkaitan sisa pepejal semasa ialah kekurangan tapak pelupusan sampah, peningkatan pembuangan sampah dan air larut resap. Pembuangan sisa pepejal menjadi salah satu isu utama dalam kalangan pelbagai negara termasuk Malaysia kerana tanpa pengurusan yang sempurna ia boleh mengakibatkan masalah terhadap kesihatan manusia selain mencemari persekitaran. Masalah ketidakcekapan dan ketidakberkesanan dalam pengurusan sisa pepejal lazimnya berpunca daripada lemahnya sistem pengurusan, tahap kesedaran, penglibatan masyarakat dan lemahnya penguatkuasaan undang-undang (Ghazali & Muda, 1995). Apabila sisa pepejal tidak diuruskan dengan sistematik, maka ia boleh menjadi tempat pembiakan vektor dan roden pembawa penyakit seperti lalat, tikus dan nyamuk seterusnya menyebarkan penyakit berbahaya seperti denggi (Abdul Rahman, 2011). Air larut resap yang terhasil daripada tapak pelupusan sampah diketahui mengandungi pelbagai logam berat, antaranya kadmium (Cd), kuprum (Cu), plumbum (Pb), magnesium (Mg), zink (Zn) dan besi (Fe). Semua bahan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia haiwan serta tumbuhan jika melebihi standard yang ditetapkan selain turut memberi kesan kepada hidupan akuatik (Sakawi et al.,2010). 6


3.0 Teknologi Hijau : Insinerator Walaupun Malaysia mempunyai tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak namun jumlah ini diyakini masih belum mencukupi untuk menampung jumlah sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari oleh rakyat Malaysia. Tambahan pula, sikap dan tabiat tidak endah masyarakat dalam mengamalkan kitar semula turut meningkatkan risiko tapak pelupusan sedia ada semakin cepat mencapai jangka hayatnya. Kesukaran mendapatkan lokasi baru tapak pelupusan serta masalah tapak pelupusan sedia ada yang semakin menghampiri jangka hayatnya menyebabkan teknologi insinerator disebut-sebut antara jalan penyelesaian terbaik kepada masalah ini (Abu Samah & Ishak, 2015). Oleh itu, pengurusan sisa dengan menggunakan teknologi moden yang canggih bukan lagi merupakan satu pilihan sebaliknya satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan kualiti kehidupan kita. 7


Sumber: Berita Harian, 2021. Rajah 3 Insinerator AFES di Pulau Pangkor Rajah 3 menunjukkan salah satu insinerator yang terdapat di Malaysia iaitu di Pulau Pangkor. Insinerator merupakan suatu alatan untuk memproses bahan buangan melalui kaedah haba dari aktiviti pembakaran. Alat ini direka untuk membakar sisa pepejal pada suhu yang tinggi bagi menghasilkan abu yang mempunyai isi padu yang rendah serta mengurangkan kawasan tapak pelupusan. Sisa berbahaya seperti cat, asbestos, karton susu, kertas lap dan piring serta lampin pakai buang adalah tidak selamat dibuang dalam tong sampah dan lebih sesuai dilupuskan dengan menggunakan kaedah insinerator. 8


Menimbang jumlah berat sisa pepejal yang dihantar di jambatan penimbang. Sisa pepejal akan melalui proses pengasingan mekanikal mengikut saiz. Sisa pepejal diangkat menggunakan Grab crane. Sisa pepejal akan melalui Proses Pemulihan Tenaga (Proses Pembakaran). Hasil akhir: Fly ash. Proses Rawatan Kesan Pembakaran untuk menapis zarah-zarah yang berbahaya daripada terlepas ke ruang udara. Hasil akhir: Bottom ash. 3.1 Proses yang Berlaku di dalam Kilang Insinerator Sumber: Buku Teks Asas Kelestarian Tingkatan 5 Rajah 4 Proses yang berlaku di dalam kilang insinerator 9


3.2 Kelebihan Penggunaan Teknologi Insinerator Teknologi loji rawatan termal atau insinerator adalah selamat dan tidak akan membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia serta alam sekitar, malah ia sebenarnya membantu menyelesaikan isu berkaitan alam sekitar (BERNAMA, 2013). Insinerasi adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah pertambahan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan kerana berdasarkan kajian, ia dapat mengurangkan 85 hingga 90 peratus kuantiti sisa pepejal (Berita Harian, 2013). Insinerator membantu mengurangkan pemanasan global dan pencemaran alam sekitar selain berupaya menghasil bahan sampingan yang boleh diguna semula sebagai komponen dalam bahan binaan. Penggunaan teknologi insinerator ini diyakini mampu mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal di Malaysia kerana sistem ini berkeupayaan membakar sisa pepejal dengan lebih cepat berbanding pelupusan sampah dengan menggunakan kaedah konvensional yang sedia ada. Selain itu, kaedah insinerator dapat memanjangkan tempoh jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal kerana tapak pelupusan hanya melupuskan abu sisa insinerator sahaja. 10


Teknologi insinerator ini berupaya membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi antara 500 hingga 600 darjah Celsius dan separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh dibakar setiap hari. Selain itu, hasil pembakaran iaitu abu itu pula dikatakan 99 peratus selamat untuk ditanam di manamana tapak pelupusan sampah yang sedia ada. Bukan itu sahaja, kaedah pembakaran juga dipercayai mampu membakar kuman-kuman yang terdapat dalam sisa bagi mengelakkan masalah penyebaran penyakit. Dalam masa yang sama, sistem ini telah dibina dengan mengambil kira semua aspek bagi mengatasi masalah jerebu, masalah bau busuk dan pelepasan gas dioksin. Penggunaan teknologi insinerator ini dapat membekalkan tenaga yang percuma dan bermanfaat kepada pengguna. Sebagai contoh, melalui proses pembakaran sisa dapat membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna yang memerlukannya. Insinerator dapat menghasilkan tenaga boleh diperbaharui yang boleh diguna pakai semula umpamanya sumber elektrik yang mampu mengurangkan kebergantungan kita kepada penggunaan sumber asli yang semakin menyusut kini (BERNAMA, 2013). 11


3.4 Kekurangan Penggunaan Teknologi Insinerator Walaupun kaedah insinerator menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pelupusan sampah yang meningkat, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antaranya ialah pembinaan pusat pembakaran sebenarnya memerlukan sumber kewangan yang sangat tinggi. Misalnya, pembinaan pusat pembakaran mini di Langkawi sahaja melibatkan kos sebanyak RM5.7 juta. Teknologi ini juga memerlukan kos pembelian alatan yang mahal serta penyenggaraan alatan yang kerap. Selain itu, teknologi ini akan melepaskan gas tercemar seperti karbon dioksida ke udara melalui corong udara dan pencemaran ke dalam air sekiranya abu yang dihasilkan tidak dilupuskan dengan baik. 12


4.0 Alternatif Lain untuk Mengatasi Isu Pengurusan Sisa Pepejal - Amalan 5R Peningkatan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan di Malaysia memerlukan pengurusan yang sistematik dan berkesan, terutamanya bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang perlu dilupuskan. Masyarakat perlu sedar bahawa pengurusan sisa pepejal bukan sahaja tanggungjawab kerajaan dan pihak swasta yang berkenaan, tetapi tanggungjawab semua orang daripada peringkat individu, keluarga dan masyarakat. Amalan 5R iaitu Reduce (Mengurangkan), Reuse (Mengguna semula), Recycle (Kitar Semula), Repair (Membaiki pulih) dan Rethink (Fikir semula) perlu dijadikan amalan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia bagi mengurangkan sisa pepejal. 13


4.1 Reduce (Mengurangkan) Reduce iaitu mengurangankan merupakan langkah pertama yang perlu diambil berat oleh masyarakat. Kaedah ini paling sukar dilakukan oleh masyarakat disebabkan penghasilan banyak produk baharu yang menarik untuk dibeli pada masa kini walaupun produk tersebut sudah dimiliki. Elakkan barangan yang mempunyai banyak pembalut yang menarik sebaliknya membeli barangan yang bekasnya boleh diguna semula. Contohnya, penggunaan botol air minuman plastik seperti botol air mineral seharusnya dikurangkan penggunaannya. Alternatifnya ialah pengguna boleh membawa botol air sendiri. Begitu juga dengan penggunaan bekas polistirena atau bekas plastik makanan di kantin sekolah dan kafe-kafe pejabat. Sekiranya masyarakat dilatih untuk membawa bekas sendiri, sudah semestinya penjanaan sisa pepejal pembungkusan makanan dapat banyak dikurangkan. Sumber: pinterest.com Rajah 5 Dilarang Menggunakan Bekas Polistirena 14


4.2 Reuse (Mengguna Semula) Kaedah yang seterusnya adalah Reuse iaitu mengguna semula. Keadah ini bermaksud menggunakan barang-barang berulang kali sehingga tidak boleh digunakan lagi. Hal ini termasuklah memberikan barang-barang terpakai kepada orang yang memerlukan dan membaiki semula sesuatu barang untuk dijadikan bahan baharu yang berfungsi. Menurut Korst (2012), ini adalah satu kaedah yang berdasarkan kreativiti pengguna, kerana terletak kepada pilihan pengguna bagaimana untuk menggunakan semula sesuatu produk terbuang tersebut. Misalnya, barang-barang terpakai boleh diberikan kepada mangsa bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh yang memerlukan untuk digunkan semula. Selain itu, menggunakan barang-barang yang sudah tidak berfungsi untuk tujuan lain seperti menggunakan botol plastik untuk dijadikan sebagai pasu bunga atau bekas pensel. Sumber: Internet, 2021. Sumber: Internet, 2020. Rajah 6 Pasu bunga yang dihasilkan daripada botol plastik terpakai Rajah 7 Bekas pensel yang dihasilkan daripada botol plastik terpakai 15


4.3 Recycle (Kitar Semula) Recycle (Kitar Semula) pula melibatkan proses pengasingan dan pengumpulan bahanbahan tertentu untuk diproses semula di kilang-kilang kitar semula. Kaedah ini sangat memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan. 16


Terdapat tiga kategori sisa pepejal yang boleh dikitar semula, iaitu: Sumber: Buku Teks Asas Kelestarian Tingkatan 5 Rajah 8 Kategori sisa pepejal yang boleh dikitar semula 17


4.4 Repair (Membaiki pulih) Kaedah yang keempat ialah Repair (Membaiki pulih). Konsep ini ialah membaik pulih alam sekitar iaitu melakukan pemulihan akibat daripada pencemaran alam sekitar. Sebagai contoh, masyarakat perlu mencari jalan yang terbaik apabila berlakunya pencemaran sunyai untuk mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, konsep ini juga boleh ditakrifkan sebagai masyarakat membaiki kerosakan barangan untuk mengelakkan pembelian barangan baharu. Contohnya, membaiki alat-alat elektronik seperti kipas, peti sejuk dan televisyen yang rosak untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Sumber: Lovepik, 2020. Rajah 9 Peti sejuk yang rosak dibaiki pulih 18


4.5 Rethink (Fikir semula) Sumber: iStock, 2021. Rajah 10 Berfikir semula sebelum bertindak Langkah yang terakhir adalah Rethink (Fikir semula) iaitu fikir semula sebelum melakukan setiap tindakan. Misalnya, setiap individu perlu fikir semula sebelum membuang sesuatu barang. Konsep ini adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Masyarakat perlu mengenal pasti sama ada bahan sisa tersebut dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Dengan adanya kesedaran iaitu fikir semula sebelum buang, maka ia dapat membantu untuk mengurangkan sisa pepejal yang dibawa ke pusat pelupusan sampah. 19


5.0 Rumusan Di Malaysia, pengurusan sisa pepejal merupakan satu masalah besar selaras dengan peningkatan jumlah populasi, peningkatan taraf hidup dan aktiviti perindustrian. Pengurusan sisa pepejal di Malaysia yang dipraktikkan kini juga adalah kurang efektif dan tidak membawa kepada pengurusan sisa pepejal yang lestari. Pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan terhadap sebuah masyarakat mampu membawa masyarakat tersebut ke arah pembangunan lestari. Justeru, pengurusan lestari sisa pepejal amat penting kerana jika ianya tidak diuruskan dengan sistematik dan berkesan, impaknya akan terkesan kepada masyarakat dan alam sekitar. Dalam usaha ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Pihak kerajaan dan swasta perlu banyak menggunakan teknologi canggih yang dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal dalam masa yang singkat seperti teknologi insinerator. Adalah menjadi harapan semua agar permasalahan yang berkaitan dengan pelupusan sisa pepejal di Malaysia tidak akan berlarutan lagi dengan penggunaan teknologi yang lebih moden ini dan diharapkan dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada manusia. Selain itu, penglibatan komuniti dalam memastikan pengurusan sisa pepejal yang lestari dan sistematik juga adalah penting. Komuniti perlu sentiasa menyokong dasar kerajaan. Komuniti juga perlu mengamalkan amalan 5R dalam kehidupan seharian dalam kerangka meminimumkan permasalahan pengurusan sisa pepejal. 20


6.0 Rujukan Abdul Wahid Ghazali & Azizi Muda. (1995). Solid Waste Management Planning In Local Authorities In Malaysia: A Need For An Integrated Planning. Jabatan Sains Alam Sekitar: Universiti Putra Malaysia. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Berita Harian. (2013). Kementerian rancang bina tiga incinerator. http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kementerianrancangbinatiga insinerator/Article BERNAMA. (2013). Teknologi Insinerator Selamat. http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=987200. Haliza Abdul Rahman. (2011). Pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Dlm. Haliza Abdul Rahman dan Rapeah Suppian. Persekitaran dan Kesihatan Masyarakat. Penerbit Universiti Utara Malaysia. 66-83. 21


Korst , A. (2012). The Zero-waste Lifestyle: Live Well by Throwing A Way Less. Ten Speed Press. Mohd Anuar, H., & Abdul Wahab, H. (2015). Sisa pepejal dan pembersihan awam: pengurusan dan perundangan. Solid Waste Solution Journal, 1, 1-19. Mohd Armi Abu Samah & Mohd Yusoff Ishak. (2015). Aplikasi teknologi insinerator dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia.Dlm. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail dan Mohd Armi Abu Samah. Meneroka Interaksi Dinamik Dalam Kesihatan Persekitaran. 175-185. Mohd Nasir Hassan, Haniba, N.M. & Tan Beng Hoe. (2002). Cabaran globalisasi dalam sistem pembangunan lestari. Proceedings National Seminar on Environmental Management: Current Development and Future Planning. Universiti Kebangsaan Malaysia. 41-48. Zaini Sakawi, Mohd Hairimi Mohd Ali, Katiman Rostam & Abd Rahim Md Nor. (2010). Impak pengurusan tapak pelupusan ke atas kualiti air sungai di Malaysia: Iktibar dari pengalaman tapak pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Society and Space,6(1): 50-59. 22


SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version