The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DESEDIAKAN OLEH;
BETHRICE YEO AI PING
JUDITH ANAK AJAT
ASSIKIN MENDUH ANAK IMANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bethrice Yeo, 2023-12-02 16:03:13

MPU230042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA: KONSEP MALAYSIA MADANI

DESEDIAKAN OLEH;
BETHRICE YEO AI PING
JUDITH ANAK AJAT
ASSIKIN MENDUH ANAK IMANG

ARKIB MALAYSIA MADANI MPU23042 NILAI MASYARAKT MALAYSIA PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-10 “FAKTA KONSEP MALAYSIA MADANI” “ 6 RUKUN MALAYSIA MADANI” “LOGO DAN 4 TERAS STRATEGIK MALAYSIA MADANI”

ISI KANDUNGAN 1 SIDANG REDAKSI 2 PENGENALAN 3-4 FAKTOR MALAYSIA MADANI 5-6 ENAM RUKUN MALAYSIA MADANI 7-8 LOGO DAN 4 TERAS STRATEGIK MALAYSIA MADANI 9-10 KESIMPULAN DAN SUDUT RENUNGAN 11 RUJUKAN

BETHRICE YEO AI PING 05DEE21F1024 PENULIS DAN EDITOR JUDITH ANAK AJAT 05DEE21F1006 PENULIS DAN EDITOR ASSIKIN MENDUH ANAK IMANG 05DEE21F1030 PENULIS DAN EDITOR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan penuh rasa syukur, kami mengungkapkan terima kasih atas limpahan nikmat kesihatan dan hidayah-Nya. Ini adalah anugerah yang memungkinkan kami terus berbakti dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat melalui Majalah Malaysia Madani. Majalah ini diwujudkan sebagai medium pengetahuan dan sumber inspirasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat positif dan berkualiti kepada pembaca. Keutamaannya terletak pada usaha mencapai kemajuan dan perkembangan Malaysia yang madani. Sebagai pensyarah dan penggerak intelektual, saya berasa bangga dan bersyukur dapat menyumbang pemikiran dan pandangan dalam hal ini. Dalam menghadapi cabaran-cabaran di era globalisasi yang semakin mencabar, kita perlu bersama-sama memahami dan menghadapinya dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Majalah Malaysia Madani diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi dan panduan, membantu masyarakat kita menjadi lebih progresif dan harmoni. Ucapan terima kasih disampaikan kepada semua yang terlibat dalam proses penulisan, penyuntingan, dan penghasilan majalah ini. Tahniah kepada penulis dan penyumbang artikel yang turut menyumbangkan ilmu dan pemikiran yang bermakna. Semoga majalah ini menjadi sumber bacaan yang menyentuh hati dan memberikan manfaat kepada setiap pembaca. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan Majalah Malaysia Madani sebagai wahana yang membawa cahaya pencerahan dan kebaikan kepada masyarakat. Semoga usaha bersama ini menjadi amal jariah yang bermanfaat, dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada setiap usaha kita. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. PRAKATA PENSYARAH KURSUS PENSYARAH: EN. NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB 1

PENGENALAN TEMA: KONSEP PATRIOTISME DAN RUKUN NEGARA Konsep Malaysia Madani telah muncul sebagai satu pendekatan progresif dan inklusif untuk membentuk masa depan Malaysia. Dengan mengambil kira kepelbagaian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, Malaysia Madani mewakili suatu landasan yang mempromosikan kesepaduan, keharmonian, dan dialog antara peradaban. Dalam usaha mengemudi negara ke arah kejayaan di persada dunia, Malaysia Madani menjadi satu bentuk penyatuan nilai-nilai positif yang dihayati oleh masyarakat. Definisi Konsep Malaysia Madani: Malaysia Madani merujuk kepada sebuah negara yang berteraskan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, dan keharmonian di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja menitikberatkan pada aspek-aspek politik, tetapi juga melibatkan nilai-nilai keagamaan, sosial, dan budaya. Konsep ini menekankan sikap saling menghormati antara komuniti berbilang budaya, menggalakkan pembangunan bersama, dan merapatkan jurang di antara kumpulan masyarakat. OBJEKTIF PENULISAN: 1. Menerangkan definisi Konsep Malaysia Madani 2. Mengenalpasti 6 Teras Rukun Malaysia Madani 2

FAKTA KONSEP MALAYSIA MADANI PENULIS:BETHRICE YEO AI PING Pada dasarnya, konsep "Malaysia Madani" adalah gagasan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, adil, dan beradab. Istilah "Madani" berasal dari bahasa Arab yang berarti kota atau masyarakat yang berkembang secara harmonis, dengan fokus pada nilainilai kewarganegaraan, keadilan, dan kemajuan bersama. TAHUKAH ANDA ? Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Gagasan Malaysia Madani dalam sebuah buku terbitannya yang dikenali sebagai SCRIPT sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. 3

OBJEKTIF PENUBUHANMALAYSIA MADANI MEMBASMI KEMISKINAN PENSTRUKTURAN SEMULA EKONOMI MEMULIH DAN MENJANA EKONOMI 1. 2. 3. 4

Penulis : judith anak ajat M A D A N I KEMAMPANAN mensyaratkan kesejahteraan dan kesimbangan, dengan pengertian slaing menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan. M A D A N I KESEJAHTERAAN mewujudkan kesejahteraan rakyat justeru haruslah mengambil kira sikap yang M A baik dan mampan. D A N I DAYA CIPTA mengandungi beberapa konotasi, antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu sebagai tindakan menggubah secara kreatif. M A D A N I HORMAT mengandungi konotasi maruah manusia dan dilihat bukan semata sebagai asas kepada tingkah laku tetapi juga sebagai asas kepada sebuah peradaban. M A D A N I KEYAKINAN mempunyai kaitan yang erat dengan amanah, yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi. M A D A N I IHSAN merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan orang lain, lalu berusaha mencari jalan bagi mengubatinya. 5

Kerajaan juga akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia Madani. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang akan diumumkan menerusi Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Februari nanti bakal mengembalikan asas dan tindakan yang bertepatan dengan konsep yang baharu ini. Seluruh kepimpinan dalam Kerajaan Perpaduan perlu meletakkan asas dan budaya baharu dan meninggalkan perkara lampau yang memberi kesan buruk kepada negara. NI TI PATI BELANJAWAN 2024 MALAYSIA MADANI 6

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiarsecara Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat JALUR- 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni PENULIS: ASSIKIN MENDUH ANAK IMANG LOGO MALAYSIA peradaban menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih 7

1. Membina semula ekonomi melalui pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan. 2.Menjamin kesejahteraan insan ditunjangi prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti. 3.Reformasi institusi demokrasi dan perundingan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar berkaitan. 4.Mewujudkan pentadbiran beramanah menerusi islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi. 4 TERAS STRATEGIK 8

Kesimpulannya, Konsep Malaysia Madanii merupakan suatu usaha yang bernas untuk membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih makmur,maju dan mempunyai kedudkan yang tinggi di mata dunia. Oleh itu, semua rakyat haruslah bekerjasama menjadikan Malaysia sebuah negara yang dibanggakan ramai dengan berlandaskan 6 rukun Malaysia Madani. SUDUT RENUNGAN KESIMPULAN 9

SUDUT RENUNGAN Pada pendapat kami, Konsep Malaysia Madani perlulah disokong oleh semua. Hal ini demikian kerana konsep ini mempunyai matlamat yang jelas dalam membentuk sebuah Malaysia yang lebih maju. PENDAPAT CADANGAN Kami telah mencadangkan agar pihak kerajaan mencuba memberikan banyak pendedahan kepada rakyat tentang pentingnya Konsep Malaysia Madani dengan menggunakan pelbagai platform yang ada. 10

RUJUKAN Sualman, Prof. D. Dr. I. (2023, January 21). Memahami KONSEP Malaysia madani. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/2023/01/memahamikonsep-malaysia-madani/ Nazirah. (2023, May 21). Malaysia madani: Logo, 6 Rukun, Maksud, KONSEP & Lagu. eCentral. https://ecentral.my/malaysia-madani/#google_vignette Pejabat Perdana menteri Malaysia. Go to Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (n.d.). https://www.pmo.gov.my/ms/2023/02/rasional-logomalaysia-madani-2/ Definasi Malaysia madani. Malaysia MADANI. (2023, November 17). https://malaysiamadani.gov.my/pengenalan/ Nazirah. (2023a, May 21). Malaysia madani: Logo, 6 Rukun, Maksud, KONSEP & Lagu. eCentral. https://ecentral.my/malaysia-madani/ Pejabat Perdana menteri Malaysia. Go to Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (n.d.-a). https://www.pmo.gov.my/ms/membangun-malaysiamadani-2/ Saberi. (2023, October 13). Inti Pati belanjawan 2024 Malaysia madani. Buletin TV3. https://www.buletintv3.my/nasional/langsung-inti-patibelanjawan-2024-malaysia-madani/ 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 11

Click to View FlipBook Version