The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURJAFFISHA SOPHIA, 2024-03-19 10:33:10

BUKU LOG KOR SISPA IPGMKSM 2024

BUKU LOG KOR SISPA NAMA: NO. KAD PENGENALAN : UNIT : AMBILAN : KURSUS : NAMA PENSYARAH : NURJAFFISHA SOPHIA BINTI MOHD ZAKI 031027-11-0288 BAHASA MELAYU 3 PISMP JUN 2022 KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM EN. MOHAMAD BIN AB LATIFF


Saya amat bersyukur kepada aturan Tuhan kerana dengan penat lelah dan usaha yang dicurahkan, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi kursus Kokurikulum-Unit Beruniform. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Encik Mohamad Bin Ab Latif kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka anjakan paradigma yang mampu mencetuskan idea dan ruang pemikiran yang baharu dalam menyempurnakan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang menjadi wadah untuk menyiapkan kerja kursus ini, tanpa motivasi dan galakan daripada kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga saya, saya mungkin tidak dapat menyiapkan sebuah kerja kursus yang begitu baik sekali pada pandangan saya. Sejajar dengan itu, saya juga ingin mengutarakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya dan banyak memberi tunjuk ajar serta peringatan kepada saya dengan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh saya kepada mereka. PENGHARGAAN


1.Sejarah Kor Sispa (Pertahanan Awam) Prinsip-prinsip asas KOR SISPA................................. Struktur dan Organisasi KOR SISPA.......................... Pakaian, pengangkutan dan perlatan latihan......... ISI KANDUNGAN 2.Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform KOR SISPA ( Prosedur penubuhan ) Pendaftaran ahli dan kumpulan................................ Punca kuasa................................................................. Pengenalan.................................................................. Matlamat...................................................................... Objektif......................................................................... Logo.............................................................................. Lagu Pertahanan Awam............................................. ( Penubuhan KOR SISPA ) Tadbir urus KOR SISPA............................................... Tugas dan tanggungjawab......................................... ( Pengurusan folio/buku Log/laporan aktiviti


ISI KANDUNGAN ( Pakaian seragam ahli dan pemimpin ) Peraturan pakaian seragam pegawai kadet KOR SISPA.................................................................... Tatacara pemakaian pakaian seragam.................... Lencana dan pangkat................................................. Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang.................................................................... 3.Orientasi Kurikulum Takwim dan rancangan aktiviti................................... Orientasi kurikulum TUSPA di sekolah rendah.........


SEJARAH KOR SISPA


SEJARAH KOR SISPA (1) Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai 'Passive Defence' yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Pada tahun 1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan. Pada tahun 1957 pula The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Aka Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan Negara. Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Tahun 1964 Pertahanan Awan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64). Tahun 1994 pengenalan nama ringkas 'JPA3' mula diguna dan diterima pakai ke seluruh Negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.


Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri. Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos secara rasminya memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan Negara (KN). APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APM pada 1 September 2016. SEJARAH KOR SISPA (2) tahun 1995 Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam. Jabatan Pertahanan Awam mula dikenali sebagai JPAM mulai tahun 2009. Pada tahun 2006 Pertahanan Awan memperkenalkan slogan baru "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul. JPAM diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM. Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara. Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan tugas seperti pengurusan bencana; khidmat kemanusiaan; untuk memberi nasihat kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan awam dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada anggapan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kepentingan negara.


SEJARAH KOR SISPA (3) Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan bole memohon untuk menyertai kor kadet. Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-hal pertahanan awam dan bagi menjalankan latihan bagi maksud pertahanan awam. Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak. Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa manamana orang yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai seorang anggota pasukan itu akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


PRINSIP-PRINSIP ASAS KOR SISPA


4. PRINSIP-PRINSIP KOR SISPA Tidak membahayakan lagi keadaan pesakit. Menggerakkan badan pesakit sebagai satu unit. Pesakit dipindahkan apabila diperlukan. Arahan daripada satu penyelamat sahaja. Menggunakan teknik dan cara mengangkat yang betul.


STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA


STRUKTUR DAN ORGANISASI 4.


PAKAIAN KOR SISPA


PAKAIAN KOR SISPA APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No.3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa-apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. Penyediaan pakaian seragam No.1, No.2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat/ Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing.


PENGANGKUTAN KOR SISPA


PENGANGKUTAN KOR SISPA Pihak IPT bertnggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/ Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan.


PERALATAN LATIHAN KOR SISPA


PERALATAN LATIHAN KOR SISPA Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian. Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/ Daerah dan ILPA sekiranya peralatan IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PROSEDUR PENUBUHAN : PROSEDUR PENUBUHAN :


1.Lengkapkan borang pendaftaran. 2.Yuran pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan/ Guild. 3.Yuran keahlian Kebangsaan Tahunan. 4.Yuran keahlian IPT Tahunan PROSEDUR PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN


PUNCA KUASA KOR SISPA


1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221] 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 [Akta 777] 1.1.6 Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuat Kuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan / Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). PUNCA KUASA KOR SISPA


PENGENALAN KOR SISPA


PENGENALAN KOR SISPA (PERTAHANAN AWAM) IPT merangkumi Universiti Awam/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta/ Institut Pendidikan Guru (IPG) pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masing-masing seperti kerjasama antara Universiti Awam dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-siswi Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform. Selaras dengan hasrat bagi membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mentap dari segi akademik, fizikal, mental serta kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada penubuhan Kor Sispa. Penubuhan ini juga dapat memberi manfaat kepada pelajar itu secara individu, jabatan, universiti dan masyarakat.


MATLAMAT KOR SISPA


MATLAMAT PENUBUHAN KOR SISPA Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


OBJEKTIF PENUBUHAN KOR SISPA


OBJEKTIF PENUBUHAN KOR SISPA Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkahlangkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara.


LOGO RASMI KOR SISPA


LOGO RASMI PERTAHANAN AWAM KONSEP LOGO Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan tempatan.


LAGU PERTAHANAN AWAM KOR SISPA


LAGU PERTAHANAN AWAM Marilah kita semua Bergading bahu mengembleng tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita Padukan jiwa dan raga Sedia berkorban apa saja Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta Malaysia bumi yang bertuah Kami sungguh bangga menjadi warga setia Penuh azam dan tekad bersama Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya Kita sentiasa bersedia Menjunjung wawasan semua Ke arah hidup aman dan sentosa Malayisa Jaya


TADBIR URUS penubuhan kor sispa : penubuhan kor sispa :


TADBIR URUS KOR SISPA Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa seperti dalam perkara 1.0 hingga 4.0. Empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.2 di bawah.


TADBIR URUS KOR SISPA


TADBIR URUS KOR SISPA Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. 1.0 Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan 1.1 Pengerusi Bersama i) Ketua pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii) Ketua Pesuruhjaya APM 1.2 Timbalan Pengerusi Bersama i) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii) Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM


TADBIR URUS KOR SISPA 1.3 Ahli-ahli i) Komandan-komandan Kor Sispa, IPT ii) Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT iii) Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM 1.4 Urus Setia Bersama i) Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii) Bahagian Mahasiswa Holistik


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KOR SISPA


ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA i) Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. ii) Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. iii) Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM iv) Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. v) Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat/ Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. vi) Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat/ Bersekutu yang telah dipersetujui. vii) Merancang dan melaksanakan program-program kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. viii) Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasardasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, penguursan dan latihan Kor Sispa. a. Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (IPPA)


i) Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan aktiviti kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. ii) Menerima dan menyokong perubahan pasukan Kor Sispa. iii) Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. iv) Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. v) Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. vi) Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. b. Angkatan Pertahanan Awam Negeri


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA i) Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. ii) Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. iii) Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. iv) Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. v) Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. a. Kementerian Pendidikan Malaysia


INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI i) Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan. ii) Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat/ Bersekutu Kor Sispa IPT. iii) Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. iv) Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa v) Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. vi) Menyediakan pejabat/ tempat pengurusan Kor Sispa. vii) Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. viii) Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri. b. Institut Pendidikan Tinggi


pengurusan folio/ buku log/ laporan aktiviti pengurusan folio/ buku log/ laporan aktiviti


KAEDAH MENULIS CATATAN AKTIVITI TARIKH / HARI : MASA : TEMPAT : KUMPULAN : TATACARA PERJUMPAAN a. Kehadiran Mencatat dan mengambil kehadiran ahli Kor SISPA b. Pesanan daripada ajutan tentang aktiviti minggu seterusnya c. Tatacara penutup Menyanyikan lagu tema APM Bergambar


Saiz dan ketebalan Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book). Kulit Luar (Cover) Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah. Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.


Buku log : Merupakan satu laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Kadet Kor Sispa yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah. Mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang kadet Kor Sispa. Merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan barian bagi sesuatu aktiviti APM. Kadet Kor Sispa atau pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli APM tersebut dalam buku log. Buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200-300 helaian. Buku log berkulit tebal agar boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. Seseorang pencatat buku log hendaklah : Mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya. Mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.


Halaman Pertama Paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (first impression evaluation). Halaman Kedua Dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. Ruangan Catatan Dicadangkan agar ruangan selebar 1-2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log untuk memudahkan perkaraperkara berikut:- Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku. a. Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan. b. Persembahan fakta. (jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi selepas penulisan nota)


Foto, Lakaran dan Sampel Penulis bebas untuk menggunakan foto. lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrusi untuk menyokong nota di dalam buku log. Tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa-apa yang telah dilakukan oleh penulis. Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam pengembaraan di mana ahli APM diarahkan untuk mengumpul sampek tertentu seperti tumbuhan atau serangga. Penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dikekalkan di dalam buku log. Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksaan buku log tidak menilai kecantikan lukisan, pentingnya adalah berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri. Bentuk Penulisan dan Isi Nota Penulisan dalam buku log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.


pakaian seragamahli dan pemimpin pakaian seragamahli dan pemimpin


Click to View FlipBook Version