Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 1
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 2 Barisan Hadapan Nurzuharini Binti Min, Nik Mardhiah Binti Nik Ibrahim, Nor Yusnita Binti Omar, Norhammadi Bin Md Noor (GKMP Bahasa), M Shaffrie Bin A Halim (PK Kokurikulum), Azizul Bin Ahmad (PK Hal Ehwal Murid), Tuan Rahim Bin Tuan Ismail (Pengetua), Siti Nordiana Binti Abdul Rani (PK Pentadbiran), Asmahani Binti Ismail (GKMP Sains dan Matematik), Nurkhalisah Binti Mustapa (GKMP Kemanusiaan), Siti Fadzilah Binti Mokhtar (Guru Bimbingan dan Kaunseling), Zatul Iwani Binti Salleh, Siti Rahayu Binti Mohamed Noor, Siti Nor Fatehah Binti Mansor Barisan Tengah Nur Ayuni Binti Roslam, Julailah Binti Mustafa, Nur Farhana Binti Meli@Ramli, Nur’aini Binti Mohd Zain, Maslini Binti Hamid, Siti Nabilah Binti Marzuki, Nor Husna Binti Mohd Nor, Nuraimie Ashikin Binti Abdullah, Nur Baizura Binti A. Hassan, Amira Norhapini Binti Ramli, Norazlina Binti Mustaffa, Wan Norsuziana Binti Wan Hassan, Siti Khadijah Binti Ariffin, Nur Shahira Binti Sarjuni, Nurul Farhanah Binti Ali Akhbar, Norlelawati Binti Zakaria Barisan Belakang Kairuman Bin Abu Salim, Mohammad Aiman Izzham Bin Borhanuddin, Mohd Ridwan Bin Mohd Pauzi, Mohd Sharif Bin Mohd Badar, Mohd Khairul Azhar Bin Abdullah, Rohaizad Bin Md. Aris, Mohd Rohaimey Bin Hasim, Azrulsalehuddin Bin Abd Moen, Muswadi Bin Mustapa, Mustakin Bin Ali, Mustafa bin Embong, Ramdan Bin Muhammad SMK CHINI TIMUR
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 3 PROFIL ISI KANDUNGAN
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 4 PENGENALAN PERKARA M/S Seuntai Madah Seulas Bicara Pengetua 10 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 12 Penegasan 2024 13 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) 17 MAKLUMAT SEKOLAH PERKARA M/S Profil Sekolah 24 Lencana sekolah 25 Motto sekolah 25 Lagu sekolah 26 Visi sekolah 27 Misi sekolah 28 Objektif sekolah 29 Piagam Pelanggan 33 Nilai 34 Pelan lantai bilik dan kelas 35 Panduan am staf sekolah 37 Ikrar perkhidmatan awam 51 Senarai staf akademik dan staf sokongan 53 1.1 PENGURUSAN PENTADBIRAN BIL PERKARA M/S Carta Organisasi Induk SMeCT 73 1.1 JK Majlis Tertinggi (G9) 74 1.2 JK Program Transformasi Sekolah TS25 75 1.3 JK Pengurusan Kewangan Sekolah 76 1.4 JK Sistem Maklumat Sekolah 77 1.5 JK Aset Alih Kerajaan 78 1.6 JK Pembangunan Fizikal dan Penyelenggaraan 79 1.7 JK Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) 79 1.8 JK SKPM Kualiti @ Sekolah 80 1.9 JK KBAT 80 1.10 JK Pendidikan Digital 81 1.11 JK Perancangan Strategik Sekolah 82
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 5 1.12 JK Pentaksiran Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 83 1.13 JK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 85 1.14 JK Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) 86 1.15 Pencatat Mesyuarat Guru / Perjumpaan Guru 87 1.16 JK Pengurusan Kelas 88 1.17 JK Guru bertugas mingguan 89 2.0 PENGURUSAN KURIKULUM BIL PERKARA M/S Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum 91 2.1 JK Kurikulum 92 2.2 Ketua Panitia / Penyelaras Matapelajaran 94 2.3 JK Kecemerlangan Akademik 95 2.4 JK Pentaksiran dan Peperiksaan 96 2.5 JK Pentaksiran Berasaskan Sekolah / Pentaksiran Bilik Darjah 97 2.6 JK Jadual Waktu Sekolah dan Guru Ganti 98 2.7 JK Profil Sekolah 99 2.8 JK Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 100 2.9 JK Pusat Sumber Sekolah (PSS) 101 2.10 JK Highly Immersive Programme (HIP) 102 2.11 JK Memartabatkan Bahasa dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 103 Pakej Mata pelajaran Menengah Rendah 104 Pakej Mata pelajaran Menengah Atas 105 Jadual Pencerapan Guru 106 Jadual Semakan Buku Latihan Murid 108 Jadual Ujian dan Pentaksiran 110 3.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BIL PERKARA M/S Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 112 3.1 JK Hal Ehwal Murid 113 3.2 JK Badan Disiplin 114 3.3 JK Badan Pengawas 116 3.4 JK Bantuan dan Kebajikan / KWAPM/Murid Orang Asli/TPSM 117 3.5 JK Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 118 3.6 JK Unit Bimbingan dan Kaunseling / Psikometrik/ PEDULI / Perhati 119
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 6 3.7 JK Pencegahan dan Pengawalan Denggi / Kesihatan / Pergigian / Bilik Rawatan 120 3.8 JK Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM / Sistem Pengurusan Indentiti (Idme) / Pendaftaran & Fail Peribadi Murid 121 3.9 JK Induk Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 122 3.10 JK Sekolah Selamat / Kelab Cegah Jenayah 124 3.11 JK Biasiswa 125 3.12 JK Bina Insan 126 3.13 JK Keceriaan Sekolah/ Kantin 127 4.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL PERKARA M/S Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 131 4.1 JK Induk Kokurikulum 132 4.1.1 Kelab / Persatuan 133 4.1.2 Badan Uniform 133 4.1.3 PAJSK 133 4.1.4 JK Speaker’s Corner 133 4.1.5 Majlis Sukan Sekolah 134 4.1.6 Koperasi Sekolah Menengah Kebengsaan Chini Timur Berhad 134 4.1.7 1 Murid 1 Sukan 134 4.1.8 Sukan Permainan 135 4.1.9 Rumah Sukan 135 4.1.10 Ketua Guru Rumah Sukan 135 4.1.11 JK RIMUP 135 4.1.12 JK Majalah Sekolah dan Dokumentasi 136 4.2 JK Pengurusan Kokurikulum Badan Uniform 137 4.2.1 Pasukan Kadet Remaja Sekolah 137 4.2.2 Persekutuan Pengakap Malaysia 137 4.2.3 Kadet Polis 137 4.2.4 Bulan Sabit Merah Malaysia 137 4.2.5 Pasukan Kadet Bersatu (Darat) 137 4.2.6 Pergerakan Puteri Islam Malaysia 138 4.3 JK Pengurusan Kokurikulum Sukan Permainan 140 4.3.1 Olahraga 140 4.3.2 Bola sepak 140 4.3.3 Bola Jaring 140 4.3.4 Sepak Takraw 140 4.3.5 Bola Tampar 140
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 7 4.3.6 Ping Pong 141 4.3.7 Badminton 141 4.3.8 Catur 141 4.3.9 Kriket 141 4.3.10 Silat 141 4.4 JK Pengurusan Kokurikulum Kelab /Persatuan 143 4.4.1 Bahasa Melayu 143 4.4.2 Bahasa Inggeris 143 4.4.3 Sains dan Matematik 143 4.4.4 Pendidikan Islam 143 4.4.5 Sejarah dan Geografi 143 4.4.6 Rukun Negara / RIMUP 144 4.4.7 Penggerak Digital dan Pengguna 144 4.4.8 Malaysiaku / Pendidikan Muzium 144 4.4.9 Kompang 144 4.4.10 Bimbingan dan Kerjaya 144 4.5 JK Rumah Sukan 146 Takwim aktiviti Kokurikulum 148 LAMPIRAN PERKARA M/S Kalender sesi persekolahan 2024/2025 153 Takwim Persekolahan sesi akademik 2024/2025 154 Takwim Mingguan sesi 2024/2025 156 Takwim Akademik SMK Chini Timur 2024/2025 157
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 8 PENGENALAN
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 9 Bismillahirrahmanirrahim Ya ALLAH Ya Tuhan Kami Kurniakanlah Kami Lisan yang Lembut Basah Mengingati dan Menyebut NamaMu Hati yang Penuh Segar Mensyukuri Nikmat-Mu Badan yang Ringan Menyempurnakan Ketaatan Kepada Perintah-Mu Kurniakanlah Kami Iman yang Sempurna Ilmu yang Berguna Keyakinan yang Benar-benar Mantap Kurniakanlah Kami Addin Cara Hidup yang Jitu lagi Unggul Selamat dari Mara Bahaya dan Petaka Ya ALLAH Ya Tuham Kami Berikanlah Kekuatan Rohani dan Jasmani Kepada Kami Supaya Kami Dapat Melaksanakan Amanah Yang Dipertanggungjawabkan Kepada Kami Dengan penuh Keikhlasan dan Bersungguh-sungguh Jauhkanlah Kami daripada mengingkari Syariat-Mu Peliharakanlah Kami daripada Menjejaskan Perhubungan Silaturrahim Sesama Sendiri Ya ALLAH Ya Tuhan Kami Rahmatilah Kami Supaya Kami Benar-benar dapat Menegakkan Agama, Bangsa dan Negara Kami Berikanlah Kami Kekuatan Supaya Kami dapat Melakukan Segala Suruhan-Mu dan Meninggalkan Segala Larangan-Mu Ya ALLAH Ya Tuhan Kami Limpahkanlah Rahmat-Mu Ke atas Junjungan Besar Kami Nabi Muhammad S.A.W. dan Ke atas Keluarga Dan Para Sahabatnya Dan Segala Puji Bagi-Mu Tuhan Seluruh Alam Aaamiiin… Ya Rabbal Alamin.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 10 SEUNTAI MADAH SEULAS BICARA PENGETUA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Sesungguhnya segala nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T amat besar nilainya kepada kita sebagai hambaNya. Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik di sekolah yang tercinta ini dengan penuh komitmen dan keikhlasan. Buatlah yang terbaik selagi kita diberi ruang dan peluang ini. Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dengan penuh iltizam dan keazaman yang jitu untuk menjadikan diri kita dan SMK Chini Timur (SMeCT) lebih baik dari tahun sebelumnya. Marilah kita bersama berusaha dengan gigih untuk menjadikan visi sekolah kita “SMK CHINI TIMUR AKAN MENJADI SEKOLAH TERBAIK FELDA DAERAH PEKAN” sebagai satu realiti bukan fantasi. Kata-kata “Sekolah Kita Tanggungjawab Kita”, “Betulkan Yang Biasa Dan Biasakan Yang Betul”, “Kerja Itu Ibadah” diharapkan menjadi azimat dalam amalan kerja kita seharian. Pada saat ini, kearah mencapai misi dan visi sekolah, 4 nilai teras yang akan diterapkan dalam sistem pengurusan sekolah iaitu : Komunikasi, Kolaborasi, Kerjasama dan menghormati Sebagai pasukan pelaksana, kita juga perlu memahami, menghayati,
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 11 menyokong, menjelaskan, menyebarkan dan mampu melaksanakannya dengan baik agar matlamat dan hasrat pendidikan negara dapat dicapai. Kesiapsiagaan kita semua memikul amanah dan tanggungjawab ini amatlah dituntut. Kita juga seharusnya dilihat sebagai guru yang holistik. Kita perlu sentiasa berusaha mendalami ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta merperkasakan kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Selaras dengan pengoperasian institusi pendidikan Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, KPM akan memberi penegasan berhubung dengan pelaksanaan MBM, MBI, Pendidikan Digital dan Stem/Tvet Saya berkeyakinan bahawa dengan perancangan yang baik dan usaha yang berterusan mampu memberi impak kepada kepimpinan sekolah, pencapaian akademik, kokurikulum serta sahsiah murid bagi melahirkan sekolah berkualiti dan meningkatkan kemenjadian murid SMK Chini Timur (SMeCT). Sehubungan itu, saya telah menggariskan empat Key Result Area (KRA) sebagai tunjang utama SMK Chini Timur (SMeCT) yang akan diberi penekanan sepanjang tahun 2024: 1. Memperkasa Kepimpinan Berkesan 2. Meningkatkan Kualiti Guru 3. Meningkatkan Persekitaran Pembelajaran Bermakna 4. Memperkukuhkan Hubungan PIBG dan Komuniti Akhir kata, marilah bersama kita berdoa agar segala urusan kerja yang akan kita laksanakan nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan setiap idea serta keringat yang dicurahkan sentiasa dipandu oleh syariat supaya ia menjadi suatu ibadah. Sekian. (YM TUAN RAHIM BIN TUAN ISMAIL)
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 12 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA PROFIL SEKOLAH VISI KPM MISI KPM Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 13 MATLAMAT Matlamat Dasar MBMMBI adalah untuk mewujudkan masyarakat yang menguasai BM dan BI dalam sistem pendidikan negara. Fokus kepada BM dan BI bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing di peringkat dunia. Matlamat ini selaras dengan pelaksanaan Dasar MBMMBI untuk melahirkan murid yang fasih dan yakin menggunakan BM dan BI. OBJEKTIF Objektif Dasar MBMMBI adalah untuk: i. meningkatkan penguasaan murid dalam BM dan BI; ii. menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkan kompetensi guru BM dan BI; iii. meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam PdP BM dan BI; dan iv. meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 14
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 15
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 16
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 17 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) (2013- 2025) 3 GELOMBANG Gelombang 1: (2013-2015) Mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama. Gelombang 2: (2016-2020) Memacu peningkatan sistem. Gelombang 3: (2021-2025) Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 18 5 ASPIRASI SISTEM AKSES 100% enrolmen merentas semua tahap pendidikan dari pra sekolah hingga menengah atas menjelang 2020. KUALITI Kedudukan sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksisan antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun. EKUITI 50% jurang pencapaian luar Bandar - Bandar, sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020. PERPADUAN Sistem yang memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk berkongsi nilai dan pengalaman dengan menghargai kepelbagaian. KECEKAPAN Sistem yang memaksimakan keberhasilan murid melalui budget yang diperuntukkan.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 19 6 ASPIRASI MURID PENGETAHUAN (PENGETAHUAN RENTAS SEMPADAN) Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira , menguasai matapelajaran teras seperti matematik dan sains serta mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia. KEMAHIRAN BERFIKIR (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI) Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapatkan pendidikan sepanjang hayat, cara menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru. KEMAHIRAN MEMIMPIN (KEMAHIRAN INSANIAH) Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja dalam kumpulan, dan memegang peranan kepimpinan secara formal dan informal. KEMAHIRAN DWI BAHASA Setiap kanak-kanak pada tahap minima akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. ETIKA DAN KEROHANIAN Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka dengan berani membuat keputusan yang tepat. IDENTITI NASIONAL Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi akan merasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 20 11 ANJAKAN ANJAKAN 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf Antarabangsa. ANJAKAN 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. ANJAKAN 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. ANJAKAN 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. ANJAKAN 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. ANJAKAN 6: Mengupaya JPN,PPD dan sekolah menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. ANJAKAN 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ANJAKAN 8: Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. ANJAKAN 9: Bekerjasama dengan komuniti, ibu bapa dan sektor swasta secara meluas. ANJAKAN 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap murid. ANJAKAN 11: Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 21 PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH (TS25) Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui; • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi • Komitmen komuniti yang padu. Latar Belakang dan Objektif Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 22 • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. Kerangka TS25 Matlamat dan Teras TS25 Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ; • Memantapkan kepimpinan sekolah • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 23 MAKLUMAT SEKOLAH
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 24 PROFIL SEKOLAH Nama sekolah : SMK Chini Timur Kod sekolah : CEA 5073 Alamat sekolah : SMK Chini Timur, 26690 Chini, Pekan No. Tel : 09-4571559 No. Faks : 09-4571921 e-mel : [email protected] JPN : Pahang PPD : Pekan Jenis sekolah : Sekolah harian Peringkat : Tingkatan 1 - 5 Sesi : Pagi sahaja Lokasi : Luar bandar Gred : B Bilangan guru : 35 orang Bilangan Anggota Kumpulan : 9 orang Pelaksana (AKP) Bilangan kelas : 17 Bilangan murid : 337 orang .
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 25 LENCANA SEKOLAH MOTTO SEKOLAH Bersama-sama menjayakan agenda kecemerlangan sekolah secara kolektif dalam aspek kurikulum,kokurikulum,bina insan dan perkhidmatan ‘SERENTAK, SEPAKAT MENUJU GEMILANG’
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 26 LAGU SEKOLAH Jasamu Kusanjung Kuhargai SMKCT Mendidik Ke Puncak Menara Tercapai Cita Yang Mulia Kepada Para Guru Semua Kami Kenang Pengorbananmu Disiplin Dan Penuh Dedikasi Amalmu Setiap Hari C/O Mari Kita Bersama Membina Negara Jaya Beriman Berilmu Beramal Bersamamu SMKCT Belajar Tanpa Merasa Jemu Itulah Azam Kami Harapanku Bangsa Dan Negara Tidak Kami Persiakan Lagu : En. Mulyadi bin Md. Nawi Lirik : En. Zulkifli bin Mahmood
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 27 VISI SEKOLAH “SMK Chini Timur Akan Menjadi Sekolah Terbaik Felda Daerah Pekan” SMK Chini Timur Institusi atau organisasi pendidikan Menjadi Usaha atau kegiatan memajukan sekolah Sekolah Bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan Terbaik Nombor satu Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Daerah Wilayah Pekan Bandar Diraja
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 28 MISI SEKOLAH “Menyediakan Wadah pendidikan yang Berkualiti Untuk Membina Insan yang Cemerlang Dari segi Ilmu,Sahsiah Dan Kepimpinan Dalam memenuhi Aspirasi Negara” Menyediakan Membuat dan merancang sesuatu Wadah Tempat Pendidikan Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik Berkualiti Melebihi yang lain. Baik kualitinya; tinggi nilainya Membina Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) murid Insan Murid Cemerlang Terbaik Ilmu Pengetahuan tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem Sahsiah Keperibadian,Personaliti Kepimpinan Kemampuan Untuk mempengaruhi orang lain agar bekerja bagi mencapai tujuan dan sasaran Memenuhi Mencapai sesuatu yang diperlukan Aspirasi Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, sesuatu), cita-cita Aspirasi Negara Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 29 OBJEKTIF SEKOLAH 1. Kepemimpinan Pengetua berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi memenuhi standard ini PGB hendaklah: a. Bertindak sebagai Peneraju dengan: i. Menetapkan hala tuju sekolah secara terancang. ii. Mengetuai penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah secara terancang dan sistematik. iii. Mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik. iv. Menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan PdP secara profesional dan terancang. v. Menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pencerapan PdP secara profesional dan terancang. vi. Menerajui aktiviti instruksional dalam pelaksanaan pemantauan kemajuan dan pencapaian murid secara sistematik dan terancang. vii. Menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang. b. Bertindak sebagai Pembimbing dengan: i. Memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang. ii. Memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturunkan kuasa secara profesional dan terancang. iii. Mendorong warga sekolah dengan menjadi suri teladan secara profesional dan terancang. c. Bertindak sebagai Pendorong dengan: i. Menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan dengan pemajuan sekolah secara profesional dan terancang. ii. Menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 30 2. Pengurusan Organisasi Organisasi diurus dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan memanfaatkan sumber luaran bagi meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Bagi memenuhi standard ini pengurusan sekolah dan warganya hendaklah: a. Mengurus sumber manusia secara sistematik dan terancang. b. Mengurus pembangunan sumber manusia secara terancang. c. Mengurus aset alih dan aset tidak alih secara sistematik dan terancang. d. Mengurus kewangan secara sistematik dan terancang. e. Mengurus sumber pendidikan secara sistematik dan terancang. f. Menyelenggara persekitaran fizikal secara sistematik dan terancang. g. Mewujud dan mengekalkan suasana yang selesa dan harmoni secara sistematik dan terancang. h. Mengurus pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia secara terancang. i. Mengusahakan permuafakatan strategik secara profesional dan terancang. 3. Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Bidang kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial selaras dengan hala tuju sekolah. a. Pengurusan Kurikulum Bagi memenuhi standard ini pengurusan sekolah dan warganya hendaklah: i. Mengurus pelaksanaan kurikulum secara sistematik dan terancang. ii. Mengurus pelaksanaan mata pelajaran secara profesional dan terancang. iii. Mengurus program peningkatan kualiti pengajaran guru secara terancang. iv. Mengurus program peningkatan pencapaian murid secara profesional dan terancang. v. Memanfaatkan bantuan per kapita mata pelajaran secara sistematik dan terancang. vi. Mengurus masa pelaksanaan PdP secara sistematik dan terancang. vii. Mengurus peperiksaan dan pentaksiran secara sistematik dan terancang.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 31 b. Pengurusan Kokurikulum Bagi memenuhi standard ini pengurusan sekolah dan warganya hendaklah: i. Mengurus pelaksanaan kokurikulum secara sistematik dan terancang. ii. Mengurus kelab/persatuan secara sistematik dan terancang. iii. Mengurus badan beruniform secara sistematik dan terancang. iv. Mengurus sukan/permainan secara sistematik dan terancang. v. Mengurus program kecemerlangan kokurikulum secara profesional dan terancang. vi. Mengurus aktiviti sukan untuk semua secara profesional dan terancang. vii. Mengurus pentaksiran kokurikulum secara sistematik dan terancang. c. Pengurusan Hal Ehwal Murid Bagi memenuhi standard ini pengurusan sekolah dan warganya hendaklah: i. Mengurus pelaksanaan hal ehwal murid secara sistematik dan terancang. ii. Mengurus disiplin murid secara profesional dan terancang. iii. Mengurus keselamatan murid secara sistematik dan terancang. iv. Mengurus program dan perkhidmatan kesihatan secara sistematik dan terancang. v. Mengurus bantuan pelajaran murid secara sistematik dan terancang. vi. Mengurus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional dan terancang. vii. Mengurus pelaksanaan pentaksiran psikometrik secara sistematik dan terancang 4. Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses PdP yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Bagi memenuhi standard ini guru hendaklah: a. Merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik. b. Mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang. c. Mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang. d. Membimbing murid secara profesional dan terancang.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 32 e. Mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang. f. Mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang. g. Melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang. h. Memastikan murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 33 PIAGAM PELANGGAN SMK Chini Timur komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami. Kepada Murid 1. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula 2. Latihan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 2 hari selepas latihan diserahkan. Kepada Guru Dan Kakitangan 1. Buku Rekod Mengajar/e-RPH yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 1 hari selepas diserahkan. 2. Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan serahkan kepada pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan diterima. Kepada Waris (Ibu Bapa/Penjaga) 1. Setiap aduan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 1 minggu aduan diterima. 2. Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas analisis dilaksanakan.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 34 NILAI Kolaboratif Semua warga SMK Chini Timur mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan. Kepelbagaian Semua warga SMK Chini Timur akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan. Kecemerlangan Semua warga SMK Chini Timur akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah elok / indah / gemilang. Inovasi Semua warga SMK Chini Timur akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan. Integriti Semua warga SMK Chini Timur menjadikan sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan. Hormat Semua warga SMK Chini Timur mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima kehendak atau pendapat orang lain.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 35
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 36 PANDUAN AM STAF SEKOLAH
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 37 PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB STAF SEKOLAH 1. Perintah Am Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 2. Sikap Guru / Kakitangan Sekolah Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik. Antara lain, ‘sikap baik’ ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:- 2.1. Menepati Masa Sekurang-kurangnya menghadirkan diri 10 minit sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sesuatu tugas di sekolah, memulakan tugas pengajaran sebaik-baik loceng berbunyi/apabila tiba masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan. 2.2 Pakaian 2.2.1 Peraturan-peraturan pakaian rasmi seperti yang ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dipatuhi. 2.2.2 Baju ketat dan jarang serta tanpa lengan TIDAK dibenarkan. 2.2.3 Pakaian Guru Lelaki. Seluar slack, Baju kemeja Lengan Panjang, bertali leher. 2.2.4 Pakaian Guru Wanita. Skirt di bawah paras lutut, baju mesti ada lengan, T-shirt walau jenis apapun dilarang. Kasut mesti bertutup di bahagian depan. Kasut sekurang-kurangnya bertumit ½ inci atau 1 inci.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 38 2.3 Misai / Janggut / Rambut Guru-guru lelaki dan kakitangan lelaki di sekolah hendaklah mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dan dalam hal ini sentiasa menjadi suri teladan yang baik kepada semua murid. 2.4 MEROKOK Guru TIDAK dibenarkan merokok di kawasan sekolah. 2.5 Budi Bahasa Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan berbudi bahasa dan sopan santun di antara semua warga sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah. 2.6 Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah. 2.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya. Berbincang dengan Guru Kanan atau Penolong Kanan atau Pengetua apabila menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. 2.8 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya. Sentiasa ingin sentiasa ingin memperbaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi guru / kakitangan yang lebih berkesan dan memahami Etika Profesion Perguruan. 2.9 Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi menjaga kebajikan murid dan sekolah. 2.10 Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid tanpa membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan sosio ekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah Pendidikan Negara. 2.11 Sanggup dan ingin menghadiri/ menyertai LADAP/ Seminar/ Kursus/ program Perkembangan Staf dan membawa pembaharuan kepada sekolah dan diri sendiri.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 39 2.12 Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak.Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasn yang tergendala itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti disekolah tergendala kerana ketidakhadiran dirinya. 2.12 Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan, Alatan-Alatan, Bilik- Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya mengikut keperluan yang ditetapkan. 2.14 Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Pengetua. 2.15 Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang pelbagai ragam demi kebajikan murid-murid sekolah ini. 2.16 Memberi kerjasama / sumbangan kepada semua warga sekolah dalam mengendalikan sesuatu tugas meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang diambil oleh kumpulan itu. 2.17 Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas. 2.18 Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah dengan kepentingan diri sendiri. 2.19 Guru-guru diwajibkan hadir ke sekolah tiap-tiap hari persekolahan. Guru- guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang ditetapkan. 2.20 Guru-guru dikehendaki mengetip ‘Thumbprint’ apabila tiba dan balik dari sekolah. Tindakan tatatertib boleh diambil jika tidak mengetip kehadiran. 2.21 Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat, mereka hendaklah memberi kenyataan dan sebab yang munasabah (Guru hendaklah menghubungi Pengetua/PK Pentadbiran). Apabila telah sampai ke sekolah hendaklah berjumpa dengan Pengetua/PK Pentadbiran untuk pengesahan kehadiran. 3. Kebenaran Keluar Dari Kawasan Sekolah 3.1 Mana-mana guru yang terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau PK Pentadbiran semasa ketiadaan
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 40 Pengetua di sekolah. URUSAN HAL PERIBADI hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah. 3.2 Selepas diberi kebenaran, isi Borang Kebenaran Keluar/My HRMIS sebelum meninggalkan kawasan sekolah (urusan peribadi). Manakala bagi urusan rasmi isikan Buku Pergerakan Keluar Masuk Guru yang ada di pejabat. Selepas balik semula ke sekolah, dapatkan tandatangan mana-mana pentadbir sebagai BUKTI guru telah kembali semula ke sekolah. 4. Tidak Hadir Bertugas 4.1 Pihak sekolah diberitahu segera/ lebih awal jika terdapat keuzuran/ kecemasan/ cuti sakit pada hari berkenaan sebelum jam 0720 pagi. Sila maklumkan kepada Pengetua / PK Pentadbiran melalui panggilan telefon. Sekiranya tidak berjawab barulah menggunakan kaedah SMS. Sekiranya tidak dimaklumkan akan ketidakhadiran guru untuk bertugas maka surat tunjuk sebab perlu dikemukakan kepada Pengetua. 4.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua pada keesokan harinya dengan kadar segera. 4.3 Cuti/tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi adalah tidak dibenarkan. 5. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan 5.1 Guru/Kakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am. 6. Cuti Rehat Khas (CRK) 6.1 CRK sebanyak 15 hari (guru yang berkhidmat >10 tahun) dan 10 hari (guru yang berkhidmat <10 tahun) setahun dalam satu tahun kalendar yang tidak dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat. 6.2 Kelulusan CRK oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan perjalanan sekolah. Permohonan CTR disokong/tidak disokong oleh PK Pentadbiran. Manakala Pengetua akan lulus/tidak meluluskan permohonan CTR.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 41 6.3 Bilangan CRK yang layak diambil berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan seperti tafsiran Perintah Am 1 (ix) Bab C. 7. Cuti Tanpa Rekod (CTR) 7.1 Guru yang ingin mengambil CTR hendaklah berjumpa dengan Pengetua. Dapatkan borang daripada Pembantu Tadbir. Permohonan cuti mestilah disertakan surat atau dokumen yang berkaitan. 8. Cuti Bersalin (CB) 8.1 Cuti hanya dibenarkan untuk 5 kali kelahiran dalam perkhidmatan. Kelahiran seterusnya melalui Cuti Tanpa Gaji (CTG). 8.2 Jumlah CUTI BERSALIN 60 / 90 hari bagi setiap kelahiran. Jumlah keseluruhan Cuti hari sepanjang tempoh perkhidmatan. 8.3 Jika isteri bersalin, suami akan mendapat 10 hari cuti mulai dari tarikh isteri bersalin. 8.4 Untuk membolehkan sekolah memohon guru ganti, minta suami atau waris untuk menghantar Cuti Sakit Bersalin pada hari pertama selepas keluar dari wad. 9. Pakaian 9.1 Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin dan imej profesion keguruan. 9.2 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan PdPc mata pelajaran tersebut. 9.3 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas / menghadiri upacara rasmi. 9.4 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 42 dikehendaki berpakaian kemas / lengkap dalam sebarang tugas / upacara rasmi. 10. Bilik Guru 10.1 Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan Bilik Guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini. 10.2 Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di dalam Bilik Guru. 10.3 Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak mengajar. Masa ini dianggap sebagai non teaching dan bukannya free period. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran sahaja. 10.4 Guru dilarang sama sekali membenarkan murid-murid berada di Bilik Guru. 10.5 Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman sekolah. 11. Inisiatif Guru 11.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan. 11.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki berunding/ berbincang dan memaklumkan mengenainya kepada Pengetua terlebih dahulu. 11.3 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang berkenaan ataupun kepada Pengetua/ PK Pentadbiran. 11.4 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 43 Berbincang dengan Guru Kanan, Penolong Kanan Pentadbiran ataupun Pengetua. 12. Tugas Guru 12.1 Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk pentadbiran, kurikulum, HEM dan kokurikulum. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas tersebut. 12.2 Guru Kelas 12.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Tingkatan. Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. 12.2.2 Guru kekas bertanggungjawab melengkapkan maklumat murid di dalam APDM. 12.2.3 Guru kelas perlu menghubungi ibu bapa/ penjaga jika pelajar tidak hadir dan menghantar surat amaran tidak hadir. 12.2.4 Kebersihan / Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah. Guru-guru kelas hendaklah memastikan bahawa murid - murid di dalam tingkatan di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan keselamatan bilik darjah masing-masing. Guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid - murid. 12.3 Guru Bertugas Mingguan / Harian 12.3.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir gilir mengikut hari. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua – empat orang guru akan bertugas. Nama di atas adalah ketua guru bertugas minggu berkenaan. Pastikan guru bertugas mingguan peka akan minggu mereka bertugas. 12.3.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Log Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua/ Penolong
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 44 Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran sebelum sekolah bersurai pada hari berkenaan untuk ditandatangani. 12.3.3 Guru Bertugas hadir ke sekolah 15 minit awal bagi memastikan Perjalanan sekolah bagi hari / minggu berkenaan. 12.3.4 Guru bertugas mingguan / harian bertindak sebagai pengawai perhubungan sekolah. 12.3.5 Membantu mengawasi disiplin dan kebajikan murid iaitu : • Mengawasi pergerakan murid semasa persekolahan dan waktu pulang. • Memberi perhatian kepada murid-murid yang lambat ke sekolah. • Memberi perhatian kepada murid-murid yang keluar kelas tanpa kebenaran. • Mengendalikan perhimpunan pagi (Isnin – Khamis) dan bacaan Yaasin (Jumaat) serta membuat pengumuman yang berkaitan. • Menyambut murid di pintu pagar selaras dengan Konsep Sekolah Penyayang. 12.3.6 Memastikan tahap kebersihan sekolah terpelihara – kantin, kaki lima, tandas, bilik darjah, bilik khas dan lain-lain. 12.3.7 Dapatkan maklumat tentang perhimpunan sehari sebelum perhimpunan. 12.4 Kokurikulum 12.4.1 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat/Guru Penjaga dan sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk menggerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah memahami bidang kokurikulum masing-masing dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah pimpinannya benar - benar
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 45 mendatangkan faedah kepada murid-murid yang menjadi ahli - ahlinya. 12.4.2 Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum,tidak kira samada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut.Kemahiran boleh didapati melalui bacaan, menghadiri kursus, lawatan,perbincangan mahupun on job training. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum. 12.4.3 Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/ Penyertaan yang bersungguh - sungguh sebahagian besarnya adalah bergantung kepada sikap guru itu sendiri. 12.4.4 Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan guru mahupun pelajar. 12.4.5 Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan. 13. Buku Rekod Mengajar (BRM) 13.1 Semua guru akan diberi sebuah BRM dan mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 256). Semua kehendak buku itu hendaklah disempurnakan dengan lengkap, teliti, kemas dan mengikut masa. Maklumat yang diperlukan mesti lengkap dari muka hadapan hingga ke muka surat belakang. Markah murid bagi setiap markah yang di ajar mestilah direkodkan mengikut masa yang ditetapkan. 13.2 Rancangan mingguan dan rancangan harian untuk hari Isnin mestilah dilengkapkan sebelum dihantar kepada Pengetua/PK Pentadbiran /GKMP. BRM ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada setiap hari Jumaat mengikut Jadual Penghantaran BRM yang telah dilampirkan. 13.3 BRM ini adalah sebagai bahan bukti guru dalam PdP dan ianya juga merupakan SKT guru. Ianya hendaklah ditulis mengikut format yang telah ditetapkan.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 46 13.4 Jika cuti penggal / cuti bersalin / cuti sakit / kursus / mesyuarat / seminar dan lain -lain jangan tinggalkan muka surat kosong. 13.5 BRM ini hendaklah dibawa bersama ketika masuk ke kelas untuk sesi PdPc. 13.6 Semasa pencerapan dijalankan bawa bersama dengan rancangan tahunan dan sukatan pelajaran. 14. Jadual Waktu / Jadual Guru Ganti 14.1 Setiap guru hendaklah menyalin Jadual Waktu Peribadi dan Jadual Waktu Kelas ke dalam BRM. Setiap kali ada perubahan jadual waktu ianya hendaklah direkodkan. 14.2 Sebarang masalah tentang jadual waktu hendaklah berjumpa dengan PK Pentadbiran. Guru-guru TIDAK dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah tetapkan tanpa keizinan PK Pentadbiran. 14.3 Guru Ganti adalah tanggungjawab bersama dan terima dengan hati yang terbuka dan redha. Masuk ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan dan kawal kelas biasa sebagai seorang guru. 14.4 Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Sewaktu menjalankan tugas Guru Ganti setiap aktiviti yang dilakukan semasa waktu ganti hendaklah direkodkan dalam BRM. 15. Buku Teks (SPBT) 15.1 Guru-guru tingkatan dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29) bertarikh 12 Oktober 1978 dirujuk. 15.2 Semua jenis borang dan keperluan biasa hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti mengikut SOP masa yang telah ditetapkan.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 47 16. Buku Latihan Murid / Buku Nota 16.1 Pastikan muka hadapan ada indeks supaya dapat dikesan bilangan latihan yang diberikan. Jika murid tidak hadir semasa latihan diberikan, catatkan tidak hadir di ruangan indeks. 16.2 Latihan mesti cukup seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat panitia. 16.3 Jika guru yang hilangkan buku murid sila berjumpa pengetua. 16.4 Pastikan semua murid menghantar buku latihan untuk disemak. Ambil tindakan terhadap murid yang tidak menghantar buku, bawa murid berjumpa dengan GKMP/PK/Pengetua setelah guru ambil tindakan. Nama murid yang tidak menghantar buku hendaklah direkodkan sebagai bukti penghantaran buku latihan. 16.5 Penandaan buku latihan mesti betul dan mengikut masa terkini,ada inisial dan tarikh. 16.6 Jika perlu, betulkan kesalahan murid bersama dengan murid. 16.7 Lantik AJK mata pelajaran untuk memudahkan pungutan buku latihan. 17. Menghukum Murid 17.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid. Guru – guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murimurid. 17.2 Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada pengetahuan Pengetua/ PK HEM/ Guru Disiplin/ JK Disiplin. 18. Kebersihan dan Keselamatan Harta Benda Sekolah 18.1 Guru-guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja ataupun tidak hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya (misalnya memecahkan cermin tingkap).
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 48 18.2 Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan kebersihan dan adalah menjadi kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini. Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran. 19. Sumbangan PIBG dan lain-lain bayaran 19.1 Sumbangan PIBG akan mula dikutip selepas Mesyuarat Agung PIBG.Guru - guru kelas akan diberi surat kuasa untuk mengutip sumbangan tersebut. Guru - guru kelas hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan kepada murid-murid yang membayar sumbangan. 19.2 Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang sumbangan/bayaran dari murid tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada Pengetua. 20. Surat atau Pekeliling untuk Tindakan 20.1 Bertindak SEGERA apabila menerima surat atau pekeliling yang diminitkan kepada guru berkenaan. 20.2 Berbincang dengan Pengetua / Penolong Kanan yang berkaitan dengan surat berkenaan. 20.3 Serahkan kepada Penolong Kanan berkenaan untuk disemak SEBELUM dihantar kepada pihak berkenaan. 20.4 Semua kerja dan urusan surat menyurat hendaklah diselesaikan DUA hari sebelum tarikh akhir. 20.5 Elakkan menerima peringatan dan teguran daripada pihak PPD / JPN. 20.6 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 21. Pusat Sumber Sekolah 21.1 Disebabkan Pusat Sumber Sekolah ini kecil, guru-guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa tempat duduk adalah mencukupi sebelum membenarkan murid-murid ke Pusat Sumber Sekolah.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 49 22. Perhimpunan Sekolah 22.1 Pihak sekolah mengadakan perhimpuan harian (Selasa – Jumaat) dan perhimpunan rasmi (Isnin). Semua guru WAJIB hadir di perhimpunan ini. Sekiranya guru gagal hadir akan diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada pengetua. 23. Mesyuarat Guru 23.1 Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru-guru. Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru. 24. Mesyuarat Jawatankuasa 24.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut. 24.2 Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa hendaklah menyediakan minit mesyuarat dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Pengetua dengan kadar segera. Menjadi tangungjawab setiausaha setiap jawatankuasa untuk mengambil kunci di pejabat untuk membuka dan menutup Bilik Gerakan. 25. Latihan Kebakaran 25.1 Arahan khas Pengetua mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti. Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila - bila masa pada hari persekolahan. 25.2 Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang terkandung di dalam surat arahan tersebut. 26. Keahlian Kelab Guru dan Kakitangan serta PIBG 26.1 Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMeCT. 26.2 Semua guru adalah ahli PIBG SMK Chini Timur.
Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2024/2025 50 27. Mengiringi / membawa Pasukan Sekolah/ murid keluar dari kawasan Sekolah 27.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah atau membawa murid keluar dari kawasan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu, di luar kawasan sekolah hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya mengikut SOP (Standard Operational Procedur). 27.2 Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama seperti diatas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengawasi dan mengawal murid dan menjaga keselamatan mereka. 28. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah 28.1 Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati visi, misi, falsafah, matlamat dan objektif sekolah.