The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKCC 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muzaffar Anuar, 2020-02-20 00:00:39

Mesyuarat Agung PIBG SKCC 2020

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SKCC 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-26
TAHUN 2020

Tarikh :
22 FEBRUARI 2020 (SABTU)

Masa :
8:00 PAGI
Tempat :
DEWAN TERBUKA SK CHEPOR

0

KANDUNGAN

1. ATURCARA MAJLIS - 2
- 3
2. AGENDA MESYUARAT - 4

3. NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG - 5 -11
KALI KE-26/2020 - 12 - 14
- Lampiran 1
4. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25/2019
- Lampiran 2
5. LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019
- Lampiran 3
6. LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2019

7. CADANGAN SUMBANGAN PIBG DAN KUTIPAN
TAMBAHAN PIBG TAHUN 2020

7. REKOD KEHADIRAN AJK PIBG 2019

1

AT URCARA

7:45 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
8:00 pagi : Ketibaan dif-dif jemputan
8:30 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
- Ustaz Muhammad Farid b. Safian
: Ucapan Penasihat PIBG
- Pn. Norzilah bt. Mohd Taib

(Guru Besar SK Chepor)
: Ucapan YDP PIBG
- En. Ramdani b. Abd Karim
: Ucapan Perasmian

9:15 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26/2020
: Bersurai

2

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan YDP PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-

25/2019
4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2019
5. Membentang, menerima dan meluluskan Laporan Penyata

Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2019
6. Perkara-perkara berbangkit
7. Pemilihan AJK menggantikan Pn. Siti Asmah bt. Mat Ali
8. Cadangan sumbangan PIBG dan Kutipan Tambahan PIBG bagi

tahun 2020
9. Membahaskan dan menerima usul
10. Hal-hal lain
11. Ucapan penangguhan

3

Ruj. : PIBG-SKCC 100-2/43/3 Jld.1(19)
Tarikh : 31 Januari 2020

Ibubapa / Penjaga dan AJK PIBG
Murid-murid SK Chepor

Tuan,

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 26 akan diadakan pada
ketentuan berikut :

Tarikh : 22 FEBRUARI 2020 (SABTU)

Masa : 7:45 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SKCC

3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sekiranya
tuan/puan mempunyai usul untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut, tuan/puan boleh

menghantar usul bertulis berserta borang pengesahan kehadiran yang dilampirkan selewat-lewatnya
pada 7 FEBRUARI 2020 kepada Guru Kelas untuk diserahkan kepada setiausaha PIBG.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(NOR MUZAFFARUDDIN BIN ANUAR)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Chepor, Chemor

s.k. Fail

4

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TAHUN 2019

Tarikh : 23 FEBRUARI 2019, Sabtu
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Chepor
Kehadiran : 179 orang
Perasmi : Pn. Norzilah bt. Mohd Taib, Guru Besar SK Chepor

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Encik Ahmad Kamarul Ariffin b. Abd Rahman selaku Yang Dipertua memulakan
mesyuarat dengan lafaz Bismillah dan mengucapkan salam kepada semua ibu bapa,
penjaga dan guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 bagi tahun 2019.
Beliau merakam ucapan terima kasih atas kesudian semua hadir ke mesyuarat
agung pada kali ini.

1.2 Menyatakan kehadiran ibubapa dan penjaga ke Mesyuarat Agung PIBG tidak
memuaskan di mana sekiranya tidak mencapai 2/3 kehadiran, mesyuarat tidak dapat
dijalankan.

1.3 Pengerusi berharap ibubapa sentiasa prihatin dengan perkara-perkara berkaitan
dengan pembelajaran anak-anak di SK Chepor.

1.4 Beliau memaklumkan bahawa padang sekolah sudah boleh digunakan namun pagar
di sekeliling padang masih belum dibina.

1.5 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua
ibubapa dan guru kepada beliau serta AJK PIBG sesi 2018 serta berharap agar
barisan AJK PIBG yang akan dilantik dapat memberikan komitmen di atas
tanggungjawab yang diamanahkan.

1.6 Pengerusi mengakhiri ucapannya dengan memohon maaf sekiranya terdapat salah
dan silap yang beliau lakukan sepanjang menjawat jawatan sebagai YDP PIBG di SK
Chepor.

5

2. UCAPAN PENASIHA T

2.1 Guru Besar selaku Penasihat PIBG mengucapkan salam dan melahirkan rasa
syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat beliau
menyampaikan ucapan pada kali ini. Beliau memperkenalkan diri beliau sebagai
guru besar yang baru di SK Chepor menggantikan Tn. Hj. Jamaludin b. Hj Mat
Mokhtar yang telah bersara.

2.2 Beliau mengharapkan agar semua ibubapa dan penjaga dapat terus menyokong
dan membantu sekolah dalam menjayakan program-program penting seperti
program kecemerlangan dari Tahun 1 hingga Tahun 6, program keagamaan,
program motivasi, keceriaan dan lain-lain lagi.

2.3 Beliau memaklumkan maklumat terkini SKCC iaitu bilangan guru adalah seramai
68 orang bagi sesi pagi dan petang. 12 kelas untuk sesi pagi dan 12 kelas untuk
sesi petang. Peruntukan waktu mengajar setiap guru sangat banyak.

2.4 Beliau juga menyampaikan perutusan KPM bagi tahun 2019. Pendidikan untuk
semua di mana bukan sahaja guru, tetapi ibubapa juga perlu memainkan peranan
dalam mencapai Wawasan 2020. Menerangkan serba sedikit Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Pembelajaran Abad ke 21 dan elemen KBAT .

2.5 Pemansuhan amalan peperiksaan bagi tahap 1 (tahun 1, 2 & 3) dan akan
digantikan dengan PBS.

2.6 Beliau juga memaklumkan tentang peranan ibubapa dalam menguruskan murid
dalam mengatasi masalah keciciran. Setakat ini, kehadiran murid di SK Chepor
belum mencapai tahap 96%.

2.7 Pelaksanaan Zero Reject Policy iaitu murid yang lemah / slow learner / hiperaktif
di arus perdana akan dirujuk ke PPKI untuk mencari jalan penyelesaian.

2.8 Beliau menerangkan secara ringkas perancangan sekolah bagi tahun 2019 dalam
meningkatkan kecemerlangan akademik.

Makluman

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-
24/2018

3.1 Encik Nor Muzaffaruddin b. Anuar selaku Setiausaha telah membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24/2018 seperti yang diedarkan untuk disemak dan
disahkan.

3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24/2018 :
En. Minha Julabidin b. Ismail mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-24/2018 disahkan dan disokong oleh Encik Baharuddin Zakaria.

4. MEMBENTA NG LAPORAN TAHUNA N PIBG 2018

4.1 Encik Nor Muzaffaruddin b. Anuar selaku Setiausaha telah membentangkan
Laporan Tahunan PIBG 2018 seperti yang diedarkan untuk disemak.

6

5. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGA N PIBG
BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
5.1 Puan Suraini bt. Hashim selaku Bendahari telah membentangkan Penyata Kewangan
PIBG Berakhir 31 Disember 2018 seperti yang diedarkan untuk disemak, diterima
dan disahkan.
5.2 Pengesahan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2018 :
En. Baharuddin Zakaria mencadangkan agar Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31
Disember 2018 disahkan dan disokong oleh Puan Asmah.

6. PERKARA-PERKARA BERBA NGKIT
6.1 Isu pagar padang sekolah dan permohonan penebangan pokok telah dirujuk kepada
pihak yang berkenaan dan pihak sekolah sedang menunggu maklumbalas,
6.2 Yuran PIBG bagi tahun 2018 masih terdapat lebih kurang 20% yang masih belum
membuat pembayaran. Surat telah diberikan kepada ibubapa/penjaga murid
berkenaan.

7. PEMBUBARA N AHLI JAWATANKUASA PIBG 2018
7.1 Pembubaran jawatankuasa PIBG dilakukan oleh YDP PIBG 2018, En. Ahmad Kamarul
Arifin b. Abd Rahman.

8. PELANTIKA N PENGERUSI SEMENTARA
8.1 Puan Norzilah selaku Penasihat PIBG telah melantik En. Md Zainal b. Mohd Ali
sebagai Pengerusi sementara.

9. PEMILIHA N AHLI JAWATANKUASA PIBG 2019
9.1 Setelah proses pemilihan dijalankan maka Ahli Jawatankuasa PIBG 2019 telah
dilantik dengan rasminya.

YANG DIPERTUA :
Encik Ramdani b. Abd Karim
NAIB YANG DIPERTUA :
Encik Minha Julabidin b. Ismail
SETIAUSAHA :
Encik Nor Muzaffaruddin B Anuar
BENDAHARI :
Puan Suraini Bt Hashim

7

AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) :

i. Encik Hazari b. Mohamad Hanip
ii. Encik Shariffuddin b. Mat Yunus
iii. Encik Anuar b. Liddo
iv. Puan Siti Asmah bt. Mat Ali
v. Puan Juanaliza bt. Sa’ad

AHLI JAWATANKUASA (GURU) :

i. Encik Basharudin b. Hassan
ii. Encik Mohamad Fairos b. Abdull Rahman
iii. Puan Malini a/p Ramachandran
iv. Puan Wan Jamaliah bt. Mohd Khalil
v. Puan Siti Patimah bt. Mat Zain

JURU AUDIT DALAM :
Puan Norliza Bt Hj Yahiya

9.2 Ahli mesyuarat bersetuju secara sebulat suara supaya penandatangan cek bagi
akaun bank Persatuan Ibubapa dan Guru Sek Keb Chepor (no. akaun :
08013010006174) di cawangan Bank Islam Ipoh diamanahkan kepada :
Yang DiPertua PIBG : EN. RAMDANI B. ABD KARIM (Lantikan baharu)
Setiausaha : EN. NOR MUZAFFARUDDIN B. ANUAR (Dikekalkan jawatan)
Bendahari : PN. SURAINI BT. HASHIM (Dikekalkan jawatan)

10. CADANGA N SUMBA NGA N PIBG DAN KUTIPA N TAMBAHAN PIBG 2019

10.1 Puan Norhasyimah mencadangkan agar kutipan PIBG untuk satu keluarga
dikekalkan sebanyak RM20. Cadangan ini disokong oleh Puan Fazilah.

10.2 Encik Mohd Faisal mencadangkan agar cadangan sumbangan PIBG 2019 diterima
seperti di dalam Lampiran 2. Cadangan telah disokong oleh Puan Sharifah Mahani.
Cadangan kutipan tambahan PIBG bagi tahun 2019 telah diterima oleh semua ahli
secara sebulat suara.

11. MEMBAHASKA N DAN MENERIMA USUL

11.1 Urusetia memaklumkan telah menerima 12 usul untuk dibawa dan dibahaskan
dalam Mesyuarat Agung kali ini. Walaubagaimanapun, tidak semua usul dipilih.
Hanya usul yang terbaik dan munasabah sahaja akan dibacakan untuk dibahaskan
dalam mesyuarat. Lima usul sahaja yang dipilih untuk dibaca dan dibahaskan.
Namun, daripada lima usul yang telah dipilih, hanya dua pembawa usul sahaja
yang hadir iaitu pembawa usul ketiga dan keempat.

11.2 USUL KETIGA :

1. MENCADANGKAN PAGAR BELAKANG DIBUKA BAGI KEMUDAHAN MENGHANTAR
ANAK KE SEKOLAH.

2. JALAN ALTERNATIF BAGI IBUBAPA HANTAR ANAK KE SEKOLAH. IBUABAPA

8

TERPAKSA U-TURN DI PRIMA.
3. JEJANTAS DI HADAPAN SEKOLAH.
Pembawa usul : En. Mohd Irwan b. Ismail

Penjelasan ;

1. Guru Besar menjelaskan bahawa kos untuk membuat pagar dan menutup
longkang di sebelah luar pagar sekolah adalah tinggi menyebabkan pihak sekolah
tidak mampu untuk membiayainya. Pihak sekolah telah memohon bantuan
daripada pihak PPD dan JPN serta dalam proses menunggu maklumbalas.

2. En. Minha memaklumkan bahawa setakat ini tiada jalan alternatif yang boleh
diwujudkan namun rungutan darpada pihak ibubapa telah disampaikan kepada
pihak JKJR untuk diberi perhatian.

3. PIBG telah mengeluarkan surat permohonan kepada JKR berkenaan cadangan
untuk membina jejantas namun maklumbalas yang diterima adalah ia tidak dapat
dilaksanakan kerana melibatkan kos yang sangat tinggi.

11.3 USUL KEEMPAT :

1. MENYEDIAKAN SEBUAH GELANGGANG BADMINTON DAN FUTSAL DI KAWASAN
PADANG BARU SEKOLAH UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID. PIHAK SEKOLAH
JUGA BOLEH MENYEWAKAN GELANGGANG TERSEBUT KEPADA PIHAK-PIHAK
LUAR, JABATAN KERAJAAN @ SWASTA DAN DUIT SEWA TERSEBUT BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI KEPERLUAN SEKOLAH.

2. MENCERIAKAN KELILING PADANG SEKOLAH DENGAN TANAMAN POKOK
BUNGA.

3. WAKTU BALIK PADA HARI JUMAAT BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
DIAWALKAN 10@15 MINIT DARIPADA MURID ALIRAN PERDANA BAGI
MENGELAKKAN KESESAKAN DI PINTU PAGAR SEKOLAH DAN SETERUSNYA
MENGELAKKAN BERLAKUNYA KECEDERAAN.

PEMBAWA USUL : Halimatun Rokiah bt. Hasan

Penjelasan ;

1. Guru Besar telah memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diusulkan
.Permohonan telah dibuat dan sekolah sedang menanti maklumbalas daripada
pihak yang berkenaan.

2. Telah memohon kepada pihak yang berkenaan dan masih menanti
maklumbalas.

3. Guru dan pentadbir akan membincangkan berkenaan perkara tersebut.

11.4 YDP PIBG memberi ruang kepada semua hadirin untuk megemukakan usul lain
sekiranya ada.
11.4.1 PENGGUNAAN TELEGRAM SKCC CHANNEL. MEMANG BERFUNGSI

SATU HALA SAHAJA ATAU SEBALIKNYA.

Pembawa usul : Puan Asmah

9

Penjelasan ;

1. Guru Besar menerangkan bahawa Telegram SKCC Channel
memang berfungsi satu hala sahaja iaitu hanya untuk pihak
sekolah menyampaikan maklumat kepada ibubapa dan
penjaga.

11.4.2 DIBUAT PINTU KECIL DI PAGAR BELAKANG SEKOLAH DAN
DISEDIAKAN TEMPAT LETAK BASIKAL.
Pembawa usul : En. Azrai b. Azizi

Penjelasan ;

1. Guru Besar menjelaskan pintu tersebut tidak dapat dibuat
atas sebab keselamatan.

12. HAL-HAL LAIN
12.1 Cik Nur Afiqah mencadangkan supaya pendedahan diberi kepada murid-murid
kepada industri kecil-kecilan sebagai pendedahan awal.
Guru Besar telah memberi respon bahawa terdapat program yang telah dijalankan
untuk tujuan tersebut sepert Speaker Corner, Online Classes dan Mentor Mentee.
Makluman

12.2 Guru Besar mencadangkan agar Yuran PIBG bagi tahun 2020 adalah sama seperti
Yuran PIBG 2019 dan yuran akan mula dikutip pada awal tahun 2020.
Cadangan ini telah disokong oleh Puan Nor Ain. Ahli mesyuarat lain juga telah
bersetuju secara sebulat suara tanpa ada sebarang bantahan.
Makluman dan tindakan

13. UCAPAN PENA NGGUHA N
13.1 Encik Ramdani b. Abd Karim selaku YDP yang baharu mengucapkan tahniah kepada
barisan AJK PIBG yang baru dilantik. Beliau meletakkan harapan yang tinggi agar
semua pihak dapat membantu beliau, AJK dan pihak sekolah dalam melaksanakan
segala perancangan dan program-program untuk kepentingan dan kejayaan murid di
SK Chepor.
Beliau juga berharap agar ibubapa dapat memberikan kerjasama serta komitmen
kepada pihak sekolah serta membantu guru-guru dalam membimbing anak-anak di
rumah.

10

12.2 Guru Besar selaku Penasihat merakamkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
hadir pada mesyuarat kali ini. Harapan beliau juga agar semua pihak dapat
memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk
kepentingan bersama.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan jam 11:45 pagi

Pencatat minit :

i. Puan Muhazdirah bt. Ahmad
ii. Puan Noorelan bt. Harun
iii. Puan Sakinah bt Alias

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ .................tt.......................

(NOR MUZAFFARUDDIN B ANUAR ) ( RAMDANI B ABD KARIM )

Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Chepor, SK Chepor,
31200 Chemor, Perak 31200 Chemor, Perak

11

LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019

Pada tahun 2019, pihak sekolah dan PIBG telah bekerjasama dalam usaha-
usaha dalam memajukan bidang kurikulum, kokurikulum dan pembangunan manusia
melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan. Di bawah kepimpinan En. Ramdani b.
Abd Karim selaku Yang Dipertua dan En. Minha Jualbidin b. Ismail selaku Naib Yang
Dipertua serta barisan AJK yang penuh dedikasi, PIBG telah merancang serta
melaksanakan beberapa aktiviti untuk kepentingan dan manfaat murid, sekolah dan
ibubapa.

Hasil sumbangan PIBG dan kutipan bayaran tambahan yang menjadi sumber
utama kewangan PIBG telah digunakan dan disalurkan dengan penuh berhemah.
Selain itu, PIBG juga telah menerima bantuan-bantuan luar serta ibubapa yang
prihatin membantu pihak PIBG dan sekolah.

PENCAPAIAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2019

Berikut adalah keputusan UPSR yang diperolehi oleh murid-murid SK Chepor
bagi tahun 2019 ;

% MENCAPAI TAHAP MINIMA (MENGUASAI)

TAHUN BM(PEN) BM(PEM) BI (PEN) BI (PEM) MT SN
2016 97.9 98.6 87.2 90.1 82.9 97.4
2017 99.2 98.5 80.9 90.1 82.4 98.5
2018 97.8 99.3 73.9 88.8 78.4 98.5
2019 97.9 98.6 77.4 92.5 84.2 97.9

% CEMERLANG MT SN
11.4 4.3
TAHUN BM(PEN) BM(PEM) BI (PEN) BI (PEM) 11.5 10.7
11.2 8.2
2016 36.9 34 19.1 12.8 11.6 8.9
2017 42 30.5 8.4 13.7
2018 22.4 22.4 12.7 15.7
2019 26.7 24.7 15.1 13.7

PENCAPAIAN UPSR SEKOLAH

TAHUN % LULUS CEMERLANG

12

2016 77.3 0.71 (1)
2017 73.3 2.29 (3)
2018 68.65 2.29 (3)
2019 75.34 2.06 (3)

SENARAI MURID 6A, 5A, 4A & 3A (UPSR 2018)

6A BIL NAMA MURID JANTINA
5A 1B
4A 2B 1 MUHAMMAD UMAR MUSTAQIM L

2 NUR ALEEYA IRDINA P
3 NURUL FATIHAH P

1 KHAIRUNNISA P
2 KHAIRUNUHA P
3 MUHAMMAD DARWISY L
4 MUHAMMAD SHAH RIZAT L
5 NIK NURATHIRAH AQILAH P
6 NUR A’INA WAHEEDA P
7 NUR ATIKAH P
8 MUHAMMAD ISKANDAR DANIEL L

1 FASHIHAH P
2 PUTRI ‘ALIAH BASYIRAH P
3 SITI NURLIYANA P
4 WAN AZWA SAFRINA P
5 FATINI HAZIRA P

AKTIVITI-AKTIVITI PIBG

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang melibatkan PIBG pada tahun 2018;

1. Kejohanan Merentas Desa (26 Jan 2019)
2. Program Kecemerlangan Tahun 6 (Feb – Okt 2019)
2. Program Raikan Hari Lahirku (Jan - Nov 2019)
3. Pertandingan Anjuran MSSD (Feb – Okt 2019)
4. Bengkel Pembangunan PDPC dan Keceriaan PPKI (Mac 2019)
5. Majlis Iftor Jamaie & Bubur Lambuk (21 Mei 2019)
6. Pemakanan Seimbang UPSR (Sept 2019)
7. Perkhemahan Unit Beruniform (4 & 5 Okt 2019)
8. Kejohanan Sukan Olahraga (31 Okt 2019)
9. Hari Kanak-kanak (8 November 2019) 2019
10. Peralatan ICT & Keceriaan Makmal Komputer
11. Gotong- royong Perdana

13

12. Hari Anugerah Cemerlang 2019

PROGRAM SARANA SEKOLAH
Sarana Sekolah dan Sarana Ibubapa adalah satu program yang telah

dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk melibatkan PIBG dan ibubapa dalam
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan penglibatan ibuabapa
adalah sangat penting dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan
kecemerlangan sekolah.

Di antara aktiviti yang terlibat dalam program Sarana ialah :
1. Hari Pendaftaran Murid Tahun 1
2. Hari Penetapan Target
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Hari Pelaporan
5. Hari Sukan
6. Hari Anugerah Cemerlang

PELAKSANAAN PELIBATAN IBUBAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

telah menetapkan bahawa pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak swasta perlu
diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan
semasa menuntut pelibatan ibubapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif.

14

LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2019

(Sila rujuk lampiran 1)

CADANGAN SUMBANGAN PIBG DAN KUTIPAN TAMBAHAN PIBG
TAHUN 2019

(Sila rujuk lampiran 2)

REKOD KEHADIRAN AJK PIBG 2019

(Sila rujuk lampiran 3)

15

Lampiran 2

CADANGAN SUMBANGAN PIBG DAN BAYARAN TAMBAHAN 2020

BAYARAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 PPKI
Sumbangan RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM
PIBG* RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 25.00 RM 25.00 RM 215.00 20.00
Kecemerlangan RM 5.00
Kurikulum dan RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 10.00
Sahsiah RM 5.00
Keceriaan dan RM 12.00 RM 12.00 RM 12.00 RM 12.00 RM 12.00 RM 12.00
Keselamatan RM 5.00
sekolah RM 3.00 RM 3.00 RM 3.00 RM 3.00 RM 3.00 RM 3.00
Pembangunan -
Kokurikulum RM 60.00 RM 60.00 RM 60.00 RM 70.00 RM 70.00 RM 260.00
dan Sukan RM
Teknologi 35.00
Maklumat dan
Komunikasi
JUMLAH

 Sumbangan PIBG adalah untuk satu keluarga

16

LAMPIRAN 3

REKOD KEHADIRAN AJK PIBG 2019/2020

2019 2020
Bil.3
Bil.1 Bil.2 11 Feb

Bil Nama Jawatan 19 April 29 Ogos √
Penasihat √
1 NORZILAH BT. MOHD TAIB √√ 0
2 RAMDANI B. ABD KARIM YDP √√ 0
NYDP √0 √
3 MINHA JULABIDIN B. ISMAIL AJK √0 0
4 SHARIFFUDDIN B. MAT YUNUS AJK √√ 0
5 JUANALIZA BT. SAAD AJK 0
6 ANUAR B. LIDDO AJK 00 √
7 HAZARI B. MOHAMAD HANIP AJK √
8 SITI ASMAH BT. MAT ALI Setiausaha 00 √
9 NOR MUZAFFARUDDIN B. ANUAR Bendahari 0√ 0
10 SURAINI BT. HASHIM Bendahari √√
11 NORZITA BT. MAT NAYAN AJK (Guru) √√ √
12 BASHARUDDIN B. HASAN √
AJK (Guru) √ 0
MOHAMAD FAIROS B. ABDULL √0
13 RAHMAN AJK (Guru)
14 WAN JAMALIAH BT. MOHD KHALIL AJK (Guru) 00
15 MALINI A/P RAMACHANDRAN AJK (Guru) √√
16 SITI PATIMAH BT. MAT ZAIN √√
√√

17


Click to View FlipBook Version