The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-06-28 01:06:16

Rampaian BM Y5

Rampaian BM Y5

Kandungan KEMASYARAKATAN Unit 1 ➪ Masyarakat Penyayang Unit 2 ➪ Kerjasama Eratkan Hubungan Unit 3 ➪ Masyarakat Celik Ilmu Tema 1 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Unit 4 ➪ Bahaya dalam Senyap Unit 5 ➪ Kebersihan Diri dan Persekitaran Unit 6 ➪ Minda Sihat Tema 2 KESELAMATAN Unit 7 ➪ Bijak Bertindak Unit 8 ➪ Awasi Langkahmu Unit 9 ➪ Beringat sebelum Terkena Tema 3 PERPADUAN Unit 10 ➪ Memupuk Perpaduan 37 – 48 1 – 12 Unit 11 ➪ Meraikan Penyatuan Unit 12 ➪ Jalinan Perpaduan Tema 4 INTEGRITI Unit 25 ➪ Insan Berketerampilan Unit 26 ➪ Dahulukan yang Utama 97 – 106 Unit 27 ➪ Hormati Hak Sesama Kita Tema 9 Unit 13 ➪ Sikap Bertanggungjawab Unit 14 ➪ Sayangi Malaysia Unit 15 ➪ Keranamu Malaysia SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Unit 16 ➪ Sains dan Kehidupan Unit 17 ➪ Mesra Teknologi Unit 18 ➪ Inovasi Bertambah Mutu Tema 6 KELESTARIAN ALAM Unit 19 ➪ Ceriakan Buana Kita Unit 20 ➪ Selamatkan Alam Kita Unit 21 ➪ Teknologi Hijau Tema 7 EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN Unit 22 ➪ Ekonomi Dinamik Unit 23 ➪ Usahawan Berwawasan Unit 24 ➪ Pintar Kewangan Tema 8 JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN Tema 5 107 – 118 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 119 – 134 Jawapan 49 – 60 28 – 36 73 – 84 13 – 24 61 – 72 85 – 96 U001 Kandungan Ram BmY5.indd 1 28/04/2023 10:32 AM CONTOH


1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Hari: Tarikh: • Hal. Buku Teks: 1 – 22 Unit 1 : Masyarakat Penyayang Unit 2 : Kerjasama Eratkan Hubungan Unit 3 : Masyarakat Celik Ilmu TEMA 1 KEMASYARAKATAN SP1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan, dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam situasi formal. Dengar dan ujarkan semula maklumat dengan betul. A SP1.1.1 Situasi 2 Melalui maklumat dalam iklan ini, Rakan Taman ditubuhkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti (1) Penubuhan Rakan Taman adalah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan dijalankan seperti Program Rakyat Prihatin dan Projek Gotong-royong Perdana. Aktiviti ini bagi meningkatkan kemajuan penduduk di Taman Seri Sentosa. Baiklah. Saya akan memuat naik iklan penubuhan Rakan Taman ini dalam laman sesawang Taman Seri Sentosa. Dinesh, minta sebutkan tujuan penubuhan Rakan Taman semula. Tujuan penubuhan Rakan Taman adalah untuk (2) Situasi 1 U01Ram I-Praktis BMT5.indd 1 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


2 Berikan respons dalam perbualan di bawah. SP1.1.3 SP1.1.3 Mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis dan kreatif. Aznil : Apakah tujuan penubuhan perpustakaan mini ini? Dinesh : (1) Aznil : Apakah kemudahan yang disediakan di perpustakaan mini? Dinesh : (2) Thai Wei : Adakah perpustakaan mini ini akan melaksanakan aktiviti tahunan? Dinesh : (3) Aznil : Wah, aktiviti tahunan yang dirancang sungguh menyeronokkan! Boleh kamu jelaskan kebaikan aktivitiaktiviti ini? Dinesh : (4) Perpustakaan Mini Taman Seri Sentosa Objektif penubuhan: Memupuk amalan membaca dalam kalangan penduduk Waktu Operasi: • Isnin hingga Jumaat – 8:00 pagi hingga 5:00 petang • Sabtu dan Ahad – 8:00 pagi hingga 3:00 petang Kemudahan yang disediakan: • Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, buku motivasi, majalah, surat khabar dan sebagainya • Komputer dan Internet Aktiviti tahunan: • Kempen Membaca • Pertandingan bacaan pantas • Pertandingan bercerita • Program sumbangan buku terpakai B U01Ram I-Praktis BMT5.indd 2 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


3 A Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan maklumat yang berikutnya. SP2.1.1 SP2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. K emahiran Membaca Program Rakyat Prihatin Rakan Taman Seri Sentosa telah melancarkan Program Rakyat Prihatin di pekarangan Dewan Komuniti Taman Seri Sentosa. Program Rakyat Prihatin dilaksanakan untuk membantu golongan miskin, orang kurang upaya, mangsa bencana alam, anak-anak yatim dan penghuni rumah orang tua. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk sikap penyayang dan baik hati dalam kalangan penduduk. Program Rakyat Prihatin ini mendapat sokongan seluruh penduduk Taman Seri Sentosa. Mereka bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan. Antara bentuk bantuan yang dihulurkan adalah seperti sumbangan wang, makanan, pakaian, peralatan persekolahan dan barangan keperluan bayi. Makanan yang boleh disumbangkan adalah makanan kering dan makanan basah yang berkhasiat. Makanan itu termasuklah beras, minyak, roti, biskut, gula, garam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam. Penduduk tidak digalakkan untuk menyumbang makanan yang tidak baik untuk kesihatan seperti makanan ringan dan makanan segera. Inisiatif murni ini juga mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebuah agensi swasta, iaitu Pertubuhan Insan Mulia turut terlibat dalam program ini. Program Rakyat Prihatin ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. U01Ram I-Praktis BMT5.indd 3 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


4 Maklumat Tersurat Respons 1. Program Rakyat Prihatin dilaksanakan untuk membantu golongan miskin, orang kurang upaya, mangsa bencana alam, anakanak yatim dan penghuni rumah orang tua. 2. Bentuk bantuan yang dihulurkan adalah seperti sumbangan wang, makanan, pakaian, peralatan persekolahan dan barangan keperluan bayi. 3. Penduduk tidak digalakkan untuk menyumbang makanan yang tidak baik untuk kesihatan seperti makanan ringan dan makanan segera. U01Ram I-Praktis BMT5.indd 4 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. 5 SP2.1.1 B Baca maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan maklumat yang berikutnya. SP2.1.1 Pertandingan Lumba Jalan Kaki Sebelum perlumbaan • Tahap kesihatan peserta mestilah dalam keadaan baik. • Peserta perlu memakai pakaian yang sesuai ketika lumba jalan kaki. • Kasut yang dipakai mestilah sesuai untuk acara lumba jalan kaki. Semasa perlumbaan • Peserta perlu mematuhi arahan dan mengikut arah laluan perlumbaan. • Peserta perlu mengamalkan semangat kesukanan. • Peserta perlu hormatmenghormati antara satu sama lain. Thai Wei telah memenangi pertandingan lumba jalan kaki. Aznil pula hanya menduduki tempat kelima. “Tahniah, Thai Wei,” ucap Aznil. “Terima kasih, Aznil. Mengapakah kamu lambat tiba di garisan penamat, Aznil?” tanya Thai Wei. “Ada seorang peserta terjatuh ketika berlumba. Kakinya terseliuh. Saya tidak sampai hati hendak meninggalkannya begitu sahaja,” jelas Aznil. “Apakah tindakan kamu, Aznil?” soal Dinesh. “Saya dan salah seorang peserta memapahnya ke tepi jalan sementara menunggu pasukan perubatan tiba. Saya juga memberikan kata-kata semangat kepadanya walaupun dia tidak dapat meneruskan perlumbaan ini lagi,” jelas Aznil. “Wah, kami sangat bangga akan kamu, Aznil! Kamu sungguh baik hati,” kata Thai Wei dan Dinesh. “Nah, minum air ini dahulu! Kamu nampak agak penat,” kata Thai Wei sambil menghulur sebotol air minuman kepada Aznil. “Terima kasih, Thai Wei, Dinesh,” balas Aznil. U01Ram I-Praktis BMT5.indd 5 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


6 Maklumat Tersirat Respons 1. Peserta hendaklah menjaga kesihatan sebelum perlumbaan supaya dapat mengekalkan tumpuan yang baik semasa berlumba. 2. Pakaian sukan sesuai dipakai untuk lumba jalan kaki. 3. Program dapat berjalan dengan lancar apabila peserta mematuhi arahan dan mengikut arah laluan perlumbaan. U01Ram I-Praktis BMT5.indd 6 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai. 7 SP3.1.1 K emahiran Menulis Aznil dan ayahnya sedang berjoging di Taman Rekreasi Taman Seri Sentosa. Semasa berjoging, mereka mendapati banyak sampah sarap di sekitar taman itu. Encik Azman mengambil foto sampah sarap itu lalu memuat naiknya dalam aplikasi WhatsApp Rakan Taman Seri Sentosa. Penduduk memberikan respons terhadap hantaran itu. Selepas berbincang, penduduk Taman Seri Sentosa bersepakat untuk mengadakan Projek Gotong-royong Perdana. Projek ini diadakan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman. Setiap penduduk digalakkan membawa peralatan kebersihan sendiri. Aktiviti kebersihan dan keceriaan ini berjalan dengan lancar. Kawasan taman kembali bersih dan ceria. Tulis perenggan di bawah dalam bentuk tulisan berangkai. SP3.1.1 U01Ram I-Praktis BMT5.indd 7 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


8 SP4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. A spek Seni Bahasa Lengkapkan dialog di bawah dengan peribahasa yang sesuai. SP4.1.1 • ada jalan • bulat kata • mengambil berat • membanting tulang • berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Encik Azman : Mengapa kamu gelisah sahaja, Aznil? Kamu ada masalah? Aznil : Saya bersimpati dengan Dinesh sekeluarga. Ayahnya kemalangan jalan raya yang menyebabkan kedua-dua kaki ayahnya cedera parah. Kini, ayahnya tidak dapat berjalan lagi. Ayahnya memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Sejak ayahnya kemalangan, mereka hilang punca pendapatan. Ibu Dinesh pula (1) setiap hari dengan menjual kuih dan mengambil upah menjahit baju untuk membantu ayahnya menyara keluarga. Encik Azman : Kamu usah susah hati tentang masalah yang dihadapi oleh Dinesh sekeluarga. Sebenarnya, Rakan Taman Seri Sentosa (2) untuk membantu mereka. Rakan Taman telah (3) untuk mengutip dana bagi membeli sebuah kerusi roda elektrik untuk ayah Dinesh. Rakan Taman juga akan membiayai sebahagian kos rawatan beliau. Penduduk Taman Seri Sentosa amat bersimpati akan nasib yang menimpa mereka sekeluarga, (4) . Aznil : Baguslah kalau begitu, ayah. Saya bangga kerana penduduk taman ini amat (5) akan masalah yang dihadapi penduduk. U01Ram I-Praktis BMT5.indd 8 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


9 6 SP1.1.12 A spek Tatabahasa A Senaraikan kata nama am yang terdapat dalam petikan dan gambar di bawah. SP5.1.1(i) Kata Nama Am 2. Haiwan/Tumbuhan (a) (b) (c) (d) (e) Pada petang itu, banyak orang beriadah di taman rekreasi. Aznil, Thai Wei dan Dinesh menunggang basikal dengan berhati-hati di laluan basikal. Kelihatan juga Encik Shahril dan isterinya sedang berjoging. Sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan dengan riang. SP1.1.12 (a) (b) (c) (d) (e) 1. Manusia 3. Benda (a) (b) (c) (d) (e) Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (i) kata nama am SP5.1.1 U01Ram I-Praktis BMT5.indd 9 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


10 B Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang betul. SP5.1.1(ii) 1. Jiran baharu Encik David berasal dari . 2. Ayah Thai Wei memandu kereta ke pejabatnya. 3. Naziha menemani ibunya ke untuk mencuci baju. 4. ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Sentosa. 5. akan dibuka di kawasan perumahan itu pada bulan hadapan. 6. Aznil sedang berjoging di . 7. Encik Azman dan isterinya melawat jiran mereka yang sakit di . 8. Aktiviti gotong-royong di taman itu mendapat kerjasama daripada . 9. Amran selalu bermain dengan dan Si Oren yang merupakan kucing peliharaan jirannya. 10. Anggota bergilir-gilir membuat rondaan pada waktu malam. • Sarawak • Encik Wahab • Proton Persona • Majlis Bandaraya Shah Alam • Taman Rekreasi Taman Seri Sentosa • Kedai Dobi Alis • Si Kelabu • Pasar Mini Jaya • Hospital Sungai Buloh • Rukun Tetangga Taman Seri Sentosa Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (ii) kata nama khas SP5.1.1 U01Ram I-Praktis BMT5.indd 10 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


11 C Lengkapkan dialog di bawah dengan kata ganti nama yang betul. SP5.1.1(iii) Daniel : Minggu depan, sekolah (1) akan mengadakan Minggu Kebudayaan. Thai Wei : Ya, Danial. (2) terlibat dengan pementasan teater semasa Minggu Kebudayaan (3) . Daniel : (4) lagi yang terlibat dengan pementasan teater itu? Thai Wei : Sofea, Danish dan Tinesh turut terlibat dalam pementasan teater itu. saya siapa itu kita Situasi 2 patik beta mereka tuanku Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (iii) kata ganti nama SP5.1.1 Di istana, penghulu datang menghadap sultan. Temenggung : Ampun (5) . Sembah patik harap diampun. Penghulu Kampung Pisang datang menghadap tuanku untuk membuat aduan. Sultan : (6) berkenan untuk mendengarnya. Penghulu : Ampun tuanku. Semalam, kampung (7) telah dilanda banjir kilat menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air. Banyak perabot rosak. Selain itu, ada beberapa buah rumah yang terletak di tepi sungai telah hanyut dibawa arus sungai yang deras. Sebanyak 4 buah keluarga kehilangan tempat tinggal. (8) amat sedih dengan musibah ini. Oleh itu, patik memohon pihak istana menghulurkan bantuan buat mangsa banjir kilat di kampung patik. Sultan : Baiklah. Beta akan membantu mangsa-mangsa banjir kilat itu. Penghulu : Terima kasih, tuanku. Situasi 1 U01Ram I-Praktis BMT5.indd 11 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


12 D Tulis penjodoh bilangan yang betul berdasarkan gambar. SP5.1.1(iv) bidang naskhah kumpulan batang buah lembar 1. 3. 5. 2. 4. 6. Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (iv) penjodoh bilangan SP5.1.1 U01Ram I-Praktis BMT5.indd 12 28/04/2023 12:18 PM CONTOH


107 Hari: Tarikh: Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Penggunaan cermin mata hitam ini dapat melindungi mata kita daripada cahaya matahari yang __________. A silau B sinar C terik D kelam 2. Encik Harris _______ pokok-pokok hiasan di halaman rumahnya supaya sentiasa rendah dan nampak cantik. A menebas C menebang B mengerat D memangkas Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A “Kami hendak menyertai pasukan teater sekolah,” kata Jannah kepada Amirah. B Peserta perkhemahan Kem Bina Diri itu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. C Tujuan Abang Hanif memakai jaket pemantul cahaya itu ialah untuk menjaga keselamatannya. D Amirul akan menyertai lawatan sambil belajar itu jika sekiranya diberikan keizinan oleh ibu dan ayahnya. TATABAHASA DAN PEMAHAMAN PETIKAN U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 107 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


108 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Masyarakat Malaysia kaya dengan pelbagai kesenian yang unik dan menarik. Salah satu daripadanya ialah tarian magunatip. Tarian tradisional ini terkenal dalam kalangan kaum Murut dari suku Kuhijau. Biasanya, tarian ini ditarikan semasa menyambut perayaan Hari Magavau, iaitu memuja semangat padi atau tanda kesyukuran selepas musim menuai padi. Tarian ini ditarikan dengan diiringi paluan gong oleh sepasang penari yang terdiri daripada penari lelaki dan wanita yang berpakaian tradisi. Dua orang penari lelaki pula akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu tersebut supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Ketika menari, penari akan berusaha untuk mengelakkan kaki mereka daripada tersepit di antara dua batang buluh yang dilagakan oleh dua orang penari tersebut. Tarian ini memerlukan kecekapan penari supaya kaki mereka tidak tersepit antara dua batang buluh. 4. Bilakah tarian magunatip biasanya ditarikan? A Ketika meraikan kaum Murut B Ketika menanti musim menuai C Semasa menyambut Hari Magavau D Semasa menyambut kedatangan pelancong 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Tarian magunatip merupakan tarian tradisional kaum Melayu. B Tarian magunatip diiringi paluan kompang oleh penari perempuan. C Kaki penari-penari biasanya akan tersepit antara dua buluh semasa menarikan tarian ini. D Hari Magavau diraikan untuk memuja semangat padi atau tanda kesyukuran selepas musim menuai. U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 108 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


109 6. Berikut ialah cara-cara tarian magunatip ditarikan kecuali A tarian magunatip tidak diiringi oleh alat muzik tradisional. B sepasang penari akan memalu gong untuk mengiringi tarian magunatip. C dua orang penari lelaki akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. D penari perlu mengelakkan kaki mereka daripada tersepit antara dua batang buluh yang dilagakan. U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 109 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


110 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Amalan kitar semula dapat menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar. Kempen Jom Kitar Semula Anjuran Persatuan Penduduk Taman Seri Sentosa Masa: Setiap hari Sabtu, 8:00 pagi – 12:00 tengah hari Tempat pengumpulan: Pekarangan Dewan Utama Taman Seri Sentosa Barangan terpakai yang boleh dikitar semula: • Majalah, buku, dan surat khabar lama • Botol atau bekas plastik • Botol atau bekas kaca • Tin minuman dan makanan • Kotak kadbod • Tayar lama (Sila asingkan barangan terpakai yang hendak dikitar semula mengikut jenisnya.) Terapkan Amalan Kitar Semula!!! U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 110 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


111 BAHAN 2 7. Kempen Jom Kitar Semula dianjurkan oleh A Persatuan Penduduk Taman Seri Sentosa. B Dewan Utama Taman Seri Sentosa. C Penduduk Taman Seri Sentosa. D Encik Marzuki bin Ismail. 8. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan bergaris di atas ialah A biji. B helai. C buah. D naskhah. Majalah, buku, dan surat khabar lama Kepentingan Kitar Semula • Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar • Mengurangkan bahan buangan • Menjimatkan kos penyelenggaraan sampah • Menyelamatkan pokok-pokok di hutan • Persekitaran menjadi lebih bersih dan sihat U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 111 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


112 9. Perkataan kos dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A dana. B wang. C belanja. D barang. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Aktiviti kitar semula dapat meningkatkan bahan buangan. B Aktiviti kitar semula dapat mengurangkan penebangan pokokpokok di hutan. C Kempen Jom Kitar Semula ini dijalankan pada setiap hari Sabtu dari pagi hingga petang. D Penduduk tidak perlu mengasingkan barangan yang hendak dikitar semula mengikut jenisnya. U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 112 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


113 PEMAHAMAN PETIKAN DAN TATABAHASA SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pepatah muafakat membawa berkat membuktikan bahawa semangat bekerjasama atau bergotong-royong amat diberikan penekanan dalam kehidupan masyarakat. Istilah bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu secara bersama-sama dengan jiran-jiran atau saudara-mara. Aktiviti ini banyak memberikan manfaat kepada anggota masyarakat. Pada masa kini, amalan bergotong-royong masih diamalkan oleh masyarakat kampung. Tetapi semangat ini kurang diamalkan oleh masyarakat di bandar kerana mereka bersikap mementingkan diri, malah mungkin ada kalangan masyarakat di bandar saling tidak mengenali walaupun berjiran. Ada sesetengah anggota masyarakat bandar memberikan alasan sibuk bekerja. Sebenarnya, amalan bergotong-royong ini banyak manfaatnya. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Hal yang demikian kerana anggota masyarakat berpeluang berinteraksi antara satu dengan yang lain semasa kegiatan bergotong-royong diadakan. Melalui cara tersebut, semua anggota masyarakat dapat mengenali sesama sendiri serta bertanyakan khabar yang secara tidak langsung dapat menjalin hubungan yang rapat. 1. (a) Semangat bekerjasama atau bergotong-royong banyak memberikan kepada anggota masyarakat. [1 markah] U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 113 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


114 (b) Mengapakah segelintir masyarakat di bandar kurang mengamalkan amalan bergotong-royong? [2 markah] (c) Gariskan satu kata bantu yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Pada masa kini, amalan bergotong-royong masih diamalkan oleh masyarakat kampung. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Hubungan dalam kalangan masyarakat setempat dapat dieratkan melalui aktiviti ini. Aktiviti mengeratkan hubungan ini dapat dalam kalangan masyarakat setempat. [1 markah] U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 114 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


115 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Rakan karib kamu telah memberitahu kamu bahawa dia telah dibuli oleh tiga orang murid senior di sekolah. Setiap hari, mereka akan meminta wang daripadanya. Pembuli juga telah mengugut untuk mencederakannya jika dia melaporkan perbuatan mereka itu kepada guru disiplin sekolah. Dia berasa amat takut. Sebagai seorang rakan karib, apakah tindakan yang harus kamu lakukan? [5 markah] U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 115 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


116 PENULISAN PERENGGAN Grafik di bawah menunjukkan amalan gaya hidup sihat. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan amalan gaya hidup sihat. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. C [10 markah] U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 116 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


117 PENULISAN KARANGAN Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Program Gotong-royong U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 117 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


118 [20 markah ] U10 Rampaian I-Praktis BMT5.indd 118 02/05/2023 5:19 PM CONTOH


119 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tema 1 Kemasyarakatan A 1. Program Rakyat Prihatin dan Projek Gotong-royong Perdana. 2. memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. B 1. Tujuan penubuhan perpustakaan mini ini adalah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan penduduk. 2. Kemudahan yang disediakan di perpustakaan mini ialah bahan bacaan seperti buku cerita, buku motivasi, majalah, surat khabar dan sebagainya, serta komputer dan Internet. 3. Ya, Thai Wei. Perpustakaan mini ini telah menyusun beberapa aktiviti tahunan seperti Kempen Membaca, pertandingan bacaan pantas, pertandingan bercerita, dan program sumbangan buku terpakai. 4. Kebaikan aktiviti-aktiviti ini adalah dapat mengisi masa lapang penduduk dengan mengunjungi perpustakaan mini untuk membaca buku, majalah atau surat khabar serta melayari Internet. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat melahirkan masyarakat yang celik ilmu. Kemahiran Membaca A 1. Kita mestilah sentiasa membantu golongan miskin, orang kurang upaya, mangsa bencana alam, anak-anak yatim dan penghuni rumah orang tua bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. 2. Kita hendaklah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. 3. Kita haruslah memastikan sumbangan yang diberikan tidak akan memudaratkan kesihatan mereka yang menerima bantuan tersebut. B 1. Peserta dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku. 2. Peserta dapat bergerak dengan selesa semasa menyertai lumba jalan kaki serta mengelakkan kecederaan. 3. Peserta dapat menyertai pertandingan lumba jalan kaki dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah. Kemahiran Menulis Aznil dan ayahnya sedang berjoging di Taman Rekreasi Taman Seri Sentosa. Semasa berjoging, mereka mendapati banyak sampah sarap di sekitar taman itu. Encik Azman mengambil foto sampah sarap itu lalu memuat naiknya dalam aplikasi WhatsApp Rakan Taman Seri Sentosa. Penduduk memberikan respons terhadap hantaran itu. Selepas berbincang, penduduk Taman Seri Sentosa bersepakat untuk mengadakan Projek Gotong-royong Perdana. Projek ini diadakan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman. Setiap penduduk digalakkan membawa peralatan kebersihan sendiri. Aktiviti kebersihan dan keceriaan ini berjalan dengan lancar. Kawasan taman kembali bersih dan ceria. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 119 02/05/2023 5:32 PM CONTOH


120 Aspek Seni Bahasa 1. membanting tulang 2. ada jalan 3. bulat kata 4. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul 5. mengambil berat Aspek Tatabahasa A 1. (a) lelaki (b) wanita (c) kanak-kanak (d) isteri (e) murid 2. (a) burung (b) labah-labah (c) itik (d) kucing (e) pokok 3. (a) basikal (b) bangku (c) buaian (d) papan gelongsor (e) tong sampah B 1. Sarawak 2. Proton Persona 3. Kedai Dobi Alis 4. Encik Wahab 5. Pasar Mini Jaya 6. Taman Rekreasi Taman Seri Sentosa 7. Hospital Sungai Buloh 8. Majlis Bandaraya Shah Alam 9. Si Kelabu 10. Rukun Tetangga Taman Seri Sentosa C 1. kita 2. Saya 3. itu 4. Siapa 5. tuanku 6. Beta 7. patik 8. Mereka D 1. buah 2. lembar 3. kumpulan 4. batang 5. bidang 6. naskhah Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kesihatan dan Kebersihan Tema 2 1. Imunisasi ialah satu proses pembentukan imuniti. Proses ini dilakukan menerusi pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi 2. mendapatkan imunisasi secara percuma di klinik atau hospital kerajaan. Sekiranya kamu mendapatkan imunisasi di klinik atau hospital swasta, bayaran akan dikenakan mengikut jenis imunisasi yang diambil 3. Ya, saya amat bersetuju dengan pengambilan imunisasi kerana pengambilan imunisasi ini dapat melindungi diri, keluarga dan komuniti kita daripada jangkitan penyakit yang berbahaya 4. kos pengambilan vaksin lebih murah daripada kos untuk merawat jangkitan Kemahiran Membaca A 1. Bahan berkhasiat atau zat dalam makanan yang menggalakkan tumbesaran dan memelihara perkembangan sel dalam badan 2. Hasil daripada sesuatu peristiwa atau keadaan 3. Komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti mentega, kuning telur, dan sebagainya 4. gejala penyakit 5. berasa hendak muntah atau mual 6. sesuai B 1. pelitup muka perubatan 3 lapis dan pelitup muka fabrik 3 lapis. 2. dipakai sekali sahaja serta pelitup muka ini tidak boleh dipakai melebihi 8 jam dan jika bergejala tidak melebihi 4 jam. 3. Ciri pelitup muka fabrik yang sesuai ialah pelitup muka yang tidak menyukarkan pernafasan 4. Pelitup muka perubatan 3 lapis sesuai dipakai oleh petugas kesihatan, orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan dan golongan berisiko U11 Jawapan Ram BMY5.indd 120 02/05/2023 5:32 PM CONTOH


121 tinggi, iaitu ibu hamil, warga emas, dan pesakit kronik 5. sesuai dipakai oleh golongan pekerja, orang awam yang sihat yang berada di tempat awam dan yang berada dalam pengangkutan awam. 6. Pelitup muka yang menjadi pilihan saya ialah pelitup muka fabrik 3 lapis kerana saya tidak mengalami gejala saluran pernafasan. Penggunaan pelitup muka fabrik juga lebih menjimatkan kerana boleh dicuci dan digunakan semula. Kemahiran Menulis A 1. Jangkitan Lyssavirus yang merebak melalui gigitan haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies. 2. Demam, sakit dan lenguh pada tempat gigitan, kelesuan otot badan dan sakit kepala. 3. Jangan mendekati haiwan liar untuk mengurangkan risiko digigit. B 1. Gunakan syampu semasa mencuci rambut agar rambut bersih dan wangi. Kemudian, keringkan rambut dengan tuala yang bersih. Sikat rambut dengan kemas. Jangan berkongsi sikat dengan orang lain. 2. Telinga berfungsi sebagai organ pendengaran dan keseimbangan tubuh. Tahi telinga yang keluar secara semula jadi perlulah dicuci dengan kain yang bersih. Jangan sesekali mengorek telinga dengan putik kapas atau benda-benda tajam. 3. Kita hendaklah memberus gigi pada setiap hari. Berus gigi selama dua hingga tiga minit. Gunakan benang flos untuk membuang sisa makanan di celah-celah gigi bagi menghindar kawasan gigi daripada bakteria dan plak. 4. Kita haruslah memastikan kuku sentiasa pendek. Potong kuku dengan menggunakan pengetip kuku. Jangan berkongsi pengetip kuku dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan kuman. Aspek Seni Bahasa 1. kawasan semak samun di belakang rumah Encik Fuad. Encik Fuad sekeluarga sudah lama tidak membersihkan kawasan rumah mereka kerana sibuk bekerja. 2. ke dalam rumah Encik Fuad. Ketika itu, Encik Fuad sekeluarga sedang tidur. Sang Nyamuk dan kawan-kawannya masuk melalui tingkap dapur yang tidak ditutup dengan rapat. Mereka menggigit penghuni rumah itu untuk menghisap darah. 3. membiak. Sang Nyamuk akan bertelur di tempat-tempat takungan air seperti bekasbekas plastik, tayar buruk, longkang yang tersumbat, pelapik pasu bunga, kolah tadahan air dan sebagainya. 4. membersihkan kawasan rumah mereka. Mereka bekerjasama menghapuskan jentik-jentik di tempat-tempat takungan air. Encik Fuad juga menebas semak samun di kawasan rumahnya. Kini, persekitaran rumah Encik Fuad bersih dan selamat daripada gangguan Sang Nyamuk. Aspek Tatabahasa A 1. melindungi 2. melayari 3. memegang 4. mengambil 5. mengimbas 6. mencegah 7. menunggu 8. merawat 9. menjaga 10. memakai B 1. berada Puan Linda berada di hospital sejak tengah hari tadi untuk menemani suaminya yang ditahan di wad kerana demam. 2. bersenam Aktiviti bersenam dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. 3. bersukan Walaupun sudah berusia, datuk kelihatan sihat dan kuat kerana dia sering bersukan. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 121 02/05/2023 5:32 PM CONTOH


122 4. belajar Puan Salmah terkejut kerana seorang murid tiba-tiba pengsan ketika sedang belajar di dalam kelas. 5. berfikir Faris berasa tenang dan dapat berfikir dengan rasional selepas berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan nasihat. C 1. Farisha dan abangnya rajin membantu ibu dan ayah mereka membersihkan kawasan rumah. 2. Azrul sedang mencari maklumat tentang penyakit COVID-19 menggunakan tabletnya yang nipis itu. 3. Encik Razif berehat di bawah pokok sambil minum air untuk menghilangkan penat selepas berjoging. 4. Hazira menceritakan masalah peribadinya kepada Zahra kerana mereka berkawan rapat. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Keselamatan Tema 3 1. memastikan brek basikal atau kereta berfungsi dengan baik, tekanan angin pada tayar sesuai dan bunga tayar berada dalam keadaan baik. 2. menunggang basikal di laluan basikal dan mereka tidak boleh menunggang basikal secara beriringan ketika di jalan raya. 3. memandu kereta dengan had laju yang dibenarkan dan tidak melanggar lampu isyarat. 4. Kemalangan mungkin akan berlaku jika pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya tersebut. Kemahiran Membaca A Rumusan: Pada masa kini, kes penculikan kanakkanak semakin membimbangkan banyak pihak, terutamanya ibu bapa. Penjenayah menggunakan pelbagai cara untuk mengumpan dan menculik kanak-kanak. Oleh itu, anggota masyarakat dan pihak polis haruslah sentiasa bersedia dan bekerjasama untuk membanteras kes penculikan ini demi menjaga keselamatan kanak-kanak. B 1. rosak 2. teman 3. berkuasa 4. bimbang 5. bahaya 6. keselamatan 7. kelam 8. peribadi Kemahiran Menulis A 1. Puan Azirah memeriksa suis elektrik di dapur. Beliau menutup suis elektrik yang tidak digunakan serta mencabut plag daripada soketnya. 2. Kemudian, Rizal membantu ibunya menutup dan mengunci pintu, tingkap dan jeriji boleh laras dengan rapi demi menjaga keselamatan rumah mereka. 3. Encik Azman pula berjumpa dengan jirannya, Encik Tan untuk memberitahu jiran bahawa mereka hendak pulang ke kampung. Beliau juga meminta Encik Tan menjaga rumahnya. 4. Sebelum bertolak pulang ke kampung, Encik Azman mengunci pintu pagar utama rumahnya dengan rapi. B 1. displin; disiplin 2. mementingkan; kepentingan 3. series; serius 4. berator; beratur 5. bertolak-tolak; bertolak-tolakan 6. …murid tercekik?; …murid tercekik. 7. Akhir sekali!…; Akhir sekali,… 8. waden; warden Aspek Seni Bahasa ءور د�ن تبب� .1 با�اي ا با�اي بوپي چمڤدق جاتوه .2 با�اي برومه دتڤي تبي� .3 لقسان ڤوهون كايو تيدق بربواه .4 سڤرتيچيچق ماكن كاڤور .5 Aspek Tatabahasa A 1. Pegawai perhutanan itu memberikan taklimat tentang peraturan aktiviti jelajah hutan dengan jelas. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 122 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


123 2. Para peserta tidak berbuat bising semasa menyertai aktiviti jelajah hutan kerana boleh menarik perhatian binatang liar. 3. Semasa berjalan di dalam hutan, mereka menemui beberapa kesan lekuk tapak kaki binatang liar yang mendiami hutan tersebut. 4. Mereka juga menjumpai bunga terbesar di dunia, iaitu bunga pakma yang agak busuk baunya. B 1. ialah 2. adalah 3. adalah 4. ialah 5. ialah 6. adalah 7. ialah 8. adalah C 1. sangat 2. sekali 3. amat 4. agak 5. sungguh 6. kurang 7. terlalu 8. paling D 1. Para pengunjung harus berhati-hati dengan arus karau semasa mandimanda di pantai itu. 2. Anggota Rukun Tetangga Taman Seri Sentosa akan membuat rondaan di kawasan perumahan pada setiap malam secara bergilir-gilir. 3. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat lemas semasa mandi di kolam renang di sebuah hotel. 4. Ainul masih teringat-ingat kejadian kemalangan yang meragut nyawa dua orang ahli keluarganya itu. 5. Penghuni Pangsapuri Seri Cempaka menghubungi bilik kawalan apabila pintu lif tidak boleh dibuka. 6. Keadaan jalan raya yang berlekaklekuk itu mungkin disebabkan oleh lori-lori balak yang sering melalui kawasan itu. E 1. Encik Amir dan keluarganya memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot untuk ke Pulau Aman. 2. Bahagian hadapan kereta Encik Teo kemik akibat terlanggar pembahagi jalan. 3. Sebelum memasuki lif, Afifi dan Tinesh memberikan laluan kepada orang yang hendak keluar daripada lif itu dahulu. 4. Dalam keterujaan melayari laman sosial, pastikan kita tidak berkongsi maklumat peribadi dengan rakan maya di laman sosial. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tema 4 Perpaduan A semangat perpaduan yang dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk memupuk semangat perpaduan adalah dengan menyertai program atau aktiviti seperti majlis rumah terbuka, aktiviti kemasyarakatan, sukan dan kokurikulum. Semangat perpaduan ini harus dipupuk agar masyarakat di negara ini dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni serta dapat mengharumkan nama negara. B 1. mewujudkan semangat perpaduan pelbagai kaum. 2. mendidik masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum agar dapat memartabatkan bahasa kebangsaan dan memupuk perpaduan dalam masyarakat. 3. penyertaan murid-murid dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan bercerita, berbalas pantun, menulis sajak, menulis karangan, pidato dan lain-lain. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 123 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


124 4. mereka dapat menguasai bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dengan baik. Hal ini dapat mewujudkan persefahaman dalam kalangan murid yang berbilang kaum sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan. Kemahiran Membaca 1. Tema karnival itu ialah kesenian dan kebudayaan menyemarakkan perpaduan 2. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang menganjurkan karnival itu 3. melahirkan masyarakat yang muhibah, harmoni dan saling menghormati melalui aktiviti kesenian dan kebudayaan dan melestarikan seni dan budaya bangsa Malaysia agar sama-sama dihayati dan diraikan dengan semangat perpaduan. 4. sambutan pengunjung terhadap karnival itu amat menggalakkan kerana pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang menarik akan diadakan. 5. banyak faedah yang akan kita peroleh seperti masyarakat dapat mengetahui, mempelajari dan memahami budaya sesuatu kaum dengan lebih mendalam. Selain itu, ia dapat memartabatkan seni dan budaya Malaysia serta dapat memupuk perpaduan kaum melalui acara-acara menarik yang diadakan nanti. Kemahiran Menulis A 1. rakyatnya 2. majmuk 3. Kita harus sedar akan kepentingan memelihara dan memartabatkan budaya tradisional kita. 4. Amalan kunjung-mengunjung pada musim perayaan menunjukkan kemesraan sesama kaum. B Aktiviti Menganyam Marilah kita mengisi masa lapang dengan aktiviti menganyam tikar dan tudung saji sambil mengeratkan perpaduan dalam kalangan kita. Di samping itu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan dengan menghasilkan barangan kegunaan harian yang berasaskan bahan semula jadi. Aktiviti menganyam tikar dan tudung saji ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya agak rumit. Oleh itu, semua peserta haruslah saling membantu dan bekerjasama ketika membuat anyaman ini. Aspek Seni Bahasa A Idea keseluruhan: Syair di atas menceritakan negara Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa. Rakyat Malaysia hidup bersatu padu demi memajukan negara. Selain itu, rakyat Malaysia yang berbilang bangsa juga mengamalkan budaya yang berbeza-beza yang melambangkan identiti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia juga mengadakan rumah terbuka bagi menyambut sesuatu perayaan dan pesta kebudayaan yang disambut secara bersama-sama. Cara ini dapat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang gagah berani juga sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara. B 1. Walaupun kita berbeza bangsa dan agama, namun bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan telah menyatukan kita. 2. Kita hendaklah bertutur dengan sopan dengan menggunakan bahasa yang halus agar tidak menyakiti hati orang lain. 3. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan sentiasa bersopan walau di mana jua kita berada agar diri kita disenangi dan disanjungi oleh orang lain. 4. Budaya rakyat Malaysia sangat unik dan rakyat haruslah berganding bahu menjaga dan mengekalkan budaya U11 Jawapan Ram BMY5.indd 124 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


125 yang telah menyatupadukan rakyat di negara ini. Aspek Tatabahasa A 1. Malam kebudayaan yang diadakan di sekolah saya itu meriah sekali. 2. Mereka saling bersalaman dan bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa. 3. Aktiviti sukaneka itu melibatkan semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. 4. Pertandingan drama muhibah ini dapat melahirkan peserta yang dapat menjiwai erti perpaduan. 5. Aktiviti kesenian di sekolah dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang bangsa. 6. Aizad dan Wai Hong akan mengikuti aktiviti perkhemahan muhibah yang dianjurkan oleh sekolah mereka. 7. Aisyah menceritakan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di kawasan kejiranannya kepada kawankawannya. 8. Semangat perpaduan dan semangat kekitaan dapat mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. B 1. Shu Fen mencuci telapak tangannya yang terkena cat semasa mewarnakan mural. 2. Rubini menulis kata-kata hikmat pada kelopak bunga raya yang dilakar pada dinding bangunan sekolahnya. 3. Afifi dan rakan-rakannya mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyambut Hari Kemerdekaan di sekolah mereka. 4. Farisha sedang mengemas peralatan melukis yang selerak itu. 5. Mereka mencabut kemuncup yang terlekat pada seluar mereka semasa membersihkan kawasan kebun sayur sekolah. 6. Aina dan rakan-rakannya berasa agak gemuruh semasa menunggu giliran mereka untuk persembahan drama perpaduan itu. 7. Aktiviti melukis mural ini ialah sinambung pembelajaran kamu di dalam kelas. 8. Jari telunjuk Amin terluka semasa meraut buluh untuk menghasilkan wau. C 1. Guru besar sedang menyampaikan ucapan di atas pentas semasa merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan. 2. Pameran kraf tangan diadakan semasa Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang diadakan di sekolah. 3. Penulis buku motivasi bertajuk “Perpaduan” itu menurunkan tandatangannya pada beberapa buah karyanya itu. 4. Ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbincangan itu. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema 5 A 1. Saya memilih program di stesen ketiga sebagai pilihan pertama. Saya memilihnya kerana bahasa, seni dan budaya dapat memantapkan jati diri saya terhadap kesenian dan kebudayaan warisan negara. 2. Pada pendapat saya, program seperti ini penting kepada generasi muda kerana program ini dapat memupuk semangat kepimpinan dan semangat patriotik dalam diri mereka. 3. Sekiranya kita tidak mempunyai jati diri dan semangat kepimpinan yang tinggi dalam diri, kita tidak akan mencapai kejayaan yang diingini. B 1. mengenal pasti dua lokasi menarik yang mempunyai nilai sejarah, iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad dan Kota A Famosa. 2. terletak di Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan yang menjadi mercu tanda Kuala U11 Jawapan Ram BMY5.indd 125 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


126 Lumpur ini siap dibina pada bulan April 1897. Pada masa dahulu, bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran British. Salah satu peristiwa penting negara telah berlaku di hadapan bangunan ini, iaitu peristiwa bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Bangunan yang unik ini dibina berasaskan seni bina Moghul dan Moor. 3. tertelak di Bandar Hilir Melaka. Bangunan ini dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Bangunan ini dijadikan sebagai kubu pertahanan untuk menangkis serangan orangorang Melayu. Bangunan ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih ada di Asia. 4. baik juga kita ke Melaka yang memang terkenal sebagai bandar bersejarah. Selain melawat Kota A Famosa, kita juga boleh melihat replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Kemahiran Membaca A 1. keterangan atau butiran mengenai sesuatu 2. ahli yang mahir dalam sesuatu ilmu 3. senang dan besar hati 4. sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan ketekunan 5. sesuatu yang menggerakkan hati untuk menghasilkan sesuatu B 1. “Uniknya Malaysia”. Melalui tajuk ini, kita dapat memaparkan kebudayaan kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan budaya hidup yang berbeza-beza dan unik. Tentu menarik video yang akan dihasilkan nanti. 2. selain memaparkan budaya hidup masyarakat yang unik, kita juga boleh menunjukkan lokasi-lokasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Saya juga memilih tajuk tersebut. 3. “Uniknya Malaysia” untuk pertandingan video patriotik itu. Saya mahu memaparkan keunikan Malaysia dalam video yang akan dihasilkan nanti. Kemahiran Menulis 1. Tujuan Kem Penulis Cerita Kreatif diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa dalam penulisan kreatif kepada murid-murid. 2. Encik Zainal Aripin ialah penulis terkenal tanah air. 3. Ceramah daripada penulis terkenal itu memberikan manfaat kepada penulis dan rakan-rakannya kerana mereka dapat mengetahui kemahiran menulis pantun, sajak dan cerpen. 4. Pada pendapat saya, kebaikan yang akan diperoleh apabila menyertai Kem Penulis Cerita Kreatif ini adalah dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. Selain itu, program ini juga dapat memantapkan kemahiran menulis murid serta memupuk semangat patriotik dalam diri murid dengan mengutamakan bahasa Melayu dalam penulisan. Aspek Tatabahasa A 1. Kamal ada hati untuk menyertai pertandingan pidato sempena sambutan Hari Kebangsaan itu. 2. Hanif dan Hui Meng ringan tulang membantu Cikgu Azizi mewarnakan Jalur Gemilang gergasi itu. 3. Walaupun Amirul orang kurang upaya, namun dia tidak pernah berasa rendah diri dengan orang lain. 4. Encik Harun makan gaji sebagai tukang masak di sebuah restoran yang terkenal di Klang demi menyara keluarganya. 5. Kejayaan anak Encik Halim dan Puan Murni dalam bidang sukan bola sepak menjadi buah mulut penduduk Kampung Indah. 6. Walaupun mendapat Anugerah Tokoh Murid Cemerlang, Hisyam tidak bersikap hidung tinggi dengan rakanrakannya. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 126 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


127 B 1. Penari-penari itu sedang mempersembahkan tarian tradisional pelbagai kaum. 2. Encik Rahim membeli belon untuk anak-anaknya supaya mereka berasa gembira. 3. Pengunjung-pengunjung duduk di hadapan pentas sambil menyaksikan persembahan tarian. 4. Pak Cik Syamsul menjual belon-belon kepada pengunjung yang datang ke sambutan Malam Kemerdekaan itu. 5. Bendera-bendera mini itu dikibarkan oleh para pengunjung dengan gembiranya. C 1. Murid-murid tolong-menolong membuat persiapan sambutan Hari Kemerdekaan di dewan sekolah. 2. Barang-barangan lama yang dipamerkan di muzium ini merupakan tinggalan sejarah yang amat bernilai. 3. Sarah dan Hadif sedang mencari-cari maklumat tentang tokoh negara di perpustakaan sekolah. 4. Ammar menampal poster bunga raya yang berwarna kemerah-merahan itu pada papan kenyataan di belakang kelas. D 1. Stadium itu gamat dengan sorak-sorai penyokong bola sepak. 2. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ramah-tamah. 3. Negeri Sabah mempunyai gunungganang yang indah pemandangannya. 4. Pelumba basikal negara itu sedang membuat latihan di kawasan bukitbukau. 5. Mereka mewarnakan bendera gergasi itu dengan berhati-hati dan tidak gopoh-gapah. 6. Pihak polis sedang berusaha meredakan kacau-bilau yang berlaku di tempat awam itu. 7. Para penari itu memakai busana yang berwarna-warni semasa sambutan Hari Kemerdekaan. 8. Puan Maria dan suaminya menjamu tetamu mereka dari Australia dengan lauk-pauk yang enak. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi A 1. cangkerang keras yang dapat melindungi badannya yang lembut 2. memasukkan anggota badannya ke dalam cangkerang jika berasa terancam 3. menggulungkan badannya untuk menakutkan musuh yang mencuba menyerangnya 4. kaki yang panjang dan berotot kuat untuk membantunya berlari dengan pantas untuk menyelamatkan diri daripada musuh 5. tanduknya yang tajam untuk melindungi diri daripada musuh yang menyerangnya 6. dapat mengelakkan haiwan-haiwan itu menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa yang lain serta dapat mengelakkan kepupusan haiwan tersebut B 1. membuat atau menerima panggilan melalui jam tangan pintar ini 2. melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat, mendengar muzik dan merakamkan gambar 3. memaparkan maklumat aktiviti harian seperti senaman 4. memantau tahap kesihatan kita dengan mengesan kadar bacaan nadi Kemahiran Membaca 1. mengemukakan sesuatu supaya diterima 2. berasa bimbang atau waswas 3. kegunaannya 4. dasar atau ukuran untuk menentukan nilai sesuatu 5. mempunyai kebolehan mencipta, menghasil-kan dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli 6. rancangan yang tersusun dalam fikiran; buah fikiran U11 Jawapan Ram BMY5.indd 127 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


128 7. alat untuk menyebarkan maklumat, berita dan sebagainya kepada orang awam 8. menjadikan lebih giat Kemahiran Menulis 1. Pelbagai pameran yang menarik telah diadakan. Antaranya ialah pameran basikal lipat. Pameran ini telah menarik perhatian pengunjung kerana reka bentuknya yang unik dan boleh dilipat serta mudah dibawa ke mana-mana. 2. Pengunjung juga amat tertarik akan e-book yang dipamerkan. E-book merupakan medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat. Bentuknya yang nipis dan ringan mudah untuk dibawa ke mana-mana. 3. Di pameran itu, murid-murid juga berpeluang menyaksikan dokumentari tentang satelit dan angkasa. Tayangan ini dapat menarik minat murid terhadap bidang sains angkasa. Aspek Seni Bahasa س ڤ رتي كرا سومب� .1 با�اي لباه م�ومڤولكن مادو .2 با�اي هوجنجاتوه ک ڤاسير .3 لقسان كرا داڤت بو�ا .4 سڤرتي �ر�اجي دوا مات .5 Aspek Tatabahasa A 1. (a) Keluarga bahagia Fasha sedang bersenam. (b) Keluarga Fasha sedang bersenam di taman. 2. (a) Ayah Hamdan membeli sebuah kereta. (b) Ayah membeli sebuah kereta elektrik. 3. (a) Kakak Suhana sedang membersihkan permaidani. (b) Kakak sedang membersihkan permaidani dengan menggunakan vakum. 4. (a) Kamal murid tahun 6 menyertai pertandingan roket air. (b) Kamal menyertai pertandingan roket air di sekolah. B 1. Ayat majmuk peluasan subjek: Alif dan Rajan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di pameran sains. 2. Ayat majmuk peluasan subjek: Azman atau Jhia Wei yang memenangi pertandingan robotik itu? 3. Ayat majmuk peluasan subjek: Amran yang baru belajar tentang tanaman fertigasi teringat akan kelebihan tanaman fertigasi itu. 4. Ayat majmuk peluasan predikat: Puan Aini masih gagal menjumpai jarum peniti itu, walaupun beliau mencarinya dengan kanta pembesar. 5. Ayat majmuk peluasan predikat: Cikgu Aziz menjelaskan bahawa dron banyak digunakan dalam sektor pertanian di negara ini. C 1. Wah, hebat sungguh teknologi dron ini! 2. Oh, rupanya-rupanya kamu yang mencipta katil inovasi untuk OKU ini! 3. Nah, telitilah risalah tentang alat perangkap nyamuk elektronik ini! 4. Syabas, kerusi roda elektrik ciptaan tuan memenangi hadiah inovasi! D 1. Tolong jelaskan cara-cara membuat alat inovasi perangkap nyamuk ini. 2. Jemput masuk ke dalam dewan kerana majlis perasmian akan bermula sebentar sahaja lagi. 3. Minta jelaskan fungsi penghadang jalan raya beroda ini. 4. Usahlah kamu bersedih kerana kalah menang adat pertandingan. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tema 7 Kelestarian Alam A 1. membersihkan udara secara semula jadi 2. Pokok lidah jin dan pokok buluh palma dapat menyingkirkan toksik yang dibawa oleh angin. Pokok Peace Lily pula mampu membersihkan udara U11 Jawapan Ram BMY5.indd 128 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


129 serta mengelakkan pertumbuhan kulat di kawasan yang lembap B 1. amalan hijau yang digalakkan dan tidak digalakkan 2. suatu aktiviti yang dapat memelihara alam sekitar serta mengurangkan pencemaran alam sekitar 3. menggunakan beg kitar semula untuk mengisi barang dan menggunakan media elektronik seperti menghantar e-mel atau perisian lain untuk menghantar pelbagai maklumat 4. menggunakan beg plastik dan menebang pokok-pokok di hutan 5. tidak boleh dilupuskan dan boleh mencemar-kan alam sekitar 6. memusnahkan kawasan hutan yang menjadi habitat semula jadi pelbagai jenis hidupan liar serta menjadi tempat tadahan air hujan Kemahiran Membaca A Rumusan: Isu pemanasan global semakin serius. Masyarakat disarankan untuk mempraktikkan amalan penggunaan lestari dalam kehidupan seharian. Ketika membeli barangan, masyarakat digalakkan untuk mengutamakan pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula untuk mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Masyarakat juga disarankan agar membawa beg sendiri dari rumah ketika keluar membeli barangan demi mengelakkan penggunaan beg plastik yang sukar dilupuskan. Selain itu, masyarakat disarankan agar membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Sekiranya amalan ini dilakukan secara berterusan, masalah pemanasan global dapat diatasi. B 1. Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti menanam pokok dan kitar semula 2. Saya menyukai aktiviti kitar semula barangan terpakai. Hal ini kerana aktiviti kitar semula banyak manfaatnya. Kitar semula dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Aktiviti kitar semula juga dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Dengan mengitar semula barangan terpakai, kita dapat menghasilkan produk baharu daripada barangan terpakai tersebut. Dengan cara ini, kita juga dapat berjimat cermat 3. Saya memilih aktiviti menanam pokok, cikgu. Bagi saya, aktiviti menanam pokok ini banyak kebaikannya. Pokok-pokok yang ditanam dapat menyamankan udara dan menghijaukan kawasan sekolah. Pelbagai jenis pokok hiasan atau pokok buah-buahan boleh ditanam untuk meredupkan kawasan sekolah. Saya yakin murid-murid akan dapat belajar dengan lebih selesa dan tenang Kemahiran Menulis Pada petang itu, Pak Belang dan Sang Sawa berehat-rehat di bawah pokok jati yang besar. Mereka melihat Sang Jati agak sedih. Sang Jati hanya mendiamkan dirinya. “Sahabatku, Sang Jati. Mengapakah kamu bersedih? Jika kamu memerlukan pertolongan, beritahulah aku. Aku pasti akan menolong kamu,” kata Pak Belang. “Benar kata Pak Belang. Jika kamu ada masalah, beritahulah kami, Sang Jati,” kata Sang Sawa itu. “Sebenarnya, pagi tadi ada dua orang pembalak datang melihat-lihat aku. Aku terdengar perbualan mereka. Mereka mahu menebang aku. Oleh sebab itu, aku berasa sangat sedih,” rintih Sang Jati. “Cis, berani sungguh mereka hendak menebang kamu! Sudah lama kamu mendiami hutan ini. Aku tidak akan membiarkan pembalak-pembalak itu menebang kamu sesuka hati, Sang Jati,” kata Pak Belang dengan marah. “Kamu amat berjasa terhadap haiwan dan tumbuhan di hutan ini. Kamu menjadi tempat untuk kami berehat dan berteduh. Kamu jugalah yang mengindahkan hutan ini. Jika kamu ditebang, musnahlah keindahan hutan ini. Kami tidak akan membiarkan mereka U11 Jawapan Ram BMY5.indd 129 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


130 menebang kamu,” kata Sang Ular dengan geram sekali. “Kamu jangan bimbang, Sang Jati. Aku dan Sang Sawa akan meminta bantuan Sang Gajah dan Sang Monyet untuk menghalang mereka memusnahkan hutan ini,” kata Pak Belang. “Lega aku mendengarnya. Terima kasih, kawan-kawanku,” kata Sang Jati. Aspek Seni Bahasa Idea Keseluruhan: Syair di atas menerangkan kepentingan memelihara hutan. Hutan yang memiliki pemandangan yang indah dapat menarik kedatangan pelancong sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara. Hutan juga menjadi habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan liar yang tinggal di dalamnya. Selain itu, hutan juga menyediakan hasil hutan yang menjadi sumber rezeki bagi manusia untuk meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu, hutan amat penting untuk dipelihara dan dikekalkan. Aspek Tatabahasa A 1. Manisah membuang botol minuman plastik yang telah digunakan ke dalam tong kitar semula itu. 2. Puan Mariah sedang memasukkan barang-barang yang dibelinya ke dalam beg kitar semula. 3. Aizat dan ayahnya gemar menanam pokok di halaman rumah agar kawasan rumah mereka redup. 4. Encik Kamarul dan anaknya sedang mengutip sampah sarap di kawasan pantai untuk menjaga kebersihan pantai. B 1. Alam sekitar sangat disayangi oleh Azizah. 2. Dokumentari tentang alam sekitar ditonton oleh murid-murid. 3. Pokok-pokok ditanam oleh Encik Fauzi di sekeliling rumahnya. 4. Pertandingan melukis poster sempena Kempen Alam Sekitar itu dimenangi oleh Azizi. 5. Program Kempen Sekolahku Hijau dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar sekolah. 6. Bahan-bahan kitar semula itu dimasukkan ke dalam tong kitar semula oleh Azam. C 1. Dua orang pekerja itu memasang panel solar. 2. Tumbuhan hiasan ini dapat membersihkan udara. 3. Kereta elektrik membantu mengurangkan pencemaran udara. 4. Diadakan di dewan sekolah ceramah lestari alam. 5. Mengadakan aktiviti gotong-royong Penduduk Taman Ihsan. 6. Mendidik masyarakat mengitar semula barangan terpakai Kempen Kitar Semula. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Tema 8 1. Pada pandangan saya, amalan berjimat cermat yang diamalkan oleh murid-murid tersebut adalah sangat baik dan membawa banyak manfaat kepada mereka. Dengan mengamalkan amalan berjimat cermat, mereka dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga. Hal ini sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. 2. Pada pendapat saya, saya akan membawa bekal makanan ke sekolah. Hal ini kerana saya dapat menyimpan wang saku yang diberikan oleh ayah saya ke dalam tabung. Wang yang disimpan ini untuk kegunaan ketika kecemasan dan untuk simpanan masa depan saya. Cara ini juga dapat mengelakkan sikap boros berbelanja. Kemahiran Membaca A 1. Dapat memajukan perniagaan mereka melalui pelbagai medium 2. Dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk yang dijual oleh mereka 3. Dapat mengelakkan pembeli dianiaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab U11 Jawapan Ram BMY5.indd 130 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


131 4. Dapat mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan 5. Dapat mengelakkan peniaga mengalami kerugian B 1. satu kumpulan syarikat yang dikawal oleh seseorang yang berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu 2. bahagian yang tertinggi / puncak 3. sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan 4. segala yang terlingkung dalam sesuatu perkara 5. keadaan daif / kekurangan 6. berazam 7. wang atau harta yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga 8. simbol Kemahiran Menulis 1. Pihak yang turut terlibat untuk penganjuran Karnival Barangan Buatan Malaysia ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 2. Tujuan Karnival Barangan Buatan Malaysia diadakan adalah untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan tempatan. 3. Pejabat Persatuan Pengguna Negeri Terengganu. 4. Pada pendapat saya, masyarakat harus memberi-kan sokongan terhadap karnival ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan untuk meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, barangan buatan tempatan agak murah serta kualitinya setanding dengan barangan import. Aspek Tatabahasa A 1. ialah 2. sangat 3. sedang 4. sudah 5. sungguh 6. agak 7. patut 8. akan B 1. melayan Encik Hamdan melayan pelanggan yang datang ke restorannya dengan mesra sekali. 2. menjual Alif membantu ayahnya menjual ikan pelaga di pasar tani pada setiap hari Ahad. 3. terkenal Belacan dan cencaluk jenama Mak Su memang terkenal di negeri Melaka. 4. tempahan Puan Hamidah dan pekerjanya sedang menyiapkan tempahan kek cawan yang banyak daripada pelanggan. C 1. Para pekerja sedang memasang cerucuk di tebing kolam ikan itu. 2. Dua orang pekerja sedang membersihkan kolam pancing ikan itu. 3. Adli membantu perusahaan kolam pancing udang galah milik bapanya. 4. Persembahan kompang berformasi itu sungguh hebat dan menyeronokkan. 5. Sarah membantu ibunya mengemaskan gerai nasi lemak sebelum pulang ke rumah. 6. Kedai menjual kerepek ini sinambung daripada perusahaan kebun pisang dan ubi kayu. 7. Samad dan Ah Seng akan menyertai bengkel membuat kompang di Kampung Pandan. 8. Pertandingan memancing ikan di Kolam Memancing Ikan Seksyen 24 akan diadakan pada hari Sabtu ini. D 1. Selepas pulang dari sekolah, Amirul menyimpan baki wang sakunya di dalam tabung untuk simpanan masa depannya. 2. Amirah membawa bekal nasi lemak kerana dia ingin berjimat cermat. 3. Puan Maznah hanya akan membelibelah di pasar raya ketika jualan murah. 4. Sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, Encik Azman U11 Jawapan Ram BMY5.indd 131 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


132 membuat jadual perbelanjaan keluarga. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Integriti Tema 9 A Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Perwira menganjurkan aktiviti perkhemahan. Aktiviti itu diadakan di Hutan Lipur Lentang. Sebaik tiba di tapak perkhemahan, para pengakap mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurulatih. Jurulatih membahagikan kumpulan dan tugasan kepada setiap kumpulan. Azman dilantik sebagai ketua Kumpulan A. Pada mulanya, setiap kumpulan dikehendaki membina khemah. Azman memastikan setiap ahlinya bekerjasama membina khemah. Khemah-khemah itu dipasang di kawasan yang lapang agar selamat. Kemudian, setiap kumpulan diarahkan membina tempat untuk memasak, rak untuk menyimpan makanan, ampaian, unggun api dan sebagainya. Azman dan ahli kumpulannya perlu membuat rak untuk menyimpan makanan. Mereka menggunakan tali dan buluh untuk membuat rak. Azman mengajar ahli kumpulannya membuat rak dengan kukuh. Selepas rak itu siap, mereka menyusun barang-barang makanan di atas rak itu dengan rapi. Kemudian, jurulatih melihat rak yang dihasilkan oleh kumpulan Azman. Jurulatih memuji mereka kerana berjaya menghasilkan sebuah rak yang cantik dan kukuh. Azman dan rakan-rakannya saling berterima kasih atas kerjasama yang diberikan. B … ada seorang murid yang sangat pintar bernama Arman. Baru-baru ini, dia telah dianugerahkan Tokoh Murid Contoh. Sejak wabak COVID-19 melanda negara kita, Arman sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan dirinya. Dia sentiasa memakai pelitup muka tiga lapis untuk mengelakkan penularan virus COVID-19. Dia juga sentiasa menjaga jarak fizikal dengan rakan-rakan dan guru-gurunya. Selain itu, Arman seorang murid yang bijak. Dia selalu mengikuti pembelajaran dalam talian oleh gurunya. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya ketika sesi pembelajaran. Dia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Dia juga seorang yang baik hati dan prihatin akan insan-insan yang memerlukan bantuan. Arman sekeluarga telah memberikan sumbangan wang dan makanan untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan di tempat tinggal mereka. Kemahiran Membaca Rumusan: Afifi ialah ketua Kelas 5 Pintar. Dia ketua kelas yang bertanggungjawab. Setiap hari, dia sentiasa memastikan kelasnya berada dalam keadaan bersih. Dia sentiasa memantau muridmurid yang bertugas untuk membersihkan kelas. Afifi juga sentiasa memastikan muridmurid di kelasnya tidak berbuat bising semasa ketiadaan guru. Dia akan menegur murid-murid yang berbuat bising secara berhemah. Selain itu, Afifi sangat baik hati kerana selalu membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah dalam pelajaran. Afifi amat disenangi oleh guru kelasnya kerana dia rajin membantu gurunya itu membawa buku ke bilik guru. Afifi sememangnya ketua kelas yang bertanggungjawab, baik hati dan ringan tulang. Kemahiran Menulis A Suzana binti Samad, No. 24, Jalan Kasturi 5, Taman Seri Kasturi, 81200 Johor Bahru, Johor. 15 Mac 2023. Menemui sahabatku, Atikah, di Kuching, Sarawak. Saya berharap semoga saudari dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan sebuah kisah seorang murid di sekolah saya yang bernama Munirah. Kisahnya telah saya nukilkan dalam penulisan saya. Penulisan U11 Jawapan Ram BMY5.indd 132 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


133 itu membolehkan saya dipilih sebagai pemenang pertandingan mengarang di sekolah. Untuk pengetahuan saudari, Munirah seorang murid yang berumur 11 tahun. Munirah merupakan orang kurang upaya. Dia bergerak menggunakan kerusi roda. Walaupun kurang upaya, namun dia murid yang pintar di sekolah. Sebenarnya, Munirah berasal dari keluarga yang miskin. Dia anak tunggal. Ayahnya pula lumpuh akibat kemalangan beberapa tahun yang lalu. Ibu Munirah berniaga nasi lemak dan kuih-muih untuk membantu menyara keluarga. Walaupun hidup susah, mereka sangat bahagia. Oleh sebab itu, Munirah belajar dengan bersungguh-sungguh. Dia mahu mengubah kehidupan keluarganya. Dia mahu memberikan kehidupan yang selesa untuk ibu dan ayahnya apabila dewasa kelak. Dia tidak mahu menjadikan kekurangannya itu penghalang untuknya berjaya. Munirah juga menjadi murid contoh di sekolah. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini. Akhir kata, saya berharap agar kita dapat bertemu lagi dalam coretan akan datang. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Suzana Aspek Tatabahasa A 1. Sila beratur untuk membeli makanan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. 2. Jangan berbuat bising semasa berada di dalam perpustakaan ini. 3. Aduh, sakitnya kaki saya ini! 4. Nah, ini buku cerita kamu yang saya pinjam dua hari lepas! B 1. Kerja sekolah disiapkan oleh Ahmad sebelum keluar menunggang basikal dengan rakannya. 2. Permainan tradisional lebih digemari oleh Anisa dan adiknya berbanding dengan permainan gajet. 3. Pertandingan menulis cerpen itu akan disertai Danial. 4. Kemudahan teknologi untuk pembelajaran haruslah kita utamakan. C 1. Ayat susunan songsang: Menyertai pertandingan pidato, Ammar. 2. Ayat susunan songsang: Ketua pengawas yang bertanggungjawab, Razi. 3. Ayat susunan songsang: Mengadakan lawatan ke Parlimen, Persatuan Bahasa Melayu pada hari Rabu. 4. Ayat susunan songsang: Aktiviti perkhemahan itu memberikan banyak manfaat kepada murid-murid. 5. Ayat susunan biasa: Hanif menceritakan pengalamannya melawat ke SK Seri Sentosa kepada Samad. 6. Ayat susunan biasa: Alisha sedang berbual dengan rakannya melalui media sosial. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1. C 2. D 3. B 4. C 5. D 6. A 7. A 8. D 9. C 10. B 1. (a) manfaat (b) Segelintir masyarakat di bandar kurang mengamalkan amalan bergotong-royong kerana mereka bersikap mementingkan diri, malah mungkin ada kalangan masyarakat di bandar saling tidak mengenali walaupun berjiran serta sibuk bekerja. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 133 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


134 (c) masih (d) Hubungan dalam kalangan masyarakat setempat dapat dieratkan melalui aktiviti ini. ( 3 ) 2. Tindakan yang akan saya lakukan adalah melaporkan kejadian buli itu kepada guru disiplin dengan segera. Selain itu, saya akan menasihati rakan supaya tidak takut akan ugutan mereka itu. Grafik menunjukkan amalan gaya hidup sihat yang harus diamalkan dalam kehidupan sehari-harian seperti mencuci tangan, mandi, berjoging, dan makan makanan seimbang. Kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada amalan-amalan ini adalah dapat mencegah jangkitan kuman dan penyakit yang berbahaya. Selain itu, fizikal dan mental kita juga akan cergas dan cerdas. Karangan Berformat HULU LANGAT, Sabtu - Sekumpulan sukarelawan menjalankan program gotongroyong di Sungai Congkak. Program ini dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar. Aktiviti ini berlangsung dari pukul 8:00 pagi hingga 3:00 petang. Mereka menyapu dan mengaut sampah yang hanyut serta menanam pokok. Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Aktiviti ini juga bertujuan memupuk nilai bertanggungjawab. Antara faedah yang diperoleh adalah dapat menjaga kebersihan sungai dan mencegah penularan penyakit. Pokok-pokok yang ditanam dapat mengindahkan kawasan sungai. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah ke dalam sungai. Sungai hendaklah dijaga demi kebaikan semua. Karangan Tidak Berformat Sekumpulan sukarelawan membersihkan kawasan sungai. Mereka menyapu dan mengaut sampah yang hanyut serta menanam pokok. Banyak faedah yang diperoleh oleh mereka.Menjaga kebersihan kawasan sungai dapat mencegah penularan penyakit berjangkit. Hidupan akan mendapat sumber air yang bersih jika kebersihan sungai dijaga. Air yang bersih penting sebagai minuman dan melakukan kerja-kerja harian. Pokok-pokok yang ditanam juga mengekalkan keindahan kawasan sungai. Ini dapat menarik kunjungan pengunjung untuk berkelah di sungai. Kesimpulannya, sungai hendaklah dijaga demi kebaikan semua. Jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai. U11 Jawapan Ram BMY5.indd 134 02/05/2023 5:33 PM CONTOH


CONTOH


Click to View FlipBook Version