CONTOHKhas untuk guru sahaja
Dengan setiap pembelian buku, guru boleh
dapatkan salinan lembut (softcopy) dalam
bentuk PDF untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran di rumah (home-
based learning).
Sekiranya guru memerlukan PDF, sila
hubungi Bahagian Penjualan dan Pemasaran
Cemerlang Publications Sdn. Bhd. di talian:
03-89592001
03-89593001
016-3324137
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Penerapan Sivik Bulan Januari
Nilai Kasih Sayang
Tajuk Jauhi Buli
Teknik Bacaan HEBAT 5W1H
Who (Siapa)CONTOH Siapakah pihak yang dibincangkan/ watak?
What (Apa) Apakah kejadian/ masalah/ kesan yang berlaku?
When (Bila) Bilakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
Where (Di mana) Di manakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
Why (Mengapa) Mengapakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
How (Bagaimana) Bagaimanakah kejadian/ masalah/ kesan itu dapat diselesaikan?
Langkah Pelaksanaan Resos Guru
1 Kemukakan enam soalan di atas, pastikan soalan tersebut berkaitan dengan topik atau bahan yang
dibaca pada waktu sebelum, semasa, dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan
terarah.
2 Catatkan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan pada ruang jawapan yang
diberikan.
3 Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan
mengukuhkan pemahaman tentang bacaan tersebut.
Aktiviti 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan.
Buli di Sekolah: Punca dan Akibat
Buli merupakan satu fenomena yang semakin membimbangkan pelbagai pihak. Budaya negatif ini
digambarkan bagaikan tiada penyelesaian apabila mula menjadi buah mulut masyarakat kini. Lebih
merisaukan apabila video-video tular yang mula membanjiri media-media sosial telah mendapat pelbagai
respons daripada masyarakat maya. Masalah ini bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli di
sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan murid sekolah
bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat di negara kita.
Kita soroti satu kes buli yang pernah menggemparkan negara apabila sembilan pihak termasuk lima orang
murid daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terpaksa membayar saman berjumlah
RM616 634.20 kepada seorang bekas murid yang pernah menjadi mangsa buli empat tahun sebelumnya.
Jumlah besar ini perlu dibayar akibat mangsa telah kehilangan pendengaran di telinga sebelah kanan dan
tidak boleh menjalani aktiviti air seumur hidupnya akibat dibuli.
Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, ayuh kita teliti dahulu maksud buli dari segi bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang,
kebiasaannya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan ataupun menakutkan
orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan
kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa
malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah, iaitu di prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan
sekumpulan murid dan mangsa hanya berseorangan untuk mempertahankan diri. Beberapa punca telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada permasalahan ini.
R1
RCON esTosGuru OHBM Tingkatan 5 Resos Guru
Amal maaruf nahi mungkar merupakan konsep asas yang digariskan oleh agama Islam bagi
memastikan penganutnya sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan atau kemungkaran.
Mengikut kajian-kajian awam yang dijalankan, kebanyakan pembuli yang melalui sesi kaunseling
mempunyai kefahaman agama yang kurang mantap. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak sedar tentang
keperluan menghormati orang lain sebagaimana yang digariskan oleh agama. Dalam negara yang pesat
membangun, rakyatnya dituntut bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Kini, ibu bapa terlalu
sibuk sehingga mengabaikan aspek keagamaan dalam diri anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan
tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing.
Ibu bapa seharusnya sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni melalui kefahaman agama yang utuh perlu
disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing
tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami keperluan dan kehendak anak-
anak mereka. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang
pemantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka terutamanya ketika di rumah. Ada antara pelaku kegiatan buli
ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat
yang semakin maju dan berpendidikan tinggi kini tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.
Selain itu, majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau.
Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan gejala buli ini berlaku. Jika berpunca
daripada keluarga, pelaku buli selalunya sama ada pernah dibuli atau sentiasa melihat keganasan buli di
rumah. Seandainya bebanan kerja merupakan punca berlakunya aktiviti buli pula, selalunya pelaku buli
terlalu stres akibat bebanan kerja yang diberikan. Perkara ini diburukkan lagi apabila seseorang individu
gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan
hingga menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya, mereka akan bertindak
membuli orang lain sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku
bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati selepas berbuat demikian. Menyedari hal ini, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menganjurkan klinik pengurusan stres bagi mendidik masyarakat
tentang cara menangani tekanan yang dihadapi.
Satu aspek penting yang tidak boleh dikesampingkan ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya
boleh didefinisikan sebagai sahabat daripada lingkungan umur dan latar belakang yang sama. Maka, kita
tidak boleh menolak bahawa gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang
semestinya sentiasa bersama dengan remaja. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan
gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut dengan
perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka berkemungkinan
besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego
mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar oleh rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi
individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan fikirannya. Sewajarnya dalam hal ini, ibu
bapa memainkan peranan vital untuk memantau pergerakan anak-anak di luar rumah terutamanya rakan
sebaya anak-anak.
Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi
pemangkin utama kepada penularan budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara
yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya bersifat kontras
dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara Barat pula berunsurkan aksi-aksi
ganas bagi menarik minat penonton. Terdorong oleh perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan,
pelaku buli akan bertindak mengaplikasikan aksi-aksi tersebut terhadap mangsanya tanpa memikirkan
padah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Dalam hal ini, pihak penerbit perlulah lebih bertanggungjawab
untuk menghasilkan filem-filem yang lebih bernilai murni agar sesuai dengan adat dan budaya di negara
kita kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Kesimpulannya, sebelum nanah menjadi tokak, langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan
efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak
terlibat dalam gejala ini. Sebagai remaja yang mungkin terdedah untuk menjadi pelaku buli ini, mereka
perlu memikirkan nasib orang lain kerana mangsa bukan sahaja terdedah kepada kecederaan fizikal malah
R2
BM Tingkatan 5 Resos Guru
turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sekali gus menjamin kesejahteraan negara.
ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas.
Isi 1 Catatan
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
CONTOH
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
Resos Guru
6 How (Bagaimanakah kejadian Catatan
itu patut diselesaikan)
Isi 2
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)
R3
RCON esTosGuru OHBM Tingkatan 5 Resos Guru Catatan
Catatan
Isi 3
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)
Isi 4
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)
R4
BM Tingkatan 5 Resos Guru
Penerapan Sivik Bulan Februari
Nilai Hormat-menghormati
Tajuk Prihatin Terhadap Keluarga
Teknik Bacaan THRILD
HEBAT
Title (Tajuk) Imbas bab dan tajuk.
Heading (Tajuk Kecil) Tulis semua subtajuk.
Read (Baca dan ringkaskan Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan
perenggan pertama) maklumatnya.
CONTOH
Illustrations (Ilustrasi) Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan.
Last Paragraph Baca perenggan terakhir dan rumuskan maklumatnya.
(Baca dan ringkaskan
perenggan terakhir)
Discussion Pilih tiga soalan tentang perkara yang ingin diketahui dengan lebih
(Bincangkan soalan) lanjut oleh pembaca untuk dibincangkan.
Langkah Pelaksanaan Resos Guru
1 Guru memberikan masa kepada murid untuk mengimbas tajuk besar, tajuk kecil, dan perkataan-
perkataan yang berhuruf tebal di dalam petikan.
2 Murid menulis tajuk utama dan subtajuk di dalam borang yang disediakan.
3 Murid membaca pendahuluan dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang disediakan.
4 Pindahkan kata kunci penting, perkataan berhuruf tebal, dan istilah-istilah penting yang terdapat di
dalam petikan ke dalam borang.
5 Murid membaca perenggan terakhir (kesimpulan) dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang
disediakan.
6 Murid berbincang dalam kumpulan untuk membentuk tiga soalan daripada subtajuk, kata kunci atau
istilah untuk dibincangkan bersama guru.
Aktiviti 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan.
Membina Keluarga Bahagia
Baiti jannati atau lebih mesra disebut sebagai rumahku syurgaku merupakan konsep yang menjadi
impian dalam sesebuah keluarga. Bagi merealisasikan impian ini semestinya setiap keluarga perlu memiliki
komponen penting, iaitu keluarga yang bahagia, sehati sejiwa, dan saling mengambil berat antara satu sama
lain. Sebuah keluarga yang bahagia tidak akan terbentuk jika setiap ahli keluarga hanya mementingkan diri
sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing. Sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar
untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi
harmoni. Jika ada sekalipun, belenggu kejahilan dan kegelapan ini perlu diperjelas kerana tanpa keluarga
tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam hidup.
Keluarga merupakan institusi nukleus yang kecil tetapi sangat besar impaknya kepada pembentukan
negara harmoni dan maju. Dalam usaha membentuk modal insan yang berminda kelas pertama sebagaimana
yang diwara-warakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan ibu bapa
sangat penting dalam membentuk suasana yang ideal bagi memangkin penerapan nilai dalam diri anak-
R5
RCON esTosGuru OHBM Tingkatan 5 Resos Guru
anak. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan vital untuk membina keluarga yang harmoni
dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan
secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa haruslah
berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka biar sesibuk mana
sekalipun. Ibu bapa perlu sedar bahawa masa yang diluangkan bersama-sama ahli keluarga tidak bererti
mereka perlu melakukan aktiviti di luar rumah semata-mata, tetapi usaha tersebut boleh juga dilakukan
di dalam rumah seperti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping
mendalami dan menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap diri anak-anak dengan
bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka, perkembangan pelajaran di sekolah, dan kehidupan sosial
mereka.
Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia.
Sebagai saudara yang lebih makan garam dalam keluarga seperti abang mahupun kakak, mereka
sewajarnya membantu menstabilkan tanggungjawab di dalam keluarga. Stabil dalam tanggungjawab di sini
membawa maksud abang atau kakak yang boleh dianggap sebagai ketua kepada adik-beradik yang lain perlu
bertindak meringankan tugasan keluarga dengan menerajui kerja-kerja rumah yang semestinya mampu
mengurangkan beban yang dipikul oleh kedua-dua orang tua. Adakah pembahagian tugas sebegini penting?
Jawapan semestinya “ya” kerana tanggungjawab yang diagihkan akan melatih setiap ahli keluarga untuk
lebih mempunyai semangat kebersamaan dan kesepunyaan dalam keluarga. Setiap ahli keluarga seharusnya
membantu untuk menyelesaikan tugasan rumah tanpa disuruh atas dasar rasa kasih sayang dan tolak ansur.
Melalui tindakan ini, nilai-nilai murni yang lain akan mula terbentuk dan yang paling penting kemesraan
dan silaturahim antara keluarga mula dijalin erat dari masa ke masa hingga terbentuknya keluarga bahagia.
Laut mana tidak berombak, bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Resam hidup berkeluarga yang
semestinya cukup masak dengan baik dan buruk setiap ahlinya, tidak akan terlepas daripada dugaan hidup
seperti perselisihan pendapat. Dalam hal ini, ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan
pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak
seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.
Namun, kita perlu sedar bahawa setiap kali hujan lebat pasti ada pelangi pada akhirnya. Hal ini bermakna
semestinya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perselisihan pendapat boleh diselesaikan
dengan baik kerana air dicencang tidak akan putus dan carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Selalunya setiap pertentangan pendapat antara ahli keluarga hanyalah asam garam dalam kehidupan bagi
mencari keserasian yang lebih hebat antara ahli keluarga.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa keluarga bahagia boleh dibentuk melalui peranan ahli
keluarga itu sendiri. Kesediaan setiap anggota untuk berkorban dan bertolak ansur sesama mereka
akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia. Sesungguhnya, keluarga bahagia
merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju. Semoga dengan pembentukan
keluarga bahagia ini, impian negara untuk membentuk remaja yang mampu menjadi tulang belakang
kepada kepimpinan cemerlang negara pada masa depan akan tercapai.
R6
BM Tingkatan 5 Resos Guru
ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas.
NAMA : TARIKH :
TAJUK UTAMA : Membina Keluarga Bahagia
SENARAI TAJUK KECIL :
Subtajuk 1 : Ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak
CONTOHKata Kunci 1 : Keluarga harmoni, menatang minyak yang penuh, mengambil berat
Soalan 1 : Bagaimanakah ibu bapa membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga?
Subtajuk 2 : Abang dan kakak mengambil tanggungjawab ibu bapa menjalankan tugas di rumah
Kata Kunci 2 : Menstabilkan tanggungjawab, kasih sayang dan bertolak ansur, silaturahim
Soalan 2 : Bagaimanakah pembahagian tugas antara ahli keluarga boleh dibuat secara adil?
Subtajuk 3 : Mengelakkan pertengkaran antara ahli keluarga Resos Guru
Kata Kunci 3 : Air dicencang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Soalan 3 : Apakah langkah untuk menyelesaikan pertengkaran antara ahli keluarga?
Rumusan Pendahuluan :
Setiap insan memerlukan keluarga yang harmoni dalam kehidupannya. Demi membentuk keluarga
bahagia ini, setiap ahli keluarga perlu membuang sikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan
keluarga.
Rumusan Penutup :
Setiap ahli keluarga perlu bertolak ansur dalam menghadapi masalah. Keluarga bahagia yang
diwujudkan mampu memastikan anak-anak dibentuk dalam suasana yang baik dan ideal bagi
membentuk pemimpin masa depan.
R7
CONTOH
Kod QR Page8.indd 8 30-Sep-21 9:52:13 AM
CONTOH
Ciri Eksklusif.indd 1 20-Sep-21 12:43:28 PM
Kandungan
Format Instrumen Peperiksaan SPM............................................i – ii
Bab 1 Karangan Berpandukan Kepelbagaian Bahan Rangsangan.. 1 – 10
CONTOH
Bab 2 Karangan Umum...................................................................11 – 25
Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa.................................................26 – 41
Bab 4 Pemahaman......................................................................... 42 – 75
Bab 5 Rumusan.............................................................................. 76 – 92
Penilaian Akhir Tahun.................................................................... 93 – 112
(Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3, Kertas 4)
Jawapan
Khazanah Kosa Kata Semua laman sesawang dalam
Peribahasa Berdarjat Tinggi
buku ini boleh dicapai pada QR
September 2021
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN
2021 MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (1103)
Keterangan
Bil. Perkara
CONTOH Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis
2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terhad
• Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terbuka
Bahagian A – Sistem dan Aplikasi
Bahasa
1 Morfologi
2 Sintaksis
3 Penyuntingan
4 Bahasa Melayu Standard
Bahagian A • menukarkan bahan teks
klasik/ lama kepada Bahasa
Satu (1) soalan Melayu Moden/ Standard
berdasarkan kombinasi 5 Peribahasa
kepelbagaian bahan rangsangan
Jawab satu soalan Bahagian B – Pemahaman
3 Bilangan Soalan Bahagian B
Soalan 6 dan Soalan 7
Empat (4) soalan esei. Berdasarkan petikan bahan prosa
Pilih dan jawab satu daripada dan bukan prosa (Umum/ Drama/
Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi
empat soalan
Tradisional/ Sajak)
Jumlah soalan : 5 Soalan Soalan 8
Berdasarkan novel tingkatan 4 dan
5
Bahagian C – Rumusan
Soalan 9 menulis rumusan
Jumlah soalan : 9 soalan
4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah
5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit
i
Keterangan
Bil. Perkara
Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4)
1 Jenis Instrumen Ujian Bertutur Ujian Mendengar
• Subjektif Respons Terhad • Objektif Aneka Pilihan
• Subjektif Respons Terbuka • Objektif Pelbagai Bentuk
• Subjektif Respons Terhad
CONTOH2 Jenis Item
Bahagian A – Individu
[40 markah]
• 1 petikan/ bahan rangsangan
yang disediakan untuk setiap • 4 - 6 petikan
calon
• Bersoal jawab dengan pentaksir • Instrumen mengandungi 20
3 Bilangan Soalan hingga 25 soalan
Bahagian B – Kumpulan
(Jawab semua soalan)
[30 markah]
• Jawapan berdasarkan petikan
• 1 tajuk/ tema umum disediakan
untuk perbincangan
• Perbincangan dalam kumpulan
3 – 5 orang calon
4 Jumlah Markah 70 markah 30 markah
5 Tempoh Ujian Individu: 30 minit
3 hingga 5 minit
Kumpulan:
12 hingga 15 minit
ii
Karangan Berpandukan
Bab 1 Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Sekilas Info
1 Satu soalan yang bermuat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1,
Bahagian A.
2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah dalam lingkungan 150 hingga 200 patah perkataan.
4 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 30 minit.
6 Soalan yang dikemukakan disertai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang terdiri daripada:
CONTOH
Gambar
rajah
Ilustrasi Gambar Info Digital 1
kartun ilustrasi
Petikan/ Jenis bahan Foto
Catatan/ rangsangan
Dialog
Iklan/ Pelan/
Poster Peta
Langkah Mengarang yang Berkesan Merangka isi karangan yang terdiri
daripada tiga bahagian, iaitu
Menganalisis secara teliti, kritis, dan analitik pendahuluan, isi, dan penutup.
berkaitan dengan bahan rangsangan, fokus
soalan, skop tajuk, dan isu yang ingin
dibincangkan.
Menyemak karangan untuk memastikan: Menulis karangan yang terdiri
(a) penulisan menepati tema/ isu yang dibincangkan daripada 150 hingga 200 patah
(b) idea yang diutarakan matang dan relevan perkataan.
(c) pengolahan menarik berserta contoh dan bukti
yang jelas
(d) penggunaan bahasa yang gramatis dan kosa kata
yang luas
(e) ejaan dan tanda baca yang betul
(f) struktur ayat yang betul
(g) penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat
1
BM Tingkatan 5 Bab 1
Sampel Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Cemerlang
Contoh 1 Tema 11 Dunia Selamat Milik Kita
Maklumat di bawah berkaitan dengan penyebaran berita palsu.
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan penyebaran berita palsu.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
CONTOH
Padah kongsi berita palsu, suri rumah didenda RM5 000
KANGAR: Seorang suri rumah didenda RM5 000 di Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku
bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi
media sosial di Arau pada April lalu.
Tertuduh, Norjannah Rusli, 28, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya
dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa
menggunakan perkhidmatan aplikasi status WhatApp melalui nombor talian yang didaftarkan
kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam
dengan menyebarkan berita tidak benar di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada pukul
10:31 pagi, 18 April lalu.
Berita Harian Online, 2 Jun 2021
Contoh Jawapan
Berita palsu semakin membanjiri laman sosial kini. Hal ini demikian kerana orang ramai berlumba-
lumba menjadi orang pertama yang berkongsi sesuatu di laman sosial tanpa memikirkan kesan penyebaran
dan perkongsian berita palsu itu. Oleh itu, pelbagai langkah harus dilakukan bagi membendung gejala ini.
Antara langkah proaktif dalam membanteras masalah ini ialah menghukum penyebar berita palsu
dengan denda yang berat atau penjara atau kedua-duanya sekali. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan untuk mengenal pasti akaun
media sosial yang digunakan untuk menyebarkan berita palsu ini.
2
BM Tingkatan 5 Bab 1
Selain itu, setiap individu juga bertanggungjawab untuk melaporkan berita palsu kepada SKMM. Sesiapa
yang terlihat atau terbaca berita palsu di media sosial hendaklah menjalankan tanggungjawab sosial dengan
melaporkan nama pelaku, tajuk berita, tarikh, dan platform digunakan dalam penyebaran berita itu.
Seterusnya, isu berita palsu juga boleh ditangani melalui penerapan kesedaran sivik dalam diri setiap
individu. Kesedaran sivik amat penting supaya orang ramai lebih cakna dalam berkongsi maklumat yang
diterima dan mengamalkan konsep 3R, iaitu Research (Penyelidikan), Responsibility (Bertanggungjawab)
serta Report (Lapor) sebelum menyebarkan sebarang maklumat atau memberi komen di media sosial.
Tuntasnya, setiap individu hendaklah sentiasa berwaspada ketika menggunakan media sosial dan
jangan kongsi perkara yang belum dipastikan kesahihannya agar ketenteraman masyarakat terjaga.
(196 patah perkataan)
CONTOH
Contoh 2 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya
Anda ingin mengisi cuti semester dengan aktiviti yang bermanfaat. Anda tertarik dengan kedua-dua iklan di
bawah.
Sediakan satu resume diri anda yang lengkap untuk memohon salah satu jawatan dalam iklan tersebut.
Panjang resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
ANDA INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?
Sertai kami di Ar-Rahman sebagai pekerja penghantaran
sambilan selama 3 bulan.
Gaji yang lumayan
Motosikal disediakan
Elaun tambahan
Berminat? Hadiri temu duga bersama resume anda.
23 Julai 2022 bertempat di bangunan Ar-Rahman,
Jalan Pesisir, Taiping, Perak
PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA
MALAYSIA-KOREA SELAMA 3 BULAN
HANTARKAN RESUME ANDA KEPADA KAMI.
MUNGKIN ANDA YANG KAMI CARI.
ANJURAN: KOLEJ ANTARABANGSA SAINS TEKNOLOGI
3
BM Tingkatan 5 Bab 1
Contoh Jawapan
Permohonan Program Pertukaran Budaya Malaysia-Korea
1.0 Maklumat Peribadi
Nama : Danish Haikal bin Omar
Umur : 26 tahun
Alamat : No. 45, Taman Hi-Tech, 31400 Kulim, Kedah Darul Aman
2.0 Anugerah
1 Anugerah Pemimpin Pelajar Kolej Keris Mas 2018.
2 Anugerah Pimpinan Exco Majlis Kolej Keris Mas 2018.
3 Johan Pantun Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) 2018.
4 Anugerah Dekan 2017, 2018, dan 2019.
CONTOH
3.0 Kemahiran Teknologi Maklumat
1 Mahir menggunakan perisian Microsoft Office.
2 Mahir dalam pengeditan video.
4.0 Kemahiran Berbahasa
1 Bahasa Melayu (Menulis) – Cemerlang
2 Bahasa Melayu (Bertutur) – Cemerlang
3 Bahasa Inggeris (Menulis) – Baik
4 Bahasa Inggeris (Bertutur) – Baik
5 Bahasa Korea (Bertutur) – Cemerlang
5.0 Potensi Diri
1 Mempunyai personaliti yang menarik untuk membawa nama kolej ke peringkat antarabangsa.
2 Mudah menyesuaikan diri dalam suasana baharu kerana sudah terbiasa melancong ke negara Korea.
3 Berkebolehan menjadi pemimpin dan mengetuai pasukan.
4 Mampu bekerja di bawah tekanan dan mampu memotivasikan diri dan orang lain.
6.0 Kemahiran Tambahan
1 Berkebolehan dalam pengucapan awam.
2 Mampu menguasai bidang sastera terutamanya pantun.
7.0 Rujukan
Puan Norzawiyah binti Abdul Rasid
Pengetua Kolej Keris Mas,
Kolej Antarabangsa Sains Teknologi.
No. Telefon: 017-4357862
(150 patah perkataan)
4
BM Tingkatan 5 Bab 1
Contoh 3 Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat
Sambutan hari raya pada tahun ini tidak meriah sebagaimana tahun-tahun sebelumnya kerana penularan
wabak COVID-19. Oleh itu, anda ingin menghantar e-mel kepada rakan anda bagi menceritakan suasana
sambutan hari raya di rumah anda. Tulis e-mel anda selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1: Poster
SOP SAMBUTAN HARI PERAYAAN
CONTOH 1 meter
Sambutan Amalan Penjarakan Sosial Pemakaian Pelitup Muka
• Hanya keluarga terdekat • Penjarakan sosial sekurang- • Ahli keluarga/ individu
dalam rumah yang sama kurangnya 1 meter digalakkan memakai pelitup
• Elakkan 3S (Sesak, Sempit, • Elakkan 3S
• Elak ziarah warga emas, muka
dan Sembang Dekat)
• Tidak boleh melebihi 20 orang individu berpenyakit kronik
sehari, ikut keluasan rumah
Cuci tangan, Tata Kelakuan Sanitasi
• Tidak bersalaman dan Sanitasi berkala dilakukan
guna pensanitasi tangan
• Sediakan sabun tangan atau bersentuhan terutamanya pada
• Tidak berkongsi makanan/ • meja makan
pensanitasi tangan • permukaan terdedah kepada
• Utamakan kebersihan diri dan minuman atau bekas makanan
• Pendekkan waktu pertemuan banyak sentuhan
peralatan
1 meter
Takbir Hari Raya Edaran Duit Raya Sajian
• Hanya unit keluarga yang • Tidak bersalaman dan • Pastikan sajian sentiasa
serumah bersentuhan ditutup
• Pastikan penjarakan sosial
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
5
CONTOH BM Tingkatan 5 Bab 1
Bahan 2: Petikan berita
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini masih lagi disambut meriah biarpun terdapat kekangan
akibat wabak COVID-19. Pihak polis memberi peringatan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi
peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sentiasa mengamalkan
Tatacara Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan. Bagi mereka yang ingkar terhadap arahan tersebut,
dendaan akan dikenakan tanpa sebarang kompromi. Bersamalah kita menghentikan penyebaran
wabak COVID-19 bersama-sama.
Sumber : Internet
Contoh Jawapan
Daripada : [email protected]
Penerima : [email protected]
Tajuk : Sambutan Hari Raya Semasa Musim COVID-19
Assalamualaikum sahabatku, Zaitun. Semoga kamu dan keluarga sihat-sihat belaka hendaknya. Hari
ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menyambut hari raya tempoh hari.
Saudari, sebenarnya sambutan hari raya tahun ini di rumah kami sememangnya kurang meriah
berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apatah lagi tanpa aktiviti kunjung-mengunjung
yang telah dilarang oleh kerajaan. Lagipun, kami sekeluarga juga agak bimbang menerima tetamu
memandangkan jangkitan wabak kini masih lagi berlaku di luar kawalan.
Kami juga mendapat agihan daging daripada pihak yang bermurah hati yang membolehkan
kami sekeluarga menyediakan rendang pada saat ayah tidak dapat bebas keluar rumah untuk
mencari bekalan daging. Jika tahun-tahun sebelum ini kami perlu menyediakan hampir 5 kilogram
daging dan ayam untuk hari raya, tetapi pada tahun ini kami hanya memasak cukup untuk jamuan
kami sekeluarga.
Banyak aktiviti yang dapat kami lakukan bersama pada tahun ini kerana semua ahli keluarga
berada di rumah sepanjang masa. Bagaimanakah pula dengan awak? Apakah hidangan pagi raya di
rumah awak?
Setakat ini sahaja coretan saya. Semoga perkongsian ini dapat mengubat rindu awak untuk
beraya bersama saya. Saya percaya pada tahun hadapan kita akan dapat meraikan Aidilfitri dengan
meriah semula.
Sahabatmu,
Zafran
(194 patah perkataan)
6
BM Tingkatan 5 Bab 1
Praktis ke Arah S P M
Praktis 1 Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat
Maklumat di bawah berkaitan langkah-langkah menangani penularan wabak COVID-19.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menjelaskan langkah-langkah mencegah penularan wabak
COVID-19 yang anda amalkan.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Wawasan 2020CONTOH COVID-19
telah berubah kepada COVID-19 2020
harapan tinggi dihapuskan Wira-wira barisan hadapan
digantikan oleh ketakutan memikul obligasi menyelamatkan negara
sampai kini masih wujud. doktor merawat pesakit
polis mengawal keselamatan rakyat
Wabak COVID-19 penghantar makanan menyelesaikan kelaparan
menular ke sini ke sana rakyat.
mengambil nyawa orang ramai
mengehadkan kebebasan rakyat jelata Wahai rakyat sekalian
merosakkan ekonomi negara. patuhilah prosedur operasi standard
pakailah pelitup muka di tempat awam
amalkan penjarakan sosial
bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.
Gan Ziqian
Dewan Siswa, BIL. 10 2020
7
BM Tingkatan 5 Bab 1
Praktis 2 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya
Iklan di bawah menunjukkan iklan kerja kosong di Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Sediakan satu resume diri yang lengkap untuk memohon pekerjaan tersebut.
Panjang resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
CONTOH
PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI C29 – 120 KEKOSONGAN
Syarat Lantikan Jawatan
Calon yang mempunyai kelayakan dan berhasrat untuk bekerja di Kementerian Alam Sekitar & Air
ini hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti bagi setiap jawatan kosong yang
dipohon.
Di samping itu, calon juga mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
• Berkelayakan akademik yang disyaratkan (contohnya: Ijazah Sarjana Muda, Sijil Tinggi
Persekolahan seperti SPM, STPM, “A” Level)
• Mempunyai minat untuk bekerjaya
• Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
• Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon
Kelebihan:
• Gaji dengan pelbagai imbuhan (bonus),
• Cuti tahunan,
• Cuti sakit, dan
• Lain-lain
8
BM Tingkatan 5 Bab 1
Praktis 3 Tema 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik
Teliti kedua-dua bahan yang diberikan.
Setelah itu anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah.
Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1: Poster
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Pertandingan Mereka Poster Jejak Buku Merdeka
CONTOH
Salam sejahtera Kah Wai,
Apa khabar kamu di sana? Seperti yang telah saya maklumkan tempoh hari, iklan untuk pertandingan
mereka poster Jejak Buku Merdeka telah dikeluarkan.
Saya akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setahu saya, kamu banyak membaca buku
yang bertemakan patriotisme. Semestinya kamu mempunyai banyak judul yang boleh dikongsikan
dengan saya sebelum saya mula mereka poster tersebut. Bolehkah kamu kongsikan judul-judul buku
tersebut?
Saya menanti respon daripada kamu. Sampai jumpa lagi.
Sahabatmu,
Muhammad Aiman
Jom
JEJAK BUKU MERDEKSAertai
Apakah jejak buku patriotisme?
Pertandingan untuk mencadangkan judul buku berkaitan semangat patriotisme dan
dipersembahkan dalam bentuk poster.
Syarat-syarat pertandingan
Peserta mencadangkan 5 judul buku
bertemakan patriotisme
Peserta mempersembahkan 5 judul buku
tersebut dengan sinopsis pendek
Pilih 5 judul buku Reka poster menarik Hantar Penyertaan di sini
Tarikh tutup : 20 Ogos 2021
Cari 5 judul buku yang Masukkan 5 judul dan
bertemakan patriotisme sinopsis dalam poster
yang menarik
9
BM Tingkatan 5 Bab 1
Praktis 4 Tema 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita
Teliti kedua-dua bahan di bawah.
Anda merupakan salah seorang ahli kelab yang ditugaskan untuk membuat pembentangan di dalam program
yang dinyatakan di atas. Anda akan membuat pembentangan berkaitan kelab anda untuk menarik minat
ahli baharu untuk mendaftar.
Sediakan teks pembentangan anda selengkapnya. Teks pembentangan anda hendaklah antara 150 hingga
200 patah perkataan.
Bahan 1: Atur Cara
CONTOH Minggu Orientasi Pelajar Baharu
Aktiviti : Pendaftaran Kelab dan Persatuan
Penglibatan : Semua pelajar baharu Kolej Tunku Malik
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat : Dewan Nukleus, Blok G
Aktiviti : – Pembentangan daripada kelab-kelab
– Pendaftaran kelab
Bahan 2: Brosur
KELAB BAHASA MELAYU
AKTIVITI
Program Program
Anak Angkat Pengucapan Umum
KAMI MENANTI ANDA Lawatan ke
UNTUK MENYERTAI KAMI Dewan Bahasa
dan Pustaka
JOM MERIAHKAN KELAB
10
Bab 2 Karangan Umum
Sekilas Info
1 Sebanyak empat soalan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian B.
2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
4 Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 1 jam 30 minit.
CONTOH
6 Jenis karangan terdiri daripada karangan berformat, iaitu ucapan, syarahan, ceramah, surat kiriman rasmi, surat
kiriman tidak rasmi, berita, rencana akhbar, perbahasan, dialog/ wawancara serta karangan tidak berformat, iaitu
fakta, pendapat, perbincangan, ulasan/ komen, peribahasa/ cogan kata, dan keperihalan.
7 Terdapat empat domain yang diambil kira semasa penyediaan soalan ini, iaitu:
(i) domain awam
(ii) domain peribadi
(iii) domain pendidikan Info Digital 2
(iv) domain kerjaya
Karangan Jenis Ulasan Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Domain Peribadi
Mulai pukul 2 petang hari ini, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat ke 686 kawasan
di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/ Shah Alam, Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor. Kawasan-kawasan
tersebut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada pukul 9 malam semalam
apabila kerja-kerja pembaikan dijalankan. Dalam masa sama, Air Selangor juga telah meningkatkan
penyaluran air terawat dari beberapa Loji Rawatan Air (LRA) lain buat sementara termasuk LRA Sungai
Selangor Fasa 3, LRA Wangsa Maju, LRA Sungai Batu, dan LRA Bukit Nenas.
‘Bekalan Air di Selangor Pulih Secara Berperingkat’
Berita Awani, 18 Oktober 2020
Petikan akhbar di atas menggambarkan situasi yang berlaku di kawasan yang terjejas akibat gangguan
bekalan air. Selain daripada tindakan pihak kerajaan untuk membantu, masyarakat juga perlu bertindak
bagi memastikan masalah ini tidak menjejaskan urusan seharian mereka.
Tulis sebuah rencana tentang tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang individu ketika berdepan
dengan masalah gangguan bekalan air. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.
Pendahuluan
Gangguan bekalan air merupakan masalah utama yang sering didepani oleh penduduk di sesebuah
kawasan. Bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan isu ini, mereka semestinya akan lebih tahu tentang
persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun begitu, disebabkan masalah air ini semakin
menjadi-jadi kini maka setiap rakyat perlu sedar tentang langkah-langkah berdepan dengan situasi sulit
ini.
11
BM Tingkatan 5 Bab 2
Isi 1 Menadah air hujan untuk basuhan luar.
Mengapa Mengurangkan penggunaan air bersih.
Bagaimana Menyediakan takungan air di luar rumah.
Menjimatkan penggunaan air yang boleh digunakan bagi tujuan memasak.
Kesan Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Ungkapan Air hujan yang ditadah mampu membantu pada kala ketiadaan air.
Penegas
Isi 2 Menyiram pokok menggunakan air terguna.
Mengapa Tidak membazirkan air.
Bagaimana Air basuhan yang tidak terlalu bersabun boleh diguna semula untuk menyiram pokok.
Aktiviti menyiram pokok tidak terjejas biarpun kekurangan air.
Kesan Tiada gading tanduk pun berguna.
Ungkapan Sentiasa mengutamakan kepelbagaian penggunaan air bagi mengurangkan
pembaziran.
PenegasCONTOH
Isi 3 Mengurangkan aktiviti luar.
Mengapa Memastikan jumlah basuhan baju seharian tidak terlalu tinggi.
Bagaimana Membasuh pakaian secara banyak.
Jumlah penggunaan air dapat dikawal.
Kesan Sebelum nanah menjadi tokak.
Ungkapan Tolak ansur antara ahli keluarga amat perlu bagi menjayakan hal ini.
Penegas
Penegasan Penutup
Kesedaran daripada masyarakat amat perlu bagi memastikan kesan gangguan air
Cadangan tidak menjejaskan urusan seharian.
Harapan Masyarakat perlu mengamalkan penjimatan yang berterusan.
Ungkapan Semoga isu gangguan bekalan air tidak berpanjangan.
Setiap dugaan akan mematangkan manusia.
Karangan Lengkap
TINDAKAN INDIVIDU APABILA BERDEPAN DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR
Oleh: Ahmad Wafi Ridzuan bin Yahya Harun
Gangguan bekalan air merupakan masalah utama yang sering didepani oleh penduduk di sesebuah
kawasan. Bagi masyarakat yang sudah terbiasa dengan isu ini, mereka semestinya akan lebih tahu tentang
persediaan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun begitu, disebabkan masalah air ini semakin
menjadi-jadi kini maka setiap rakyat perlu sedar tentang langkah-langkah berdepan dengan situasi sulit
ini.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh individu bagi memastikan gangguan bekalan air tidak
menjejaskan urusan seharian ialah menadah air hujan untuk tujuan basuhan luar seperti mencuci kereta
dan kawasan laman. Hal ini supaya penggunaan air bersih dapat dikurangkan kerana pada ketika ini air
bersih lebih diperlukan untuk tujuan lain. Sesebuah keluarga boleh menyediakan takungan yang
selamat untuk menadah air hujan yang meluncur dari bumbung rumah. Takungan air hujan mampu
12
BM Tingkatan 5 Bab 2
menjimatkan penggunaan air bersih yang boleh digunakan bagi tujuan memasak. Dalam hal ini, kita perlu
sentiasa sedar bahawa kita perlu sentiasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Maka, jelas bahawa
air hujan yang ditadah mampu membantu masyarakat pada kala ketiadaan air.
Bagi sesetengah rumah pula, kesuburan tanaman di sekeliling juga perlu diutamakan. Dalam hal
ini, seseorang individu boleh menggunakan semula air terpakai untuk menyiram pokok. Antara
air terpakai yang boleh digunakan ialah air basuhan yang tidak bersabun. Hal ini bagi memastikan
tiada pembaziran air berlaku terutamanya ketika keadaan gawat sebegini. Dalam hal ini, pokok tidak
semestinya memerlukan air bersih untuk melakukan proses fotosintesis. Maka, kita boleh menggunakan
air terpakai untuk menyiram pokok agar hobi menanam dan memelihara pokok di sekitar kawasan
rumah tidak terganggu di kawasan terjejas. Kata orang-orang tua, tiada gading, tanduk pun berguna.
Oleh itu, bagi mereka yang berada di kawasan yang terkesan akibat gangguan bekalan air perlulah
sentiasa mengutamakan kepelbagaian penggunaan air bagi mengurangkan pembaziran air.
Bagaimanakah pula dengan aktiviti seharian seperti bersukan? Sewajarnya aktiviti-aktiviti luar
perlu dikurangkan. Dalam hal ini, kita dapat memastikan jumlah basuhan pakaian seharian dapat
dikurangkan memandangkan jumlah air yang dihadkan. Selain itu, mengumpul pakaian dan membuat
basuhan yang banyak sekali gus dalam sebuah keluarga juga turut membantu mengurangkan
penggunaan air. Manakan tidak, dengan jumlah catuan air yang dihantar pada waktu-waktu tertentu
semestinya sesuatu yang tidak praktikal untuk membuat basuhan berulang kali. Setiap ahli keluarga
perlu berjimat cermat dalam penggunaan air kerana masalah kekurangan air ini akan membawa
kepada masalah yang lebih besar jika tidak dikawal bak kata orang-orang tua, sebelum kudis menjadi
tokak. Oleh itu, tolak ansur antara ahli keluarga dalam hal ini amatlah diperlukan bagi menjayakan hal
ini.
Kesimpulannya, kesedaran daripada masyarakat amat perlu bagi memastikan kesan gangguan air
tidak menjejaskan urusan seharian. Masyarakat perlu mengamalkan penjimatan yang berterusan supaya
seandainya isu ini berulang, mereka akan lebih bersedia kelak. Namun begitu, kita perlu sentiasa berdoa
agar isu gangguan bekalan air di kawasan terjejas tidak berpanjangan. Walau bagaimanapun, kita perlu
sentiasa sedar bahawa segala yang berlaku merupakan suatu ujian yang akan mematangkan kita pada
masa hadapan.
(490 patah perkataan)
CONTOH
Praktis 1 Tema 4 Bersatu Kita Teguh
Domain Awam
Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin,
mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan
bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai
penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas, dan kental.
https://www.pmo.gov.my/ms/wawasan-2020/malaysia-sebagai-negara-maju/
Berdasarkan petikan di atas, masyarakat Malaysia perlulah mempunyai nilai moral yang tinggi bagi
memastikan perpaduan mampu dibentuk dalam negara.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan nilai-nilai tersebut
mampu dibentuk dalam masyarakat. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.
13
BM Tingkatan 5 Bab 2
Karangan Jenis Fakta Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi
Domain Awam
Musibah yang melanda negara sedikit sebanyak memberi impak terhadap penggunaan sistem
pembelajaran dalam talian di sekolah. Bermula dengan penutupan sekolah akibat jerebu yang melanda
beberapa buah negeri di Semenanjung dan terkini, penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia
sudah memperlihatkan peningkatan mendadak penggunaan pembelajaran dalam talian bagi
menggantikan pembelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan senario ini, boleh disimpulkan bahawa
kebanyakan guru dan murid sudah terdedah kepada pembelajaran dalam talian, namun bagi
memastikan penggunaan secara menyeluruh, beberapa isu pokok yang sering dibangkitkan, antaranya
kemudahan infrastruktur termasuk peralatan mencukupi serta akses kepada capaian Internet perlu
diberi perhatian.
‘Sedia Hadapi Kelas Maya Normal Baharu’
Berita Harian Online, 19 April 2020
CONTOH
Keratan akhbar di atas mengulas tentang penggunaan Internet yang meningkat secara mendadak akibat
sistem pembelajaran dalam talian semasa penularan COVID-19.
Bincangkan kepentingan Internet kepada murid. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga
500 patah perkataan.
Pendahuluan
Penularan wabak COVID-19 menyebabkan penggunaan Internet semakin penting dalam kalangan
murid. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sistem
pembelajaran maya bagi memastikan murid boleh belajar dari rumah semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Internet sememangnya memberi banyak
manfaat kepada murid.
Isi 1 Maklumat yang pantas.
Mengapa Mudah untuk membuat carian dan rujukan.
Bagaimana Menggunakan enjin carian seperti `Google’.
Menarik minat murid untuk membuat bacaan tersendiri.
Kesan Maklumat di hujung jari.
Ungkapan Internet menarik minat murid untuk belajar biarpun tanpa kehadiran guru.
Penegas
Isi 2 Maklumat yang bervariasi.
Mengapa Murid boleh membuat perbandingan maklumat.
Bagaimana Guru-guru memberikan alamat carian kepada murid.
Murid boleh membuat bacaan maya dan memberi pendapat berkaitan isu.
Kesan Membaca jendela dunia.
Ungkapan Melalui pembacaan, murid akan lebih matang dalam memahami sesuatu isu.
Penegas
Isi 3 Memudahkan perbincangan dalam talian.
Mengapa Terkekang dengan jarak dan perintah pergerakan.
Bagaimana Membuat perjumpaan dalam talian menggunakan medium seperti `Zoom’.
Perkongsian pendapat boleh dibuat biarpun berlainan tempat.
Kesan Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ungkapan Internet membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa.
Penegas
14
BM Tingkatan 5 Bab 2
Penegasan Penutup
Kesimpulannya, Internet mempunyai seribu satu kebaikan.
Cadangan Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan ini di rumah namun tetap perlu memantau
penggunaan anak-anak.
Harapan Berharap agar Internet dapat digunakan dengan berhemah oleh remaja.
Ungkapan Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan.
Karangan Lengkap
CONTOH Penularan wabak COVID-19 menyebabkan penggunaan Internet semakin penting dalam kalangan
murid. Hal ini demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sistem
pembelajaran maya bagi memastikan murid boleh belajar dari rumah semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Internet sememangnya memberi banyak
manfaat kepada murid.
Antara kepentingan Internet ialah membolehkan murid mendapatkan maklumat dengan pantas.
Seperti yang kita semua tahu, dewasa kini perkembangan ilmu semakin pesat dan pelbagai. Oleh itu,
murid memerlukan sesuatu alat yang memudahkan mereka untuk membuat carian dan rujukan pantas
agar tidak ketinggalan. Dalam hal ini, mereka boleh menggunakan enjin carian yang boleh didapati secara
percuma seperti `Google’ dan `Yahoo’. Apabila keadaan ini berlaku, semestinya minat murid-murid akan
lebih dirangsang untuk membuat bacaan sendiri tanpa paksaan daripada guru. Berbanding dengan
pembacaan secara konvensional, iaitu melalui buku, semestinya kaedah maya sebegini lebih
menarik dan pelbagai memandangkan semua maklumat kini di hujung jari sahaja. Maka, jelaslah bahawa
melalui Internet minat murid-murid untuk belajar mampu ditingkatkan biarpun tanpa kehadiran guru
bersama-sama.
Selain itu, Internet juga merupakan satu ruang yang menjanjikan limpahan maklumat yang
bervariasi. Maklumat yang banyak ini akan lebih mematangkan minda murid dalam sesuatu isu apabila
mereka boleh membuat perbandingan maklumat yang diperoleh. Hal ini selari dengan usaha kerajaan
untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid-murid. Dalam hal ini,
guru-guru boleh membantu murid dengan menghantar alamat carian kepada murid agar mereka lebih
berfokus kepada maklumat yang dikehendaki oleh guru. Hasilnya, rangkuman daripada pembacaan
tersebut akan membolehkan murid membuat perbandingan dan ulasan berkaitan sesuatu isu dengan
mantap. Biarpun terkurung di rumah, ini bukanlah satu halangan kepada murid untuk tidak mengenali
dunia luar kerana membaca merupakan jendela dunia. Oleh itu, jelaslah bahawa kematangan seseorang
murid mampu ditingkatkan melalui kepelbagaian bahan bacaan yang terdapat di ruang maya.
Jika di sekolah, perbincangan antara murid sememangnya mampu meningkatkan kemahiran
interpersonal dan komunikasi murid. Namun, bagaimanakah kemahiran ini mampu dibentuk seandainya
murid tidak dapat hadir ke sekolah akibat COVID-19? Sebenarnya, Internet telah menyebabkan halangan
ini menjadi satu kelebihan. Melalui capaian Internet di rumah, murid dapat membuat perbincangan
dalam talian bersama-sama rakan dan guru. Biarpun terkekang oleh jarak dan undang-undang yang
tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, murid tetap dapat menjalankan
perbincangan tanpa sebarang masalah. Contohnya, penggunaan aplikasi `Zoom’. Melalui medium ini,
perkongsian pendapat tetap dapat dilaksanakan biarpun berada di tempat yang berlainan. Bak kata
orang tua-tua, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Maka tiada lagi yang dapat menolak
kebenaran bahawa Internet membolehkan pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa.
Kesimpulannya, Internet mempunyai seribu satu kebaikan kepada murid. Namun begitu, ibu bapa
perlu memantau penggunaan Internet oleh anak-anak agar Internet digunakan secara berhemah oleh
anak-anak dan golongan remaja. Internet yang mempunyai pelbagai kepentingan ini bolehlah diibaratkan
seperti perahu sudah di air, dayung sudah di tangan, hanya menunggu untuk kita menggunakannya ke
arah kebaikan sahaja.
(471 patah perkataan)
15
BM Tingkatan 5 Bab 2
Praktis 2 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya
Domain Kerjaya
Pada 13 Oktober lalu, Mahdzir mengumumkan Zurinah sebagai penerima anugerah itu berdasarkan
kecemerlangan dan sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterima. Mula dikenali dengan sajak
“Sesayup Jalan” yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 67, mengembangkan bakatnya dengan menulis
cerpen, novel, dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi “Menghadap ke Pelabuhan/Facing the
Harbour”, 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
‘Zurinah Hassan Terima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13’
Berita Harian Online, April 27, 2016
CONTOH
Keratan akhbar di atas membincangkan kecemerlangan Puan Zurinah dalam bidang sastera sehingga
beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara ke-13. Hal ini menunjukkan bidang kesusasteraan mampu
menjanjikan kecemerlangan sebagaimana bidang-bidang lain. Namun begitu, penglibatan anak muda
dalam bidang ini masih lagi kurang memberangsangkan.
Bincangkan faktor-faktor keadaan ini berlaku. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500
patah perkataan.
Karangan Jenis Pendapat/ Perbincangan Tema 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Domain Pendidikan
Bersempena sambutan tersebut, di seluruh dunia lazimnya, pelbagai program dan aktiviti yang
berkaitan usaha menyayangi, melindungi, memelihara, dan memulihara alam sekitar diadakan
seperti acara penanaman pokok, kem kesedaran alam sekitar, larian bertemakan alam sekitar,
pertandingan berpidato, dan mewarna serta pelbagai pameran dan kempen yang kesemuanya
memberi penekanan terhadap keperluan melestarikan alam sekitar. Namun, setelah 48 tahun sambutan
tersebut diraikan, lestarikah alam sekitar kita?
‘Melestarikan Alam Sekitar’
Bernama.com.my
Petikan artikel di atas membincangkan peranan masyarakat dalam memelihara kelestarian alam sekitar.
Biarpun pelbagai langkah dilaksanakan, namun alam sekitar masih lagi terancam akibat tindakan manusia.
Menurut pendapat pakar, kesedaran memelihara alam sekitar haruslah dibentuk bermula sejak di bangku
sekolah lagi.
Bincangkan peranan pihak sekolah untuk membentuk kesedaran mencintai alam sekitar dalam diri murid.
Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Pendahuluan
Sekolah merupakan institusi pembentukan sahsiah dan kemahiran dalam diri murid. Dalam
menyampaikan ilmu secara formal, sekolah boleh dianggap sebagai industri yang menghasilkan produk
yang mampu memberi manfaat kepada semua. Melalui peranan dan tanggungjawab setiap individu
dalam institusi persekolahan, impian untuk melahirkan remaja yang menghayati nilai kecintaan
terhadap alam sekitar mampu dibentuk.
Isi 1 Menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)
Mengapa
Membentuk nilai mencintai alam sekitar melalui aktiviti yang dilaksanakan.
Bagaimana
Menjalankan aktiviti berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara
berkala.
16
BM Tingkatan 5 Bab 2
Kesan Menimbulkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan.
Ungkapan
Mengikis sikap lepas tangan.
Penegas
Pembentukan nilai dalam diri murid akan berlaku secara terancang melalui kelab
PALS.
Isi 2 Program Pokok Angkat (PPA)
Mengapa
Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk memelihara tumbuh-
Bagaimana tumbuhan.
Kesan
Setiap kelas diberikan anak pokok untuk ditanam, dijaga, dan dipelihara sepanjang
Ungkapan tahun.
Penegas
Membentuk amanah dalam diri murid agar memelihara alam sekitar.
Isi 3
Mengapa Murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
Bagaimana PPA mampu mendidik murid secara berterusan dalam jangka masa panjang.
Kesan Penerapan nilai melalui mata pelajaran Geografi.
Ungkapan Murid terdorong untuk mempelajari ilmu berkaitan alam sekitar dan kesan
Penegas pengabaiannya.
Guru memberikan penerangan secara jelas tentang faktor, langkah, dan kesan
berhubung dengan sesuatu isu alam sekitar semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran
(PdPc).
Rasa cinta terhadap alam sekitar mula menyerap ke dalam jiwa murid-murid di
samping mendapat gred yang baik dalam peperiksaan.
Sambil menyelam minum air.
Guru menjadi suri teladan kepada murid-murid di sekolah.
CONTOH
Penutup
Penanda wacana Kesimpulannya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan
budaya memelihara dan memulihara alam sekitar dalam jiwa remaja.
Cadangan Sokongan daripada pihak-pihak lain juga diperlukan bagi merealisasikan impian ini.
Harapan Semoga bakal pemimpin negara pada masa hadapan akan terdidik untuk mencintai
alam sekitar.
Ungkapan Jika mahu melihat negara pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini.
Karangan Lengkap
Sekolah merupakan institusi pembentukan sahsiah dan kemahiran dalam diri murid. Dalam
menyampaikan ilmu secara formal, sekolah boleh dianggap sebagai industri yang menghasilkan produk
yang mampu memberi manfaat kepada semua. Melalui peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam
institusi persekolahan, impian untuk melahirkan remaja yang menghayati nilai kecintaan terhadap alam
sekitar mampu dibentuk.
Bagi memastikan murid-murid di sekolah ditanam dengan sikap mencintai alam sekitar, pihak
sekolah perlu menubuhkan Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS). Hal ini bagi membentuk nilai mencintai
alam sekitar melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini. Melalui kelab ini, aktiviti berkaitan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar akan dijalankan sepanjang tahun secara berkala bagi
menarik minat ahli untuk menyertainya secara aktif. Hal ini akan mengikis sikap lepas tangan terhadap
isu alam sekitar dalam diri murid apabila mereka dewasa kelak. Jelaslah bahawa pembentukan nilai
dalam diri murid akan berlaku secara terancang melalui Kelab PALS.
17
BM Tingkatan 5 Bab 2
Selain itu, pihak sekolah juga boleh melancarkan Program Pokok Angkat (PPA) bagi menggalakkan
penglibatan murid dalam usaha membentuk nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri mereka.
Hal ini bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri murid untuk memelihara tumbuh-tumbuhan.
Kaedahnya, setiap kelas diberikan anak pokok untuk ditanam, dijaga, dan dipelihara sepanjang tahun.
Hasilnya, aktiviti sebegini akan membentuk amanah dalam diri murid agar sentiasa memelihara alam
sekitar. Melalui pendekatan ini juga, murid-murid akan bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
menjayakan program ini. Maka, jelaslah bahawa PPA mampu mendidik murid secara berterusan dalam
jangka masa panjang.
Seterusnya, guru-guru juga boleh menerapkan nilai cinta akan alam sekitar melalui mata pelajaran
Geografi di sekolah. Dalam hal ini, murid akan terdorong untuk mempelajari ilmu berkaitan alam sekitar
dan kesan pengabaiannya. Bagi memantapkan usaha ini, guru sewajarnya memberikan penerangan secara
jelas tentang faktor, langkah, dan kesan berhubung dengan sesuatu isu alam sekitar semasa sesi
Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) di dalam kelas. Melalui fokus yang berterusan terhadap inisiatif ini,
semestinya rasa cinta terhadap alam sekitar akan mula menyerap ke dalam jiwa murid-murid di samping
mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Keadaan ini bolehlah diibaratkan sambil menyelam
minum air kerana bukan sahaja sahsiah malahan akademik juga dapat ditingkatkan. Maka, benarlah
bahawa guru perlu menjadi suri teladan kepada murid-murid di sekolah dalam usaha memekarkan nilai
murni ini.
Kesimpulannya,pihaksekolahmemainkanperananpentingdalampembentukanbudayamemelihara
dan memulihara alam sekitar dalam jiwa remaja. Namun begitu, sokongan daripada pihak-pihak lain juga
amat diperlukan bagi merealisasikan impian ini. Sebagai warganegara, saya berharap semoga bakal
pemimpin negara pada masa hadapan akan terdidik untuk mencintai alam sekitar kerana pujangga
pernah berkata, “jika mahu melihat negara pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini”.
(453 patah perkataan)
CONTOH
Praktis 3 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya
Domain Kerjaya
Aspek guna tenaga serta produktiviti mengundang cabaran. Puncanya status petani yang sudah
berumur dengan kekurangan pelapis atau pengganti serta masih mengamalkan kaedah pertanian
konvensional atau kurang penggunaan mekanisasi dan automasi selari tuntutan IR4.0. Persepsi
dalam kalangan belia bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan kehidupan berkualiti serta
dikelaskan sebagai 3D (sukar, berbahaya, kotor) juga membelenggu. Faktor ini menyebabkan sektor
pertanian terus bergantung pada buruh asing.
‘Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian’
Berita Harian Online, 27 Mei 2020
Petikan di atas membincangkan cabaran yang dihadapi untuk menarik minat belia menceburi bidang
pertanian di Malaysia. Bagi sesetengah belia, persepsi bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan
kehidupan berkualiti merupakan antara faktor mereka enggan menceburi bidang pertanian.
Apakah komen anda? Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
18
BM Tingkatan 5 Bab 2
Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Tema 5 Pendidikan untuk Semua
Domain Peribadi
Bandar Baru Nilai, 7 Februari 2019 – 10 000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Nilai, Negeri
Sembilan untuk menyertai Karnival Pengajian Tinggi Negara atau lebih dikenali sebagai Karnival Jom
Masuk U 2019 Zon 4 meliputi Negeri Sembilan dan Melaka.
Program yang berlangsung selama dua hari bermula 6 dan 7 Februari 2019 dari pukul 9.00 pagi
hingga 6.00 petang mendapat sambutan luar biasa daripada murid-murid sekolah termasuk calon
PT3, SPM, STPM, STAM, ibu bapa, guru-guru, kaunselor, dan masyarakat setempat yang turut sama
memeriahkan karnival ini.
‘10000 Kunjungi Karnival Jom Masuk U’
www. Usim.edu.my
CONTOH
Anda ingin menulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pengalaman ketika anda
mengunjungi Karnival Jom Masuk U baru-baru ini. Anda ingin meyakinkan rakan anda untuk menyertai
karnival tersebut yang dijadualkan berlangsung di kawasannya pada minggu hadapan.
Tulis surat anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Pendahuluan
Karnival Jom Masuk U merupakan salah satu kaedah membuka ruang kepada para murid untuk
mengenali universiti-universiti di Malaysia dan tawaran kursus yang terdapat di dalamnya. Karnival ini
dijalankan di seluruh Malaysia dengan menyasarkan para murid yang sedang dalam proses memilih
pusat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran.
Isi 1 Sesi perkongsian yang menarik.
Mengapa
Bagaimana Memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam berkaitan sesuatu kursus dan universiti.
Kesan
Ungkapan Kaunter-kaunter pameran dibuka dengan edaran risalah.
Penegas
Membuka mata para pengunjung kepada kursus-kursus menarik yang ditawarkan
Isi 2 oleh sesebuah universiti.
Mengapa
Tak kenal maka tak cinta.
Bagaimana
Pameran-pameran yang dijalankan sangat menarik dan menambah maklumat kita
Kesan berkaitan sesebuah universiti.
Ungkapan
Penegas Mendapat maklumat haluan kerjaya.
Persepsi murid yang selalu salah faham tentang potensi kerjaya sesuatu kursus dapat
diperbetul.
Beberapa universiti membuat sesi perkongsian kerjaya dengan menunjukkan
gambar-gambar tokoh yang pernah menuntut di universiti tersebut dan kursus yang
diambilnya.
Memberi semangat kepada murid yang mengidolakan tokoh tersebut untuk turut
mengikut jejak langkahnya.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Semangat pengunjung akan bertambah di samping laluan kerjaya yang lebih jelas
setelah mengunjungi karnival ini.
19
BM Tingkatan 5 Bab 2
Isi 3 Kemeriahan karnival dengan kehadiran artis-artis undangan.
Mengapa Peluang mendekati artis-artis terkenal.
Bagaimana Penganjur mempromosikan karnival dengan persembahan artis-artis yang dijemput.
Dapat berhibur sambil mengumpulkan maklumat.
Kesan Sambil menyelam minum air.
Ungkapan Peluang keemasan berkenalan dengan para artis terkenal.
Penegas
Penutup
Penanda wacana Kesimpulannya, karnival ini memberi banyak manfaat kepada kita.
CONTOH
Cadangan Saya mencadangkan awak turut membawa saudara yang lain agar matlamat untuk
memasuki mana-mana universiti pada masa hadapan dapat dibentuk sejak awal.
Harapan Saya berharap awak dapat membalas surat saya dengan menceritakan pengalaman
awak pula.
Ungkapan Jauh perjalanan, luas pengalaman
Karangan Lengkap
No. 39, Jalan Limau,
Taman Bukit Cahaya,
70290 Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
12 April 2022.
Menemui sahabatku, Hasiah yang berada di Pulau Pinang bersama keluarga tercinta. Semoga sihat-
sihat bersama keluarga hendaknya.
Saudari,
Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Kejayaan awak sangat membanggakan saya. Saya mendapat tahu bahawa awak sedang
memilih pusat pengajian yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran kelak. Jadi, saya ingin berkongsi sedikit
pengalaman saya ketika mengunjungi Karnival Jom Masuk U tempoh hari. Tujuannya adalah untuk
mengajak awak untuk turut serta dalam karnival tersebut yang akan dijalankan di tempat awak pada
minggu hadapan.
Untuk pengetahuan awak, terdapat banyak manfaat yang akan kita peroleh apabila menghadiri
karnival tersebut. Antaranya ialah kita akan mendapat banyak maklumat melalui sesi perkongsian yang
dibuat. Hal ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam berkaitan sesuatu kursus dan universiti. Hal ini berlaku apabila terdapat kaunter-kaunter
pameran yang dibuka dengan edaran risalah-risalah berkaitan kursus yang ditawarkan. Pada pendapat
saya, usaha ini penting untuk memperkenalkan kita kepada kursus yang sesuai dengan cita-cita kita
kerana tak kenal maka tak cinta.
Bagi sesetengah pengunjung pula, mereka akan disajikan dengan peluang kerjaya yang boleh
diceburi oleh mereka setelah tamat pengajian kelak. Hal ini boleh mengubah persepsi murid yang selalu
salah faham tentang potensi kerjaya sesuatu kursus. Lebih menarik lagi, semasa saya mengunjungi
karnival ini tempoh hari, terdapat beberapa kaunter pameran yang membuat perkongsian kerjaya
dengan menunjukkan gambar-gambar tokoh yang pernah menuntut di universiti tersebut serta kursus
20
Jawapan
Karangan Berpandukan Alamat : 67, Jalan Perasah, Taman Kelisa, 70700 Gemas,
Bab 1 Kepelbagaian Bahan Negeri Sembilan.
Rangsangan E-mel : [email protected]
Cadangan Jawapan 2.0 Kemahiran Teknologi Maklumat
1 Mahir menggunakan perisian Microsoft Office.
Praktis 1 2 Mahir dalam pengeditan gambar menggunakan aplikasi
CONTOH
No. 15, Jalan Mutiara, Edit Photoshop.
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim. 3.0 Kemahiran Berbahasa
1 Bahasa Melayu (Menulis) – Cemerlang
18 Jun 2022. 2 Bahasa Melayu (Bertutur) – Cemerlang
3 Bahasa Inggeris (Menulis) – Cemerlang
Menemui sahabatku, Aida yang kini berada di Kulim, Kedah 4 Bahasa Inggeris (Bertutur) – Cemerlang
dengan selamatnya.
4.0 Potensi Diri
Saudari, 1 Mampu bekerja dalam pasukan.
Apa khabar? Kini, sudah lebih setahun negara dilanda 2 Mempunyai nilai kepimpinan dalam pasukan.
pandemik COVID-19. Mahu atau tidak, kita perlu 3 Boleh bekerja di bawah tekanan dan memotivasikan
menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam
menghadapi pandemik COVID-19. Penularan wabak rakan sejawat.
COVID-19 telah menunjukkan perkembangan yang 4 Mampu bekerja lebih masa jika diperlukan.
membimbangkan. Oleh itu, kita mempunyai peranan untuk 5 Jujur dan boleh dipercayai.
memastikan penurunan kes COVID-19. 6 Sedia menerima cabaran untuk melakukan tugasan
Penjarakan fizikal, iaitu sekurang-kurangnya 1 meter
merupakan langkah yang baik bagi mengelakkan diri kita yang sukar.
daripada dijangkiti. Saya akan mengelakkan berkunjung
ke tempat yang sesak dan sempit serta akan mengelakkan 5.0 Kemahiran Tambahan
bersembang dekat. 1 Mempunyai sijil kelayakan dalam bidang pengurusan
Selain pemakaian pelitup muka tiga lapis, saya turut
memakai pelitup muka fabrik. Hal ini demikian kerana cara risiko, UUM.
pemakaian sebegini dapat membantu menghalang cecair 2 Mempunyai sijil kejurulatihan dalam bidang
pernafasan orang yang dijangkiti virus COVID-19 daripada
tersebar ke udara dan orang di sekeliling ketika batuk, perkomputeran.
bersin, bercakap serta meninggikan suara. Saya juga akan
memastikan pelitup muka hanya dipakai sehingga lapan 6.0 Rujukan
jam sahaja. Rashid bin Abdul Ghappar,
Saya juga akan membersihkan tangan dengan kerap. Di Majikan Syarikat Bestari,
rumah, saya akan membasuh tangan dengan sabun dan air Alor Setar, Kedah Darul Aman.
agar dapat menyingkirkan kuman dan mencegah pelbagai No. Telefon: 017-4357862
penyakit termasuk jangkitan COVID-19. Di luar rumah
pula, saya akan membawa sebotol kecil pensanitasi tangan (150 patah perkataan)
berasaskan alkohol sebagai persediaan pencegahan kerana
kita menyentuh tempat atau barang yang kerap disentuh Praktis 3
orang ramai.
Sekian sahaja untuk kali ini. Sama-samalah kita berdoa Daripada [email protected]
agar wabak ini akan berakhir tidak lama lagi. Sekian.
Kepada [email protected]
Tajuk Pertandingan Mereka Poster Jejak Buku
Merdeka
Sahabatmu, Apa khabar sahabatku, Muhammad Aiman yang berada
Mei Ling di Pahang Darul Makmur? Semoga sihat sentiasa
bersama keluarga.
(200 patah perkataan) Saudara, sebenarnya banyak judul buku bertemakan
patriotisme yang boleh saya kongsikan dengan kamu.
Praktis 2 Dua judul buku karya Abdul Rahman Talib yang saya ingin
kongsikan ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan
Permohonan Jawatan Kosong novel Wira Kemerdekaan Wira Yang Terpinggir. Novel
Penolong Pegawai Meteorologi C29 Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberanian
dan semangat keperwiraan anggota askar Melayu,
1.0 Maklumat Peribadi termasuk Leftenan Adnan bin Saidi bersama 42 orang
Nama : Azahari bin Mohammad Zaki anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang
Umur : 30 Tahun terakhir. Manakala novel Wira Kemerdekaan Wira Yang
Terpinggir mengisahkan Rahman, seorang perwira yang
berani menumpaskan puluhan komunis yang menyerang
J1
BM Tingkatan 5 Jawapan
CONTOHkampungnya pada saat komunis mengganas dan menggila – Malaysia yang terkenal dengan kemajmukan kaum
di Tanah Melayu. Lalu, beliau diisytiharkan sebagai musuh amat memerlukan pengamalan nilai-nilai positif agar
utama komunis dan diburu sehingga memaksa beliau lari perpaduan sentiasa terpelihara.
ke luar negara untuk menyelamatkan nyawanya.
Isi 1 : Pemimpin menunjukkan nilai-nilai positif
Judul ketiga yang akan saya kongsikan ialah novel – Pemimpin sewajarnya mempromosikan perpaduan
Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini. Novel ini
mengisahkan kejayaan perjuangan orang Melayu di Pasir dalam pentadbiran sama ada di peringkat negeri
Salak menentang cubaan British untuk menjajah negeri mahupun pusat.
Perak pada tahun 1874. Kedatangan Residen J.W.W. Birch – Pemimpin mengelakkan diri daripada menyentuh isu-isu
ke Pasir Salak telah ditentang oleh penduduk kampung sensitif yang mampu menggugat ikatan antara kaum.
yang berakhir dengan pembunuhan Residen British itu. – Tindakan pemimpin yang menjadi idola akan diikuti oleh
Penduduk kampung diketuai oleh Penghulu Pasir Salak rakyat.
bernama Dato Maharaja Lela.
Isi 2 : Sekolah menerapkan nilai murni dalam
Paling penting, saudara perlulah memilih cerita pendidikan formal
yang menarik agar mendapat markah yang lebih dari
segi penulisan sinopsis. Saya rasa setakat ini dahulu – Pihak sekolah perlu melancarkan program-program yang
perkongsian yang dapat saya buat. berobjektif memupuk nilai moral dalam diri pelajar.
Terima kasih. – Guru-guru perlu menekankan aspek ini dalam mata
pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan
Sahabatmu, Agama Islam.
Kah Wai
– Pelajar yang dibentuk akan menjadi ejen penyebaran
(187 patah perkataan) nilai moral ke dalam institusi kemasyarakatan.
Praktis 4 Isi 3 : Ibu bapa membimbing anak-anak secara tidak
formal di rumah
Semua pelajar baharu akan memilih untuk menyertai
kelab-kelab yang diminati kerana ini merupakan salah – Ibu bapa merupakan insan paling rapat dengan anak-
satu syarat wajib untuk mendapat mata kredit bagi anak, maka ibu bapa merupakan elemen utama
membolehkan pelajar mendapat ijazah kelak. Jadi membentuk nilai moral yang akan ditunjukkan oleh
pada hari ini, saya mewakili Kelab Bahasa Melayu akan anak-anak apabila dewasa kelak.
membentangkan keistimewaan kelab ini.
Untuk pengetahuan semua, Kelab Bahasa Melayu – Ibu bapa harus mendekatkan anak-anak dengan
kini diterajui oleh Saudara Aiman Rasyadan bin Malik masyarakat dan sentiasa menegur setiap tingkah laku
yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sastera dan buruk bagi tujuan membetulkannya.
Bahasa. Kelab ini kini telah pun mencapai hampir 470
orang ahli dengan 30 orang ahli jawatankuasa tertinggi. – Dalam aspek perpaduan, ibu bapa haruslah membiasakan
Kami berharap anda akan menambahkan jumlah ahli kami anak-anak dengan interaksi pelbagai kaum sejak kecil
setelah selesai pendaftaran pada hari ini. lagi.
Beberapa aktiviti kelab telah dilaksanakan sepanjang
tahun lalu. Kami merancang untuk menambah baik program Penutup
yang sama tetapi dengan aktiviti yang lebih menarik. Antara – Setiap pihak memainkan peranan penting dalam
program yang dijayakan ialah Program Anak Angkat di
Kampung Cenderih Hilir, Pahang Darul Makmur, lawatan ke membentuk nilai moral dalam masyarakat.
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Utara, dan program – Kita perlu mengamalkan semangat kekitaan kerana cubit
pengucapan umum bersama ikon.
Setiap ahli kelab yang aktif akan memperoleh paha kanan, paha kiri terasa juga.
keistimewaan yang banyak. Antaranya, mendapat merit
bagi setiap aktiviti yang disertai, mendapat pengalaman Praktis 2
melancong ke negeri-negeri lain, dan akan mendapat
peluang kerjaya melalui temu duga awal oleh syarikat- Pendahuluan
syarikat berkaitan. – Bidang kesusasteraan merupakan antara bidang yang
Semoga anda membuat pilihan terbaik untuk
memastikan anda gembira sepanjang mengikuti aktiviti kurang mendapat sambutan dalam kalangan remaja kini.
kelab. Kami mengalu-alukan anda untuk memeriahkan – Biarpun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak
kelab kami dengan idea dan semangat yang jitu. Jom sertai
Kelab Bahasa Melayu! kerajaan bagi mendekatkan bidang ini di hati anak-anak
muda namun usaha ini dilihat kurang berjaya.
(190 patah perkataan)
Isi 1 : Sikap ibu bapa
Bab 2 Karangan Umum – Kebanyakan ibu bapa kurang menggalakkan anak-
Praktis 1 anak menceburi bidang ini kerana dianggap kurang
menjanjikan kerjaya yang baik.
Pendahuluan – Penglibatan anak-anak di sekolah juga dihadkan kerana
– Nilai moral dalam masyarakat mampu menjamin dianggap mengganggu fokus utama, iaitu peperiksaan.
– Ibu bapa juga lebih cenderung memantapkan anak-
kesejahteraan dan keharmonian dalam negara. anak dengan kemahiran lain yang lebih bersifat pilihan
majikan.
Isi 2 : Mentaliti remaja
– Kebanyakan remaja menganggap bidang ini merupakan
milik mereka yang berbakat secara semula jadi sahaja.
– Hal ini diburukkan lagi apabila remaja kini memandang
remeh terhadap penguasaan bahasa Melayu yang
diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu.
J2
BM Tingkatan 5 Jawapan
CONTOH– Remaja yang kurang berminat untuk membaca karya- – Sampai masa, negara kita akan kekurangan pelapis dalam
karya sastera membuatkan mereka semakin jauh dengan bidang ini dan kita terpaksa bergantung sepenuhnya
keindahan sastera apatah lagi menceburinya. pada import dari negara luar.
Isi 3 : Kurang penganjuran Praktis 4
– Biarpun kerajaan telah menjalankan beberapa inisiatif
Format : Surat Kiriman Tidak Rasmi
memperkenalkan sastera kepada remaja namun inisiatif Pendahuluan
itu masih bersifat ‘setempat’, iaitu tidak menyeluruh. – Bertanya khabar kepada rakan.
– Kempen-kempen dan aktiviti yang dijalankan kurang – Mendoakan rakan sentiasa dalam keadaan baik dan sihat.
mendapat sambutan malah tiada penambahbaikan
terhadap penganjuran yang kurang berjaya sebelum ini. Isi 1 : Memberikan motivasi
– Sikap sesetengah badan bukan kerajaan juga – Berharap rakan sentiasa reda dengan ketentuan tuhan.
memburukkan keadaan apabila pertandingan bidang – Sentiasa melihat dari aspek positif dan tidak putus
sains dan teknologi lebih banyak dianjurkan berbanding
pertandingan dalam bidang sastera. semangat.
– Memberitahu rakan bahawa dia memotivasikan diri anda
Penutup
– Semua pihak perlu berusaha mempopularkan bidang kerana tabah menghadapi dugaan.
sastera di Malaysia kerana bidang ini mempunyai nilainya Isi 2 : Bantuan kewangan
tersendiri. – Menyatakan hasrat untuk memberikan bantuan
– Biar mati anak, jangan mati adat
kewangan.
Praktis 3 – Meminta rakan mencadangkan kaedah menyampaikan
Pendahuluan bantuan kewangan yang memudahkannya.
– Malaysia pernah bergelar sebagai negara pertanian – Memaklumkan bahawa anda dan rakan-rakan yang lain
suatu ketika dahulu sebelum diiktiraf sebagai sebuah telah membuat kutipan di sekolah dan berharap dapat
negara membangun hasil pembangunan dalam bidang membantu serba sedikit keperluan ketika berada di
perindustrian. petempatan sementera mangsa banjir.
– Namun setelah sekian lama, dasar yang diperkenalkan
oleh pemimpin mula berbalik kepada pembangunan Isi 3 : Bantuan buku
aspek pertanian akibat kesan kebergantungan negara – Akibat banjir, rakan anda banyak terlepas pembelajaran
pada import barangan makanan dari luar seperti padi.
di sekolah. Maka anda ingin berkongsi nota-nota
Isi 1 : Risiko yang tinggi pembelajaran.
– Kebanyakan belia tidak mahu menceburi bidang ini – Nota-nota anda akan dihantar melalui pos apabila banjir
reda kelak.
kerana risiko yang perlu ditanggung adalah tinggi. – Berharap supaya bantuan anda mampu mengurangkan
– Berdasarkan pengalaman, kebanyakan belia yang bebanan.
menceburi bidang ini tidak mampu bertahan lebih Penutup
daripada 5 tahun akibat bidang ini terlalu bergantung – Mendoakan rakan anda sentiasa di bawah lindungan
pada faktor luar seperti cuaca dan penyebaran penyakit.
– Hal ini diburukkan lagi apabila terdapat sesetengah Tuhan.
syarikat yang memonopoli pasaran sehinggakan – Meminta rakan untuk membalas surat anda apabila
menggentarkan belia menceburi bidang pertanian.
banjir telah reda.
Isi 2 : Kurang ilmu dan dana
– Kebanyakan remaja kini kurang mendapat pendedahan Praktis 5
berkaitan ilmu dalam bidang pertanian. Format Syarahan
– Sesetengah kursus yang ditawarkan oleh badan bukan Pendahuluan
– Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang
kerajaan tidak bersesuaian dengan masa para belia yang
perlu bertungkus lumus bekerja setelah menamatkan mempunyai banyak tempat menarik sehinggakan banyak
pembelajaran akibat dibelenggu hutang. kawasan bersejarah di Malaysia diiktiraf sebagai tapak
– Bagi belia yang kurang berkemampuan pula, impian warisan dunia oleh UNESCO.
mereka menceburi bidang ini terbantut akibat kos yang – Terdapat banyak kepentingan memelihara bangunan
agak tinggi memandangkan mereka terpaksa bermula warisan.
dari bawah.
Isi 1 : Meningkatkan kefahaman sejarah
Isi 3 : Kurang menjanjikan kerjaya – Bangunan bersejarah banyak menyimpan khazanah yang
– Bagi murid yang kini berada di sekolah, mentaliti bahawa
boleh dijadikan tatapan untuk generasi akan datang.
bidang ini hanya untuk mereka yang mendapat gred – Hal ini bagi memastikan generasi muda tidak mengulangi
rendah di sekolah sudah sebati di dalam diri mereka.
– Bagi murid, mereka lebih suka hidup ‘makan gaji’ yang kesilapan nenek moyang suatu ketika dahulu.
lebih menjanjikan banyak kelebihan. – Malah semangat berjuang juga dapat diwariskan melalui
– Mentaliti sebegini telah diterap di rumah oleh ibu bapa.
tinggalan bangunan warisan.
Penutup
– Tanpa usaha semua pihak, bidang pertanian akan Isi 2 : Mengekalkan kesenian
– Bangunan-bangunan warisan selalunya mempunyai seni
semakin lumpuh dan dilupakan.
ukiran yang cantik dan menarik.
– Contohnya, bangunan-bangunan lama yang menerapkan
seni dari luar negara seperti Portugis dan British.
J3
CONTOH BM Tingkatan 5 Jawapan Isi 2 : Meningkatkan ekonomi negara
– Atlet dan penyokong yang bertandang sepanjang tempoh
– Seni sebegini akan memperkaya nilai sejarah kita yang
pelbagai terutamanya dari aspek seni ukiran dan bentuk kejohanan akan meningkatkan ekonomi negara.
bangunan. – Jualan-jualan di lokasi pertandingan juga akan membantu
Isi 3 : Menarik pelancong dari luar meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
– Monumen-monumen yang dipelihara di Malaysia mampu – Industri perkhidmatan seperti perhotelan dan
menarik minat pelancong luar. pengangkutan juga akan mendapat manfaat melalui
– Terdapat pelancong yang datang ke Malaysia hanya untuk penganjuran sukan antarabangsa ini.
menjalankan kajian berkaitan bangunan-bangunan Isi 3 : Meningkatkan semangat patriotisme rakyat
warisan yang kita pelihara. – Membangkitkan semangat juang atlet dan penyokong di
– Pelancong tertarik dengan latar belakang sesebuah
bangunan dalam pelbagai aspek terutamanya sejarah Malaysia.
bangunan tersebut. – Memberi peluang kepada penyokong untuk memberi
Penutup semangat secara dekat berbanding hanya menonton di
– Semua pihak haruslah memainkan peranan untuk dalam televisyen sahaja.
– Membentuk perpaduan kaum melalui sukan.
menyokong usaha kerajaan memelihara bangunan
warisan. Penutup
– Kita perlu melahirkan rasa sayang terhadap warisan ini – Banyak manfaat penganjuran sukan antarabangsa
kerana tak kenal maka tak cinta.
kepada masyarakat dan negara.
Praktis 6 – Usaha ini boleh diibaratkan seperti serampang dua mata.
Format : Surat Kiriman Rasmi Praktis 8
Pendahuluan
– Memperkenalkan latar belakang guru yang dicadangkan. Format : Laporan
Pendahuluan
Isi 1 : Jasa guru kepada murid – Persatuan sejarah telah merancang lawatan ke Putrajaya
– Guru melatih murid untuk pertandingan.
– Guru memberikan motivasi kepada murid untuk bersaing sempena Hari Kebangsaan sejak tahun lepas.
– Kutipan wang dibuat daripada murid sebagai tambahan
dalam sesuatu pertandingan.
kepada jumlah tajaan yang diperoleh.
Isi 2 : Komitmen guru kepada sekolah – Seramai 40 orang murid dan 3 orang guru terlibat dengan
– Seorang guru yang komited dalam tugas yang
lawatan ini.
dilaksanakan sebagai guru kelas.
– Malah, guru ini juga mempunyai pelbagai kemahiran Isi 1 : Berkumpul di sekolah
– Berkumpul di sekolah pada pukul 6:30 pagi.
hingga boleh menjadi suri teladan kepada anak murid. – Guru mengambil kedatangan dan mengatur tempat
Isi 3 : Kejayaan guru di luar bidang perguruan duduk murid.
– Ceritakan kejayaan guru dalam bidang lain seperti sukan. – Guru memberi taklimat ringkas tentang perjalanan yang
– Kongsikan kebolehan guru dalam bidang seni ukiran dan
akan mengambil masa sejam.
suara.
Isi 2 : Aktiviti di Putrajaya
Penutup – Murid dibawa untuk bersarapan sebelum mengambil
– Sesungguhnya, guru yang dicadangkan merupakan
tempat di kawasan yang telah disediakan oleh penganjur.
adiwira setiap murid di sekolah. – Murid mengambil tempat di kawasan yang disediakan
– Dengan pencalonan ini, semua murid di seluruh Malaysia
dan diberi sedikit taklimat berkaitan keselamatan
berpeluang untuk mengetahui kualiti seorang guru sepanjang perarakan berjalan.
adiwira yang sebenar. – Murid sibuk mengambil gambar sepanjang perarakan.
Praktis 7 Isi 3 : Perjalanan pulang
– Perarakan tamat pada pukul 11:30 pagi.
Format : Rencana – Murid dibawa ke kawasan medan selera di Putrajaya
Pendahuluan
– Malaysia pernah terkenal dengan penganjuran untuk makan tengah hari.
– Perjalanan pulang bermula setelah semua murid selesai
perlumbaan Formula One (F1) suatu ketika dahulu.
– Malaysia juga sering membida hak penganjuran bersolat di Masjid Putrajaya.
kejohanan sukan bertaraf antarabangsa yang lain. Penutup
– Terdapat banyak manfaat penganjuran temasya sukan – Banyak manfaat yang diperoleh murid hasil daripada
antarabangsa kepada masyarakat dan negara. lawatan ini.
– Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa
Isi 1 : Menarik pelancong ke dalam negara
– Peminat-peminat sukan akan berkunjung ke negara akan datang.
sepanjang tempoh temasya sukan dijalankan. Praktis 9
– Lokasi-lokasi pertandingan akan dibanjiri pelancong luar
Format : Temu ramah
yang datang untuk menyokong pasukan masing-masing. Pendahuluan
– Kita dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada Soalan
– Latar belakang pengarah/ pengalaman/ kejayaan
pelancong luar.
J4
BM Tingkatan 5 Jawapan
CONTOHJawapan Isi 2 : Istilah-istilah yang terdapat dalam sesetengah
– Ceritakan pengalaman semasa di sekolah dan universiti bidang
sehingga meminati bidang perfileman. – Terdapat sesetengah istilah yang lebih ‘mesra’ didengar
– Nyatakan kejayaan dalam bidang perfileman. dalam bahasa Inggeris terutamanya dalam bidang
tertentu.
Isi 1 : Filem menyampaikan mesej positif
Soalan – Penggunaan yang kerap akan membuatkan masyarakat
Sejauh manakah filem dapat menyampaikan mesej positif menerima istilah tersebut dalam pertuturan harian.
kepada masyarakat?
– Contohnya, istilah `stake holder’ yang sebenarnya
Jawapan mempunyai istilah bahasa Melayu tersendiri iaitu
– Melalui watak-watak yang menarik dan pesanan yang pemegang taruh namun jarang digunakan.
disampaikan secara bersahaja oleh watak. Isi 3 : Sistem pendidikan yang tidak menitikberatkan
– Pelakon-pelakon yang dipilih dalam sesebuah filem juga bahasa Melayu
mestilah tepat dengan tema yang ingin diangkat oleh – Bahasa Melayu di sekolah hanya dikenali sebagai mata
pengarah. pelajaran wajib lulus semata-mata.
Isi 2 : Nilai kemasyarakatan yang ditonjolkan dalam – Murid tidak menghayati bahasa Melayu sebagai salah
filem satu bahasa yang penting untuk dipelihara.
Soalan – Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh
Bagaimanakah sesebuah filem menerapkan nilai? Bahasa Inggeris (MBMMBI) perlu diperkukuh agar murid
mampu menjadi ejen penyebaran kesedaran terhadap
Jawapan kepentingan memelihara bahasa Melayu kepada
– Kadangkala seseorang pengarah cuba menyampaikan masyarakat.
nilai positif secara `ringan’ kepada penonton. Penutup
– Contohnya, melalui latar tempat, masyarakat, dan masa – Semua pihak perlu memainkan peranan bagi
yang ditunjukkan dalam filem. memantapkan bahasa Melayu yang merupakan khazanah
yang perlu kita pelihara.
Isi 3 : Motivasi untuk menghasilkan filem terbaik – Bahasa menunjukkan bangsa.
Soalan
Apakah filem yang boleh dijadikan contoh yang terbaik? Praktis 11
Jawapan Pendahuluan
– Banyak filem kini kurang meletakkan nilai sebagai fokus – Budi yang ditabur kepada orang lain dibalas dengan
utama. Filem-filem kini memerlukan penonton mentakrif pahala yang berterusan olah Tuhan.
secara mendalam untuk mengetahui nilai yang diangkat. – Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
– Filem-filem lama seperti karya Tan Sri P. Ramlee boleh
dijadikan panduan bagi membuktikan bahawa filem meninggalkan nama.
sememangnya mampu mendidik masyarakat.
Isi 1 : Ibu bapa
Penutup – Menyediakan keperluan ibu bapa di saat mereka sudah
Soalan
Mengucapkan terima kasih dan memberi peluang kepada tua.
ahli panel untuk memberi nasihat. – Tidak menyakiti hati mereka dengan sentiasa menerima
Jawapan nasihat mereka.
– Pengarah-pengarah muda seharusnya menghasilkan – Mampu menjadi contoh kepada anak-anak untuk sentiasa
filem yang lebih bersifat mendidik masyarakat dan tidak menghargai warga tua.
mengejar populariti semata-mata.
– Karya-karya yang bernilai tinggi akan diangkat oleh Isi 2 : Masyarakat
masyarakat. – Memberikan idea dan tenaga kepada masyarakat melalui
Praktis 10 khidmat komuniti.
– Terlibat secara langsung dalam aktiviti masyarakat.
Format : Perbahasan – Tidak bersikap enau dalam belukar melepaskan pucuk
Pendahuluan
– Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca pada suatu masing-masing.
ketika dahulu. Isi 3 : Negara
– Kini bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang – Menyertai pasukan pertahanan negara bagi
kepada pembentukan bangsa Malaysia. mempertahankan sempadan negara.
– Namun begitu, bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh – Menjadi belia yang mampu memberikan sokongan
masyarakat terutamanya generasi muda. kepada perubahan positif yang dibawa oleh pemimpin.
– Sentiasa berusaha mengharumkan nama negara dalam
Isi 1 : Pengaruh filem
– Filem-filem kini banyak menggunakan bahasa rojak pelbagai bidang.
sebagai daya penarik. Penutup
– Tanpa disedari, generasi muda akan terpengaruh dengan – Setiap insan mempunyai cara tersendiri untuk menabur
gaya pertuturan pelakon-pelakon terkenal dalam filem. budi.
– Remaja akan mula menggunakan bahasa rojak tersebut – “Usah ditanya apa yang negara dapat berikan kepadamu,
dalam perbualan sehingga menjadi budaya. tetapi tanyalah apa yang dapat kamu berikan kepada
negara.”
J5
CONTOH