4 4Tahun 4 Ainon Ibrahim Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 ISBN 978-629-7560-34-2 9 786297 560342 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) KSSR Semakan Kertas Model 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan UASA TERKINI Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu English Matematik (dwibahasa) Sains (dwibahasa) Sejarah Subjek Tahun Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Tahun Kertas Model 4 5 6 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 00-Cv Kertas Model UASA BM.indd 1 20/4/2023 10:15:58 AM
1.1 UPSA Set 1 UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 5) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: Set1 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 1 14/04/2023 2:35 PM CONTOH
2.1 UASA Set 2 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 1 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.2 UASA Set 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Hadif sedang menampal jadual latihan bola sepak ________ papan kenyataan di bilik Kelab Bola Sepak. A ke B pada C kepada D daripada [1 markah] 2. Nenek Aminah merendam ikan patin itu dengan asam jawa untuk menghilangkan bau ________ ikan. A hamis B hapak C tengik D hanyir [1 markah] Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Mei Lan mencecah nuget itu dengan cili sos yang rasanya agak pedas. B Aliya menghadiahi sebuah jam kesihatan pintar kepada ibunya bersempena dengan Hari Ibu. C Walaupun hari sudah senja, mereka masih bermain bola sepak di padang awam itu dengan riang. D Puan Noraini menggunakan sarung tangan plastik semasa pembuat kek batik itu. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 2 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.3 UASA Set 2 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Taman Burung Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan warga kota pada hujung minggu untuk melihat gelagat burung secara lebih dekat. Taman burung ini adalah sebuah taman burung sangkar terbesar di dunia dan direka khas untuk pencinta alam. Taman burung ini diwujudkan untuk dijadikan tempat pendidikan bagi mempelajari habitat burung dari dalam dan luar negara. Kedatangan pengunjung ke taman burung ini akan disambut oleh kicauan burung yang bersahut-sahutan. Burung-burung ini berterbangan bebas di dalam sangkar yang masih mengekalkan habitat semula jadi. Persekitarannya ditumbuhi pohon-pohon menghijau. Terdapat lebih daripada 280 spesies burung dari dalam dan luar negara di taman ini. 4. Apakah tujuan Taman Burung Kuala Lumpur ditubuhkan? A Dijadikan kawasan riadah warga kota B Dijadikan lokasi bagi mempelajari habitat burung C Dijadikan kawasan meneropong pelbagai burung D Dijadikan lokasi untuk merakamkan gambar burung [1 markah] 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Burung-burung di taman burung ini hidup dalam habitat semula jadi. B Kesemua burung di taman burung ini merupakan burung tempatan. C Taman burung ini merupakan sebuah taman burung tanpa sangkar terbesar di dunia. D Taman burung ini didiami oleh pelbagai spesies burung luar negara yang sangat unik. [1 markah] 6. Berikut ialah pernyataan yang benar tentang Taman Burung Kuala Lumpur kecuali A taman burung ini direka khas untuk pencinta alam. B pengunjung dapat melihat gelagat burung secara lebih dekat. C taman burung ini ditumbuhi oleh pohon-pohon yang menghijau. D pengunjung akan disambut oleh burung-burung yang jinak. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 3 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.4 UASA Set 2 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 PAKEJ LAWATAN HARIAN KE MELAKA (Kuala Lumpur Melaka) Terokai peninggalan tradisi, hayati warisan hari ini, genggami semangat jati diri. Berlibur di Melaka Bandaraya Bersejarah • RM90.00 seorang (minimum dua orang) • Pengangkutan bas persiaran pergi balik dan makanan disediakan. • Lawatan ke Stadthyus, Kota A Famosa, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Maritim, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, dan Muzium Warisan Baba dan Nyonya. BAHAN 2 Cuti akhir sesi persekolahan baru bermula. Ayah membawa kami sekeluarga berlibur ke tempat bersejarah di Melaka. Kami memilih pakej lawatan harian dengan menaiki bas persiaran dari ibu kota ke Melaka. Tujuan ayah membawa kami ke tempat bersejarah ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara. Lawatan ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pula mendidik kami agar menghargai jasa pemimpin negara yang menuntut kemerdekaan negara daripada pihak penjajah. Kami memperoleh pengetahuan dan pengalaman berharga daripada lawatan itu. Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 4 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.5 UASA Set 2 7. Tujuan ayah penulis membawa keluarganya bercuti ke tempat bersejarah adalah untuk A merakamkan gambar bangunan bersejarah yang cantik. B memantapkan ketahanan mental dan fizikal diri penulis. C memupuk semangat cinta akan negara dalam diri penulis. D mengeratkan hubungan kekeluargaan keluarga penulis. [1 markah] 8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B buah. C deret. D pintu. [1 markah] 9. Perkataan berlibur dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A berkunjung. B bermalam. C berhubung. D bercuti. [1 markah] 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Penulis dan keluarganya telah berkunjung ke Melaka pada cuti persekolahan yang lepas. B Pakej lawatan yang ditawarkan termasuk hotel, tiket, makanan dan minuman. C Lawatan ke tempat bersejarah ini dapat mendidik kita menghargai jasa pemimpin negara yang menuntut kemerdekaan. D Tempat bersejarah yang menarik di Melaka ialah Muzium Diraja Seri Menanti. [1 markah] Pengangkutan bas persiaran pergi balik dan makanan disediakan. Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 5 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.6 UASA Set 2 PEMAHAMAN PETIKAN DAN TATABAHASA SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aiman dan adiknya merupakan anak Mak Endang yang ringan tulang. Pada setiap hujung minggu, mereka akan membantu Mak Endang menjemur ikan-ikan kering di atas pelantar buluh. Kemudian, ikan-ikan kering itu akan dimasukkan ke dalam bakul buluh sebelum digredkan. Selepas itu, ikan kering itu akan dijual oleh mereka di gerai di hadapan rumah. Banyak pelanggan yang gemar membeli ikan kering buatan ibu Aiman yang bersih buatannya. Ibu Aiman menjual ikan kering tu dengan harga yang berpatutan. Ikan kering buatan Mak Endang itu sangat digemari oleh pelanggan kerana tidak terlalu masin dan berkualiti. 1. (a) Aiman dan adiknya akan menjemur ikan-ikan kering di atas pada hujung minggu. [1 markah] (b) Di manakah anak-anak Mak Endang menjual ikan kering yang telah disiap digredkan? [2 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 6 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.7 UASA Set 2 (c) Gariskan satu kata kerja pasif yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Selepas itu, ikan kering itu akan dijual oleh mereka di gerai di hadapan rumah. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Ikan kering buatan Mak Endang itu sangat digemari oleh pelanggan kerana tidak terlalu masin dan berkualiti. Ikan kering buatan pelanggan itu sangat digemari oleh Mak Endang kerana tidak terlalu masin dan berkualiti. Pelanggan Mak Endang sangat menggemari ikan kering itu kerana tidak terlalu masin dan berkualiti. [1 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 7 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.8 UASA Set 2 Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kumaran sudah terlambat untuk mengikuti latihan teater bersempena dengan Program Minggu Bahasa di dewan sekolah pada pagi itu. Dia menunggang basikalnya dengan laju sekali. Di pertengahan jalan, dia ternampak Farizal berjalan kaki ke sekolah dengan pantas. Biasanya, Farizal akan menunggang basikal ke sekolah. Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kumaran? [5 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 8 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.9 UASA Set 2 PENULISAN PERENGGAN C Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti membersihkan kawasan sekolah. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan aktiviti membersihkan kawasan sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 9 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.10 UASA Set 2 [10 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 10 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.11 UASA Set 2 PENULISAN KARANGAN Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. HARI KELUARGA Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 11 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
2.12 UASA Set 2 [20 markah] Set2 Krtas MdelUASA BM4 (SK) .indd 12 14/04/2023 2:38 PM CONTOH
J1 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Set 1 1. B 2. D 3. C 4. D 5. A 6. C 7. D 8. A 9. C 10. B 1. (a) makanan (b) Sang Tikus Sawah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa Sang Helang dengan melarikan dirinya di celah-celah rumpun padi di sawah Pak Tani. (c) lebat (d) Sang Tikus Sawah dapat melarikan diri daripada ditangkap oleh Sang Helang. (3) 2. Pada pendapat saya, jika Danial tidak memakai peralatan keselamatan semasa bermain kasut roda, dia akan mengalami kesakitan jika terjatuh. Dia akan mengalami kecederaan sekiranya terjatuh kerana peralatan keselamatan itu mengelakkan berlakunya kecederaan. Saya berpendapat bahawa murid-murid perlu mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan diri di sekolah. Murid-murid perlulah menaiki dan menuruni tangga dengan berhatihati untuk mengelakkan kecederaan. Murid-murid mestilah menggunakan laluan masuk ke sekolah yang disediakan di kawasan sekolah. Murid-murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman di kantin untuk mengelakkan kemalangan di kantin. Karangan Berformat No. 10, Jalan Bidara 5/2, Taman Bidara, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. 27 Februari 2023. Menemui sahabatku, Danial yang berada di Keningau, Sabah. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan perkelahan keluarga saya di Pantai Teluk Chempedak semalam. Kami tiba di Pantai Teluk Chempedak pada pukul 9:00 pagi. Apabila tiba di sana, kami mengeluarkan bekalan yang dibawa dari rumah. Saya membantu ibu menghamparkan tikar di bawah sepohon pokok yang rendang. Selepas itu, saya membantu adik membina istana pasir di tepi pantai. Nenek, ibu dan abang berbual-bual di bawah pokok dengan mesra. Saya berasa sungguh seronok kerana meluangkan masa dengan berkelah bersama-sama keluarga saya. Semoga bertemu lagi pada warkah yang lain. Sekian, terima kasih. Salam ingatan, Zulkarnain Karangan Tidak Berformat Pada hari Ahad yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga berkelah di Pantai Teluk Chempedak. Kami tiba di sana pada pukul 9:00 pagi. Apabila tiba di Pantai Teluk Chempedak, saya membantu ibu menghamparkan tikar di bawah pokok. Kemudian, kami mengeluarkan bekalan yang dibawa dari rumah. Selepas itu, saya membantu adik membina istana pasir di tepi pantai dengan riang. Nenek, ibu dan abang duduk berbual-bual di atas tikar dengan riang. Pengunjung yang lain bermandi-manda di tepi pantai dengan riang. Ada juga pengunjung yang bermain jet luncur di tepi pantai. Saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa berkelah bersama-sama keluarga. Hubungan kekeluargaan keluarga kami semakin erat. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 2 1. B 2. D 3. C 4. B 5. A 6. D 7. C 8. B 9. D 10. C 1. (a) pelantar buluh (b) Anak-anak Mak Endang menjual ikan kering yang telah disiap digredkan di gerai di hadapan rumah mereka. Set6 Jawapan SJKC UASA BM4 (SK).indd 1 11/04/2023 11:39 AM CONTOH
J2 (c) dijual (d) Pelanggan Mak Endang sangat menggemari ikan kering itu kerana tidak terlalu masin dan berkualiti. (3) 2. Pada pendapat saya, tindakan yang akan dilakukan oleh Kumaran ialah dia akan memberhentikan basikalnya di tepi jalan. Dia akan mengajak Farizal membonceng basikalnya dan mereka pergi ke sekolah bersama-sama. Pada pendapat saya, kebaikan aktiviti membersihkan kawasan sekolah adalah dapat menceriakan kawasan sekolah dan mengindahkan persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah yang indah menjadikan murid-murid seronok untuk belajar. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk kerjasama dalam kalangan murid-murid. Aktiviti ini juga dapat memupuk minat dan bakat murid dalam bidang landskap serta lukisan. Karangan Berformat Laporan Hari Keluarga Taman Permai Pada 26 Februari 2023 yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Permai telah mengadakan sambutan Hari Keluarga Taman Permai. Sambutan itu berlangsung di taman awam Taman Permai. Objektif sambutan hari keluarga itu adalah untuk mengeratkan hubungan antara jiran di Taman Permai. Hari keluarga itu juga diadakan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum. Pelbagai aktiviti telah berlangsung semasa hari keluarga itu. Antaranya sukaneka, pertandingan memasak, dan pertandingan gubahan. Selain itu, terdapat gerai jualan makanan dan minuman, pemeriksaan kesihatan dan tayangan video. Aktiviti ini telah mendapat sambutan ramai. Sambutan hari keluarga itu berakhir pada pukul 12:30 tengah hari. Sesungguhnya, sambutan hari keluarga itu telah berjaya mencapai matlamatnya. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh, 28 FEBRUARI 2023. Suriani (SURIANI BINTI AHMAD) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Permai. Karangan Tidak Berformat Pada hari Ahad yang lalu, Persatuan Penduduk Taman Permai telah mengadakan sambutan hari keluarga. Aktiviti itu telah diadakan di taman awam Taman Permai. Tujuan hari keluarga itu diadakan untuk mengeratkan hubungan antara penduduk yang berbilang kaum. Selain itu, untuk memupuk kerjasama berpasukan semasa menyertai pelbagai aktiviti. Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa hari keluarga itu berlangsung. Antaranya seperti sukaneka, gerai jualan dan pameran. Penduduk Taman Permai datang beramai-ramai untuk memeriahkan hari keluarga itu. Suasana hari keluarga itu berlangsung dengan meriah. Hari keluarga itu diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Kesimpulannya, sambutan hari keluarga itu telah berjaya mencapai matlamatnya. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 3 1. B 2. B 3. C 4. B 5. A 6. B 7. D 8. B 9. D 10. C 1. (a) manisan (b) Tindakan yang dilakukan oleh Sang Lebah Bunga dan kawan-kawannya setelah bunga-bungaan di ladang itu berkurangan adalah membantu menyebarkan debunga. (c) Mereka (d) Bunga-bungaan di ladang itu kian sedikit sejak minggu lepas. (3) 2. Jika saya dalam situasi Jit Wen, tindakan yang akan saya lakukan adalah pergi membantu budak perempuan yang menangis kerana terjatuh daripada basikal. Saya akan membantunya bangun dan memujuknya supaya tidak menangis. Pada pendapat saya, kepentingan amalan membaca dalam kalangan murid adalah dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam kalangan murid. Ilmu pengetahuan yang diperoleh oleh murid ini dapat digunakan dalam pembelajaran di dalam kelas. Set6 Jawapan SJKC UASA BM4 (SK).indd 2 11/04/2023 11:39 AM CONTOH
J3 Amalan membaca menjadikan murid celik ilmu dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Amalan membaca menjadikan murid yang bijaksana. Karangan Berformat KUANTAN, 30 Ogos – Persatuan Sejarah SK Taman Impian telah menganjurkan Karnival Patriotisme di Dewan Budiman untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan semasa karnival tersebut. Pementasan teater bertemakan kemerdekaan telah menghiburkan penonton. Pameran Tokoh Kemerdekaan juga menarik perhatian murid. Pameran ini dapat menambahkan pengetahuan murid tentang tokoh sejarawan negara. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak pula menarik penyertaan murid. Murid yang berbakat mempamerkan semangat patriotisme mereka kepada negara. Murid-murid juga dihiburkan dengan tayangan filem “Bukit Kepong”. Filem ini telah menyuburkan semangat patriotisme murid- murid. Karangan Tidak Berformat Pada hari Sabtu yang lalu, Persatuan Sejarah sekolah saya telah menganjurkan Karnival Patriotisme. Karnival ini bertujuan untuk menyuburkan semangat cinta akan negara dalam diri murid. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk memeriahkan karnival tersebut. Antaranya pementasan teater yang memaparkan peristiwa kemerdekaan negara. Aktiviti seterusnya ialah Pameran Tokoh Kemerdekaan. Murid-murid mengetahui tokoh kemerdekaan yang berjasa kepada negara. Murid-murid juga dihiburkan dengan Pertandingan Mendeklamasikan Puisi kemerdekaan. Murid-murid mempamerkan semangat patriotisme mereka kepada negara. Aktiviti terakhir ialah tayangan filem “Bukit Kepong”. Filem ini memaparkan pengorbanan anggota polis yang mempertahankan negara. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 4 1. D 2. B 3. D 4. B 5. D 6. A 7. B 8. C 9. D 10. A 1. (a) johan (b) Suhana mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Afini kerana telah melatihnya untuk menyampaikan syarahan pada setiap petang. (c) mengukirkan; pertandingan (d) Hadiah berupa sijil penyertaan, plak, wang tunai dan buku cerita telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Selangor kepada Suhana. (3) 2. Jika saya dalam situasi Azhar, saya akan berjumpa dengan guru bertugas di bilik guru. Saya akan melaporkan kehilangan dompet saya itu kepada guru bertugas agar dompet saya itu ditemui kembali. Pada pendapat saya, cara-cara menjaga kesihatan diri dalam kalangan murid adalah dengan selalu bersenam. Dengan bersenam, badan kita menjadi cergas. Kita digalakkan mengambil makanan seimbang untuk menjaga kesihatan diri. Setiap murid hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dengan tidur awal. Apabila, otak kita cerdas akan memudahkan kita menerima pembelajaran guru. Karangan Berformat 27 Februari 2023 (Isnin) 9:00 pagi Kami sungguh teruja kerana dapat melawat ke Taman Negara. Kami sekeluarga selamat tiba di Taman Negara. 10:00 pagi Saya membantu ibu membersihkan daun-daun kering di tapak perkhemahan. Ayah dan abang pula membina khemah di tapak perkhemahan yang disediakan di Taman Negara. 3:00 petang Kami sekeluarga menunggang basikal ke kawasan bunga Rafflesia berkembangan. Kami sungguh teruja dapat melihat bunga Rafflesia yang berkembangan. 5:00 petang Ayah membawa kami mengikuti aktiviti menjejaki tapak haiwan. Kami melihat tapak kaki gajah pada petang itu. Saya berasa sungguh gembira bercuti di Taman Negara. Saya memperoleh pengalaman yang sungguh menarik di sana. Set6 Jawapan SJKC UASA BM4 (SK).indd 3 11/04/2023 11:39 AM CONTOH
J4 Karangan Tidak Berformat Cuti persekolahan telah tiba. Kami sekeluarga sungguh gembira bercuti di Taman Negara. Seterusnya, kami menuju ke kawasan tapak perkhemahan yang kami sewa. Saya membantu ibu membersihkan tapak perkhemahan. Ayah dan abang bekerjasama mendirikan khemah untuk kami bermalam. Kemudian, kami berbasikal menuju ke kawasan bunga Rafflesia berkembang. Kami sungguh teruja melihat bunga Raffesia berkembang. Usai makan tengah hari, kami mengikuti aktiviti menjejaki tapak haiwan. Saya sungguh teruja melihat tapak gajah di situ. Saya sungguh seronok bercuti di Taman Negara. Pengalaman berada di Taman Negara memberikan pengetahuan bermanfaat. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Set 5 1. D 2. C 3. A 4. B 5. D 6. C 7. D 8. B 9. D 10. A 1. (a) bunga pakma (b) Mereka dapat melihat proses pasu dihasilkan daripada tanah liat semasa berkunjung ke Kilang Pasu Batu 4 Kuching. (c) sebagai (d) Rumah tradisional, corak kehidupan, seni budaya dan adat resam kaum-kaum etnik Sarawak yang sebenar dipamerkan di Kampung Budaya Sarawak. (3) 2. Jika saya dalam situasi Azman, saya akan menegur Nenek Munah dengan ramah. Saya akan menghulurkan bantuan dengan membantunya membawa barang-barang tersebut agar dapat meringankan bebannya. Penduduk menjalankan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka. Antara faedah yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah dapat menjaga kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal. Aktiviti ini juga dapat mencegah pembiakan nyamuk aedes. Selain itu, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk yang berbilang kaum serta memupuk semangat kejiranan. Karangan Berformat Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Guru Besar SK Taman Impian, guruguru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Langkah Keselamatan di Kantin”. Hadirin sekalian, Kita hendaklah waspada semasa berada di kantin. Kita hendaklah berjalan dengan berhati-hati semasa di kantin. Selain itu, kita mestilah beratur ketika membeli makanan. Jangan berebut semasa membeli makanan. Murid-murid juga perlu mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Makan di meja dengan sopan. Oleh itu, saya ingin tegaskan bahawa menjaga keselamatan di kantin amat penting. Hal ini demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Karangan Tidak Berformat Semua murid dinasihatkan agar menjaga keselamatan semasa berada di kantin. Murid-murid mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan. Antara langkah menjaga keselamatan di kantin ialah murid-murid hendaklah berjalan dengan berhati-hati semasa menuju ke kantin. Turun tangga dengan cermat. Murid-murid hendaklah beratur ketika membeli makanan. Jangan sesekali bertolak-tolakan semasa membeli makanan. Murid-murid juga dikehendaki mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Murid-murid duduk di meja dan makan dengan sopan. Jangan gelojoh ketika makan supaya tidak tercekik. Keselamatan di kantin sekolah perlu diutamakan. Hal ini demi menjamin keselamatan murid. Set6 Jawapan SJKC UASA BM4 (SK).indd 4 11/04/2023 11:39 AM CONTOH
4 4Tahun 4 Ainon Ibrahim Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 ISBN 978-629-7560-34-2 9 786297 560342 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) KSSR Semakan Kertas Model 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan UASA TERKINI Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu English Matematik (dwibahasa) Sains (dwibahasa) Sejarah Subjek Tahun Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU Tahun Kertas Model 4 5 6 Ujian Akhir Sesi Akademik Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas Model 00-Cv Kertas Model UASA BM.indd 1 20/4/2023 10:15:58 AM CONTOH