The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2024-06-28 03:55:49

Kertas Model SPM BM(K1 & K2)

Kertas Model SPM BM(K1 & K2)

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (1103) Perkara Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. Jawab satu soalan. Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Morfologi 2 Sintaksis 3 Penyuntingan 4 Bahasa Melayu Standard • Menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa Melayu Moden/ Standard 5 Peribahasa Bahagian B Empat (4) soalan esei. Pilih dan jawab satu daripada empat soalan. Jumlah soalan: 5 soalan Bahagian B – Pemahaman Soalan 6 dan Soalan 7 Berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa (Umum/ Drama/ Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi Tradisional/ Sajak). Soalan 8 Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C – Rumusan Soalan 9 Menulis rumusan. Jumlah soalan: 9 soalan Jumlah Markah 100 markah 100 markah Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit CONTOH


[Lihat halaman sebelah 1 – 1 SULIT SULIT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 2 jam Dua jam Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan konsep amalan rumah terbuka. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan rumah terbuka. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KUALA LUMPUR – Konsep rumah terbuka harus dijadikan satu kemestian apabila hubungan silaturahim dan perpaduan pelbagai kaum pada hari ini terhakis sedikit demi sedikit. Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan, H. Puvaniten berkata, konsep rumah terbuka agak bermakna dan merupakan sambutan yang lengkap di samping memperlihatkan keceriaan yang spontan dan semula jadi berserta hidangan pelbagai juadah. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Malaysia Gazette Online, 4 Jun 2019 Mengeratkan perpaduan antara kaum Medium untuk mengenali dan memahami budaya kaum lain NO. KAD PENGENALAN : ANGKA GILIRAN : SET 1 CONTOH


Bahasa Melayu Set 1 1 – 2 SULIT CONTOH


Bahasa Melayu Set 1 [Lihat halaman sebelah 1 – 3 SULIT CONTOH


Bahasa Melayu Set 1 1 – 4 SULIT Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PLKN membabitkan penglibatan di fasa sekolah dan selepas fasa sekolah. Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan berkaitan ketenteraan dan 10 peratus daripada kandungan lagi berkaitan tatanegara. Selepas latihan itu, agensi seperti bomba, polis dan pertahanan awam dapat melihat produk modal insan ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih. Hasil PLKN ini juga dapat melahirkan belia berkualiti, berdisiplin, cinta akan negara dan bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam masyarakat. Sumber: www.bharian.com.my Berdasarkan petikan akhbar di atas, huraikan faedah-faedah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada remaja mahupun negara. 2 KUCHING: Orang awam dinasihati agar sentiasa bersikap skeptikal semasa menerima sebarang maklumat dalam mendepani ancaman penjenayah siber atau scammer. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, hal ini kerana penjenayah siber turut mengambil peluang atas kemajuan teknologi dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan mereka. Katanya, bukan hanya organisasi, malah pengguna individu termasuk golongan berpendidikan serta profesional turut menjadi mangsa penipuan dalam talian. Sumber: www.bernama.com.my Sebagai respons terhadap petikan akhbar di atas, tulis rencana yang bertajuk “Usaha-usaha Membendung Jenayah Siber dalam Kalangan Masyarakat”. 3 KUALA LUMPUR: Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat rampasan dadah di Perlis dan Kelantan pada 18 dan 21 Januari lalu. Beliau mengatakan bahawa mereka telah mengadakan kolaborasi mantap dengan agensi luar seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PGA di sempadan bagi membanteras isu ini. Bukan itu sahaja, kerjasama dengan setiap negara jiran adalah penting terutamanya perlu ada kawalan ketat di pintu masuk setiap negara. Sumber: www.bharian.com.my Berdasarkan petikan akhbar di atas, bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani masalah tersebut. CONTOH


Bahasa Melayu Set 1 [Lihat halaman sebelah 1 – 5 SULIT 4 Isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin semakin menggusarkan penduduk tempatan terutamanya mereka telah mula menguasai bidang perniagaan kawasan setempat. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan warga tempatan kerana terpaksa bersaing peluang pekerjaan, perniagaan dan kemudahan asas dengan pendatang asing tanpa izin ini. Pada masa yang sama, mereka kerap menimbulkan kes jenayah dan masalah apabila gemar bergaduh, mabuk dan mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Imej negara juga akan tercalar akibat kebanjiran pendatang asing tanpa izin. Sumber: www.hmetro.com.my Berdasarkan petikan akhbar di atas, huraikan kesan-kesan buruk akibat kedatangan pendatang asing tanpa izin. CONTOH


Bahasa Melayu Set 1 1 – 6 SULIT KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT CONTOH


[Lihat halaman sebelah 1 – 7 SULIT NO. KAD PENGENALAN : ANGKA GILIRAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU Kertas 2 1103/2 2 jam 30 minit Dua jam tiga puluh minit Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan. BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata nama terbitan berapitan dan dua kata kerja terbitan berapitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan berapitan dan kata kerja terbitan berapitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Penggunaan bahasa sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Tanpa bahasa kita tidak dapat berkomunikasi untuk membentuk keluarga yang bahagia. Melalui lisan dan tulisan sama ada menerusi media sosial ataupun percakapan biasa, penggunaan bahasa yang baik akan mendekatkan hubungan antara keluarga meskipun ahli keluarga yang tinggal berjauhan daripada kita. Bahasa yang sopan santun akan mengekalkan ikatan keluarga dengan harmoni yang akhirnya membentuk masyarakat yang berdaya saing. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa Asas Pembentukan Keluarga Malaysia’ oleh Aminudin Mansor, Pelita Bahasa, Bil. 6/2022 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap. Penyakit ini boleh menyebabkan kehilangan fungsi buah pinggang secara progresif yang membawa kepada kegagalan buah pinggang dan akhirnya dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan untuk pesakit meneruskan kehidupan. Pemindahan organ merupakan pembedahan bagi menggantikan fungsi organ yang bermasalah atau berpenyakit dengan organ yang baharu. Pendermaan organ pula ialah prosedur pembedahan yang melibatkan pemindahan organ daripada penderma kepada penerima organ. Pendermaan organ dapat menyelamatkan nyawa dan mempertingkatkan kualiti hidup penerima organ. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memahami Realiti Pemindahan Buah Pinggang di Malaysia’ oleh Wan Haikal Hafiz Wan Zukiman, Dewan Kosmik, Bil. 09/2022 [6 markah] SULIT SET 1 CONTOH


Bahasa Melayu Set 1 1 – 8 SULIT 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Sebagai negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum dan etnik, perpaduan serta integrasi nasional memain peranan utama untuk mewujudkan negara yang aman, harmoni dan makmur. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab untuk memastikan perpaduan dan intergrasi nasional terus berkekalan. Marilah kami bersatu padu kerana hanya dengan perpaduanlah kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri maju. Dipetik daripada ‘Resipi Perpaduan dan Integrasi Nasional’, Buku Teks Tingkatan 5 [6 markah] Bahan 2 Jenayah setempat seperti menyalahgunakan dadah, kes ragut, rompakan, rogol dan penderaan amat memerlukan kerja sama masyarakat. Masyarakat kini seharusnya mengambil berat terhadap sebarang perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sikap seperti kera sumbang hanya memburuk lagi keadaan, memandangkan pembanterasan jenayah setempat ternyata memerlukan kerjasama dan sokongan padat daripada masyarakat setempat. Kerjasama yang erat antara masyarakat setempat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diibaratkan bagai aur dengan tebing mampu mencegah dan meminima kegiatan jenayah sekali gus dapat menjamin keselamatan di kawasan perumahan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kerjasama Masyarakat dalam Membanteras Jenayah Setempat’ oleh Zulfiqar Mohd Yusof, Dewan Siswa, Bil. 4/2018 [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] CONTOH


CONTOH


Click to View FlipBook Version