Unit 1 Karangan Respons Terhad 1 Unit 2 Karangan Respons Terbuka 11 Unit 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 22 Unit 4 Pemahaman 38 Unit 5 Rumusan 57 Penilaian Akhir Tahun 71 Jawapan Kandungan Format Instrumen Peperiksaan SPM Mulai Tahun 2021 Mata Pelajaran Bahasa Melayu (1103) Bil. Perkara Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan Jawab satu soalan Bahagian B Empat (4) soalan esei. Pilih dan jawab satu daripada empat soalan Jumlah soalan : 5 soalan Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Morfologi 2 Sintaksis 3 Penyuntingan 4 Bahasa Melayu Standard • menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa Melayu Moden/ Standard 5 Peribahasa Bahagian B – Pemahaman Soalan 6 dan Soalan 7 Berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa (Umum/ Drama/ Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi Tradisional/ Sajak) Soalan 8 Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C – Rumusan Soalan 9 menulis rumusan Jumlah soalan : 9 soalan 4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit CONTOH
1 Kertas 1 Bahagian A (30 markah) Praktis 1 Tema 1 Merealisasikan Impian Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan aktiviti sukan di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang penerapan budaya bersukan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Unit 1 Karangan Respons Terhad Penyediaan alatan yang lengkap Sokongan ibu bapa Hari Sukan Negara Terap Gaya Hidup Sihat Pelajar CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 2 CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 3 Praktis 2 Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut. Tulis e-mel anda selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Membuat rujukan tambahan Sediakan jadual belajar Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Kaedah Belajar Secara Berkesan Salam hormat Rathigaran. Apa khabar? Saya berharap agar kamu sihat bersama keluarga tercinta. Pada hari Ahad yang lalu, saya terbaca di laman Facebook bahawa kamu telahpun terpilih sebagai pelajar cemerlang di sekolah. Sebenarnya, saya sangat berbesar hati jika kamu dapat berkongsi tentang kaedah belajar yang berkesan. Hal ini memandangkan saya akan menjalani Penilaian Akhir Tahun pada bulan hadapan. Semestinya tip-tip yang akan kamu berikan mampu membantu saya belajar dengan lebih baik. Semoga perkongsian kamu nanti dapat membantu saya mencapai keputusan yang cemerlang. Sahabatmu, Azza CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 4 CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 5 Praktis 3 Tema 3 Memetik Bintang Berdasarkan iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan pekerjaan tersebut. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Syarat utama: 1 Sihat tubuh badan. 2 Mempunyai kemahiran asas dalam perkomputeran. 3 Mampu bekerja dalam kumpulan. 4 Mempunyai personaliti yang menarik. 5 Mampu berkomunikasi dengan baik dalam beberapa bahasa. Hantar resume anda ke kaunter kami sebelum 23 April 202 . Jawatan Kosong Pegawai Perpustakaan CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 6 Praktis 4 Tema 5 Memacu Produktiviti Baca surat di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki membalas surat di bawah. Tulis surat anda itu selengkapnya. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Arman bin Tukiman, 5, Jalan Parit Panjang, 84000, Muar, Johor Darul Takzim. 15 April 202 . Sahabatku Yasiir, Ke hadapan sahabatku, Yasiir. Saya harap awak dan keluarga dalam keadaan sihat belaka. Semoga awak masih mengingati saya. Ketika pulang bercuti tahun lepas, kita banyak menghabiskan masa bersama di kampung ini. Saya mendapatkan alamat daripada bapa saudara awak yang merupakan salah seorang pekerja ayah saya di sini. Yasiir, sebenarnya tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mendapatkan sedikit maklumat daripada awak. Saya kini membuat kajian tentang kraf tangan Malaysia. Kebetulan, awak pula sedang bekerja di Institut Kraf Negara. Jadi, saya sangat berharap jika Yasiir sudi berkongsi dengan saya tentang kaedah-kaedah yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekalkan peminat-peminat kraf tangan tempatan. Saya akan menantikan balasan surat daripada awak. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perkongsian yang akan awak berikan. Yang benar, Arman CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 7 CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 8 Praktis 5 Tema 6 Dunia Pelancongan Maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan pelancongan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Hampir 0.5% penduduk Malaysia mengalami stres di tempat kerja Kurangnya masa bersama punca keruntuhan rumah tangga ✿ Pulau Langkawi ✿ Pulau Redang ✿ Pulau Perhentian Jom Melancong dalam Malaysia CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 9 Praktis 6 Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar Maklumat di bawah berkaitan dengan bahasa Melayu. Huraikan pendapat anda tentang bahasa Melayu. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul. Bahasa Rojak Perosak Bahasa CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 1 10 CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 11 Kertas 1 Bahagian B (70 markah) Karangan Contoh Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku Domain Awam Sikap acuh tak acuh masyarakat terhadap kebersihan di kawasan kediaman dan premis masingmasing menjadi punca peningkatan jumlah kes demam denggi di daerah Manjung. Pegawai Kesihatan Daerah Manjung, Dr. Hasmaizal Hashim berkata, pihaknya serius dalam menangani ancaman wabak demam denggi, namun mentaliti segelintir individu yang gemar membuang sampah di merata-rata memburukkan keadaan. Sumber: www.utusanborneo.com.my Berdasarkan petikan di atas, huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi. Pendahuluan Denggi menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak akibat gigitan nyamuk aedes. Lazimnya, hal ini disebabkan oleh kelalaian orang dewasa dalam menangani perkara ini. Masyarakat kita kurang kesedaran tentang bahaya dan akibat demam denggi. Kita selalunya sedar akan kelalaian kita apabila ahli keluarga dijangkiti demam denggi. Isi 1 Bersikap acuh tak acuh dalam mengambil tindakan. Mengapa Mereka tidak serius membersihkan persekitaran rumah. Bagaimana Kebanyakannya bertindak menutup pintu dan tingkap rumah serta tidak memberikan kerjasama kepada kakitangan berkenaan untuk membuat semburan. Kesan Akibatnya, nyamuk aedes gagal dihapuskan. Penegas Sebenarnya, denggi ini meningkat disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak mengutamakan aspek kebersihan dalam kehidupan harian mereka. Isi 2 Mentaliti segelintir individu yang gemar membuang sampah di merata-rata. Mengapa Peningkatan curahan hujan ketika hujan turun boleh membawa kepada takungan air pada sampah itu. Bagaimana Bekas makanan yang tidak dibuang dengan betul dan dibiarkan terbuka begitu sahaja seperti polistirena kerap menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kesan Serangga kecil itu diberikan lebih banyak peluang untuk meluaskan habitatnya. Penegas Atas faktor itulah, peningkatan kes denggi agak mendadak di negara kita. Isi 3 Sebahagian ahli masyarakat hanya membersihkan kawasan rumah mereka sedangkan kawasan persekitaran rumah kotor. Mengapa Mereka tidak mahu memainkan peranan dan berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran dan kejiranan masing-masing untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Unit 2 Karangan Respons Terbuka CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 12 Denggi menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak akibat gigitan nyamuk aedes. Kita sering terbaca di dada-dada akhbar tentang kematian akibat demam denggi. Lazimnya, hal ini disebabkan oleh kelalaian orang dewasa dalam menangani perkara ini. Masyarakat kita kurang kesedaran tentang bahaya dan akibat demam denggi. Kita selalunya sedar akan kelalaian kita apabila ahli keluarga dijangkiti demam denggi seperti peribahasa sudah terhantuk baru tengadah. Namun, penyesalan itu sudah tidak ada gunanya lagi. Kebanyakan warga Malaysia sedar akan punca-punca denggi dan cara-cara menghapuskan nyamuk aedes tetapi bersikap acuh tak acuh dalam mengambil tindakan. Mereka tidak serius membersihkan persekitaran rumah. Apabila pegawai Jabatan Kesihatan datang melakukan semburan kabus, orang ramai pula kebanyakannya bertindak menutup pintu dan tingkap rumah serta tidak memberikan kerjasama kepada kakitangan berkenaan untuk membuat semburan. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak membenarkan semburan dibuat kerana masing-masing malas untuk mengemas sebelum dan selepas proses itu dilakukan. Akibatnya, nyamuk aedes gagal dihapuskan kerana kebanyakan orang tidak membuka pintu dan tingkap untuk membolehkan semburan kabus memasuki rumah. Sebenarnya, denggi ini meningkat disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak serius dalam menangani denggi. Punca lain peningkatan wabak denggi ialah mentaliti segelintir individu yang gemar membuang sampah di merata-rata. Meskipun nyamuk aedes tidak membiak di kawasan kotor seperti air larut resap, tetapi peningkatan curahan hujan ketika hujan turun boleh membawa kepada takungan air pada sampah itu. Bekas makanan yang tidak dibuang dengan betul dan dibiarkan terbuka begitu sahaja seperti polistirena kerap menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Ditambah pula dengan gaya hidup orang bandar yang suka menggunakan banyak bekas pakai buang, secara tidak langsung menyediakan tempat pembiakan nyamuk jika tidak diurus dengan betul. Akibatnya, serangga kecil itu diberikan lebih banyak peluang untuk meluaskan habitatnya. Atas faktor itulah, peningkatan kes denggi agak mendadak di negara kita. Di samping itu, sebahagian ahli masyarakat hanya membersihkan kawasan rumah mereka sedangkan kawasan persekitaran rumah kotor. Mereka tidak mahu memainkan peranan dan berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran dan kejiranan masing-masing untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Mereka begitu serius dalam membersihkan halaman rumah untuk memastikan tiada tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan vektor penyakit, tetapi tanpa sedar kawasan persekitaran rumah seperti taman permainan yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan aedes. Sikap mereka yang seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing menjadi punca peningkatan denggi. Akibatnya, seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit. Sesungguhnya, denggi tidak akan berlaku jika semua pihak memahami tugas mereka dalam memastikan kebersihan kawasan persekitaran. Denggi boleh membawa maut. Jangan ambil remeh kerana sehingga hari ini denggi masih belum ada penawarnya serta telah meragut nyawa dan antara pendekatan terbaik adalah melalui pencegahan. Oleh itu, peningkatan kesedaran dan tanggungjawab melibatkan aspek kebersihan dalam setiap lapisan masyarakat melalui promosi dan publisiti yang berterusan perlu diambil agar mereka sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Semua orang mampu melakukannya. Kesimpulannya, komitmen masyarakat amatlah vital untuk menjamin kita hidup dalam persekitaran yang bebas daripada nyamuk aedes. Bagaimana Mereka begitu serius dalam membersihkan halaman rumah untuk memastikan tiada tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan vektor penyakit, tetapi tanpa sedar bahawa kawasan persekitaran rumah seperti taman permainan yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan aedes. Kesan Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit. Penegas Sesungguhnya, denggi tidak akan berlaku jika semua pihak memahami tugas mereka dalam memastikan kebersihan kawasan persekitaran. Penutup Penegasan Denggi boleh membawa maut. Jangan ambil remeh. Cadangan Peningkatan kesedaran dan tanggungjawab melibatkan aspek kebersihan dalam setiap lapisan masyarakat melalui promosi dan publisiti yang berterusan perlu diambil. Harapan Kesimpulannya, komitmen masyarakat amatlah vital untuk menjamin kita hidup dalam persekitaran yang bebas daripada ancaman nyamuk aedes. Model Karangan CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 13 Praktis 1 Tema 1 Merealisasikan Impian Domain Peribadi Belia merupakan khazanah dan mutiara yang bernilai kepada negara. Belia sering diungkapkan sebagai penentu masa depan sesuatu masyarakat dan negara. Pentingnya belia bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka yang ramai dan sebagai tenaga kerja yang penting, tetapi juga dari segi peranan mereka sebagai penyumbang idea yang dapat mengembangkan bidang perindustrian. Sumber: https://astroawani.com Berdasarkan petikan di atas, sediakan teks syarahan yang bertajuk ‘Peranan Belia dalam Pembangunan Negara’. Rangka karangan Pendahuluan kata alu-aluan kepada hadirin mengikut protokol – menyatakan tajuk syarahan – berikan definisi Isi-isi penting (a) menjadi tenaga kerja yang penting – mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang yang ditawarkan (b) memberikan sumbangan dalam bidang kebajikan dan sosial masyarakat – membantu mangsa bencana alam – masyarakat yang dilanda musibah (c) menyumbangkan idea yang dapat mengembangkan bidang perindustrian – permintaan dalam bidang perindustrian membantu banyak belia berkecimpung menguruskan industri makanan Penutup peranan belia dalam kemajuan negara begitu besar nilainya – semakin mengorak langkah maju dalam bidang pendidikan, ekonomi, perkhidmatan, perubatan, dan industri – ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 14 Praktis 2 Tema 9 Sayangi Malaysiaku Domain Awam Semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Selain itu, hubungan antara jiran yang baik juga menjamin keharmonian di tempat tinggal. Seterusnya, perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikukuhkan lagi melalui semangat kejiranan. Oleh itu, kita perlu mengamalkan kehidupan berjiran dengan baik kerana jiran kitalah orang terdekat yang boleh membantu kita dalam kesusahan. Sumber: www.bharian.com.my Berdasarkan petikan di atas, huraikan manfaat-manfaat semangat kejiranan dalam kehidupan bermasyarakat. Pendahuluan jiran merupakan orang pertama yang membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan – semangat kejiranan pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu – tidak boleh dibiarkan kerana memberikan banyak manfaat Isi-isi penting (a) dapat menjamin keselamatan tempat tinggal – mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku (b) pertelingkahan dapat dielakkan – membentuk masyarakat harmoni (c) perpaduan dapat diperkukuh dan dieratkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya – hubungan mesra terjalin (d) kawasan tempat tinggal kita akan menjadi bersih dan indah – setiap jiran tetangga saling membantu dan bekerjasama bagi memastikan persekitaran tempat tinggal sentiasa bersih Penutup terdapat banyak manfaat yang diperoleh daripada semangat kejiranan – perlu menjadi jiran yang baik CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 15 Praktis 3 Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah Domain Kerjaya KOTA BHARU: Bermula dengan hanya satu sarang kelulut pada 2017, seorang graduan sebuah universiti kini mampu meraih purata pendapatan sehingga RM8 000 sebulan. Nur Izzatie Zulkifli, 25, kini mempunyai 80 sarang kelulut. Melalui 80 sarang berkenaan, graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu itu mampu meraih purata pendapatan antara RM3 000 hingga RM8 000 sebulan. “Walaupun tiada asas dalam penternakan kelulut, saya nekad mengusahakan penternakan kelulut dan berguru dengan penternak kelulut berpengalaman selain membuat kajian menerusi Internet bagi mengetahui madu kelulut dengan lebih mendalam,” katanya. Sumber: www.bharian.com.my Petikan berita di atas menyatakan ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Sebagai wartawan, anda berpeluang mewawancara seorang pengusaha yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Tulis wawancara anda selengkapnya. CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 16 Praktis 4 Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Domain Awam Ilmu pengurusan kewangan sangat penting untuk semua orang terutamanya kepada golongan muda. Anak muda perlu merancang kewangan dengan teratur dan berbelanja secara berhemah bagi memastikan kelangsungan hidup tidak terjejas. Pengagihan perbelanjaan mengikut keperluan dan kehendak perlulah dilakukan untuk memastikan sumber kewangan yang ada mencukupi. Selain itu, remaja haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan. Sumber: www.bharian.com.my Sebagai respons terhadap petikan di atas, huraikan cara-cara remaja menguruskan kewangan dengan bijak. CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 17 Praktis 5 Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera Domain Pendidikan Tahun 2020 meninggalkan kenangan pahit kepada negara apabila kita terpaksa bergelut dengan pandemik COVID-19. Antara yang terkesan dengan pandemik tersebut ialah sektor pendidikan. Bermula daripada prasekolah hinggalah pendidikan tinggi, semuanya terjejas. Kesan utama yang dapat dirasai ialah keberadaan murid di dalam kelas dalam talian dan penguasaan ilmu menguruskan media sosial oleh guru-guru yang sebelum ini dianggap tidak penting. Sumber: Dewan Siswa, Bil. 02/2021 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan cabaran-cabaran pandemik COVID-19 kepada para pendidik. CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 18 Praktis 6 Tema 3 Memetik Bintang Domain Kerjaya Golongan muda perlu optimis untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agar mampu mendidik mereka menjadi lebih kreatif di samping membawa pulangan yang lumayan. Masalah pengangguran akan terus berlaku sekiranya para remaja tidak berusaha mencari alternatif baharu untuk membina kerjaya atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sumber: Dewan Siswa, Bil. 7/2019 Berdasarkan petikan di atas, huraikan manfaat-manfaat yang diperoleh oleh golongan muda yang menceburi bidang keusahawanan. CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 19 Praktis 7 Tema 6 Dunia Pelancongan Domain Awam Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19, pelancongan menjadi antara industri paling terjejas. Langkah memfokuskan semula pelancongan domestik merupakan langkah yang perlu diambil bagi memulih dan merancakkan semula sektor pelancongan. Pakej-pakej pelancongan yang lebih kreatif dan menarik juga harus ditawarkan bagi menarik kedatangan pelancong. Sumber: www.bharian.com.my Berdasarkan petikan di atas, huraikan usaha-usaha untuk memulihkan sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. CONTOH
BM Tingkatan 4 Unit 2 20 Praktis 8 Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku Domain Pendidikan KUALA LUMPUR: Kantin Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat, di sini, diarahkan tutup apabila 49 orang murid sekolah terbabit mengalami gejala muntah, sakit perut, dan cirit-birit selepas bersarapan di situ pada waktu rehat, semalam. Menurut Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim, semua kes adalah stabil dan tiada kemasukan ke wad. Kejadian keracunan makanan ini terkawal dan tiada kes baharu dilaporkan. Buat masa ini, siasatan terhadap kantin tersebut sedang dijalankan. Dalam hal ini, mungkin ibu bapa boleh memainkan peranan untuk membekalkan makanan yang lebih terjamin kebersihannya untuk anak-anak ke sekolah. Sumber: www.bharian.com.my Berdasarkan petikan di atas, huraikan peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengatasi kes keracunan makanan. CONTOH
CONTOH