The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-06-30 12:50:15

Tahun 6

Tahun 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu Manual PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH TAHUN 6 Bonus!! Nota Bagi Setiap Tajuk TEPAT, PADAT DENGAN PANDUAN AKTIVITI IBSE Berdasarkan: DSKP Buku Teks


KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS MELALUI PEMBUDAYAAN EKSPERIMEN SAINS DALAM PdPc SAINS Manual PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH TAHUN 6 Ringkasan Eksekutif Diterbitkan Oleh PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU JALAN TELIPOT, 15150 KOTA BHARU KELANTAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA DAERAH KOTA BHARU


Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 6 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu Kota Bharu Kelantan Cetakan Pertama 2023 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam manual ini tidk boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan computer, fotokopi, filem dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran daripada penerbit secara bertulis. Diterbitkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu Dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Malaysia Kota Bharu 1 dan Kota Bharu 2


Muka Surat Ahli Jawatankuasa kerja Induk i Sidang Editor ii Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Kelantan iii Kata Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah iv Tinta Bicara Penyelaras v Panduan Penggunaan vi Eksperimen 1 Tema : Sains Hayat Unit : 3.0 Mikroorganisma Tajuk : Proses Hidup Mikroorganisma (SK : 3.1, SP: 3.2.1)…………………………………………………................................................................................................................... 1 Eksperimen 2 Tema : Sains Fizikal Unit : 66.0 Daya Tajuk : Maksud Daya Geseran (SK : 6.2, SP:6.2.1, 6.2.5) .........................................................................................................................................................4 Eksperimen 3 Tema : Sains Fizikal Unit : 6.0 Daya Tajuk : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Daya Geseran (SK:6.2, SP: 6.2.3, 6.2.5) .........................................................................................................................................................8 Eksperimen 4 Tema : Sains Fizikal Unit : 6.0 Daya Tajuk : Kewujudan Tekanan Udara (SK:6.3, SP: 6.3.1,6.3.4)............................................................................................................................................................11 Eksperimen 5 Tema : Sains Fizikal Unit : 7.0 Kelajuan Tajuk : Hubungan antra Kelajuan dengan Masa (SK : 7.1, SP :7.1.2) ..................................................................................................................................................................... 15 Eksperimen 6 Tema : Sains Bahan Unit : 8.0 Teknologi Pengawetan Makanan Tajuk : Projek Pengawetan Makanan (Penjerukan) (SK : 8.2 SP: 8.2.3)................................................................................................................................................................... 19 Eksperimen 7 Tema : Sains Bahan Unit : 8.0 Teknologi Pengawetan Makanan Tajuk : Projek Pengawetan Makanan (Pendidihan) (SK : 7.1, SP: 7.1.5).................................................................................................................................................................... 23 Eksperimen 8 Tema : Sains Bahan Unit : 8.0 Teknologi Pengawetan Makanan Tajuk : Projek Pengawetan Makanan (SK:8.2,SP 8.2.5 , 8.2.7)........................................................................................................................................................26 Eksperimen 9 Tema : Bumi Dan Angkasa Unit : 10.0 Gerhana Tajuk : Model Simulasi Gerhana (SK:10.1,SP:10.1.1,10.1.2,10.1.5)...............................................................................................................................................30 Eksperimen 10 Tema : Teknologi Dan Kehidupan Lestari Unit : 12.0 Kestabilan Dan Kekuatan Tajuk : Bentuk Struktur Binaan (SK: 12.1, SP : 12.1.4).................................................................................................................................................................35 Isi kandungan


AHLI JAWATANKUASA KERJA INDUK Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah PENASIHAT Hj Saipul Bahri b Ab Manaf ,B.S.K Pegawai Pendidikan Daerah PENGERUSI Hj Mohamed b Jusoh TPPD Sektor Pembelajaran TIMBALAN PENGERUSI Drs Hj Ahmad Yani b Muhamad TPPD Sektor Perancangan PENYELARAS Hjh Maimun bt Mat Saleh SISC+ Sains Matematik NAIB PENGERUSI I Encik Nik Sazila b Nik Abdullah TPPD Sektor Pengurusan Sekolah NAIB PENGERUSI II Encik Yusran Yaakob TPPD Sektor Pembangunan Murid Persatuan Guru Besar Malaysia ➤ En Mohd Nawawi b Kelasah, Guru Besar, SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu ➤ engerusi, Persatuan Guru Besar Malaysia KB2 ➤ En Mohammad Fadzil b Mat Il. Guru Besar, SK Che Deris, Kota Bharu ➤ Pengerusi, Persatuan Guru Besar Malaysia KB1 ➤ Pn Hamidah bt Che Abdul Hamid, Guru Besar, SK Dato’ Hashim, Kota Bharu ➤ Pn Rosliza bt Ahmad. Guru Besar, SK Sering, Kota Bharu ➤ En Ahmad Shahir b Muhammad Hassan. Guru Besar, SK Sultan Ismail 4, Kota Bharu ➤ En Khairul Azam b Che Seman. Guru Besar, SK Sri Bemban, Kota Bharu ➤ En Haris Irman b Saripudin. Guru Besar, SK Seri Melor, Kota Bharu ➤ Pn Siti Ruhanah bt Haron. Guru Besar, SK Zainab 2, Kota Bharu ➤ En Suhaimi bin Muhammad. Guru Besar, SK Raja Abdullah, Kota Bharu ➤ En Yaman b Yaacob. Guru Besar, SK Kubang Kerian 2, Kota Bharu ➤ En Nik Yusof b Tuan Kadir. Guru Besar, SK Pangkal Kalong, Kota Bharu SISC+ ➤ Pn Salma Ab Rahman, Pegawai SISC+ Unit Sains Matematik PPD Kota Bharu ➤ Pn Hjh Surial b Hassan, Pegawai SISC+ Unit Sains Matematik PPD Kota Bharu ➤ En Upandi b Jusoh, Pegawai SISC+ Unit Sains Matematik PPD Kota Bharu ➤ Tn Hj Shamsol b Sulaiman, Pegawai SISC+ Unit Sains Matematik PPD Kota Bharu ➤ En Nik Nor Ahmarizam bin Nik Ahmad, Pegawai SISC+ Bahasa PPD Kota Bharu Unit Sumber Teknologi Pendidikan / Rakaman /Penyuntingan Video ➤ En Mohd Dasuki b Mat Daud, USTP PPD Kota Bharu ➤ En Mohd Zaidi b Che Harun, USTP PPD Kota Bharu ➤ En Yusshalimee b Harun @ Yusoff, SK Datu’ Hashim Guru Cemerlang Sains ➤ Pn Nor Hikmah bt Zainal Abidin, SK Kubang Kerian 3, Kota Bharu Kelantan ➤ En Freezailah Arkhmey b Mohd Din, SK Kemumin, Kota Bharu Kelantan AHLI JAWATANKUASA KERJA i


SIDANG EDITOR Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 6 PENASIHAT Hj Mohamed b Jusoh Timbalan PPD Sektor Pembelajaran PENGERUSI Hjh Maimun bt Mat Saleh SISC+ Sains Matematik KETUA EDITOR Mohd Freezaillah Arkmey Md Din SK Kemumin EDITOR Wan Nani Bazlin Wan Mahmood SK Tengku Indera Petra EDITOR Mazarina Binti Ismai SK Kubang Kerian (2) EDITOR Azfaizal Bin Abdul Aziz SK Demit 2 EDITOR Noor Zainuna Abdullah Hashim SK Sabak ➤ Sasliza Binti Mohamad - SK Kedai Piah ➤ Masliza Bt Idris - SK Beta Hulu ➤ Nor Amimusliza Binti Mustapa - SK Kok Lanas ➤ Zubaidah Binti Isa - SK Zainab 1 ➤ Nahariah Binti Ibrahim - SK Kem Pengkalan Chepa ➤ Rosmayati Binti Ariffin - SK Padang Garong 1 ➤ Che Noriah Binti Che Muhammad - SK Bunut Payong ➤ Wan Noraini Binti Wan Seman - SK Raja Abdullah ➤ Noraini Binti Salleh - SK Sri Bemban ➤ Samihah Binti Mohd Nawawi - SK Che Latiff ➤ Norhayati Binti Deraman - SK Kor ➤ Nik Azrina Binti Ariffin - SK Seri Chempaka PANEL PENULIS ii


KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN KELANTAN Assalamualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madani Pertama-tamanya, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya kita hamba-Nya masih diberi-Nya kekuatan semangat dan iltizam serta keafiatan untuk meneruskan cabaran mandala pendidikan pada era Revolusi Industri 4.0 yang kian mencabar ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran, komitmen dan kolaboratif nan mulus, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu telah berjaya menerbitkan Buku Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk panduan para guru Sains. Ucapan terima kasih dan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Jawatankuasa Penerbitan Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah yang telah bertungkus lumus dan bekerjasama seteguh tekad untuk mencurahkan tenaga, idea dan sumbang saran bagi menzahirkan Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah ini. Ucapan syabas jua kepada panel penulis dan editor yang telah berpadu tenaga dan buah fikiran seutuh kudrat bersama-sama pegawai-pegawai USTP Tapang, Sektor Pembelajaran PPD Kota Bharu, guru-guru dan murid-murid bagi menerbitkan Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah yang berkualiti dan ilmiah ini. Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah diharapkan dapat membantu guru-guru tatkala melaksanakan eksperimen Sains via penggunaan video PdPc Sains secara komprehensif dalam ranah pendidikan digital tanpa sempadan kini. Dalam usaha murni KPM untuk menjayakan dasar 60:40 pendidikan STEM dalam kalangan murid sekolah, PdPc Sains yang tekal bertunjangkan teknologi maklumat dan komunikasi kini mampu untuk menarik minat murid pascamerdeka Malaysia Madani meneroka dunia Sains sekali gus meningkatkan enrolmen murid yang memilih bidang STEM demi melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang industri dan teknologi pada masa hadapan. Akhirulkalamnya, saya berharap semoga buku manual ini dimiliki oleh setiap guru Sains sebagai rujukan dalam pelaksanaan PdPc Sains yang berkualiti. Guru-guru Sains seyogianya sentiasa merancang PdPc yang melangkaui landskap pemikiran jumud lampau lantaran murid-murid yang celik digital pada masa ini akan berasa seronok belajar mengalami dan menghayati dunia Sains yang sememangnya memenuhi keinginan daya penaakulan dan inspirasi ciri-ciri murid global marcapada ini. Sekian. HAJI MOHD ZAMRI BIN ABDUL AZIZ P.S.K. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bismillahhirrahmanirrahim iii


KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu telah berjaya menerbitkan Buku Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 6. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Manual PdPc e-Ekperimen Sains Sekolah Rendah dan Think Thank Sains Sekolah Rendah yang telah berusaha dengan penuh komitmen bagi menghasilkan buku ini. Usaha untuk menyediakan satu panduan guru khususnya kepada guruguru sains yang bukan opsyen sains untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) Sains sekolah rendah terutamanya ketika hendak menjalankan eksperimen dan penyiasatan ini merupakan satu sumbangan besar kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dalam menyelesaikan isu kompetensi guru sains ketika melaksanakan PdPc mereka. Buku Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 6 merupakan satu inovasi PPDKB untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran, kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi serta dapat memaksimumkan amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) kerana buku ini juga dapat digunakan sebagai manual PdPc Sains kepada guru ganti semasa ketiadaan guru sains kerana berkursus ataupun bercuti. Saya berharap semoga inisiatif yang direncanakan dapat menjadi panduan secara komprehensif bagi melonjakkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semua guru diharapkan agar kekal komited dan sederap melangkah bersama-sama bagi merealisasikan moto ‘PPDKB Mesti Nombor 1”. Saya mengharapkan buku manual ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru sebagai panduan yang berguna sepanjang bertugas sebagai guru sains sekolah rendah ke arah kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam era pendidikan digital alaf baharu. Hal ini sejajar dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam pelaksanaan e-pembelajaran, iaitu pengajaran berteraskan ICT. Sekian. HAJI SAIPUL BAHRI BIN AB MANAF B.S.K. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Jalan Telipot, Kota Bharu Kelantan. Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madan iv


TINTA BICARA PENYELARAS Syukur ke hadrat Ilahi, Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah ini dapat diterbitkan dalam masa yang ditetapkan. Penerbitan buku manual ini adalah ekoran dapatan bimbingan yang dibuat kepada guruguru sains sekolah rendah sama ada melalui bimbingan secara individu semasa proses coaching and mentoring dalam bilik darjah, atau melalui sesi bengkel dan kursus-kursus yang dijalankan. Antaranya ialah kekangan bilik sains dan kemudahan peralatan serta kompetensi guru-guru sains khasnya yang bukan opsyen. Menyedari hal ini, Unit Sains dan Matematik PPDKB telah merangka satu intervensi untuk menyelesaikan isu ini dengan menyediakan satu manual untuk menjadi panduan kepada guru-guru sains menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) Sains sekolah rendah khasnya yang melibatkan pelaksanaan eksperimen dan penyiasatan. Manual ini merupakan satu inovasi PdPc Sains sekolah rendah yang dihasilkan oleh 96 orang guru sains dengan dibantu Think Thank Sains Sekolah Rendah yang terdiri daripada dua orang Guru Cemerlang Sains dan lapan orang Jurulatih Sains Sekolah Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah kota Bharu di bawah seliaan School Inprovement Specialist Choach (SISC+) bidang Sains Matematik. Modul ini menyediakan langkah demi langkah untuk pengendalian pengajaran dan pembelajaran (PdPc) Sains berdasarkan pendekatan Inquiry Based Science Education (IBSE). Walaupun IBSE merupakan satu pendekatan yang tidak mempunyai langkah pengajaran secara khusus tetapi guru boleh cuba mengikuti lima prinsip IBSE yang disediakan. Tujuan akhir modul ini adalah supaya murid diberikan peluang untuk meneroka, menyiasat, menyoal, mencuba, meramal, berbincang, merefleks dan mencatat. Ini membantu guru mengamalkan pendekatan IBSE dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc) Sains dengan berkesan yang bukan sahaja dapat melahirkan murid yang minat kepada sains tetapi juga kepada bidang Science,Technology,Engineering and Mathematics (STEM). Diharap modul ini dapat membantu guru yang ingin melihat pelajar yang minat terhadap Sains dan seterusnya mata pelajaran STEM serta akhirnya dapat menguasai ilmu STEM kerana mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Semoga bermanfaat HJH MAIMUN BT MAT SALEH SISC+ Sains Matematik , PPD Kota Bharu Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madani v


Panduan Penggunaan PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 6 ● Digunakan sebagai sumber rujukan untuk guru sebelum melaksanakan PdPc yang,melibatkan eksperimen / aktiviti / penyiasatan tajuk berkaitan. Isi kandungannya disusun untuk pemahaman guru dan bukan untuk bacaan pelajar. Guru perlu memahami topik ini melalui kandungan yang disediakan. Kemudian guru boleh menjalankan cadangan aktiviti yang disediakan dalam modul ini. ● Modul ini dibina berdasarkan eksperimen dalam buku teks Tahun 6 mengikut aktiviti atau penyiasatan untuk dilaksanakan semasa pdpc. Guru boleh meneliti langkah demi langkah yang disediakan berdasarkan aktiviti IBSE. Walaupun manual ini tidak meliputi semua eksperimen yang disenaraikan dalam buku teks tetapi telah disusun mengikut DSKP secara langsung. Jadi guru boleh memilih aktiviti yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Guru boleh mengubah suai langkah pengajaran yang disediakan mengikut keperluan. ● Guru boleh juga mengubah suai atau mereka bentuk aktiviti IBSE baharu selepas mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang langkah pdpc sains berdasarkan IBSE yang disediakan dalam modul ini. ● Manual ini boleh digunakan sebagai panduan mengajar oleh semua guru baik di bandar mahupun di luar bandar. Kekangan capaian internet di sekolah dan kemudahan peralatan bukan satu isu dalam penggunaan manual ini. Guru boleh merujuk link di bawah untuk tatacara penggunaan manual dalam pelaksanaan pdpc di sekolah. ● Situasi 1: Guru Sains di sekolah yang mempunyai capaian internet yang baik, kemudahan smart board, LCD EPSON atau yang ada HDMI , miracast / anycast / chrome cast / wecast untuk lakukan mirroring, dan telefon. (http://tiny.cc/aksessinternetlengkap) ● Situasi 2: Guru Sains bukan Opsyen / Guru Ganti di sekolah yang mempunyai capaian internet yang sederhana dan kemudahan LCD di kelas atau bilik sains. (http://tiny.cc/aksessinternetsederhana) ● Situasi 3: Sekolah yang tiada atau lemah capaian internet dengan kekangan bilik sainsl tetapi masih boleh menggunakan LCD di kelas atau bilik sains. (http://tiny.cc/aksessinternettiada) vi


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 1 Tema : Sains Hayat Unit : 3.0 Mikroorganisma Tajuk : Proses Hidup Mikroorganisma Standard Kandungan : 3.1 Proses hidup dan kesan tindakan mikroorganisma Standard Pembelajaran : 3.1.3 Memerihalkan proses hidup mikroorganisma dengan menjalankan penyiasatan. Tujuan Eksperimen / Penyiasatan /Aktiviti: Untuk membuktikan mikroorganisma bergerak. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 38 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Memperkenalkan mikroorganisma secara sepintas lalu. 1. Murid menjawab soalan kuiz berkaitan mikroskop untuk pengenalan kepada topik “Mikroorganisma” yang akan dipelajari hari ini. 2. Guru memperkenalkan mikroskop kepada murid. Penerokaan (10 minit) Memerihalkan proses hidup mikroorganisma 1. Guru hubung kaitkan mikroskop untuk murid mempelajari mikroorganisma yang dipelajari melalui tayangan video. Sila imbas QR Code di sebelah; 2. Murid kumpul maklumat daripada media yang dipertontonkan untuk mengetahui kaedah penggunaan mikroskop bagi menyiasat tentang mikroorganisma bergerak. http://tiny.cc/ mikroorganisma bergerakT6 Penerangan (20 minit) Menjalankan, melakar dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan penyiasatan ke atas mikroorganisma dalam air kolam dengan menggunakan mikroskop dan menulis laporan berdasarkan pemerhatian mereka. (Guru memberi bimbingan ketika murid menjalankan aktiviti) Template Laporan Eksperimen bit.ly/43M5nr7 1


2. Murid memberi maklumbalas kepada guru (wakil dari setiap kumpulan) atas pemerhatian terhadap mikroorganisma dalam air kolam dan membuat perbandingan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. 3. Soal jawab sepintas lalu. 4. Murid menulis laporan dari penyiasatan secara individu dan berkumpulan. 5. Sila imbas pautan di sebelah untuk mendapatkan template laporan eksperimen murid. Perkembangan (20 minit) Memahami mikroorganisma bergerak. 1. Guru menayangkan video dari youtube tentang keadaan pergerakan mikroorganisma dalam air kolam supaya kefahaman murid lebih jelas dan tidak keliru. 2. Sila imbas pautan di sebelah dan QR code untuk memudahkan kefahaman murid tentang paramesium dan amoeba yang terdapat dalam air kolam. https://youtu.be/TTbS7_ vZLNg/https://youtu.be/ s906GXAkKn4 Penilaian (5 minit) Penilaian dan Rumusan isi pelajaran 1. Soal-jawab secara ringkas. 2. Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan penyiasatan mereka iaitu “mikroorganisma bergerak Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP yang dicapai berdasarkan standard kandungan yang dipelajari 2. Bahan : air kolam, penitis, mikroskop, tisu 3. Tempoh Masa PdPc : 60 minit hingga 90 minit 2


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Membuktikan mikroorganisma bergerak 2. Penyataan masalah : Adakah mikroorganisma hidup ? 3. Hipotesis : Mikroorganisma bergerak 4. Pemboleh ubah Dimanipulasikan : Masa Bergerakbalas : Kedudukan mikroorganisma Dimalarkan : Jenis air 5. Alat dan bahan : Mikroskop, penitis, slaid kaca, sisip kaca, bikar, piring petri, air kolam / air sungai 6. Langkah – Langkah : a) Titiskan air kolam/air sungai ke atas slaid kaca dan tutup dengan sisip kaca. b) Letakkan slaid kaca di atas pentas mikroskop. c) Laraskan tombol pelaras kanta mikroskop untuk mendapatkan imej mikroorganisma yang jelas. d) Gerakkan slaid kaca ketengah dan laraskan kedudukan cermin sehingga imej mikroorganisma dapat dilihat dengan jelas. 7. Pemerhatian : Lakarkan kedudukan mikroorganisma pada setiap minit Minit 1 Minit 2 Minit 3 8. Soalan : Adakah kedudukan mikroorganisma yang kamu perhatikan berubah? Ya, berubah. 9. Kesimpulan : Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan aktiviti ini? Mikroorganisma bergerak selama tiga minit. 3


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 2 Tema : Sains Fizikal Unit : 6.0 Daya Tajuk : Menyatakan maksud daya geseran Standard Kandungan : 6.2 Daya geseran Standard Pembelajaran : 6.2.1 Menyatakan maksud daya geseran. 6.2.5 Menjelaskan pemerhatian tentang daya geseran melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Tujuan Eksperimen/ Penyiasatan/Aktiviti: Menyatakan maksud daya geseran. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 94 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Mengetahui pengetahuan sedia ada murid tentang daya geseran 1. Guru menayangkan video di Youtube untuk merangsang minat murid 2. Murid menceritakan pengalaman sedia ada bermain karom 3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang bagaimana buah karom bergerak dan berhenti https://youtu.be/ qnZBXzWgVB0 Penerokaan (10 minit) Menjana idea murid tentang daya geseran 1. Murid meneliti kandungan tentang daya geseran dlam buku teks muka surat 93 2. Murid melihat video rakaman eksperimen maksud daya geseran berdasarkan buku teks muka surat 94 http://tiny.cc/ dayageseranT6 4


Penerangan (20 minit) Menjalankan, melakar dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan eksperimen berdasarkan video yang telah ditonton. 2. Murid membuat laporan eksperimen dengan bimbingan guru. Perkembangan (20 minit) Menjelas dengan contoh daya geseran 1. Murid menonton video di Youtube untuk mendapatkan pemahaman yang lebih berkaitan daya geseran https://tinyurl. com/5n8b7rdt Penilaian (5 minit) Penilaian dan rumusan isi pelajaran 1. Murid membuat rumusan tentang isi pelajaran dengan dengan bimbingan guru. 2. Guru menjalankan pentaksiran di dalam kelas (PBD) Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan: TP3: Menjelas dengan contoh daya geseran 2. Bahan : Telefon pintar, papan nota berklip, kertas, pengasah dan pemadam, pensel 3. KPS : Mengawal Pembolehubah, memerhati, berkomunikasi, membuat inferens 4. Tempoh Masa PdPc : 60 minit 5


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Menyatakan maksud daya geseran 2. Pernyataan masalah: Bagaimanakah daya geseran wujud? 3. Hipotesis : Daya geseran wujud apabila dua permukaan objek saling bersentuhan 4. Pemboleh ubah a. Dimanipulasikan : Jenis objek b. Bergerak balas : Kecondongan papan nota berklip/ bacaan inklinometer c. Dimalarkan : Jenis permukaan 5. Alat dan bahan : Telefon pintar, papan nota berklip, kertas, pengasah dan pemadam pensel. 6. Langkah-langkah : i) Muat turun aplikasi inklinometer dalam telefon pintar. Buka aplikasi inklinometer. ii) Klipkan beberapa helai kertas di atas papan nota berklip. iii) Susunkan alat dan bahan seperti di dalam gambar. iv) Condongkan papan nota berklip secara perlahan-lahan dan berhenti apabila pengasah pensel mula menggelongsor. v) Ambil bacaan inklinometer dan catat dalam jadual. vi) Ulangi langkah (iv) dan langkah (v) dengan menggunakan pemadam. 6


7. Data Alat Bacaan inklinometer Pengasah pensel Pemadam pensel 8. Mentafsirkan data : a) Objek yang menunjukkan bacaan inklinometer yang tinggi ialah pemadam pensel. Inferens: Kerana pemadam pensel mempunyai daya geseran yang lebih tinggi. b) Apakah yang kamu faham mengenai daya geseran? Daya geseran terhasil apabila dua permukaan saling bersentuhan antara satu sama lain. 9. Kesimpulan a. Hipotesis : Diterima b. Kesimpulan : Daya geseran ialah daya yang terhasil apabila dua permukaan saling bersentuhan. 7


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 3 Tema : Sains Fizikal Unit : 6.0 Daya Tajuk : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Daya Geseran Standard Kandungan : 6.2 Daya Geseran Standard Pembelajaran : 6.2.3 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi daya geseran. 6.2.5 Menjelaskan pemerhatian tentang daya geseran melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Tujuan Eksperimen / Penyiasatan /Aktiviti : Untuk menentukan faktor yang mempengaruhi daya geseran. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 97 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan maksud daya geseran 1. Guru mengimbas kembali pdpc yang lepas mengenai maksud daya geseran 2. Murid diterangkan semula tentang kesan daya geseran 3. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code bit.ly/3PlEEO0 Penerokaan (10 minit) Mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi daya geseran 1. Murid diterangkan tentang eksperimen yang akan dilakukan hari ini. 2. Murid melihat video rakaman eksperimen secara berkumpulan 6. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code http://tiny.cc/ DayageseranjisimobjekT6 Penerangan (20 minit) Menjalankan, Melakar dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan eksperimen 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bantuan guru 3. Sila tekan pautan di bawah dan QR code bagi laporan eksperimen. https://tinyurl. com/4dyvpkwj 8


Perkembangan (20 minit) Memehami faktorfaktor yang mempengaruhi daya geseran 1. Guru hubungkaitkan kesan daya geseran dengan faktor yang mempengaruhinya pada murid. 2. Murid dijelaskan mengenai 2 faktor yang mempengaruhi daya geseran a. Jenis permukaan b. Jisim objek 3. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code bit.ly/3Jm6Pbz Penilaian (5 minit) Penilaian dan Rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran dengan menghubungkaitkan daya geseran dengan kesannya. 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 97 dan bincang bersama guru. (jawapan ada pada laporan eksperimen yang dilampirkan) Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP4 : Membuat kesimpulan faktor yang mempengaruhi daya geseran 2. Tempoh Masa PdPc: 60 minit hingga 90 minit 9


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Untuk menyiasat hubungan di antara jisim objek dengan daya geseran 2. Pernyataan masalah : Bagaimanakah daya geseran dipengaruhi oleh jisim Objek? 3. Hipotesis : Semakin bertambah jisim objek semakin bertambah daya geseran 4. Pemboleh ubah a. Dimanipulasikan : bilangan buku tulis b. Bergerak balas : pergerakan buku tulis c. Dimalarkan : jisim pemberat 5. Alat dan bahan : takal, klip kertas, pemberat ladung 50g, 2 unit buku latihan, benang, Kaki retort dan kerusi makmal 6. Langkah-langkah : a. Susun alat dan bahan seperti dalam gambar b. Lekatkan klip kertas pada buku tulis dan perhatikan pergerakan buku tulis c. Ulangi langkah (b) dengan menambahkan satu lagi buku tulis dan perhatikan pergerakan buku tulis. d. Catat hasil pemerhatian kamu dalam jadual 7. Data : Bilangan buku tulis Pergerakan buku tulis 1 bergerak 2 tidak bergerak 8. Mentafsirkan data : (a) Berdasarkan eksperimen, bandingkan pemberat yang digunakan untuk menggerakkan buku. Berikan inferens kamu. Berdasarkan bilangan buku tulis dalam eksperimen ini, 2 buah buku tulis gagal untuk digerakan oleh ladung 50g berbanding sebuah buku tulis Inferens: kerana 2 buah buku tulis menghasilkan lebih daya geseran berbanding sebuah buku tulis. (b) Apakah faktor yang mempengaruhi daya geseran? Jisim objek telah mempengaruhi daya geseran 9. Kesimpulan a Hipotesis : diterima b. Kesimpulan : Semakin bertambah jisim objek semakin bertambah daya geseran 10


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 4 Tema : Sains Fizikal Unit : 6.0 Daya Tajuk : Kewujudan Tekanan Udara Standard Kandungan : 6.3 Tekanan Udara Standard Pembelajaran : 6.3.1 Memerihalkan kewujudan tekanan udara di sekeliling dengan menjalankan aktiviti. 6.3.4 Menjelaskan pemerhatian tentang tekanan udara melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Tujuan Penyiasatan : Memerihalkan kewujudan tekanan udara. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 104 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan maksud tekanan udara. 1. Guru mengimbas kembali pdpc yang lepas mengenai maksud tekanan udara. 2. Sila tekan pautan yang disediakan atau imbas QR code bagi melihat nota berkaitan tekanan. https://rb.gy/s6trw6 Penerokaan (10 minit) Memerihalkan kewujudan tekanan udara. 1. Murid diterangkan tentang eksperimen yang akan dilakukan hari ini. 2. Murid melihat video rakaman eksperimen secara berkumpulan. 3. Sila tekan pautan yang disediakan atau imbas QR code. http://tiny.cc/ TekananudaraT6 Penerangan (20 minit) Menjalankan eksperimen, melakar dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan eksperimen. 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bimbingan guru 3. Sila tekan pautan yang disediakan atau imbas QR code. https://rb.gy/xf9yd 11


Perkembangan (20 minit) Memahami konsep tekanan udara. 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang konsep tekanan udara. 2. Murid dijelaskan mengenai konsep tekanan udara. 3. Sila tekan pautan yang disediakan atau imbas QR code. https://rb.gy/s6trw6 Penilaian (5 minit) Penilaian dan rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran. 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 104. 3. Sila tekan pautan yang disediakan atau imbas QR code untuk menjawab soalan. 4. Murid berbincang soalan bersama guru.(Jawapan disediakan pada laporan eksperimen) https://rb.gy/hs8eus Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP 1 : Menyatakan kewujudan tekanan udara. 2. KPS : Memerhati, membuat inferens, berkomunikasi, meramal, mengekpsperimen. 3. Tempoh Masa PdPc: 60 minit. 12


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tajuk : Kewujudan Tekanan Udara 2. Tujuan : Memerihalkan Kewujudan Tekanan Udara 3. Penyataan masalah : Adakah wujud tekanan udara di persekitaran kita? 4. Alat dan bahan : Cawan kaca, cawan kertas, dulang, pemetik api, tisu dapur dan air. 5. Langkah – Langkah : i) Basahkan tisu dapur dan letakkan di atas dulang. ii) Letakkan lilin di atas tisu dapur dan nyalakan lilin tersebut. iii) Telangkupkan cawan kaca supaya menutupi lilin. iv) Tunggu sehingga nyalaan lilin terpadam dan tekan cawan kaca serta-merta. v) Tunggu seketika dan angkat cawan kaca. Lakukan pemerhatian. vi) Letakkan dua biji cawan kertas yang berisi air di tepi cawan kaca. vii)Kemudian, angkat cawan kaca. Lakukan pemerhatian. 6. Data : Situasi Pemerhatian a) Angkat cawan kaca Cawan kaca melekat pada kertas tisu di atas dulang dan sekaligus dapat mengangkat dulang tersebut ke atas. b) Angkat cawan kaca bersama dua biji cawan kertas Cawan kaca masih melekat pada tisu di atas dulang dan sekaligus dapat mengangkat dulang bersama dua biji cawan kertas tersebut ke atas. 7. Mentafsir data : Pertambahan jisim pada dulang tidak mempengaruhi tekanan udara yang tinggi di bahagian bawah dulang. 13


8. Membuat Inferens : Dulang terangkat ke atas kerana tindakan tekanan udara yang lebih tinggi di bawah dulang menolak dulang ke atas. Manakala tekanan udara di dalam cawan kaca menjadi lebih rendah disebabkan gas oksigen yang terdapat di dalam cawan telah habis digunakan untuk pembakaran lilin. Nyalaan lilin di dalam cawan kaca terpadam apabila kesemua oksigen telah habis digunakan. 9. Kesimpulan : Tekanan udara wujud di persekitaran kita. SOALAN (BUKU TEKS MUKA SURAT 104) 1. Apakah pemerhatian kamu? Mengapa? Dulang terangkat ke atas apabila cawan kaca diangkat. Ini kerana tindakanekanan udara yang lebih tinggi di bawah dulang menolak dulang ke atas. 2. Lukis anak panah arah tekanan udara bagi aktiviti di atas. 3. Apakah kesimpulan kamu bagi aktiviti ini? Tekanan udara wujud di sekeliling kita. 14


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 5 Tema : Sains Fizikal Unit : 7.0 Kelajuan Tajuk : Hubungan antara Kelajuan dengan Masa Standard Kandungan : 7.1 Kelajuan Objek Standard Pembelajaran : 7.1.2 Mengeksperimen untuk menentukan hubungan antara kelajuan, jarak dan masa. Tujuan Eksperimen / Penyiasatan /Aktiviti :Untuk menyiasat hubungan antara kelajuan dengan masa. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 117 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan maksud kelajuan 1. Guru mengimbas kembali PdPc yang lepas mengenai maksud kelajuan. 2. Murid diterangkan semula unit bagi kelajuan. https://tinyurl. com/2dyhtmwm Penerokaan (10 minit) Mengenalpasti hubungan antara kelajuan dengan masa 1. Murid diberi penerangan tentang eksperimen yang akan dijalankan hari ini. 2. Murid melihat video rakaman eksperimen secara berkumpulan. http://tiny.cc/Hubungan KelajuanMasaT6 Penerangan (20 minit) Menjalankan eksperimen, melakar dan membuat laporan 1. Murid menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru. 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bantuan guru. https://tinyurl. com/4hw35kkd 15


Perkembangan (20 minit) Memahami hubungan antara kelajuan dengan masa 1. Guru hubung kaitkan kelajuan dengan masa. 2. Murid dijelaskan mengenai faktor yang mempengaruhi hubungan antara kelajuan dengan masa a. Ketinggian landasan https://tinyurl. com/279jb2ks Penilaian (5 minit) Penilaian dan rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran dengan menghubungkaitkan hubungan antara kelajuan dengan masa. 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 117 dan bincang bersama guru. Contoh soalan: a) Mengapakah bilangan buku ditambah? b) Apakah hubungan antara kelajuan dengan masa pergerakan guli? Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP4 : Membuat kesimpulan hubungan antara kelajuan dengan masa 2. Bahan: Pembaris beralur di tengah, jam randik, buku, guli dan bongkah piramid 3. Cadangan tempoh Masa PdPc: 60 minit hingga 90 minit 16


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Menyiasat hubungan antara kelajuan dengan masa 2. Penyataan masalah : Bagaimanakah kelajuan mempengaruhi masa pergerakan objek dalam jarak yang telah ditetapkan? 3. Hipotesis : Semakin bertambah kelajuan objek semakin berkurang pergerakan guli. 4. Pemboleh uba : a. Dimanipulasikan : Bilangan buku b. Bergerak balas : Masa pergerakan objek c. Dimalarkan : Jarak pergerakan guli 5. Alat dan bahan : Pembaris beralur di tengah, jam randik, buku, guli dan bongkah piramid 6. Langkah – Langkah : a) Sediakan alat dan bahan. b) Letakkan guli pada alur pembaris kemudian lepaskan guli dan mulakan jam randik. c) Hentikan jam randik apabila guli menyentuh jam randik. d) Catat keputusan dalam jadual. e) Ulangi langkah (b) hingga (d) dengan menambahkan bilangan buku untuk meninggikan landasan pembaris. f) Lakar graf bilangan buku melawan perubahan masa. 17


7. Data Bilangan Buku Masa (saat) 8. Mentafsir data : a) Mengapakah bilangan buku ditambah? Untuk meninggikan landasan b) Apakah hubungan antara kelajuan dengan masa pergerakan guli? Semakin bertambah kelajuan objek semakin berkurang masa pergerakan guli. 9. Kesimpulan : a. Hipotesis : (diterima/tidak diterima) b. Kesimpulan : Semakin bertambah kelajuan objek semakin berkurang masa pergerakan objek. 18


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 6 Tema : Sains Fizikal Unit : 8.0 Teknologi Pengawetan Makanan Tajuk : Projek Pengawetan Makanan Standard Kandungan : 8.2 Pengawetan makanan Standard pembelejaran : 8.2.3 Menjalankan projek pengawetan sejenis makanan dengan pelbagai kaedah. Tujuan Eksperimen / Penyiasatan /Aktiviti: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan kaedah penjerukan Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 136 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan maksud pengawetan makanan 1. Guru mengimbas kembali pdpc yang lepas mengenai maksud pengawetan makanan. 2. Murid diterangkan semula tentang kaedah pengawetan makanan. 3. Sila tekan pautan di bawah atau imbas QR code https://rb.gy/f1fg4f Penerokaan (10 minit) Memahami kaedah pangawetan secara penjerukan 1. Murid diberi penerangan tentang eksperimen yang akan dijalankan. 2. Murid melihat rakaman video eksperimen secara berkumpulan. http://tiny.cc/ KaedahawetpenjerukanT6 Penerangan (20 minit) Mengenalpasti cara-cara yang perlu dilakukan ketika menjalankan eksperimen 1. Guru menunjukkan beberapa contoh makanan yang diawet melalui kaedah penjerukan. Murid diminta memberi contoh makanan lain yang boleh diawet melalui kaedah penjerukan. 2. Murid diberi penerangan bagaimana kaedah penjerukan dijalankan. https://rb.gy/qu9bjv 19


3. Sila tekan pautan di link atau imbas kod QR untuk mendapatkan nota. Perkembangan (20 minit) Menjalankan, Melakar dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan eksperimen 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bantuan guru 3. Sila tekan pautan di link dan imbas QR code bagi templat laporan eksperimen lengkap. bit.ly/3CVn2kJ Penilaian (5 minit) Penilaian dan Rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran dengan menghubungkaitkan daya geseran dengan kesannya. 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 136 dan bincang bersama guru. (jawapan ada pada laporan eksperimen di atas) Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP4 : Membuat kesimpulan faktor yang mempengaruhi daya geseran 2. Bahan 3. Mengawal Pembolehubah 4. Tempoh Masa PdPc: 60 minit hingga 90 minit 20


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Menjalankan projek pengawetan cili menggunakan kaedah penjerukan 2. Penyataan masalah : Adakah pertumbuhan mikroorganisma menyebabkan cili menjadi rosak? 3. Hipotesis : Keasidan yang tidak sesuai menyebabkan mikroorganisma sukar bertumbuh 4. Pemboleh ubah a. Dimanipulasikan : Keasidan b. Bergerak balas : Tempoh cili menjadi rosak c. Dimalarkan : Jenis cili 5. Alat dan bahan : Periuk, dapur gas, pisau, sarung tangan plastik, tisu dapur, balang kaca berpenutup yang telah disterilkan, 15cm biji cili segar, tiga sudu besar garam, enam sudu besar gula, dua cawan cuka makanan 6. Langkah – Langkah : a. Gunakan sarung tangan plastik ketika mencuci cili. b. Keringkan cili dengan menggunakan tisu dapur. c. Hiris cili dengan menggunakan pisau. d. Masukkan cili ke dalam balang kaca. e. Masukkan tiga sudu besar garam ke dalam balang kaca. f. Panaskan dua cawan cuka dan masukkan enam sudu besar gula. Kacau sehingga larut. g. Tuangkan larutan panas tersebut ke dalam balang yang berisi cili dan garam. h. Biarkan larutan menyejuk dan tutup balang kaca dengan ketatnya. 21


7. Mentafsir data : 8. Kesimpulan : Cili yang diawet tahan lebih lama berbanding dengan cili yang tidak diawet d. Hipotesis : Diterima e. Kesimpulan : Jika cili diawet melalui kaedah penjerukan, cili tahan lebih lama 22


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 7 Tema : Sains Bahan Unit : 8.0 Teknologi Pengawetan Makanan Tajuk : Projek Pengawetan Makanan Standard Kandungan : 8.2 Pengawetan Makanan Standard Pembelajaran : 8.2.3 Menjalankan projek pengawetan sejenis makanan dengan pelbagai kaedah. Tujuan Eksperimen / Penyiasatan /Aktiviti: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan kaedah pendidihan. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 138. LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan maksud pengawetan makanan 1. Guru mengimbas kembali pdpc yang lepas mengenai maksud pengawetan makanan 2. Murid diterangkan semula tentang pengawetan makanan melalui pelbagai kaedah 3. Murid meneka kaedah pengawetan makanan yang dilakukan berdasarkan gambar yang diberikan 4. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code bit.ly/3NfcscQ Penerokaan (10 minit) Mengenalpasti cara-cara yang perlu ketika menjalankan eksperimen dilakukan 1. Murid diberikan penerangan tentang eksperimen yang akan dilakukan pada hari ini. 2. Murid melihat video rakaman eksperimen secara berkumpulan 3. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code http://tiny.cc/Kaedah awetpendidihanT6 23


Penerangan (20 minit) Memahami pengawetan makanan melalui kaedah pendidihan 1. Guru memberi penerangan tentang pengawetan melalui kaedah pendidihan 2. Murid mendengar penerangan tentang pengawetan melalui kaedah pendidihan 3. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code bit.ly/3NC9PTL Perkembangan (20 minit) Menjalankan, Melakar dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan eksperimen 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bantuan guru 3. Sila tekan pautan di sebelah dan QR code bagi laporan eksperimen lengkap bit.ly/3CDLQxu Penilaian (5 minit) Penilaian dan rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran dengan menyatakan kaedah pendidihan merupakan salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengawet makanan 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 138 dan bincang bersama guru. (jawapan ada pada laporan eksperimen di atas) Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan: TP 5 : Merumuskan terdapat makanan yang boleh diawet dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan supaya dapat disimpan lebih lama. 2. Bahan: Bekas penyejat, 15 biji cili merah, pisau, sarung tangan plastik, senduk, kuali, mesin pengisar, 2 cawan air, 2 sudu besar minyak masak dan bekas plastik berpenutup. 3. Tempoh Masa PdPc: 60 minit hingga 90 minit 24


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan kaedah pendidihan 2. Penyataan masalah : Adakah kaedah pendidihan dapat menjadikan cili tahan lebih lama? 3. Hipotesis : Jika cili diawet melalui kaedah pendidihan maka cili akan tahan lebih lama. 4. Pemboleh ubah a) Dimanipulasikan : Kaedah pengawetan cili b) Bergerak balas : Tempoh ketahanan cili c) Dimalarkan : Kuantiti cili 5. Alat dan bahan : Besen penyejat, 15 biji cili merah, pisau, sarung tangan plastik, senduk, kuali, mesin pengisar, 2 cawan air, 2 sudu minyak masak dan bekas plastik berpenutup. 6. Langkah-langkah : i) Basuh cili merah dengan menggunakan sarung tangan plastik. ii) Belah cili secara memanjang dan cungkil keluar biji cili iii) Potong cili kepada kepingan lebih kecil dan buangkan tangkai. iv) Masukkan cili bersama dua cawan air dan dua sudu besar minyak masak ke dalam mesin pengisar. v) Kisar semua cili sehingga lumat dan sebati. vi) Panaskan cili kisar ke dalam kuali dan kacau cili kisar secara perlahan-lahan sehingga mendidih dan pekat vii) Setelah mendidih tutup api dan biarkan cili menyejuk seketika. viii) Masukkan cili ke dalam bekas plastik. Tutup dengan kemas. 7. Mentafsir Data : Cili yang diawet tahan lebih lama berbanding cili yang tidak diawet 8. Kesimpulan : Hipotesis : Diterima Kesimpulan : Jika cili diawet dengan cara pendidihan maka cili tahan lebih lama. 25


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 8 Tema : Sains Fizikal Unit : 8.0 Teknologi Pengawetan Makanan Tajuk : Projek Pengawetan Makanan Standard Kandungan : 8.2 Pengawetan Makanan Standard Pembelajaran : 8.2.5 Mengitlak terdapat makanan boleh diawet lebih daripada satu kaedah pengawetan. 8.2.7 Menjelaskan pemerhatian tentang pengawetan makanan melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan secara kreatif. TujuanEksperimen / Penyiasatan /Aktiviti :Untuk mengkaji hubungan di antara ketiadaan air dan udara akan menyebabkan ikan masih elok dan tahan lebih lama. SumberRujukan : Buku teks muka surat 143 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Guru mempamerkan peta minda jenis –jenis makanan yang sesuai untuk aktiviti penjerukan. 1. Murid dipamerkan peta minda tentang pelbagai jenis makanan yang sesuai diawet dengan kaedah pengawetan tersebut. 2. Murid menyatakan contohcontoh makanan lain yang sesuai diawet melalui aktiviti penjerukan. 3. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code. bit.ly/3Jmsfpe 26


Penerokaan (10 minit) Menjana idea murid tentang kaedah pengawetan makanan di mana penggunaan dan pelumuran garam yang banyak dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Manakala rendaman makanan dalam minyak masak dapat menghalang air dan udara, mencegah pertumbuhan mikroorganisma 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang: a. ungsi 2 utama yang digunakan dalam projek jeruk ikan iaitu (i) garam (ii) minyak masak 2. Murid diminta menonton video rakaman eksperimen. 3. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code. http://tiny.cc/Kaedah gabungjerukmasinT6 Penerangan (20 minit) Memperkenalkan bahan dan alat yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen iaitu -pisau -papan pemotong -bekas berpenutup -dawai pelapik -tisu dapur -ikan -garam -minyak masak -Menerangkan tujuan ikan diawet 1. Murid diperkenalkan beberapa alat dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen jeruk ikan. 2. Guru memberi penekanan tentang keselamatan pengendalian alat dan bahan yang tajam. (contoh: pisau) 3. Gambar alatan dan bahan maujud. 4. Murid memerhati peta pemikiran dan mendengar penerangan guru tentang kebaikan pengawetan ikan melalui kaedah penjerukan. 5. Sila tekan pautan di sebelah atau imbas QR code bit.ly/3XhVrDr 27


Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan: TP3: Mengitlak terdapat makanan yang boleh diawet dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan. 2. Bahan/alatan : pisau,papan pemotong,bekas berpenutup,dawai pelapik,tisu dapur,ikan,garam dan minyak masak 3 Tempoh Masa PdPc:60 minit Perkembangan (20 minit) Menjalankan eksperimen aktiviti jeruk ikan dan menulis laporan eksperimen dalam buku amali. 1. Murid menjalankan eksperimen 2. Murid membuat laporan eksperimen secara kumpulan dengan bimbingan guru. Sila tekan pautan di sebelah dan QR code bagi laporan eksperimen lengkap bit.ly/3qQJJDF Penilaian (5 minit) Penilaian dan rumusan isi pelajaran 1. Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru tentang isi pelajaran iaitu kaedah jeruk ikan dapat mengelakkan ikan cepat rosak dan dapat disimpan dalam tempoh yang lama 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 143 dan berbincang bersama guru. 28


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara ketiadaan air dan udara dengan keadaan ikan selepas dua minggu. 2. Pernyataan Masalah :Adakah ketiadaan air dan udara akan menyebabkan keadaan ikan masih elok dan tahan lebih lama.? 3. Hipotesis : Jika ketiadaan air dan udara, maka keadaan ikan masih elok dan tahan lebih lama. 4. Pemboleh ubah (a) Dimanipulasikan : Ketiadaan air dan udara (b) Bergerak balas : Keadaan ikan selepas beberapa hari. (c) Dimalarkan : Jenis ikan, saiz ikan dan kesegaran awal ikan 5. Alat dan Bahan : Pisau, papan pemotong,dawai pelapik,bekas berpenutup, tisu dapur ,dua ekor ikan,garam dan minyak masak 6. Langkah-langkah a) Siang ikan cencaru dengan membuang insang dan perut ikan . b) Kemudian basuh ikan sehingga bersih dan keringkan dengan tisu dapur. c) Jemur ikan tersebut di bawah cahaya matahari terik selama dua jam. d) Kemudian ikan dilumur dengan garam sehingga meliputi keseluruhan ikan. e) Ikan tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang tertutup. Seterusnya tuang minyak masak ke dalam bekas tersebut sehingga ikan ditenggelami minyak masak dan tutup bekas dengan kemas. f) Biarkan ikan tersebut selepas dua minggu di atas meja. 7. Perhatikan keadaan ikan selepas dua minggu di atas meja. 8. Pemerhatian :Keadaan ikan masih elok dan tidak rosak selepas dua minggu. 9. Kesimpulan : Jika ketiadaan air dan udara, maka keadaan ikan masih elok dan tahan lebih lama. 10. Hipotesis : Diterima 29


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 9 Tema : Bumi Dan Angkasa Unit : 10.0 Gerhana Tajuk : Model Simulasi Gerhana Standard Kandungan : 10.1 Fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari Standard Pembelajaran : 10.1.1 Memerihalkan fenomena gerhana Bulan berdasarkan kedudukan Bulan , Bumi dan Matahari dengan menjalankan simulasi. 10.1.2 Memerihalkan fenomena gerhana Matahari berdasarkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menjalankan simulasi. 10.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif. Tujuan Eksperimen/Penyiasatan/Aktiviti : Memerihal Fenomena Gerhana. Sumber Rujukan : Buku teks muka surat 170 LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan kedudukan Bulan,Bumi dan Matahari bagi satu fenomena gerhana. 1. Guru mengimbas kembali PdPc yang lepas mengenai gerhana Bulan dan gerhana Matahari. 2. Sila tekan pautan atau imbas QR code. https://rb.gy/and9xn 30


Penerokaan (10 minit) Memerihalkan fenomena gerhana Bulan berdasarkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari dengan menjalankan simulasi. 1. Murid diterangkan tentang eksperimen yang akan dilakukan hari ini. 2. Murid melihat video rakaman eksperimen secara berkumpulan. 3. Sila tekan pautan atau imbas QR code. http://tiny.cc/ ModelsimulasigerhanaT6 Penerangan (20 minit) Menjalankan, melakar dan membuat laporan eksperimen. 1. Murid menjalankan eksperimen. 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bantuan guru. 3. Sila tekan pautan dan QR code bagi laporan eksperimen lengkap. https://rb.gy/wkptf Perkembangan (20 minit) Menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari bagi fenomena gerhana 1. Murid diterangkan semula tentang kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa berlakunya fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari. 2. Sila tekan pautan atau imbas QR code. https://m5.gs/eFBWV2 Penilaian (5 minit) Penilaian dan rumusan isi pelajaran. 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran dengan menghubungkaitkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari dengan berlakunya fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari. 31


Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP1 : Menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari bagi satu fenomena gerhana. TP3 : Menerangkan fenomena gerhana. 2. Bahan (Plastik lutsinar, plastisin, pembaris, jarum peniti, gunting, lidi, jangka lukis, pen penanda, pita pelekat dan kaki retot). 3. Memerhati, mentafsir data 4. Cadangan Tempoh Masa PdPc : 60 minit hingga 90 minit 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 177 dan 178 dan bincang bersama guru. 32


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Memerihalkan Fenomena Gerhana 2. Alat dan bahan : Plastik lutsinar, plastisin, pembaris, jarum peniti, gunting, lidi, jangka lukis, pen penanda, pita pelekat dan kaki retot. 3. Langkah – Langkah : a) Sediakan alat dan bahan, Tanda di dalam senarai semak. b) Lakarkan bulatan yang berdiameter 12cm untuk bulatan luar dan 1.5cm untuk bulatan tengah di atas sekeping plastik lutsinar dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis. c) Gunting mengikut bulatan yang sudah dilakarkan. d) Hasilkan sebuah sfera dengan menggunakan plastisin. e) Lekatkan sfera di bahagian tengah bulatan. f) Lekatkan jarum peniti di bahagian tepi bulatan plastik dengan menggunakan pita pelekat. g) Cucuk lidi pada sfera plastisin . Cucuk di dalam bekas yang berisi plastisin. h) Letakkan lampu suluh pada kaki retot. i) Lakukan aktiviti seterusnya di dalam bilik yang gelap. j) Laraskan kedudukan model supaya cahaya lampu suluh, sfera dan jarum peniti berada di dalam kedudukan yang selari. k) Perhatikan bayang-bayang yang terbentuk pada permukaan sfera dan jarum peniti. l) Rekodkan pemerhatian kamu. 4. Perhatikan dan perhalkan kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan BIL Situasi Pemerhatian 1 Apabila cahaya lampu suluh, sfera dan jarum peniti berada pada kedudukan selari. Apabila Matahari (cahaya lampu suluh), Bumi (sfera) dan Bulan (jarum peniti) berada dalam kedudukan selari, fenomena gerhana Bulan berlaku. 2 Apabila cahaya lampu suluh, jarum peniti dan sfera berada pada kedudukan selari. Apabila Matahari (cahaya lampu sulu), Bulan (jarum peniti) dan Bumi (sfera) berada dalam kedudukan selari, fenomena gerhana Matahari berlaku. 33


5. Mentafsir data : Kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan mempengaruhi fenomena gerhana Bulan dan Matahari. 6. Kesimpulan : Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam satu garis lurus manakala gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus. Soalan : 1. Apakah yang diwakili oleh kepala jarum peniti, plastisin sfera dan lampu suluh dalam situasi di atas? Jarum peniti adalah Bulan, plastisin sfera adalah Bumi dan lampu suluh adalah Matahari. 2. Bagaimanakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari menyebabkan fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari berlaku ? Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam satu garis lurus manakala gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus. Senarai Semak alat dan bahan. Bil Nama alat dan bahan Tandakan 3 1 Plastik lut sinar 2 Plastisin 3 Lampu suluh 4 Jarum peniti 5 Pembaris 6 Lidi 7 Gunting 8 Pita pelekat 9 Pen penanda 10 Kaki retot 11 Jangka lukis 34


MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH EKSPERIMEN 10 Tema : Teknologi Dan Kehidupan Lestari Unit : 12.0 Kestabilan Dan Kekuatan Tajuk : Bentuk Struktur Binaan Standard Kandungan : 12.1 Kestabilan dan kekuatan objek dan binaan. Standard Pembelajaran : 12.1.4 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kekuatan binaan. Tujuan Penyiasatan : Untuk menyiasat bentuk struktur mempengaruhi kekuatan objek dan binaan. Sumber Rujukan : Buku teks Sains tahun 6 muka surat 202-204. LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN / BBM Pelibatan (5 minit) Menyatakan maksud kekuatan objek dan binaan. 1. Guru mengimbas kembali PdPc yang lepas mengenai maksud kestabilan dan kekuatan objek. 2. Murid diterangkan semula tentang kekuatan objek dan bentuk binaan. 3. Sila tekan pautan di bawah atau imbas QR code. https://rb.gy/kscov Penerokaan (10 minit) Mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan 1. Murid diterangkan tentang eksperimen yang akan dilakukan hari ini. 2. Murid melihat video rakaman eksperimen secara berkumpulan. 3. Sila tekan pautan di bawah atau imbas QR code. http://tiny.cc/ BentukstrukrurbinaanT6 Penerangan (20 minit) Menjalankan, dan membuat laporan eksperimen 1. Murid menjalankan eksperimen. 2. Murid membuat laporan eksperimen secara individu dengan bantuan guru. 3. Sila tekan pautan di bawah dan QR code bagi laporan eksperimen lengkap https://rb.gy/xb91m 35


Perkembangan (20 minit) Memahami faktor – faktor yang mempengaruhi kekuatan objek. 1. Guru hubungkaitkan kekuatan dengan faktor yang mempengaruhinya pada murid. 2. Murid dijelaskan mengenai 2 faktor yang mempengaruhi kekuatan objek. a. Jenis bahan binaan. b. Bentuk struktur binaan. 3. Sila tekan pautan di bawah atau imbas QR code. https://anyflip.com/ dvybn/dimq/basic Penilaian (5 minit) Penilaian dan Rumusan isi pelajaran 1. Guru membuat rumusan akhir tentang isi pelajaran dengan menghubungkaitkan bentuk struktur binaan dengan kekuatan objek dan binaan. 2. Murid menjawab soalan dalam buku teks muka surat 204 dan bincang bersama guru. (jawapan ada pada laporan eksperimen di atas). Panduan Guru : 1. Tahap Penguasaan : TP3 : Memerihalkan faktor yang mempengaruhi kestabilan dan kekuatan binaan. 2. Bahan 3. Mengawal Pembolehubah 4. Cadangan Tempoh Masa PdPc : 60 minit hingga 90 minit. 36


LAPORAN EKSPERIMEN : 1. Tujuan : Untuk mengkaji hubungan di antara bentuk struktur binaan dengan bilangan pemberat yang dapat ditampung. 2. Penyataan masalah : Adakah bentuk struktur mempengaruhi kekuatan objek dan binaan? 3. Hipotesis : Jika struktur bentuk silinder digunakan , maka kekuatan objek dan binaan bertambah. 4. Pemboleh ubah a. Dimanipulasikan : bentuk struktur binaan b. Bergerak balas : bilangan pemberat c. Dimalarkan : berat setiap pemberat 5. Alat dan bahan : Pembaris, gunting, dua buah meja, set pemberat, kad manila, pita pelekat dan benang. 6. Langkah – Langkah : (a) Membina struktur alang Struktur alang A i. Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. ii. Lukis empat jalur yang berukuran 3 cm setiap satunya pada kad manila tersebut. iii. Lipat kad manila seperti gambar di sebelah. iv. Lekatkan bahagian kad manila yang dilipat dengan menggunakan pita pelekat. Struktur alang B i. Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. ii. Lukis tiga jalur yang berukuran 3 cm setiap satunya pada kad manila tersebut. iii. Lipat kad manila untuk membentuk segi tiga. iv. Lekatkan ke dua-dua hujung kad manila tersebut dengan menggunakan pita pelekat. Struktur alang C i. Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. ii. Gulung kad manila untuk membentuk alang silinder. iii. Lekatkan ke dua-dua hujung kad manila tersebut dengan menggunakan pita pelekat. 37


Struktur alang D i. Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. ii. Lukis empat jalur yang berukuran 3 cm setiap satunya pada kad manila tersebut. iii. Lipat kad manila untuk membentuk alang kuboid. iv. Lekatkan ke dua-dua hujung kad manila tersebut dengan menggunakan pita pelekat. (b) Letakkan alang A secara melintang di antara meja. (c) Gantungkan cangkuk pada alang A. (d) Letakkan pemberat pada cangkuk tersebut. Tambahkan pemberat sehingga berlaku perubahan pada alang. (e)Cata hasil pemerhatian kamu dalam jadual. (f) Ulangi langkah 6 (b) hingga langkag 6 (e) dengan menggunakan alang B, alang C dan alang D. 7. Data : Bentuk struktur alang Bilangan Pemberat Alang A Alang B Alang C Alang D 8. Mentafsir data : (a) Apakah yang dapat kamu perhatikan? Berikan alasan kamu. Bilangan pemberat yang dapat ditampung oleh alang C paling banyak. Ini kerana alang C paling kuat. (b) Apakah hubungan antara bentuk struktur binaan dengan kekuatan binaan? Jika bentuk binaan yang digunakan adalah bentuk silinder maka kekuatan objek dan binaan bertambah. 9. Kesimpulan a. Hipotesis : Diterima. b. Nyatakan kesimpulan: Jika bentuk binaan yang digunakan adalah bentuk silinder maka kekuatan objek dan binaan bertambah. 38


Click to View FlipBook Version