Latihan PBD Fokus DSKP Penerapan KBAT Penanda i-THINK Nota Tatabahasa KSSR Semakan Modul Praktis PBD INTERVENSI Tahun BAHASA MELAYU Ujian Akhir Sesi Akademik UASA2.0 5 Nur Diyana Halim BONUS untuk Guru Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA 2.0) e-RPH
ii Jadual Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bahasa Melayu Tahun 5 iii – viii Kandungan 1 Tema Kemasyarakatan Unit 1 Masyarakat Penyayang Unit 2 Kerjasama Eratkan Hubungan Unit 3 Masyarakat Celik Ilmu 1 – 4 5 – 7 8 – 10 2 Tema Kesihatan dan Kebersihan Unit 4 Bahaya dalam Senyap Unit 5 Kebersihan Diri dan Persekitaran Unit 6 Minda Sihat 11 – 13 14 – 16 17 – 18 3 Tema Keselamatan Unit 7 Bijak Bertindak Unit 8 Awasi Langkahmu Unit 9 Beringat sebelum Terkena 19 – 22 23 – 25 26 – 28 4 Tema Perpaduan Unit 10 Memupuk Perpaduan Unit 11 Meraikan Penyatuan Unit 12 Jalinan Perpaduan 29 – 32 33 – 35 36 – 38 5 Tema Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Unit 13 Sikap Bertanggungjawab Unit 14 Sayangi Malaysia Unit 15 Keranamu Malaysia 39 – 41 42 – 44 45 – 46 6 Tema Sains, Teknologi dan Inovasi Unit 16 Sains dan Kehidupan Unit 17 Mesra Teknologi Unit 18 Inovasi Bertambah Mutu 47 – 49 50 – 53 54 – 56 7 Tema Kelestarian Alam Unit 19 Ceriakan Buana Kita Unit 20 Selamatkan Alam Kita Unit 21 Teknologi Hijau 57 – 59 60 – 62 63 – 64 8 Tema Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Unit 22 Ekonomi Dinamik Unit 23 Usahawan Berwawasan Unit 24 Pintar Kewangan 65 – 67 68 – 69 70 – 72 9 Tema Integriti Unit 25 Insan Berketerampilan Unit 26 Dahulukan yang Utama Unit 27 Hormati Hak Sesama Kita 73 – 75 76 – 78 79 – 80 Praktis Ekstra 81 – 92 Jawapan 93 – 104 CONTOH
✂ 1 1 1 Kemasyarakatan Masyarakat Penyayang Hal. Buku Teks: 2 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dengar dan sebut maklumat semula dengan betul. 1.1.1 Mengaplikasi Jawatankuasa Taman Saujana telah menubuhkan Rakan Taman. Rakan Taman ditubuhkan untuk memupuk semangat kejiranan dan kerjasama dalam kalangan penduduk. Rakan Taman akan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Antaranya adalah seperti program Jiran Prihatin dan Projek Kediaman Mesra Alam. Wei Han, minta sebutkan tujuan penubuhan Rakan Taman dan aktiviti kemasyarakatan yang akan dijalankan semula. Tujuan penubuhan Rakan Taman adalah (1) . Rakan Taman akan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti (2) . untuk memupuk semangat kejiranan dan kerjasama dalam kalangan penduduk program Jiran Prihatin 1 ✂ dan Projek Kediaman Mesra Alam CONTOH
2 1 1 Kemasyarakatan Masyarakat Penyayang Hal. Buku Teks: 3 2 Kemahiran Membaca Baca petikan di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersurat. Program Jiran Prihatin Rakan Taman Saujana telah menjalankan program Jiran Prihatin. Program ini dilaksanakan untuk membantu penduduk yang miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), mangsa bencana alam dan anak-anak yatim. Program Jiran Prihatin ini mendapat sokongan daripada seluruh penduduk Taman Saujana. Mereka sepakat menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan ini. Antara bentuk bantuan yang dihulurkan adalah seperti sumbangan wang, makanan, keperluan persekolahan, dan barangan keperluan bayi. Penduduk digalakkan untuk menyumbang makanan kering dan makanan basah yang berkhasiat seperti beras, telur, roti, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan yang tidak baik untuk kesihatan seperti makanan ringan dan segera tidak digalakkan. Inisiatif ini telah mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi swasta, iaitu Pertubuhan Insan Penyayang. Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. 2.1.1 Maklumat Tersurat Respons 1. Program ini dilaksanakan untuk membantu penduduk yang miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), mangsa bencana alam, dan anak-anak yatim. Kita mestilah membantu golongan miskin, OKU, mangsa bencana alam dan anak-anak yatim agar dapat . 2. Antara bentuk bantuan yang dihulurkan adalah seperti sumbangan wang, makanan, keperluan persekolahan, dan barangan keperluan bayi. Kita hendaklah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian agar . 3. Penduduk digalakkan untuk menyumbang makanan kering dan makanan basah yang berkhasiat seperti beras, telur, roti, ikan, ayam, sayursayuran dan buah-buahan. Kita hendaklah menyumbangkan makanan yang berkhasiat dan baik untuk . mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa kesihatan agar tidak memudaratkan diri mereka ✂ CONTOH
✂ 3 1 1 Kemasyarakatan Masyarakat Penyayang Hal. Buku Teks: 4 3 Kemahiran Menulis Tulis perenggan di bawah dalam bentuk tulisan berangkai. 3.1.1 Aznil dan ayahnya sedang berjoging di Taman Rekreasi Taman Seri Sentosa. Semasa berjoging, mereka mendapati banyak sampah sarap di sekitar taman itu. Encik Azman mengambil foto sampah sarap itu lalu memuat naiknya dalam aplikasi WhatsApp Rakan Taman Seri Sentosa. Penduduk memberikan respons dengan segera terhadap hantaran itu. Selepas berbincang, penduduk Taman Seri Sentosa bersepakat untuk mengadakan Projek Gotong-royong Perdana. Projek ini diadakan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman. Setiap penduduk digalakkan membawa peralatan kebersihan sendiri. Selain itu, mereka juga akan menanam pokok hiasan untuk menceriakan kawasan taman. ✂ CONTOH
4 1 1 Kemasyarakatan Masyarakat Penyayang Hal. Buku Teks: 6 4 Aspek Tatabahasa Senaraikan kata nama am yang terdapat dalam maklumat. 5.1.1(i) Menganalisis Kata Nama Am 1. Manusia 2. Haiwan/Tumbuhan 3. Benda (a) (b) (c) (d) (e) lelaki wanita kanak-kanak isteri murid (a) (b) (c) (d) (e) burung labah-labah itik kucing pokok (a) (b) (c) (d) (e) basikal bangku buaian papan gelongsor tong sampah Pada petang itu, Aznil, Thai Wei dan Dinesh menunggang basikal di taman rekreasi. Banyak orang sedang beriadah di taman rekreasi itu. Aznil, Thai Wei dan Dinesh menunggang basikal dengan berhati-hati di laluan basikal. Mereka kelihatan sungguh gembira. Kelihatan juga Encik Shahril dan isterinya, Puan Noraini sedang berjoging. Sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan dengan riang. ✂ CONTOH
✂ 5 2 1 Kemasyarakatan Kerjasama Eratkan Hubungan Hal. Buku Teks: 8 1 Kemahiran Membaca Baca petikan di bawah. Kemudian, berikan respons terhadap maklumat tersirat. 2.1.1 Maklumat Tersirat Respons 1. Kita haruslah bersimpati akan nasib malang yang menimpa seseorang dengan memberikan bantuan kepadanya. Bantuan yang diberikan sekurangkurangnya dapat . 2. Kata-kata semangat yang diberikan kepada seseorang dapat meningkatkan keyakinannya semula. Seseorang itu akan terus berusaha dan tidak berputus asa walau . 3. Setiap orang haruslah mempunyai sikap baik hati terhadap semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Sikap baik hati dapat memupuk . menyelamatkan mangsa kemalangan itu apa jua cabaran semangat bersatu padu dan mengeratkan silaturahim antara satu dengan yang lain Thai Wei telah memenangi pertandingan lumba jalan kaki. Aznil pula hanya menduduki tempat kelima. “Tahniah, Thai Wei,” ucap Aznil. “Terima kasih, Aznil. Mengapakah kamu lambat tiba di garisan penamat, Aznil?” tanya Thai Wei. “Ada seorang peserta terjatuh ketika berlumba. Kakinya terseliuh. Saya tidak sampai hati hendak meninggalkannya begitu sahaja,” jelas Aznil. “Apakah tindakan kamu, Aznil?” soal Dinesh. “Saya dan salah seorang peserta memapahnya ke tepi jalan sementara menunggu pasukan perubatan tiba. Saya juga memberikan kata-kata semangat kepadanya walaupun dia tidak dapat meneruskan perlumbaan ini lagi,” jelas Aznil. “Wah, kami sangat bangga akan kamu, Aznil. Kamu sungguh baik hati,” kata Thai Wei dan Dinesh. “Nah, minum air ini dahulu! Kamu nampak agak penat,” kata Thai Wei sambil menghulur sebotol air minuman kepada Aznil. “Terima kasih, Thai Wei, Dinesh,” balas Aznil. yang ditempuhinya terseliuh – tergeliat; terpelecok memapah – membantu orang berjalan atau bangun dengan memegang badannya ✂ CONTOH
6 2 1 Kemasyarakatan Kerjasama Eratkan Hubungan Hal. Buku Teks: 9 2 Kemahiran Menulis Tulis ayat untuk menyatakan pendapat berdasarkan bahan di bawah. 3.2.1 KEMPEN TAMAN HIJAU TAMAN SERI SENTOSA Tarikh: 23 Mac 2024 Masa: 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari Matlamat: • Memupuk sikap bekerjasama • Mengeratkan hubungan kejiranan Aktiviti: • Menanam pokok • Kitar semula Atur Cara Program: 8:00 pagi: • Taklimat • Pembahagian kumpulan • Pelantikan ketua kumpulan 8:30 pagi: • Aktiviti dijalankan 12:00 tengah hari: • Program tamat dan bersurai Dinesh : Mengapakah aktiviti menanam pokok dan kitar semula diadakan? Aznil : (1) Dinesh : Apakah tujuan pelantikan ketua kumpulan? Aznil : (2) Thai Wei : Yang manakah lebih sesuai, aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan atau individu? Nyatakan pendapat kamu. Dinesh : (3) Aktiviti menanam pokok diadakan untuk menghijaukan dan meredupkan kawasan perumahan manakala aktiviti kitar semula pula bertujuan untuk mendidik penduduk agar mengitar semula bahan terpakai untuk mengurangkan pencemaran alam. Tujuan pelantikan ketua kumpulan ini adalah supaya aktiviti yang diadakan dapat berjalan dengan lancar. Pada pendapat saya, aktiviti ini lebih sesuai dijalankan secara berkumpulan kerana setiap tugasan dapat dijalankan dengan mudah dan cepat apabila dilakukan bersama-sama. Selain itu, tugas yang berat akan menjadi ringan apabila dilakukan secara berkumpulan. ✂ CONTOH
7 2 1 Kemasyarakatan Kerjasama Eratkan Hubungan Hal. Buku Teks: 11 3 Aspek Tatabahasa A Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang betul. 1. Puan Balkis ke (Kedai Kasut Johan, Kedai Dobi Berjaya) untuk membasuh baju. 2. Encik Azman melawat jirannya yang sakit di (Hospital Kuala Lumpur, Klinik Keluarga Doktor Izuan). 3. Aizat suka bermain dengan (Pak Belang, Si Tompok), iaitu kucing peliharaan jirannya. 4. Zulaika murid tahun empat belajar di (Sekolah Kebangsaan Taman Mawar, Taman Asuhan Kanak-kanak Al-Iman). 5. Beberapa orang penduduk gigih menanam sayur di (Kebun Komuniti Taman Saujana, Balai Raya Taman Saujana). Lengkapkan dialog dengan kata ganti nama yang betul. 5.1.1(iii) B Ya, Danial. (2) terlibat dengan pementasan teater semasa Minggu Kebudayaan (3) . Sofea, Danish, dan Tinesh turut terlibat dalam pementasan teater itu. Selepas tamat waktu sekolah, (5) akan berlatih bersama-sama di dewan sekolah. Minggu depan, sekolah Saya (1) akan mengadakan Minggu Kebudayaan. (4) lagi yang terlibat dengan pementasan teater itu? kita Situasi 1 saya siapa kami itu kita Siapa itu kami ✂A B CONTOH
8 3 1 Kemasyarakatan Kerjasama Eratkan Hubungan Hal. Buku Teks: 13 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tuturkan dialog dan berikan respons berdasarkan maklumat di bawah. 1.1.3 Aznil : Apakah tujuan penubuhan perpustakaan mini ini? Dinesh : (1) Aznil : Apakah kemudahan yang disediakan di perpustakaan mini ini? Dinesh : (2) Thai Wei : Adakah perpustakaan ini akan melaksanakan aktiviti tahunan? Dinesh : (3) Aznil : Wah, aktiviti tahunan yang dirancang sungguh menyeronokkan! Boleh kamu jelaskan kebaikan aktiviti-aktiviti ini? Dinesh : (4) Perpustakaan Mini Taman Seri Sentosa Objektif penubuhan: Memupuk amalan membaca dalam kalangan penduduk Waktu operasi: • Isnin hingga Jumaat – 8:00 pagi hingga 5:00 petang • Sabtu dan Ahad – 8:00 pagi hingga 3:00 petang Kemudahan yang disediakan: • Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, buku motivasi, majalah, surat khabar dan sebagainya • Komputer dan Internet • Ruang bacaan • Bilik mesyuarat Aktiviti tahunan: • Kempen Membaca • Pertandingan bacaan pantas • Pertandingan bercerita • Program sumbangan buku dan komputer terpakai Tujuan penubuhan perpustakaan mini ini adalah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan penduduk. Kemudahan yang disediakan di perpustakaan mini ini ialah bahan bacaan seperti buku cerita, buku motivasi, majalah, surat khabar dan sebagainya, komputer dan Internet, ruang bacaan dan bilik mesyuarat. Ya, Thai Wei. Perpustakaan mini ini telah menyusun beberapa aktiviti tahunan seperti Kempen Membaca, pertandingan bacaan pantas, pertandingan bercerita, dan program sumbangan buku dan komputer terpakai. Kebaikan aktiviti-aktiviti ini adalah dapat mengisi masa lapang penduduk dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat melahirkan masyarakat yang celik ilmu. ✂ CONTOH
✂ 9 3 1 Kemasyarakatan Kerjasama Eratkan Hubungan Hal. Buku Teks: 16 2 Kemahiran Menulis Tulis jawapan berdasarkan petikan dan soalan yang dikemukakan. 3.2.2 Baru-baru ini, Persatuan Penduduk Taman Saujana telah menganjurkan pertandingan reka cipta daripada bahan terbuang. Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan Kempen Kediaman Hijau. Imran, Wei Han dan Rajesh tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka melayari Internet untuk mengumpulkan maklumat tentang reka cipta. Mereka sepakat untuk mencipta bekas tanaman pokok hiasan daripada bahan terbuang seperti tayar lama, kasut but getah, bekas plastik dan sebagainya. Mereka mencari bahan-bahan terbuang itu di sekitar kawasan perumahan mereka. Mereka telah berjaya mencipta bekas tanaman pokok hiasan yang cantik dan unik reka bentuknya. Mereka menjual hasil ciptaan mereka itu di laman sosial Facebook Rakan Taman Saujana dan Instagram. Jualan mereka sangat laris. Usaha murni mereka ini mendapat pujian daripada penduduk Taman Saujana. Mereka berasa sungguh bangga dan gembira. 1. Apakah aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Saujana? Aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Saujana ialah . 2. Di manakah Imran, Wei Han dan Rajesh menjual hasil ciptaan mereka? Imran, Wei Han dan Rajesh menjual hasil ciptaan mereka di . 3. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas. Dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah . 4. Pada pendapat kamu, mengapakah pertandingan reka cipta daripada bahan terbuang ini dianjurkan oleh persatuan penduduk? Pada pendapat saya, pertandingan reka cipta ini dianjurkan oleh persatuan penduduk bertujuan untuk . pertandingan reka cipta daripada bahan terbuang laman sosial Facebook Rakan Taman Saujana dan Instagram nilai kerjasama dan bertanggungjawab mengatasi masalah pencemaran alam yang disebabkan oleh bahan buangan yang sukar dilupuskan. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif dalam kalangan penduduk ✂ CONTOH
10 3 1 Kemasyarakatan Masyarakat Celik Ilmu Hal. Buku Teks: 18 3 Aspek Tatabahasa Tulis penjodoh bilangan yang betul berdasarkan gambar. 5.1.1(iv) keping rumpun bidang naskhah kumpulan batang buah lembar 1. buah 3. kumpulan 5. bidang 7. rumpun 2. lembar 4. batang 6. naskhah 8. keping ✂ CONTOH
81 Tatabahasa dan Pemahaman Petikan 1 Soalan 1dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “ boleh beriadah di taman rekreasi untuk merehatkan minda,” kata Asrina kepada Jun Mei. A Dia C Kami B Kita D Mereka 2. Aktiviti memanaskan badan dapat mengelakkan kita mengalami semasa bersukan. A kekejangan C ketegangan B kelesuan D kelemahan 3. Baju-baju yang dijemur oleh ibu itu kering selepas terdedah kepada cahaya matahari. A sedang C pernah B masih D telah 4. Para peserta agar berjalan secara berkumpulan sebagai langkah keselamatan. A diperingatkan C beringat B mengingatkan D teringat 5. Di bahagian hujung keris ini agak serta hulunya dihias ukiran yang cantik. A panjang C tirus B runcing D lonjong 6. Kami turut menjalankan sesi dengan tokoh negara itu. A temu janji C temu duga B soal selidik D ramah mesra 7. Walaupun tanaman herbanya musnah dalam banjir itu, tetapi Encik Jamal yang tetap meneruskan usahanya itu. A berhati batu C berat hati B iri hati D berhati waja Soalan 8 hingga 10 8. Pilih ayat yang betul. A Penduduk Taman Jaya telah diadakan program gotong-royong. B Aiman kecewa kerana robot ciptaannya tidak boleh gerakan. C Puan Ainan dan suaminya akan menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim itu. D Encik Rizal memakai jaket pantulan cahaya agar menunggang motosikal pada waktu malam. 9. Pilih ayat yang betul. A Kegunaan beg plastik boleh memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. B Bunga telur ini diperbuat daripada barangan terpakai. C Mereka kutipan sampah agar pantai bersih dan kekal indah. D Kempen Bumi Hijau ini anjuran untuk melestarikan alam sekitar. 10. Pilih ayat yang betul. A Kilang itu akan beroperasi pada minggu hadapan. B Puan Aina pernah perniagaan kuihmuih di tepi jalan. C Bungkusan barangan haruslah mempunyai keunikannya pada tersendiri. D Saya akan terikut kursus pengendalian makanan sebelum memulakan perniagaan. ✂ CONTOH
82 ✂ 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Fertigasi ialah teknik dan teknologi baharu yang diperkenalkan dalam industri pertanian. Penanaman secara fertigasi ini boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan kerana kaedah ini dapat mengurangkan kos jangka panjang dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Fertigasi merupakan satu kaedah penanaman menggunakan larutan baja yang disalurkan ke zon akar tanaman melalui sistem pengairan. Terdapat dua asas utama fertigasi, iaitu larutan baja dan sistem pengairan. Kelebihan sistem fertigasi adalah dapat mengawal nutrien mengikut pertumbuhan pokok, menjamin kebersihan, dan terhindar daripada sebarang penyakit. Kualiti tanamannya lebih baik dan mampu meningkatkan hasil pengeluaran. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan fertigasi? A teknik dan teknologi baharu dalam industri pertanian B alat yang dilengkapi teknologi baharu dalam industri pertanian C kaedah penanaman yang menggunakan larutan baja yang disalurkan ke zon akar tanaman melalui sistem pengairan D kaedah baharu yang digunakan dalam aktiviti pertanian moden 2. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Penanaman secara fertigasi sudah lama digunakan dalam pertanian. B Penanaman secara fertigasi ini boleh meningkatkan pendapatan usahawan. C Penanaman secara fertigasi ini memerlukan tenaga kerja yang ramai. D Penanaman secara fertigasi menggunakan larutan baja yang disiram ke zon akar tanaman. 3. Berikut ialah kelebihan sistem fertigasi berdasarkan petikan kecuali A sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman. B mengawal nutrien mengikut pertumbuhan pokok. C menjamin kebersihan dan terhindar daripada sebarang penyakit. D mampu meningkatkan hasil pengeluaran. CONTOH
✂ 83 3 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sempena sambutan Hari Bumi, Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Nilai Impian telah menganjurkan Kempen 1 Pokok 1 Murid. Pihak sekolah menyediakan peralatan seperti cangkul, penyapu, dan sarung tangan semasa kempen ini. Kempen yang julungjulung kali diadakan ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta akan pokok-pokok. Ada beberapa buah syarikat swasta turut memberikan sumbangan anak pokok untuk ditanam di persekitaran sekolah. Selain itu, ibu bapa dan anggota masyarakat setempat juga menyertai kempen ini sebagai sokongan terhadap usaha ini. Kempen ini dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen warga sekolah dan pelbagai pihak untuk memelihara pokok-pokok demi melestarikan alam sekitar. 1. Apakah tujuan Kempen 1 Pokok 1 Murid diadakan? A mengajar murid-murid menanam pokok. B memupuk rasa cinta akan pokok-pokok. C memperbanyakkan pokok-pokok di kawasan sekolah. D memastikan sekolah sentiasa ditanami pokok-pokok. 2. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kempen 1 Pokok 1 Murid diadakan sempena sambutan Hari Bumi. B Kempen 1 Pokok 1 Murid diadakan setiap tahun di Sekolah Kebangsaan Nilai Impian. C Agensi kerajaan telah memberikan sumbangan anak pokok kepada pihak sekolah. D Kempen 1 Pokok 1 Murid hanya melibatkan guru-guru dan murid-murid. 3. Berikut ialah peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan petikan kecuali A cangkul. B penyapu. C pasu bunga. D sarung tangan. CONTOH
84 ✂ 4 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. SK Taman Harmoni akan menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid. Program ini akan berlangsung mulai 26 hingga 30 Ogos 2024. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti pertandingan pantomim, mendeklamasikan sajak, melukis dan mewarna, kuiz, menghias kelas dengan Jalur Gemilang, persembahan teater dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti menarik ini dapat menarik minat murid yang berbilang kaum untuk menyertainya. BAHAN 1 BAHAN 2 ATUR CARA MINGGU KEMERDEKAAN SK TAMAN SETIA 8:00 pagi – 8:10 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan 8:10 pagi – 8:15 pagi : Ketua murid menaikkan Jalur Gemilang sambil diiringi nyanyian lagu Negaraku 8:15 pagi – 8:30 pagi : Bacaan ikrar serta Rukun Negara 8:30 pagi – 8:35 pagi : Ucapan alu-aluan 8:35 pagi – 8:45 pagi : Ucapan guru besar bersempena dengan Hari Kemerdekaan 8:45 pagi – 9:00 pagi : Ucapan daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 9:00 pagi – 9:10 pagi : Mendeklamasikan sajak kemerdekaan 9:10 pagi – : – Persembahan koir 12:00 tengah hari – Persembahan tarian dan teater 12:05 tengah hari – : Berbasikal sambil membawa Jalur Gemilang 1:00 petang CONTOH
85 1. Tujuan Program Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan adalah untuk A merancakkan aktiviti tahunan sekolah. B memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid. C melibatkan murid-murid dalam pelbagai aktiviti sempena Hari Kemerdekaan. D memupuk perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. 2. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A baris. B rumpun. C rangkap. D lembar. 3. Perkataan teater dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A drama. B muzik. C wayang. D pentas. 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Program Sambutan Hari Kemerdekaan akan diakan selama empat hari. B SK Taman Harmoni akan menganjurkan pertandingan koir. C Murid-murid SK Taman Setia berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul 9:00 pagi. D SK Taman Setia mengadakan aktiviti berbasikal sambil membawa Jalur Gemilang. ✂ Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti pertandingan pantomim, mendeklamasikan sajak, melukis dan mewarna, kuiz, menghias kelas dengan Jalur Gemilang, dan sebagainya. CONTOH
86 ✂ 5 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. SK Taman Intan mengadakan program Hari Keusahawanan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam diri murid-murid. Suhana, Ai Ling dan Raveena yang merupakan ahli Kelab Usahawan Muda sekolah membuka gerai jualan makanan semasa program itu. Mereka menjual nasi lemak dan kuih-muih seperti donat, karipap, kaswi, seri muka, dan pulut udang. Kuih-muih ini dibuat oleh ibu Suhana. Suhana dan rakan-rakannya melayan pengunjung dengan mesra sekali. Jualan mereka sangat laris. Suhana dan rakan-rakannya berasa sungguh gembira kerana dapat merasai pengalaman berniaga. BAHAN 1 BAHAN 2 Hari Keusahawanan SK Taman Berlian Tarikh : 16 Mac 2024 Hari : Sabtu Waktu : 8:00 pagi hingga 2:00 petang Tempat : Dewan Harmoni dan tapak perhimpunan sekolah Aktiviti: 1. 10 buah gerai jualan makanan, minuman, dan sebagainya 2. Pertandingan permainan 3. Rumah hantu 4. Pameran bermaklumat 5. Cabutan bertuah 6. Pertandingan gerai paling laris Datanglah Beramai-ramai! Dapatkan kupon belian dengan segera! CONTOH
✂ 87 1. Tujuan program Hari Keusahawanan diadakan adalah untuk A memeriahkan aktiviti sekolah. B mengajar murid cara-cara berniaga. C memupuk semangat keusahawanan dalam diri murid-murid. D memberikan peluang kepada kelab dan persatuan sekolah untuk berniaga. 2. Mereka menjual nasi lemak dan kuih-muih seperti donat, karipap, kaswi, seri muka, dan pulut udang. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A biji. B ketul. C buah. D potong. 3. Perkataan laris dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A laku. B laju. C hebat. D lumayan. 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Ibu Suhana menjual nasi lemak dan kuih-muih semasa Hari Keusahawanan itu. B Hari Keusahawanan SK Taman Berlian diadakan dari pagi hingga tengah hari. C Sebanyak 12 buah gerai akan dibuka semasa Hari Keusahawanan Taman SK Taman Berlian. D Murid-murid dan para pengunjung perlu membeli makanan, minuman dan sebagainya dengan menggunakan kupon. CONTOH
88 Pemahaman Petikan dan Tatabahasa serta Respons Kritis dan Kreatif ✂ 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Aku sebuah mesin pencuci pinggan mangkuk. Aku dihasilkan di Jepun. Kemudian, aku dipasarkan di Malaysia. Suatu hari, aku dibeli oleh sepasang suami isteri, iaitu Encik Kamal dan Puan Aisyah. Aku dibawa ke rumah mereka. Aku ditempatkan di bahagian dapur yang berdekatan dengan singki. Setiap hari, aku membantu Puan Aisyah mencuci perkakasan dapur seperti sudu, cawan, pinggan dan mangkuk. Puan Aisyah menjaga aku dengan baik sekali kerana aku telah memudahkan tugasnya di dapur. 1. (a) ‘Aku’ yang merupakan sebuah mesin pencuci pinggan mangkuk dihasilkan di . (b) Di manakah ‘aku’ ditempatkan sebaik sahaja di bawa ke rumah Encik Kamal dan Puan Aisyah? (c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Setiap hari, aku membantu Puan Aisyah mencuci perkakasan dapur seperti sudu, cawan, pinggan dan mangkuk. (d) Pilih dan tandakan ( 3 ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Suatu hari, aku dibeli oleh sepasang suami isteri, iaitu Encik Kamal dan Puan Aisyah. Suatu hari, sepasang suami isteri, iaitu Encik Kamal dan Puan Aisyah membeli ‘aku’. 3 Suatu hari, ‘aku’ membeli sepasang suami isteri, iaitu Encik Kamal dan Puan Aisyah. Jepun ‘Aku’ ditempatkan di bahagian dapur yang berdekatan dengan singki sebaik sahaja di bawa ke rumah Encik Kamal dan Puan Aisyah. CONTOH
89 Perkara yang membuatkan Sang Semut berasa bimbang adalah terputus bekalan makanan semasa musim tengkujuh dan keluarganya kelaparan jika bekalan makanan habis. ✂ Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Amran berjalan menuju ke kantin sekolah. Tiba-tiba, dia ternampak beberapa orang murid lelaki sedang membuli seorang murid baharu di kawasan tempat letak basikal. Dia ternampak murid baharu itu menghulurkan wang kepada pembuli itu. Jika kamu dalam situasi Amran, apakah yang akan kamu lakukan? 2 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. “Hei, Sang Semut! Kamu hendak ke mana?” tanya Sang Lebah. “Saya hendak keluar mencari makanan untuk simpanan musim tengkujuh nanti. Saya bimbang jika terputus bekalan makanan nanti. Saya tidak mahu keluarga saya kelaparan jika bekalan makanan habis,” jelas Sang Semut. “Benar juga kata kamu. Kita sukar mencari makanan semasa musim tengkujuh nanti,” kata Sang Lebah kepada Sang Semut. “Kita hendaklah sentiasa bersedia agar selamat daripada musibah, bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’,” kata Sang Semut kepada Sang Lebah. 1. (a) Sang Semut hendak keluar mencari bekalan untuk simpanan musim tengkujuh. (b) Apakah perkara yang membuatkan Sang Semut berasa bimbang? makanan Jika saya dalam situasi Amran, saya akan melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin sekolah dengan segera. Saya juga akan menasihati murid baharu itu supaya tidak takut untuk melaporkan kejadian buli kepada guru. CONTOH
90 ✂ (c) Gariskan satu kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Saya bimbang jika terputus bekalan makanan nanti. (d) Pilih dan tandakan ( 3 ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Kita hendaklah sentiasa bersedia agar selamat daripada musibah, bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’,” pesan Sang Semut kepada Sang Lebah. Sang Lebah berpesan kepada Sang Semut bahawa kita hendaklah sentiasa bersedia agar selamat daripada musibah, bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’. Sang Semut berpesan kepada Sang Lebah bahawa kita hendaklah sentiasa bersedia agar selamat daripada musibah, bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’. 3 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Suzana mempunyai seorang rakan karib bernama Aisyah. Sejak akhir-akhir ini, Aisyah keliharan muram. Dia selalu termenung seorang diri di pondok bacaan sekolah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Suzana? Tindakan yang perlu dilakukan oleh Suzana adalah bertanyakan masalah yang sedang dihadapi oleh rakannya itu. Suzana juga perlu memberikan sokongan dan semangat kepada rakannya itu agar dia tabah menghadapi dugaan. CONTOH
✂ 91 1 2 Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti kemasyarakatan. Tuliskan pendapat kamu tentang manfaat aktiviti kemasyarakatan tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Grafik di bawah menunjukkan tentang penggunaan dron dalam pertanian. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan penggunaan dron dalam pertanian. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Penulisan Perenggan CONTOH
92 ✂ 1 2 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kami hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kami hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. HARI KESENIAN MALAYSIA SAYANGI ALAM SEKITAR Penulisan Karangan CONTOH
✂ 93 Tema 1 • Kemasyarakatan 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Jiran Tetangga 1 1. untuk memupuk semangat kejiranan dan kerjasama dalam kalangan penduduk 2. program Jiran Prihatin dan Projek Kediaman Mesra Alam 2 Kemahiran Membaca 1. mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka 2. mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa 3. kesihatan agar tidak memudaratkan diri mereka 3 Kemahiran Menulis Aznil dan ayahnya sedang berjoging di Taman Rekreasi Taman Seri Sentosa. Semasa berjoging, mereka mendapati banyak sampah sarap di sekitar taman itu. Encik Azman mengambil foto sampah sarap itu lalu memuat naiknya dalam aplikasi WhatsApp Rakan Taman Seri Sentosa. Penduduk memberikan respons dengan segera terhadap hantaran itu. Selepas berbincang, penduduk Taman Seri Sentosa bersepakat untuk mengadakan Projek Gotong-royong Perdana. Projek ini diadakan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman. Setiap penduduk digalakkan membawa peralatan kebersihan sendiri. Selain itu, mereka juga akan menanam pokok hiasan untuk menceriakan kawasan taman. 4 Aspek Tatabahasa 1. (a) lelaki (b) wanita (c) kanak-kanak (d) isteri (e) murid 2. (a) burung (b) labah-labah (c) itik (d) kucing (e) pokok 3. (a) basikal (b) bangku (c) buaian (d) papan gelongsor (e) tong sampah 2 Kemahiran Membaca Kerjasama Eratkan Hubungan 1 1. menyelamatkan mangsa kemalangan itu 2. apa jua cabaran yang ditempuhinya 3. semangat bersatu padu dan mengeratkan silaturahim antara satu dengan yang lain 2 Kemahiran Menulis 1. Aktiviti menanam pokok diadakan untuk menghijaukan dan meredupkan kawasan perumahan manakala aktiviti kitar semula pula bertujuan untuk mendidik penduduk agar mengitar semula bahan terpakai untuk mengurangkan pencemaran alam. 2. Tujuan pelantikan ketua kumpulan ini adalah supaya aktiviti yang diadakan dapat berjalan dengan lancar. 3. Pada pendapat saya, aktiviti ini lebih sesuai dijalankan secara berkumpulan kerana setiap tugasan dapat dijalankan dengan mudah dan cepat apabila dilakukan bersama-sama. Selain itu, tugas yang berat akan menjadi ringan apabila dilakukan secara berkumpulan. 3 Aspek Tatabahasa A 1. Kedai Dobi Berjaya 2. Hospital Kuala Lumpur 3. Si Tompok 4. Sekolah Kebangsaan Taman Mawar 5. Kebun Komuniti Taman Saujana B 1. kita 2. Saya 3. itu 4. Siapa 5. kami 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Masyarakat Celik Ilmu 1 1. Tujuan penubuhan perpustakaan mini ini adalah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan penduduk. 2. Kemudahan yang disediakan di perpustakaan mini ini ialah bahan bacaan seperti buku cerita, buku motivasi, majalah, surat khabar dan sebagainya, komputer dan Internet, ruang bacaan dan bilik mesyuarat. 3. Ya, Thai Wei. Perpustakaan mini ini telah menyusun beberapa aktiviti tahunan seperti Kempen Membaca, pertandingan bacaan pantas, pertandingan bercerita, dan program sumbangan buku dan komputer terpakai. 4. Kebaikan aktiviti-aktiviti ini adalah dapat mengisi masa lapang penduduk dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat melahirkan masyarakat yang celik ilmu. 2 Kemahiran Menulis 1. pertandingan reka cipta daripada bahan terbuang CONTOH
✂ 94 2. laman sosial Facebook Rakan Taman Saujana dan Instagram 3. nilai kerjasama dan bertanggungjawab 4. mengatasi masalah pencemaran alam yang disebabkan oleh bahan buangan yang sukar dilupuskan. Selain itu, pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif dalam kalangan penduduk 3 Aspek Tatabahasa 1. buah 5. bidang 2. lembar 6. naskhah 3. kumpulan 7. rumpun 4. batang 8. keping Tema 2 • Kesihatan dan Kebersihan 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahaya dalam Senyap 1 1. Imunisasi ialah satu proses pembentukan imuniti. Proses ini dilakukan menerusi pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi. 2. mendapatkan imunisasi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan. Sekiranya kamu mendapatkan imunisasi di klinik dan hospital swasta, bayaran akan dikenakan mengikut jenis imunisasi yang diambil. 3. Ya, saya amat bersetuju dengan pengambilan imunisasi kerana pengambilan imunisasi ini dapat melindungi diri, keluarga dan komuniti kita daripada jangkitan penyakit yang berbahaya 4. kos pengambilan vaksin lebih murah daripada kos untuk merawat jangkitan. 2 Kemahiran Membaca 1. Bahan berkhasiat atau zat dalam makanan yang menggalakkan tumbesaran dan memelihara perkembangan sel dalam badan 2. Hasil daripada sesuatu peristiwa atau keadaan 3. Komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti mentega, kuning telur, dan sebagainya 4. gejala penyakit 5. berasa hendak muntah atau mual 3 Kemahiran Menulis 1. Jangkitan Lyssavirus yang merebak melalui gigitan haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies. 2. Demam, sakit dan lenguh pada tempat gigitan, kelesuan otot badan dan sakit kepala. 3. Jangan mendekati haiwan liar untuk mengurangkan risiko digigit. 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kebersihan Diri dan Persekitaran 1 1. penjagaan gigi 2. Kita perlu menjaga kebersihan gigi supaya gigi sentiasa bersih 3. Gigi kita akan menjadi kotor dan menyebabkan mulut berbau 4. memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari 5. menggunakan saiz berus gigi yang sesuai dan gunakan benang flos untuk mengeluarkan sisi makanan di celah gigi 6. makan makanan seimbang serta mengurangkan pengambilan makanan yang manis 7. berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala 8. Lama-kelamaan gigi kita akan rosak dan mulut kita akan berbau 2 Kemahiran Menulis 1. Gunakan syampu semasa mencuci rambut agar rambut bersih dan wangi. Kemudian, keringkan rambut dengan tuala yang bersih. Sikat rambut dengan kemas. Jangan berkongsi sikat dengan orang lain. 2. Telinga berfungsi sebagai organ pendengaran dan keseimbangan tubuh. Tahi telinga yang keluar secara semula jadi perlulah dicuci dengan kain yang bersih. Jangan sesekali mengorek telinga dengan putik kapas atau benda-benda tajam. 3. Kita hendaklah memberus gigi pada setiap hari. Berus gigi selama dua hingga tiga minit. Gunakan benang flos untuk membuang sisa makanan di celah-celah gigi bagi menghindar kawasan gigi daripada bakteria dan plak. 3 Aspek Tatabahasa 1. memberikan 2. mengamalkan 3. mengeluarkan 4. bersukan 5. belajar 6. berfikir 7. pengambilan 8. mengawal 6 Kemahiran Menulis Minda Sihat 1 1. emosi, fizikal dan mental yang berlaku akibat perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, konflik, keletihan dan kemurungan. 2. memastikan kesihatan mental baik. Kita dapat melakukan aktiviti harian dengan gembira dan mengelakkan tingkah laku yang tidak baik. 3. menghadapi masalah dalam pelajaran atau pekerjaan, masalah keluarga dan konflik dengan rakan. 4. mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi, amalan pemakanan yang sihat dan beriadah. 5. mengawal stres dengan baik agar kehidupan tenang. 2 Aspek Tatabahasa 1. rajin 2. nipis 3. penat 4. rapat 5. awal CONTOH
✂ 95 Tema 3 • Keselamatan 7 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bijak Bertindak 1 1. membersihkan rumah. Kami menyapu sampah dan mengelap habuk 2. semua peralatan tajam di dalam laci kabinet 3. pinggan dan cawan plastik untuk kegunaan anak Mak Usu nanti 4. suatu kejadian yang tidak diingini akan menimpa kanakkanak seperti cedera terkena peralatan tajam atau sakit yang disebabkan persekitaran rumah yang kotor 2 Kemahiran Membaca 1. kes penculikan kanak-kanak 2. mengumpan dan menculik 3. anak-anak berjalan berseorangan di luar rumah atau semasa bermain 4. menemani anak-anak 5. masyarakat dan pihak polis 6. membanteras kes penculikan 3 Kemahiran Menulis 1. menutup suis elektrik yang tidak digunakan serta mencabut plag daripada soketnya. 2. menutup dan mengunci pintu, tingkap dan jeriji boleh laras dengan rapi demi menjaga keselamatan rumah mereka. 3. jirannya, Encik Tan untuk memberitahu jirannya itu bahawa mereka sekeluarga hendak pulang ke kampung. Beliau juga meminta Encik Tan mengawasi rumahnya. 4. mengunci pintu pagar utama rumahnya dengan rapi. 4 Aspek Tatabahasa 1. Pegawai perhutanan itu memberikan taklimat tentang peraturan aktiviti jelajah hutan dengan jelas. 2. Sebelum memulakan penjelajahan, mereka menikmati sarapan mi goreng yang enak dengan teh panas agar bertenaga. 3. Para peserta tidak berbuat bising semasa menjelajah hutan kerana boleh menarik perhatian binatang liar. 4. Semasa berjalan di dalam hutan, mereka menemui beberapa kesan lekuk tapak kaki binatang liar. 5. Mereka juga menjumpai spesies bunga terbesar di dunia, iaitu bunga pakma yang agak busuk baunya. 8 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Awasi Langkahmu 1 1. memastikan brek basikal atau kereta berfungsi dengan baik, tekanan angin pada tayar sesuai dan bunga tayar berada dalam keadaan baik 2. menunggang basikal di laluan basikal dan mereka tidak boleh menunggang basikal secara beriringan ketika di jalan raya. 3. memandu kereta dengan had laju yang dibenarkan dan tidak melanggar lampu isyarat. 4. Kemalangan mungkin akan berlaku jika pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya tersebut. 2 Kemahiran Menulis Aku sebuah kereta. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Aku dibawa ke sebuah pusat pameran kereta. Aku telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pembeli. Mereka memandu ujiku. Mereka sangat berpuas hati dengan kehebatanku. Seorang guru sekolah bernama Tuan Hamid telah membeli aku. Tuan Hamid memandu aku ke tempat kerjanya. Setiap hari, sebelum bertolak ke tempat kerja, beliau akan memeriksa keadaan tubuhku. Semasa di jalan raya, Tuan Hamid memandu tubuhku dengan berhemah. Beliau memandu mengikut had laju yang dibenarkan dan mematuhi lampu isyarat. Aku berasa sungguh gembira. Tuan Hamid menjagaku dengan baik. 3 Aspek Tatabahasa A 1. sangat 2. sekali 3. amat 4. agak 5. sungguh 6. kurang 7. terlalu 8. paling B 1. Para pengunjung harus berhati-hati dengan arus karau semasa mandi-manda di pantai itu. 2. Anggota Rukun Tetangga Taman Seri Sentosa akan membuat rondaan di kawasan perumahan pada setiap malam secara bergilir-gilir. 9 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Beringat sebelum Terkena 1 1. rosak 2. teman 3. berkuasa 4. bimbang 5. bahaya 6. keselamatan 7. kelam 8. peribadi 9. cedera 10. tenang 2 Kemahiran Menulis Semua murid diminta mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Antaranya ialah murid-murid tidak dibenarkan berlari atau bermain di kawasan tangga. Murid-murid boleh mengalami kecederaan yang serius jika terjatuh tangga. Selain itu, murid-murid hendaklah beratur dengan tertib ketika membeli makanan di kantin. Jangan bertolaktolakan semasa membeli makanan. Makanan mungkin akan CONTOH
✂ 96 tertumpah. Murid juga hendaklah makan dengan sopan dan tidak gelojoh kerana boleh menyebabkan murid tercekik. Seterusnya, murid hendaklah mendapatkan kebenaran daripada guru untuk menggunakan bahan kimia yang terdapat di dalam makmal sains. Bahan kimia berbahaya. Oleh itu, guru perlu memantau murid-murid semasa mengendalikannya. Murid juga perlu menggunakan peralatan yang sesuai agar perkara yang tidak diingini berlaku semasa sesi pembelajaran. 3 Aspek Tatabahasa 1. Para pejalan kaki menggunakan jejantas semasa hendak melintas jalan raya yang sibuk agar lebih selamat. 2. Encik Amir dan keluarganya memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot untuk ke Pulau Aman. 3. Bahagian hadapan kereta Encik Teo kemik akibat terlanggar pembahagi jalan. 4. Sebelum memasuki lif, Afifi dan Tinesh memberikan laluan kepada orang yang hendak keluar daripada lif itu dahulu. Tema 4 • Perpaduan 10 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Memupuk Perpaduan 1 1. semangat perpaduan yang dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui pelbagai aktiviti seperti majlis rumah terbuka, aktiviti kemasyarakatan, sukan dan kokurikulum. 2. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum digalakkan untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. 3. Kita perlu memupuk semangat perpaduan agar masyarakat di negara ini dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni serta dapat menjaga imej negara. 4. Berdasarkan jawapan murid. 2 Kemahiran Membaca 1. Negara maju dan pembangunan pesat. 2. Program untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan. 3. Masyarakat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. 4. Kemerdekaan membuka peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan formal sehingga peringkat tertinggi. 3 Kemahiran Menulis 1. rakyatnya 2. majmuk 3. corak 4. Kita harus sedar akan kepentingan memelihara dan memartabatkan budaya tradisional kita. 5. Amalan kunjung-mengunjung pada musim perayaan menunjukkan kemesraan sesama kaum. 4 Aspek Tatabahasa 1. Malam kebudayaan yang diadakan di sekolah saya itu meriah sekali. 2. Mereka saling bersalaman dan bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa. 3. Aktiviti sukaneka itu melibatkan semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. 4. Pertandingan drama muhibah ini dapat melahirkan peserta yang dapat menjiwai erti perpaduan. 5. Aktiviti kesenian di sekolah dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid berbilang bangsa. 6. Aizad dan Wai Hong akan mengikuti aktiviti perkhemahan muhibah yang dianjurkan oleh sekolah mereka. 7. Aisyah menceritakan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di kawasan kejiranannya kepada kawankawannya. 8. Semangat perpaduan dan semangat kekitaan dapat mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. 11 Kemahiran Membaca Meraikan Penyatuan 1 … negara Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa. Rakyat Malaysia hidup bersatu padu demi memajukan negara. Selain itu, rakyat Malaysia yang berbilang bangsa juga mengamalkan budaya yang berbeza-beza yang melambangkan identiti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia juga mengadakan rumah terbuka bagi menyambut sesuatu perayaan dan pesta kebudayaan yang disambut secara bersama-sama. Cara ini dapat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang gagah berani juga sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara. 2 Kemahiran Menulis 3 Aspek Tatabahasa 1. Shu Fen mencuci telapak tangannya yang terkena cat semasa mewarnakan mural. 2. Rubini menulis kata-kata hikmat pada kelopak bunga raya yang dilakar pada dinding bangunan sekolahnya. CONTOH
✂ 97 3. Afifi dan rakan-rakannya mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyambut Hari Kemerdekaan di sekolah mereka. 4. Farisha dan rakan-rakannya sedang mengemas peralatan melukis yang selerak itu. 5. Mereka mencabut kemuncup yang terlekat pada seluar mereka semasa membersihkan kawasan kebun sayur sekolah. 6. Aina dan rakan-rakannya berasa agak gemuruh semasa menunggu giliran mereka untuk persembahan drama perpaduan itu. 7. Aktiviti melukis mural ini ialah sinambung pembelajaran kamu di dalam kelas. 8. Jari telunjuk Amin terluka semasa meraut buluh untuk menghasilkan wau. 12 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Jalinan Perpaduan 1 1. mewujudkan semangat perpaduan pelbagai kaum. 2. mendidik masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum agar dapat memartabatkan bahasa kebangsaan dan memupuk perpaduan dalam masyarakat. 3. mereka dapat menguasai bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dengan baik. Hal ini dapat mewujudkan persefahaman dalam kalangan murid yang berbilang kaum sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan. 2 Kemahiran Membaca 1. Tema karnival itu ialah kesenian dan kebudayaan menyemarakkan perpaduan 2. Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Selangor dan Jabatan Pendidikan Selangor yang menganjurkan karnival itu 3. melahirkan masyarakat yang muhibah, harmoni dan saling menghormati dan melestarikan seni dan budaya bangsa Malaysia. 4. sambutan pengunjung terhadap karnival itu amat menggalakkan kerana pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang menarik akan diadakan. 3 Aspek Tatabahasa 1. Guru besar sedang menyampaikan ucapan di atas pentas semasa merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan. 2. Pameran kraf tangan diadakan semasa Karnival Kesenian dan Kebudayaan yang diadakan di sekolah. 3. Kamal menghantar borang penyertaan pertandingan mendeklamasikan sajak perpaduan kepada urus setia. 4. Penulis buku motivasi bertajuk “Perpaduan” itu menurunkan tandatangannya pada beberapa buah karyanya itu. 5. Setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbincangan itu. Tema 5 • Jati Diri, Patriolisme dan Kewarganegaraan 13 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Sikap Bertanggungjawab 1 1. Saya memilih program di stesen ketiga sebagai pilihan pertama. Saya memilihnya kerana bahasa, seni dan budaya dapat memantapkan jati diri saya terhadap kesenian dan kebudayaan warisan negara. 2. Pada pendapat saya, program seperti ini penting kepada generasi muda kerana program ini dapat memupuk semangat kepimpinan dan semangat patriotik dalam diri mereka. 3. Sekiranya kita tidak mempunyai jati diri dan semangat kepimpinan yang tinggi dalam diri, kita tidak akan mencapai kejayaan yang diingini. 2 Kemahiran Membaca 1. keterangan atau butiran mengenai sesuatu 2. ahli yang mahir dalam sesuatu ilmu 3. senang dan besar hati 4. sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan ketekunan 5. sesuatu yang menggerakkan hati untuk menghasilkan sesuatu 3 Kemahiran Menulis 1. Tujuan Kem Penulis Cerita Kreatif diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa dalam penulisan kreatif kepada murid-murid. 2. Ceramah daripada penulis terkenal itu memberikan manfaat kepada penulis dan rakan-rakannya kerana mereka dapat mengetahui kemahiran menulis pantun, sajak dan cerpen. 3. Pada pendapat saya, kebaikan yang akan diperoleh apabila menyertai Kem Penulis Cerita Kreatif ini adalah dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. Selain itu, program ini juga dapat memantapkan kemahiran menulis murid serta memupuk semangat patriotik dalam diri murid dengan mengutamakan bahasa Melayu dalam penulisan. 14 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Sayangi Malaysia 1 1. mengenal pasti dua lokasi yang bersejarah, iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad dan Kota A Famosa. 2. terletak di Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur ini siap dibina pada bulan April 1897. Pada masa dahulu, bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran British. Salah satu peristiwa penting negara telah berlaku CONTOH
✂ 98 di hadapan bangunan ini, iaitu peristiwa bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Bangunan yang unik ini dibina berasaskan seni bina Moghul dan Moor. 3. terletak di Bandar Hilir Melaka. Bangunan ini dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Bangunan ini dijadikan sebagai kubu pertahanan untuk menangkis serangan orang-orang Melayu. Bangunan ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih ada di Asia. 4. baik juga kita ke Melaka yang memang terkenal sebagai bandar bersejarah. Selain melawat Kota A Famosa, kita juga boleh melihat replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. 2 Kemahiran Membaca 1. “Uniknya Malaysia”. Melalui tajuk ini, kita dapat memaparkan kebudayaan kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan budaya hidup yang berbeza-beza dan unik. Tentu menarik video yang akan dihasilkan nanti. 2. selain memaparkan budaya hidup masyarakat yang unik, kita juga boleh menunjukkan lokasi-lokasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Saya juga memilih tajuk tersebut. 3. “Uniknya Malaysia” untuk pertandingan video patriotik itu. Saya mahu memaparkan keunikan Malaysia dalam video yang akan dihasilkan nanti. 3 Aspek Tatabahasa A 1. Penari-penari 2. Kartunis-kartunis 3. pejuang-pejuang 4. bendera-bendera B 1. Barang-barangan lama yang dipamerkan di muzium ini merupakan tinggalan sejarah yang amat bernilai. 2. Sarah dan Hadif sedang mencari-cari maklumat tentang tokoh negara di perpustakaan sekolah. 3. Ammar menampal poster bunga raya yang berwarna kemerah-merahan itu pada papan kenyataan di belakang kelas. 15 Kemahiran Membaca Keranamu Malaysia 1 Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum ini mengamalkan semangat bersatu padu demi mewujudkan kehidupan yang aman. Malaysia juga kaya dengan kesenian dan kebudayaan kaum yang masih kekal terpelihara sehingga ke hari ini. Perkembangan sains dan teknologi telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. 2 Aspek Tatabahasa 1. Stadium itu gamat dengan sorak-sorai penyokong bola sepak. 2. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ramah-tamah. 3. Pelumba basikal negara itu sedang membuat latihan di kawasan bukit-bukau. 4. Mereka mewarnakan bendera gergasi itu dengan berhatihati dan tidak gopoh-gapah. 5. Pihak polis sedang berusaha meredakan kacau-bilau yang berlaku di tempat awam itu. 6. Para penari itu memakai busana yang berwarna-warni semasa sambutan Hari Kemerdekaan. 7. Tindak-tanduk lelaki yang baru berpindah ke Taman Mawar itu kurang disenangi oleh jiran-jirannya. 8. Dewan itu terang-benderang dihiasi lampu yang berwarna-warni sempena sambutan Hari Kemerdekaan. 9. Pelumba basikal itu sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menyertai beberapa kejohanan berbasikal. 10. Encik Rahman dan Puan Khatijah menganggap jiran-jiran seperti saudara-mara mereka sendiri. Tema 6 • Sains, Teknologi dan Inovasi 16 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Sains dan Kehidupan 1 1. cangkerang keras yang dapat melindungi badannya yang lembut 2. memasukkan anggota badannya ke dalam cangkerang 3. menggulungkan badannya untuk menakutkan musuh yang mencuba menyerangnya 4. kaki yang panjang dan berotot kuat untuk membantunya berlari dengan pantas untuk menyelamatkan diri daripada musuh 5. tanduknya yang tajam untuk melindungi diri daripada musuh yang menyerangnya 6. dapat mengelakkan haiwan-haiwan itu menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa yang lain serta dapat mengelakkan kepupusan haiwan tersebut 2 Kemahiran Menulis 1. Pelbagai pameran yang menarik telah diadakan. Antaranya ialah pameran basikal lipat. Pameran ini telah menarik perhatian pengunjung kerana reka bentuknya yang unik. 2. Pengunjung juga amat tertarik akan e-book yang dipamerkan. E-book merupakan medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data digital seakan buku yang mengandungi pelbagai maklumat. Bentuknya yang nipis dan ringan mudah untuk dibawa ke mana-mana. 3. Di pameran itu, murid-murid juga berpeluang menyaksikan tayangan dokumentari tentang satelit dan angkasa. Tayangan ini dapat menarik minat murid terhadap bidang sains angkasa. 3 Aspek Tatabahasa 1. (a) Keluarga bahagia Fasha sedang bersenam. (b) Keluarga Fasha sedang bersenam di taman. 2. (a) Ayah Hamdan membeli sebuah kereta. (b) Ayah membeli sebuah kereta elektrik. CONTOH
✂ 99 3. (a) Kakak Suhana sedang membersihkan permaidani. (b) Kakak sedang membersihkan permaidani dengan menggunakan vakum. 4. (a) Kamal murid tahun 6 menyertai pertandingan roket air. (b) Kamal menyertai pertandingan roket air di sekolah. 17 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Keranamu Malaysia 1 1. membuat atau menerima panggilan melalui jam tangan pintar ini 2. melayari Internet untuk mencari pelbagai maklumat, mendengar muzik dan merakamkan gambar 3. memaparkan maklumat aktiviti harian seperti senaman 4. memantau tahap kesihatan kita dengan mengesan kadar bacaan nadi 2 Kemahiran Membaca 1. Kelebihan Malaysia mempunyai satelit adalah dapat membuka mata negara-negara maju yang Malaysia mampu meneroka bidang satelit. 2. – Satelit menyebabkan sesebuah negara tidak dapat diintip. (7) – Pada tahun 1996 dan 2000, satelit Malaysia dilancarkan ke orbit (3) 3. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia harus berasa bangga apabila negara mempunyai satelit kerana negara sudah maju dari segi komunikasi serta memudahkan kita melaksanakan pelbagai urusan atau kerja secara pantas dan menjimatkan masa. 3 Kemahiran Menulis Halida teringat akan e-mel yang dikirimkan oleh sahabat penanya, Miciko Watanabe, dari Tokyo, Jepun tentang mesin layan diri automatik. Menurut Miciko, di Tokyo, mesin layan diri automatik bukan sahaja menjual pelbagai jenis makanan atau minuman tetapi turut menjual bunga, payung, makanan yang dimasak, minuman sejuk dan alat permainan. Menurut Miciko lagi, mesin layan diri automatik turut menyiarkan laporan berita terkini pada papan elektroniknya. Seperkara yang menarik ialah mesin layan diri automatik boleh diletakkan di mana-mana sahaja di Jepun kerana kadar jenayahnya yang sangat rendah. Sekiranya bencana alam seperti gempa bumi berlaku, mesin layan diri automatik memberikan air minuman secara percuma kepada penduduk Jepun. Mesin itu juga menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan sokongan kepada pemeliharaan alam sekitar. 4 Aspek Tatabahasa 1. Ayat majmuk peluasan subjek: Alif dan Rajan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di pameran sains, inovasi dan teknologi. 2. Ayat majmuk peluasan subjek: Azman atau Jhia Wei yang memenangi pertandingan robotik itu? 3. Ayat majmuk peluasan subjek: Amran yang baru belajar tentang tanaman fertigasi teringat akan kelebihan tanaman fertigasi itu. 4. Ayat majmuk peluasan predikat: Puan Aini masih gagal menjumpai jarum peniti itu, walaupun beliau mencarinya dengan kanta pembesar. 5. Ayat majmuk peluasan predikat: Cikgu Aziz menjelaskan bahawa dron banyak digunakan dalam sektor pertanian di negara ini. 18 Kemahiran Membaca Inovasi Bertambah Mutu 1 1. mengemukakan sesuatu supaya diterima 2. berasa bimbang atau waswas 3. kegunaannya 4. dasar atau nilai untuk menentukan nilai sesuatu 5. mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli 2 Aspek Tatabahasa 1. Wah, hebat sungguh teknologi dron ini! 2. Oh, rupa-rupanya kamu yang mencipta katil inovasi untuk OKU ini! 3. Nah, telitilah risalah tentang alat perangkap nyamuk inovasi ini! 4. Syabas, kerusi roda elektrik ciptaan tuan memenangi hadiah inovasi! 5. Eh, ciptaan saya ini tidaklah sehebat ciptaan peserta lain! 3 Aspek Tatabahasa 1. Tolong jelaskan cara-cara membuat alat inovasi perangkap nyamuk ini. 2. Jemput masuk ke dalam dewan kerana majlis perasmian akan bermula sebentar sahaja lagi. 3. Minta jelaskan fungsi penghadang jalan raya beroda ini. 4. Usahlah kamu bersedih kerana kalah menang adat pertandingan. 5. Saya harap penggunaan dron ini dapat meningkatkan lagi hasil pertanian. Tema 7 • Kelestarian Alam 19 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Ceriakan Buana Kita 1 1. membersihkan udara secara semula jadi 2. Pokok lidah jin dan pokok buluh palma dapat menyingkirkan toksik yang dibawa oleh angin. Pokok Peace Lily pula mampu membersihkan udara serta mengelakkan pertumbuhan kulat di kawasan yang lembab. 2 Kemahiran Menulis Pada petang itu, Pak Belang dan Sang Sawa berehat-rehat di bawah pokok jati yang besar. Mereka melihat Sang Jati agak sedih. CONTOH
✂ 100 “Sahabatku, Sang Jati. Mengapakah kamu bersedih? Jika kamu memerlukan pertolongan, beritahulah aku. Aku pasti akan menolong kamu,” kata Pak Belang. “Pagi tadi, ada dua orang pembalak datang melihat-lihat aku. Nanti, mereka mahu menebang aku. Oleh sebab itu, aku berasa sangat sedih,” rintih Sang Jati. “Cis, berani sungguh mereka hendak menebang kamu! Sudah lama kamu mendiami hutan ini. Aku tidak akan membiarkan pembalak-pembalak itu menebang kamu sesuka hati, Sang Jati,” kata Pak Belang dengan marah. “Kamu amat berjasa terhadap haiwan dan tumbuhan di hutan ini. Kamu menjadi tempat untuk kami berehat dan berteduh. Kami tidak akan membiarkan mereka menebang kamu,” kata Sang Sawa. “Kamu jangan bimbang, Sang Jati. Aku dan Sang Sawa akan meminta bantuan Sang Gajah dan Sang Monyet untuk menghalang mereka memusnahkan hutan ini. “Terima kasih, kawan-kawanku,” kata Sang Jati. 3 Aspek Tatabahasa 1. Ayat Aktif: Aisyah membuang botol plastik ke dalam tong kitar semula. Ayat Pasif: Botol plastik dibuang oleh Aisyah ke dalam tong kitar semula. 2. Ayat Aktif: Puan Nadia memasukkan barang-barang ke dalam beg kertas. Ayat Pasif: Barang-barang dimasukkan ke dalam beg kertas oleh Puan Nadia. 3. Ayat Aktif: Danial dan ayahnya menanam pokok di belakang rumah. Ayat Pasif: Pokok ditanam oleh Danial dan ayahnya di belakang rumah. 4. Ayat Aktif: Mereka sedang mengutip sampah di tepi pantai. Ayat Pasif: Sampah sedang dikutip oleh mereka di tepi pantai. 5. Ayat Aktif: Adib dan ayahnya sedang mencuci kereta. Ayat Pasif: Kereta sedang dicuci oleh Adib dan ayahnya. 20 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Selamatkan Alam Kita 1 1. amalan hijau yang digalakkan dan tidak digalakkan 2. suatu aktiviti yang dapat memelihara alam sekitar serta mengurangkan pencemaran alam sekitar 3. menggunakan beg kitar semula untuk mengisi barang dan menggunakan media elektronik seperti e-mel untuk menghantar pelbagai maklumat 4. menggunakan beg plastik dan menebang pokok-pokok di hutan 5. tidak boleh dilupuskan dan boleh mencemarkan alam sekitar 6. memusnahkan kawasan hutan yang menjadi habitat semula jadi pelbagai jenis hidupan liar serta menjadi tempat tadahan air hujan 2 Kemahiran Membaca Isu pemanasan global semakin serius. Masyarakat disarankan untuk mempraktikkan amalan penggunaan lestari dalam kehidupan seharian. Ketika membeli barangan, masyarakat digalakkan untuk mengutamakan pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula untuk mengurangkan terhasilnya sisa pepejal. Masyarakat juga disarankan agar membawa beg sendiri dari rumah ketika keluar membeli barangan demi mengelakkan penggunaan beg plastik yang sukar dilupuskan. Selain itu, masyarakat disarankan agar membeli peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga. Sekiranya amalan ini dilakukan secara berterusan, masalah pemanasan global dapat diatasi. 3 Kemahiran Menulis Kempen Kitar Semula telah dianjurkan oleh Kelab Alam Sekitar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid menjaga alam sekitar. Selain itu, program ini juga dapat memberikan maklumat tentang kepentingan kitar semula kepada murid. Semasa program ini berlangsung, murid-murid membawa pelbagai bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, botol plastik, botol kaca, dan tin aluminium. Guru besar melahirkan rasa bangga apabila semua murid memberikan komitmen yang baik untuk program ini. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada warga sekolah yang bekerjasama untuk menjayakan program ini. 21 Kemahiran Menulis Selamatkan Alam Kita 1 1. Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti menanam pokok dan kitar semula. 2. Saya menyukai aktiviti kitar semula. Kitar semula dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Aktiviti kitar semula juga dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. 3. Saya memilih aktiviti menanam pokok, cikgu. Pokokpokok yang ditanam dapat menyamankan udara dan menghijaukan kawasan sekolah. Saya yakin murid-murid akan dapat belajar dengan lebih selesa dan tenang. 2 Aspek Tatabahasa 1. Dua orang pekerja itu memasang panel solar. 2. Tumbuhan hiasan ini dapat membersihkan udara. 3. Kereta elektrik membantu mengurangkan pencemaran udara. 4. Ammar menggunakan alat pengering tangan selepas membasuh tangan. 5. Lampu jalan LED menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. CONTOH
✂ 101 6. Diadakan di dewan sekolah ceramah lestari alam. 7. Mengadakan aktiviti gotong-royong Penduduk Taman Ihsan. 8. Mendidik masyarakat mengitar semula barangan terpakai Kempen Kitar Semula. Tema 8 • Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 22 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Ekonomi Dinamik 1 1. Pada pandangan saya, amalan berjimat cermat yang diamalkan oleh murid-murid tersebut adalah sangat baik dan membawa banyak manfaat kepada mereka. Dengan mengamalkan amalan berjimat cermat, mereka dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga. Hal ini sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. 2. Pada pendapat saya, saya akan membawa bekal makanan ke sekolah kerana saya dapat menyimpan wang saku yang diberikan oleh ayah saya ke dalam tabung. Wang yang disimpan ini untuk kegunaan ketika kecemasa dan untuk simpanan masa depan saya. Cara ini juga dapat mengelakkan sikap boros berbelanja. 2 Kemahiran Membaca 1. Dapat memajukan perniagaan mereka melalui pelbagai medium. 2. Dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli produk yang dijual oleh mereka. 3. Dapat mengelakkan pembeli dianiaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. 4. Dapat mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan. 3 Kemahiran Menulis 1. Pihak yang turut terlibat untuk penganjuran Karnival Barangan Buatan Malaysia ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 2. Tujuan Karnival Barangan Buatan Malaysia diadakan adalah untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan tempatan. 3. Pada pendapat saya, masyarakat harus memberikan sokongan terhadap karnival ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan untuk meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, barangan buatan tempatan agak murah serta kualitinya setanding dengan barangan import. 23 Kemahiran Membaca Usahawan Berwawasan 1 1. satu kumpulan syarikat yang dikawal oleh seseorang yang berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu 2. bahagian yang tertinggi / puncak 3. sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan 4. berazam 5. wang atau harta yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga 6. simbol 2 Aspek Tatabahasa 1. B 2. A 3. C 4. C 5. D 6. C 7. B 8. D 9. C 10. B 24 Kemahiran Menulis Pintar Kewangan 1 1. Pengerusi Persatuan Matematik, Najib Imran telah membahagikan tugas kepada kami. Ada antara kami yang menghias gerai, membancuh air minuman, membuat promosi dan mengutip kupon. 2. Kira-kira pukul 8:00 pagi, gerai kami mula didatangi pengunjung. Kami melayan mereka dengan mesra. 3. Sementara itu, beberapa orang ahli kami membuat promosi di hadapan gerai. Mereka berteriak sambil menyatakan jenis minuman yang kami jual. 4. Pada pukul 11:00 pagi, jumlah pengunjung yang datang ke gerai kami semakin bertambah. Kami tidak menang tangan melayan mereka. Hasilnya, kami dapat mencapai jumlah kutipan kupon yang tertinggi. 2 Aspek Tatabahasa 1. Selepas pulang dari sekolah, Amirul menyimpan baki wang sakunya di dalam tabung untuk simpanan masa depannya. 2. Amirah membawa bekal nasi lemak kerana dia ingin berjimat cermat. 3. Puan Maznah hanya akan membeli-belah di pasar raya ketika jualan murah. 4. Sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, Encik Azman membuat jadual perbelanjaan keluarga. 5. Kakak Suhana yang mempunyai akal panjang menulis senarai barangan yang hendak dibeli untuk mengelakkan pembaziran. 3 Aspek Tatabahasa 1. (a) barang-barang (b) makanan-makanan (c) epok-epok (d) dekat-dekat (e) belon-belon 2. (a) bebola (b) jejari (c) tetamu CONTOH
✂ 102 3. (a) sayur-mayur (b) segar-bugar (c) kuih-muih (d) suku-sakat (e) lauk-pauk Tema 9 • Integriti 25 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Insan Berketerampilan 1 ... Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Perwira menganjurkan aktiviti perkhemahan. Aktiviti itu diadakan di Hutan Lipur Lentang. Sebaik tiba di tapak perkhemahan, para pengakap mendengar taklimat yang disampaikan oleh jurulatih. Jurulatih membahagikan kumpulan dan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan. Azman dilantik sebagai ketua Kumpulan A. Pada mulanya, setiap kumpulan dikehendaki memasang khemah. Azman memastikan setiap ahlinya bekerjasama memasang khemah. Khemah-khemah itu dipasang di kawasan yang lapang agar selamat. Kemudian, setiap kumpulan diarahkan membina tempat untuk memasak, rak untuk meletak makanan, ampaian, unggun api dan sebagainya. Azman dan ahli kumpulannya perlu membuat rak untuk menyimpan makanan. Mereka menggunakan tali dan buluh untuk membuat rak. Azman mengajar ahli kumpulannya membuat rak dengan kukuh. Selepas rak itu siap, mereka menyusun barang-barang makanan di atas rak itu dengan rapi. Kemudian, jurulatih melihat rak yang dihasilkan oleh kumpulan Azman. Jurulatih memuji mereka kerana berjaya menghasilkan sebuah rak yang cantik dan kukuh. Azman dan rakan-rakannya saling berterima kasih atas kerjasama yang diberikan. 2 Kemahiran Membaca Afifi ketua kelas yang bertanggungjawab. Setiap hari, dia sentiasa memastikan kelasnya berada dalam keadaan bersih. Dia sentiasa memantau murid-murid yang bertugas untuk membersihkan kelas. Afifi juga sentiasa memastikan murid-murid di kelasnya tidak berbuat bising semasa ketiadaan guru. Selain itu, Afifi sangat baik hati kerana selalu membantu rakan-rakannya yang mempunyai masalah dalam pelajaran. Afifi amat disenangi oleh guru kelasnya kerana dia rajin membantu gurunya itu membawa buku ke bilik guru. Afifi sememangnya ketua kelas yang bertanggungjawab, baik hati dan ringan tulang. 3 Kemahiran Menulis Suzana binti Samad, No. 24, Taman Kasturi, 81200 Johor Bahru, Johor. 14 Mac 2023. Menemui sahabatku, Atikah, di Kuching, Sarawak. Saya berharap semoga saudari sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan kisah seorang murid di sekolah saya yang bernama Munirah. Munirah berumur 11 tahun. Munirah merupakan orang kurang upaya. Dia bergerak menggunakan kerusi roda. Walaupun kurang upaya, namun dia murid yang pintar. Sebenarnya, Munirah berasal dari keluarga yang miskin. Dia anak tunggal. Ayahnya pula lumpuh akibat kemalangan. Ibunya berniaga nasi lemak dan kuih-muih untuk menyara keluarga. Oleh sebab itu, Munirah belajar dengan bersungguhsungguh. Dia mahu memberikan kehidupan yang selesa untuk ibu dan ayahnya. Dia tidak mahu menjadikan kekurangannya itu penghalang untuknya berjaya. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat kali ini. Saya berharap agar kita dapat bertemu lagi dalam coretan akan datang. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Suzana 26 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dahulukan yang Utama 1 ... ada seorang murid yang sangat pintar bernama Arman. Baru-baru ini, dia telah dianugerahkan Tokoh Murid Contoh. Sejak wabak COVID-19 melanda negara kita, Arman sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan dirinya. Dia sentiasa memakai pelitup muka tiga lapis untuk mengelakkan penularan virus COVID-19. Dia juga sentiasa menjaga jarak fizikal dengan rakan-rakan dan guru-gurunya. Selain itu, Arman seorang murid yang bijak. Dia selalu mengikuti pembelajaran dalam talian oleh gurunya. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya ketika sesi pembelajaran. Dia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran. Dia juga seorang yang baik hati dan prihatin akan insan-insan yang memerlukan bantuan. Arman sekeluarga telah memberikan sumbangan wang dan makanan untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan di tempat tinggal mereka. 2 Kemahiran Membaca Berdasarkan persembahan murid. 3 Kemahiran Menulis 1. Perkara yang mengganggu fikiran Danial ialah dia perlu membuat pilihan sama ada untuk mewakili sekolah dalam acara badminton atau menghadiri kelas komputer pada hari yang sama di pusat latihan komputer. 2. Danial harus mengutamakan sukan badminton kerana dia amat berbakat dalam sukan badminton itu serta mempunyai impian untuk menjadi atlet negara suatu hari nanti. CONTOH
✂ 103 3. Berdasarkan jawapan murid. 27 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Hormati Hak Sesama Kita 1 1. tandas awam, taman permainan, pengangkutan awam, pondok menunggu bas dan sebagainya. 2. menjaga kebersihan kemudahan awam yang disediakan, membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di tempat awam, tidak melakukan vandalisme dan menggunakan kemudahan awam mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3. menjamin kesejahteraan hidup masyarakat, memupuk sikap toleransi, menjalin semangat perpaduan, menjimatkan peruntukan kewangan dan membantu orang ramai ketika kecemasan. 2 Aspek Tatabahasa 1. Ayat susunan songsang: Menyertai pertandingan pidato, Ammar. 2. Ayat susunan songsang: Ketua pengawas yang bertanggungjawab, Razi. 3. Ayat susunan songsang: Mengadakan lawatan ke Parlimen, Persatuan Bahasa Melayu pada hari Rabu. 4. Ayat susunan songsang: Memberikan banyak manfaat kepada murid-murid aktiviti perkhemahan itu. 5. Ayat susunan songsang: Menceritakan pengalamannya melawat ke SK Seri Sentosa kepada Samad, Hanif. 6. Ayat susunan biasa: Alisha sedang berbual dengan rakannya melalui media sosial. 7. Ayat susunan biasa: Permainan dam dan ular gergasi itu sungguh menyeronokkan. 8. Ayat susunan biasa: Pihak sekolah menyediakan ruang siber dan informasi di dewan sekolah. Praktis Ekstra Bahagian A Praktis 1 1. B 2. A 3. D 4. A 5. B 6. D 7. D 8. C 9. B 10. A Praktis 2 1. C 2. B 3. A Praktis 3 1. B 2. A 3. C Praktis 4 1. B 2. C 3. A 4. D Praktis 5 1. C 2. B 3. A 3. D Bahagian B Praktis 1 1. (a) Jepun (b) ‘Aku’ ditempatkan di bahagian dapur yang berdekatan dengan singki sebaik sahaja di bawa ke rumah Encik Kamal dan Puan Aisyah. (c) membantu; mencuci (d) Suatu hari, sepasang suami isteri, iaitu Encik Kamal dan Puan Aisyah membeli ‘aku’. ( 3 ) 2. Jika saya dalam situasi Amran, saya akan melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin sekolah dengan segera. Saya juga akan menasihati murid baharu itu supaya tidak takut untuk melaporkan kejadian buli kepada guru. Praktis 2 1. (a) makanan (b) Perkara yang membuatkan Sang Semut berasa bimbang adalah terputus bekalan makanan semasa musim tengkujuh dan keluarganya kelaparan jika bekalan makanan habis. (c) bimbang (d) Sang Semut berpesan kepada Sang Lebah bahawa kita hendaklah sentiasa bersedia agar selamat daripada musibah, bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’. (3) 2. Tindakan yang perlu dilakukan oleh Suzana adalah bertanyakan masalah yang sedang dihadapi oleh rakannya itu. Suzana juga perlu memberikan sokongan dan semangat kepada rakannya itu agar dia tabah menghadapi dugaan. Bahagian C Praktis 1 Pada pendapat saya, manfaat aktiviti kemasyarakatan seperti yang dijalankan oleh penduduk dalam gambar tersebut adalah dapat memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk. Selain itu, aktiviti kemasyarakatan dapat memastikan kawasan tempat tinggal bersih dan selamat. Seterusnya, aktiviti kemasyarakatan juga dapat meringankan beban penduduk yang berada dalam kesusahan. Praktis 2 Pada pendapat saya, kebaikan penggunaan dron dalam pertanian adalah dapat mempercepat dan mempermudah tugas para petani, terutamanya di kawasan pertanian yang CONTOH
✂ 104 luas seperti sawah padi atau ladang. Selain itu, penggunaan dron dapat mengurangkan tenaga kerja sekali gus dapat menjimatkan kos. Akhir sekali, semburan baja atau racun serangga ke tanaman juga dapat dilakukan secara rata. Bahagian D Praktis 1 Karangan Berformat Nazihah binti Ahmad, No. 15, Taman Nanas, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 12 April 2024. Menemui sahabatku, Alia, yang berada di Kuantan. Apa khabar? Diharapkan saudari sihat selalu. Saya di sini sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang cara-cara menjaga alam sekitar. Kita hendaklah mengamalkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran alam dan menyelamatkan pokokpokok di hutan. Kita juga hendaklah menanam pokok agar alam kekal indah. Kita tidak digalakkan menggunakan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Selain itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai. Kita tidak boleh membuang sampah ke dalam sungai yang menyebabkan sungai tercemar. Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Nazihah Karangan Tidak Berformat Kita hendaklah sayang akan alam sekitar. Alam sekitar perlu dipelihara agar kita dapat hidup dengan sejahtera. Terdapat pelbagai langkah untuk menjaga alam sekitar. Amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam dan menyelamatkan pokok-pokok di hutan. Kita juga harus menanam pokok di kawasan kediaman agar kekal indah. Kita tidak digalakkan menggunakan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Selain itu, kita hendaklah menjaga kebersihan sungai. Kita tidak boleh membuang sampah ke dalam sungai yang menyebabkan sungai tercemar. Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar. Jika alam sekitar terpelihara, kehidupan kita akan sejahtera. Praktis 2 Karangan Berformat Arif : Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan telah menyertai Hari Kesenian Malaysia. Raju : Wah, seronoknya! Bagaimanakah suasana di sana? Arif : Suasana di sana sungguh meriah. Banyak orang awam dan murid sekolah datang memeriahkan Hari Kesenian Malaysia. Raju : Apakah yang dapat kamu lihat semasa di sana? Arif : Kami dapat melihat pameran alat muzik tradisional seperti sape, gong dan sebagainya. Selain itu, kami juga berpeluang bermain congkak. Congkak merupakan permainan tradisional kaum Melayu. Ada juga petugas yang mengajar pengunjung bermain alat muzik tradisional. Raju : Selain itu, apa lagi yang menarik di sana, Arif? Arif : Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan tarian ngajat. Tarian ngajat merupakan tarian tradisional kaum Iban di Sarawak. Raju : Sememangnya penganjuran Hari Kesenian Malaysia ini sungguh berfaedah. Karangan Tidak Berformat Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan telah menyertai ke Hari Kesenian Malaysia. Suasana di sana sungguh meriah. Banyak orang awam dan murid sekolah datang memeriahkan Hari Kesenian Malaysia. Kami dapat melihat pameran alat muzik tradisional seperti sape, gong dan sebagainya. Selain itu, kami juga berpeluang bermain congkak. Congkak merupakan permainan tradisional kaum Melayu. Ada juga petugas yang mengajar pengunjung bermain alat muzik tradisional. Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan tarian ngajat. Tarian ngajat merupakan tarian tradisional kaum Iban di Sarawak. Sesungguhnya, Hari Kesenian Malaysia ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Kami dapat mengenali kepelbagaian seni dan budaya Malaysia. CONTOH
Modul PraktisPBD INTERVENSI KSSR Semakan BAHASA MELAYU Tahun 4 Set Kertas Model UASA Format Terbaharu Jawapan Lengkap Ujian Akhir Sesi Akademik UASA2.0 Boleh Dileraikan 5 CONTOH
KANDUNGAN • Tema 1 – Kemasyarakatan • Tema 2 – Kesihatan dan Kebersihan 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1.1-1.8 Set • Tema 3 – Keselamatan • Tema 4 – Perpaduan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2.1-2.8 Set • Tema 5 – Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan • Tema 6 – Sains, Teknologi dan Inovasi 3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 3.1-3.8 Set • Tema 7 – Kelestarian Alam • Tema 8 – Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan • Tema 9 – Integriti 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 4.1-4.8 Set Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jawapan J1-J4 CONTOH
PERKARA BAHASA MELAYU Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRTh) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP • Tatabahasa (3 – 5 soalan) • Pemahaman Petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRTh • Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (Bersepadu) (3 – 5 soalan) • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb • Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb • Penulisan Karangan – 1 soalan Markah 50 Markah Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: Kemahiran Menulis: • Memahami • Mengaplikasi • Mengaplikasi • Menganalisis • Menganalisis • Menilai • Mencipta Aras Kesukaran Rendah: Sederhana: Tinggi (5 : 3 : 2) Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik CONTOH
1.1 Set 1 1 Set UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Tema 1 Kemasyarakatan Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Amirah suka bermain dengan kucing peliharaan jirannya yang bernama _______. A Pak Belang C Sang Bedal B Si Tompok D Si Jalak 2. Kita hendaklah _______ pembiakan nyamuk aedes dengan menjaga kebersihan kawasan perumahan. A merawat C mencegah B menyekat D memeriksa Soalan 3 3. Pilih ayat yang betul. A Asap gelap yang dilepaskan oleh lori itu boleh membahayakan kesihatan. B Pakaian yang nipis tidak sesuai dipakai ketika musim panas. C Encik Adli memasang alat pendingin hawa di dalam rumahnya agar udara beku. D Ayah membungkus sisa makanan itu dengan rapi lalu membuangnya ke dalam tong sampah. [10 markah] Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Taman rekreasi merupakan kemudahan awam untuk anggota masyarakat beriadah atau berehat bersama dengan keluarga. Biasanya, taman rekreasi menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang kerana ketika itu cuaca agak redup. Di taman rekreasi ada pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan oleh para pengunjung. Golongan kanak-kanak suka pergi ke taman rekreasi kerana ada pelbagai alat permainan. Sesetengah pengunjung suka berjoging atau melakukan senaman dengan menggunakan alatan senaman yang disediakan di situ. Ada pengunjung suka bersiar-siar di kawasan tersebut sambil menghirup udara yang nyaman. Namun begitu, kita haruslah patuh akan undang-undang di taman rekreasi untuk menjamin keselamatan kita. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Jawab semua soalan. Masa: 1 jam 15 minit CONTOH
1.2 Set 1 4. Mengapakah taman rekreasi menjadi tumpuan orang ramai pada waktu petang? A cuaca cerah pada waktu petang B cuaca agak redup pada waktu petang C lebih selamat beriadah pada waktu petang D mempunyai masa lapang pada waktu petang 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Taman rekreasi sentiasa terbuka untuk orang ramai. B Aktiviti riadah yang boleh dilakukan di taman rekreasi agak terhad. C Hanya golongan dewasa sahaja yang gemar ke taman rekreasi. D Pengunjung tidak perlu mematuhi undang-undang di taman rekreasi. 6. Berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung ketika berkunjung ke taman rekreasi berdasarkan petikan kecuali A berjoging dan bersenam. B bermain di taman permainan. C menunggang basikal dan berkayak. D bersiar-siar sambil menghirup udara segar. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. Kempen Gaya Hidup Sihat Anjuran Persatuan Penduduk Taman Seri Damai dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang Tempat : Dewan Komuniti Taman Seri Damai Aktiviti: • Senamrobik • Ceramah Kesihatan • Pameran Kesihatan • Kuiz Kesihatan • Pemeriksaan Kesihatan • Pemeriksaan Gigi Orang ramai dijemput hadir. Pihak penganjur menyediakan cenderamata untuk pengunjung sebagai tanda terima kasih. BAHAN 1 CONTOH
1.3 Set 1 Afifi dan Kai Jun hendak menyertai Kempen Gaya Hidup Sihat yang akan diadakan di Dewan Komuniti Taman Seri Damai. Kempen ini julung kali dianjurkan di kawasan perumahan mereka itu. “Saya tidak sabar untuk menyertai Kempen Gaya Hidup Sihat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini,” kata Afifi kepada Kai Jun. “Ya, Afifi. Lihat brosur ini, banyak aktiviti menarik akan dijalankan,” kata Kai Jun. “Aktiviti-aktiviti ini dapat menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama menjayakan kempen ini,” kata Afifi. “Pada pendapat kamu, apakah kebaikan kempen tersebut, Afifi?” tanya Kai Jun. “Pada pendapat saya, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat demi kehidupan yang sejahtera. Selain itu, kita akan memperoleh pelbagai informasi penting tentang penjagaan kesihatan,” jelas Afifi. 7. Faedah yang diperoleh daripada Kempen Gaya Hidup Sihat adalah dapat A melakukan pemeriksaan kesihatan kepada masyarakat. B menggalakkan masyarakat menyertai aktiviti yang dijalankan. C memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang Kempen Gaya Hidup Sihat. D memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan menyalurkan pelbagai informasi penting tentang penjagaan kesihatan. 8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A bidang. C lembar. B keping. D naskhah. 9. Perkataan gaya dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A cara. B etika. C prinsip. D peraturan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Kementerian Kesihatan Malaysia yang menganjurkan Kempen Gaya Hidup Sihat. B Kempen Gaya Hidup Sihat diadakan di Taman Rekreasi Taman Seri Damai. C Kempen Gaya Hidup Sihat pertama kali diadakan di Taman Seri Damai. D Kempen Gaya Hidup Sihat diadakan pada hari Ahad, pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang. BAHAN 2 “Ya, Afifi. Lihat brosur ini, banyak aktiviti menarik akan dijalankan,” kata Kai Jun. CONTOH
1.4 Set 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. [10 markah] Penduduk Taman Seri Damai telah melancarkan Projek Kediaman Hijau. Projek ini bertujuan untuk mencantikkan kawasan kediaman dengan landskap yang indah. Penduduk bekerjasama menanam pelbagai jenis pokok bagi menggantikan pokok yang telah mati. Aktiviti penanaman pokok ini dapat menghijaukan kawasan kediaman. Selain itu, mereka juga bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman. Suasana di Taman Seri Damai semakin bersih dan ceria. Suasana seperti ini dapat memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan penduduk. 1. (a) Tujuan Projek Kediaman Hijau adalah untuk mencantikkan kawasan kediaman dengan yang indah. [1 markah] (b) Apakah kebaikan aktiviti penanaman pokok di kawasan kediaman? [2 markah] (c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberi. Selain itu, mereka juga bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (3) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Penduduk Taman Seri Damai telah melancarkan Projek Kediaman Hijau. Projek Kediaman Hijau telah dilancarkan oleh penduduk Taman Seri Damai. Projek Kediaman Hijau penduduk telah dilancarkan oleh Taman Seri Damai. [1 markah] CONTOH
1.5 Set 1 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Imran baru pulang dari majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri. Dia menikmati pelbagai juadah hari raya semasa di sana. Sebaik pulang ke rumah, dia berasa sakit perut. Kemudian, dia cirit-birit. Jika kamu dalam situasi Imran, apakah yang akan kamu lakukan? [5 markah] CONTOH
1.6 Set 1 Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti gotong-royong untuk membantu penduduk yang menjadi mangsa kebakaran. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faeadah daripada aktiviti gotong-royong seperti ini. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah] [10 markah] CONTOH
1.7 Set 1 [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. KARNIVAL KESIHATAN CONTOH
J1 1. B 2. C 3. D 4. B 5. A 6. C 7. D 8. B 9. A 10. C 1. (a) landskap (b) Kebaikan aktiviti penanaman pokok di kawasan kediaman adalah dapat menghijaukan kawasan kediaman. (c) membersihkan (d) Projek Kediaman Hijau telah dilancarkan oleh penduduk Taman Seri Damai. (3) 2. Jika saya dalam situasi Imran, saya akan memberitahukan hal tersebut kepada ibu dan ayah saya. Saya juga akan meminta ibu dan ayah membawa saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Pada pendapat saya, banyak faedah yang diperoleh oleh penduduk yang menjalankan aktiviti gotong-royong seperti ini. Faedahfaedah yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran. Aktiviti juga dapat menggembirakan hati mangsa kebakaran. Selain itu, aktiviti ini dapat mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk. Karangan Berformat Afifi : Baru-baru ini, saya telah hadir ke Karnival Kesihatan bersama dengan ibu dan ayah saya. Tinesh : Ramaikah pengunjung yang datang ke karnival itu? Afifi : Ramai juga pengunjung yang datang. Kai Jun : Apakah yang terdapat di karnival itu, Afifi? Afifi : Ada pelbagai aktiviti dijalankan semasa karnival ini berlangsung. Antaranya ialah pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan kuiz kesihatan. Tinesh : Pada pendapat kamu, apakah kebaikan karnival ini kepada masyarakat? Afifi : Pada pendapat saya, karnival ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan diri. Karangan Tidak Berformat Karnival Kesihatan telah diadakan di Balai Komuniti Taman Anggerik. Karnival ini julung kali diadakan di Taman Anggerik. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa karnival ini berlangsung. Antaranya ialah pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan kuiz kesihatan. Banyak faedah diperoleh daripada karnival ini. Antaranya adalah dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan diri. Selain itu, karnival ini dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting tentang penjagaan kesihatan. Dengan ini, pengunjung dapat menambahkan pengetahuan. Kesimpulannya, karnival ini memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat. Masyarakat hendaklah memberikan sokongan terhadap karnival ini. CONTOH
Modul Praktis PBD INTERVENSI Menepati Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks Menggabungjalinkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK dan praktis Menyediakan garisan gunting Jawapan lengkap Sem. M’sia: RM9.50 Sabah/ S’wak: RM9.90 Ref: ISBN Subjek Tahun Bahasa Melayu English Matematik Matematik (Dwibahasa) Sains Sains (Dwibahasa) Sejarah Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Jasmani & Kesihatan Bahasa Arab Pendidikan Islam Pelajaran Jawi u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u 1 2 3 4 5 6 Judul-judul dalam siri ini: Bahan Digital Ekstra Video Tutorial PAK-21 Audio Perbualan Pendidikan Sivik Latihan Pengukuhan PKJR 978-967-252-872-2 9 789672 528722 K-24101-05