The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-01-04 22:21:28

BM Tingkatan 2 (B)

BM Tingkatan 2 (B)

Kandungan Skrip
Pendengaran

CONTOHRekod Pentaksiran Bahasa Melayu Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia
Tingkatan 2.......................................................i – iii
Unit 19 Kenali Malaysia........................................ 30
Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan Unit 20 Cintai Malaysia......................................... 32

Unit 1 Anda Sihat Anda Ceria..................................1 Tema 11 Perpaduan
Unit 2 Kebersihan Lambang Keperibadian................ 3
Unit 21 Indahnya Ukhuwah................................... 33
Tema 2 Menimba Ilmu Unit 22 Teras Keharmonian................................... 34

Unit 3 Indahnya Menuntut Ilmu............................. 5 Tema 12 Negaraku Jati Diriku
Unit 4 Ilmu Penyuluh Hidup................................... 7
Unit 23 Semarak Negara....................................... 35
Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian Unit 24 Hayati Rukun Negara................................ 36

Unit 5 Cita-cita Setinggi Bintang............................. 8 Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Unit 6 Budi Disemai, Bakti Dituai........................... 9
Unit 25 Ekonomi dan Perniagaan........................... 37
Tema 4 Integriti Amalan Kita Unit 26 Bijak Wang............................................... 39

Unit 7 Remaja Berintegriti.................................... 10 Tema 14 Berbudi kepada Alam
Unit 8 Integrasi Teras Kehidupan........................... 12
Unit 27 Suburnya Bumiku...................................... 41
Tema 5 Bahasa dan Sastera Unit 28 Di Tanah dan di Air................................... 42

Unit 9 Bahasaku di Persada Dunia......................... 14 Tema 15 Sains, Teknologi dan Inovasi
Unit 10 Indah Sastera, Cantik Bahasa...................... 16
Unit 29 Hebatnya Teknologi................................... 43
Tema 6 Teladani Sejarah Hargai Warisan Unit 30 Dunia Kreativiti........................................ 45

Unit 11 Sejarah Kita.............................................. 18 Tema 16 Pelestarian Alam
Unit 12 Pusaka Tanah Air...................................... 20
Unit 31 Dunia Hanya Pinjaman.............................. 46
Tema 7 Indah Seni Gah Budaya Unit 32 Buana Menguntum Senyum........................ 47

Unit 13 Warna-warni Budaya................................. 22 Tema 17 Era Baharu Indusrti
Unit 14 Segalanya Bermula di Sini.......................... 23
Unit 33 Industri Berdaya Saing.............................. 48
Tema 8 Utamakan Keselamatan Unit 34 Industri Berdaya Maju............................... 49

Unit 15 Keselamatan Diri...................................... 25 Tema 18 Pentadbiran dan Politik
Unit 16 Anda Prihatin, Anda Selamat...................... 26
Unit 35 Patriot Bangsa.......................................... 50
Tema 9 Sukan dan Rekreasi Unit 36 Pemimpin Berjasa, Negara Berjaya.............. 52

Unit 17 Sukan Milik Semua................................... 28 Jawapan
Unit 18 Seronoknya Beriadah................................ 29

REKOD PENTAKSIRAN
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Sekolah : Kemahiran Standard Pembelajaran M.S. TP Tandatangan
Nama : Mendengar dan Guru dan Tarikh
Tingkatan :
Ber tutur S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut 1
Unit Menulis perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan
UNIT 1 Mendengar dan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Anda Sihat Anda CeriaCONTOHBer tutur
Tatabahasa S.P.3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai 2
UNIT 2 kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya
Kebersihan Lambang Menulis dengan betul mengikut konteks.
Keperibadian
Tatabahasa S.P.1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut 3
UNIT 3 perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan
Indahnya Menuntut Membaca dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
Ilmu Mendengar dan
S.P.5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama 4
UNIT 4 Ber tutur dan akronim dengan tepat mengikut konteks.
Ilmu Penyuluh Hidup Membaca
S.P.3.2.1 Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul 5
UNIT 5 Membaca dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada
Cita-cita Setinggi Menulis daripada pelbagai sumber dengan menggunakan
Bintang Membaca ayat yang gramatis.
UNIT 6 Menulis
Budi Disemai, Bakti S.P.5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, 6
Dituai Membaca pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul
UNIT 7 mengikut konteks.
Remaja Berintegriti
S.P.2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul 7
UNIT 8 maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai
Integrasi Teras bahan dengan memberikan respons yang betul.
Kehidupan
S.P.1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat 8
UNIT 9 dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang
Bahasaku di Persada betul.
Dunia
S.P.2.1.2 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan 9
sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal
pasti maksud tersurat dan tersirat.

S.P.2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk 10
memahami serta meneroka maksud keseluruhan
daripada pelbagai bahan.

S.P.3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan 11
karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

S.P.2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan 12
idea sampingan dengan betul dan tepat.

S.P.3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan 13
karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

S.P.2.4.1 Membaca secara ekstensif bahan fiksyen dan 14
bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

i

Unit 1 BM Tingkatan 2 Unit 1

Anda Sihat Anda Ceria

Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 2

SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan

betul dan tepat.

Dengar dialog yang dilakonkan oleh rakan-rakan anda. Kemudian, sebut perkataan, rangkai kata, dan istilah
yang bercetak tebal dengan intonasi yang betul.

CONTOHApa khabar, Nisya? Adakah awak mengetahui Khabar baik, Min Yee. Saya ada dengar
bahawa program vaksinasi untuk remaja berusia berita semalam. Program ini menyasarkan
12 hingga 17 tahun akan bermula pada minggu pemberian vaksin kepada remaja berusia 12
hadapan? hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang
pembukaan sekolah dengan selamat.
Vaksin ini untuk mengawal penularan COVID-19 Pemberian suntikan vaksin bagi remaja akan
dalam kalangan remaja. Saya berpendapat bahawa diadakan di semua pusat pemberian vaksin
faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah (PPV) di seluruh negara.
jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan
akibat jangkitan wabak tersebut. Betul, cakap awak. Ayah saya telah
mendaftarkan saya untuk program vaksinasi
Ya, betul. Kita masih perlu mengamalkan ini. Walaupun jangkitan COVID-19 telah
penjarakan sosial dan hendaklah sentiasa menunjukkan penurunan, namun kita masih
memastikan diri kita dalam keadaan bersih. Kita perlu berwaspada dan mematuhi semua
hendaklah memakai pelitup muka dan mencuci peraturan dan prosedur operasi standard
tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
tangan.
Pandemik COVID-19 telah mengubah norma
kehidupan kita. Mahu atau tidak kita perlu
mengubah kehidupan kita. Diharapkan kita
dapat menjalankan aktiviti seperti sebelumnya
tidak lama lagi.

Aktiviti
PAK-21

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid berjaya melakonkan watak/ menyebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang berhuruf tebal dengan betul tetapi hanya menunjukkan
3-4 kefahaman terhadap maksud perkataan, rangkai kata dan istilah tersebut secara terhad.
5-6 Murid berjaya melakonkan watak/ menyebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang berhuruf tebal dengan sebutan yang betul dan menunjukkan
kefahaman terhadap maksud perkataan, rangkai kata dan istilah tersebut.
Murid berjaya melakonkan watak/ menyebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang berhuruf tebal dengan sebutan yang betul dan tepat serta
menunjukkan kefahaman yang mendalam terhadap maksud perkataan, rangkai kata dan istilah tersebut.

1

BM Tingkatan 2 Unit 3

Tatabahasa Buku Teks m/s 20

SP: 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks.
Lengkapkan petikan dengan kata adjektif yang betul.

❀ selesa ❀ tekun ❀ mudah ❀ cemerlang ❀ baik
❀ senyap ❀ awal ❀ efektif ❀ rajin ❀ baru

Setiap murid ingin mendapat keputusan yang (1) cemerlang . Hal ini demikian kerana

keputusan yang cemerlang dapat menjamin keselesaan hidup pada masa hadapan. Tanpa pencapaian
akademik yang (2) baik , masa hadapan seseorang diibaratkan seperti telur di hujung
CONTOH
tanduk. Oleh itu, murid digalakkan mengisi masa lapang dengan baik untuk meningkatkan prestasi
akademik sendiri sebelum nasi menjadi bubur. Terdapat beberapa usaha yang (3) efektif untuk

meningkatkan pencapaian akademik murid.

Antara usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah dengan

(4) rajin mengulang kaji pelajaran. Setelah waktu persekolahan, murid-murid disarankan

mengulang kaji pelajaran yang diajar di sekolah secepat mungkin. Tindakan sedemikian adalah untuk

memastikan ilmu yang (5) baru diperoleh itu tidak (6) mudah dilupakan. Cara ini

sangat berkesan bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap sesuatu topik.

Selain itu, murid perlu rajin mengunjungi perpustakaan. Pihak sekolah telah melengkapkan

perpustakaan sekolah dengan pelbagai jenis buku untuk rujukan murid. Dengan itu, murid tidak perlu

mengeluarkan wang untuk membeli apa-apa buku rujukan. Bukan itu sahaja, suasana perpustakaan
yang (7) senyap dan kondusif juga sangat sesuai untuk belajar. Oleh itu, murid lebih fokus untuk

belajar tanpa gangguan orang ramai.

Seterusnya, murid juga boleh kerap mengadakan perbincangan berkumpulan. Melalui cara ini,

para murid dapat berkongsi ilmu bersama-sama rakan. Ilmu pengetahuan ahli kumpulan juga akan

ditingkatkan. Ahli kumpulan boleh saling melengkapi dengan berkongsi nota dan latihan yang mereka
ada. Dengan belajar bersama rakan-rakan, murid dapat belajar dengan lebih (8) selesa . Lantaran

itu, belajar secara berkumpulan dapat membantu murid untuk belajar.
Tuntasnya, murid-murid perlulah belajar dengan (9) tekun bagi meningkatkan pencapaian

akademik. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, murid

harus membuat persediaan (10) awal untuk menghadapi peperiksaan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu memahami dan menggunakan beberapa kata adjektif dengan betul.
3 - 4 Murid mampu memahami dan menggunakan kata adjektif dengan betul.
5 - 6 Murid mampu memahami dan menggunakan kata adjektif dengan tepat dan gramatis.

6

Unit 6 Budi Disemai, Bakti Dituai

Tema 3 Kerjaya ke Mercu Impian

Membaca Buku Teks m/s 35

SP: 2.1.2 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat

dan tersirat.

Baca sajak di bawah secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, kenal pasti maksud
tersurat dan tersirat. KBAT

CONTOH Seorang Guru Tua

Guruku yang baik Guruku yang baik
masih lagi mengajar masih di situ
sedang aku kini sudah besar masih memandu kereta lama
dulu wajahnya muda masih menuju sekolah yang sama
kini rambut memutih kepala tiada kelihatan jemu
ada anak-anak muridnya dari air mukanya
sudah menjadi menteri tiada kedengaran bosan
ada anak-anak muridnya dari suara bibirnya
kini memegang jawatan tinggi dia gigih menggenggam
tidak kurang pula tanggungjawab yang diamanahkan.
bergelar usahawan berjaya.
Seorang guru tua
dia masih di situ Aktiviti
berdiri sebagai guru PAK-21
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

Gunawan Mahmood
Nyanyian Wau, 1987,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tema Bertemakan kemuliaan, pengorbanan, dan kegigihan seorang guru dalam
Nilai usaha mendidik anak-anak bangsanya.
Rima Akhir
• Mengenang budi – mengenang jasa guru yang telah banyak berjasa kepada
masyarakat.

• Bertanggungjawab – tidak jemu menjalankan tugas sebagaimana yang
diamanahkan.

Rangkap 1 : abbcccdcdcc

Rangkap 2 : abccbcdced

Rangkap 3 : abbaa

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu membaca, namun kurang memahami dan hanya dapat mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak secara terhad.
3-4 Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak dengan baik.
Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat daripada sajak pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu
5-6 memberikan maksud tersurat dan tersirat dengan tepat dan rasional.

9

BM Tingkatan 2 Unit 7 Remaja Berintegriti

Unit 7 Tema 4 Integriti Amalan Kita

Membaca Buku Teks m/s 43

SP: 2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.
Baca diari pengawas di bawah secara luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan. KBAT

15 Januari 29 Januari

Empat orang pengawas baharu daripada tingkatan Cikgu Khalid menggesa kami supaya lebih tajam
satu mula bertugas hari ini. Dua orang lelaki dan memerhatikan murid yang menghisap rokok.
dua orang perempuan. Ini menjadikan jumlah Dia mahu kami mencatatkan nama murid yang
pengawas sekolah seramai dua puluh empat orang. menghisap rokok sama ada di sekolah mahupun
Kami berkenalan dan kemudian ketua pengawas di luar sekolah. Menghisap rokok mungkin hal
memberi taklimat. Dia menggesa kami bertugas peribadi seseorang. Akan tetapi tentu tidak baik
dengan berdedikasi. Kami umpama polis yang seorang murid menghisap rokok apa lagi dalam
cuba menegakkan undang-undang dan peraturan kawasan sekolah. Aku tidak nampak di mana
sekolah kepada hampir seribu lima ratus orang kemegahan dengan menghisap rokok. Sebagai
murid. murid, kita perlu menjaga imej dan nama baik
sekolah.
CONTOH
Maklumat di atas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh pengawas sekolah. Antara tanggungjawab
pengawas termasuk perlu membantu pihak sekolah menjaga disiplin sekolah. Selain itu, pengawas
berperanan untuk meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka bertugas
mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi oleh semua murid. Murid yang membuat
kesalahan disiplin akan diberikan nasihat dan denda agar mereka insaf akan kesalahan diri. Seterusnya,
pengawas juga bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada murid lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana pengawas ialah seseorang murid yang mestilah memiliki tahap disiplin yang tinggi. Tamsilannya,
tingkah laku yang dilakukan oleh pengawas seperti berbaris dengan teratur semasa berada di kantin akan
dicontohi oleh murid dan seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Akhir sekali, pengawas sekolah haruslah
bekerjasama dengan sekolah supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu membaca untuk memahami bahan yang diberikan secara terhad. Murid hanya mampu memberikan maksud keseluruhan bahan secara
3-4 minimum.
5-6 Murid mampu membaca untuk memahami bahan yang diberikan pada tahap kukuh. Murid mampu mengulas dan memberikan maksud keseluruhan
bahan secara betul dan rasional.
Murid mampu membaca untuk memahami bahan yang diberikan pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu mengulas dan memberikan maksud
keseluruhan bahan secara tepat dan rasional.

10

BM Tingkatan 2 Unit 7

Menulis Buku Teks m/s 44

SP: 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis kesimpulan yang sesuai. KBAT

Antara perkara yang dapat dilakukan bagi menerapkan pendidikan integriti dalam kalangan remaja
termasuklah kepimpinan melalui contoh. Ibu bapa sebagai pemimpin dan pembimbing anak perlu
mengamalkan nilai integriti terlebih dahulu supaya dapat menjadi contoh buat anak mereka agar tidak
menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan lurus”. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dengan
cara berterus terang dan bercakap benar dalam semua perkara supaya anak tidak terdidik dengan sikap
suka menipu. Ibu bapa juga perlu mengajar anak mereka supaya tidak mengharapkan balasan bagi setiap
kerja rumah yang dilakukan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Pendidikan integriti juga boleh dilaksanakan secara langsung atau tidak langsung melalui subjek
yang diajar di sekolah seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Selain itu, dalam pengajaran
Bahasa Melayu, guru dapat mengetengahkan peribahasa Melayu yang memiliki mesej penyampaian
elemen integriti. Remaja juga boleh bermuhasabah melalui bantuan daripada guru kaunseling
dan fasilitator dalam aktiviti motivasi, malah rakan seangkatan turut berupaya membantu hal ini
melalui program rakan pembimbing di sekolah. Bahan bacaan yang menyampaikan mesej integriti di
perpustakaan sekolah dan sudut bacaan di kelas juga dapat membantu.
Media massa juga perlu memainkan peranannya dalam memberikan pendidikan integriti
terhadap remaja melalui program atau iklan di televisyen, radio, dan surat khabar. Rancangan khas
yang memfokuskan penyampaian moral yang baik sebagai pendidikan buat warga ini perlu diwujudkan
dengan lebih banyak oleh media. Perkara ini bukan sahaja dapat memberikan gambaran yang lebih
jelas kepada remaja tentang konsep integriti dan kepentingan menjadi insan berintegriti, sama ada
pada peringkat individu, masyarakat ataupun negara, malah sikap ini akan lebih diingati oleh remaja,
terutama jika iklan tentang isu ini kerap dipaparkan di media.

Dipetik daripada ʻPendidikan Integriti dalam Kalangan Remajaʼ,
Dewan Siswa, Bil. 03 2014
CONTOH
Kesimpulan Kesimpulannya,
Penanda Wacana
Rumusan Isi Secara pendidikan integriti dalam kalangan remaja dapat dilakukan dengan cara
Umum kepimpinan melalui contoh oleh ibu bapa, pengajaran subjek oleh guru,
dan program yang dianjurkan oleh media massa.
Ayat Cadangan
Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu bekerjasama dalam menyemai
nilai murni ini.

Ayat Harapan Dengan ini, remaja yang memiliki sahsiah yang mulia dapat direalisasikan.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Kesimpulan tidak lengkap. Murid hanya mampu menulis kesimpulan berkaitan integriti secara terhad. Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan
3-4 penggunaan istilah yang agak terhad.
Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan integriti dengan baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam bahan di atas.
5-6 Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang betul.
Kesimpulan lengkap. Murid mampu menulis kesimpulan berkaitan integriti dengan sangat baik menggunakan maklumat yang terdapat di dalam dan di
luar bahan di atas. Murid boleh memberi contoh dan mencadangkan penyelesaian dengan tekal, terperinci, dan mampu menjadi rujukan kepada
rakan-rakan. Penggunaan ayat yang gramatis, bertatasusila, dan penggunaan istilah yang luas dan tepat.

11

BM Tingkatan 2 Unit 9

Seni Bahasa Buku Teks m/s 57

SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan
perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KBAT

Dirgahayu Bahasaku

Tempatmu di singgahsana Dirgahayu bahasaku
hati nurani bangsaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh
warga yang berbudi menusuk kalbu lagu bahasamu
setia dan amanah. bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
Bahasa itu maruah bangsa daripada bangsa yang bernama Melayu
yang mesti dipelihara martabatnya menempa kejayaan di alaf baru.
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
CONTOH Ahmad Sarju Malaysia
Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional
(PENA)

Aktiviti
PAK-21

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

1 Apakah maksud rangkap pertama sajak Dirgahayu Bahasaku?
Rangkap pertama sajak Dirgahayu Bahasaku bermaksud bahasa kebangsaan seharusnya disanjung
tinggi oleh bangsa Malaysia yang berbudi, setia, dan amanah kepada negara.



2 Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.
Nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah patriotisme. Contohnya, rakyat diseru
agar mendaulatkan bahasa Melayu kerana bahasa merupakan maruah bangsa. Nilai lain ialah
bertanggungjawab. Contohnya, rakyat bertanggungjawab mempertahankan martabat bahasa ibunda
daripada tercemar.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang maksud
3-4 sajak dan nilai murni yang terdapat dalam sajak dengan betul.
5-6 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan nilai
murni yang terdapat dalam sajak dengan betul dan rasional.
Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang maksud
sajak dan nilai murni yang terdapat dalam sajak dengan tepat. Murid menggunakan ayat yang gramatis, contoh yang tepat, dan rasional.

15

BM Tingkatan 2 Unit 10

Seni Bahasa Buku Teks m/s 62

SP: 4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan
pengajaran dengan betul.

Baca sajak di bawah dengan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. KBAT

Dalam Persekitaran Kata-kata

“Dia mencipta manusia. Kata-kata yang berselerakan
Mengajarnya pandai berbicara.” langit, bumi, laut, gunung,
(Al-Quran, 55:3–4) awan, hujan, dan pohon,
adalah persekitaran.
Engkau beri kami kata-kata Seperti kami memetik buah-buahan
dan akal untuk mengucapkannya. kami sunting istilah iman,
Kami pindahkan makna, daripada kitab-kitab silam,
dari tempat ke tempat, mentakrif tanda alam,
dari zaman ke zaman. dan menjernihkan tafsiran.

Engkau jadikan kami bangsa
berkulit sawo matang.
Belajar di samudera jauh
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh
di pantai-pantai semenanjung.
CONTOH Kata-kata mengembangkan pengalaman,

terbentang di semesta alam,

memaknakan kewujudan. Aktiviti
Baha Zain PAK-21

Dipetik daripada
antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Dewan Bahasa dan Pustaka

1 Nyatakan maksud rangkap ketiga sajak Dalam Persekitaran Kata-kata.
Rangkap ketiga sajak di atas membawa maksud Tuhan menjadikan bangsa penyajak sebagai bangsa
Melayu yang mengembara merentasi lautan dan pulau lalu menetap di Tanah Melayu.



2 Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah kita haruslah menyanjungi dan memartabatkan
bahasa Melayu. Selain itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan kebolehan
berkomunikasi.





TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang rendah. Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang maksud
3-4 sajak dan pengajaran yang terdapat dalam sajak dengan betul.
5-6 Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang baik. Murid menunjukkan kefahaman tentang maksud sajak dan
pengajaran yang terdapat dalam sajak dengan betul dan rasional.
Murid mampu membaca sajak di atas dengan kebolehan dan kreativiti yang sangat baik. Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang maksud
sajak dan pengajaran yang terdapat dalam sajak dengan tepat. Murid menggunakan ayat yang gramatis, contoh yang tepat, dan rasional.

17

BM Tingkatan 2 Unit 12

Menulis Buku Teks m/s 75

SP: 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.

Dalam setiap petikan di bawah terdapat empat kesalahan ejaan atau tanda baca. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan dan tanda baca yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

1 Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,
tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari raya aildilfitri. Semua kaum suka makan
makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di malaysia. Makanan traditional ini
dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan
yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapek dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga
masak.
CONTOH
(i) Hari Raya Aidilfitri (iii) tradisional
(ii) Malaysia (iv) dilapik

2 Muruku ialah makanan tradisional kaum India yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya
dari Tamil Nadu. Muruku merupakan makanan ringan yang sedap, ranggup dan diperbuat daripada
tepung kacang, tepung beras, dan dicampur dengan rempah sebelum diproses menjadi doh.
Kemudian, doh tersebut akan dibentuk menjadi pusaran samada dengan mengunakan tangan
ataupun dengan acuan.

(i) resipi (iii) sama ada
(ii) rangup (iv) menggunakan

3 Kuih Bulan merupakan satu hidangan istimewa pada perayaan pesta tanglung. Kuih Bulan diperbuat
daripada adunan manis yang berinti kacang merah, adunan biji teratai atau kuning telor masin. Kuih
Bulan yang halal boleh juga dinikmati oleh pelbagai bangsa. Ramai kaum Melayu dan India suka
makan Kuih Bulan. Pada malam ke 15 bulan Ogos menurut calendar Cina, anggota keluarga akan
berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan
Kuih Bulan yang enak dengan diterangi tanglung-tanglung.

(i) Pesta Tanglung (iii) ke-15
(ii) telur (iv) kalendar

TP Pernyataan Pencapaian
1-2
3-4 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan
5-6 tersebut secara terhad.
Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit
kesalahan tersebut dengan betul.
Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan ejaan dan tanda baca yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut
dengan betul tanpa mengubah maksud asal ayat.

21

Unit 16 Anda Prihatin, Anda Selamat
Tema 8 Utamakan Keselamatan

Mendengar dan Bertutur Buku Teks m/s 99

SP: 1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis.

Dengar perbualan di bawah ini dengan teliti, kemudian saring maklumat tentang langkah-langkah menjaga
keselamatan rumah ketika pulang berhari raya.

CONTOHEsok, saya dan keluarga Audio 6
akan pulang ke kampung
datuk dan nenek di Wah, seronoknya dapat pulang ke
Kuantan, Pahang untuk kampung! Bagi mengelakkan kecurian
meraikan hari raya. berlaku, sebelum meninggalkan rumah,
pastikan tingkap dan pintu rumah
telah dikunci dengan ibu kunci yang
tidak mudah pecah. Selain itu, lampu
di dalam rumah harus dipasang untuk
menipu penjenayah bahawa rumah kita
seolah-olah ada orang. Dengan adanya
perancangan yang rapi, kita tidak perlu
bimbang akan keselamatan rumah kita.

Ya, betul cakap kamu. Jika kita bercadang bercuti lama, kita perlu hentikan Aktiviti
langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui PAK-21
rumah kita ditinggalkan. Selain itu, kita harus memaklumkan anggota
bertugas di bilik gerakan polis atau jiran untuk mengawasi rumah kita
supaya kediaman bebas daripada segala kejadian yang tidak diingini.

Antara langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya ialah kita perlu memastikan tingkap dan pintu rumah
telah dikunci dengan ibu kunci yang tidak mudah pecah sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan kecurian. Selain itu, lampu
di dalam rumah harus dipasang untuk menipu penjenayah bahawa rumah kita seolah-olah ada orang. Jika kita bercadang bercuti
lama, kita hendaklah menghentikan langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui bahawa rumah kita
ditinggalkan. Selain itu, kita juga harus memaklumkan anggota bertugas di bilik gerakan polis atau jiran untuk mengawasi rumah kita.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid mampu mendengar untuk menyaring maklumat daripada ujaran secara terhad. Murid hanya mampu menyaring maklumat berdasarkan bahan
3-4 secara minimum dan penggunaan ayat kurang gramatis.
5-6 Murid mampu mendengar untuk menyaring maklumat daripada ujaran pada tahap kukuh. Murid mampu menyaring maklumat berdasarkan bahan
tentang langkah-langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya secara betul dan rasional.
Murid mampu mendengar untuk menyaring maklumat daripada ujaran pada tahap tekal dan terperinci. Murid mampu menyaring maklumat
berdasarkan bahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan rumah ketika pulang berhari raya secara tepat dan rasional.

26

BM Tingkatan 2 Unit 16

Menulis Buku Teks m/s 101

SP: 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumuskan pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Berdasarkan petikan di bawah, tulis ringkasan tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara
dalam talian. KBAT

Kebelakangan ini, kes penipuan siber yang melibatkan produk tiruan, transaksi bayaran atau kualiti
sesuatu produk semakin meningkat. Oleh itu, pembeli perlu meningkatkan ilmu tentang e-dagang
untuk mengelakkan ditipu ketika berbelanja secara dalam talian dan menjadi pembeli bijak ketika
berada dalam talian.

(1)

Sebelum melakukan sebarang urusan dalam talian, pembeli perlu mengenal pasti identiti peruncit
elektronik berkenaan. Bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan, pembeli digalakkan menyemak
profil syarikat yang menjual barang itu terlebih dahulu menerusi laman sesawang rasmi KPDNHEP.
Mana-mana penjual yang berdaftar dan mendapat pensijilan BizTrust merupakan penjual yang boleh

(2)

diyakini. Selepas mengenal pasti identiti sesebuah peruncit elektronik, pembeli harus memastikan
syarikat itu mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pembeli dalam talian. Pembeli harus
membaca ulasan pembeli yang pernah berurusan dengan peruncit berkenaan untuk mengetahui

(3)

kelebihan serta kelemahan pedagang berkenaan. Selain itu, pembeli juga perlu menyemak harga
pasaran sebelum membeli. Jika barang yang dijual terlalu murah, berkemungkinan produk tersebut
merupakan barangan tiruan. Oleh itu, periksa harga dengan membuat perbandingan di laman web
atau aplikasi e-dagang. Selain harga, p(4e) mbeli juga harus membaca terma dan syarat untuk mengetahui
proses penghantaran dan pulangan semula barang.

(5)

Sebaik sahaja pembeli berpuas hati dengan syarikat berkenaan, pembeli harus memastikan
bahawa mereka berada dalam laman web bank yang sah dan betul sebelum membuat pembayaran.
B(u6)tir-butir seperti masa, tarikh, nombor resit, dan pengesahan pesanan perlu direkodkan oleh pembeli
sebagai satu bentuk bukti pembelian. Jika pembayaran boleh dilakukan secara cash on delivery, iaitu
m(7)embuat bayaran apabila menerima barangan tersebut, pembeli digalakkan berbuat demikian untuk
mengelakkan diri daripada ditipu oleh penjual, terutamanya peniaga kecil yang menjual beberapa
produk sahaja.
CONTOH
Antara cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian ialah pembeli perlu mengenal pasti identiti

peruncit elektronik berkenaan. Selain itu, pembeli harus memastikan syarikat itu mempunyai reputasi yang baik dalam

kalangan pembeli dalam talian. Seterusnya, pembeli juga perlu menyemak harga pasaran serta membaca terma dan

syarat sebelum membeli. Pembeli juga harus memastikan bahawa mereka berada dalam laman web bank yang sah

dan betul sebelum membuat pembayaran. Di samping itu, pembeli perlu merekodkan butir-butir seperti masa, tarikh,

nombor resit, dan pengesahan pesanan sebagai satu bentuk bukti pembelian. Akhir sekali, pembeli digalakkan membuat

bayaran apabila menerima barangan yang dibeli. (95 patah perkataan)

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak mampu mengenal pasti semua isi penting tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian yang terdapat di dalam
3-4 petikan. Ringkasan tidak lengkap dan penggunaan penanda wacana yang agak terhad.
Murid mampu membaca, memahami, dan mengenal pasti isi-isi penting tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian yang
5-6 terdapat di dalam petikan. Murid mampu membuat ringkasan yang baik dengan menggunakan penanda wacana dengan betul.
Murid mampu membaca, memahami dan mengenal pasti isi-isi penting tentang cara berwaspada semasa berbelanja secara dalam talian yang terdapat
di dalam petikan secara tekal dan terperinci serta rasional. Murid mampu membuat ringkasan yang baik dengan menggunakan penanda wacana
dengan tepat.

27

BM Tingkatan 2 Unit 19

Tatabahasa Buku Teks m/s 124
SP: 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

1 Dalam petikan di bawah ini, terdapat empat kesalahan kata. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi

peluang kepada pelancong untuk turut serta di dalam aktiviti yang dilakukan oleh pengusaha.

Pelancongan agro memberi kepuasan dan pengalaman berbeza pada pelancong kerana mereka

dapat mempelajari dan melihat sendiri proses hasilan sesuatu produk makanan atau minuman yang

CONTOH
melalui pelbagai peringkat sebelum dijual ke pasaran umum. Misalnya, jika melawat ke kawasan

ladang ternakan lembu atau kambing, orang ramai akan didedahkan cara menternak haiwan itu

dan melihat sendiri proses penyembelihan serta memerah susu.


(i) adalah – ialah (iii) pada – kepada

(ii) di dalam – dalam (iv) hasil – penghasilan

2 Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan frasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Tidak ketinggalan dalam aktiviti penanaman padi misalnya, terdapat pengusaha yang memberi
peluang kepada para-para pelancong untuk membajak tanah dan menuai padi. Ketika menuai padi,
pelancong akan berada di kawasan bendang yang sememangnya terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti
sampingan lain seperti menangkap ikan di kawasan tali air. Bagi warga bandar khasnya kanak-
kanak, mereka dapat melihat sendiri cara beras dihasilkan. Pada masa yang sama, pembelajaran
juga dapat diterapkan oleh kerana aktiviti pelancongan agro sememangnya membawa kesan positif
untuk pendidikan luar kelas yang berlangsung secara tidak formal. Bagi mereka yang gemar akan
merakam gambar, pusat pelancongan agro juga boleh dijadikan sebagai destinasi mengabadikan
pelbagai sudut gambar yang menarik terutama yang bertemakan alam semula jadi.



(i) para-para pelancong – para pelancong
(ii) pelbagai aktiviti-aktiviti – pelbagai aktiviti/ aktiviti-aktiviti
(iii) oleh kerana – kerana
(iv) gemar akan merakam gambar – gemar merakam gambar

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam setiap petikan. Murid hanya mampu mengedit kesalahan
3-4 tersebut secara terhad.
5-6 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam setiap petikan. Murid mampu mengedit
kesalahan tersebut dengan betul.
Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam setiap petikan. Murid mampu mengedit kesalahan tersebut
dengan tepat.

31

BM Tingkatan 2 Unit 2 Cintai Malaysia

Unit 20 Tema 10 Selamat Datang ke Malaysia

Menulis Buku Teks m/s 127

SP: 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.

Kenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, dan nahu yang terdapat dalam petikan di bawah. Kemudian, betulkan
kesalahan tersebut. KBAT

CONTOH
Kota A’ Famosa membawa erti “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis. Monument ini telah
dibina oleh portugis pada tahun 1511 sejurus selepas berjaya menawan kota Melaka. Bagi menangkis
serangan orang-orang Melayu, pihak Portugis telah menggunakan buruh paksa demi untuk membina
kubu utama yang digelar “A’ Famosa” atau secara rasminya dikenali sebagai Kubu Melaka (Fortaleza
de Malaca).
Kota A’ Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka dan bersebelahan dengan replika Istana
Kesultanan Melaka serta Gereja St. Paul. Kota A’ Famosa merupakan di antara seni bina Eropah
tertua sekali yang masih wujud di Asia. Sejarah pembinaan Kota A’ Famosa atas arahan alfonso
de albuquerque telah menjadi lambang penentangan penduduk Melayu Melaka pada ketika itu
sehingga memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai dan
mengambil alih bandar Melaka.

Jenis kesalahan Kesalahan Pembetulan
Ejaan Termashur Termasyhur
Monument Monumen

Tanda baca portugis Portugis
alfonso de albuquerque Alfonso de Albuquerque

demi untuk demi/ untuk

Tatabahasa di antara antara

tertua sekali tertua/ tua sekali

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid tidak dapat mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Murid hanya mampu
3-4 mengedit kesalahan tersebut secara terhad.
5-6 Murid mampu mengenal pasti sekurang-kurangnya lima kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan.
Murid mampu mengedit kesalahan tersebut dengan betul.
Murid mampu mengenal pasti semua kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan. Murid mampu mengedit
kesalahan tersebut dengan tepat.

32

BM Tingkatan 2 Unit 3 Teras Keharmonian

Unit 22 Tema 11 Perpaduan

Seni Bahasa Buku Teks m/s 140

SP: 4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan

pengajaran dengan betul.

Fahami pantun di bawah. Kemudian, kenal pasti tema, persoalan, dan nilai yang anda peroleh daripada
pantun tersebut. KBAT

CONTOH PANTUN PERIBAHASA

Buat bangsal di Pulau Daik, Hendak belayar ke Teluk Betung,
Menahan taut sambil mengilau; Sambil mencuba labuhkan pukat;
Kalau asal benih yang baik, Bulat air kerana pembetung,
Jatuh ke laut menjadi pulau. Bulat manusia kerana muafakat.

Hendak layari perahu payar, Puisi Warisan, 1984
Angin berpuput di Laut India; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Takkan lari gunung dikejar,
Hilang kabut nampaklah dia.

Tema
Pantun Peribahasa bertemakan sifat-sifat mulia yang menjadi amalan manusia.

Persoalan

1 Orang yang berhati mulia sentiasa dihormati dan dipandang tinggi.
2 Bersabar dan berusaha gigih sangat penting apabila hendak mengejar sesuatu cita-cita.
3 Masyarakat yang saling bekerjasama akan banyak mencapai kejayaan.

Nilai Pencapaian

1 Berhemah tinggi
2 Gigih berusaha
3 Bermuafakat

TP Pernyataan
1-2 Murid tidak menunjukkan kefahaman tentang tema dan persoalan pantun, serta nilai murni yang terdapat dalam pantun dengan betul.
3 - 4 Murid mampu menunjukkan kefahaman tentang tema dan persoalan pantun, serta nilai murni yang terdapat dalam pantun dengan betul.
5 - 6 Murid dapat menunjukkan kefahaman tentang tema dan persoalan pantun, serta nilai murni yang terdapat dalam pantun dengan tepat.

34

Unit 26 BM Tingkatan 2 Unit 26

Bijak Wang

Tema 13 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Menulis Buku Teks m/s 163

SP: 3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas secara terancang.

Berdasarkan grafik, hasilkan perenggan isi yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat
penegas. KBAT

CONTOH Faedah Menabung Info 2

Persediaan masa hadapan Memupuk amalan murni

Dapat digunakan pada Dapat membeli barang
waktu kecemasan yang diingini

Isi Pertama

Ayat Topik Antara faedah menabung ialah sebagai persediaan masa hadapan
untuk tujuan pelajaran.

Ayat Huraian Wang tabungan boleh menampung perbelanjaan persekolahan dan
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ayat Contoh Misalnya, membeli buku-buku rujukan, peralatan belajar, dan
membayar yuran pengajian.

Ayat Penegas Tegasnya, masa hadapan kita akan lebih terjamin apabila menabung
untuk tujuan melanjutkan pelajaran.

39

BM Tingkatan 2 Unit 26 Amalan menabung dapat memupuk amalan murni seperti berjimat
cermat dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Isi Kedua
Ayat Topik Menabung dapat mengelakkan diri daripada berbelanja dengan boros
yang akhirnya akan merugikan diri sendiri.
Ayat Huraian
Ayat Contoh Sebagai contoh, orang yang menabung tidak akan membelanjakan wang
Ayat Penegas yang dimiliki sehingga habis. Sebaliknya, berbelanja secara berhemah.
Isi Ketiga Lebihan wang akan disimpan.

Tegasnya, amalan menabung dapat menjadikan seseorang itu tidak
membazir dan terhindar daripada kemiskinan pada masa hadapan.
CONTOH
Ayat Topik Wang tabungan dapat digunakan apabila berlaku kecemasan.
Ayat Huraian
Ayat Contoh Sikap “sediakan payung sebelum hujan” harus dijadikan amalan agar
Ayat Penegas dapat mengelakkan musibah yang menimpa diri atau ahli keluarga.
Isi Keempat
Misalnya, mengalami masalah kesihatan, tragedi kemalangan jalan
raya, dan ditimpa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Tuntasnya, amalan menabung dapat membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi dan mengelakkan seseorang meminjam wang
daripada orang lain.

Ayat Topik Dengan menabung, kita dapat membeli apa-apa barang yang diinginkan.
Ayat Huraian
Ayat Contoh Kita tidak perlu bergantung hidup pada ibu bapa dan dapat
Ayat Penegas meringankan beban mereka.

Misalnya, wang tabungan dapat membeli barang yang diinginkan
seperti kasut atau komputer riba tanpa meminta wang daripada ibu
bapa.

Kesimpulannya, menabung dapat mengurangkan perbelanjaan ibu
bapa dalam menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

TP Pernyataan Pencapaian
1-2 Murid hanya mampu menulis perenggan isi dengan menyenaraikan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terhad.
3-4 Murid mampu menulis perenggan isi dengan menyenaraikan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang, tertib, dan
kemas menggunakan bahasa yang betul.
5-6 Murid dapat menulis perenggan isi dengan menyenaraikan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang, tertib, dan
kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

40

Jawapan

Unit 1 Anda Sihat Anda Ceria 2 Mengadakan lebih banyak program pencegahan
dan pendidikan di peringkat akar umbi dalam usaha
Menulis memberikan kesedaran kepada masyarakat.

1 Maksud – Apa-apa yang diperlukan dalam setiap hari; 3 Pendidikan kesihatan boleh dilakukan melalui kempen
apa-apa yang berguna atau yang penting dalam sehari. kesedaran, pameran, dan ceramah yang melibatkan
pelbagai lapisan usia dan masyarakat.
Ayat lengkap – Harga barang keperluan harian yang
dijual di kedai runcit itu berpatutan. 4 Pendidikan tentang aspek kesihatan perlu juga
dimulakan dari peringkat sekolah.
2 Maksud – Unit ukuran bagi nilai tenaga makanan.
Ayat lengkap – Sayur-sayuran dan buah-buahan 5 Pihak kerajaan juga boleh mempertimbangkan
cadangan untuk menambah baik akta sedia ada
bukan sahaja rendah lemak dan kalori, malah dengan meningkatkan kadar kompaun.
mengenyangkan dan baik untuk kesihatan.
CONTOH
Unit 2 Kebersihan Lambang Keperibadian Unit 6 Budi Disemai, Bakti Dituai

Tatabahasa 6 mereka Membaca
7 Kita
1 mereka 8 kita Tema
2 kita 9 kita Bertemakan kemuliaan, pengorbanan, dan kegigihan
3 kita 10 kita seorang guru dalam usaha mendidik anak-anak bangsanya.
4 kita Nilai
5 mereka • Mengenang budi – mengenang jasa guru yang telah

Unit 3 Indahnya Menuntut Ilmu banyak berjasa kepada masyarakat.
• Bertanggungjawab – tidak jemu menjalankan tugas
Menulis
sebagaimana yang diamanahkan.
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan Rima Akhir
manusia kerana mampu menjadikan seseorang itu insan Rangkap 1 : abbcccdcdcc
yang hebat. Seseorang yang berilmu akan mentaati Rangkap 2 : abccbcdced
ibu bapa, menjadi murid cemerlang seterusnya rakyat Rangkap 3 : abbaa
yang baik. Dengan itu, ilmu perlu dituntut, diamalkan,
dan disebarkan untuk dimanfaatkan oleh semua Unit 7 Remaja Berintegriti
orang. Negara yang maju memerlukan rakyat yang
berilmu untuk membangunkan negara. Oleh itu, rakyat Membaca
terutamanya remaja perlu berusaha menuntut ilmu untuk
melengkapkan diri dengan ciri-ciri masyarakat intelettual. Maklumat di atas menunjukkan peranan yang
Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan penting untuk dimainkan oleh pengawas sekolah. Antara tanggungjawab
seseorang terus bersaing dalam globalisasi. pengawas termasuklah perlu membantu pihak
sekolah menjaga disiplin sekolah. Selain itu, pengawas
Tatabahasa 6 mudah berperanan untuk meningkatkan disiplin murid. Hal ini
7 senyap dikatakan demikian kerana mereka bertugas mengawasi
1 cemerlang 8 selesa dan memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi
2 baik 9 tekun oleh semua murid. Murid yang membuat kesalahan
3 efektif 10 awal disiplin akan diberikan nasihat dan denda agar mereka
4 rajin insaf akan kesalahan diri. Seterusnya, pengawas juga
5 baru bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada
murid lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas
Unit 4 Ilmu Penyuluh Hidup ialah seseorang murid yang mestilah memiliki tahap
disiplin yang tinggi. Tamsilannya, tingkah laku yang
Membaca dilakukan oleh pengawas seperti berbaris dengan teratur
1 Pihak berkuasa tempatan melalui kerjasama Jabatan semasa berada di kantin akan dicontohi oleh murid dan
seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Akhir sekali,
Kesihatan perlu menggiatkan usaha menjalankan pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah
pelbagai program kesedaran. supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan.

J1


Click to View FlipBook Version