The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2021-10-02 20:08:24

Pepatah & Bidalan

Pepatah & Bidalan

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH 5 Alah bisa, tegal biasa

Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi
senang

Pada mulanya, Razlan agak kekok untuk mencanting batik
di bengkel ayahnya itu, lama-kelamaan dia sudah mahir
mencanting batik. Bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.

6 Ayam terlepas, tangan bau tahi

Kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-
mata

Pemuda yang telah mencuri pakaian berjenama di butik itu
telah tertangkap dan dia tunduk malu apabila dibawa keluar

dari butik itu kerana
ayam terlepas,
tangan bau tahi.

CONTOH

CONTOH

5 Berani kerana benar, takut kerana salahCONTOH

Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang
tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan

Danial tidak takut apabila disoal oleh guru disiplin tentang kes
ponteng sekolah itu kerana dia berada di pihak yang benar,
berani kerana benar, takut kerana salah.

6 Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih
susah orang yang menanggungnya

Bantuan yang diberikan Semoga bantuan
oleh penduduk kampung kerusi roda ini dapat
dapat meringankan meringankan beban
bebanan Mak Utih yang
lumpuh itu kerana berapa Mak Utih.

berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

CONTOH 7 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Suka duka sama-sama ditanggung

Kerja membaiki jambatan
yang rosak akibat banjir
di Kampung Temau
itu menjadi mudah
kerana penduduk
kampung bekerjasama
membaikinya kerana
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

8 Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-
dengar

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati agar
tidak menyinggung perasaan orang lain

“Kalau hendak meluahkan rasa tidak puas hati tentang orang
atasan itu berhati-hatilah. Bak kata pepatah, berkata siang
melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar,” kata
Puan Dayang kepada Hairi.

CONTOH 9 Buang yang keruh, ambil yang jernih

Buang yang jahat dan ambil yang baik

Pak Mahat dan Pak
Jahim telah berdamai
dan melupakan
persengketaan mereka
yang lalu. Perbuatan
mereka itu, buang yang
keruh, ambil yang
jernih.

10 Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Kalau hendak membuat kebaikan biarlah berpatutan, tetapi
jangan sekali-kali berbuat jahat

Kita hendaklah membantu rakan yang berada dalam kesusahan
mengikut kemampuan diri kita. Bak kata pepatah, buat baik
berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

CONTOH11 Berkerat rotan, berpatah arang

Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik
semula

Mohan yang berselisih faham dengan ayahnya tentang
sahamnya itu bertekad keluar dari rumah ayahnya dan berjanji
tidak akan kembali lagi. Perbuatan Mohan itu seperti berkerat
rotan, berpatah arang.

12 Biar berputih tulang, jangan berputih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu

Anggota tentera yang berani itu sanggup berkorban nyawa
daripada membiarkan tanah air jatuh ke tangan pihak komunis
kerana mereka berpegang kepada prinsip biar berputih
tulang, jangan berputih mata.

CONTOH

CONTOH

CONTOH 3 Ada rupa ada harga

Harga barang menurut rupanya
Semua perabot di rumah Puan Khadijah memang ada rupa

ada harga kerana perabot itu memang berkualiti.

4 Ada sampan hendak berenang

Sengaja menyusahkan diri
Ibu membasuh baju dengan tangan, padahal ayah telah

membeli mesin basuh baju. Inilah yang dikatakan orang, ada
sampan hendak berenang.

Eh, ada sampan
hendak berenang

pula!

54

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH

CONTOH17 Api kecil baik dipadamkan

Basmilah kejahatan sementara masih baru bermula
Sekiranya saya dan adik berbuat salah, ibu saya pasti akan

mendenda kami. Baginya, api kecil baik dipadamkan.

18 Awal dibuat akhir diingat

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan, baiklah fikirkan masak-
masak supaya selamat

Encik Sundram memerlukan masa untuk meneliti projek ini
sebelum beliau bersetuju untuk melabur kerana kata orang,
awal dibuat akhir diingat.
61

CONTOH

CONTOH












Click to View FlipBook Version