The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2022-11-25 23:32:02

Sistem Bahasa Tingkatan 5

S-23205-41 Sistem Bahasa T5

Modul 360°

• Nota Padat 5
• Praktis Intensif
• SPM Tingkatan

Terbaharu KSSM

Form at Pentaksira n
SPM Terkini

Sistem Bahasa

• Syahida Idris
• Hafiza Rosdi

Kandungan

Unit 1 Kata Tunggal dan Kata Majmuk...............................................................................1

Unit 2 Kata Terbitan.............................................................................................................5

Unit 3 Kata Ganda dan Akronim.........................................................................................8

CONTOHUnit 4Golongan Kata Nama..............................................................................................11

Unit 5 Golongan Kata Kerja...............................................................................................16

Unit 6 Golongan Kata Adjektif..........................................................................................21

Unit 7 Golongan Kata Tugas.............................................................................................24

Unit 8 Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama...........................29

Unit 9 Ayat Dasar...............................................................................................................35

Unit 10 Ayat Terbitan..........................................................................................................38

Unit 11 Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Susunan Songsang serta Ayat Majmuk...........45

Unit 12 Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan................................50

Unit 13 Ragam Ayat.............................................................................................................54

Unit 14 Peribahasa.................................................................................................................59

Penilaian Tatabahasa 1.............................................................................................................63
Penilaian Tatabahasa 2.............................................................................................................65
Jawapan

Unit 1 Kata Tunggal dan Kata Majmuk

Nota Pantas

Kata Tunggal

1 Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian.

2 Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: di, buku, stamina.
3 Kata tunggal terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Contoh: siapa?, sudah, gitar
(b) Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu

unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: di, dari, pada, untuk
(c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa

perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contoh: NATO, cerpen, pawagam
CONTOH
Kata Majmuk

1 Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.

2 Terdapat tiga kelompok kata majmuk, iaitu:

(a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh:

• gambar rajah • alat tulis • biru laut • bandar raya
• jam tangan
• air hujan • tengah hari • jalan raya

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contoh:
• Perdana Menteri • Ketua Menteri • Penolong Pendaftar
• Naib Canselor • Raja Muda • Duta Besar

(b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus. Contoh:

• deria rasa • cari gali • garis pusat • mata pelajaran
• segi tiga
• pita suara • kanta tangan • temu duga

(c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contoh:

• kaki ayam • anak emas • buah hati • makan angin

Bentuk kata majmuk yang telah mantap

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai
satu perkataan yang utuh. Perkataan ini dieja sebagai satu perkataan. Contoh:

• antarabangsa • beritahu • kakitangan • kerjasama
• setiausaha • sukarela • olahraga • matahari
• suruhanjaya • jawatankuasa • tandatangan • tanggungjawab
• warganegara • pesuruhjaya • bumiputera

1

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 1

Praktis Masteri

Praktis 1

Gabungkan kata tunggal di bawah untuk membentuk kata majmuk yang tepat. Kemudian, lengkapkan petikan
di bawah.

hak ibu ganti campur setia tangan jauh cipta
rabun telefon kawan bapa kaji bimbit rugi uji

CONTOH (i) (v)
(ii) (vi)
(iii) (vii)
(iv) (viii)

Kanak-kanak zaman ini mudah terdedah kepada risiko (1) seawal

usia dan juling jika (2) gagal mengawal permainan elektronik dalam tempoh

terlalu lama. Kajian mendapati hampir satu bilion kanak-kanak berisiko tinggi mengalami rabun jauh atau

miopia menjelang 2050 akibat kerap terdedah kepada cahaya daripada (3)

atau gajet elektronik.

Praktis 2

Analisis ayat-ayat di bawah. Gariskan kesalahan yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan dan berikan
penjelasan.

Ayat Pembetulan Penjelasan

1 Masyarakat harus memberikan
kerja sama kepada pihak
penguatkuasa agar mereka dapat
menjalankan amanah dan
tanggungjawab mereka.

2 Aturcara majlis perpisahan guru
penolong kanan berjalan dengan
lancar sekali.

3 Fizi menasihatkan rakannya
supaya tidak mencampur
adukkan hal peribadi dengan
masalah di tempat kerja.

2

CONTOH Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 1

Praktis ke Arah SPM

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Apakah tanggungjawab kita untuk mempertahankan kedaulatan negara? Persoalan ini perlulah
difikirkan sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara Malaysia tanpa kita mengehadkan kepada sempadan
bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana setiap individu yang mengakui Malaysia sebagai negaranya
wajib bersedia untuk mempertahankan negara ini daripada dicemari kedaulatannya. Setiap warganegara
perlu mengukuhkan jati diri yang kuat yang disulami semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri
masing-masing.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara’

oleh Mohd. Khairul Riza Tuan Mohd. Yusop
Dewan Siswa, Ogos 2016
[6 markah]

Kata majmuk:
Ayat:

1

2

3

Praktis 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama tunggal. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pada masa ini, pengaruh rakan sebaya juga penting dalam membentuk sahsiah remaja. Oleh hal yang
demikian, remaja mestilah bijak memilih kawan. Pilihlah individu yang mempunyai peribadi yang baik,
berilmu, beriman, dan tidak terbabit dalam gejala sosial untuk dijadikan sebagai teman rapat yang boleh
menjamin masa depan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menggilap Akal dan Sahsiah Remaja’

oleh Aminudin Mansor
Dewan Siswa, Bil. 6 2018

[6 markah]

3

Unit 2 Kata Terbitan

Nota Pantas

Kata Terbitan

1 Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan pula dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

(a) Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
(b) Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
(c) Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal

dan di akhir kata dasar.
(d) Sisipan, yang hadir di celah kata dasar, seperti -el-, -em-, -er-, -in

Praktis Masteri

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang
terdapat dalam petikan dan bina tiga ayat mengggunakan kata imbuhan apitan tersebut.

OKU terdiri daripada pelbagai kategori seperti pendengaran, penglihatan, fizikal dan sebagainya.
Ketika situasi kecemasan, OKU merupakan golongan yang amat berisiko tinggi khususnya apabila
berdepan dengan cabaran yang amat sukar untuk keluar daripada tempat kecemasan dengan selamat
dan cepat. Oleh itu, kemudahan yang ada perlulah bersesuaian dengan OKU pelbagai kategori. Sebagai
contoh, sistem penggera yang bersesuaian dengan OKU ketika situasi kecemasan, tempat berkumpul
yang mudah diakses serta kemudahan yang boleh mempercepat pergerakan untuk OKU.
CONTOH
Imbuhan Awalan Imbuhan Apitan Imbuhan Akhiran

Ayat:
(i)

(ii)

(iii)


5

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 2

Praktis 2

Analisis ayat-ayat di bawah. Gariskan kesalahan yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan ayat tersebut
dan berikan penjelasan.

Ayat Pembetulan Penjelasan

1 Aktiviti mendaki bukit tergolong
dalam satu daripada lima latihan
kardio terbaik yang memberi
banyak kelebihan kepada tubuh.

2 Kerja memperdalamkan dasar
sungai itu akan dilakukan bagi
mengelakkan kejadian banjir
kilat.
CONTOH
3 Mangsa banjir dipindahkan
ke pusat pemindahan sementara
memperolehi bantuan makanan
dan pakaian.

4 Beg plastik mengambil beberapa
ratusan tahun untuk reput.

5 Tugu Negara dibina untuk
memperingatkan askar-askar
yang gugur semasa
mempertahankan negara.

Praktis 3

Dalam petikan di bawah ini terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Untuk kanak-kanak dan remaja pula, pakar kesihatan menyaran agar mereka melakukan senaman
aerobik pada intensiti sederhana selama 60 minit sehari. Aktiviti ini mestilah pelbagai, sesuai dengan
umur dan perkembangan fizikal mereka. Antara aktiviti cergas yang boleh anak anda lakukan ialah
berjalan cepat, berjoging, lompat skip, bermain di taman mainan, berbasikal dan menari. Pada masa
yang sama, mereka boleh mencuba senaman aerobik yang lasak, aktiviti memperkuatkan otot dan
tulang seperti berlari, melompat pantas, berenang, bangun tubi, tekan tubi dan latihan mengangkat
bebanan. Sama seperti orang dewasa, sesi aktiviti cergas unutk kanak-kanak dan remaja juga boleh
dipecahkan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian jadual harian.

(i) (iii)
(ii) (iv)

6

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 2

Praktis ke Arah SPM

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja terbitan dan dua kata nama terbitan.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pada era milenium ini, industri pelancongan di Malaysia semakin pesat membangun. Keadaan ini telah
menjanakan pertumbuhan ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan. Perkembangan pesat industri
pelancongan ini menjadikan pelancongan satu daripada industri yang penting di Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Langkah Memajukan Industri Pelancongan di Malaysia’

Dewan Siswa, Bil. 12 2019
[8 markah]

Kata kerja terbitan:

Kata nama terbitan:
Ayat:

1
CONTOH
2

3

4


Praktis 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif terbitan. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Badan yang sihat mampu menyumbang kepada kekuatan akal dan pemikiran. Bagi membentuk badan
yang sihat, kita perlu mengelakkan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan akal seperti merokok,
melepak, dan sebagainya. Aktiviti fizikal yang mengekalkan kecergasan dapat membentuk akal yang
cemerlang dan positif.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menggilap Akal dan Sahsiah Remaja’

Dewan Siswa, Bil. 06 2018
[6 markah]

Kata adjektif terbitan:
Ayat:
1

2

3

7

Unit 7Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 7 Golongan Kata Tugas

Nota Pantas

Golongan Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa dan mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

CONTOHEmpat Kelompok 17 Jenis Kata Contoh
Kata Tugas Tugas
dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian, yang,
Kata penyambung Kata hubung bahawa, untuk, kerana, sekiranya, jikalau, agar, semoga, andai
ayat kata, hingga, meskipun, supaya, kendatipun, semasa, sementara,
Kata seru ketika, walaupun, setelah, tatkala, sungguhpun, sebab, apabila
Kata praklausa Kata tanya
Kata perintah cis, aduh, celaka, wahai, aduhai, amboi, oh, eh, wah, syabas
Kata prafrasa dan Kata pembenar
Kata pascafrasa Kata pangkal mengapa, bila, kenapa, berapa, bagaimana, siapa

Kata pascakata ayat jangan, usah, tak usah, sila, jemput, minta, harap, tolong

Kata bantu ya, benar, betul

Kata penguat maka, hatta, adapun, kalakian, sebermula, arakian, alkisah,
Kata penegas syahadan

Kata nafi telah, pernah, akan, sudah, sedang, mula, baru, masih, belum,
Kata pemeri hendak, mahu, enggan, harus, mesti, patut, boleh, dapat,
Kata sendi mungkin

nama terlalu, paling, makin, agak, cukup, kurang, sekali, betul, benar,
nian, amat, sangat, sungguh
Kata arah
-kah, -lah, -tah, juga, jua, pun, sahaja, memang, lagi, hanya, cuma
Kata bilangan
bukan, tidak
Kata adverba
adalah, ialah
Kata penekan
di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang,
Kata pembenda mengenai, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap,
akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, sampai, selain

atas, bawah, antara, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi,
penjuru, sudut, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara,
segi

tiga, berkotak-kotak, banyak, para, semua, setengah, lima ribu,
keempat-empat, seperlima

jarang-jarang, sentiasa, kerap kali, sekali gus, begitu, agaknya,
diam-diam, berhari-hari, tergesa-gesa, selama-lamanya, kecil-
kecilan, mati-matian, (sakit) kuat, sering (di kedainya), (terbang)
meninggi

sesungguhnya, nampaknya, sebetulnya, sebaik-baiknya,
seandainya, sekiranya, bahawasanya

lajunya, pentingnya, datangnya, perginya, berdirinya, sakitnya,
turunnya, lantangnya

24

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 7

Praktis Masteri

Praktis 1

Analisis penggunaan kata tugas dalam ayat-ayat yang berhuruf tebal dalam petikan di bawah.

Guru merupakan penggilap potensi murid dalam memastikan setiap anak didiknya mempunyai
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan mengamalkan nilai murni, serta bersedia
menghadapi cabaran pada abad ke-21. Hal itu belum lagi mengambil kira cabaran guru di pedalaman
yang terpaksa menaiki sampan, berjalan kaki meredah bukit dan hutan semata-mata untuk
mendidik anak bangsa. Oleh itu, pernahkah kita mengenang jasa guru yang menjadi pencetus kejayaan
kita pada hari ini?
Dalam mana-mana agama sekalipun, kedudukan guru amat dimuliakan. Guru perlu dihormati
dan disanjungi. Kita belajar membaca dan mengira daripada guru. Lulus peperiksaan kerana ilmu yang
diberikan oleh guru. Berjaya masuk ke universiti di dalam atau di luar negara juga disebabkan peranan
guru yang mendidik kita. Janganlah lupa bahawa kerjaya yang dimiliki kelak ialah hasil daripada ilmu
yang ditimba daripada mereka yang bergelar guru.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cikgu, Jasamu Kusimpan di Hati Nurani’

oleh Normah Ahmad,
Dewan Siswa, Bil. 05 2020
CONTOH
Ayat Analisis penggunaan kata tugas

1 Contoh: (a) dalam – kata sendi nama
Guru merupakan penggilap potensi murid (b) setiap – kata bilangan
dalam memastikan setiap anak didiknya (c) dan – kata hubung gabungan
mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, (d) serta – kata hubung gabungan
kemahiran memimpin, dan mengamalkan nilai (e) pada – kata sendi nama
murni, serta bersedia menghadapi cabaran pada
abad ke-21.

2 Hal itu belum lagi mengambil kira cabaran guru
di pedalaman yang terpaksa menaiki sampan,
berjalan kaki meredah bukit dan hutan
semata-mata untuk mendidik anak bangsa.

3 Dalam mana-mana agama sekalipun, kedudukan
guru amat dimuliakan.

4 Lulus peperiksaan kerana ilmu yang diberikan
oleh guru.

5 Janganlah lupa bahawa kerjaya yang dimiliki
kelak ialah hasil daripada ilmu yang ditimba
daripada mereka yang bergelar guru.

25

CONTOH Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 7

Praktis ke Arah SPM

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata penguat dan dua kata bantu. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Mangga harum manis ini hanya boleh didapati di Perlis, bermula di antara bulan April hingga Jun
pada setiap tahun. Mangga ini unik kerana akan mengeluarkan aroma yang sangat harum apabila masak
dan isinya berwarna oren kekuningan. Rasa mangga ini manis sekali dan sesuai dimakan dengan pulut.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perlis, Kecil-kecil Cili Api’
oleh Azli Khairi,
Dewan Siswa, Bil. 06 2020
[8 markah]

Kata penguat

Kata bantu

Ayat:

1

2

3

4

Praktis 2

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Ibu bapa mestilah menyemai sikap membenci rasuah dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil. Didikan
agama dan moral agak penting sekali untuk anak-anak memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri serta
boleh membantu seseorang membezakan di antara perkara yang baik dengan yang bukan baik. Ibu bapa
harus menasihati anak-anak menjauhi diri dari amalan rasuah.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bendung Gejala Rasuh’

Dewan Siswa Bil. 02 2020
[6 markah]

27

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 7 Betul

Salah

Petikan 2

Sesungguhnya, memilih bidang pengajian yang betul perlu diambil serius dan bukannya dipandang
ringan. Pemilihan bidang pengajian yang sesuai daripada sekolah menengah hingga ke universiti penting
bagi memungkinkan murid merencanakan masa depan. Jika tersalah merancang, terutama di dalam
pemilihan aliran yang ingin diikuti akan mendatangkan kesan jangka panjang malah sepanjang hayat. Oleh
itu, murid perlu membuat pilihan yang bersesuaian dengan minat, kecenderungan, keputusan peperiksaan,
dan keupayaan masing-masing agar supaya tidak timbul isu menyesal atau berdepan konflik lain pada masa
akan datang.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Dilema Memilih Bidang Pengajian?’

oleh Jeniri Amir
Dewan Siswa, Bil. 02 2020

[5 markah]
CONTOH
Salah Betul

Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk pembangunan sukan
elektronik (e-sukan) bagi tahun ini. Menurut Exco Sukan Negeri, Khairul Shahril Mohamed, program
e-sukan perlu diperkembangkan kepada generasi muda kerana e-sukan merupakan trend gaya hidup
baharu masyarakat dari dalam dan luar negara.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘RM500 Ribu untuk Pembangunan e-Sukan di Perak’

Dewan Ekonomi, Bil. 06 2020
[6 markah]

Kata sendi nama

Ayat:
1
2
3

28

Unit 9 Ayat Dasar

Nota Pantas

Ayat Dasar

1 Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti yang menjadi dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain.
2 Terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:

Subjek Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN) Predikat
Amelia
Makanan kegemaran saya guru.
rendang ayam.
CONTOH
Subjek Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
Predikat
Asman
Adik ketawa.
menangis dengan teresak-esak.

Subjek Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) Predikat

Ibu lemah lembut.
Jiran saya baik-baik belaka.

Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

Subjek Predikat

Surat ini daripada sahabat penanya.

Hadiah ini untuk adik saya.

3 Ayat dasar mestilah memenuhi kriteria yang berikut:
(a) Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat, iaitu ayat tunggal dan tiada peluasan dalam subjek

dan predikat

(b) Jenis ayat penyata
(c) Bersusunan biasa
(d) Mempunyai ragam ayat aktif sekiranya predikat ayat frasa kerja transitif

4 Untuk mengenal pasti ayat dasar, murid mestilah berupaya:
(a) Membezakan ayat dasar daripada ayat tunggal
(Sebab: Semua ayat dasar ialah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal ialah ayat dasar)
(b) Membezakan ayat bersusunan biasa daripada ayat bersusunan songsang
(Sebab: Ayat bersusunan songsang bukan ayat dasar kerana asalnya ayat songsang tersebut adalah

daripada ayat bersusunan biasa)
(c) Membezakan ayat aktif daripada ayat pasif
(Sebab: Ragam ayat pasif bukan ayat dasar kerana pembentukan ayat pasif juga berasal daripada

ayat aktif)
(d) Membezakan jenis ayat, iaitu dapat membezakan ayat penyata daripada ayat tanya, ayat seruan,

dan ayat perintah.
(Sebab: Ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah terbentuk daripada ayat penyata)

35

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 9

Praktis Masteri

Praktis 1

Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama +
Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

(i) Cenderamata itu untuk guru kesayangan saya.


(ii) Za ‘ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bulit Kerdas.

CONTOH
(iii) Nasi beriani itu sangat enak sekali.


(iv) Jimmy ke pusat beli-belah Pavilion dengan menaiki MRT.


(v) Pemuda itu abang sepupu saya.



Praktis 2

Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Ayat
yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan
semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambahkan perkataan lain.

(i) kerja tangan Pak Yusuf rak kasut itu hasil

Pola: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)



(ii) meja sangat di atas cantik gubahan bunga itu

Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)


(iii) untuk biskut raya anak-anak yatim ini

Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)


(iv) menangkap penjenayah telah berjaya itu polis

Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)


36

Sistem Bahasa Tingkatan 5 Unit 9

Praktis ke Arah SPM

Praktis 1

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti pola bagi ayat-ayat yang telah digariskan di bawah sama ada
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Di Malaysia, perniagaan dalam talian berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pembeli kini
lebih cenderung membeli-belah secara dalam talian. Lazada Malaysia adalah antara pusat beli-belah dalam
talian terbesar di Malaysia yang digemari ramai. Aktiviti membeli-belah dalam talian merupakan kaedah
yang paling mudah bagi golongan yang ingin mendapatkan barangan yang diidamkan tanpa terburu-buru
ke pasar raya. Kecanggihan teknologi hari ini memungkinkan segala benda atau perkara dilakukan dengan
hanya sentuhan dan di mana-mana sahaja dengan melayari Internet. Barangan yang dijual secara dalam
talian lebih murah berbanding dengan kedai.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pembelian dalam Talian Semakin Rancak ’

oleh Samat Buang,
Dewan Ekonomi, Bil. 12 2017

[6 markah]

(i)

(ii)

(iii)
CONTOH
Praktis 2

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
anda pilih seperti yang berikut.

Subjek :

Predikat :

Keganasan rumah tangga merupakan isu sosial yang boleh membawa keruntuhan institusi

kekeluargaan dan masyarakat sekiranya gagal diatasi. Lebih membimbangkan, kes keganasan rumah

tangga yang dilaporkan kian meningkat saban tahun.

Semua pihak harus berganding bahu bagi menangani masalah keganasan rumah tangga. Masyarakat

harus menjadi mata dan telinga dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati

berlaku keganasan rumah tangga di kawasan perumahan masing-masing. Bagi ahli keluarga terdekat

yang mengetahui berlakunya keganasan rumah tangga, mereka tidak boleh membiarkan penderaan

terus berlaku. Dipetik dan diubah suai daripada

‘Keganasan Rumah Tangga Meningkat Punca dan Akibatnya’
oleh Zulfiqar Mohd Yusof, Dewan Siswa, Bil. 11/ 2019

[6 markah]

(i) Subjek :
Predikat :
(ii) Subjek :
Predikat :
(iii) Subjek :
Predikat :

37

CONTOHPenilaian Tatabahasa 1

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Soalan 1: Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua kata hubung.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Pulau Pinang merupakan sebuah pelabuhan utama di Semenanjung Tanah Melayu pada suatu waktu
dahulu dan pelabuhan yang sangat sibuk. Hal ini menjadikan Pulau Pinang sebagai lokasi bagi sebahagian
rakyat mencari rezeki. Di pelabuhan inilah ramai yang mencari rezeki sebagai buruh, penarik beca, dan ada
juga yang berniaga makanan kepada mereka yang bekerja di pelabuhan ini. Nasi kandar sangat membantu
mereka yang bekerja membanting tulang empat kerat seperti pekerja gudang pelabuhan yang menggunakan
tenaga yang banyak untuk memunggah barang. Begitu juga mereka yang bekerja sebagai penarik beca.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keenakan Nasi Kandar Pulau Pinang’

oleh Rasfan Abu Bakar,
Dewan Siswa, Bil. 09 2020

[8 markah]

Soalan 2: Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.

Amalan menabung dapat melatih masyarakat tidak boros berbelanja. Amalan menyimpan wang
dapat melatih masyarakat tidak boros berbelanja. Kerajaan perlu mempergiat kempen Jom Menabung.
Kempen ini dapat melahirkan generasi yang berhemah. Kempen ini dapat melahirkan generasi yang bijak
berbelanja. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama. Semua pihak perlu memastikan obligasi terhadap
amalan menabung terus subur dalam diri setiap individu.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Amalan Menabung dalam Kalangan Masyarakat’

Dewan Siswa, Bil. 10 2020
[6 markah]

63

Jawapan

Unit 1 Praktis 3

Praktis Masteri Kata nama tunggal: perubahan, fasa, perhatian, kerjaya,
Praktis 1 keluarga, harapan, masalah
Kata nama majmuk: golongan muda, tunjuk ajar, ibu bapa,
(i) hak cipta sukatan pelajaran
(ii) setia kawan Ayat:
(iii) rabun jauh 1 Ibu bapa perlu memberikan nasihat dan bimbingan kepada
(iv) ganti rugi anak-anak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
(v) ibu bapa mereka.
(vii) telefon bimbit 2 Banyak remaja terlibat dalam gejala sosial kerana
(vi) campur tangan kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
(viii) uji kaji 3 I bu bapa perlu mengambil berat dan memantau gejala
sosial yang tidak sihat dalam kalangan remaja.
1 rabun jauh 4 Kandungan buku latihan itu tepat dengan sukatan
2 ibu bapa pelajaran Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh
3 telefon bimbit Kementerian Pelajaran Malaysia.
CONTOH
Praktis 2 Unit 2

Pembetulan Penjelasan Praktis Masteri
1 kerja sama – kerjasama
Kata “kerjasama” dan Praktis 1
penguatkuasa – “tanggungjawab” yang
penguat kuasa merupakan kata majmuk Imbuhan Imbuhan Imbuhan
mantap perlu ditulis rapat, Awalan Apitan Akhiran
tanggung jawab – manakala ejaan bagi kata
tanggungjawab majmuk yang menerima terdiri, sebagai, pendengaran, golongan,
imbuhan awalan kekal berisiko, penglihatan, cabaran
2 aturcara – atur cara dijarakkan. berdepan, kecemasan,
keluar, pelbagai, merupakan,
3 mencampur adukkan – Kata majmuk lazimnya penggera, kemudahan,
mencampuradukkan dieja terpisah. berkumpul, diakses, bersesuaian,
mempercepat pergerakan
Kata majmuk yang
menerima imbuhan apitan Ayat:
tetap dieja rapat. (i) Kanak-kanak yang menggunakan gajet tanpa kawalan

Praktis ke Arah SPM mudah mengalami masalah penglihatan.
(ii) Ibu bapa merupakan insan yang memainkan peranan
Praktis 1
penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak
Kata majmuk: tanggungjawab, warganegara, jati diri untuk menjadi seorang yang berguna pada masa depan.
Ayat: (iii) Pelbagai kemudahan asas disediakan di perkampungan
1 Anak-anak haruslah mengambil tanggungjawab untuk orang Asli.
menjaga ibu bapa yang sudah tua. (iv) Kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap
2 Sebagai warganegara Malaysia, kita sepatutnya bersyukur penguasaan murid perlu dilaksanakan oleh guru di
atas nikmat kemerdekaan yang diwarisi. sekolah.
3 Isu jati diri dalam kalangan generasi muda hari ini kian (v) Pergerakan kita terbatas apabila Perintah Kawalan
menjadi kebimbangan masyarakat. Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Praktis 2 Praktis 2

Kata nama tunggal: rakan, sahsiah, remaja, kawan, teman Pembetulan Penjelasan
Ayat: 1 memberi – memberikan
1 Remaja perlu berusaha untuk membangunkan diri sendiri Penggunaan kata ‘memberi’
untukmembentukpemikirandankeperibadianyangunggul.
2 Rakan sebaya merupakan antara punca yang menyebabkan salah kerana perkataan
remaja terjebak dalam gejala sosial.
3 Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan sahsiah ini mesti diikuti objek
yang terpuji sejak kecil.
bernyawa. Oleh itu, perkataan

‘memberikan’ yang membawa

maksud ‘menyerahkan

sesuatu’ dan perlu diikuti

objek tidak bernyawa.

J1


Click to View FlipBook Version