掌握UASA模拟测验 Kertas Model Vision 6 Sulaiman bin Anwar 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) Berdasarkan topik-topik dalam buku teks. Jawapan yang lengkap disediakan. KSSR Semakan BAHASA 国文 MELAYU 90 年 级 Tahun Format Terkini UASA 修订版 Setiap set boleh dileraikan 2.0
1.1 – 1.12 1 2 3 4 5 KANDUNGAN Jawapan J1 – J4 2.1 – 2.12 3.1 – 3.12 4.1 – 4.12 5.1 – 5.12 Set Set Set Set Set
1.1 UPSA Set 1 BAHASA MELAYU – TAHUN ENAM UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 4) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN:
1.2 UPSA Set 1 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Encik Jackson telah membeli seutas jam tangan _______ yang berjenama G-Shock semasa bercuti di Kuala Lumpur. A silam B lama C baharu D usang 2. “Cikgu, _______ akan melakukan aktiviti simulasi ini dengan sebaiknya,” kata murid-murid Tahun 6 Gemilang kepada Cikgu Farhanis. A kita B kalian C kami D baginda Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Sambutan hari keluarga yang dihadiri oleh keluarga Encik Helmi itu dapat merapati hubungan kekeluargaan antara keluarga mereka. B Virus COVID-19 mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan penyakit seperti batuk, demam dan sesak nafas kepada penghidapnya. C Encik Seva tidak mampu menampung kos perawat perubatan datuknya yang mahal di hospital swasta. D Kakak Hong Wei mendaftarkan diri sebagai ahli pusat gimnasium itu untuk menjaga kesihatan badan dan fizikalnya.
1.3 UPSA Set 1 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Banyak kawasan di Malaysia yang sering dilanda banjir pada musim tengkujuh. Musim tengkujuh ini dikenali sebagai Monsun Timur Laut (MTL). Di negara kita, Jabatan Meteorologi Malaysia bertanggungjawab untuk meninjau tempoh permulaan MTL di Malaysia pada sepanjang tahun. Semasa musim tengkujuh, hujan lebat yang berterusan mengakibatkan banjir di kawasan yang berdekatan dengan sungai, berkedudukan rendah dan mempunyai sistem perparitan yang tidak berfungsi. Oleh itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menasihati masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda pada musim tengkujuh ini. Selain itu, masyarakat juga mestilah peka akan informasi terkini melalui laman web rasmi, media sosial MET Malaysia dan aplikasi myCuaca. 4. Apakah nama lain untuk musim tengkujuh? A Musim Hujan B Musim Banjir C Monsun Timur Laut D Monsun Barat Laut 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Kawasan yang berdekatan sungai tidak berisiko tinggi untuk berlakunya banjir. B Fungsi Jabatan Meteorologi Malaysia ialah memastikan tarikh permulaan MTL. C Malaysia merupakan negara yang bebas daripada bencana banjir sepanjang tahun. D Sistem perparitan dan saliran yang berfungsi akan menyebabkan berlakunya banjir. 6. Berikut ialah platform untuk mendapat informasi terkini Jabatan Meteorologi Malaysia kecuali A berita terkini. B laman web rasmi. C aplikasi myCuaca. D media sosial MET Malaysia.
1.4 UPSA Set 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 BAHAN 2 Cuaca pada pagi Sabtu itu cerah. Pei Sing dan ibunya menaiki MRT di Stesen Bandar Utama untuk mengunjungi Central Market atau lebih dikenali sebagai Pasar Seni. Tren MRT pun bergerak meninggalkan Stesen Bandar Utama. Di dalam tren, Pei Sing dan ibunya membaca poster yang dilekatkan pada papan kenyataan di dalam MRT itu. “Wah, menariknya tawaran poster ini, ibu!” ujar Pei Sing. “Memang benar, Pei Sing. Kita perlulah meningkatkan pengambilan buahbuahan dalam diet seharian kita. Banyak kelebihan yang akan kita peroleh dengan pengambilan buah-buahan ini seperti menurunkan kolesterol dan darah tinggi, meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kemurungan dalam diri.” Tidak lama kemudian, mereka tiba di Stesen MRT Pasar Seni. Pei Sing dan ibunya turun daripada tren MRT dengan berhati-hati dan berjalan kaki menuju ke Central Market.
1.5 UPSA Set 1 7. Pei Sing dan ibunya menaiki MRT untuk pergi ke A Pasar Seni. B Stesen MRT Pasar Seni. C Stesen MRT Bandar Utama. D Kedai Buah-buahan Organik Pak Cik Lau. 8. Di dalam tren, Pei Sing dan ibunya membaca poster yang dilekatkan pada papan kenyataan di dalam MRT itu. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk perkataan yang bergaris di atas ialah A keping. B lembar. C pasang. D batang. 9. Perkataan tawaran dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A duit. B harga. C turun. D potongan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Kawan Pei Sing yang tinggal di Sabah juga dapat menerima tawaran hebat dalam poster itu. B Pengambilan buah-buahan dapat menurunkan kolesterol, darah tinggi dan melemahkan sistem imunisasi badan. C Buah-buahan yang dijual di kedai Pak Cik Lau menggunakan racun serangga untuk menjaga kualiti buah-buahannya. D Ibu menggalakkan Pei Sing supaya makan lebih banyak buah-buahan kerana dapat meningkatkan kesihatan badannya.
1.6 UPSA Set 1 TATABAHASA, PEMAHAMAN PETIKAN SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cuti persekolahan telah tiba. Amirul dan ahli keluarganya akan pergi makan angin ke Terengganu. Sebelum bertolak, ayah Amirul memeriksa keadaan keretanya. Ayahnya memeriksa tekanan angin semua tayar dan memastikan lampu keretanya berfungsi dengan baik. Selepas itu, ayahnya membuka bonet kereta untuk memeriksa bahagian enjin kereta. “Kereta ayah rosakkah?” Amirul bertanya kepada ayahnya. “Tidak, Amirul. Ayah hanya ingin memastikan kereta ini berada dalam keadaan yang baik sebelum bertolak ke Terengganu. Hal ini demikian kerana perjalanan ke sana agak jauh,” jawab ayah. “Kita mestilah memeriksa keadaan kereta terlebih dahulu sebelum bertolak ke sesuatu destinasi supaya keselamatan semua orang terjamin,” ujar ibu kepada Amirul. 1. (a) Amirul sekeluarga melancong ke pada cuti persekolahan itu. [1 markah] (b) Bagaimanakah cara ayah Amirul memeriksa keadaan kereta sebelum bertolak? [2 markah]
1.7 UPSA Set 1 (c) Gariskan satu kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberikan. “Kereta ayah rosakkah?” Amirul bertanya kepada ayahnya. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) pada ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Kita mestilah memeriksa keadaan kereta terlebih dahulu sebelum bertolak ke sesuatu destinasi supaya keselamatan semua orang terjamin,” ujar ibu kepada Amirul. Ibu menyatakan kepada Amirul supaya memeriksa keadaan kereta terlebih dahulu sebelum bertolak ke sesuatu destinasi supaya keselamatan semua orang terjamin. Amirul mengingatkan ibunya supaya memeriksa keadaan kereta terlebih dahulu sebelum bertolak ke sesuatu destinasi supaya keselamatan semua orang terjamin. [1 markah]
1.8 UPSA Set 1 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Wilson tidak mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dalam diet sehariannya. Dia gemar makan makanan ringan dan makanan segera. Akibatnya, dia sering sakit dan badannya menjadi semakin gemuk. Wilson juga menjadi murung kerana sering diejek oleh rakan-rakannya di sekolah. Sebagai kawan baiknya, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah] 2.
1.1 UPSA Set 1 BAHASA MELAYU – TAHUN ENAM UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 4) Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN:
ak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) 249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 0 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. g. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 g. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 mel: [email protected] man Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 6 年 级 ISBN 978-629-7560-50-2 9 786297 560502 Kertas Model Vision UASA 掌握UASA模拟测验 Kertas Model Vision © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 PEP PUBLICATIONS SDN BHD (811705 – T) 本系列书籍 Judul-judul dalam siri ini: 国文 Bahasa Melayu 英文 English 华文 Bahasa Cina 数学 Matematik 科学 Sains 历史 Sejarah 科目 Subjek 年级 Tahun 4 5 6 国文 修订版 修订版