Modul 360°
• Nota Padat 4
• Praktis Intensif
• SPM Tingkatan
Terbaharu KSSM
Form at Pentaksira n
SPM Terkini
Sistem Bahasa
• Syahida Idris
• Hafiza Rosdi
Kandungan
Unit 1 Kata Tunggal dan Kata Majmuk...............................................................................1
Unit 2 Kata Terbitan.............................................................................................................4
Unit 3 Kata Ganda dan Akronim.........................................................................................8
CONTOHUnit 4Golongan Kata Nama..............................................................................................11
Unit 5 Golongan Kata Kerja...............................................................................................15
Unit 6 Golongan Kata Adjektif..........................................................................................19
Unit 7 Golongan Kata Tugas.............................................................................................23
Unit 8 Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama...........................28
Unit 9 Ayat Dasar...............................................................................................................34
Unit 10 Ayat Terbitan..........................................................................................................38
Unit 11 Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Susunan Songsang serta Ayat Majmuk...........45
Unit 12 Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan................................51
Unit 13 Ragam Ayat.............................................................................................................55
Unit 14 Peribahasa.................................................................................................................61
Penilaian Tatabahasa.................................................................................................................65
Jawapan
Unit 1 Kata Tunggal dan Kata Majmuk
Nota Pantas
Kata Tunggal
1 Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian.
2 Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: di, buku, stamina.
3 Kata tunggal terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Contoh: siapa?, sudah, gitar
(b) Kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu
unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh: di, dari, pada, untuk
(c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa
perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.
Contoh: NATO, cerpen, pawagam
CONTOH
Kata Majmuk
1 Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu.
2 Terdapat tiga kelompok kata majmuk, iaitu:
(a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh:
• gambar rajah • alat tulis • biru laut • bandar raya
• air hujan • tengah hari • jalan raya • jam tangan
Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contoh:
• Perdana Menteri • Ketua Menteri • Penolong Pendaftar
• Naib Canselor • Raja Muda • Duta Besar
(b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus. Contoh:
• deria rasa • cari gali • garis pusat • mata pelajaran
• pita suara • kanta tangan • temu duga • segi tiga
(c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contoh:
• kaki ayam • anak emas • buah hati • makan angin
Bentuk kata majmuk yang telah mantap
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu
perkataan yang utuh. Perkataan ini dieja sebagai satu perkataan. Contoh:
• antarabangsa • beritahu • kakitangan • kerjasama
• setiausaha • sukarela • olahraga • matahari
• suruhanjaya • jawatankuasa • tandatangan • tanggungjawab
• warganegara • pesuruhjaya • bumiputera
1
Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 1
Praktis Masteri
Praktis 1
Kenal pasti kata tunggal dan kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Kemudian, senaraikan dalam ruang
jawapan yang disediakan.
Pelbagai transformasi mulai berlaku dalam pendidikan termasuklah langkah memansuhkan aliran
sains dan sastera. Murid daripada tingkatan tiga akan ke tingkatan empat tanpa pembezaan aliran.
Dua golongan pakej utama yang ditawarkan kepada murid tingkatan empat mulai tahun 2020 ialah
Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta Sastera dan Kemanusiaan. Di bawah pakej
berkenaan, murid lebih bebas untuk memilih mata pelajaran berdasarkan minat mereka. Pakej mata
pelajaran menengah atas berdasarkan gabungan mata pelajaran yang mempunyai nilai tambah kepada
murid dalam konteks pembelajaran mereka. Pakej ini dibina berasaskan keperluan murid untuk
menyambung pengajian ke peringkat tertiari seperti universiti, matrikulasi, tingkatan enam, politeknik,
kolej komuniti, dan institusi lepasan menengah yang lain.
Mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan dan
swasta yang dikenali sebagai teras ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah
dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Selain itu, terdapat juga mata pelajaran wajib, iaitu
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, manakala elektif ialah mata pelajaran yang ditawarkan
untuk memenuhi bakat, minat, kebolehan, dan potensi murid. Mata pelajaran elektif dikategorikan
sebagai Bahasa, STEM, Pengajian Islam serta Kemanusiaan, dan Sastera Ikhtisas.
CONTOH
Kata Tunggal Kata Majmuk
Praktis 2
Gabungkan kata tunggal di bawah untuk membentuk kata majmuk yang tepat.
nilai terima kuning jalan kasih atur campur raya
langsat kasih
milik murni cara tangan hak pilih
1 5
2 6
3 7
4 8
2
CONTOH Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 1
Praktis ke Arah SPM
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata nama majmuk. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Penjarakan sosial mestilah menjadi amalan dalam masyarakat. Sementara itu, amalkan tabiat membasuh
tangan yang betul dengan menggunakan sabun dan air di samping penggunaan pensanitasi tangan. Amalan
ini amat bagus sekiranya diteruskan. Kita tidak perlu berjabat tangan dan memadailah dengan ucapan salam
dan selamat sejahtera. Pada masa yang sama, teruskan menjaga kebersihan diri serta memakai pelitup
muka di tempat awam dan kawasan sesak.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Wabak Sedunia’ oleh Mohamed Hatta Shaharom,
Dewan Siswa, Bil. 5 2020
[6 markah]
Kata nama majmuk:
Ayat:
(i)
(ii)
(iii)
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan dua kata nama majmuk.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Isu PATI bukan perkara baharu, namun jumlah mereka dilihat semakin meningkat sejak dua tahun lalu.
Kini, hampir keseluruhan warga asing yang memiliki dokumen yang sah bakal dikategorikan sebagai PATI
kerana mereka tidak dapat memperbaharui permit kerja yang sah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pascapandemik COVID-19 Malaysia Tanpa PATI’ oleh Shamri Samran,
Dewan Masyarakat, Bil. 7 2020
[8 markah]
Kata nama tunggal:
Kata nama majmuk:
Ayat:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
3
Unit 7 Golongan Kata Tugas
Nota Pantas
Golongan Kata Tugas
Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa dan mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.
CONTOHEmpat Kelompok 17 Jenis Kata Contoh
Kata Tugas Tugas
dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian, yang,
Kata Penyambung Kata hubung bahawa, untuk, kerana, sekiranya, jikalau, agar, semoga, andai
ayat kata, hingga, meskipun, supaya, kendatipun, semasa, sementara,
Kata seru ketika, walaupun, setelah, tatkala, sungguhpun, sebab, apabila
Kata Praklausa Kata tanya cis, aduh, celaka, wahai, aduhai, amboi, oh, eh, wah, syabas
Kata perintah mengapa, bila, kenapa, berapa, bagaimana, siapa
Kata Prafrasa dan Kata pembenar jangan, usah, tak usah, sila, jemput, minta, harap, tolong
Kata Pascafrasa Kata pangkal ya, benar, betul
maka, hatta, adapun, kalakian, sebermula, arakian, alkisah,
Kata Pascakata ayat syahadan
telah, pernah, akan, sudah, sedang, mula, baru, masih, belum,
Kata bantu hendak, mahu, enggan, harus, mesti, patut, boleh, dapat,
mungkin
Kata penguat terlalu, paling, makin, agak, cukup, kurang, sekali, betul, benar,
Kata penegas nian, amat, sangat, sungguh
-kah, -lah, -tah, juga, jua, pun, sahaja, memang, lagi, hanya, cuma
Kata nafi bukan, tidak
Kata pemeri adalah, ialah
Kata sendi di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang,
mengenai, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap,
nama akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, sampai, selain
atas, bawah, antara, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi,
Kata arah penjuru, sudut, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara,
segi
Kata bilangan tiga, berkotak-kotak, banyak, para, semua, setengah, lima ribu,
keempat-empat, seperlima
Kata adverba jarang-jarang, sentiasa, kerap kali, sekali gus, begitu, agaknya,
diam-diam, berhari-hari, tergesa-gesa, selama-lamanya, kecil-
Kata penekan kecilan, mati-matian, (sakit) kuat, sering (di kedainya), (terbang)
meninggi
Kata pembenda sesungguhnya, nampaknya, sebetulnya, sebaik-baiknya,
seandainya, sekiranya, bahawasanya
lajunya, pentingnya, datangnya, perginya, berdirinya, sakitnya,
turunnya, lantangnya
23
Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 7
Praktis Masteri
Praktis 1
Analisis penggunaan kata tugas dalam ayat-ayat yang berhuruf tebal dalam petikan di bawah.
Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap kurikulum di sekolah. Kementerian
Pelajaran Malaysia mengambil langkah positif dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan latihan bagi
memastikan aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan di sekolah.
Matlamat utama pendidikan kokurikulum sekolah di Malaysia adalah untuk menyemai
kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan antara
perkembangan akademik, perkembangan sosial, jasmani, dan rohani murid. Selain itu, pendidikan
kokurikulum bertujuan meningkatkan minat, bakat, dan kemahiran murid dalam aktiviti kokurikulum yang
diceburi.
Kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan murid, malahan
mampu menyemai dan memupuk nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.
Melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, sistem pendidikan negara mampu melahirkan insan yang
bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang tinggi serta keterampilan peribadi yang unggul, malah
berupaya melahirkan masyarakat berbilang kaum yang saling memahami budaya, adat, dan kepercayaan
yang diamalkan.
Oleh itu, guru-guru yang memegang amanah Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi serta bertanggungjawab dalam pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah. Masyarakat dan ibu bapa pula perlu memberikan sokongan yang
tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah untuk merealisasikan agenda pendidikan negara yang
mementingkan keseimbangan dan kesepaduan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
CONTOH
Ayat Analisis penggunaan kata tugas
1 Contoh: (a) yang – kata hubung pancangan relatif
Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar (b) dalam – kata sendi nama
(c) dan – kata hubung gabungan
bilik darjah yang menjadi elemen sokongan (d) serta – kata hubung gabungan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (e) di – kata arah
serta pelengkap kurikulum di sekolah.
2 Matlamat utama pendidikan kokurikulum
sekolah di Malaysia adalah untuk menyemai
kesedaran dan kepatuhan terhadap agama
dan kepercayaan kepada tuhan seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
3 Kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan
tahap disiplin dalam kalangan murid, malahan
mampu menyemai dan memupuk nilai dan sikap
positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.
24
CONTOH Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 7
Praktis ke Arah SPM
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata bantu. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman. Semasa bermain
permainan tradisional, remaja dapat memahami kelebihan dan kelemahan kawan serta lawan mereka.
Permainan wau misalnya dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Mereka akan
berganding bahu untuk menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang
saling memerlukan bagai aur dengan tebing.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Faedah Permainan Tradisional kepada Remaja’,
Dewan Siswa, September 2018
[8 markah]
Kata hubung
Kata bantu
Ayat:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
Praktis 2
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Semangat patriotisme seharusnya dipupuk sejak dari kecil. Hal ini boleh sahaja dilakukan oleh ibu bapa
dengan menyuntik semangat patriotisme secara diam. Ibu bapa dapat membawa anak-anak melawat di
tempat bersejarah yang terdapat di seluruh Malaysia. Dengan melawat tempat yang kaya dengan sejarah,
sekurang-kurangnya generasi muda akan sedar sambil berasa bertuah dilahirkan selepas negara mencapai
kemerdekaan. Langkah lain yang boleh digerakkan demi untuk mengembalikan semangat patriotisme
adalah merancakkan lagi aktiviti yang boleh menaikkan semangat patriotisme khususnya dalam kalangan
murid sekolah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kosong Pengetahuan Semangat Patriotisme’
oleh Nik Mohd. Iznan, Dewan Siswa Bil. 8 2016
[6 markah]
26
Salah Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 7
Betul
Petikan 2
Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu di dalam sanubari rakyat, pihak badan berkanun di
bawah kerajaan, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka harus merencanakan atau melaksanakan pelbagai
aktiviti-aktiviti yang dapat menggapai minat murid pada keindahan bahasa Melayu. Pelbagai dimensi
pertandingan dan hiburan mahu diadakan seperti sayembara puisi dan pidato peringkat antarabangsa
untuk memperkenalkan bahasa kebangsaan di persada sejagat.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bahasa Melayu Sebagai Benteng Jati Diri Generasi Muda’
oleh Muhammad Haziq, Dewan Siswa, Bil. 10 2018
[5 markah]
CONTOH
Salah Betul
Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata sendi nama. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Bidang kajian bioteknologi dapat mengenal pasti nutrien yang diperlukan khusus oleh sesuatu
tanaman, begitu juga dengan cara mengelakkan tanaman daripada dimusnahkan oleh serangga
perosak. Selain itu, teknik penanaman moden juga dapat dihasilkan melalui kajian bioteknologi. Kaedah
hidroponik dan aeroponik misalnya sudah dimanfaatkan dengan agak meluas dalam kalangan petani
moden di negara ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bioteknologi dan Pertanian Berimpak Tinggi’,
Dewan Ekonomi, Bil. 2, 2017
[6 markah]
Kata sendi nama
Ayat:
(i)
(ii)
(iii)
27
Unit 9Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 9 Ayat Dasar
Nota Pantas
Frasa Dasar
1 Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti yang menjadi dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain.
2 Terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:
Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)
CONTOH
Subjek Predikat
Amelia guru.
Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
Subjek Predikat
Asman ketawa.
Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)
Subjek Predikat
Ibu lemah lembut.
Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)
Subjek Predikat
Surat ini daripada sahabat penanya.
3 Ayat dasar mestilah memenuhi kriteria yang berikut:
(a) Terdiri daripada satu subjek dan satu predikat, iaitu ayat tunggal dan tiada peluasan dalam subjek
dan predikat
(b) Jenis ayat penyata
(c) Bersusunan biasa
(d) Mempunyai ragam ayat aktif sekiranya predikat ayat frasa kerja transitif
4 Untuk mengenal pasti ayat dasar, murid mestilah berupaya:
(a) Membezakan ayat dasar daripada ayat tunggal
(Sebab: Semua ayat dasar ialah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal ialah ayat dasar)
(b) Membezakan ayat bersusunan biasa daripada ayat bersusunan songsang
(Sebab: Ayat bersusunan songsang bukan ayat dasar kerana asalnya ayat songsang tersebut adalah
daripada ayat bersusunan biasa)
(c) Membezakan ayat aktif daripada ayat pasif
(Sebab: Ragam ayat pasif bukan ayat dasar kerana pembentukan ayat pasif juga berasal daripada
ayat aktif)
(d) Membezakan jenis ayat, iaitu dapat membezakan ayat penyata daripada ayat tanya, ayat seruan,
dan ayat perintah.
(Sebab: Ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah terbentuk daripada ayat penyata)
34
CONTOH Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 9
Praktis Masteri
Praktis 1
Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
(i) Baju kebaya itu untuk kakak.
(ii) Gasing uri itu berpusing dengan ligat.
(iii) Penghuni Taman Mutiara mengadakan aktiviti gotong-royong pada minggu lepas.
(iv) Pemandangan dari atas bukit itu sangat cantik.
(v) Lili ke Pulau Pinang dengan menaiki feri.
(vi) Pemuda itu usahawan berjaya.
Praktis 2
Kenal pasti subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah.
(i) Atlet muda itu telah mengharumkan nama Malaysia dalam Sukan Olimpik.
Subjek :
Predikat :
(ii) Afendi mengusahakan projek ternakan lebah kelulut.
Subjek :
Predikat :
(iii) Kecuaian ibu bapa dalam mengawasi anak-anak boleh mengundang padah.
Subjek :
Predikat :
(iv) Kedai alat tulis itu menjual pelbagai keperluan sekolah.
Subjek :
Predikat :
35
Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 9
Praktis ke Arah SPM
Praktis 1
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti pola bagi ayat-ayat yang telah digariskan di bawah sama ada
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Bersukan baik untuk kesihatan diri. Apabila kita bersukan, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku
pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan otak akan menjadi cerdas.
Kecerdasan otak bergantung pada keadaan badan yang sihat. Badan yang sihat lahir daripada pergerakan
organ badan dengan baik. Sukan juga merupakan cara berkesan untuk melepaskan tekanan perasaan. Selain
itu, sukan dapat mewujudkan keceriaan dalam hidup. Kepuasan dan pencapaian peribadi dapat melahirkan
individu baharu yang mempunyai keyakinan untuk menghadapi cabaran hidup seterusnya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Membudayakan Sukan dalam Masyarakat’
oleh Lokman Ismail,
Dewan Siswa, Ogos 2016
[6 markah]
(i)
(ii)
(iii)
Praktis 2
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
anda pilih seperti yang berikut.
Subjek :
Predikat :
CONTOH
Murid dapat memperoleh pelbagai kebaikan dengan melakukan aktiviti kokurikulum. Aktiviti
kokurikulum dapat mengisi masa lapang murid. Hal ini boleh mengurangkan penglibatan murid dalam
gejala sosial seperti merokok, melepak, melakukan perbuatan vandalisme, membuli atau merayau-
rayau ke sana ke sini kerana mereka tiada masa untuk melibatkan diri dalam perkara negatif. Selain itu,
mereka juga tidak akan terlalu taasub dalam permainan video. Murid dapat memanfaatkan setiap detik
dalam aktiviti yang mendatangkan kemaslahatan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kepentingan Aktiviti Kokurikulum kepada Pelajar’,
Dewan Siswa Bil. 1, 2020
[6 markah]
(i) Subjek :
Predikat :
(ii) Subjek :
Predikat :
(iii) Subjek :
Predikat :
37
11Unit Ayat Tunggal Susunan Biasa dan
Susunan Songsang serta Ayat Majmuk
Nota Pantas
Ayat Tunggal
(i) Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi satu subjek dan satu predikat.
(ii) Ayat tunggal terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar hanya dari
segi bilangan subjek dan bilangan predikat, iaitu satu subjek dan satu predikat.
(iii) Perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar pula dapat dilihat dari segi:
– jenis ayat tunggal yang tidak semestinya ayat penyata,
– susunan ayat tunggal yang tidak semestinya susunan biasa, dan
– ragam ayat tunggal yang tidak semestinya ayat aktif jika predikatnya frasa kerja transitif
– subjek dan predikat dalam ayat tunggal boleh mengalami peluasan yang tidak menggunakan kata
hubung. Tiada peluasan dalam ayat dasar.
CONTOH
Ayat Majmuk
1 Ayat majmuk ialah beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata hubung. Ayat
majmuk mempunyai subjek dan/atau predikat yang lebih daripada satu.
2 Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
Jenis Ayat Majmuk Ciri-ciri Contoh
(a) Gabungan Ayat yang terdiri daripada dua (i) Murid itu bernyanyi sambil
ayat atau lebih yang dijadikan satu menari.
atau menggabungkan ayat dengan
menggunakan kata hubung seperti (ii) Kari ayam itu sangat sedap
dan, sambil, atau, serta, tetapi, tetapi terlalu pedas.
justeru, dan lalu.
(iii) Li Meng bangun lalu tampil ke
(b) Pancangan • Terbina daripada satu ayat induk hadapan kelas.
dan beberapa ayat kecil yang
dipancangkan pada ayat induk (i) Kereta yang berwarna merah
tersebut. itu kereta Puan Devi.
• Terbahagi kepada tiga: (ii) Munirah menyatakan bahawa
(i) pancangan relatif dia akan pulang ke kampung
(Kata hubung: yang) esok.
(ii) pancangan komplemen
(Kata hubung: bahawa/ (iii) Untuk dia lupa akan peristiwa
untuk*) sedih itu amat sukar.
(iii) pancangan keterangan
(Kata hubung: kerana, jikalau, (iv) Saya tidak menghadiri majlis
kecuali, ketika, oleh sebab, perkahwinan itu kerana tidak
diundang.
apabila, supaya, agar, dengan,
(v) Sementara menunggu anaknya
untuk, seperti, seolah-olah ...) pulang dari sekolah, Puan Aina
mengemas rumah.
(vi) Kita mesti bersenam agar
badan sentiasa sihat.
45
Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 11
Jenis Ayat Majmuk Ciri-ciri Contoh
(c) Campuran Ayat yang mengandungi lebih Selain pihak bomba, Jabatan
daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri Alam Sekitar dan kerajaan negeri
daripada campuran ayat tunggal Johor juga maklum tentang kerja
dengan ayat majmuk atau deretan pembersihan dan penghapusan sisa
berbagai-bagai jenis ayat majmuk. toksik berkenaan supaya bahan itu
dilupuskan serta dihapuskan dengan
baik.
(d) Berpasangan Terbentuk daripada kata hubung (i) Baik yang tua mahupun
berpasangan. yang muda harus saling
menghormati.
(ii) Jangankan membeli rumah,
menyewa rumah pun saya tidak
mampu.
(iii) Daripada membuang masa,
lebih baik saya bekerja
sambilan.
CONTOH
Praktis Masteri
Praktis 1
Kenal pasti ayat majmuk yang terdapat dalam petikan di bawah dan tulis ayat yang sesuai di ruang yang
disediakan.
Menabung merupakan amalan menyimpan sebahagian wang daripada pendapatan untuk digunakan
pada masa depan. Amalan ini banyak memberikan manfaat. Antaranya ialah dapat menjamin masa depan.
Seseorang yang bijak menguruskan wang akan dapat menggunakan wang tabungan sekiranya berlaku
kecemasan atau untuk melanjutkan pelajaran. Wang tersebut juga dapat digunakan untuk membuat
pelaburan bagi memperoleh keuntungan jangka panjang. Amalan menabung juga membentuk nilai-nilai
murni dalam diri individu. Amalan ini dapat memupuk sikap berjimat cermat, berdikari, bertanggungjawab,
dan amanah dalam menguruskan wang. Pemupukan nilai murni ini mampu membentuk jati diri seseorang.
Konklusinya, amalan menabung perlu menjadi rutin harian semua pihak agar dapat membentuk ekonomi
yang lebih mapan pada masa akan datang.
1 Ayat Majmuk Gabungan
2 Ayat Majmuk Pancangan
(a)
(b)
3 Ayat Majmuk Campuran
46
Sistem Bahasa Tingkatan 4 Unit 11
Praktis ke Arah SPM
Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.
Guru mengajar anak muridnya mengeja. Guru mengajar anak muridnya mengira. Guru berperanan
penting dalam kemenjadian murid. Guru membimbing generasi muda menjadi pewaris kepemimpinan
negara tanpa mengira latar belakang. Guru membimbing generasi muda menjadi pewaris kepemimpinan
negara tanpa mengira perbezaan kaum. Jasa guru harus disanjung. Pengorbanan mereka perlu disimpan
dalam hati nurani.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Hormati dan Hargai Guru’
oleh Khairul Ruba’ai,
Dewan Siswa, Bil. 5 2020
CONTOH
[6 markah]
(i)
(ii)
(iii)
Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi enam ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.
Masalah pekerja asing seolah-olah menjadi satu beban kepada kerajaan apabila terdapat permintaan
yang tinggi bagi pekerja dalam sektor pembinaan. Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing sejak akhir-
akhir ini kerana terdapat peluang pekerjaan yang terbuka di Malaysia. Sesetengah daripada mereka
memasuki Malaysia secara sah manakala yang lainnya memasuki secara haram.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pascapandemik COVID-19 Malaysia Tanpa PATI’
oleh Shamri Samran,
Dewan Masyarakat, Bil. 7 2020
[6 markah]
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
49
Penilaian Tatabahasa
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Soalan 1: Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata bantu. Kemudian, anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
CONTOH
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, semua rakyat perlu mempertahankan Malaysia daripada
sebarang ancaman sama ada daripada dalaman ataupun luaran. Lebih-lebih lagi, Malaysia merupakan
sebuah negara berbilang bangsa, bahasa, budaya, dan agama. Sejak merdeka, kita telah hidup bersama dan
bersaudara sebagai rakyat Malaysia. Rakyat harus bersyukur kerana melalui kemerdekaan, kita mencapai
kegemilangan dalam semua aspek kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Saya Sayang Malaysia!’
oleh Samat Buang,
Dewan Siswa, Bil. 08 2020
[6 markah]
Soalan 2: Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, gabungkan ayat-ayat tersebut menjadi tiga ayat yang gramatis tanpa
mengubah maksud asalnya.
Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Semua pihak perlu memastikan bahasa
Melayu tidak terus ditelan zaman. Penggunaan bahasa rojak perlu kita elakkan. Penggunaan bahasa rojak
boleh mencemarkan bahasa ibunda. Penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan penggunaan bahasa
yang betul. Kita digalakkan menguasai bahasa asing. Bahasa sendiri janganlah terus dipinggirkan. Bahasa
melambangkan jati diri setiap rakyat Malaysia.
[6 markah]
Soalan 3: Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda
tidak perlu menyalin petikan semula.
Penjagaan alam sekitar secara berkesan amatlah penting. Langkah awal bermula daripada rumah.
Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membudaya anak dengan nilai murni seperti baik hati, kasih sayang,
dan bertanggung jawab. Dengan adanya asas yang demikian, anak lebih bertanggungjawab tentang
65
Jawapan
Unit 1 Unit 2
Praktis Masteri Praktis Masteri
Praktis 1
Praktis 1
Imbuhan Awalan
Kata tunggal berisiko
transformasi, dalam, langkah, sains, dan, sastera, murid, membesar
daripada, tiga, akan, ke, empat, tanpa, dua, pakej, utama, yang, menjadi
kepada, tahun, ialah, serta, di, bawah, lebih, bebas untuk, berlemak
minat, mereka, atas, konteks, ini, tertiari, seperti, universiti, bersenam
matrikulasi, lain, wajib, oleh, sekolah, swasta, teras, atau, itu, membuat
iaitu, juga, manakala, elektif, bakat, potensi menonton
bermain
Kata majmuk
mata pelajaran, tingkatan enam, kolej komuniti, nilai tambah, Imbuhan Apitan
institusi lepasan menengah persekitaran
CONTOH pemakanan
Praktis 2 5 kuning langsat menghabiskan
6 pilih kasih
1 nilai murni 7 hak milik Imbuhan Akhiran
2 terima kasih 8 atur cara makanan
3 campur tangan senaman
4 jalan raya
Praktis 2
Praktis ke Arah SPM
Imbuhan Awalan
Praktis 1 pegawai, selaku, menemu, mencegah, bertelur, membiak,
menjadi, seminggu, menghisap, mencari, diambil, mengawal,
Kata nama majmuk: penjarakan sosial, pensanitasi tangan, membantu, penduduk, membuat, membunuh, berjaya, menurut,
pelitup muka bersalah, sebanyak, setiap, sehingga, tersebut, pembawa,
penyakit, terbabit, kedua, sekali, disabit, berharap, memohon,
Ayat: menjaga, berkesan, ditemui, segala, berguna
(i) Orang ramai perlu memastikan diri mereka mematuhi
Imbuhan Apitan
penjarakan sosial supaya terhindar daripada risiko kesihatan, mendapatkan, berkaitan, pembiakan, menjelaskan,
dijangkiti COVID-19. memberikan, penerangan, melalui, mengedarkan,
(ii) Restoran perlu memeriksa suhu pelanggan dan menghapuskan, menghadapi, menyedarkan, kerajaan,
menyediakan pensanitasi tangan untuk pelanggan yang mengenakan, mengabaikan, dikenakan, dibersihkan,
menjamu selera di restoran mereka. pemusnahan, dijatuhi, kesalahan, kebersihan, persekitaran,
(iii) Pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan awam pencegahan, kesudian, meluangkan, diberikan
terutama di tempat yang sesak dan tertutup diwajibkan
bagi mencegah dan mengawal penularan COVID-19. Imbuhan Akhiran
mulakan, terangkan, takungan, jelaskan, semburan, tindakan,
Praktis 2 pindaan, hukuman
Kata nama tunggal: isu, perkara, tahun, dokumen Praktis ke Arah SPM
Kata nama majmuk: warga asing, permit kerja
Praktis 1
Ayat
(i) Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Ibu Bapa Kata kerja terbitan: menyumbang, melestarikan, memastikan,
melahirkan, berminda, berhemah, menyumbangkan, berdiri
dan Guru ialah masalah ponteng sekolah. Kata nama terbitan: kebahagiaan, kemajuan, fikiran,
(ii) Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembinaan
MyKad kanak-kanak 12 tahun ialah sijil kelahiran asal dan Ayat:
kad pengenalan asal ibu atau bapa. (i) Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada
(iii) Peluang pekerjaan yang banyak berbanding di negara
sendiri menjadi antara faktor warga asing terus-menerus keleluasaan gejala sosial dalam kalangan remaja.
memasuki Malaysia. (ii) Ibu bapa hendaklah memastikan keselamatan anak-anak
(iv) Pekerja asing itu dipenjarakan atas kesalahan tidak
mempunyai permit kerja yang sah. mereka terjamin.
J1