Nama Murid: Nama Guru Subjek: Kelas: TAHUN Bahasa Melayu Modul Speedy 2.0 Guru Penasihat: Nik Riezam Nik Ahmad Suhaimi Roslan 6
Kandungan Pentaksiran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 iii – viii Unit 16 Indahnya Sains Unit 17 Teknologi Membantu Kita Unit 18 Inovasi Kreatif Tema 6 61 – 72 Sains, Teknologi, dan Inovasi Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan Unit 20 Rezeki daripada Tanah Unit 21 Dunia Tani dan Ternak Tema 7 73 – 82 Pertanian dan Penternakan Unit 22 Sumber Ekonomi Unit 23 Usahawan Berjaya Unit 24 Bijak Mengurus Wang Tema 8 83 – 92 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Unit 25 Amanah Sejagat Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri Tema 9 93 – 100 Integriti Jawapan J1 – J12 Unit 1 Saling Menyayangi Unit 2 Ke Sana ke Sini Unit 3 Cerita Pertemuan Tema 1 1 – 12 Kekeluargaan Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Tema 2 13 – 24 Kesihatan dan Kebersihan Unit 7 Sentiasa Peka Unit 8 Sentiasa Berhati-hati Unit 9 Waspada Fenomena Alam Tema 3 25 – 36 Keselamatan Unit 10 Langkah Perpaduan Unit 11 Gema Perpaduan Unit 12 Semarak Perpaduan Tema 4 37 – 48 Perpaduan Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia Tema 5 49 – 60 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika CONTOH
1 • tolong bukakan pintu • menolong ibu menyiram pokok • mengajar saya melukis • cantiknya lukisan yang Aryan lukis Baik, ibu. Saya akan (1) . Ikmal, tolong buka pintu. Ayah kamu sudah pulang. Apakah yang kamu dan adik kamu lakukan hari ini, Saya dan adik Ikmal? (2) , ayah. Hari: Tarikh: Tema 1 Kekeluargaan Unit 1 Saling Menyayangi Unit 2 Ke Sana ke Sini Hal. Buku Teks: 1 – 22 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Unit 3 Cerita Pertemuan A Lengkapkan perbualan di bawah. Kemudian, sebut ujaran semula. Listen to the text. SP 1.1.1 Disemak oleh : CONTOH
2 Banyak aktiviti yang kami lakukan bersamasama, ayah. Bagus, Ikmal, Aryan. Masa lapang kamu berdua perlu diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Ayah, Abang Ikmal (3) . Wah, (4) ini! Ibu, lihatlah lukisan Aryan ini. Aryan sangat pandai melukis. Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
3 • segera berlari • bersalaman dengan ibu • akan mendarat • baru tiba dari New York • terpancar pada wajah • ke balai ketibaan Rita dan keluarganya tiba di lapangan terbang kira-kira pukul 7:30 malam. Mereka ingin menjemput Razali, abang Rita yang (1) . Kapal terbang yang dinaiki oleh abangnya (2) lima belas minit lagi. Rita tidak sabar hendak bertemu dengan abangnya. Pesawat dari New York telah mendarat. Mereka bergegas (3) untuk menyambut kepulangan Razali. Dari jauh, kelihatan Razali sedang menolak troli berisi beg-begnya. Rita (4) mendapatkan abangnya. Rita menghulurkan sejambak bunga lalu memeluk abangnya. Kemudian, Razali (5) dan ayahnya. Kegembiraan jelas (6) mereka. Kemudian, mereka meninggalkan lapangan terbang lalu pulang ke rumah. B Lengkapkan maklumat berdasarkan frasa yang diberikan di bawah. Listen to the text. SP 1.1.2 Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
4 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 Puan Munira dan keluarga begitu sibuk membuat persiapan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25 tahun. Rumah mereka dihias indah dan pelbagai juadah disediakan. Keluarga Puan Munira sungguh teruja membuat persiapan majlis tersebut. Suaminya pula sibuk memasak nasi untuk dihidangkan kepada tetamu semasa sambutan itu nanti. Pada hari berkenaan, anak-anak Puan Munira memakai baju baharu yang sedondon. Semuanya segak memakai baju Melayu dan berbaju kurung. Mereka sekeluarga sangat gembira. Suami Puan Munira berbangsa Cina. Mereka berkahwin selepas berkenalan semasa sama-sama menuntut di Universiti Malaya. Walaupun mereka berbeza bangsa, namun mereka dapat hidup dengan bahagia dan harmoni. Antara rahsia kebahagiaan keluarga Puan Munira adalah beliau mendidik anak-anaknya supaya menghormati kedua-dua budaya dalam keluarga mereka. Bagi setiap majlis keraian dan perayaan, keluarga Puan Munira turut menyambutnya bersama-sama. Puan Munira dan suaminya berharap agar keharmonian keluarganya akan terus berkekalan. 1. Di manakah Puan Munira mengenali suaminya? 2. Apakah rahsia keharmonian keluarga Puan Munira? 3. Pada pendapat kamu, apakah tanggungjawab seorang anak bagi memastikan keharmonian keluarganya terus berkekalan? KBAT • Menganalisis Kemahiran Membaca A Listen to the text. Disemak oleh : CONTOH
5 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. SP 2.1.1 Kami sekeluarga ingin bercuti di Pulau Sibu selama tiga hari. Perjalanan kami mengambil masa selama lima jam untuk sampai ke Jeti Damak. Kami perlu menaiki bot untuk sampai ke Pulau Raya. Sesampainya di jeti, kami mencari kedai, pasar raya atau gerai untuk membeli bekalan makanan kerana di Pulau Raya tiada kedai makan mahupun kedai serbaneka. Kami tertarik apabila melihat beberapa buah gerai yang menjual pelbagai jenis sayur dan buah di tepi jalan. Semuanya segar belaka seperti sawi, kangkung, timun, bayam, betik, mempelam, nangka, dan nanas. Harga yang ditawarkan di setiap gerai pula sangat murah. Ada sayur yang dijual secara longgok dan ada yang diikat. Seikat sayur bayam berharga RM1. Begitu juga dengan kangkung dan sawi. Ibu membeli tiga biji nanas yang hampir matang. Harganya cuma RM3. Jika di tempat kami, mungkin mencecah RM10. Ibu teringat akan makanan kegemaran ayah, iaitu pajeri nanas. Ibu hendak membuat pajeri nanas ketika kami menginap di Pulau Raya. Banyak sayur dan buah yang dibeli oleh ibu sebagai bekalan makanan kami di sana. Sebelum pulang, ayah bertanyakan tentang sayur dan buah yang dijual kepada peniaga-peniaga di situ. Mereka memberitahu bahawa mereka mengusahakan kebun sayur dan buah di belakang kawasan gerai itu. Oleh sebab itulah, harganya agak murah. Hasil kebun mereka melimpah ruah. Jadi, mereka menjual untuk menambah pendapatan seperti peribahasa, berbudi pada tanah, tanah tidak menipu. Pada hari minggu, rezeki mereka agak lumayan kerana ramai pelanggan singgah membeli di situ. 1. Peribahasa berbudi pada tanah, tanah tidak menipu dalam petikan bermaksud . 2. Mengapakah harga sayur-sayuran dan buah-buahan di situ sangat murah? 3. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat hasil tanaman yang banyak? B Listen to the text. KBAT • Mengaplikasi Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
6 Tulis gurindam semula dalam bentuk tulisan berangkai. SP 3.1.1 KBAT • Mengaplikasi Gurindam Kasih Bonda Ketika aku menangis, Bonda memujuk sambil tersenyum manis. Ketika aku inginkan makanan, Bonda menyediakan juadah kegemaran. Ketika aku kurang cerdik, Bonda ada untuk mendidik. Ketika aku dewasa kelak, Bonda mahu aku menjadi insan berakhlak. Kemahiran Menulis A Listen to the text. Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
7 Menu Istimewa 1. Nasi Beriani Tautan Kasih 2. Jus Mangga Harum Manis 3. Acar Buah Puteri 4. Kek Coklat Warisan Bonda 5. Bubur Jagung Malaysia 6. Salad Kasihku Abadi Jemputan ke Majlis Makan Malam Tautan Kasih Tarikh : 31 Mac 2023 Masa : 7:30 malam hingga 10:30 malam Tempat : Dewan Seri Cemalai Atur Cara Majlis 7:30 malam : Ketibaan para undangan 8:00 malam : Ucapan alu-aluan 8:30 malam : Deklamasi sajak “Jalinan Kasih” 8:40 malam : Jamuan makan malam 9:30 malam : Tayangan video 10:30 malam : Majlis bersurai Teliti maklumat di bawah. Kemudian, tulis cerita mengenai Majlis Makan Malam Tautan Kasih. SP 3.2.2 KBAT • Mengaplikasi B Listen to the text. Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
8 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. SP 4.1.1 seperti tongkang pecah ada masa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing membuang masa bagai melepaskan batuk di tangga berat hati air bujang asal jadi ringan tulang mengambil berat Sofia : Wah, cantik dan besarnya stor ini, abang! Kita masih (1) untuk mengemasnya. Stor ini (2) . Abang : Jangan kita (3) lagi. Mari kita kemas stor ini sekarang juga. Sofia : Baiklah, abang. (4) . Abang : Kita mesti melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Jangan lakukan sesuatu pekerjaan itu (5) . Sofia : Baiklah, abang. Sofia akan (6) tentang penjagaan stor ini nanti. Abang : Namun begitu, Sofia jangan (7) pula menjaganya. Sofia : Baiklah, abang. Sofia akan ingat pesanan abang ini. Ibu : Marilah minum dahulu. Kita minum (8) yang ibu sediakan ini. Sofia : Terima kasih, ibu. Ibu : Ibu harap kamu berdua buatlah sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. Janganlah (9) sahaja. Ibu tahu kamu berdua ini (10) . Ibu bangga akan kamu berdua. Aspek Seni Bahasa Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
9 Isi tempat kosong dengan kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama dengan betul. SP 5.1.1(i)(ii)(iii) siapa Dewan Seroja Negeri Selangor situ Cikgu Isa sekolah mana ini Kami tiba di (1) kira-kira pukul 8:00 pagi. Hari (2) , Azli akan mewakili (3) dalam pertandingan bercerita peringkat (4) . Azli segera mendapatkan (5) untuk proses pendaftaran. Kemudian, mereka menunggu giliran di tempat duduk yang disediakan di (6) . Pada pukul 8:30 pagi, juruacara memaklumkan bahawa pertandingan bercerita itu akan bermula. “(7) kah peserta ketiga yang mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita ini?” soal juruacara itu. Apabila nama Azli dipanggil, kami bertepuk tangan sebagai tanda sokongan. Azli menyampaikan ceritanya dengan bersemangat sekali. Azli berasa lega setelah habis gilirannya. Selepas turun dari pentas, Azli tercaricari di (8) ibunya berada. Ibunya, Puan Dayang turut hadir untuk memberikan sokongan kepadanya. Setelah keputusan diumumkan, kami tidak menyangka bahawa Azli telah menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Kami dan keluarganya berasa amat bangga dengan kejayaan itu. Aspek Tatabahasa A Listen to the text. Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
10 Encik Zamri memandu keretanya melalui se(1) jalan kampung. Terdapat se(2) rumah tradisional Melayu di kawasan itu. Encik Zamri meneruskan pemanduannya. Ketika itu, hari masih pagi lagi. Encik Zamri melihat jam tangan yang dipakainya. Se(3) jam tangan berwarna putih itu merupakan hadiah pemberian isterinya. Beliau memandu kereta dengan berhati-hati melalui jalan yang sunyi itu. Di tepi jalan itu, terdapat beberapa (4) pohon buluh yang rendang. Beberapa (5) monyet kelihatan di kawasan itu. Cuaca pada hari itu amat baik. Kelihatan beberapa (6) burung sedang terbang. Beberapa (7) awan putih menghiasi ruang langit yang biru. Encik Zamri bergambar di hadapan pintu masuk ke tempat perkelahan di kampung tersebut. Setelah tiba di kawasan perkelahan itu, isteri Encik Zamri membentangkan se(8) tikar mengkuang. Kemudian, beliau pun menghidangkan bekal makanan yang dibawa, iaitu se(9) buah langsat, se(10) buah rambutan, sesikat pisang, dua (11) durian, dan beberapa (12) kek. Beberapa biji gelas pula diletakkan di sekeliling makanan itu. Selepas itu, mereka makan dengan gembiranya. Perkelahan itu sungguh menyeronokkan. Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai. B Listen to the text. SP 5.1.1(iv) Disemak oleh : CONTOH
11 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Bina ayat menggunakan penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan pada bahagian B. SP 5.1.1(iv) C Listen to the text. Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
12 Lengkapkan ayat dengan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang betul. SP 5.1.2 KBAT • Mengaplikasi berselera mengucapkan bertandang pulang menjemput berkahwin menyediakan bersalam 1. 2. 3. 4. Pak usu Haikal telah (a) dengan seorang wanita yang berasal dari Korea. Setelah tiga tahun menetap di Korea, Pak usu dan isterinya (b) ke Malaysia. Pak usu membawa isterinya ke rumah Haikal. Mereka (a) dengan mesra. Ibu dan ayah Haikal (b) pak usu dan isterinya duduk di sofa. Mereka berbual-bual dengan gembira. Ibu Haikal juga (a) lauk-pauk masakan Melayu yang istimewa untuk menjamu tetamunya itu. Pak usu dan isterinya makan dengan (b) sekali. Juadah yang disediakan sungguh enak. Sebelum pulang, Pak usu dan isterinya (a) terima kasih kepada keluarga Haikal. Pak usu mengatakan bahawa mereka akan (b) lagi ke rumah Haikal apabila ada kelapangan. D Listen to the text. Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad 2 Terhad 3 Memuaskan 4 Baik 5 Sangat Baik 6 Cemerlang Disemak oleh : CONTOH
J1 Tema 1 Kekeluargaan Kemahiran Mendengar dan Bertutur A 1. … tolong bukakan pintu 2. … menolong ibu menyiram pokok 3. … mengajar saya melukis 4. … cantiknya lukisan yang Aryan lukis B 1. … baru tiba dari New York 2. … akan mendarat 3. … ke balai ketibaan 4. … segera berlari 5. … bersalaman dengan ibu 6. … terpancar pada wajah Kemahiran Membaca A 1. Puan Munira mengenali suaminya di Universiti Malaya. 2. Rahsia keharmonian keluarga Puan Munira adalah beliau mendidik anak-anaknya agar menghormati kedua-dua budaya dalam keluarga mereka. 3. Pada pendapat saya, seorang anak bertanggungjawab untuk belajar dengan tekun serta memiliki sikap dan akhlak yang baik bagi memastikan keharmonian keluarganya terus berkekalan. B 1. … hasil usaha bercucuk tanam pasti akan berjaya 2. Harga sayur-sayuran dan buah-buahan di situ sangat murah kerana kebun peniaga-peniaga itu terletak di belakang gerai sahaja dan hasil tanaman mereka sangat banyak. 3. Pada pendapat saya, kita perlu membaja, menyiram, dan memastikan tanaman mendapat cahaya matahari agar sentiasa subur dan mengeluarkan hasil yang banyak. Kemahiran Menulis A Gurindam Kasih Bonda Ketika aku menangis, Bonda memujuk sambil tersenyum manis. Ketika aku inginkan makanan, Bonda menyediakan juadah kegemaran. Ketika aku kurang cerdik, Bonda ada untuk mendidik. Ketika aku dewasa kelak, Bonda mahu aku menjadi insan berakhlak. B Majlis Makan Malam Tautan Kasih akan diadakan di Dewan Seri Cemalai. Majlis ini bermula pada pukul 7:30 malam dengan ketibaan para jemputan. Pada pukul 8:00 malam, ucapan alu-aluan disampaikan. Pada pukul 8:30 malam, akan berlangsung acara mendeklamasikan sajak yang bertajuk, “Jalinan Kasih”. Para tetamu mula menjamu selera pada pukul 8:40 malam. Menu istimewa yang disediakan pada malam itu termasuklah Nasi Beriani Tautan Kasih, Jus Mangga Harum Manis, Acar Buah Puteri, Kek Coklat Warisan Bonda, Bubur Jagung Malaysia, dan Salad Kasihku Abadi. Seterusnya, pada pukul 9:30 malam, para tetamu menyaksikan tayangan video. Majlis bersurai kira-kira pada pukul 10:30 malam. Aspek Seni Bahasa 1. ada masa 2. seperti tongkang pecah 3. membuang masa 4. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 5. bagai melepaskan batuk di tangga 6. mengambil berat 7. berat hati 8. air bujang 9. asal jadi 10. ringan tulang Aspek Tatabahasa A 1. Dewan Seroja 2. ini 3. sekolah 4. Negeri Selangor 5. Cikgu Isa 6. situ 7. Siapa 8. mana B 1. batang Jawapan CONTOH
J2 2. deret 3. utas 4. rimbun 5. ekor 6. kawan 7. gumpal 8. bidang 9. gugus 10. ikat 11. biji 12. potong C 1. Encik Ali melalui sebatang jalan menuju ke perkampungan orang asli. 2. Sederet rumah teres telah dibina oleh pemaju perumahan itu. 3. Encik Ravi memakai seutas jam tangan Rolex. 4. Serimbun pokok buluh telah dihanyutkan oleh air banjir. 5. Encik Lim memelihara beberapa ekor kucing yang comel. 6. Sekawan burung layang-layang telah hinggap di dahan pokok durian. 7. Segumpal awan sangat menarik perhatian penduduk di taman ini. 8. Abang telah membeli sebidang tanah untuk membina sebuah rumah. 9. Segugus anggur yang dibelinya itu sangat manis. 10. Harga untuk seikat rambutan yang dijual oleh pak cik itu berharga RM10.00. 11. Beberapa biji durian telah mula gugur di kebun datuk saya. 12. Dia telah makan sepotong kek di majlis hari jadi kawan baiknya. D 1. (a) berkahwin (b) pulang 2. (a) bersalam (b) menjemput 3. (a) menyediakan (b) berselera 4. (a) mengucapkan (b) bertandang Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Kemahiran Mendengar dan Bertutur A 1. pengaruh emosi 2. keturunan 3. faktor persekitaran 4. kurang bersenam 5. amalan pemakanan B 1. Kitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baharu bagi bahan yang sama. Sebagai contoh, kertas terpakai seperti surat khabar dikitar semula bagi menghasilkan kertas surat khabar yang baharu. 2. Antara barangan tersebut ialah beg-beg plastik yang kita dapat semasa membeli-belah di kedai atau pasar raya, botol minuman plastik, botol air mineral, dan bekas makanan. 3. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu, dan mengurangkan penggunaan tenaga. C 1. … menjauhi tempat orang ramai untuk mengelakkan selesema tersebar dan menjangkiti orang lain 2. … menutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin dan menggunakan pelitup muka 3 lapis 3. … mencuci tangan lebih kerap dengan sabun dan air bersih serta menggunakan pembasmi kuman untuk mematikan kuman Kemahiran Membaca A 1. menganjurkan – mengadakan 2. pendedahan – pengetahuan 3. menyarankan – mencadangkan 4. menarik – menawan 5. mempamerkan – memperagakan 6. maklumat – ilmu 7. risalah – bahan 8. pemeriksaan – pemantauan B Berdasarkan maklumat di atas, terdapat pelbagai akibat yang akan dialami oleh seseorang yang tidak menjaga kebersihan rambutnya. Rambut dan kulit kepala menjadi kotor sekiranya tidak dibersihkan dengan baik. Selain itu, seseorang yang tidak menjaga kebersihan rambut mudah dihinggapi kutu. Kulit kepala orang yang tidak menjaga kebersihan rambut juga akan berkelemumur serta menjadi gatal-gatal dan luka. CONTOH
J3 Oleh itu, seseorang yang banyak terdedah dengan aktiviti luar disarankan supaya sentiasa menjaga kebersihan rambut. Rambut merupakan antara bahagian anggota badan yang penting dan perlu dijaga dengan baik. C … perlu berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi. Kemudian, pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan sepuluh. Selepas itu, kita perlu hembuskan nafas perlahanlahan melalui mulut. Terapkan perasaan lega pada setiap hembusan nafas. Ulangi langkah tersebut sebanyak lima kali sehingga kita berasa tenang dan lega. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan. Kemahiran Menulis 1. – Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya. – Gosok tapak tangan. – Gosok setiap jari dan setiap celah jari. – Gosok kuku dan tapak tangan. – Gosok belakang tangan. – Basuh tangan dengan air bersih secukupnya. – Keringkan tangan dengan kain bersih. 2. Kita perlu menggosok celah-celah jari dan kuku ketika mencuci tangan untuk menghilangkan daki dan sisa makanan yang melekat di celah-celah jari dan kuku. Aspek Tatabahasa A 1. Amalkan pemakanan yang sihat. – Kita harus melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian. Sayursayuran sebaik-baiknya dimakan secara mentah bagi mengekalkan zat semula jadinya. – Kita perlu mengelakkan makanan yang bergaram, berlemak, dan bergula. Diet yang tinggi lemak, gula, dan garam akan meningkatkan risiko kegemukan. – Makanan berlemak memberikan kesan kepada kesuburan dan pembesaran kanak-kanak. 2. Minum air yang mencukupi. – Kita perlu menjadikan tabiat minum air untuk membantu proses penghadaman di dalam tubuh badan. – Kita mesti memasak air yang hendak diminum. Air perlu dimasak untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalamnya. 3. Lakukan senaman. – Kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahap kecergasan dan kesihatan dapat ditingkatkan melalui aktiviti senaman. – Kita mesti memilih aktiviti senaman yang sesuai dengan tahap kecergasan diri. Risiko kemudaratan dapat dielakkan jika kita memilih aktiviti yang bersesuaian. 4. Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. – Kita mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurangkurangnya setahun sekali. – Kita wajar mengetahui tahap kesihatan sendiri. Banyak penyakit dapat dihindari jika kita menyedari tahap kesihatan sendiri. 5. Jaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal. – Kita mestilah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal kita. Risiko jangkitan penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lalat, tikus, dan lipas dapat dikurangkan jika persekitaran kita bersih. – Kita memerlukan udara segar dan nyaman, Udara yang segar dapat diperoleh melalui persekitaran yang bersih. B 1. sihat 2. sederhana 3. panjang 4. gelap 5. dekat 6. baik 7. luas 8. semerbak 9. subur 10. secantik-cantik C 1. Berus gigi perlahan-lahan. Gunakan berus gigi yang lembut dan pilih saiz berus gigi yang sesuai untuk membersihkan gigi. 2. Cuci tangan yang kotor menggunakan sabun sehingga bersih dan wangi. Tangan yang bersih dapat mengelakkan jangkitan kuman. 3. Jika kuku panjang, kita perlu memotong kuku dengan menggunakan pengetip kuku yang tajam untuk menjaga kebersihan diri supaya kesihatan kita terjamin. CONTOH
J4 4. Kita hendaklah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar badan kita tidak berbau busuk. Semasa mandi, gunakan sabun untuk mencuci badan agar badan berbau harum. Tema 3 Keselamatan Kemahiran Mendengar dan Bertutur A … mematuhi segala peraturan untuk menjamin keselamatan mereka serta penumpang yang lain semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT). Peraturan yang ditetapkan ini adalah untuk keselesaan penumpang serta bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan berlaku. B 1. kata laluan merupakan kunci kepada maklumat akaun kita 2. menjimatkan masa, kos, dan tenaga 3. membuat kata laluan yang kukuh dan unik 4. mengelak untuk menerima tawaran atau pelawaan daripada pihak yang tidak kita kenali di laman sesawang. Selain itu, kita perlulah menyelidik latar belakang pihak yang membuat tawaran itu C 1. Beberapa buah rumah di Kampung Pulau hampir ditenggelami air. 2. sentiasa berjaga-jaga. 3. mengikuti berita terkini tentang banjir dari semasa ke semasa. 4. membuat persediaan awal dan menyimpan dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran, geran tanah, sijil peperiksaan, dan seumpamanya di tempat yang selamat. 5. Utamakan keselamatan diri dan hargailah nyawa. Berpindahlah jika diarahkan berbuat demikian. Keselamatan anak-anak, wanita, dan orang-orang tua perlu diutamakan. Mereka yang uzur mesti dipindahkan terlebih dahulu. 6. Kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak bermain air. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka kerana malang tidak berbau. Kemahiran Membaca A 1. Pastikan laman sesawang bank adalah betul. 2. Masukkan kata pengenalan diri serta kata laluan dan klik. 3. Klik bahagian pemindahan wang dan masukkan nombor akaun pihak ketiga. 4. Masukkan jumlah wang yang hendak dipindahkan dan pastikan nama pemegang akaun tersebut betul. 5. Klik butang pengesahan selepas menyemak maklumat pembayaran. 6. Klik butang keluar selepas segala maklumat pada skrin itu betul. B 1. Amalkan: – Ikat tali topi keledar dengan kemas. – Pasang lampu sepanjang masa, iaitu siang dan malam. – Berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah. 2. Elakkan: – Jangan mencelah kenderaan di jalan raya. – Jangan menunggang melebihi had laju. – Jangan menunggang dengan jarak yang terlalu dekat dengan kenderaan di hadapan. 3. Amalkan: – Berhati-hati semasa melintas jalan. – Guna lorong pejalan kaki, lintasan pejalan kaki, dan jejantas. – Berjalan menghadap arah kenderaan yang datang. – Pakai pakaian yang berwarna cerah supaya mudah dilihat oleh pemandu kenderaan yang lain. 4. Elakkan: – Jangan cuai dan terburu-buru ketika melintas jalan raya. – Jangan berjalan terlalu hampir dengan jalan raya. – Jangan bermain-main berhampiran dengan jalan raya. Kemahiran Menulis 1. … kerjasama daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuantan 2. … loceng kecemasan telah dibunyikan secara berterusan 3. … warga sekolah mengosongkan kelas dengan segera 4. … Semua murid dapat berkumpul dengan selamat 5. … semua murid bersikap lebih serius semasa latihan kebakaran CONTOH
J5 6. … keseluruhannya, latihan kebakaran ini dapat berlangsung dengan jayanya Aspek Seni Bahasa A 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. B 1. Malang tidak berbau 2. Cari jalan 3. Bersatu hati 4. Bagai telur di hujung tanduk 5. Keras kepala 6. Seperti lipas kudung 7. Mati katak 8. Ambil berat Aspek Tatabahasa A 1. sambil 2. seperti 3. untuk 4. serta 5. bahawa 6. yang 7. supaya 8. semasa 9. apabila 10. dan B 1. di – Ibu membuka tingkap dan pintu semasa memasak di dapur. 2. dari – Kaki Mamat terseliuh kerana terjatuh dari pokok rambutan. 3. ke – Abang Ilias yang menunggang motosikalnya dengan laju telah jatuh ke dalam sawah Pak Mat. 4. pada – Pada waktu maghrib, ibu tidak membenarkan kami bermain di luar rumah. C 1. (a) juga (b) silalah (c) jangan 2. (a) tinggi lampai (b) beratur panjang (c) berjalan pantas Tema 4 Perpaduan Kemahiran Mendengar dan Bertutur A 1. Persatuan Penduduk Taman Pulau 2. (a) Gotong-royong (b) Sukaneka 3. … memupuk perpaduan antara kaum serta memberikan peluang kepada penduduk agar sentiasa berkomunikasi dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diadakan B 1. … berkumpul di rumah Jeva sebelum bertolak ke majlis hari lahir Azwan di rumahnya 2. … kami tiba di rumah Azwan dan disambut oleh Azwan dan keluarganya 3. … bagi memeriahkan sambutan hari lahirnya. Semua jemputannya terdiri daripada pelbagai bangsa. Ini dapat mewujudkan perpaduan yang harmoni dan indah 4. … mengucapkan terima kasih kepada Azwan dan keluarganya C 1. … aku telah menghadiri Pesta Kaamatan. Pesta ini diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Pesta Kaamatan ini disambut pada 30 Mei dan 31 Mei setiap tahun. Pesta ini disambut oleh suku kaum Kadazandusun sebagai tanda syukur selepas menuai padi 2. … masyarakat yang berbilang kaum. Masingmasing memakai pakaian tradisional. Setiap masyarakat berbual mesra dan bersatu padu tanpa menghiraukan agama dan bangsa 3. … seperti pertandingan ratu cantik atau “unduk ngadau” yang aku tidak faham maksudnya. Bila rakan aku dari suku kadazandusun menerangkan tentang maksudnya, iaitu ratu cantik barulah aku faham. Pertandingan ini disertai oleh kaum wanita daripada suku kaum etnik Kadazandusun dengan memakai pakaian tradisional masing-masing 4. … juadah tradisional yang enak. Aku amat menggemari kuih tradisional kaum Kadazandusun. Aku berasa amat gembira kerana dapat menghadiri pesta ini Kemahiran Membaca A 1. Pendahuluan: – perpaduan sangat penting – sesebuah negara – semua kaum – hidup bersatu padu dan harmoni CONTOH
J6 2. Isi-isi penting: (a) perpaduan penting – keharmonian hidup – persefahaman – toleransi (b) pembangunan negara lebih pesat – ekonomi melonjak – tiada masalah perkauman – menjadi contoh negara berbilang kaum – suasana aman dan harmoni (c) penyertaan pelbagai kaum – dapat mengenal budaya antara satu sama lain – hubungan baik 3. Penutup: – perpaduan kaum – dipertahankan – negara kita – mencapai kemajuan Rumusan: Berdasarkan jawapan murid B – Bersemangat menyiapkan tugasan – Bijak mengumpulkan maklumat – Mementingkan perpaduan – Berkasih sayang sesama kawan – Berhubung melalui e-mel – Bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan C 1. (a) Saling memahami (b) Bertimbang rasa (c) Bersangka baik 2. (a) Mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat (b) Mengeratkan perhubungan masyarakat yang berbilang kaum (c) Mewujudkan kehidupan yang aman dan damai Kemahiran Menulis A Pada hari Ahad yang lalu, Jamilah sekeluarga telah menghadiri program Jasamu Dikenang di hutan rekreasi. Program ini dianjurkan oleh syarikat ayahnya. Program ini bertujuan untuk menghargai jasa kakitangan syarikat. Pihak syarikat telah menyewa chalet sebagai tempat penginapan peserta sepanjang program dijalankan. Ketibaan Jamilah sekeluarga dan peserta lain telah disambut dengan mesra oleh Puan Jaja, iaitu Pengurus Besar chalet itu. Puan Jaja merupakan seorang yang peramah dan berbudi bahasa. Beliau memakai baju berwarna hijau tua dan berkaca mata. Setelah urusan mendaftar masuk selesai, Puan Jaja meminta pekerjanya membawa Jamilah sekeluarga ke chalet yang ditetapkan. Para pekerja chalet bukan sahaja melayan pengunjung dengan mesra tetapi bertanggungjawab ketika menjalankan tugas. Ibu Jamilah sangat tertarik dengan seni bina chalet itu yang bercirikan rumah tradisional. Pihak urus setia turut mengatur pelbagai aktiviti bagi memeriahkan program yang syarikat anjurkan itu. Melalui acara yang disediakan, semua peserta telah dapat beramah mesra dan berkenalkenalan. Pada malam itu, jamuan turut diadakan bagi meraikan para pekerja syarikat yang telah dianggap seperti anak emas. B 1. … memupuk perpaduan dalam masyarakat. Misalnya, dalam permainan bola sepak, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan ini. Ahli pasukan yang berbilang kaum berlatih bola sepak bersama-sama demi mencapai matlamat mereka, iaitu untuk memenangi perlawanan bola sepak tersebut. Dengan ini, persefahaman juga dapat dipupuk dalam kalangan pemain yang sekali gus mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan. 2. … seperti gotong-royong juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Penduduk di sesuatu tempat yang terdiri daripada pelbagai kaum akan saling membantu dan bekerjasama menjaga kebersihan dengan membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Semasa aktiviti dijalankan, penduduk dapat berkenalan dan beramah mesra. Ini dapat menjalin hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat serta memupuk semangat bersatu padu. Aspek Seni Bahasa 1. Masyarakat majmuk berbeza budaya, Hendaklah sentiasa hormat-menghormati. 2. Jiran sepakat membawa berkat, Suasana kehidupan aman dan harmoni. 3. Sentiasa amalkan sikap bertoleransi, Agar persefahaman dapat dipupuk. 4. Semangat perpaduan amatlah penting, Dapat memajukan negara yang tercinta. Aspek Tatabahasa A 1. Awalan (a) berbilang (b) penduduk (c) terkenal (d) membantu (e) bersatu 2. Akhiran (a) nikmati (b) warisan CONTOH
J7 (c) tindakan (d) tugasan 3. Apitan (a) perpaduan (b) merupakan (c) keharmonian (d) menjadikan (e) perkauman B 1. kedai kereta 2. balai raya 3. ringan tulang 4. buah tangan 5. jam tangan 6. bapa saudara 7. bersua muka 8. terima kasih Tema 5 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Kemahiran Mendengar dan Bertutur A Ulasan: Kuih baulu ialah kuih tradisional yang digemari oleh semua orang sehingga kini. Kuih baulu ini sungguh lembut dan sedap. Bahan-bahan untuk menyediakan kuih ini sangat mudah diperoleh, iaitu telur, tepung gandum, dan gula pasir. Kuih ini perlu dibakar di dalam acuan tembaga dan diletakkan sabut kelapa di atas penutupnya. Generasi muda perlu mewarisi cara-cara penyediaan kuih baulu ini supaya tidak hilang di telan zaman. B 1. … persembahan Hadrah, Samila 2. … persembahan tarian dan nyanyian yang diiringi oleh peralatan muzik 3. … gendang besar, gendang kecil, dan gendang pengibu Kemahiran Membaca A 1. persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, pertuturan, dan gerak-geri – wayang kulit dimainkan dengan mencucuk patungpatung di atas batang pisang yang diletakkan di belakang tabir – bayang-bayang watak akan terhasil daripada pantulan cahaya 2. Tok Dalang – penting dalam persembahan wayang kulit – duduk di belakang tabir sambil menggerakkan patung-patung – suara yang berbeza-beza mengikut watak yang dimainkan 3. persembahan wayang kulit – Tok Dalang dibantu oleh Tukang Unjuk – menyediakan patung-patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang – Kayu Kasah digunakan untuk – menghasilkan kesan bunyi B 1. kepentingan – keperluan 2. memelihara – menjaga 3. warisan – temurun 4. estetika – keindahan; cita rasa 5. pandangan – pendapat 6. menjayakan – bersama 7. forum – perjumpaan untuk perbincangan terbuka 8. menyedarkan – membuka mata Kemahiran Menulis A 1. Kaum yang diceritakan oleh Pak Cik Bucak ialah kaum Semai dan lokasinya di Pos Brooke. 2. Kehidupan mereka pada zaman dahulu adalah hidup berpindah-randah dengan mencari makanan, minuman, dan ubat-ubatan di hutan. 3. Kehidupan kaum Semai sekarang ialah mereka telah menetap secara kekal di Pos Brooke. 4. Kemudahan yang disediakan untuk kaum Semai ini adalah bekalan elektrik, air, jalan, gelanggang futsal, dan sekolah. B 1. … tulisan kaligrafi Cina 2. … kata-kata hikmat yang memberikan motivasi 3. … kerana melambangkan tuah 4. … dakwatnya dicampurkan dengan jelaga 5. … dari atas ke bawah Aspek Tatabahasa A 1. Serunai hidung – Alat muzik ini dimainkan oleh masyarakat Orang Asli di negara kita. Alunan bunyi yang dihasilkan unik sekali. Pemain seruling perlu menyumbatkan sebelah hidungnya dengan daun-daun atau secebis kain manakala sebelah lagi digunakan untuk meniup seruling. 2. Serunai batang padi – Alat muzik ini lazimnya dimainkan oleh kanak-kanak yang tinggal di kawasan penanaman padi. Bunyinya nyaring. Alat muzik ini diperbuat daripada seruas CONTOH
J8 batang padi. Sehelai daun rumbia atau daun ibus muda yang berbentuk daun rama-rama, dililit pada bahagian hujung batang padi itu untuk membentuk serombong. Pemain perlu meniup serunai ini secara menegak pada bahagian hujungnya yang lebih kecil. 3. Serunai daun kelapa – Alat muzik ini sering dimainkan oleh kanak-kanak di kampungkampung. Bunyinya agak unik. Alat muzik ini diperbuat daripada daun kelapa muda. Biasanya, alat muzik ini dibentuk dengan daun seperti tanduk-tanduk, contohnya tanduk. B 1. tertanya-tanya 2. kemerah-merahan 3. besar-besaran 4. tetamu 5. mengetuk-ngetuk 6. dongeng-dongengan 7. digesek-gesekkan 8. memukul-mukul 9. bersalam-salaman 10. kenang-kenangan C 1. gunung-ganang 2. hiruk-pikuk 3. suku-sakat 4. berwarna-warni 5. gopoh-gapah 6. saudara-mara 7. saki-baki 8. jari-jemari Sains, Teknologi, dan Inovasi Tema 6 Kemahiran Mendengar dan Bertutur A 1. … model gunung berapi 2. … tanah liat, papan kayu, serbuk penaik, cuka, pewarna, botol, dan air 3. … bentukkan tanah liat menjadi gunung berapi 4. … kami tuangkan cuka ke dalam mulut gunung berapi 5. … apabila cuka bercampur dengan bancuhan serbuk penaik, satu letupan akan berlaku B 1. Ibu harap kamu dapat menjaga telefon bimbit ini dengan baik 2. Apakah fungsi telefon bimbit ini, ibu 3. Khidmat pesanan ringkas lebih murah dan menjimatkan masa 4. Telefon bimbit ini juga dilengkapi dengan jam digital 5. Wah, hebatnya telefon bimbit ini C 1. Peralatan media yang dipamerkan ialah telefon pintar, komputer riba, dan televisyen. 2. Pada pendapat saya, pameran sebegini dapat memperkenalkan peralatan moden yang terkini kepada masyarakat. 3. Aktiviti yang boleh diadakan oleh syarikat adalah menganjurkan pertandingan yang berkaitan dengan pengetahuan teknologi atau mengadakan cabutan bertuah berupa peralatan media kepada pelanggan yang bertuah. Kemahiran Membaca A Telefon bimbit memudahkan kita berhubung antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenama telefon bimbit yang terkenal antaranya iPhone, Samsung, Oppo, Vivo, dan lain-lain. Telefon bimbit mudah didapati dan dijual dengan harga yang berpatutan. Komputer digunakan untuk menaip dengan pantas. Apabila komputer dilengkapi dengan jaringan Internet, kita dapat melayari Internet serta memperoleh sesuatu maklumat dengan mudah dan pantas. Kita juga dapat berhubung dengan rakan melalui alam maya. Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) merupakan sistem pengangkutan awam antara bandar. Kita akan tiba di sesuatu destinasi dengan cepat kerana tidak perlu menempuh kesesakan di jalan raya. Tambang yang dikenakan juga berpatutan. Peralatan rumah seperti mesin basuh pula digunakan untuk mencuci pakaian. Pakaian akan menjadi cepat kering dan lebih bersih. Penggunaan mesin basuh dapat menjimatkan tenaga dan air. B Kini, Internet telah menjadi satu kemestian terutamanya bagi generasi muda. Menerusi Internet, pengiriman dokumen menjadi lebih mudah dan cepat. Dokumen tidak perlu diposkan sebaiknya menggunakan e-mel sahaja. Selain itu, kita mudah mendapatkan pelbagai maklumat dengan cepat. Kita tidak perlu membuang masa membelek buku atau akhbar. Seterusnya, kita juga boleh berurus niaga secara dalam talian. Urusan jual beli, pembayaran bil serta perbankan lebih mudah dilakukan melalui telefon pintar. CONTOH
J9 Sesungguhnya, kemudahan Internet ini memberikan banyak faedah kepada kita kerana dapat memudahkan urusan seharian kita. Namun, kita tidak boleh menyalahgunakannya untuk tujuan yang negatif. Kemahiran Menulis A – Kelab Komputer – mengemas dan menceriakan makmal komputer – mempelajari asas windows office – lawatan sambil belajar Karangan Lengkap Berdasarkan jawapan murid B 1. Wah, luncur jet yang dihasilkan oleh Pak Cik Din ini canggih betul! 2. Saya mahu menambahkan pengetahuan saya dalam bidang sains dan teknologi. 3. Selain pameran sains, Karnival Sains ini menganjurkan pertandingan robotik juga. 4. Pertandingan reka cipta dan inovasi ini mesti kita sertai kerana banyak faedahnya. 5. Ahli kumpulan kuiz sains itu hendaklah terdiri daripada murid yang pelbagai kaum. 6. Cikgu Fazli membahagikan murid kepada beberapa kumpulan sebelum projek inovasi sains itu dijalankan. 7. Encik Fauzi memasang alat pendingin hawa di ruang tamu dan bilik tidur agar suasana nyaman. 8. Berdasarkan keterangan ini, jelaslah bahawa sains dan teknologi amat penting dalam bidang pertanian dan penternakan. Aspek Seni Bahasa Berdasarkan jawapan murid Aspek Tatabahasa A 1. … pengesan penyakit demam denggi 2. … seorang jurutera bioperubatan 3. … seperti saringan ujian diabetes 4. … sehingga seminggu 5. … dapat dipindahkan ke mana-mana B 1. … tempatan yang cacat penglihatan 2. … untuk melakukan kerja-kerja rumah 3. … untuk mencipta aku 4. … pekan tempat tinggal tuanku 5. … kerana ketakutan Tema 7 Pertanian dan Penternakan Kemahiran Mendengar dan Bertutur A … masukkan baja organik dan biarkan sehingga air menjadi warna kehijauan. Pilih benih yang cergas dan tidak berpenyakit. Masukkan benih udang mengikut keluasan kolam. Makanan hendaklah diberikan sebanyak dua atau tiga kali sehari. Makanan udang galah boleh diperoleh daripada pembekal ataupun dibuat sendiri melalui campuran pelbagai jenis bijirin seperti dedak padi, kacang, dan sebagainya. Tukar air kolam seminggu atau dua minggu sekali untuk memastikan air kolam sentiasa bersih. Setelah hampir lima hingga enam bulan, ternakan udang galah sudah boleh dituai. B Maklumat Tersirat – Pertanian utama Ulasan – Menyumbang kepada ekonomi negara C Berdasarkan jawapan murid Kemahiran Membaca A 1. Tanduk rusa dijadikan kraf tangan dan bahan hiasan yang cantik. 2. Kulit rusa dapat dibuat barang keperluan wanita seperti beg tangan, dompet, kasut, dan jaket. 3. Makanan yang berkhasiat, berprotein tinggi, kurang lemak, kandungan kolesterol yang rendah, dan menepati cita rasa masyarakat. B Bahagian Kelapa Kegunaan Khasiat Air Kelapa 1. Daun kelapa Kulit ketupat Merawat gatal pada badan, luka akibat melecur, demam denggi berdarah, letih dan lesu 2. Batang kelapa Titi 3. Tempurung kelapa Kraf tangan 4. Air kelapa muda Minuman CONTOH
J10 Kemahiran Menulis Ikan kelah ialah ikan kap dalam keluarga Cyprinidoe yang bersisik besar. Kelah sangat disukai oleh para pemancing. Ikan ini lasak, lincah berenang, dan suka hidup di celah-celah batu. Ikan kelah ialah haiwan omnivor yang memakan alga, serangga, katak, dan juga buah-buahan. Ikan ini mempunyai lebih daripada 19 spesies di dunia. Di Malaysia, terdapat 3 jenis spesies ikan kelah, iaitu ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia serta ikan empurau dan ikan semah di Sarawak. Ikan ini amat bernilai kerana rasanya yang sedap, rupanya cantik, dan hebat bertarung ketika dipancing. Oleh yang demikian, ikan ini digelar Raja Sungai. Aspek Tatabahasa A Ayat Tanya 1. Di manakah datuk mendapat benih kambing Jamnapari? 2. Berapakah berat kambing jantan? 3. Apakah makanan untuk kambing Jamnapari? 4. Berapa ekorkah anak kambing akan dilahirkan dalam satu masa? 5. Berapakah harga seekor kambing Jamnapari dewasa? Ayat Penyata 1. Datuk mendapat benih kambing itu dari daerah Etawah, India. 2. Kambing jantan boleh mencapai berat 44 kilogram. 3. Kambing Jamnapari diberi makanan, iaitu konsentrat dan daun-daunan. 4. Sebanyak empat ekor anak kambing akan dilahirkan dalam satu masa. B 1. Wah, manisnya buah tembikai ini, ibu! 2. Eh, pokok manggis datuk ini sudah berbunga! 3. Cis, berani sungguh kamu mencuri buah durian di dusun saya ini! 4. Oh, rupa-rupanya Encik Ahmad ialah pemilik kebun buah naga ini! 5. Syabas, Pak Cik Ishak, kebun buah jambu air ini mengeluarkan hasil yang banyak! C 1. Silalah datang lagi ke gerai buah-buahan saya ini. 2. Jemputlah rasa tembikai susu yang pak cik tanam ini. 3. Jangan kamu petik buah mangga yang masih muda itu. 4. Tolong masukkan sayur bendi yang telah dipetik itu ke dalam bakul. 5. Harap perusahaan kebun sayur ini akan membuahkan hasil yang lumayan. Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kemahiran Mendengar dan Bertutur A Encik Rosman telah membuat permohonan pinjaman di sebuah bank. Permohonan pinjaman itu telah berjaya. Selain itu, beliau juga telah menyuntik modal untuk berniaga. Perniagaannya sangat maju dan dapat menjana pendapatan yang lumayan. Beliau telah mendapat keuntungan dan bercadang untuk memberikan bonus kepada pekerjanya. B Kebaikan: 1. jualan barangan melalui Internet 2. pembayaran secara perbankan Internet 3. mudah dan menjimatkan masa 4. harga lebih murah 5. barangan ada jaminan Keburukan: – barangan yang dibeli mungkin tidak sama dengan barangan yang diiklankan Kemahiran Membaca A 1. Penanaman kelapa 2. Penanaman pisang 3. Penanaman sayur-sayuran 4. Penternakan udang harimau Ramalan: Encik Azmi akan menjadi Ikon Pencetus Ekonomi kerana penglibatannya dalam bidang pertanian dan penternakan. Beliau akan menjana sumber ekonomi yang lumayan kerana menjadi petani dan penternak moden yang telah berjaya mengusahakan bidang pertanian dan penternakan secara komersil. Encik Azmi akan menjadi pengeluar terbesar hasil pertanian dan juga penternakan udang harimau. B 1. Harga yang murah 2. Banyak pelanggan 3. Banyak barang jualan 4. Lokasi strategik 5. Menjana ekonomi petani CONTOH
J11 C 1. menabung wang saku. 2. membeli barang mengikut keperluan. 3. menyimpan wang di bank. 4. menyenaraikan barangan yang hendak dibeli. Kemahiran Menulis 1. Jualan daging segar dan jualan induk 2. 5 ekor landak jantan dan 45 ekor induk 3. Perancangan memperbesar ladangnya Aspek Tatabahasa A 1. Hari Usahawan Muda telah dianjurkan oleh Kelab Usahawan Muda. 2. Minat murid dapat dipupuk untuk menceburi bidang perniagaan melalui karnival ini. 3. Barangan kraf tangan, barangan terpakai, serta makanan dan minuman ada dijual di gerai. 4. Modal telah disumbang oleh bapa saya untuk kami menjalankan perniagaan itu. 5. Gerai jualan diurus oleh kami bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. B 1. Membeli sebuah kereta elektrik untuk menjimatkan bahan api Encik Amru. 2. Menggunakan bahan-bahan semula jadi dan selamat digunakan set kosmetik itu. 3. Banyak terdapat di kawasan pertanian di negara negara Eropah kincir angin moden. 4. Dapat membantu Malaysia ke arah pembangunan yang lebih mantap sumbangan beliau. C 1. sesungguhnya 2. sebaik-baiknya 3. bagusnya 4. gembiranya 5. baiknya 6. sewajarnya 7. bijaknya 8. belanjakannya 9. bahawasanya 10. segeranya Integriti Tema 9 Kemahiran Mendengar dan Bertutur A 1. Mendengar taklimat bagi mengadakan program menghijaukan bumi 2. Bergotong-royong menanam pokok bagi mewujudkan persekitaran yang hijau 3. Memastikan kolam-kolam yang bertakung bebas daripada pembiakan nyamuk aedes 4. Mewujudkan landskap hijau yang indah agar memperoleh udara yang segar B 1. … menutup suis kipas 2. … pembaziran elektrik akan berlaku 3. … menutup tingkap sebelum pulang 4. … beratur di luar kelas 5. … kita menjadi murid yang berdisiplin Kemahiran Membaca A … Sang Merbuk seekor haiwan yang berani, mengambil berat, dan bijak serta bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah. Sementara itu, Ibu Semut pula seorang yang prihatin, tahu berterima kasih, dan sentiasa bersyukur atas segala dugaan yang dihadapinya. B 1. Nilai: Berani 2. Ilmu: … berkorban nyawa demi negara yang tercinta. Nilai: Semangat patriotisme 3. Ilmu: Kita harus sematkan semangat integriti dan menghargai pengorbanan perwira. Nilai: (a) Kasih sayang (b) Menghargai Kemahiran Menulis A 1. Rajesh dilantik sebagai pengawas perpustakaan kerana dia murid yang jujur dan bertanggungjawab. 2. Ya, poster yang dihasilkan oleh Rajesh bermanfaat kerana poster tersebut mengandungi nasihat. 3. Maksud “Hargai Buku, Hargai Ilmu” ialah buku merupakan jambatan ilmu. 4. Pada pendapat saya, kita patut memulangkan buku tepat pada waktunya untuk memberi peluang kepada murid lain untuk membacanya pula. B Azman sedang bersiar-siar di Taman Tengku Anis. Dia juga ingin berjoging untuk mengisi masa lapangnya. Tiba-tiba, dia terjumpa sebuah dompet yang tercicir di laluan joging. Dia mengambil dompet itu dan ingin menyerahkan dompet itu kepada pemilik CONTOH
J12 dompet tersebut. Tetapi dia tidak tahu pemilik dompet itu. Dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke balai polis yang berhampiran. Dia ingin menyerahkan dompet tersebut kepada pegawai polis. Pihak polis telah menghubungi pemilik dompet melalui nombor telefon yang terdapat di dalam dompet tersebut. Pihak polis dapat menghubungi pemilik dompet tersebut. Azman berasa gembira. Pemilik dompet itu hadir ke balai polis untuk mengambil dompetnya kembali. Dia berterima kasih kepada Azman yang telah menyerahkan dompet tersebut ke balai polis. Aspek Tatabahasa A 1. Menjaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. Kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan agar kawasan persekitaran bersih dan indah. 2. Setiap warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas wajib memiliki kad pengenalan, iaitu MyKad. Pemilik MyKad hendaklah sentiasa membawa kad ini ke mana-mana kerana kad ini menentukan kerakyatan seseorang. Ciri-ciri MyKad adalah berbentuk segi empat, nipis, dan berwarna biru laut. Kad ini dilengkapi dengan cip mikropemprosesan. 3. Banyak pelancong asing makan angin dengan berkunjung ke taman negara yang terdapat di negara kita. Taman negara ini merupakan hutan simpan yang memiliki khazanah alam yang cukup bernilai serta pemandangannya yang indah. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting demi menjaga keindahan taman negara daripada sebarang bentuk pencemaran yang boleh merosakkan keindahannya. B 1. Ayat susunan biasa 2. Ayat susunan biasa 3. Ayat susunan songsang 4. Ayat susunan songsang 5. Ayat susunan biasa C 1. Mengait serawan jala di pondok itu Pak Din. 2. Sangat rindu akan ibunya di kampung Janet. 3. Rosli mengulang kaji pelajaran di bilik tidurnya. 4. Walaupun miskin, Wawa mahu berjaya dalam hidup. CONTOH
VISI KPM PENDIDIKAN BERKUALITI • Rukun Negara • Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia • Program Transformasi Sekolah 2025 • SKPMG2 • Pentaksiran Berasaskan Sekolah INSAN TERDIDIK • Anak yang Baik lagi Cerdik NEGARA SEJAHTERA • KPM/JPN/PPD/Sekolah Sejahtera • Keluarga Malaysia FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan Suatu Usaha Berterusan Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh & Bersepadu Kepercayaan & Kepatuhan Kepada Tuhan Memperkembang Potensi Individu Insan Yang Seimbang & Harmonis PRINSIP DALAM BEKERJA 1 KEBERSAMAAN 2 KETERBUKAAN 3 KESYUKURAN ASAS MELAHIRKAN ABC KEMENJADIAN MURID HATI Bekerja Dari Hati TRUST & INSPIRE Saling Mempercayai & Memberi Inspirasi IBADAH Bekerja Sebagai Ibadah MANFAAT Sentiasa Bermanfaat ABC ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK ASAS BONUS ABC Anak Baik Cerdik Akidah Ibadah Sirah Perjalanan Melalui Kehidupan Lahir Adab Karakter Peristiwa Pengakhiran Jasmani Emosi Rohani Sosial Intelek JERSI IBU BAPA IBU BAPA GURU GURU IBU BAPA PERANAN PERUBAHAN KEPIMPINAN Paradigm • Position • Power Command & Control Paradigm • People • Potential Trust & Inspire ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK