The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-11-05 22:59:05

Bahasa Melayu Tahun 6

Bahasa Melayu Tahun 6

Latihan PBD Fokus DSKP Penerapan KBAT Penanda i-THINK Nota Tatabahasa KSSR Semakan Modul Praktis PBD INTERVENSI Tahun BAHASA MELAYU Ujian Akhir Sesi Akademik UASA2.0 6 Suraya Sulaiman BONUS untuk Guru Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA 2.0) e-RPH


ii Jadual Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bahasa Melayu Tahun 6 iii – viii Kekeluargaan 1 Unit 1 Saling Menyayangi 1 – 5 Unit 2 Ke Sana ke Sini 6 – 8 Unit 3 Cerita Pertemuan 9 – 10 Kesihatan dan Kebersihan 2 Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 11 – 14 Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan 15 – 16 Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 17 – 18 Keselamatan 3 Unit 7 Sentiasa Peka 19 – 21 Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 22 – 26 Unit 9 Waspada Fenomena Alam 27 – 28 Perpaduan 4 Unit 10 Langkah Perpaduan 29 – 33 Unit 11 Gema Perpaduan 34 – 36 Unit 12 Semarak Perpaduan 37 – 38 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika 5 Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 39 – 41 Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 42 – 43 Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 44 – 46 Sains, Teknologi, dan Inovasi 6 Unit 16 Indahnya Sains 47 – 50 Unit 17 Teknologi Membantu Kita 51 – 54 Unit 18 Inovasi Kreatif 55 – 56 Pertanian dan Penternakan 7 Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 57 – 59 Unit 20 Rezeki daripada Tanah 60 – 61 Unit 21 Dunia Tani dan Ternak 62 – 64 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan 8 Unit 22 Sumber Ekonomi 65 – 67 Unit 23 Usahawan Berjaya 68 – 69 Unit 24 Bijak Mengurus Wang 70 – 72 Integriti 9 Unit 25 Amanah Sejagat 73 – 75 Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 76 – 77 Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri 78 – 80 Praktis Ekstra 81 – 92 Jawapan 93 – 104 CONTOH


N1 Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang merujuk manusia, haiwan dan benda secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat. Kata Nama Am – Merujuk manusia dan haiwan – Contoh: ayah, datuk, abang, burung – Merujuk benda dan perkara-perkara yang umum – Contoh: rumah, kereta, dron, buku, jam tangan, telefon pintar, kad, meja, kerusi, baju Bernyawa Tidak Bernyawa – Tuk Akub, Tuan Haji Yaakub bin Ghazali, Pak Ngah Zaki, Irfan Manusia Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, benda, dan tempat secara khusus. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. – Si Comel, Sang Bedal, Pak Belang, Penghulu Unggas Haiwan – Taman Seri Permai Tempat – Proton Saga, Tokoh Peladang Jaya, Sabtu, Mac Benda / Judul Kata Nama Khas Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama tunjuk. Kata Ganti Nama Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama: saya, aku, kita, kami, hamba, beta, patik Kedua: kamu, awak, kalian Ketiga: ia, dia, beliau, mereka Kata Ganti Nama Tanya apa, mana, siapa Kata Ganti Nama Tunjuk Umum: ini, itu Tempat: sini, situ, sana CONTOH


ii Jadual Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bahasa Melayu Tahun 6 iii – viii Kekeluargaan 1 Unit 1 Saling Menyayangi 1 – 5 Unit 2 Ke Sana ke Sini 6 – 8 Unit 3 Cerita Pertemuan 9 – 10 Kesihatan dan Kebersihan 2 Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 11 – 14 Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan 15 – 16 Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 17 – 18 Keselamatan 3 Unit 7 Sentiasa Peka 19 – 21 Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 22 – 26 Unit 9 Waspada Fenomena Alam 27 – 28 Perpaduan 4 Unit 10 Langkah Perpaduan 29 – 33 Unit 11 Gema Perpaduan 34 – 36 Unit 12 Semarak Perpaduan 37 – 38 Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika 5 Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 39 – 41 Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 42 – 43 Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 44 – 46 Sains, Teknologi, dan Inovasi 6 Unit 16 Indahnya Sains 47 – 50 Unit 17 Teknologi Membantu Kita 51 – 54 Unit 18 Inovasi Kreatif 55 – 56 Pertanian dan Penternakan 7 Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 57 – 59 Unit 20 Rezeki daripada Tanah 60 – 61 Unit 21 Dunia Tani dan Ternak 62 – 64 Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan 8 Unit 22 Sumber Ekonomi 65 – 67 Unit 23 Usahawan Berjaya 68 – 69 Unit 24 Bijak Mengurus Wang 70 – 72 Integriti 9 Unit 25 Amanah Sejagat 73 – 75 Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 76 – 77 Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri 78 – 80 Praktis Ekstra 81 – 92 Jawapan 93 – 104 CONTOH


PBD Unit 1 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Dengar ujaran dan sebut semula. 1.1.1 Mengaplikasi Encik Badrul dan isterinya mengalami cedera ringan ketika menyelamatkan anak-anak mereka daripada kebakaran. Mereka bergadai nyawa menyelamatkan empat orang anak yang sedang tidur di dalam bilik ketika kejadian itu berlaku. Kesemua mangsa kebakaran itu disahkan selamat. Namun, rumah dan harta benda mereka musnah dalam kebakaran tersebut. Ayah : Berita ini tentang apa, Ikmal? Ikmal : Berita ini tentang kejadian kebakaran yang (1) berlaku di rumah Encik Badrul . Encik Badrul dan isterinya (2) mengalami cedera ringan ketika menyelamatkan anak-anak mereka daripada kebakaran. Izzah : Di manakah anak-anak mereka berada ketika kejadian itu berlaku? Ikmal : Ketika kejadian itu berlaku, anak-anak mereka sedang (3) tidur di dalam bilik . Ibu : Adakah mereka semua selamat? Ikmal : Ya, ibu. Mereka semua (4) disahkan selamat, namun rumah dan harta benda mereka musnah dalam kebakaran tersebut. Ibu : Setiap ibu bapa memang prihatin akan anak mereka. Misalnya, semasa ibu masih kecil, atuk dan nenek sangat risau apabila ibu mengalami sakit perut dan muntah-muntah akibat keracunan makanan. Atuk telah membawa ibu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ayah : Apakah pengalaman ibu semasa kecil, Izzah? Izzah : Ibu mengalami (5) sakit perut dan muntah-muntah akibat keracunan makanan . Atuk telah (6) membawa ibu ke hospital untuk mendapatkan rawatan . Saling Menyayangi Hal. Buku Teks: 2 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1 Tema 1 : Kekeluargaan Audio 1 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 2 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Baca dan fahami teks cerita di bawah. Kemudian, jelaskan tafsiran tentang cerita tersebut. 2.1.1 Menganalisis HEBAT i-Think Tafsiran 1. Perkara Menarik Hana membantu ibunya menyiapkan tempahan kek cawan daripada Puan Maznah . 2. Nilai (a) rajin (b) bertanggungjawab 3. Pengajaran (a) Kita hendaklah rajin membantu ahli keluarga agar dapat mengurangkan beban mereka . (b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu perkara yang diamanahkan kepada kita . “Sibuk benar ibu membuat kek cawan hari ini,” kata Hana. “Ya, Hana. Tempahan Puan Maznah ini mesti ibu siapkan pada petang ini juga,” balas ibunya yang kurang sihat pada hari itu. “Banyakkah kek cawan yang ditempah oleh Puan Maznah, ibu?” tanya Hana, ingin tahu. “Banyak juga, Hana. Beliau menempah 1000 biji kek cawan. Kek cawan ini untuk majlis perkahwinan anaknya esok,” jelas ibunya. Hana berasa kasihan akan ibunya. Hana juga bimbang akan kesihatan ibunya. Sudah dua hari ibunya kurang sihat. Hana pun cepat-cepat menyiapkan kerja sekolahnya. Dia mahu membantu ibunya menyiapkan tempahan kek cawan itu. Sejam kemudian, Hana ke dapur semula untuk membantu ibunya. “Boleh Hana bantu ibu membungkus kek-kek cawan ini?” tanya Hana. “Boleh, Hana. Kamu masukkan kek-kek cawan ini ke dalam kotak yang berwarna putih itu dan susun dengan rapi. “Baiklah, ibu,” kata Hana sambil mengambil beberapa kotak yang tersusun rapi di tepi kabinet dapur itu. “Terima kasih, Hana. Kamu memang rajin membantu ibu. Ibu bangga akan kamu,” kata ibunya sambil tersenyum. Latihan Pengukuhan Modul Pendidikan Sivik Saling Menyayangi 2 Kemahiran Membaca 1 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 3 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 3 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Tulis gurindam semula dalam bentuk tulisan berangkai. 3.1.1 Mengaplikasi Gurindam Keluarga Sayang Hendaklah patuh arahan ayah, Agar hidup tidak payah. Hendaklah mendengar nasihat ibu, Supaya fikiran tidak buntu. Hendaklah jadi anak yang patuh, Hubungan kekeluargaan semakin utuh. Hendaklah rajin membantu adik-beradik, Supaya diri tidak diherdik. Hendaklah sayang akan keluarga, Janganlah selalu bersengketa. Gurindam Keluarga Sayang Hendaklah patuh arahan ayah, Agar hidup tidak payah. Hendaklah mendengar nasihat ibu, Supaya fikiran tidak buntu. Hendaklah jadi anak yang patuh, Hubungan kekeluargaan semakin utuh. Hendaklah rajin membantu adik-beradik, Supaya diri tidak diherdik. Hendaklah sayang akan keluarga, Janganlah selalu bersengketa. Sudut Sastera • Gurindam ialah sejenis bentuk puisi lama. • Gurindam terdiri daripada dua baris yang berisi kata-kata mutiara, nasihat dan pengajaran. • Setiap baris saling terkait antara satu sama lain dan mempunyai hubungan sebab dan akibat. • Rima gurindam ialah aa, bb, dan cc. Saling Menyayangi 3 Kemahiran Menulis 1 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 4 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 4 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Lengkapkan dialog di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Kemudian, persembahkan. 4.1.1 Boleh saya bantu kakak mengemas bilik tidur ini? Kita mestilah (4) mengambil berat akan kebersihan kawasan rumah kita ini. Kita tidak boleh (5) mengambil mudah aspek kebersihan. Apabila kawasan rumah bersih, barulah keluarga kita dapat hidup dengan selesa dan selamat. Kawasan rumah akan sentiasa bersih jika kita sekeluarga mengamalkan sikap (6) bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat . Situasi 1 Situasi 2 Kita mestilah saling membantu (3) bagai aur dengan tebing . • mengambil mudah • mengambil berat • memberi tangan • ringan tulang • bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat • bagai aur dengan tebing Boleh. Kamu memang (1) ringan tulang . Jika kamu (2) memberi tangan , pasti kerja-kerja ini dapat disiapkan dengan cepat. Saling Menyayangi 4 Aspek Seni Bahasa 1 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 4 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 5 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Kenal pasti kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama berdasarkan bahan di bawah. Kemudian, bina ayat. 5.1.1 (i)(ii)(iii) Menganalisis Tuk Ishak datuk Irfan. Beliau usahawan berjaya. Baru-baru ini, beliau telah mendapat anugerah Tokoh Usahawan Jaya. Oleh itu, ayah Irfan ingin mengadakan majlis kesyukuran untuk meraikan kejayaan beliau. 1. Kata Nama Am (a) kereta – Mereka menaiki kereta ke dewan. (b) meja – Irfan menyusun meja di dewan. (c) kerusi – Tetamu duduk di kerusi yang disediakan. 2. Kata Nama Khas (a) Tuk Ishak – Tuk Ishak mengusahakan ladang buah-buahan di kampungnya. (b) Pak Ngah Ali – Pak Ngah Ali ialah bapa saudara Irfan. (c) Dewan Komuniti Taman Seri Permai – Penduduk berkumpul di Dewan Komuniti Taman Seri Permai. 3. Kata Ganti Nama (a) beliau – Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan harus dijadikan contoh. (b) mana – Meja-meja ini hendak disusun di mana? (c) sana – Mereka akan ke sana esok pagi. Irfan : Ayah, majlis kesyukuran itu akan diadakan di mana? Encik Abdul : Majlis kesyukuran itu akan diadakan di Dewan Komuniti Taman Seri Permai. Esok pagi, kamu ikut ayah ke sana dengan menaiki kereta. Ayah mahu kamu bantu Pak Ngah Ali dan Pak Su Ahmad membuat persiapan untuk majlis itu. Irfan : Baiklah. Saya akan ikut ayah ke sana esok pagi. Saya akan menyusun kerusi dan meja di dewan itu nanti. Saya berasa sangat bangga akan kejayaan atuk, ayah. Atuk telah mengharumkan nama keluarga kita. Saling Menyayangi 5 Aspek Tatabahasa 1 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 6 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 6 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Dengar dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, berikan respons. 1.1.2 Bercuti di Port Dickson Pantai Teluk Kemang Mempunyai pesisiran pantai yang luas, cantik, dan bersih serta banyak aktiviti sukan air disediakan Muzium Tentera Darat Melihat kenderaan tentera, meriam, senjata api, bangunan lama, dan bahan-bahan sejarah ketenteraan negara Malaysia Pusat Ikan Hiasan Mempamerkan pelbagai spesies ikan hiasan yang cantik dan unik Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala Melihat hidupan liar dan melawat perkampungan orang asli Ibu : Kita sekarang berada di (1) Port Dickson . Di sini ada banyak kawasan pantai yang indah untuk mandi-manda. Ayah : Ini risalah tentang tempat-tempat menarik di Port Dickson. Ikmal : Wah, selain pantai, ada banyak lagi tempat menarik yang boleh kita lawati di Port Dickson ini, ayah! Seronoknya. Izzah : Boleh kamu beritahu tempat-tempat menarik itu? Ikmal : Boleh, kakak. Antara tempat menarik yang ditunjukkan dalam risalah ini ialah (2) Pantai Teluk Kemang, Muzium Tentera Darat, Pusat Ikan Hiasan, dan Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala . Ayah : Ayah akan membawa kamu berdua melawat tempat-tempat itu nanti. Ikmal : Saya hendak melawat ke Muzium Tentera Darat, ayah. Saya ingin (3) melihat kenderaan tentera, meriam, senjata api, bangunan lama, dan bahan-bahan sejarah ketenteraan negara Malaysia . Izzah : Saya mahu ke Pusat Ikan Hiasan untuk (4) melihat pelbagai spesies ikan hiasan yang cantik dan unik . Saya juga ingin melihat (5) pelbagai jenis hidupan liar dan melawat perkampungan orang asli di Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Tentu seronok. Ayah : Baiklah, Ikmal, Izzah. Esok kita akan ke sana. Hari ini, kita akan berkelah dahulu di (6) Pantai Teluk Kemang . Pantai ini dekat sahaja dengan tempat penginapan kita. Audio 2 Ke Sana ke Sini 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 7 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 7 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Teliti maklumat dalam risalah di bawah. Kemudian, nyatakan pendapat tentang maklumat tersebut dalam bentuk perenggan. 3.2.1 Menilai Promosi Pakej Pelancongan Keluarga Pakej A: Pulau Pangkor (3 Hari 2 Malam) • 2 – 4 orang: RM850 • 5 – 8 orang: RM1050 • Lebih 9 orang: RM1200 Pakej B: Tanah Tinggi Cameron (3 Hari 2 Malam) • 2 – 4 orang: RM750 • 5 – 8 orang: RM950 • Lebih 9 orang: RM1050 Aktiviti: Mandi-manda di pantai, bersnorkel, menjelajah pulau dengan bot, berkayak, menjelajah hutan, memancing, melawat tapak sejarah, membeli-belah Aktiviti: Melawat kebun sayur, taman bunga, taman rama-rama, dan ladang teh, memetik strawberi, membeli-belah di pasar malam, menjelajah hutan – Kedua-dua pakej ini termasuk tempat penginapan serta makan dan minum Syarikat Pelancongan Seri Impian Risalah di atas menunjukkan maklumat tentang promosi pakej pelancongan keluarga oleh Syarikat Pelancongan Seri Impian. Terdapat dua pakej pelancongan, iaitu Pakej A ke Pulau Pangkor manakala Pakej B ke Tanah Tinggi Cameron. Kedua-dua pakej ini adalah untuk tiga hari dua malam. Untuk melancong bersama keluarga, saya sekeluarga akan memilih Pakej A. Kami memilih pakej tersebut kerana kami mahu mengadakan hari keluarga dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di pantai. Dalam masa tiga hari dua malam, kami akan memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, berkayak, bersnorkel, memancing, menjelajah pulau dan sebagainya. Selain itu, kami sekeluarga juga dapat melawat ke tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pangkor. Dengan ini, kunjungan ke Pulau Pangkor dapat memberikan pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Ke Sana ke Sini 2 Kemahiran Menulis 2 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 9 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 8 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Kenal pasti dan kategorikan penjodoh bilangan dengan menggunakan Peta Pokok. 5.1.1(iv) i-Think Latihan Pengukuhan buah 1. telefon pintar 2. kereta biji 3. durian 4. cawan potong 5. daging 6. kek bilah 7. gunting 8. pisau gugus 9. kunci 10. langsat kaki 11. payung 12. cendawan helai 13. baju 14. daun Penjodoh Bilangan Video Untuk Tujuan Pembelajaran Ke Sana ke Sini 3 Aspek Tatabahasa 2 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 11 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 9 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Baca maklumat di bawah. Kemudian, berikan cadangan secara kritis dan kreatif. 3.2.2 Menilai HEBAT 1. Situasi 1: Keluarga kamu akan mengadakan sambutan hari keluarga. Keluarga kamu sedang berbincang untuk mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan hari keluarga tersebut. Selain itu, keluarga kamu juga sedang berbincang tentang kegiatan hari keluarga yang menarik. Berikan cadangan kamu. Cadangan: Saya bercadang untuk mengadakan hari keluarga di kawasan rekreasi seperti sungai atau pantai. Hal ini kerana kawasan seperti ini amat sesuai untuk seisi keluarga mengadakan hari keluarga. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti sukaneka, mandi-manda di sungai atau laut, berkhemah, dan barbeku. 2. Situasi 2: Sempena cuti hujung tahun, keluarga kamu akan melancong ke satu tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Kamu dan keluarga berbincang tentang tempat pelancongan yang sesuai untuk dikunjungi. Antaranya Pulau Langkawi, Pulau Redang, Melaka, dan Tanah Tinggi Cameron. Berikan cadangan kamu. Cadangan: Saya bercadang untuk melancong ke Melaka. Hal ini kerana Melaka terkenal sebagai bandar raya bersejarah. Contohnya, di Bandar Hilir, terdapat banyak bangunan bersejarah yang berwarna merah dan unik seni binanya. Kita juga dapat menaiki beca yang dihias dengan cantik untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir. Di sana, kita boleh melawat Kota A Famosa, muzium, Menara Taming Sari, dan Sungai Melaka. Selain itu, kita juga boleh berkunjung ke Pantai Klebang, Taman Mini Malaysia, taman buaya, dan banyak lagi tempat menarik yang terdapat di negeri Melaka. Cerita Pertemuan 1 Kemahiran Menulis 3 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 16 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


PBD Unit 10 2 3 4 5 6 Tahap Penguasaan: Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Disemak oleh: ........................ 1 Isi tempat kosong dengan kata kerja yang betul. 5.1.2 Video Latihan Pengukuhan membelikan tertarik menaiki berkunjung Ikmal dan keluarganya menaiki kapal terbang untuk melancong ke negara China. 1. Encik Badrul membelikan isterinya kain sutera yang cantik semasa di China. 2. Mereka kelihatan sungguh gembira apabila dapat berkunjung ke Tembok Besar China. 3. Mereka tertarik melihat gelagat beberapa ekor panda yang sedang bermain semasa melawat zoo. 4. Untuk Tujuan Pembelajaran Cerita Pertemuan 2 Aspek Tatabahasa 3 Tema 1 : Kekeluargaan Hal. Buku Teks: 18 Nama: Hari: Tarikh: ✂ CONTOH


Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Penduduk taman ini sungguh baik hati dan saling bekerjasama membuat persiapan majlis rumah terbuka ini. A dia C kalian B beliau D mereka 2. Sejak berjauhan dengan keluarga, wajah ibu dan ayah sentiasa muncul dalam Suhaila. A ingatan C bayangan B lakaran D gambaran 3. Ayah menghampar se tikar di kawasan lapang di tepi sungai itu. A helai C bidang B keping D lembar 4. Penunggang motosikal perlu memakai jaket pantulan cahaya dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam. A dan C jika B agar D kerana 5. Kita dapat menghadapi sesuatu masalah dengan jika minda sihat. A tenang C gelisah B selesa D curiga 6. Para penumpang MRT tidak dibenarkan pada pintu semasa MRT sedang bergerak. A bersandar C sandaran B tersandar D penyandar 7. Program Cintai Bahasa Kita menjadi dalam usaha memupuk rasa cinta akan bahasa kebangsaan. A kata putus C petunjuk jalan B penanda aras D membuka jalan Soalan 8 dan 10 8. Pilih ayat yang betul. A Pengawas itu melarang mereka berebut-berebut ketika membeli makanan di kantin. B Pelbagai gerai-gerai menjual makanan dan minuman dibuka. C Ketiga-tiga anak Encik Murad berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. D Sudah tahun-tahun Puan Marlia menjual nasi lemak dan kuih-muih. 9. Pilih ayat yang betul. A Azizan akan melancong ke Jepun. B Pameran Kesihatan itu menganjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. C Merosakkan jalan itu disebabkan oleh lori-lori yang membawa kelapa sawit. D Abang Danial akan terbuka sebuah gerai burger di Taman Intan. 10. Pilih ayat yang betul. A Puan Hana memberikan tumpuan terhadap anaknya semasa berhenti kerja. B Pekerja-pekerja itu melakukan kerja pembungkusan dengan cekapnya. C Pengurusan pemasaran itu harus bertanggungjawab oleh tugasnya. D Pusat penyelidikan pertanian ini ditubuhkan di tahun 1997. Bahagian A Praktis 1 Nama: Hari: Tarikh: Tatabahasa dan Pemahaman Petikan ✂ 81 CONTOH


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Praktis 2 1. Mengapakah keluarga bahagia penting? A Dapat menggembirakan ibu bapa B Dapat membentuk sahsiah diri seseorang C Dapat mengetahui peranan masing-masing D Dapat melahirkan anak-anak yang penyayang 2. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Anak-anak yang ramai akan menyenangkan ibu bapa. B Keluarga bahagia wujud apabila setiap anggota keluarga pentingkan diri. C Setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing. D Anak-anak tidak digalakkan untuk meluahkan masalah yang dihadapi dengan anggota keluarga. 3. Berikut ialah aktiviti yang sesuai dilakukan bersama dengan keluarga berdasarkan petikan kecuali A beriadah bersama keluarga. B bercuti bersama keluarga. C makan bersama keluarga. D mengulang kaji pelajaran bersama anak-anak. Keluarga bahagia amat penting kerana dapat membentuk sahsiah diri seseorang. Setiap anggota keluarga harus memastikan keluarganya sentiasa berada dalam suasana yang sejahtera. Keluarga bahagia wujud apabila setiap anggota keluarga memahami peranan masing-masing. Setiap anggota keluarga tidak harus melepaskan tangan dalam menjalankan tanggungjawab. Sebaik-baiknya, setiap anggota keluarga hendaklah meluangkan masa lapang bersama-sama. Ibu bapa harus memperuntukkan masa untuk beriadah, bercuti, makan, dan berehat bersama anak-anak. Dengan cara ini, anggota keluarga berpeluang berbual-bual serta berbincang tentang pelbagai perkara. Anak-anak dapat meluahkan masalah yang dihadapi dengan anggota keluarga serta bersamasama mencari jalan penyelesaian. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan permuafakatan dalam kalangan keluarga. 82 ✂ CONTOH


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Praktis 3 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemurungan? A Masalah kesihatan fizikal B Sejenis penyakit psikologi C Sejenis penyakit kronik D Penyakit yang tidak serius 2. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Tekanan perasaan yang serius boleh mengakibatkan kemurungan. B Seseorang yang menghadapi kemurungan tidak akan bergaul dengan masyarakat. C Orang yang menghidap kemurungan akan menyushakan ibu bapa yang bekerja. D Orang yang menghidap kemurungan tidak akan menyisihkan diri daripada keluarga. 3. Berikut ialah ciri-ciri orang yang menghidap kemurungan berdasarkan petikan kecuali A mudah berasa sedih. B mudah menangis. C selalu bersemangat. D mudah berasa kecewa. Kemurungan merupakan sejenis penyakit psikologi. Kemurungan melibatkan tekanan perasaan yang serius. Kita sukar mengetahui seseorang itu menghadapi kemurungan kerana mereka boleh bergaul dengan anggota masyarakat seperti biasa. Penyakit ini menyebabkan seseorang mudah berasa sedih dan mudah menangis walaupun sesuatu perkara itu tidaklah serius. Selain itu, mereka juga mudah kecewa dan hilang semangat dalam kehidupan seharian. Akibatnya, pesakit suka menyendiri dan berusaha menyisihkan diri daripada keluarga serta rakan-rakan. Ibu bapa haruslah prihatin sekiranya anak-anak bersikap sedemikian. Kemungkinan mereka menghadapi kemurungan. Oleh itu, rawatan perubatan atau kaunseling perlu diberikan kepada mereka. ✂ 83 CONTOH


Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Praktis 4 BAhAn 1 Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Tarikh : 17 hingga 26 Februari 2024 Masa : 8:00 pagi hingga 4:00 petang Tempat : Pasar Seni, Kuala Lumpur Aktiviti: – Pameran kraf tangan yang unik – Persembahan puisi oleh pemuisi tanah air – Persembahan tarian dan muzik tradisional Semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia! BAhAn 2 Pada hari Ahad, Suraya mengajak ibu dan ayahnya ke Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia yang diadakan di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Suasana sungguh meriah dengan kehadiran pelancong tempatan dan asing. Suraya gembira kerana dia dapat melihat pameran seni dan budaya di sana. Dia dapat melihat pameran alat muzik tradisional, pakaian tradisional pelbagai kaum, kraf tangan yang cantik dan unik. Ibunya membeli sebuah labu sayong untuk dijadikan hiasan di ruang tamu rumah. Selain itu, dia dapat menyaksikan persembahan puisi dan tarian tradisional pelbagai kaum di sana. Dia berasa sungguh gembira. 84 ✂ CONTOH


1. Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia itu dianjurkan oleh A Pasar Seni, Kuala Lumpur. B Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. C pemuisi tanah air. D pemuzik tanah air. 2. Dia dapat melihat pameran alat muzik tradisional, pakaian tradisional pelbagai kaum, kraf tangan yang cantik dan unik. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A carik. B bidang. C pasang. D lembar. 3. Perkataan unik dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A hebat. B anggun. C dahsyat. D istimewa. 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia itu berlangsung selama 7 hari. B Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia itu berlangsung dari pagi hingga petang. C Karnival Kesenian dan Kebudayaan Malaysia hanya dihadiri oleh penduduk tempatan. D Ibunya Suraya membeli sebuah tudung saji untuk dijadikan hiasan di ruang tamu rumah. ✂ 85 CONTOH


Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Praktis 5 BAhAn 1 BAhAn 2 Nisa dan rakan-rakannya, iaitu Mala dan Ying Mei akan menyertai pertandingan berbalas pantun sempena Karnival Bahasa Melayu yang diadakan di sekolah mereka. Sebelum pertandingan bermula, mereka gigih membuat persiapan. Mereka ingin memenangi pertandingan itu. Selepas sesi persekolahan, mereka akan bertemu di perpustakaan sekolah. Mereka membuat persiapan dengan menyenaraikan kosa kata dan istilah-istilah yang sesuai serta mencipta baris-baris pantun yang kreatif. Mereka juga mendapatkan tunjuk ajar daripada guru Bahasa Melayu, iaitu Puan Suhana. Puan Suhana berjanji akan memberikan hadiah yang istimewa kepada mereka jika memenangi pertandingan berbalas pantun tersebut. Jadual Acara Karnival Bahasa Melayu Masa Acara Tempat 8:30 pagi – 12:30 tengah hari Pertandingan berbalas pantun Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Taman Indera 2:00 petang – 5:00 petang Pertandingan syarahan 8:00 malam – 10:00 malam • Pertandingan nyanyian lagu patriotik • Penyampaian hadiah 86 ✂ CONTOH


1. Pertandingan berbalas pantun akan diadakan di A Sekolah Kebangsaan Taman Indera. B Kelas Sekolah Kebangsaan Taman Indera. C Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Taman Indera. D Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Taman Indera. 2. Mereka juga mendapatkan tunjuk ajar daripada guru Bahasa Melayu, iaitu Puan Suhana. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A orang. B ekor. C rawan. D kawan. 3. Perkataan hadiah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A wang. B derma. C hamper. D anugerah. 4. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Nisa akan menyertai pertandingan nyanyian lagu patriotik. B Mereka berjumpa di dewan untuk membuat persiapan pertandingan. C Puan Suhana, guru bahasa Melayu memberikan tunjuk ajar kepada mereka. D Puan Suhana merupakan juri pertandingan berbalas pantun tersebut. ✂ 87 CONTOH


Bahagian B Praktis 1 Nama: Hari: Tarikh: Pemahaman Petikan dan Tatabahasa serta Respons Kritis dan Kreatif Jia Wei menunggang basikal ke rumah Ahmad. “Hai, Ahmad. Apa yang sedang kamu lakukan?” tanya Jia Wei, ingin tahu. “Oh, kamu rupanya, Jia Wei. Saya sedang mengisi minyak mesin pemotong rumput ini. Saya hendak membantu ayah saya memotong rumput,” jawab Ahmad. “Rajin benar kamu ini. Tidak susahkah menggunakan mesin ini?” tanya Jia Wei. “Kerja ini tidaklah sukar. Penggunaan mesin pemotong rumput ini dapat memudahkan kerja-kerja memotong rumput dan menjimatkan masa,” kata Ahmad. 1. (a) Jia Wei pergi ke rumah Ahmad dengan menunggang basikal . (b) Apakah yang sedang dilakukan oleh Ahmad semasa Jia Wei tiba di rumahnya? Ahmad sedang mengisi minyak mesin pemotong rumput semasa Jia Wei tiba di rumahnya. (c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Jia Wei menunggang basikal ke rumah Ahmad. (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Rajin benar kamu ini. Tidak susahkah menggunakan mesin ini?” tanya Jia Wei. Jia Wei memuji kerajinan Ahmad dan bertanyakan sama ada susah atau tidak mengunakan mesin itu. ✓ Jia Wei menjelaskan kerajinan dan kesukaran Ahmad mengunakan mesin itu. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. 88 ✂ CONTOH


Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataaan. 2. Kamu membeli barang di sebuah pasar raya mini. Semasa membuat bayaran di kaunter, juruwang itu telah memberikan baki wang yang berlebihan kepada kamu. Lebihan wang yang diberikannya adalah sebanyak RM1. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Tindakan yang akan saya lakukan adalah memulangkan lebihan baki wang itu semula kepada juruwang itu. Saya mesti bersikap jujur serta tidak mengambil lebihan wang itu walaupun jumlahnya tidak besar. Praktis 2 Adam dan rakan-rakannya menyambut Hari Kemerdekaan yang diadakan di sekolah mereka. Pada awal pagi lagi, mereka berkumpul di padang sekolah mengikut persatuan dan kelab masing-masing. Mereka akan menyertai acara perbarisan. Sebelum acara perbarisan bermula, warga sekolah menyanyikan lagu Negaraku serta upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Seterusnya, guru besar menyampaikan ucapan dan merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. Adam juga berpeluang mendeklamasikan sebuah sajak selepas acara perasmian itu berlangsung. Sajak yang disampaikan oleh Adam bertajuk, “Malaysia Negaraku Tercinta”. Adam menyampaikan sajak itu dengan penuh semangat. Acara perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan itu berlangsung dengan meriah sekali. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. 1. (a) Adam dan rakan-rakannya berkumpul di padang sekolah untuk menyertai acara perbarisan. ✂ 89 CONTOH


(b) Siapakah yang merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut? Guru besar yang merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. (c) Gariskan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Seterusnya, guru besar menyampaikan ucapan dan merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sajak yang disampaikan oleh Adam bertajuk, “Malaysia Negaraku Tercinta”. Adam menyampaikan sajak yang bertajuk, “Malaysia Negaraku Tercinta”. ✓ Sajak Adam yang bertajuk, “Malaysia Negaraku Tercinta” disampaikan. Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataaan. 2. Kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli roti. Semasa hendak mengambil roti, kamu mendapati bahawa tarikh luput roti telah tamat tempohnya. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? Tindakan yang perlu saya lakukan adalah memberitahu pekerja pasar raya itu tentang roti yang telah tamat tarik luputnya itu. Saya tidak akan membeli roti itu demi menjaga keselamatan diri saya. [5 markah] 90 ✂ CONTOH


Bahagian C Nama: Hari: Tarikh: Penulisan Perenggan Praktis 1 Grafik di bawah menunjukkan tentang Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Praktis 2 Grafik di bawah menunjukkan tentang penternakan ikan. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan penternakan ikan. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. • mengelakkan pengaliran mata wang kita ke luar negara • menjimatkan perbelanjaan seharian • membuktikan keupayaan rakyat Malaysia ✂ 91 CONTOH


AKTIVITI KEMASYARAKATAn Bahagian D Nama: Hari: Tarikh: Penulisan Karangan Praktis 1 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kami hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 2 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kami hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AMALAn KUnJUnG-MEnGUnJUnGI 92 ✂ CONTOH


93 Tema 1 • Kekeluargaan 1 Saling Menyayangi 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. berlaku di rumah Encik Badrul 2. mengalami cedera ringan ketika menyelamatkan anak-anak mereka 3. tidur di dalam bilik 4. disahkan selamat, namun rumah dan harta benda mereka 5. sakit perut dan muntah-muntah akibat keracunan makanan 6. membawa ibu ke hospital untuk mendapatkan rawatan 2 Kemahiran Membaca 1. menyiapkan tempahan kek cawan daripada Puan Maznah 2. (a) rajin (b) bertanggungjawab 3. (a) rajin membantu ahli keluarga agar dapat mengurangkan beban mereka (b) bertanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu perkara yang diamanahkan kepada kita 3 Kemahiran Menulis Gurindam Keluargaku Sayang Hendaklah patuh arahan ayah, Agar hidup tidak payah. Hendaklah mendengar nasihat ibu, Supaya fi kiran tidak buntu. Hendaklah jadi anak yang patuh, Hubungan kekeluargaan semakin utuh. Hendaklah rajin membantu adik-beradik, Supaya diri tidak diherdik. Hendaklah sayang akan keluarga, Janganlah selalu bersengketa. 4 Aspek Seni Bahasa 1. ringan tulang 2. memberi tangan 3. bagai aur dengan tebing 4. mengambil berat 5. mengambil mudah 6. bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat 5 Aspek Tatabahasa 1. (a) kereta – Mereka menaiki kereta ke dewan. (b) meja – Irfan menyusun meja di dewan. (c) kerusi – Tetamu duduk di kerusi yang disediakan. 2. (a) Tuk Ishak – Tuk Ishak mengusahakan ladang buah-buahan di kampungnya. (b) Pak Ngah Ali – Pak Ngah Ali ialah bapa saudara Irfan. (c) Dewan Komuniti Taman Seri Permai – Penduduk berkumpul di Dewan Komuniti Taman Seri Permai. 3. (a) beliau – Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan harus dijadikan contoh. (b) mana – Meja-meja ini hendak disusun di mana? (c) sana – Mereka akan ke sana esok pagi. 2 Ke Sana ke Sini 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. Port Dickson 2. Pantai Teluk Kemang, Muzium Tentera Darat, Pusat Ikan Hiasan, dan Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala 3. melihat kenderaan tentera, meriam, senjata api, bangunan lama, dan bahan-bahan sejarah ketenteraan negara Malaysia 4. melihat pelbagai spesies ikan hiasan yang cantik dan unik 5. pelbagai jenis hidupan liar dan melawat perkampungan orang asli 6. Pantai Teluk Kemang 2 Kemahiran Menulis … Pakej A. Kami memilih pakej tersebut kerana kami mahu mengadakan hari keluarga dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di pantai. Dalam masa tiga hari dua malam, kami akan memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, berkayak, bersnorkel, memancing, menjelajah pulau dan sebagainya. Selain itu, kami sekeluarga juga dapat melawat ke tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pangkor. Dengan ini, kunjungan ke Pulau Pangkor dapat memberikan pengalaman yang sungguh menyeronokkan. ✂ CONTOH


94 3 Aspek Tatabahasa 1. telefon pintar 2. kereta 3. durian 4. cawan 5. daging 6. kek 7. gunting 8. pisau 9. kunci 10. langsat 11. payung 12. cendawan 13. baju 14. daun 3 Cerita Pertemuan 1 Kemahiran Menulis 1. kawasan rekreasi seperti sungai atau pantai. Hal ini kerana kawasan seperti ini amat sesuai untuk seisi keluarga mengadakan hari keluarga. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti sukaneka, mandi-manda di sungai atau laut, berkhemah, dan barbeku. 2. Melaka. Hal ini kerana Melaka terkenal sebagai bandar raya bersejarah. Contohnya, di Bandar Hilir, terdapat banyak bangunan bersejarah yang berwarna merah dan unik seni binanya. Kita juga dapat menaiki beca yang dihias dengan cantik untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir. Di sana, kita boleh melawat Kota A Famosa, muzium, Menara Taming Sari, dan Sungai Melaka. Selain itu, kita juga boleh berkunjung ke Pantai Klebang, Taman Mini Malaysia, taman buaya, dan banyak lagi tempat menarik yang terdapat di negeri Melaka. 2 Aspek Tatabahasa 1. menaiki 2. membelikan 3. berkunjung 4. tertarik Tema 2 • Kesihatan dan Kebersihan 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. tiada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran, konflik dengan rakan sebaya dan keluarga serta faktor persekitaran 2. saya diejek oleh rakan-rakan kerana lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 3. berfikiran positif dan berusaha mencari jalan untuk meningkatkan pencapaian saya dalam mata pelajaran tersebut 4. beriadah dan bersenam bersama rakan-rakan atau keluarga, beribadat, dan berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai 5. gangguan emosi, sakit kepala, sakit jantung, gangguan pada sistem penghadaman, hilang fokus, dan insomnia 2 Kemahiran Membaca Perkataan Makna 1. prosedur cara yang lazim untuk melakukan sesuatu; tatacara 2. organ alat dalam tubuh yang mempunyai tugas penting 3. fleksibel boleh diubah atau disesuaikan 4. simptom gejala penyakit 5. fibroid ketumbuhan yang tidak mengakibatkan barah 6. sedatif ubat penenang 3 Kemahiran Menulis 1. Segelas susu, sandwic, dan pisang 2. Secawan kopi dan kuih 3. Air oren, nasi, ayam, sayur, tembikai 4. Secawan teh dan kuih atau kek 5. Air kosong, nasi, ikan, sayur, dan betik 6. Susu, bijirin 4 Aspek Seni Bahasa 1. Virus bahaya mengancam nyawa 2. Sentiasa amalkan penjarakan fizikal 3. Dimakan juga buah berangan 4. Membeli tapai dan sebotol cuka 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. makanan yang bersih dan selamat dapat menjamin kesihatan yang baik 2. masak makanan dengan sempurna, terutamanya daging, ayam, telur, dan makanan laut 3. menutup makanan yang terhidang di atas meja dengan tudung saji atau meletakkan makanan di dalam bekas berpenutup 4. mengelakkan keracunan makanan 5. membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih 6. disimpan di dalam peti sejuk agar tahan lama 2 Kemahiran Membaca 1. menjaga kebersihan dengan memberus gigi, memotong kuku serta membersihkan badan dan rambut 2. diri kita terkena jangkitan kuman ✂ CONTOH


95 3. rajin mengemas bilik tidur, mencuci bilik mandi dan tandas, dan membersihkan kawasan luar rumah 4. membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 1 Kemahiran Menulis Kuarantin Di kamarku ini aku mengasingkan diri kerana diriku diserang wabak virus yang amat digeruni sedih mengenangkan nasib diri. Di kamarku ini aku terbatuk-batuk menahan sakit sendirian keluarga bimbang bertanyakan khabar setia mengawasiku dari luar kamar dan menyediakan segala keperluan. Di kamarku ini aku mula menyedari virus merebak begitu pantas pentingnya kita menjaga keselamatan laksana kuarantin seperti yang diarahkan agar virus tidak tersebar. 2 Aspek Tatabahasa 1. Kamal rajin membersihkan tandas di rumahnya agar tidak kotor dan berbau busuk. 2. Puan Maria menanam pokok bunga hiasan yang harum semerbak baunya. 3. Program Gotong-royong Perdana itu diadakan secara besar-besaran. 4. Wajah Akmal kelihatan pucat-pasi sejak menghidap demam denggi. 5. Encik Ahmad berasa hangat hati apabila terlihat longgokan sampah di tepi jalan yang berdekatan dengan rumahnya. Tema 3 • Keselamatan 7 Sentiasa Peka 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. memberitahu pihak polis tentang ketidakberadaan kita di rumah 2. memberitahu jiran terdekat tentang kepulangan kita ke kampung halaman 3. menarik perhatian pencuri untuk merompak 4. memastikan suis elektrik dimatikan dan cabut plag daripada soketnya 5. menutup tingkap dan mengunci pintu 6. menyimpan barang-barang berharga di tempat yang selamat 2 Kemahiran Menulis 1. jiran kami, iaitu Encik Wong pergi bercuti ke Pulau Langkawi bersama keluarganya 2. komputer untuk melayari laman sosial sambil mendengar lagu 3. mengintai di sebalik langsir tingkap bilikku untuk melihat keadaan di luar rumah 4. ternampak dua orang lelaki sedang memanjat pagar rumah jiranku 5. perompak-perompak itu keluar dari rumah jiranku dan mereka menyerah diri kepada pihak polis 6. mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan kerjasama yang baik dengan pihak polis 3 Aspek Tatabahasa 1. dan 2. sambil 3. serta 4. Sebelum 5. yang 6. semasa 7. kerana 8. supaya 9. manakala 10. demi 11. Selepas 12. untuk 8 Sentiasa Berhati-hati 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan 2. keselamatan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah menjaga keselamatan diri di jalan raya seperti menggunakan jejantas semasa hendak melintas jalan raya yang sibuk, mematuhi lampu isyarat dan papan tanda jalan raya, dan memakai pakaian yang terang semasa menunggang motosikal atau basikal pada waktu malam. Selain itu, penunggang motosikal dan basikal juga hendaklah memakai topi keledar agar keselamatan lebih terjamin. 2 Kemahiran Membaca … menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan ambulans dengan segera. 3 Kemahiran Menulis Berdasarkan jawapan murid 4 Aspek Tatabahasa A 1. sahaja 2. lah ✂ CONTOH


96 3. juga 4. kurang selesa 5. lewat malam B 1. Adapun 2. Syahadan 3. Benar 4. Kalakian 5. Sebermula 9 Waspada Fenomena Alam 1 Kemahiran Menulis 1. Amisha membawa payung ke sekolah kerana cuaca pada hari itu mendung. 2. “Di manakah kejadian ribut petir itu berlaku?” tanya Irham kepada Wei Han. 3. “Hazim, marilah kita berteduh di bawah pokok itu. Cuaca sangat panas pada hari ini,” kata Wai Hong. 4. “Aduh, saya berasa sakit kepala kerana berdiri terlalu lama di bawah cahaya matahari yang terik!” rungut Aziha. 5. Semasa cuaca panas, kita digalakkan minum banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi badan. 6. Jalan raya itu ditutup buat sementara waktu kerana sebatang pokok besar tumbang akibat kejadian ribut malam tadi. 2 Aspek Tatabahasa 1. B 2. A 3. C 4. B 5. D 6. C 7. D 8. B 9. A 10. D Tema 4 • Perpaduan 10 Langkah Perpaduan 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. bola sepak, bola jaring, bola baling, badminton, ping pong, dan larian berganti-ganti 2. galah panjang, sepak takraw, kabadi, catur, congkak, batu seremban, yoyo Cina 3. Pertandingan melukis poster itu bertemakan perpaduan 4. memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu dalam kalangan peserta 5. mengadakan pertandingan berbalas pantun, pertandingan melukis poster serta karnival sukan dan permainan 2 Kemahiran Membaca 1. (a) bijaksana (b) bertolak ansur (c) bekerjasama (d) berfikir secara rasional (e) membuat keputusan dengan mudah (f) berjaya menghasilkan rekaan yang hebat 2. Jika mereka tidak mengamalkan sikap bersatu padu, mereka tidak dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan tiada peluang untuk memenangi pertandingan itu. 3 Kemahiran Menulis Kesalahan Imbuhan dan Kata Pembetulan Imbuhan dan Kata 1. jalinan menjalinkan 2. membahagikan pembahagian 3. pasukan kumpulan 4. berselisih berjumpa 5. mengakhiri diakhiri 6. rancak mesra 4 Aspek Seni Bahasa 1. Kita hendaklah berbincang dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. 2. Kita mestilah sentiasa sepakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. 3. Kita tidak boleh bersikap pentingkan diri. 4. Kita hendaklah menerima dan menghormati pendapat orang lain. 5 Aspek Tatabahasa 1. Penduduk Taman Limau Manis yang berbilang kaum bekerjasama membersihkan kawasan perumahan mereka. 2. Jiran-jiran Encik Ismail yang terdiri daripada pelbagai kaum datang ke rumahnya untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersamasama. 3. Acara sukaneka perpaduan itu disambut dengan begitu meriah sekali oleh penduduk Taman Seri Impian. 4. Pada petang itu, Puan Mala dan Puan Tan melawat Puan Mariah yang sakit di rumahnya. 5. Puan Johana yang baru pulang dari kampung halamannya memberikan buah tangan kepada jirannya. 11 Gema Perpaduan 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. menghias gerai agar kelihatan cantik dan ceria. ✂ CONTOH


97 Mereka juga memasang papan tanda nama gerai. Nama gerai mereka ialah Gerai Muhibah 2. pakaian tradisi masing-masing semasa menjual makanan bagi menarik perhatian pembeli untuk datang membeli di gerai mereka. Mereka juga mengedarkan risalah menu yang dijual di gerai mereka 3. ramah dan mesra sekali. Makanan yang dijual oleh mereka ialah donat, karipap, kaswi, wade, ladu, muruku, bak chang, pau serta dim sum. Jualan makanan ini sangat laris. Pembeli memuji keenakan makanan yang dijual oleh mereka 4. berasa sungguh seronok apabila dapat berniaga bersama-sama. Hubungan mereka juga semakin erat berkat semangat bersatu padu dalam menjayakan aktiviti jualan itu 2 Kemahiran Membaca 1. Ilmu tentang pantun yang merupakan puisi Melayu lama 2. (a) kerjasama (c) yakin diri (b) bersatu padu (d) kreatif 3 Aspek Tatabahasa 1. bola jaring 2. warga sekolah 3. balai raya 4. kerjasama 5. sukarelawan 6. pusat sumber 7. berganding bahu 8. sepak takraw 12 Semarak Perpaduan 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. mengadakan majlis rumah terbuka bagi menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan sebagainya. Rakyat yang berbilang kaum akan bersama-sama meraikan perayaan tersebut. Pada masa yang sama, mereka dapat berkongsi maklumat tentang budaya dan adat resam masing-masing. 2. sukaneka juga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk di sesuatu tempat. Dalam aktiviti ini, penduduk yang berbilang kaum akan bersama-sama melibatkan diri dalam acaraacara yang dijalankan. Penduduk juga dapat berkenalan dengan jiran dan beramah mesra. 3. memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Murid-murid akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik yang dapat memupuk semangat kerjasama dan setia kawan. 4. Hari Kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun. Dengan ini, semangat cinta akan negara dapat disemai dalam jiwa rakyat. Apabila rakyat cinta akan negara, rakyat akan bersatu padu menjaga keamanan negara. Negara akan aman, makmur, dan maju jika rakyat bersatu padu. 2 Kemahiran Menulis 1. Kelab dan persatuan biasanya akan menganjurkan aktiviti perkhemahan. Dalam aktiviti perkhemahan ini, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kaum. 2. Warga sekolah yang berbilang kaum bersamasama menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, warga sekolah bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. Kerjasama yang ditunjukkan ini dapat memupuk perpaduan. 3. Perpaduan juga dapat dipupuk melalui aktiviti bahasa. Misalnya, penganjuran Minggu Bahasa Melayu mewajibkan murid-murid yang berbilang kaum bertutur dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan. Dengan cara ini, penguasaan bahasa Melayu dapat ditingkatkan dan dapat memupuk persefahaman dalam kalangan murid. 4. Aktiviti sukan sememangnya dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum akan bersama-sama menyertai aktiviti sukan yang diminati oleh mereka. Melalui aktiviti sukan ini, hubungan akan bertambah erat kerana muridmurid akan berlatih dan bermain bersama-sama. Tema 5 • Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. beras pulut 2. santan cair 3. daun pandan 4. santan pekat 5. air pandan 6. tidak berketul 7. api perlahan 8. kuih sejuk 2 Kemahiran Membaca 1. B 2. A 3. C 4. D ✂ CONTOH


98 3 Kemahiran Menulis 1. (a) Proses merebus (b) Proses membungkus 2. Ikan yang disiang perlu dicuci sebelum diadunkan untuk membuang kekotoran serta menghilangkan bau hanyir ikan. 3. Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan oleh pengusaha keropok lekor untuk meningkatkan pendapatan adalah membuat promosi jualan melalui media massa serta laman sosial dan memperluas pasaran keropok lekor ke pasar raya. 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 1 Kemahiran Menulis 1. hormat 2. menghasilkan kolam selama seharian 3. kreatif 4. bangga 5. mewarisi kepakaran nenek dan ibu membuat kolam 2 Aspek Tatabahasa 1. Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain layang-layang di kawasan yang lapang itu. 2. Mariana sangat rajin membantu ibunya menyediakan bahan-bahan untuk membuat kuih. 3. Patung-patung wayang kulit yang unik itu dihasilkan oleh Tok Dalang. 4. Pelancong asing itu merakamkan gambar bersama Tok Batin Bidin sebagai kenangkenangan semasa melawat ke perkampungan Orang Asli itu. 5. Karnival Kesenian dan Kebudayaan itu diadakan secara besar-besaran. 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. Istana Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan 2. mengikut seni bina masyarakat Minangkabau 3. merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 4. diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku. Selain itu, istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki 5. berperanan sebagai sebuah muzium yang mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja 6. istana ini menjadi warisan sejarah zamanberzaman 2 Kemahiran Membaca Perkataan Makna 1. gitar Alat muzik yang dipetik talinya untuk menghasilkan bunyi 2. sosial Segala yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan 3. tradisional Bersifat tradisi 4. busana Pakaian yang lengkap dan indahindah / perhiasan 5. perisai Alat untuk menangkis senjata, tikaman atau pukulan 3 Aspek Tatabahasa 1. Puan Hajar dan suaminya menyediakan laukpauk tradisional semasa menyertai pertandingan masakan tradisi itu. 2. Puan Nani menyediakan pelbagai jenis rempahratus yang berkualiti tinggi untuk menyediakan nasi beriani. 3. Nenek sedang merebus sayur-mayur itu untuk dibuat ulam-ulaman. 4. Riuh-rendah suara kanak-kanak yang sedang bermain permainan sepak raga tuju di halaman rumah Nek Piah. 5. Pak Hamid membuat ukiran kayu dengan menggunakan kayu-kayan yang bermutu tinggi. Tema 6 • Sains, Teknologi dan Inovasi 16 Indahnya Sains 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen 2. sumber air kepada semua hidupan di hutan ini 3. menghasilkan tenaga hidroelektrik yang dapat membekalkan tenaga elektrik untuk kegunaan harian 4. membekalkan sumber cahaya kepada hidupan di muka bumi ini 5. menghasilkan tenaga solar 2 Kemahiran Membaca … pameran reka cipta pereka muda. Orang ramai hadir untuk menyaksikan pelbagai bahan pameran yang disediakan di pameran itu. Bahan-bahan pameran sungguh menarik. Pengunjung juga dapat mencuba pelbagai aktiviti menarik di pameran itu. Para petugas ✂ CONTOH


99 sentiasa melayan para pengunjung dengan mesra. Pelbagai demonstrasi bahan pameran dilakukan demi menarik perhatian pengunjung. Risalah turut diberikan untuk menyalurkan pelbagai maklumat penting kepada pengunjung. Sesungguhnya, pameran ini memberikan banyak manfaat kepada para pengunjung. Para pengunjung dapat mengetahui perkembangan sains, teknologi, dan inovasi yang semakin pesat membangun di negara ini. Pameran ini juga dapat memupuk minat murid-murid dalam bidang sains. 3 Kemahiran Menulis 1. Robot pengasuh yang bertugas untuk menghiburkan kanak-kanak, dan menyediakan akses Internet. Selain itu, robot ini menjaga keselamatan rumah. 2. Robot yang mampu melakukan gerakan dan reaksi sendiri seperti anjing sebenar serta mempunyai perasaan. Robot ini akan menyalak jika berasa tidak selesa. 3. Robot ini akan mendekati dan menyapa anggota keluarga pemiliknya dengan suara wanita. Selain itu, robot ini dapat merakamkan pesanan telefon dan membaca surat khabar elektronik. 4 Aspek Tatabahasa 1. (a) Pokok-pokok rambutan ini meredupkan kawasan rumah. (b) Pokok-pokok ini meredupkan kawasan rumah saya. 2. (a) Cahaya matahari dapat mengeringkan pakaian. (b) Matahari dapat mengeringkan pakaian di ampaian. 3. (a) Ayah saya sedang mengisi minyak kereta. (b) Ayah mengisi minyak kereta di stesen minyak. 17 Teknologi Membantu Kita 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. boleh dijadikan alat komunikasi. Ayah dapat membuat panggilan atau menerima panggilan hanya dengan menggunakan jam tangan ini 2. dapat mengakses e-mel dan melayari media sosial menggunakan jam tangan pintar ini 3. menggunakan aplikasi penunjuk arah yang terdapat dalam jam tangan pintar ini 4. melancarkan perjalanan ke sesuatu tempat 5. memeriksa kadar denyutan nadi dan kandungan oksigen dalam badan 6. memudahkan urusan seharian ayah 2 Kemahiran Menulis Berdasarkan jawapan murid 3 Aspek Tatabahasa 1. Kamal dan Chuan Yong pelajar Diploma Sains Komputer. 2. Kumpulan A atau Kumpulan B yang memenangi pertandingan robotik itu? 3. Alat kawalan jauh itu tidak dapat berfungsi kerana kehabisan bateri. 4. Encik Azam melayari Internet untuk mencari maklumat tentang tentang teknologi dalam pertanian. 5. Aisyah dapat membaca maklumat tentang sains, teknologi, dan inovasi semasa berkunjung ke Pusat Sains Negara. 18 Inovasi Kreatif 1 Kemahiran Membaca 1. Ilmu sains dan teknologi dalam pertanian 2. (a) kegigihan (b) bertanggungjawab (c) kebijaksanaan 2 Kemahiran Menulis Kesalahan Frasa Pembetulan Frasa 1. daripada sekolah rendah dari sekolah rendah 2. kem ini untuk bertujuan kem ini bertujuan untuk 3. kem ini dapat juga menambahkan pengetahuan kem ini juga dapat menambahkan pengetahuan 4. dibekalkan akan beg tidur dibekalkan dengan beg tidur 5. bidang sains angkasa pernah dipelajari bidang sains angkasa perlu dipelajari Tema 7 • Pertanian dan Penternakan 19 Penternakan Janakan Pendapatan 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang penternakan 2. pengalaman memberikan makanan kepada haiwan ternakan, memungut telur, dan menghalau itik masuk ke reban 3. mengaut keuntungan daripada hasil jualan telur ayam dan telur itik ini ✂ CONTOH


100 4. bolehlah dimasukkan ke dalam tabung Kelab Pertanian atau digunakan untuk membeli keperluan haiwan ternakan ini 2 Kemahiran Menulis Hai, Amirah! Melalui e-mel ini, saya ingin menceritakan pengalaman saya berkunjung ke Taman Warisan Pertanian yang terletak di Putrajaya. Taman Warisan Pertanian ini diwujudkan dengan menekankan peranan dan pentingnya pertanian komersial di Malaysia. Pelbagai pameran yang menarik dapat saya lihat melalui lawatan ini seperti kebuh getah. Di kebun getah ini, terdapat beberapa klon pokok getah, rumah asap, dan rumah contoh pekebun kecil. Di taman ini juga terdapat tanaman industri dan komersial seperti kelapa sawit, kelapa, teh, koko, lada hitam, dan nanas. Saya juga melihat trek herba dan rempahratus yang ditanam dalam landskap. Landskap yang menarik dengan kehijauan dedaun herba pasti mendamaikan pengunjung. 3 Aspek Tatabahasa 1. Kursus penternakan udang kara itu diadakan di balai raya. 2. Apakah yang sedang dilakukan oleh dua orang pekerja itu? 3. Harga ayam ini adalah RM9.50 sekilo. 4. Apakah yang diternak oleh Pak Ajis di Kampung Pisang? 5. Saya berminat untuk menternak ketam nipah. 20 Rezeki daripada Tanah 1 Kemahiran Membaca Penggunaan Kata yang Tepat Makna 1. perubatan yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati 2. dipercayai dijamin 3. pendek tidak panjang 4. memberikan mendatangkan; menghasilkan 5. cepat pantas 2 Aspek Tatabahasa 1. Nah 2. Wah 3. Oh 4. Cis 5. Aduh 6. Wahai 7. Amboi 8. Syabas 21 Dunia Tani dan Ternak 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Pokok pisang banyak ditanam di negara ini. Pokok pisang juga ditanam untuk tujuan komersial. Hal ini kerana pokok pisang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Banyak kegunaan pokok pisang kepada manusia. Buah pisang sangat enak dan manis. Buah pisang bukan sahaja dimakan begitu sahaja, malah buah pisang boleh dibuat kuih seperti lepat pisang, kuih dakap, kek pisang, kerepek pisang, dan jus pisang. Jantung pisang pula sangat enak dibuat ulam, kerabu, dan gulai. Makanan ini diminati oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum. Seterusnya, daun pisang juga ada kegunaannya. Biasanya, daun pisang dijadikan pembungkus makanan seperti nasi lemak, kuih, dan ikan bakar. Makanan yang dibalut dengan daun pisang akan berbau wangi dan menjadikan makanan tersebut lebih enak. Batang pisang pula sering digunakan untuk membuat tali dan rakit. Di bahagian tengah batang, ada umbut atau empulur pisang. Umbut pisang yang lembut ini sangat enak dimasak gulai atau direbus sahaja untuk dijadikan ulam. Sesungguhnya, pokok pisang ini sangat banyak kegunaannya. 2 Kemahiran Membaca Lembu daging dan tenusu Mafriwal yang diternak secara fidlot merupakan baka tempatan, luar negara, dan kacukan. Lembu-lembu di sini diberikan makanan yang baik dan rumput napier yang segar dan berkualiti. Susu lembu juga diperah dengan menggunakan mesin khas. Lembu-lembu pula disembelih dan dilapah oleh pekerja yang mahir. Daging lembu yang sudah siap dilapah akan disimpan di dalam bilik dingin beku sebelum dijual. Penternakan lembu memberikan pendapatan yang lumayan kepada penternak. Ini kerana daging lembu dan produk lain daripada lembu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. 3 Aspek Tatabahasa 1. Dua orang lelaki sedang membersihkan daundaun kering. 2. Encik Ali meletakkan anak pokok kelapa sawit ke dalam kereta sorong. 3. Pak Amat menggembur tanah dengan menggunakan traktor. 4. Dua orang pekerja sedang memotong tandan kelapa sawit dan mengutip buah kelapa sawit yang gugur. 5. Encik Jamil membawa kelapa sawit dengan menggunakan kereta sorong. ✂ CONTOH


101 Tema 8 • Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 22 Sumber Ekonomi 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Ada beberapa buah gerai di medan selera ini. Yang menarik perhatian saya ialah Gerai Nasi Campur Pak Abu, Gerai Sup Mariam, Gerai Masakan Cina, dan Gerai Selera Barat. Setiap gerai ini menjual pelbagai jenis makanan yang menyelerakan, ayah. Ada pelbagai lauk-pauk seperti kari, masak lemak cili padi, asam pedas, sup ayam, daging, dan kambing, nasi ayam dan nasi itik, dan banyak lagi. Selain itu, makanan barat juga ada dijual di sini seperti cop ayam, daging, dan kambing, kentang goreng, sup cendawan, dan roti bakar. Semua gerai makanan di sini mempunyai sijil halal, ayah. Harganya juga berpatutan. Jadi, memang sesuai untuk kita sekeluarga makan di sini. Kita dapat merasai pelbagai jenis makanan yang dijual. 2 Kemahiran Membaca … bengkel kraf tangan ini akan lebih maju dan dapat meningkatkan pendapatan pengusahanya kerana permintaan terhadap kraf tangan ini agak tinggi juga pada masa kini. Selain itu, perusahaan bengkel kraf tangan ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Bengkel kraf tangan ini juga dapat memartabatkan kembali seni kraf tangan agar tak laput dek hujan tak lekang dek panas. 3 Kemahiran Menulis 1. (a) Proses merendam (b) Proses menjemur 2. Daun bemban perlu dilayur sebelum direndam supaya daunnya menjadi lembut. 3. Pada pendapat saya, cara untuk meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan anyaman adalah dengan mempelbagaikan reka bentuk anyaman, memastikan anyaman berkualiti, dan bersesuaian dengan cita rasa masyarakat hari ini. Selain itu, pengusaha kraf tangan perlu mempromosikan hasil anyaman dengan lebih giat melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memasarkannya ke seluruh negara. 23 Usahawan Berjaya 1 Kemahiran Menulis 1. (a) Jualan daging segar (b) Jualan induk kambing Jamnapari (c) Jualan susu kambing 2. Pada pendapat saya, tindakan yang dapat dilakukan oleh Pak Jalil untuk memajukan perusahaannya adalah dengan meluaskan pasaran jualan daging kambingnya ke seluruh negeri dengan menghasilkan daging kambing sejuk beku. Selain itu, Pak Jalil boleh mempromosikan daging dan susu kambing di laman sosial agar diketahui oleh masyarakat. Dengan ini, jualan daging dan susu kambing dapat dipertingkatkan sekali gus dapat memajukan perusahaannya itu. 2 Aspek Tatabahasa 1. Menghantar kucing peliharaannya ke hotel kucing Puan Zahnita. 2. Pak Karim menternak lembu dan kambing di belakang rumahnya. 3. Ke Taska Permaisuri Puan Alisa menghantar anak-anaknya. 4. Encik Fauzi berjaya membuka sebuah kilang makanan sejuk beku. 5. Bijak-bijak belaka murid-murid di Tadika Cemerlang. 6. Adalah hasil kerjasama para kakitangannya kejayaan syarikat ini. 7. Berjalan dengan lancar dan meriah majlis perasmian Dobi Intan itu. 8. Kuih-muih yang dijual oleh Mak Cik Halimah sungguh laris. 24 Bijak Mengurus Wang 1 Kemahiran Membaca 1. Encik Idrus Abdullah ialah pegawai Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). 2. Kita perlu menyenaraikan barangan sebelum membeli-belah agar tidak membeli barangan secara berlebih-lebihan dan tidak mudah terpengaruh oleh pelbagai tawaran. 3. Kesan menggunakan kad kredit semasa membuat pembayaran adalah kita akan dibebani kadar faedah yang tinggi. Selain itu, penggunaan kad kredit juga boleh menyebabkan kita bersikap boros semasa berbelanja. 2 Kemahiran Menulis Pendahuluan: – kata alu-aluan kepada hadirin – tajuk syarahan, “Berjimat Cermat Amalan Mulia” Isi-isi Penting: (a) panduan berjimat cermat – membawa bekal makanan ke sekolah – tidak perlu membeli makanan di kantin – menyimpan wang saku di dalam tabung – simpanan untuk masa depan ✂ CONTOH


102 (b) berbelanja di pasar raya – membuat pilihan – mendahulukan barangan keperluan – barangan persekolahan – elakkan membeli mengikut kemahuan – tidak boros berbelanja (c) sebelum membeli-belah – membuat senarai barangan yang hendak dibeli – barang yang tidak penting – membeli-belah ketika jualan murah – menjimatkan perbelanjaan (d) sentiasa membandingkan harga barangan – yang murah dan berkualiti – membuat pilihan yang bijak – elak pembaziran Penutup: – hendaklah berbelanja dengan berhemah – menggunakan wang dengan bijak – mendahulukan keperluan daripada kemahuan – demi masa depan yang cerah Tema 9 • Integriti 25 Amanah Sejagat 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian yang berbeza. Pokok-pokok ini tegak, lurus, malar hijau, dan berakar Banir 2. kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal, keruing, dan balau. Rotan dan buluh yang sering digunakan untuk menghasilkan kraf tangan juga banyak terdapat di hutan ini 3. habitat bagi haiwan dan tumbuhan liar 4. perlu kita jaga dan hargai 5. pihak berkuasa haruslah mengawal aktiviti pembalakan agar pokok-pokok di hutan dan habitat hidupan liar tidak musnah 6. berganding bahu memelihara hutan untuk tatapan generasi akan datang 2 Kemahiran Membaca 1. Za’ba merupakan pejuang bahasa yang terkenal dan jasanya akan tetap dikenang selamalamanya. 2. memartabatkan bahasa dan melahirkan insan yang memiliki akhlak yang baik. 3. Jalur Gemilang merupakan lambang negara yang merdeka. 4. Jasa perajurit negara tidak berbalas kerana mereka sanggup berjuang untuk mempertahankan negara yang tercinta daripada ancaman musuh. 3 Kemahiran Menulis … pandai menjaga disiplin dan mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya. Pengawas juga hendaklah sentiasa menjaga imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid lain agar dapat dicontohi. Tugasan yang diberikan oleh guru disiplin haruslah dijalankan dengan penuh amanah dan dedikasi. Selain itu, pengawas bertanggungjawab mengawal disiplin murid-murid di sekolah. Mereka harus mengenal pasti murid yang bermasalah seperti murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Mereka harus menegur sikap murid yang bermasalah itu secara berhemah. Pengawas juga berperanan untuk mencegah kes buli, gengsterisme, dan vandalisme yang berlaku di dalam kawasan sekolah. Jika mereka mendapat laporan atau melihat kejadian buli, gengsterisme, dan vandalisme, mereka harus segera melaporkan kes tersebut kepada guru disiplin agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan segera. Tindakan ini juga demi menjaga imej dan nama baik sekolah. 26 Intergriti Nadi Kemakmuran Negara 1 Kemahiran Membaca 1. Boon Tai teringat akan Ignatius apabila terbaca tentang pelantikannya sebagai pensyarah kanan di sebuah maktab perguruan. 2. (a) ✓ (b) ✗ 3. Pada pendapat saya, hubungan antara Boon Tai dengan Ignatius terputus kerana mereka tidak berutus surat disebabkan kesibukan dengan urusan kerjaya dan keluarga. 2 Aspek Seni Bahasa Berdasarkan jawapan murid 27 Kejujuran Asas Jati Diri 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur 1. pengajaran untuk kamu lebih berhati-hati pada masa hadapan 2. bercakap jujur dengan beliau dan meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi 3. berjumpa dengan Cikgu Noriah dan meminta maaf kepadanya. Jika ada masa lapang nanti, saya akan menyiapkan latihan karangan itu dengan segera 2 Kemahiran Menulis Pendahuluan: – berjalan ke kantin – terjumpa dompet – atas kerusi – mengambil dompet itu Isi-isi Penting: (a) tidak berani untuk membuka dompet itu – bukan kepunyaannya – berjumpa guru disiplin – memberikan dompet itu ✂ CONTOH


103 (b) membuka dompet – meneliti kad pengenalan pemilik dompet – milik seorang murid Cina tahun 6 – menyerahkan dompet (c) pemilik dompet – mendapat dompetnya semula – wajah yang muram menjadi ceria – berasa lega – berterima kasih (d) membalas budi – bersikap jujur – belanja makan di kantin – makan bersama-sama – berkawan baik Penutup: – mencontohi sikapnya – jujur dan baik hati – rakan yang boleh dipercayai Praktis Ekstra Bahagian A Praktis 1 1. D 2. A 3. C 4. B 5. A 6. A 7. B 8. C 9. A 10. B Praktis 2 1. B 2. C 3. D Praktis 3 1. B 2. A 3. C Praktis 4 1. B 2. C 3. D 4. B Praktis 5 1. C 2. A 3. D 4. C Bahagian B Praktis 1 1. (a) basikal (b) Ahmad sedang mengisi minyak mesin pemotong rumput semasa Jia Wei tiba di rumahnya. (c) menunggang (d) Jia Wei memuji kerajinan Ahmad dan bertanyakan sama ada susah atau tidak mengunakan mesin itu. ( ✓ ) 2. Tindakan yang akan saya lakukan adalah memulangkan lebihan baki wang itu semula kepada juruwang itu. Saya mesti bersikap jujur serta tidak mengambil lebihan wang itu walaupun jumlahnya tidak besar. Praktis 2 1. (a) padang (b) Guru besar yang merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. (c) guru besar (d) Adam menyampaikan sajak yang bertajuk, “Malaysia Negaraku Tercinta”. ( ✓ ) 2. Tindakan yang perlu saya lakukan adalah memberitahu pekerja pasar raya itu tentang roti yang telah tamat tarikh luputnya itu. Saya tidak akan membeli roti itu demi menjaga keselamatan diri saya. Bahagian C Praktis 1 Pada pendapat saya, kebaikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia adalah dapat mendidik masyarakat agar membeli barangan buatan Malaysia berbanding barangan import. Selain itu, membeli barangan buatan tempatan dapat mengelakkan pengaliran mata wang kita ke luar negara. Membeli barangan buatan tempatan juga lebih menjimatkan. Rakyat Malaysia yang bijak akan mengutamakan barangan tempatan. Praktis 2 Pada pendapat saya, kebaikan aktiviti penternakan ikan adalah dapat menjana pendapatan yang lumayan kerana ikan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Selain itu, penternakan ikan dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Seterusnya, penternakan ikan ini dapat membekalkan ikan-ikan segar pada setiap hari untuk penduduk setempat dan para peniaga kedai makan. Bahagian D Praktis 1 Karangan Berformat Noraini binti Nubhan, No. 16, Taman Mawar, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 15 April 2024. Menemui sahabatku, Nadia, yang berada di Kedah. Apa khabar? Diharapkan saudari sihat selalu. Saya di sini sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang peranan anggota tentera dalam kegiatan kemasyarakatan. Anggota tentera sering membantu mangsa banjir kilat. Mereka membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara. Anggota tentera akan bergotong-rotong menyediakan makanan untuk mangsa banjir. Selain itu, mereka membantu membersihkan rumah dan membaiki kerosakan rumah. Seterusnya, anggota tentera juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan. Mereka sentiasa memastikan mangsa banjir berada dalam keadaan baik. Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Noraini ✂ CONTOH


104 Karangan Tidak Berformat Tugas Anggota Tentera Malaysia (ATM) bukan sahaja menjaga keselamatan negara, malahan menjaga keselamatan rakyat. Banyak bentuk bantuan yang dihulurkan oleh mereka. Anggota tentera sering membantu mangsa bencana alam seperti banjir kilat. Mereka membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara. Anggota tentera akan bergotong-rotong menyediakan makanan untuk mangsa banjir. Selain itu, mereka membantu membersihkan rumah dan membaiki kerosakan rumah. Seterusnya, anggota tentera juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan. Mereka sentiasa memastikan mangsa banjir berada dalam keadaan baik. Kesimpulannya, banyak jasa dan sumbangan anggota tentera kepada masyarakat. Kita harus mengenang jasa mereka. Praktis 2 Karangan Berformat Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Kebaikan Kunjung-mengunjungi”. Hadirin sekalian, Amalan kunjung-mengunjungi dapat memupuk perpaduan. Misalnya, masyarakat dapat beramah mesra dengan jiran-jiran yang berbilang kaum semasa berkunjung ke rumah terbuka. Amalan ini juga dapat menunjukkan jati diri rakyat Malaysia yang unik dan istimewa. Dengan ini, masyarakat akan saling menghormati antara satu dengan yang lain. Seterusnya, amalan kunjung-mengunjungi dapat menambahkan kenalan. Kita dapat mengenali rakan baharu yang berbilang bangsa. Justeru, amalan ini haruslah diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Amalan ini dapat memupuk perpaduan. Karangan Tidak Berformat Pada hari Sabtu yang lalu, ayah saya mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Krismas. Kami menghias rumah dengan pokok krismas. Jiran-jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum datang ke rumah kami. Ibu menyediakan juadah istimewa untuk para tetamu. Ayah saya menyambut kedatangan tetamu dengan mesra di muka pintu. Ayah menjemput tetamu masuk ke dalam rumah. Saya berkenalan dengan rakan baharu yang berbangsa Cina. Keluarganya baru berpindah ke taman ini. Kami bermain bersama-sama. Majlis rumah terbuka ini berjalan dengan lancar. Saya dan keluarga berasa sungguh gembira. ✂ CONTOH


Modul Praktis PBD INTERVENSI Menepati Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Memenuhi keperluan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks Menggabungjalinkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK dan praktis Menyediakan garisan gunting Jawapan lengkap Sem. M’sia: RM9.50 Sabah/ S’wak: RM9.90 Ref: ISBN Subjek Tahun Bahasa Melayu English Matematik Matematik (Dwibahasa) Sains Sains (Dwibahasa) Sejarah Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Jasmani & Kesihatan Bahasa Arab Pendidikan Islam Pelajaran Jawi u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u u 1 2 3 4 5 6 Judul-judul dalam siri ini: Bahan Digital Ekstra Video Tutorial PAK-21 Audio Perbualan Pendidikan Sivik Latihan Pengukuhan PKJR 978-967-252-873-9 9 789672 528739 K-24101-06 CONTOH


Modul PraktisPBD INTERVENSI KSSR Semakan BAHASA MELAYU Tahun 4 Set Kertas Model UASA Format Terbaharu Jawapan Lengkap Ujian Akhir Sesi Akademik UASA2.0 Boleh Dileraikan 6 CONTOH


KANDUNGAN • Tema 1 – Kekeluargaan • Tema 2 – Kesihatan dan Kebersihan 1 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1.1-1.8 Set • Tema 3 – Keselamatan • Tema 4 – Perpaduan 2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2.1-2.8 Set • Tema 5 – Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika • Tema 6 – Sains, Teknologi, dan Inovasi 3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 3.1-3.8 Set • Tema 7 – Pertanian dan Penternakan • Tema 8 – Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan • Tema 9 – Integriti 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 4.1-4.8 Set Jawapan J1-J4 Format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Melayu Sekolah Rendah CONTOH


PERKARA BAHASA MELAYU Jenis Instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman dan Penulisan Jenis Item • Objektif Aneka Pilihan (OAP) • Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) • Subjektif Respons Terhad (SRTh) • Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan Soalan Bahagian A (10 markah): OAP • Tatabahasa (3 – 5 soalan) • Pemahaman Petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal dan Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRTh • Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (Bersepadu) (3 – 5 soalan) • Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb • Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb • Penulisan Karangan – 1 soalan Markah 50 Markah Tempoh Ujian 1 Jam 15 Minit Konstruk Pengetahuan Sistem Bahasa Kemahiran Membaca: Kemahiran Menulis: • Memahami • Mengaplikasi • Mengaplikasi • Menganalisis • Menganalisis • Menilai • Mencipta Aras Kesukaran Rendah: Sederhana: Tinggi (5 : 3 : 2) Kaedah Penskoran • Dikotomus • Analitikal • Holistik CONTOH


1.1 Set 1 1 Set UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Tema 1 Kekeluargaan Tema 2 Kesihatan dan Kebersihan Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Ayah akan mengadakan majlis kesyukuran di rumah _______ pada hari Sabtu ini,” kata Encik Rahim kepada anak-anaknya. A saya C kami B kita D kamu 2. Sofia dapat tidur dengan _______ selepas makan ubat demam dan selesema itu. A elok B mudah C nyenyak D nyaman Soalan 3 3. Pilih ayat yang betul. A Aina dan keluarganya berjalan ke Tanah Tinggi Cameron. B Abang Haikal memetik gitar sambil bernyanyi. C Doktor Siva mencungkil gigi Hanif yang berlubang itu. D Khairina mencampak sisa makanan itu ke dalam tong sampah. [10 markah] Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aku dan keluarga pernah menaiki kereta kabel Langkawi di Gunung Machinchang semasa bercuti di Pulau Langkawi. Kami menunggu ketibaan gondola di stesen bawah. Pertama kali menaiki kereta kabel itu, aku berasa sungguh gayat kerana gondola tersebut berlantaikan kaca. Gondola ini melintasi gunung-ganang yang sangat curam. Di puncak gunung, kami melalui sebuah jambatan gantung yang berbentuk melengkung sambil menikmati pemandangan gunung-ganang dan gugusan pulau yang sungguh indah. Jambatan ini merupakan jambatan melengkung yang terpanjang di dunia. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini sebagai kenang-kenangan. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, dan Bahagian D. Jawab semua soalan. Masa: 1 jam 15 minit CONTOH


1.2 Set 1 4. Di manakah ‘aku’ dan keluarganya bercuti? A Di Gunung Machinchang B Di Pulau Langkawi C Di puncak gunung D Di jambatan gantung 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A ‘Aku’ dan keluarganya pergi ke Pulau Langkawi dengan menaiki kereta kabel. B Mereka berasa takut semasa berada di puncak Gunung Machinchang. C ‘Aku’ pertama kali menaiki kereta kabel Langkawi itu. D Semasa di puncak gunung, mereka tidak dapat melihat pemandangan gugusan pulau yang indah. 6. Berikut ialah pengalaman ‘aku’ semasa berada di Gunung Machinchang berdasarkan petikan kecuali A berasa sungguh gayat kerana gondola tersebut berlantaikan kaca. B gondola melintasi gunung-ganang yang sangat curam. C melalui jambatan melengkung yang terpanjang di dunia. D menikmati pemandangan gunung-ganang dan pekan yang sungguh indah. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 Kelebihan Bercuti di Dalam Negara Bersama Keluarga 1. Menjimatkan kos Bercuti di dalam negara lebih menjimatkan kos kerana kita tidak perlu membayar visa, pasport dan sebagainya. Selain itu, barangan yang dijual di luar negara lebih mahal berbanding dengan barangan yang dijual di negara kita sendiri. 2. Mudah untuk berkomunikasi Bercuti di dalam negara memudahkan kita untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama bagi masyarakat majmuk di negara ini. 3. Banyak tempat menarik Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan setiap negeri mempunyai keunikannya yang tersendiri. Negara kita juga mempunyai pulau-pulau peranginan yang cantik yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. 4. Menjana ekonomi negara Setiap perkhidmatan dan produk akan dikenakan cukai. Jadi, secara tidak langsung, kita dapat menolong menambahkan pendapatan negara dan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan. CONTOH


1.3 Set 1 Adelia dan keluarganya berbincang tentang tempat percutian mereka sekeluarga sempena cuti persekolahan yang akan datang. Mereka berbincang sama ada hendak bercuti di dalam atau di luar negara. Masing-masing memberikan pendapat tentang tempat percutian yang sesuai untuk dikunjungi. Selepas perbincangan, mereka sekeluarga telah sepakat untuk bercuti di dalam negara sahaja. Hal yang demikian kerana Malaysia juga mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan unik yang tidak terdapat di negara lain. Percutian di dalam negara juga dapat menjimatkan kos. Mereka sekeluarga telah bersetuju untuk bercuti di Sabah dan Sarawak. 7. Adelia sekeluarga berbincang tentang A cuti persekolahan. B aktiviti keluarga. C tempat percutian. D negara Malaysia. 8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A keping. B bidang. C helai. D buah. 9. Perkataan kos dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A wang. B belanja. C cukai. D kewangan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Adelia sekeluarga akan bercuti di Sabah dan Sarawak. B Setiap negeri di Malaysia mempunyai pulau peranginan yang cantik. C Keluarga Adelia tidak mahu bercuti di luar negara kerana tiada tempat yang menarik untuk dilawati. D Agak sukar untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan jika bercuti di dalam negara. BAHAN 2 Bercuti di dalam negara lebih menjimatkan kos kerana kita tidak perlu membayar visa, pasport dan sebagainya. CONTOH


1.4 Set 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. [10 markah] Aisyah mengalami demam panas dan batuk berkahak. Ibunya, Puan Alina berasa sangat bimbang. Ibunya segera membawanya ke klinik. Selepas pemeriksaan, doktor berpesan kepada Aisyah supaya banyak minum air masak dan tidak bermain di luar ketika cuaca panas terik. Doktor memberikan ubat demam dan batuk kepada Aisyah. Puan Alina berasa lega kerana penyakit anaknya itu tidak serius. Sebaik pulang ke rumah, Puan Alina juga menyediakan air lemon yang dicampur dengan madu dan halia. Air lemon itu dibuat untuk Aisyah bagi mengurangkan batuk berkahak yang dialaminya. Selepas beberapa hari, kesihatan Aisyah semakin baik. 1. (a) Puan Aisyah berasa sangat bimbang kerana anaknya, Aisyah mengalami dan batuk berkahak. [1 markah] (b) Apakah pesanan yang diberikan oleh doktor kepada Aisyah? [2 markah] (c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Doktor memberikan ubat demam dan batuk kepada Aisyah. [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (3) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sebaik pulang ke rumah, Puan Alina juga menyediakan air lemon yang dicampur dengan madu dan halia. Puan Alina sebaik pulang ke rumah juga menyediakan air lemon yang dicampur dengan madu dan halia. Air lemon yang dicampur dengan madu dan halia juga disediakan oleh Puan Alina sebaik pulang ke rumah. [1 markah] CONTOH


1.5 Set 1 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. 2. Semasa sedang berehat di ruang tamu, kamu ternampak adik kamu membersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas. Kamu sedar bahawa tindakannya itu boleh memudaratkan kesihatan telinga. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah] CONTOH


1.6 Set 1 Grafik di bawah menunjukkan tentang langkah-langkah ke arah jantung yang sihat. Tuliskan pendapat kamu tentang langkah-langkah ke arah jantung yang sihat. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah] [10 markah] CONTOH


1.7 Set 1 [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. BERKELAH BERSAMA KELUARGA CONTOH


J2 Saya pula membantu ibu memanggang ayam yang telah diperap. Rasa ayam panggang itu sungguh enak. Adik makan ayam panggang itu dengan berselera sekali. Kakak merakamkan gambarnya di tepi sungai sebagai kenang-kenangan. Kawasan sungai itu sungguh indah. Banyak pengunjung berkelah di situ. Perkelahan ini memberikan kenangan manis buat kami sekeluarga. Kami akan berkunjung lagi ke sana. 1. C 2. B 3. A 4. C 5. A 6. C 7. B 8. B 9. C 10. D 1. (a) pemburu (b) Pak Belang menyelamatkan Sang Kijang daripada pemburu itu dengan menyuruh Sang Kijang bersembunyi di dalam gua dan mengaum untuk menakutkan pemburu itu. (c) Terima kasih (d) Pak Belang berpesan kepada Sang Kijang supaya bersatu padu menjaga keselamatan haiwan di hutan ini. (3) 2. Tindakan yang akan saya lakukan adalah menyertai mereka membina panjut sempena Pesta Panjut itu. Apabila menyertai mereka, saya dapat berkenalan dan beramah mesra dengan penduduk kampung sekali gus dapat menambah kenalan baharu. Pada pendapat saya, banyak kebaikan yang akan kita peroleh apabila mematuhi peraturan di jalan raya. Antaranya, kita dapat mengelakkan kemalangan jalan raya. Selain itu, kita akan tiba di destinasi yang dituju dengan selamat. Seterusnya, urusan pengangkutan di jalan raya juga dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Karangan Berformat Yang dihormati tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Gotong-royong Memupuk Perpaduan”. Hadirin yang saya hormati, Aktiviti gotong-royong memberikan banyak faedah kepada murid-murid. Aktiviti ini dapat memupuk nilai kerajinan dan semangat bekerjasama dalam kalangan murid. Selain itu, aktiviti bergotong-royong dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Murid-murid saling membantu meringankan beban semasa menjalankan tugasan. Seterusnya, aktiviti bergotong-royong akan menjadikan sekolah bersih dan selamat. Murid-murid dapat belajar dengan selesa. Kesimpulannya, aktiviti ini memberikan banyak kebaikan kepada murid-murid. Sekian, terima kasih. Karangan Tidak Berformat Aktiviti bergotong-royong sering dijalankan di sekolah. Aktiviti ini memberikan banyak faedah kepada murid-murid. Aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid. Murid bekerjasama agar tugasan menjadi mudah. Selain itu, aktiviti ini memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Contohnya, muridmurid yang berbilang kaum saling membantu meringankan beban semasa menjalankan tugasan. Seterusnya, aktiviti bergotong-royong akan menjadikan sekolah bersih dan selamat. Murid-murid dapat belajar dengan selesa. Kesimpulannya, aktiviti ini memberikan banyak kebaikan kepada murid-murid. Aktiviti ini patut dijadikan aktiviti tahunan sekolah.


Click to View FlipBook Version