CONTOHKhas untuk guru sahaja
Dengan setiap pembelian buku, guru boleh
dapatkan salinan lembut (softcopy) dalam
bentuk PDF untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran di rumah (home-
based learning).
Sekiranya guru memerlukan PDF, sila
hubungi Bahagian Penjualan dan Pemasaran
Cemerlang Publications Sdn. Bhd. di talian:
03-89592001
03-89593001
016-3324137
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Penerapan Sivik Bulan Januari
Nilai Kasih Sayang
Tajuk Jauhi Buli
Teknik Bacaan HEBAT 5W1H
Who (Siapa)CONTOH Siapakah pihak yang dibincangkan/ watak?
What (Apa) Apakah kejadian/ masalah/ kesan yang berlaku?
When (Bila) Bilakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
Where (Di mana) Di manakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
Why (Mengapa) Mengapakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
How (Bagaimana) Bagaimanakah kejadian/ masalah/ kesan itu dapat diselesaikan?
Langkah Pelaksanaan Resos Guru
1 Kemukakan enam soalan di atas, pastikan soalan tersebut berkaitan dengan topik atau bahan yang
dibaca pada waktu sebelum, semasa, dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan
terarah.
2 Catatkan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan pada ruang jawapan yang
diberikan.
3 Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan
mengukuhkan pemahaman tentang bacaan tersebut.
Aktiviti 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan.
Buli di Sekolah: Punca dan Akibat
Buli merupakan satu fenomena yang semakin membimbangkan pelbagai pihak. Budaya negatif ini
digambarkan bagaikan tiada penyelesaian apabila mula menjadi buah mulut masyarakat kini. Lebih
merisaukan apabila video-video tular yang mula membanjiri media-media sosial telah mendapat pelbagai
respons daripada masyarakat maya. Masalah ini bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli di
sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan murid sekolah
bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat di negara kita.
Kita soroti satu kes buli yang pernah menggemparkan negara apabila sembilan pihak termasuk lima orang
murid daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terpaksa membayar saman berjumlah
RM616 634.20 kepada seorang bekas murid yang pernah menjadi mangsa buli empat tahun sebelumnya.
Jumlah besar ini perlu dibayar akibat mangsa telah kehilangan pendengaran di telinga sebelah kanan dan
tidak boleh menjalani aktiviti air seumur hidupnya akibat dibuli.
Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, ayuh kita teliti dahulu maksud buli dari segi bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang,
kebiasaannya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan ataupun menakutkan
orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan
kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa
malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah, iaitu di prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan
sekumpulan murid dan mangsa hanya berseorangan untuk mempertahankan diri. Beberapa punca telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada permasalahan ini.
R1
RCON esTosGuru OHBM Tingkatan 4 Resos Guru
Amal maaruf nahi mungkar merupakan konsep asas yang digariskan oleh agama Islam bagi
memastikan penganutnya sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan atau kemungkaran.
Mengikut kajian-kajian awam yang dijalankan, kebanyakan pembuli yang melalui sesi kaunseling
mempunyai kefahaman agama yang kurang mantap. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak sedar tentang
keperluan menghormati orang lain sebagaimana yang digariskan oleh agama. Dalam negara yang pesat
membangun, rakyatnya dituntut bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Kini, ibu bapa terlalu
sibuk sehingga mengabaikan aspek keagamaan dalam diri anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan
tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing.
Ibu bapa seharusnya sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni melalui kefahaman agama yang utuh perlu
disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing
tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami keperluan dan kehendak anak-
anak mereka. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang
pemantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka terutamanya ketika di rumah. Ada antara pelaku kegiatan buli
ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat
yang semakin maju dan berpendidikan tinggi kini tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.
Selain itu, majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau.
Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan gejala buli ini berlaku. Jika berpunca
daripada keluarga, pelaku buli selalunya sama ada pernah dibuli atau sentiasa melihat keganasan buli di
rumah. Seandainya bebanan kerja merupakan punca berlakunya aktiviti buli pula, selalunya pelaku buli
terlalu stres akibat bebanan kerja yang diberikan. Perkara ini diburukkan lagi apabila seseorang individu
gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan
hingga menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya, mereka akan bertindak
membuli orang lain sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku
bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati selepas berbuat demikian. Menyedari hal ini, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menganjurkan klinik pengurusan stres bagi mendidik masyarakat
tentang cara menangani tekanan yang dihadapi.
Satu aspek penting yang tidak boleh dikesampingkan ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya
boleh didefinisikan sebagai sahabat daripada lingkungan umur dan latar belakang yang sama. Maka, kita
tidak boleh menolak bahawa gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang
semestinya sentiasa bersama dengan remaja. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan
gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut dengan
perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka berkemungkinan
besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego
mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar oleh rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi
individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan fikirannya. Sewajarnya dalam hal ini, ibu
bapa memainkan peranan vital untuk memantau pergerakan anak-anak di luar rumah terutamanya rakan
sebaya anak-anak.
Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi
pemangkin utama kepada penularan budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara
yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya bersifat kontras
dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara Barat pula berunsurkan aksi-aksi
ganas bagi menarik minat penonton. Terdorong oleh perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan,
pelaku buli akan bertindak mengaplikasikan aksi-aksi tersebut terhadap mangsanya tanpa memikirkan
padah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Dalam hal ini, pihak penerbit perlulah lebih bertanggungjawab
untuk menghasilkan filem-filem yang lebih bernilai murni agar sesuai dengan adat dan budaya di negara
kita kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Kesimpulannya, sebelum nanah menjadi tokak, langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan
efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak
terlibat dalam gejala ini. Sebagai remaja yang mungkin terdedah untuk menjadi pelaku buli ini, mereka
perlu memikirkan nasib orang lain kerana mangsa bukan sahaja terdedah kepada kecederaan fizikal malah
R2
BM Tingkatan 4 Resos Guru
turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sekali gus menjamin kesejahteraan negara.
ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas.
Isi 1 Catatan
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
CONTOH
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
Resos Guru
6 How (Bagaimanakah kejadian Catatan
itu patut diselesaikan)
Isi 2
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)
R3
RCON esTosGuru OHBM Tingkatan 4 Resos Guru Catatan
Catatan
Isi 3
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)
Isi 4
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)
3 When
(Bilakah kejadian berlaku)
4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)
5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)
6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)
R4
BM Tingkatan 4 Resos Guru
Penerapan Sivik Bulan Februari
Nilai Hormat-menghormati
Tajuk Prihatin Terhadap Keluarga
Teknik Bacaan THRILD
HEBAT
Title (Tajuk) Imbas bab dan tajuk.
Heading (Tajuk Kecil) Tulis semua subtajuk.
Read (Baca dan ringkaskan Baca perenggan pendahuluan atau pengenalan dan rumuskan
perenggan pertama) maklumatnya.
CONTOH
Illustrations (Ilustrasi) Catat kata kunci atau rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan.
Last Paragraph Baca perenggan terakhir dan rumuskan maklumatnya.
(Baca dan ringkaskan
perenggan terakhir)
Discussion Pilih tiga soalan tentang perkara yang ingin diketahui dengan lebih
(Bincangkan soalan) lanjut oleh pembaca untuk dibincangkan.
Langkah Pelaksanaan Resos Guru
1 Guru memberikan masa kepada murid untuk mengimbas tajuk besar, tajuk kecil, dan perkataan-
perkataan yang berhuruf tebal di dalam petikan.
2 Murid menulis tajuk utama dan subtajuk di dalam borang yang disediakan.
3 Murid membaca pendahuluan dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang disediakan.
4 Pindahkan kata kunci penting, perkataan berhuruf tebal, dan istilah-istilah penting yang terdapat di
dalam petikan ke dalam borang.
5 Murid membaca perenggan terakhir (kesimpulan) dan catatkan rumusan pada ruang jawapan yang
disediakan.
6 Murid berbincang dalam kumpulan untuk membentuk tiga soalan daripada subtajuk, kata kunci atau
istilah untuk dibincangkan bersama guru.
Aktiviti 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan.
Membina Keluarga Bahagia
Baiti jannati atau lebih mesra disebut sebagai rumahku syurgaku merupakan konsep yang menjadi
impian dalam sesebuah keluarga. Bagi merealisasikan impian ini semestinya setiap keluarga perlu memiliki
komponen penting, iaitu keluarga yang bahagia, sehati sejiwa, dan saling mengambil berat antara satu sama
lain. Sebuah keluarga yang bahagia tidak akan terbentuk jika setiap ahli keluarga hanya mementingkan diri
sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing. Sikap saling membantu bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Sukar
untuk dipercayai jika seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi
harmoni. Jika ada sekalipun, belenggu kejahilan dan kegelapan ini perlu diperjelas kerana tanpa keluarga
tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam hidup.
Keluarga merupakan institusi nukleus yang kecil tetapi sangat besar impaknya kepada pembentukan
negara harmoni dan maju. Dalam usaha membentuk modal insan yang berminda kelas pertama sebagaimana
yang diwara-warakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peranan ibu bapa
sangat penting dalam membentuk suasana yang ideal bagi memangkin penerapan nilai dalam diri anak-
R5
RCON esTosGuru OHBM Tingkatan 4 Resos Guru
anak. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan vital untuk membina keluarga yang harmoni
dan mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan
secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa haruslah
berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka biar sesibuk mana
sekalipun. Ibu bapa perlu sedar bahawa masa yang diluangkan bersama-sama ahli keluarga tidak bererti
mereka perlu melakukan aktiviti di luar rumah semata-mata, tetapi usaha tersebut boleh juga dilakukan
di dalam rumah seperti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping
mendalami dan menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap diri anak-anak dengan
bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka, perkembangan pelajaran di sekolah, dan kehidupan sosial
mereka.
Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia.
Sebagai saudara yang lebih makan garam dalam keluarga seperti abang mahupun kakak, mereka
sewajarnya membantu menstabilkan tanggungjawab di dalam keluarga. Stabil dalam tanggungjawab di sini
membawa maksud abang atau kakak yang boleh dianggap sebagai ketua kepada adik-beradik yang lain perlu
bertindak meringankan tugasan keluarga dengan menerajui kerja-kerja rumah yang semestinya mampu
mengurangkan beban yang dipikul oleh kedua-dua orang tua. Adakah pembahagian tugas sebegini penting?
Jawapan semestinya “ya” kerana tanggungjawab yang diagihkan akan melatih setiap ahli keluarga untuk
lebih mempunyai semangat kebersamaan dan kesepunyaan dalam keluarga. Setiap ahli keluarga seharusnya
membantu untuk menyelesaikan tugasan rumah tanpa disuruh atas dasar rasa kasih sayang dan tolak ansur.
Melalui tindakan ini, nilai-nilai murni yang lain akan mula terbentuk dan yang paling penting kemesraan
dan silaturahim antara keluarga mula dijalin erat dari masa ke masa hingga terbentuknya keluarga bahagia.
Laut mana tidak berombak, bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Resam hidup berkeluarga yang
semestinya cukup masak dengan baik dan buruk setiap ahlinya, tidak akan terlepas daripada dugaan hidup
seperti perselisihan pendapat. Dalam hal ini, ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan
pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak
seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.
Namun, kita perlu sedar bahawa setiap kali hujan lebat pasti ada pelangi pada akhirnya. Hal ini bermakna
semestinya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Setiap perselisihan pendapat boleh diselesaikan
dengan baik kerana air dicencang tidak akan putus dan carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Selalunya setiap pertentangan pendapat antara ahli keluarga hanyalah asam garam dalam kehidupan bagi
mencari keserasian yang lebih hebat antara ahli keluarga.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa keluarga bahagia boleh dibentuk melalui peranan ahli
keluarga itu sendiri. Kesediaan setiap anggota untuk berkorban dan bertolak ansur sesama mereka
akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia. Sesungguhnya, keluarga bahagia
merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju. Semoga dengan pembentukan
keluarga bahagia ini, impian negara untuk membentuk remaja yang mampu menjadi tulang belakang
kepada kepimpinan cemerlang negara pada masa depan akan tercapai.
R6
BM Tingkatan 4 Resos Guru
ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas.
NAMA : TARIKH :
TAJUK UTAMA : Membina Keluarga Bahagia
SENARAI TAJUK KECIL :
Subtajuk 1 : Ibu bapa memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak
CONTOHKata Kunci 1 : Keluarga harmoni, menatang minyak yang penuh, mengambil berat
Soalan 1 : Bagaimanakah ibu bapa membahagikan masa antara kerjaya dengan keluarga?
Subtajuk 2 : Abang dan kakak mengambil tanggungjawab ibu bapa menjalankan tugas di rumah
Kata Kunci 2 : Menstabilkan tanggungjawab, kasih sayang dan bertolak ansur, silaturahim
Soalan 2 : Bagaimanakah pembahagian tugas antara ahli keluarga boleh dibuat secara adil?
Subtajuk 3 : Mengelakkan pertengkaran antara ahli keluarga Resos Guru
Kata Kunci 3 : Air dicencang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Soalan 3 : Apakah langkah untuk menyelesaikan pertengkaran antara ahli keluarga?
Rumusan Pendahuluan :
Setiap insan memerlukan keluarga yang harmoni dalam kehidupannya. Demi membentuk keluarga
bahagia ini, setiap ahli keluarga perlu membuang sikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan
keluarga.
Rumusan Penutup :
Setiap ahli keluarga perlu bertolak ansur dalam menghadapi masalah. Keluarga bahagia yang
diwujudkan mampu memastikan anak-anak dibentuk dalam suasana yang baik dan ideal bagi
membentuk pemimpin masa depan.
R7
RCON esTosGuru OHKo d - ko d Q R u n t u kBM Tingkatan 4 HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Resos Guru
Resos Guru
Jawapan
Resos Guru
R8
Aplikasi Eksklusif yang menyediakan nota ekspres,
praktis mengikut unit dalam buku teks dan berformat SPM,
Penilaian Akhir Tahun (Kertas 1, 2, 3 dan 4).
Praktis SPM membina keyakinan dan membiasakan murid
dengan soalan berformat SPM.
Mengandungi pengetahuan dan pemahaman tatabahasa
yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata tugas,
kata kerja, kata ganda, kata terbitan, pelbagai frasa hingga
membina dan menukar struktur ayat serta menganalisis
dan membetulkan tatabahasa.
Imbas kod menggunakan gajet untuk mengakses maklumat
tambahan dalam bentuk video atau artikel yang dapat dijadikan
panduan menjawab soalan, audio lisan, nota KOMSAS, khazanah
peribahasa, dan kosa kata berdarjat tinggi.
CONTOHSPM
Nota Komsas dalam bentuk nota lengkap sebagai nota
tambahan untuk murid memahami teks KOMSAS.
Praktis PBD yang menepati kehendak Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) dan kandungannya dibina berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan buku teks.
Aktiviti PAK-21 dirancang untuk memastikan penglibatan Aktiviti
yang aktif daripada murid di samping menerapkan kemahiran PAK-21
berkomunikasi.
Kandungan
Format Instrumen Peperiksaan SPM.................................................ii
Bab 1 Karangan Berpandukan Kepelbagaian Bahan Rangsangan... 1 – 8
CONTOH
Bab 2 Karangan Umum................................................................... 9 – 27
Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa................................................28 – 46
Bab 4 Pemahaman......................................................................... 47 – 78
Bab 5 Rumusan.............................................................................. 79 – 94
Penilaian Akhir Tahun.................................................................... 95 – 112
(Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3, Kertas 4)
Jawapan
Khazanah Kosa Kata
Peribahasa Berdarjat Tinggi
Semua laman sesawang dalam
buku ini boleh dicapai pada QR
September 2021
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN
2021 MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (1103)
Bil. Perkara Keterangan
1 Jenis Instrumen
2 Jenis Item Kertas 1 (02/1) Kertas 2 (02/2)
3 Bilangan Soalan Ujian Bertulis Ujian Bertulis
4 Jumlah Markah • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terhad
5 Tempoh Ujian • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terbuka
CONTOH Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa
1 Morfologi
2 Sintaksis
3 Penyuntingan
Bahagian A 4 Bahasa Melayu Standard
Satu (1) soalan • menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada
Bahasa Melayu Moden/ Standard
berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan 5 Peribahasa
rangsangan
Bahagian B – Pemahaman
Jawab satu soalan
Soalan 6 dan Soalan 7
Bahagian B
Berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa
Empat (4) soalan esei.
(Umum/ Drama/ Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi
Pilih dan jawab satu daripada empat soalan
Tradisional/ Sajak)
Jumlah soalan : 5 Soalan Soalan 8
Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5
Bahagian C – Rumusan
Soalan 9 menulis rumusan
Jumlah soalan : 9 soalan
100 markah 100 markah
2 jam 2 jam 30 minit
Bil. Perkara Keterangan
1 Jenis Instrumen
2 Jenis Item Kertas 3 (1103/3) Kertas 4 (1103/4)
3 Bilangan Soalan Ujian Bertutur Ujian Mendengar
• Objektif Aneka Pilihan
4 Jumlah Markah • Subjektif Respons Terhad • Objektif Pelbagai Bentuk
5 Tempoh Ujian • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad
Bahagian A – Individu • 4 - 6 petikan
[40 markah] • Instrumen mengandungi 20 hingga 25 soalan
• 1 petikan/ bahan rangsangan yang (Jawab semua soalan)
• Jawapan berdasarkan petikan
disediakan untuk setiap calon
• Bersoal jawab dengan pentaksir
Bahagian B – Kumpulan
[30 markah]
• 1 tajuk/ tema umum disediakan untuk
perbincangan
• Perbincangan dalam kumpulan 3 – 5 orang
calon
70 markah 30 markah
Individu: 30 minit
3 hingga 5 minit
Kumpulan:
12 hingga 15 minit
ii
Karangan BerpandukanBMTingkatan 4 Bab 1
Bab 1 Kepelbagaian Bahan Rangsangan
Sekilas Info
1 Satu soalan yang bermuat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1,
Bahagian A.
2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah dalam lingkungan 150 hingga 200 patah perkataan.
4 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 30 minit.
6 Soalan yang dikemukakan disertai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang terdiri daripada:
CONTOH
Gambar
rajah
Ilustrasi Gambar Info
kartun ilustrasi digital 1
Petikan/ Jenis bahan Foto
Catatan/ rangsangan
Dialog
Iklan/ Pelan/
Poster Peta
Langkah Mengarang yang Berkesan
Menganalisis secara teliti, kritis, dan analitik berkaitan dengan bahan rangsangan, fokus soalan, skop
tajuk, dan isu yang ingin dibincangkan.
Merangka isi karangan yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu pendahuluan, isi, dan penutup.
Menulis karangan yang terdiri daripada 150 hingga 200 patah perkataan.
Menyemak karangan untuk memastikan:
(a) penulisan menepati tema/ isu yang dibincangkan
(b) idea yang diutarakan matang dan relevan
(c) pengolahan menarik berserta contoh dan bukti yang jelas
(d) penggunaan bahasa yang gramatis dan kosa kata yang luas
(e) ejaan dan tanda baca yang betul
(f) struktur ayat yang betul
(g) penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat
(h) jumlah patah perkataan yang cukup
1
BM Tingkatan 4 Bab 1
Sampel Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan Cemerlang
Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku
Gambar dan maklumat di bawah ini menunjukkan langkah-langkah menjaga kebersihan diri. Tulis e-mel
kepada adik anda untuk berkongsikan langkah-langkah menjaga kebersihan diri semasa mencapai usia
akil baligh.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
CONTOHMencuci muka dengan kerap PETUA BERSIH BERSERI
Menitikberatkan penjagaan Tanam keladi pagi hari,
mulut Cahaya suria dilitupi awan;
Hiasi peribadi bersihkan diri,
Mandi dengan teratur Berwajah ceria ramailah kawan.
Pendekar budiman santun peribadi,
Belayar bersama kemudi bahtera;
Ingatlah teman pentingnya mandi,
Petua utama hidup sejahtera.
Cantik karangan bunga dahlia,
Disisip orkid terasa megah;
Cuci tangan amalan mulia,
Pasti penyakit dapat dicegah.
Hinggap undan di tengah laman,
Terbang ke hutan mematuk saga;
Pastikan badan bebas berkuman,
Agar kesihatan sentiasa terjaga.
Kain bersongket berhias sulaman,
Bercorak kekwa berdaun peria;
Kalau penyakit datang berteman,
Meragut nyawa tinggallah dunia.
(Mardian, MSO: 2016 Uniten)
Dipetik daripada Buku Teks Bahasa Melayu
Tingkatan 1, KSSM
Rangka karangan
Pendahuluan
Bertanya khabar – kebersihan dan penjagaan diri sangat penting semasa proses akil baligh – mesti
mengetahui cara-cara menjaga kebersihan diri
Isi 1 Mencuci muka dengan kerap bagi memastikan wajah sentiasa bersih.
Amalan ini penting untuk menghilangkan minyak dan habuk yang terampai pada
Ayat huraian pori-pori kulit muka.
Memilih produk penjagaan muka yang sesuai dengan jenis kulit.
Ayat contoh Tidak mengalami gejala alergi.
Kesan Tegasnya, jadikan rutin merawat kulit wajah dan perapian diri sebagai rutin harian.
Penegas
2
BM Tingkatan 4 Bab 1
Isi 2 Mandi setiap hari.
Ayat huraian
Pengeluaran peluh yang berlebihan dan perubahan hormon dalam diri remaja
Ayat contoh menyebabkan masalah bau badan.
Kesan
Penegas Gunakanlah span atau tuala tangan untuk menggosok badan dengan lembut,
menanggalkan kulit mati, dan kekotoran.
Disenangi rakan-rakan.
Jelaslah, mandi mestilah dilaksanakan setiap hari untuk menghilangkan peluh dan
bakteria serta mencegah bau badan.
CONTOH
Isi 3 Menitikberatkan penjagaan mulut.
Ayat huraian Hal ini penting bagi mengelakkan masalah seperti nafas berbau dan kerosakan gigi.
Ayat contoh Gosoklah gigi dua kali sehari.
Hal ini tentu dapat meningkatkan keyakinan diri dan mencegah karies gigi.
Kesan Pendek kata, kebersihan ialah asas kesihatan.
Penegas
Penutup
Mengakhiri e-mel – menceritakan lagi dalam e-mel yang seterusnya
Hantar Pilihan ... HTML
Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Cara-cara menjaga kebersihan diri semasa mencapai akil baligh
Apa khabar, Nisya? Menguruskan kebersihan diri adalah penting semasa proses akil baligh. Remaja yang
memasuki akil baligh akan mengalami perubahan fizikal yang ketara. Oleh itu, kamu mesti mengetahui cara-
cara menjaga kebersihan diri agar menjauhi diri daripada penyakit serta menunjukkan imej diri yang bersih.
Di dalam e-mel ini, kakak akan kongsikan sedikit cara saya menjaga kebersihan diri semasa mencapai usia
akil baligh.
Kulit kamu mungkin semakin berminyak ketika mencapai usia akil baligh. Oleh itu, kamu hendaklah
mencuci muka dengan kerap bagi memastikan wajah sentiasa bersih. Amalan ini penting untuk
menghilangkan minyak dan habuk yang terampai pada pori-pori kulit muka. Ambil tahu tentang jenis
muka kamu. Pilihlah produk penjagaan muka yang sesuai dengan jenis kulit. Dengan itu, kamu tidak akan
mengalami gejala alergi. Tegasnya, jadikan rutin merawat kulit wajah dan perapian diri sebagai rutin harian.
Selain itu, kamu perlu mandi secara teratur. Hal ini demikian kerana pengeluaran peluh yang berlebihan
dan perubahan hormon dalam diri remaja menyebabkan masalah bau badan. Mandi wajib dilakukan
sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakanlah span atau tuala tangan untuk menggosok badan dengan
lembut, menanggalkan kulit mati, dan kekotoran. Dengan itu, kamu sudah tentu disenangi rakan-rakan.
Jelaslah, mandi mestilah dilaksanakan setiap hari untuk menghilangkan peluh dan bakteria serta mencegah
bau badan.
Kamu juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut. Hal ini penting bagi mengelakkan masalah seperti
nafas berbau dan kerosakan gigi. Gosoklah gigi dua kali sehari. Hal ini tentu dapat meningkatkan keyakinan
diri dan mencegah karies gigi. Pendek kata, kebersihan ialah asas kesihatan. Sebenarnya, banyak lagi cara
menjaga kebersihan diri. Kakak akan menceritakan lagi dalam e-mel yang seterusnya. Jumpa lagi.
3
BM Tingkatan 4 Bab 1
Praktis ke Arah S P M
Praktis 1 Tema 1 Merealisasikan Impian
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.
Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
E-mel 1
[email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Kerjaya pilihan
Seok Ling,
Apa khabar? Saya berdoa semoga awak sihat dan gembira di samping keluarga.
Apakah kerjaya impian awak? Kerjaya impian saya ialah menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Tahukah awak, kini semakin banyak golongan muda di negara kita menjadikan usahawan sebagai kerjaya
pilihan mereka.
Usahawan dalam kalangan remaja bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Bukan sedikit usahawan remaja
dan belia yang berjaya di negara ini dan perkara ini amat membanggakan kita sebagai anak Malaysia.
Antara yang terkenal ialah Noor Neelofa Mohd atau dikenali Neelofar. Pada usia 28 tahun, Neelofar berjaya
mengembangkan perniagaan tudung yang bukan sahaja di negara ini, malah ke luar negara. Kejayaan
Neelofar telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi dunia perniagaan. Sesungguhnya, tidak
ada kejayaan yang datang bergolek. Oleh itu, saya akan mengutamakan dahulu soal pendidikan yang
pastinya dapat menjamin masa hadapan saya.
Saya menantikan respons daripada awak.
E-mel 2
Daripada [email protected]
Kepada [email protected]
Subjek Kerjaya sebagai cef
Anis,
Apa khabar awak di sana? Saya di sini sihat-sihat sahaja.
Keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi. Saya masih tercari-cari informasi tentang hala tuju
pendidikan dan kerjaya selepas SPM. Setahu saya, kakak awak ialah cef di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Memandangkan saya juga berminat menceburi bidang masakan, saya ingin mengetahui maklumat tentang
kerjaya ini. Bidang kulinari kini bagaikan didominasi oleh golongan lelaki, namun di sebaliknya ramai juga
wanita yang bergelar cef. Oleh itu, saya memang kagum akan kejayaan kakak awak. Saya amat berbesar
hati sekiranya kakak awak sudi berkongsi pengalamannya dengan saya.
Saya menantikan balasan e-mel daripada awak. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
4
BM Tingkatan 4 Bab 1
Praktis 2 Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Maklumat di bawah berkaitan dengan pusat sumber.
Huraikan pendapat anda tentang usaha meningkatkan penggunaan pusat sumber.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Di Perpustakaan
Melangkah ke ruangmuCONTOH Tak terteroka
Satu pertukaran yang kontras Yang akan kucatat
Dari kehangatan merata Hanya setitik dari tinta
Ke kedinginan yang menerpa Yang akan kupetik
Terllau hening di sini Hanya sebiji dari mutiara
Gua pendeta bersemadi Engkau adalah pusaka moyang
Di puncak sepi Gedung peradaban insan
Di sana sini Terhimpun berzaman.
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati. Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Maju ke ruang buku Di dada samudera
Terlalu kerdil aku di sini Tak berpantai
Terapung di laut ilmu Betapapun kuteguk darinya
Tercurah berzaman Dahaga tak pernah langsai.
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari SHAFIE ABU BAKAR
Bahtera ilmu di sini.
Suasana yang menarik Memperkasakan Mempelbagaikan sumber
dan kondusif program NILAM rujukan yang berkualiti
5
BM Tingkatan 4 Bab 1
Praktis 3 Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku
Maklumat di bawah berkaitan dengan pandemik COVID-19.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah penularan pandemik COVID-19.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
CONTOH PESAN SEBERKAS KASIH PENCEGAHAN PANDEMIK
COVID-19
Tahaukah engkau
ketika dahulu
waktu korona belum menginjak kedamaian
rakyat hidup dalam kelekaan
lantas menyalahkan Wuhan
menyebar tanpa memberikan salam
melampaui batas barisan hadapan
merobohkan tembok negara dan jabatan
meragut ekonomi dan keamanan.
Kini pandemik COVID-19 kian menetas
tertawa keriangan penuh kesinisan
membunuh dalam diam umpama pisau dalam selimut
tidak mungkin kami tidak tahu
engkau datang penuh muslihat
tidak mungkin kami tertipu
kerana sudah banyak yang tumpas.
Tidak mampu disuarakan
kerana mereka tidak mahu mendengar
tidak mampu didiamkan
kerana mereka enggan berdiam
seberkas kasih sedikit waktu aku habiskan
mencoretkan puisi penuh keikhlasan
adik, kakak, abang, ibu dan ayah
marilah kita menjadi hero pada kala pandemik ini
duduklah diam-diam di rumah
usahlah pergi ke mana-mana
kita ialah wira dan wirawati negara
kita ialah penyambung nafas setiap insan
untuk kekal bernyawa
kita ialah jantung
kita ialah nadi
untuk rakyat Malaysia kekal sejahtera.
CAROLINE ENJA A.K. THOMAS
Dipetik daripada Dewan Siswa, Bil. 02/2021
6
BM Tingkatan 4 Bab 1
Praktis 4 Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan berjimat cermat.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara remaja mengamalkan sikap berjimat cermat.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat
Rezeki secupak terasa segantang.
Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan;
Sikap berjimat cermat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.
Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan;
Jika berjimat cermat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Sumber : Koleksi Pantun Zailiani Taslim
CONTOH
Praktis 5 Tema 15 Angin Perubahan Membadai
Petikan dan maklumat di bawah berkaitan dengan kesan ketagihan peranti elektronik.
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan ketagihan peranti elektronik.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Perkembangan teknologi menghasilkan pelbagai Penglihatan Peningkatan
peranti elektronik canggih yang mampu kabur rabun jauh
memudahkan aktiviti rutin seseorang. Walau
bagaimanapun, keghairahan menggunakan Kesan Penggunaan Gajet
peranti elektronik secara tidak berdisiplin
mengundang pelbagai masalah terhadap individu Kerosakan Mata
terbabit dan seterusnya mengakibatkan masalah saraf mata kering
sosial dalam kalangan masyarakat. Secara
umumnya, penggunaan peranti elektronik secara
berlebihan akan menyebabkan pembaziran masa
yang kritikal. Remaja yang ketagihan penggunaan
peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan
mereka terhadap pelajaran atau tugasan
yang diberikan. Dalam aspek pergaulan dan
berkomunikasi, remaja yang ketagihan peranti
elektronik akan menjadi lebih pendiam, kurang
sabar, dan tidak mempunyai teman rapat.
7
BM Tingkatan 4 Bab 1
Praktis 6 Tema 14 Sihat dan Berseri Pilihanku
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah pencemaran sungai yang berlaku di kampung anda.
Penduduk kampung berasa gelisah kerana sungai semakin tercemar. Anda terpanggil untuk memberikan
cadangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh para penduduk.
Tulis sepucuk surat kepada majlis daerah di tempat tinggal anda dan nyatakan punca dan cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Pembalakan Mengundang Pencemaran Air
Kuala Lipis : Ketua Kampung Gemunchong, Roslan Idris, 59, menggesa kerajaan negeri menyiasat aktiviti
pembalakan di Hutan Simpan Kekal Yong, di sini, yang menimbulkan keresahan penduduk di kawasan
berkenaan. Menurutnya, aktiviti pembalakan di kawasan itu yang berlarutan sejak 15 tahun menyebabkan
penduduk berdepan dengan masalah pencemaran air apabila Sungai Jelai menjadi cetek dan berkelodak.
CONTOH
8
Bab 2 BM Tingkatan 4 Bab 2
Karangan Umum
Sekilas Info
1 Sebanyak empat soalan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian B.
2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
4 Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 1 jam 30 minit.
CONTOH
6 Jenis karangan terdiri daripada karangan berformat, iaitu ucapan, syarahan, ceramah, surat kiriman rasmi, surat
kiriman tidak rasmi, berita, rencana akhbar, perbahasan, dialog/ wawancara serta karangan tidak berformat, iaitu
fakta, pendapat, perbincangan, ulasan/ komen, peribahasa/ cogan kata, cereka/ imaginasi, dan keperihalan.
7 Terdapat empat domain yang diambil kira semasa penyediaan soalan ini, iaitu:
(i) domain awam Info
(ii) domain peribadi digital 2
(iii) domain pendidikan
(iv) domain kerjaya
1 Karangan Jenis Ulasan Tema 14 Sihat dan Berseri Pilihanku
Domain Awam
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan bahawa dalam negara-negara
Asia Tenggara, Malaysia berada antara tempat teratas dengan populasi orang dewasa mengalami obesiti
sebanyak 44.2 peratus. Angka itu meningkat kepada 47.3 peratus pada tahun 2015. Berdasarkan angka
tersebut, wanita dewasa dalam lingkungan umur boleh hamil, iaitu 30 hingga 35 tahun akan mengalami
kegemukan (34.2 peratus) dan obes (30.4 peratus).
Sumber: Utusan Borneo Online
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa Malaysia telah disenaraikan antara negara yang mempunyai
kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa tertinggi di Asia Tenggara. Menyedari hal ini, pihak kerajaan
melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyedarkan masyarakat
berkaitan risiko ini.
Bincangkan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi menangani isu obesiti dalam kalangan
masyarakat.
Pendahuluan
Obesiti ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisu-
tisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Lebih merisaukan
apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari
hal ini, pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyedarkan
masyarakat mengenainya.
Isi 1 Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan ialah mewujudkan
Mengapa Klinik Obesiti.
Inisiatif ini diwujudkan bagi merawat masyarakat yang mempunyai masalah obesiti
secara berfokus sebagaimana Klinik Diabetis yang berfungsi di semua klinik-klinik
kerajaan dan hospital.
9
BM Tingkatan 4 Bab 2
CONTOHBagaimana Klinik Obesiti ini menggunakan kaedah kaunseling dan sesi bimbingan makanan dan
Kesan senaman secara terus kepada pesakit obesiti melalui pantauan oleh pegawai yang
berpengalaman dan berkaliber.
Ungkapan
Penegas Berdasarkan kajian yang dibuat, biarpun masih ramai ahli masyarakat yang malu
untuk hadir ke sesi sebegini, namun tetap terdapat segelintir yang telah sedar dan
Isi 2 berjaya dibantu.
Mengapa
Bagaimana Bagi sesetengah pesakit yang dibantu, mereka berjaya menyelesaikan masalah
kesihatan mereka sebelum kudis menjadi tokak.
Kesan
Ungkapan Maka, jelaslah bahawa Klinik Obesiti yang diwujudkan berjaya meningkatkan
Penegas kesedaran segelintir masyarakat tentang bahaya penyakit ini.
Isi 3 Selain itu, KKM juga telah melancarkan kempen-kempen kesihatan melalui iklan-
Mengapa iklan di media massa bagi menyedarkan masyarakat.
Bagaimana
Iklan di media massa merupakan trend terkini yang digunakan untuk menyampaikan
Kesan maklumat dalam dunia moden kini. Media massa bertindak lebih cepat untuk
Ungkapan mempengaruhi masyarakat berbanding dengan kaedah kempen secara bersemuka.
Penegas
Di dalam iklan yang disediakan, pihak KKM telah menjelaskan secara terperinci
tentang kesan obesiti terhadap organ-organ dalaman seseorang individu agar
masyarakat sedar akan kepentingan untuk mengelakkan obesiti.
Hasilnya, seseorang individu yang disajikan iklan yang sama berkali-kali dalam
sehari, seminggu atau sebulan akan mulai sedar dan mula mengamalkan gaya hidup
sihat sebagaimana yang telah disarankan bersama-sama iklan tersebut.
Dalam hal ini, kesedaran utama yang perlu diterapkan oleh masyarakat ialah sentiasa
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana seandainya nasi sudah menjadi
bubur segalanya sudah tidak berguna.
Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa kerajaan telahpun berusaha untuk
menyedarkan masyarakat tentang bahaya obesiti melalui iklan-iklan kesedaran di
televisyen.
KKM juga telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti di peringkat
komuniti. Contohnya, Kempen 10 000 langkah sehari yang kini mula menghias bahu-
bahu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung.
Hal ini amat penting untuk dilaksanakan kerana masyarakat akan didorong dengan
mudah untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang paling mudah,
iaitu berjalan kaki di kawasan tempat tinggal tanpa memerlukan sebarang kos.
Di sesetengah kawasan perumahan, beberapa papan tanda telah diletakkan untuk
menunjukkan tempat bermula dan jarak kilometer yang telah dilalui oleh seseorang
individu yang berjalan kaki.
Keadaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada seseorang individu
untuk melepasi target 10 000 langkah berjalan kaki dalam sehari.
Sememangnya bagi sesetengah individu, jarak 10 000 langkah sehari agak besar
jumlahnya, namun alah bisa tegal biasa.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen 10 000 langkah sehari yang telah
dijalankan oleh kerajaan membawa 1 001 makna kepada usaha untuk mengurangkan
kadar obesiti di negara kita.
10
BM Tingkatan 4 Bab 2
Isi 4 Akhir sekali, KKM dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan Negara telah
Mengapa memperkenalkan sukan-sukan baharu untuk memastikan masyarakat sentiasa
Bagaimana mendekati gaya hidup sihat. Antara sukan terkini yang menjadi tumpuan masyarakat
ialah berbasikal.
Kesan
Ungkapan Kadangkala, sukan-sukan yang tular kini mampu menarik perhatian masyarakat
Penegas melalui peranan artis-artis yang menjadi pujaan dan ikutan masyarakat.
Apabila pihak kerajaan menggunakan ikon-ikon masyarakat ini untuk
mempromosikan sejenis sukan, keberkesanannya akan lebih ketara berbanding
dengan kaedah-kaedah lain. Lebih hebat lagi, kerajaan juga telah berusaha
menganjurkan acara-acara yang lebih santai dan bersifat masyarakat bagi membina
keyakinan seseorang individu untuk bersukan.
Seseorang individu yang mampu membina keyakinannya untuk bersukan dan
istiqamah dalam menjalani gaya hidup sihat semestinya akan mampu mengelakkan
obesiti.
Biar apa pun sukan yang diceburi, pepatah Melayu telah menyebut, “Mencegah lebih
baik daripada merawat”.
Oleh itu, masyarakat perlulah sentiasa menyokong usaha kerajaan dengan menjadi
duta tidak rasmi ke arah mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat kepada
masyarakat sekeliling.
CONTOH
Penegasan Penutup
Cadangan
Kesimpulannya, memang KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
menyedarkan masyarakat tentang keburukan obesiti di samping menggalakkan
amalan gaya hidup sihat.
Masyarakat sewajarnya menyokong penuh usaha ini bagi memastikan masyarakat
sihat dan sejahtera dapat direalisasikan.
Harapan Semoga usaha KKM ini bukan sahaja dapat mengeluarkan Malaysia daripada senarai
Ungkapan negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di negara-negara Asia Tenggara.
Marilah kita bersatu hati, berpimpin tangan, dan sehati sejiwa merealisasikan impian
murni ini.
Karangan Lengkap
Obesiti ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisu-
tisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Lebih merisaukan
apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari
hal ini, pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyedarkan
masyarakat mengenainya.
Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan ialah mewujudkan Klinik Obesiti. Inisiatif
ini diwujudkan bagi merawat masyarakat yang mempunyai masalah obesiti secara berfokus sebagaimana
Klinik Diabetis yang berfungsi di semua klinik-klinik kerajaan dan hospital. Klinik Obesiti ini menggunakan
kaedah kaunseling dan sesi bimbingan makanan dan senaman secara terus kepada pesakit obesiti melalui
pantauan oleh pegawai yang berpengalaman dan berkaliber. Berdasarkan kajian yang dibuat, biarpun masih
ramai ahli masyarakat yang malu untuk hadir ke sesi sebegini namun tetap terdapat segelintir yang telah
sedar dan berjaya dibantu. Bagi sesetengah pesakit yang dibantu, mereka berjaya menyelesaikan masalah
kesihatan mereka sebelum kudis menjadi tokak. Maka, jelaslah bahawa Klinik Obesiti yang diwujudkan
berjaya meningkatkan kesedaran segelintir masyarakat tentang bahaya penyakit ini.
11
CONTOH BM Tingkatan 4 Bab 2
Selain itu, KKM juga telah melancarkan kempen-kempen kesihatan melalui iklan-iklan di media massa
bagi menyedarkan masyarakat. Iklan di media massa merupakan trend terkini yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat dalam dunia moden kini. Media massa bertindak lebih cepat untuk mempengaruhi
masyarakat berbanding dengan kaedah kempen secara bersemuka. Di dalam iklan yang disediakan, pihak
KKM telah menjelaskan secara terperinci tentang kesan obesiti terhadap organ-organ dalaman seseorang
individu agar masyarakat sedar akan kepentingan mengelakkan obesiti. Hasilnya, seseorang individu yang
disajikan iklan yang sama berkali-kali dalam sehari, seminggu atau sebulan akan mulai sedar dan mula
mengamalkan gaya hidup sihat sebagaimana yang telah disarankan bersama-sama iklan tersebut. Dalam
hal ini, kesedaran utama yang perlu diterapkan oleh masyarakat ialah sentiasa ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis kerana seandainya nasi sudah menjadi bubur segalanya sudah tidak berguna. Maka, tiada
kata untuk menolak fakta bahawa kerajaan telahpun berusaha menyedarkan masyarakat tentang bahaya
obesiti melalui iklan-iklan kesedaran di televisyen.
KKM juga telah mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti di peringkat komuniti.
Contohnya, Kempen 10 000 langkah sehari yang kini mula menghias bahu-bahu jalan di taman-taman
perumahan dan kampung-kampung. Hal ini amat penting untuk dilaksanakan kerana masyarakat akan
didorong dengan mudah untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang paling mudah,
iaitu berjalan kaki di kawasan tempat tinggal tanpa memerlukan sebarang kos. Di sesetengah kawasan
perumahan, beberapa papan tanda telah diletakkan untuk menunjukkan tempat bermula dan jarak
kilometer yang telah dilalui oleh seseorang individu yang berjalan kaki. Keadaan ini akan memberi semangat
dan dorongan kepada seseorang individu untuk melepasi target 10 000 langkah berjalan kaki dalam sehari.
Sememangnya bagi sesetengah individu, jarak 10 000 langkah sehari agak besar jumlahnya namun alah bisa
tegal biasa. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa kempen 10 000 langkah sehari yang telah dijalankan
oleh kerajaan membawa 1001 makna kepada usaha untuk mengurangkan kadar obesiti di negara kita.
Akhir sekali, KKM dengan bantuan Kementerian Belia dan Sukan Negara telah memperkenalkan sukan-
sukan baharu untuk memastikan masyarakat sentiasa mendekati gaya hidup sihat. Antara sukan terkini
yang menjadi tumpuan masyarakat ialah berbasikal. Kadangkala, sukan-sukan yang tular kini mampu
menarik perhatian masyarakat melalui peranan artis-artis yang menjadi pujaan dan ikutan masyarakat.
Apabila pihak kerajaan menggunakan ikon-ikon masyarakat ini untuk mempromosikan sejenis sukan,
keberkesanannya akan lebih ketara berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Lebih hebat lagi, kerajaan
juga telah berusaha menganjurkan acara-acara yang lebih santai dan bersifat masyarakat bagi membina
keyakinan seseorang individu untuk bersukan. Seseorang individu yang mampu membina keyakinannya
untuk bersukan dan istiqamah dalam menjalani gaya hidup sihat semestinya akan mampu mengelakkan
obesiti. Biar apa pun sukan yang diceburi, pepatah Melayu telah menyebut, “Mencegah lebih baik daripada
merawat”. Oleh itu, masyarakat perlulah sentiasa menyokong usaha kerajaan dengan menjadi duta tidak
rasmi ke arah mempromosikan sukan dan gaya hidup sihat kepada masyarakat sekeliling.
Kesimpulannya, memang KKM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menyedarkan masyarakat
tentang keburukan obesiti di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Masyarakat sewajarnya
menyokong penuh usaha ini bagi memastikan masyarakat sihat dan sejahtera dapat direalisasikan. Semoga
usaha KKM ini bukan sahaja dapat mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara yang mempunyai kadar
obesiti tertinggi di negara-negara Asia Tenggara. Marilah kita bersatu hati, berpimpin tangan, dan sehati
sejiwa merealisasikan impian murni ini.
12
BM Tingkatan 4 Bab 2
Praktis 1 Tema 7 Demi Kedamaian
Domain Pendidikan
Kemalangan yang membabitkan pertembungan jet ski dan meragut nyawa seorang budak, Jordan
Phang Wen Jie, 9, di Batu Feringgi, Ahad lalu, jelas menunjukkan langkah drastik harus diambil bagi
memastikan keselamatan sukan air di negara ini selamat.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye,
berkata langkah tegas dan proaktif perlu dilakukan dalam aktiviti rekreasi bagi mengelakkan kecelakaan
hingga boleh membunuh apabila aktiviti tersebut membabitkan peralatan atau mesin.
Sumber: Berita Harian Online
CONTOH
Anda merupakan salah seorang pegawai sukan yang berpengalaman dalam menguruskan aktiviti sukan.
Anda ingin menulis sebuah artikel berkaitan punca kemalangan sukan dan langkah mengatasinya. Artikel
anda akan dimuatkan di dalam majalah sekolah.
Sediakan artikel anda selengkapnya.
2 Karangan Jenis Fakta Tema 6 Dunia Pelancongan
Domain Awam
Ekopelancongan merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin popular dewasa
ini. Ekopelancongan telah diperkenalkan bukan sahaja di luar negara malah termasuk di Malaysia.
Ekopelancongan telah diberi perhatian dan mula dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK
ke-7) dan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK ke-8) dan dilaksanakan secara serius melalui penubuhan
Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016 – 2025) pada tahun 2015. Ekopelancongan berbeza dengan
pelancongan buatan manusia seperti di Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Zoo Negara,
dan sebagainya.
Sumber: Majalahsains.com
Malaysia meripakan antara negara yang serius membangunkan ekopelancongan berdasarkan keratan
artikel di atas. Bagi tujuan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi menarik minat pelancong
melalui produk ekopelancongan.
Bincangkan.
Pendahuluan
Sektor pelancongan merupakan salah satu cabang ekonomi yang membantu negara mengekalkan
kestabilan. Hal ini dibantu dengan latar belakang Malaysia dari segi geografi dan budaya yang menarik
dan menjadi tumpuan di rantau ini. Menyedari potensi ini, kerajaan Malaysia di bawah Kementerian
Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia telah memperkasakan ekopelancongan di negara kita.
Isi 1 Antara langkah kerajaan memperkasakan sektor ekopelancongan di negara ini
Mengapa adalah dengan mewartakan taman-taman negara di seluruh Malaysia agar ekosistem
hutan tidak diganggu gugat.
Sesetengah pelancong yang datang ke Malaysia dikatakan amat tertarik dengan
ekosistem hutan kita yang dikatakan antara yang tertua di dunia.
13
BM Tingkatan 4 Bab 2
CONTOHBagaimana Oleh itu, panel-panel yang dilantik akan menjalankan pengawalan bagi memastikan
ekosistem semula jadi di sesetengah hutan simpan terus terpelihara agar tetap
Kesan menjadi tumpuan pelancong luar yang kebanyakannya datang ke sini untuk
Ungkapan menjalankan kajian.
Penegas
Kesannya, landaan pelancong-pelancong luar yang tertarik dengan ekosistem hutan
Isi 2 Khatulistiwa kita akan berlaku dan membawa pulangan yang lumayan kepada
Mengapa negara.
Bagaimana
Mungkin agak janggal kepada sesetengah pihak untuk mengetahui bahawa ada
Kesan pelancong yang sanggup datang dari negara mereka hanya untuk merasai nikmat
Ungkapan kehijauan hutan kita, tetapi sedarlah bahawa alam merupakan guru yang terbaik.
Penegas
Maka, jelaslah bahawa tindakan kerajaan mewartakan hutan simpan merupakan
Isi 3 satu langkah terbaik bagi memperkasakan ekopelancongan negara.
Mengapa
Bagaimana Selain itu, promosi-promosi yang dijalankan oleh sesetengah pengusaha sektor
pelancongan tempatan juga amat penting bagi membantu kerajaan menarik minat
Kesan pelancong ke negara kita.
Ungkapan
Penegas Promosi-promosi yang dilaksanakan ini merupakan antara daya penarik yang
membuatkan pelancong merasakan Malaysia antara pilihan terbaik untuk dilawati.
Pengusaha-pengusaha tempatan kadangkala memberikan promosi dari segi harga,
pakej, dan aktiviti yang menarik di kawasan hutan semula jadi di Malaysia.
Apabila keadaan ini berlaku semestinya pelancong luar akan lebih tertarik untuk
mencuba pakej yang ditawarkan dengan harga yang menarik.
Bagi sesetengah pelancong, agak merugikan jika mereka tidak mencuba pengalaman
yang dijanjikan dengan harga yang rendah dan pakej yang menarik kerana belum
cuba belum tahu.
Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa promosi-promosi yang dijalankan oleh
pengusaha sektor pelancongan tempatan telahpun memperkasakan ekopelancongan
negara.
Selain promosi di peringkat pengusaha tempatan, promosi-promosi kerajaan juga
amat penting.
Selain iklan-iklan yang disebarkan ke seluruh dunia mengenai keunikan hutan dan
ekosistem hutan kita, potongan harga tiket penerbangan juga amat menarik minat
pelancong ke sini.
Bagi sesetengah negara, visa pelancongan ke negara kita telah dimansuhkan bagi
memudahkan pelancong bertandang tanpa prosedur yang banyak.
Kemudahan sebegini berserta promosi yang giat dijalankan akhirnya akan dapat
memujuk pelancong luar untuk datang merasai kedinginan dan kenyamanan
ekopelancongan Malaysia sebagaimana yang diuar-uarkan di iklan-iklan promosi.
Pelancong-pelancong luar semestinya akan dapat merasakan bahawa semua yang
dijanjikan oleh Malaysia terhadap pengunjungnya bukanlah indah khabar daripada
rupa semata-mata.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa promosi yang dijalankan oleh pihak
kerajaan juga amat penting bagi merealisasikan impian untuk memantapkan produk
ekopelancongan negara.
14
BM Tingkatan 4 Bab 2
Isi 4 Akhir sekali, kerajaan semestinya perlu melengkapkan prasarana yang lengkap di
Mengapa kawasan-kawasan pelancongan.
Bagaimana
Sesetengah negara terutama di Asia tidak mengutamakan aspek ini hingga
Kesan mengakibatkan pelancong kurang tertarik untuk kembali melancong ke negara yang
sama.
Ungkapan
Penegas Kerajaan seharusnya menaik taraf sistem pengangkutan, tandas, dan hotel di negara
kita agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
Kesannya, pelancong akan lebih selesa dan akan berulang datang bertandang
ke negara kita kerana setiap keperluan yang dikehendaki telah disediakan. Bagi
sesetengah negara, capaian Internet di kawasan pelancongan ekopelancongan
juga amat penting bagi memastikan pelancong jatuh cinta pada keindahan sesuatu
kawasan pelancongan.
Kita seharusnya memberi satu tanggapan yang baik terhadap pelancongan luar
bahawa tak kenal maka tak cinta.
Oleh itu, sewajarnya kerajaan meningkatkan aspek prasarana di Malaysia agar
pelancong tidak lagi teragak-agak untuk memilih Malaysia sebagai destinasi
pelancongan.
CONTOH
Penegasan Penutup
Kesimpulannya, sektor pelancongan di negara kita akan lebih mantap dan
membangun dengan pelaksanaan langkah-langkah di atas.
Cadangan Pengusaha-pengusaha tempatan seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti
servis sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan dan pelancong-pelancong yang
bertandang.
Harapan Harapan semua pihak agar Malaysia mampu bangun memperbaiki prestasi ekonomi
kita di mata dunia demi kemaslahatan bersama.
Ungkapan Kita semua perlu sedar bahawa bersatu teguh bercerai roboh.
Karangan Lengkap
Sektor pelancongan merupakan salah satu cabang ekonomi yang membantu negara mengekalkan
kestabilan. Hal ini dibantu dengan latar belakang Malaysia dari segi geografi dan budaya yang menarik dan
menjadi tumpuan di rantau ini. Menyedari potensi ini, kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan,
Kesenian dan Budaya Malaysia telah memperkasakan ekopelancongan di negara kita.
Antara langkah kerajaan memperkasakan sektor ekopelancongan di negara ini adalah dengan
mewartakan taman-taman negara di seluruh Malaysia agar ekosistem hutan tidak diganggu gugat.
Sesetengah pelancong yang datang ke Malaysia dikatakan amat tertarik dengan ekosistem hutan kita yang
dikatakan antara yang tertua di dunia. Oleh itu, panel-panel yang dilantik akan menjalankan pengawalan
bagi memastikan ekosistem semula jadi di sesetengah hutan simpan terus terpelihara agar tetap menjadi
tumpuan pelancong luar yang kebanyakannya datang ke sini untuk menjalankan kajian. Kesannya, landaan
pelancong-pelancong luar yang tertarik dengan ekosistem hutan Khatulistiwa kita akan berlaku dan
membawa pulangan yang lumayan kepada negara. Mungkin agak janggal kepada sesetengah pihak untuk
mengetahui bahawa ada pelancong yang sanggup datang dari negara mereka hanya untuk merasai nikmat
kehijauan hutan kita, tetapi sedarlah bahawa alam merupakan guru yang terbaik. Maka, jelaslah bahawa
tindakan kerajaan untuk mewartakan hutan simpan merupakan satu langkah terbaik bagi memperkasakan
ekopelancongan negara.
15
BM Tingkatan 4 Bab 2
Selain itu, promosi-promosi yang dijalankan oleh sesetengah pengusaha sektor pelancongan tempatan
juga amat penting bagi membantu kerajaan menarik minat pelancong ke negara kita. Promosi-promosi
yang dilaksanakan ini merupakan antara daya penarik yang membuatkan pelancong merasakan Malaysia
merupakan antara pilihan terbaik untuk dilawati. Pengusaha-pengusaha tempatan kadangkala memberikan
promosi dari segi harga, pakej, dan aktiviti yang menarik di kawasan hutan semula jadi di Malaysia. Apabila
keadaan ini berlaku semestinya pelancong luar akan lebih tertarik untuk mencuba pakej yang ditawarkan
dengan harga yang menarik. Bagi sesetengah pelancong, agak merugikan jika mereka tidak mencuba
pengalaman yang dijanjikan dengan harga yang rendah dan pakej yang menarik kerana belum cuba belum
tahu. Maka, tiada kata untuk menolak fakta bahawa promosi-promosi yang dijalankan oleh pengusaha
sektor pelancongan tempatan telahpun memperkasakan ekopelancongan negara.
Selain promosi di peringkat pengusaha tempatan, promosi-promosi yang dijalankan oleh kerajaan juga
amat penting. Selain iklan-iklan yang disebarkan ke seluruh dunia tentang keunikan hutan dan ekosistem
hutan kita, potongan harga tiket penerbangan juga amat menarik minat pelancong ke sini. Bagi sesetengah
negara, visa pelancongan ke negara kita telah dimansuhkan bagi memudahkan pelancong datang bertandang
tanpa prosedur yang banyak. Kemudahan sebegini berserta promosi yang giat dijalankan akhirnya akan
dapat memujuk pelancong luar untuk datang merasai kedinginan dan kenyamanan ekopelancongan Malaysia
sebagaimana yang diuar-uarkan di iklan-iklan promosi. Pelancong-pelancong luar semestinya akan dapat
merasakan bahawa semua yang dijanjikan oleh Malaysia terhadap pengunjungnya bukanlah indah khabar
daripada rupa semata-mata. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa promosi yang dijalankan oleh pihak
kerajaan juga amat penting bagi merealisasikan impian memantapkan produk ekopelancongan negara.
Akhir sekali, kerajaan semestinya perlu melengkapkan prasarana yang lengkap di kawasan-kawasan
pelancongan. Sesetengah negara terutama di Asia tidak mengutamakan aspek ini hingga mengakibatkan
pelancong kurang tertarik untuk kembali melancong ke negara yang sama. Kerajaan seharusnya menaik
taraf sistem pengangkutan, tandas, dan hotel di negara kita agar setaraf dengan negara-negara maju yang
lain. Kesannya, pelancong akan lebih selesa dan akan berulang datang bertandang ke negara kita kerana
setiap keperluan yang dikehendaki telah disediakan. Bagi sesetengah negara, capaian Internet di kawasan
pelancongan ekopelancongan juga amat penting bagi memastikan pelancong jatuh cinta pada keindahan
sesuatu kawasan pelancongan. Kita seharusnya memberi satu tanggapan yang baik terhadap pelancongan
luar bahawa tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, sewajarnya kerajaan meningkatkan aspek prasarana di
Malaysia agar pelancong tidak lagi teragak-agak untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
Kesimpulannya, sektor pelancongan di negara kita akan lebih mantap dan membangun dengan
pelaksanaan langkah-langkah di atas. Pengusaha-pengusaha tempatan seharusnya berusaha untuk
meningkatkan kualiti servis sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan dan pelancong-pelancong yang
bertandang. Harapan semua pihak agar Malaysia mampu bangun memperbaiki prestasi ekonomi kita di
mata dunia demi kemaslahatan bersama. Kita semua perlu sedar bahawa bersatu teguh bercerai roboh.
CONTOH
Praktis 2 Tema 9 Sayangi Malaysiaku
Domain Awam
Namun begitu, berapa ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang benar-benar faham dan
menghayati makna sebenar merdeka dan kemerdekaan itu? Adakah kemerdekaan hanya sekadar retorik
pengisahan sejarah semata-mata? Atau sekadar catatan peringatan agar semua tidak lupa dan terlepas
pandang daripada menyambutnya. Kalaulah sedemikian, maka wajar untuk semua pihak mengambil
sedikit waktu merenung dan menghayati makna merdeka dalam erti kata yang sebenar.
Sumber : Sinar Harian Online
Keratan akhbar di atas jelas menunjukkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap kelunturan semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia kini. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat kini
perlu didedahkan kepentingan menghayati sejarah negara.
Apakah komen anda?
16
BM Tingkatan 4 Bab 2
3 Karangan Jenis Pendapat/ Perbincangan Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar
Domain Pendidikan
KERIS MAS, sasterawan pertama di negara ini yang diangkat sebagai Sasterawan Negara. Menelusuri
sejarah penglibatan Keris Mas dalam bidang penulisan amat mengagumkan. Maka, tidak hairanlah
Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan atas dasar mengangkat bahasa kebangsaan sebagai
bahasa ilmu mengabadikan nama Keris Mas pada salah sebuah kolej kediamannya, Kolej Keris Mas.
Namun, adakah penghuni kolej tersebut dan anak muda sekarang tahu tentang Keris Mas? Zaman
mudanya penuh dengan liku dan cabaran. Keris Mas terpaksa menangguhkan pengajian akibat Perang
Dunia Kedua. Seperti anak muda lain yang berkobar-kobar mengejar cita-cita dan memenuhi impian
keluarga, Keris Mas juga begitu; antara menjadi ustaz yang dihasratkan oleh orang tuanya dengan dunia
penulisan yang dicita-citakannya.
Sumber : Tunas Cipta
CONTOH
Petikan artikel di atas mengisahkan salah seorang sasterawan terkemuka negara. Namun, dewasa ini
penglibatan anak-anak muda dalam bidang sastera dilihat semakin berkurangan.
Bincangkan faktor keadaan ini berlaku dan langkah menanganinya.
Pendahuluan
Bidang sastera kini dilihat semakin kurang mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan remaja.
Bagi sesetengah remaja, bidang ini dianggap kolot dan tidak selari dengan peradaban bangsa yang
semakin maju kini. Namun begitu, sesuatu yang tidak disedari oleh mereka ialah bidang ini merupakan
nilai tambah terbaik dalam diri seseorang individu.
Isi 1 Antara faktor keadaan ini berlaku ialah fokus pendidikan kini yang lebih
(Faktor) mementingkan aspek sains dan teknologi.
Mengapa
Bagaimana Aspek sains dan teknologi kini lebih dilihat mampu bersaing selari dengan kehendak
semasa dan keperluan kerjaya.
Kesan
Keadaan ini telah memaksa remaja untuk lebih cenderung menguasai aspek sains
Ungkapan dan teknologi berbanding dengan aspek kesusasteraan yang kurang popular.
Penegas
Apabila keadaan ini berlaku, bidang sastera yang dijadikan sebagai hanya salah
satu subjek elektif di sekolah akan semakin dikesampingkan. Ditambah lagi
dengan jumlah masa pengajaran seminggu yang kurang berbanding dengan subjek
berteraskan sains dan teknologi akan semakin memburukkan keadaan.
Hal ini menyebabkan bidang sastera semakin hilang arah dalam usaha mencari
pewarisnya.
Maka jelaslah bahawa, fokus pendidikan merupakan punca utama bidang sastera
semakin kurang mendapat perhatian remaja.
Isi 2 Faktor kedua yang menyebabkan bidang sastera semakin tidak menarik minat
(Faktor) remaja ialah peranan ibu bapa sendiri yang tidak dimanfaatkan sebaiknya.
Mengapa
Ibu bapa kini lebih terdorong untuk berlumba-lumba menyediakan anak-anak ke
Bagaimana arah bidang yang lebih popular.
Terdapat ibu bapa yang sememangnya menghalang anak-anak mereka menceburi
bidang sastera kerana dianggap tidak menjanjikan masa depan yang cerah.
17
BM Tingkatan 4 Bab 2
CONTOH Kesan Kesannya, anak-anak yang tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa ini akan
Ungkapan mula menganggap bidang sastera ini tidak penting sebagaimana yang difikirkan oleh
Penegas ibu bapa.
Isi 3 Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, bukan?
(Langkah)
Mengapa Oleh itu, sememangnya ibu bapa merupakan antara faktor terkuat hingga
menyebabkan anak-anak semakin melupakan bidang sastera.
Bagaimana
Namun begitu, biar apa pun punca keadaan ini berlaku masih terdapat variasi
Kesan langkah untuk mempopularkan bidang ini. Antaranya ialah menyelitkan kemahiran-
Ungkapan kemahiran sastera di dalam mata pelajaran sedia ada.
Penegas
Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya anak-anak remaja mampu mengenali
Isi 4 sastera secara tidak langsung biarpun tidak mengambil subjek sastera secara terus.
(Langkah)
Contohnya, melalui penerapan sastera di dalam subjek Bahasa Melayu. Subjek
Mengapa wajib seperti ini semestinya akan menjadi satu tunjang yang cukup utuh untuk
mempopularkan subjek sastera walau hanya sebagai elemen sampingan.
Bagaimana
Kesan Hasilnya, sedikit demi sedikit anak-anak muda akan mula jatuh cinta dan mula
mengenali keindahan sastera sebelum mula berjinak-jinak dengannya.
Ungkapan
Penegas Kata orang, “tak kenal maka tak cinta”.
Penanda Oleh itu, jelaslah bahawa langkah menyelitkan unsur-unsur kesusasteraan sebagai
wacana salah satu elemen dalam subjek teras merupakan satu langkah yang bijak.
Cadangan
Langkah seterusnya untuk menerapkan rasa cinta akan sastera dalam diri remaja
ialah melalui penganjuran pertandingan yang berkaitan.
Melalui penganjuran pertandingan berunsurkan sastera, semestinya anak-anak
muda akan tertarik untuk mempelajari ilmu sastera seperti pantun, sajak, dan syair
bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam pertandingan tersebut. Jiwa suka
bersaing dan gemar mencuba sesuatu yang baharu dalam diri anak muda perlulah
digunakan secara positif dalam hal ini.
Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sewajarnya memperluas
promosi sesuatu pertandingan dengan tawaran hadiah yang lumayan.
Melalui usaha murni ini, semestinya remaja akan mula tertarik untuk mencubanya
walau pada mulanya hanya mengejar hadiah yang ditawarkan.
Seperti yang sedia kita semua tahu, belakang parang pun jika diasah akan menjadi
tajam.
Maka, DBP seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan impian
ini mampu direalisasikan.
Penutup
Kesimpulannya, biarpun terdapat banyak faktor yang menyebabkan bidang sastera
semakin dilupakan oleh golongan remaja, namun masih banyak langkah boleh
dicuba untuk kembali memperkasakannya.
Semua pihak haruslah berganding bahu untuk memastikan impian murni ini tidak
hanya menjadi omongan kosong terutamanya ibu bapa dan guru di sekolah.
18
Jawapan
CONTOH Karangan Berpandukan – Merancang bekalan yang perlu ditempah, menetapkan
Bab 1 Kepelbagaian Bahan harga untuk setiap item menu mengikut bajet yang sudah
ditetapkan.
Rangsangan
– Menjaga kualiti dan keenakan makanan
Praktis 1
Isi 3 : Cabaran sebagai cef
E-mel 1 – Perlu kreatif dan bijak dalam menyediakan menu
Pendahuluan
Bertanya khabar – impian kerjaya ialah guru – makanan
kecenderungan dan minat yang mendalam dalam bidang – Mencuba pelbagai resipi untuk memenuhi cita rasa dan
pendidikan sejak di bangku sekolah rendah lagi – mewarisi
tugas untuk mendidik anak – profesion guru merupakan kehendak pelanggan.
satu kerjaya yang sangat mulia – ingin berkongsi sedikit – Mempelbagaikan menu pada setiap hari agar para
maklumat tentang kerjaya guru
pelanggan tidak jemu.
Isi 1 : Perlu memahami skop kerjaya sebagai guru – Memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi.
– Haruslah memahami terlebih dahulu skop kerjaya
Kesimpulan
sebagai guru. Berharap perkongsian ini memberikan manfaat – perlu
– Mempunyai tanggungjawab yang berterusan untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai impian
sentiasa memantapkan pengetahuan, peka dan sentiasa Praktis 2
mengutamakan kebajikan murid tanpa mengira kaum
dan agama serta membimbing murid tanpa prejudis. Pendahuluan
– Meningkatkan pengetahuan dan keterampilan khususnya – Pusat sumber sekolah (PSS) merupakan gedung ilmu
pada era globalisasi dan TMK.
dalam menyediakan akses maklumat dan bahan bacaan
Isi 2 : Laluan kerjaya bidang perguruan kepada murid.
– Terdapat pelbagai laluan bagi individu yang berminat – Selain itu, pusat sumber juga memudahkan murid
memperoleh bahan rujukan pembelajaran tambahan.
untuk memilih kerjaya guru sebagai profesion utama. – Sekolah sewajarnya menjalankan pelbagai usaha untuk
– Lepasan SPM/ STPM/ STAM melalui Maktab Perguruan. menggalakkan penggunaan pusat sumber.
– Program Diploma Perguruan Malaysia dan Program
Isi 1 : Mempelbagaikan sumber rujukan yang
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). berkualiti
– Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).
– Pusat sumber perlulah dilengkapi pelbagai bahan ilmiah
Isi 3 : Kriteria yang perlu ada untuk menjadi guru dan rujukan yang bervariasi dan menarik.
– Mempunyai sifat sabar kerana membentuk sahsiah dan
– Bahan-bahan yang disediakan hendaklah yang terkini
jati diri seseorang bukan perkara yang mudah. supaya murid didedahkan perkembangan semasa.
– Bersedia berkorban masa dan tenaga demi murid dan
– Murid tidaklah dikatakan seperti katak di bawah
sekolah di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. tempurung.
Kesimpulan – Mewujudkan sudut komunikasi dan teknologi maklumat
Diharapkan perkongsian ilmu ini dapat menyuntik (TMK) bagi memudahkan murid mengakses maklumat
semangat positif serta memberikan input kepada sesiapa dengan pantas yang kini hanya di hujung jari.
sahaja yang bercita-cita menjadi guru
Isi 2 : Suasana yang menarik dan kondusif
E-mel 2 – Susunan rak yang mudah untuk mencari bahan rujukan.
Pendahuluan – Pihak sekolah perlulah merancang susun atur rak buku,
Bertanya khabar – kakak sudi berkongsi pengetahuan dan
pengalamannya sebagai cef meja, dan kerusi dengan kemas serta teratur.
– Hal ini memudahkan pergerakan murid untuk mencari
Isi 1 : Kriteria yang diperlukan
– Perlu berkelulusan dalam bidang kulinari bahan bacaan.
– Perlu mahir dalam proses penyediaan makanan – Bahan-bahan ilmiah perlu diasingkan mengikut kategori
– Mengikuti kursus kulinari bagi memahirkan diri tentang
tertentu supaya tidak menyukarkan murid untuk mencari
proses penyediaan makanan bahan bacaan yang ingin dibaca.
– Memerlukan ilmu pengetahuan dari segi jenis masakan – Menyediakan ruang bacaan yang luas supaya murid
berasa selesa untuk menimba ilmu di pusat sumber.
dan cara untuk memasak.
Isi 3 : Memperkasakan program NILAM
Isi 2 : Peranan cef – Program ini mampu menggalakkan murid untuk
– Mengarah dan mengambil bahagian dalam menyediakan
membaca dan seterusnya menarik minat mereka supaya
semua jenis bahan untuk dimasak. Perlulah menyediakan berkunjung ke pusat sumber yang menyediakan pelbagai
terlebih dahulu bahan-bahan masakan sebelum jenis bahan bacaan yang menarik.
memasak. – Memberikan anugerah sebagai motivasi kepada murid
untuk berkunjung ke pusat sumber.
J1 – Anugerah Gangsa, Perak, Emas, dan NILAM akan diberikan
kepada murid mengikut jumlah buku yang telah dibaca.
BM Tingkatan 4 Jawapan
KesimpulanCONTOH – Pokok pangkalnya, hidup berjimat memerlukan disiplin
– Banyak usaha yang dapat dijalankan untuk menggalakkan tinggi supaya tidak terjebak dalam perbelanjaan luar
kawal.
penggunaan pusat sumber.
– Pihak sekolah perlu memastikan pusat sumber kekal – Sikap berjimat cermat dapat mengelakkan sikap boros
yang boleh mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.
relevan kepada murid-murid agar dapat melahirkan
murid yang berilmu, dinamis, dan kreatif. Isi 1 : Urus kewangan secara berhemah
– Sebagai pelajar, biarpun belum mempunyai sumber
Praktis 3
pendapatan, perlu bijak merancang kewangan agar
Pendahuluan kehidupan lebih terjamin.
– Penularan wabak COVID-19 di negara kita telah mencecah – Senaraikan jumlah perbelanjaan makan serta keperluan
yang perlu dibeli pada minggu tersebut.
lebih 1 640 843 kes dan mengakibatkan kehilangan lebih – Dengan cara ini, pelajar boleh melihat anggaran simpanan
15 000 nyawa setakat ini. yang boleh dibuat pada minggu tersebut.
– Perlu menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat – Perbelanjaan tidak seharusnya melebihi wang saku yang
bagi membantu membasmi penularan wabak COVID-19 diterima daripada ibu bapa.
ini.
Isi 2 : Pelan perbelanjaan
Isi 1 : Memakai pelitup muka – Setiap kali mendapat wang, rancanglah perbelanjaan
– Arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-
harian secara bijak.
tempat awam mulai 1 Ogos 2020 adalah untuk kebaikan – Senaraikan keperluan yang wajib disediakan dan rancang
bersama dalam usaha kita memutuskan rantaian
jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat. perbelanjaan mengikut apa yang perlu dan tidak perlu.
– Umumnya sedia maklum bahawa virus COVID-19 – Berdasarkan pelan perbelanjaan dibuat, asingkan wang
didapati boleh merebak melalui droplet atau titisan
pernafasan daripada percakapan, batuk ataupun bersin. mengikut pembahagian tertentu.
– Jangan menggunakan pelitup muka yang sama berulang- – Hadkan jumlah perbelanjaan mengikut minggu.
ulang kali, sebaiknya keraplah menukar pelitup muka – Cuba untuk tidak berbelanja melebihi peruntukan yang
dari semasa ke semasa.
dirancang.
Isi 2 : Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at
Home’ Isi 3 : Bijak berbelanja
– Haruslah mengenal pasti antara keperluan dan kehendak.
– Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri – Beli hanya yang benar-benar perlu sahaja.
kita daripada dijangkiti virus COVID-19. – Mengelakkan perbelanjaan tidak berkepentingan seperti
– Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang membeli barangan mewah kerana mengikut rakan
berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi sebaya atau peniruan trend golongan muda yang suka
lebih kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama menunjukkan kemewahan hidup di media sosial.
anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, – Elakkan daripada mengikut kata hati dalam berbelanja.
memasak, berkebun, dan bersukan yang bersifat dalaman
dan tidak perlu keluar dari rumah. Kesimpulan
– Amalan berjimat cermat perlulah dipupuk supaya dapat
Isi 3 : Menerima vaksin
– Penerimaan vaksin merupakan jalan penyelesaian hidup dengan senang pada masa hadapan.
– Pilihan terletak di tangan remaja.
terbaik dalam menangani pendemik COVID-19 yang – Tidak terperangkap dalam godaan perbelanjaan tanpa
tiada rawatan khusus lain setakat ini.
– Vaksin COVID-19 dapat mengurangkan jangkitan atau mengikut kemampuan diri seperti pepatah Melayu ukur
melindungi diri daripada penyakit COVID-19 yang teruk. baju di badan sendiri.
– Apabila vaksin itu disuntik ke dalam tubuh manusia,
imuniti sistem badan dapat ditingkatkan bagi melawan Praktis 5
penyakit.
– Kajian mendapati risiko jangkitan dikurangkan kepada Pendahuluan
90 peratus selepas individu menerima dua suntikan dos – Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi
vaksin.
membolehkan pelbagai peranti elektronik seperti telefon
Kesimpulan pintar dan tablet dapat dicipta secara berterusan untuk
– Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk kegunaan dan kemudahan manusia.
– Keghairahan menggunakan peranti elektronik secara
membasmi virus COVID-19 dengan seriusnya. tidak berdisiplin mengundang pelbagai masalah
– Kita perlu menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan terhadap individu terbabit.
keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala. Isi 1 : Pembaziran masa
– Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan – Banyak menghabiskan masanya dengan melayari
wabak ini boleh dikawal. Facebook, WhatsApp, Twitter, dan laman sosial yang lain.
– Pengguna biasanya leka membaca dan melihat pelbagai
Praktis 4
cerita yang dipaparkan di laman sosial.
Pendahuluan – Tanpa sedar, masa yang mungkin dihabiskan setelah
– Wang merupakan medium yang penting dalam kehidupan
dikumpulkan ialah tiga hingga lima jam sehari.
harian kita. – Secara purata, mereka menghantar 34 mesej selepas
– Menjalani kehidupan seimbang ketika masih bergelar
berbaring di atas katil untuk tidur.
pelajar memang memberi cabaran besar. – Menyebabkan kemurungan Facebook akibat
menghabiskan masa secara berlebihan pada laman
media sosial.
J2
CONTOHIsi 2 : Menjejaskan penglihatan BM Tingkatan 4 Jawapan
– Ramai tidak sedar bahawa pendedahan cahaya daripada
– Cadangan mengehadkan dan memantau aktiviti
skrin telefon pintar sangat membimbangkan terutama pembalakan
terhadap kesihatan mata.
– Kajian mendapati hampir satu bilion kanak-kanak – Ambil tindakan undang-undang jika kawasan
berisiko tinggi mengalami rabun jauh atau miopia pembalakan tersebut merupakan pembalakan haram
menjelang 2050 akibat kerap terdedah kepada cahaya
daripada telefon bimbit atau peranti elektronik. Kesimpulan
– Laporan juga menunjukkan kira-kira 70 sehingga 80 – Masalah perlu diatasi segera
peratus kanak-kanak sekolah rendah dan remaja muda – Menjamin kesejahteraan penduduk setempat
di Asia berisiko mengalami miopia. – Ucapan terima kasih
– Tabiat gemar bermain dengan peralatan elektronik – Pengakuan pengirim
terlalu lama berbanding dengan melakukan aktiviti luar – Tandatangan, nama, dan jawatan
rumah dipercayai menambah kebarangkalian rabun jauh.
Bab 2 Karangan Umum
Isi 3 : Antisosial
– Hubungan sesama manusia juga dilihat semakin Praktis 1
renggang dan terjejas. Pendahuluan
– Hubungan kekeluargaan juga didapati semakin – Kemalangan semasa sukan ialah perkara yang biasa
merisaukan kerana menggunakan aplikasi rangkaian berlaku.
sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, – Kemalangan sukan boleh dielakkan jika individu sentiasa
dan YouTube untuk berkomunikasi mahupun menjalinkan
hubungan dengan rakan dan juga ahli keluarga. berusaha mengelakkan risiko yang mungkin berlaku.
– Contoh, ahli keluarga tidak lagi berborak mesra sehingga – Biarpun perkara ini tidak dapat dielakkan, namun sesuatu
kedengaran bunyi ketawa terbahak-bahak.
– Kini, suasana sunyi sepi kerana masing-masing yang perlu kita semua akui ialah sukan merupakan
menghadap telefon pintar dan tablet untuk melayari sesuatu yang baik untuk badan.
pelbagai aplikasi rangkaian sosial.
Isi 1 (Punca) : Kecuaian individu
Kesimpulan – Seseorang atlet tidak berhati-hati semasa menjalankan
– Haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan
aktiviti sukan.
peranti elektronik kerana secara tidak langsung boleh – Atlet kadangkala leka dengan tidak memeriksa keupayaan
memudaratkan diri sendiri.
– Perlu bijak menggunakan teknologi moden. alatan atau jentera sebelum bersukan.
– Kebergantungan pada teknologi yang terjana oleh peranti – Sesetengah kemalangan pula berlaku apabila faktor-
elektronik perlu diseimbangkan dengan nilai kehidupan.
– Tidak mengganggu proses penyediaan generasi faktor luar mempengaruhi seperti cuaca.
akan datang yang berwibawa dan berdisiplin serta
berkemahiran tinggi. Isi 2 (Punca) : Tidak mempunyai ilmu yang cukup
– Bagi sesetengah sukan seperti berbasikal, seseorang atlet
Praktis 6
perlu mengetahui peraturan-peraturan asas di jalan raya
Pendahuluan kerana mereka berkongsi trek dengan kenderaan yang
Alamat pengirim dan penerima – tarikh – tajuk/ perkara lebih besar.
– mendapati air sungai semakin tercemar – penduduk – Kekurangan ilmu ini akan menyebabkan mereka yang
berasa gelisah – sungai merupakan punca rezeki – sungai berbasikal lebih terdedah kepada kemalangan yang
digunakan untuk aktiviti harian boleh menyebabkan kematian.
– Kadangkala sesetengah individu yang bersukan juga tidak
Isi 1 : Sikap masyarakat yang suka membuang memakai alatan dengan lengkap atau tidak sempurna
sampah ke dalam sungai hingga mampu mengundang kecelakaan.
– Sikap ambil mudah penduduk Isi 3 (Langkah) : Sentiasa berhati-hati semasa
– Cadangan supaya pihak berkuasa memberikan kesedaran melakukan aktiviti sukan
melalui kempen – Individu perlu sentiasa memeriksa peralatan sebelum
– Perlu menyediakan tempat pembuangan sampah yang memulakan aktiviti sukan.
sesuai – Jika sesuatu sukan memerlukan pemantauan daripada
– Perlu membersihkan sampah di dalam sungai dengan pakar, seseorang haruslah sentiasa memastikan aktiviti
tersebut mendapat pemantauan yang sepatutnya.
menyediakan perangkap sampah
– Bagi sukan lasak seperti `Wall Climbing’, seseorang
Isi 2 : Sungai semakin cetek dan keruh haruslah sentiasa mendapatkan nasihat daripada mereka
– Sukar menggunakan air yang arif sebelum memulakan pendakian.
– Punca rezeki hilang
– Cadangan supaya mengorek kawasan yang cetek Isi 4 (Langkah) : Peralatan yang sesuai dan lengkap
– Tambak tebing yang rebak kerana hakisan – Sesuatu sukan semestinya memerlukan alatan yang
Isi 3 : Aktiviti pembalakan di hulu sungai sesuai dan lengkap bagi memastikan kecederaan dapat
– Air keruh dan berkelodak dielakkan.
– Bagi sukan lasak pula, penggunaan topi keledar yang
berkualiti dan telah mendapat kelulusan juga perlu
dititikberatkan.
– Peminat sukan perlu mengelakkan diri daripada membeli
barangan tiruan.
J3
BM Tingkatan 4 Jawapan
PenutupCONTOH – Semangat perpaduan yang sama akan meresap ke dalam
– Kemalangan sukan dapat dielakkan melalui sikap diri masyarakat apabila sejarah negara diteliti dan
dihayati.
prihatin individu terhadap keselamatan diri sendiri.
– Sentiasa memastikan diri sentiasa berwaspada terhadap – Sikap mementingkan diri sendiri akan mula luntur
apabila masyarakat mula sedar bahawa kemerdekaan
sebarang risiko kemalangan yang mungkin berlaku negara bukanlah berasaskan satu kaum semata-mata,
secara tiba-tiba. tetapi merupakan usaha semua kaum di Malaysia.
– Malang tidak berbau.
Penutup
Praktis 2 – Sejarah negara perlu dihayati oleh setiap golongan di
Pendahuluan Malaysia.
– Sejarah negara semakin dilupakan kerana tempoh masa – Sikap mengagung-agungkan bangsa sendiri merupakan
64 tahun kemerdekaan yang dianggap sudah lapuk untuk kesan kepada kurangnya penghayatan terhadap sejarah
dikenang. negara.
– Hal ini diburukkan lagi apabila sesetengah negarawan – Kita perlu sentiasa mengamalkan perpaduan kerana kita
kini sudah tidak lagi aktif memperjuangkan sejarah seikat bak sirih, serumpun bak serai.
perjuangan negara kerana faktor usia yang sudah lanjut
dan kudrat yang semakin hilang. Praktis 3
– Sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab
pula telah memutarbelitkan fakta sejarah sehingga Pendahuluan
menghilangkan rasa minat masyarakat untuk – Bersetuju dengan pendapat di atas.
mempelajari sejarah negara. – Ibu bapa merupakan insan yang paling banyak masa
– Banyak kepentingan mempelajari sejarah negara.
bersama anak-anak berbanding guru di sekolah.
Isi 1 : Sejarah memantapkan jati diri bangsa – Kegagalan ibu bapa menjalankan tanggungjawab
– Dengan mempelajari sejarah negara, sesebuah bangsa
akan menyebabkan anak-anak sukar untuk dikawal di
akan kukuh jati dirinya tanpa mudah diperkotak- sekolah. Hal ini menyukarkan guru-guru menjalankan
katikkan oleh petualang negara. tanggungjawab untuk mendidik murid-murid.
– Semangat untuk mempertahankan negara akan – Terdapat pelbagai faktor yang menyokong pernyataan
meningkat dan membantu negara memelihara bahawa ibu bapa punca utama remaja kini terlibat
kedaulatan. dengan gejala merokok.
– Rasa kasih dalam diri remaja akan meningkat dan
memastikan mereka tidak berasa malu untuk mengangkat Isi 1 : Bapa yang merokok di rumah
nama Malaysia di mata dunia kelak. – Ibu bapa merupakan suri teladan terbaik kepada anak-
Isi 2 : Memastikan sejarah negara tidak diputar belit anak.
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Anak-anak sentiasa meniru tindakan dan perlakuan ibu
– Era moden kini telah membawa bersama berita-berita bapanya di rumah.
palsu yang melimpah ke dalam ruang maya. – Anak-anak akan mempertikaikan tindakan guru-guru
– Tanpa ilmu berkaitan sejarah negara, semestinya yang menghalang mereka merokok sedangkan bapa di
masyarakat akan mudah terpengaruh dan tertipu oleh rumah boleh merokok.
agenda petualang yang cuba meruntuhkan kegemilangan – Bapa yang merokok akan menimbulkan rasa ingin
negara. mencuba dalam diri anak-anak kerana menganggap
dengan merokok mereka akan kelihatan dewasa.
– Berlainan pula sekiranya masyarakat peka terhadap
sejarah negara, semestinya masyarakat tidak akan Isi 2 : Sikap lepas tangan ibu bapa
mudah mempercayai berita palsu dan turut menjadi – Ibu bapa sering menyalahkan kesibukan seharian sebagai
duta kerajaan untuk memperbetul tanggapan salah
masyarakat negara luar terhadap negara kita. alasan untuk mengabaikan tanggungjawab terhadap
anak-anak.
Isi 3 : Memperkukuh usaha membangunkan negara – Anak-anak yang kurang perhatian akan mula mencari
– Apabila kita mengetahui sejarah negara, semestinya kita perhatian di luar sekolah hingga akhirnya terjebak
dengan gejala buruk rakan sebaya termasuk merokok.
akan berusaha untuk membangunkan negara bersama- – Apabila nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa mula
sama kerajaan kerana rasa kesepunyaan dan kekitaan bersikap lepas tangan kerana menganggap mereka tidak
kita terhadap negara tercinta. mampu mengubah sikap anak-anak mereka yang kian
– Belia-belia pula akan lebih rela berkhidmat di dalam buruk.
negara demi membangunkan negara dengan ilmu yang – Keadaan ini menyebabkan sikap buruk anak-anak
ada. menjadi semakin parah.
– Sejarah negara juga akan menimbulkan rasa bangga
masyarakat terhadap negara dan membakar semangat Isi 3 : Sikap memanjakan anak-anak
belia untuk mengekalkan kecemerlangan negara – Kadangkala ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak
sebagaimana yang dilakukan oleh pejuang-pejuang
sebelum ini. dengan sentiasa membela anak-anak mereka apabila
melakukan kesalahan.
Isi 4 : Mengikat perpaduan rakyat – Anak-anak yang tidak takut lagi melakukan kesalahan
– Sejarah negara telah didasari perpaduan rakyat yang akan mula mencuba untuk melakukan kesalahan yang
lebih buruk pada masa akan datang.
berbilang kaum terutamanya ketika kita menuntut
kemerdekaan.
J4
BM Tingkatan 4 Jawapan
CONTOH– Hal ini juga akan menyebabkan guru-guru takut untuk Isi 3 : Tip menjaga pemakanan
menegur kesalahan anak-anak di sekolah kerana – Saya juga berbesar hati jika saudara dapat berkongsi cara
bimbang mereka akan turut dipersalahkan kelak akibat
menegur anak kesayangan ibu bapa. saudara menjaga pemakanan sepanjang tempoh latihan.
– Kita semua sedia tahu pemakanan atlet perlu lebih
– Akhirnya, anak-anak akan mula menganggap tindakan
mereka sentiasa betul hingga membawa mereka ke arah terkawal bagi memastikan otot-otot yang diperlukan
gejala merokok. semasa larian dapat berfungsi secara optimum.
– Saya juga ingin mendapatkan pendapat daripada saudara
Isi 4 : Ibu bapa tidak memeriksa aktiviti harian anak- tentang sejauh mana faktor pemakanan mempengaruhi
anak prestasi larian atlet.
– Sikap terlalu mempercayai anak-anak juga akan Isi 4 : Menjemput ke sekolah
membawa kepada kesan yang sama. – Saya mewakili pihak kelab ingin menjemput saudara
– Terdapat ibu bapa yang menganggap privasi anak-anak untuk memberikan ceramah berkaitan teknik-teknik
tidak boleh disentuh atau diganggu sehinggakan mereka latihan di sekolah saya.
sendiri tidak mahu memantau aktiviti seharian anak- – Murid-murid di sekolah ini amat teruja untuk menanti
anak mereka. saudara untuk membuat perkongsian yang semestinya
sangat bermakna.
– Ibu bapa sewajarnya tahu kandungan beg sekolah anak- – Memandangkan saudara telah menyatakan bahawa
anak, memeriksa bilik anak-anak, dan paling penting saudara akan pulang ke kampung pada minggu hadapan,
ialah sentiasa memerhatikan rakan sebaya anak-anak. saya amat berharap jika saudara dapat singgah sebentar
di sekolah saya.
– Keadaan ini akan membuatkan anak-anak lebih berjaga-
jaga dan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka Penutup
untuk mencuba gejala merokok. – Semoga saudara sentiasa sihat dan terus bersemangat
Penutup untuk mengharumkan nama negeri dan negara pada
– Ibu bapa mampu mengubah sikap anak-anak kerana masa hadapan.
– Rakan-rakan akan sentiasa menyokong saudara di luar
hubungan yang erat antara ahli keluarga. gelanggang.
– Ibu bapa tidak sewajarnya berputus asa jika anak-anak – Kami tidak sabar menunggu saudara pulang pada minggu
hadapan untuk berkongsi pengalaman.
terlibat dengan gejala tidak sihat.
– Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kerana tidak Praktis 5
sepatutnya ibu bapa menjadi seperti ketam yang Kata-kata aluan
mengajar anaknya berjalan lurus. – Terima kasih kepada pengerusi majlis, tetamu kehormat,
Praktis 4 dan hakim.
– Sebut tajuk syarahan
Maklumat asas
Alamat pengirim Pendahuluan
Tarikh – COVID-19 merupakan virus yang merebak dalam senyap.
– Murid perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana
Pendahuluan
– Mengucapkan tahniah atas kejayaan terpilih di dalam kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi untuk
dijangkiti.
program pembangunan sukan.
– Saya juga telah memohon program yang sama, namun Isi 1 : Cuci tangan dengan kerap
– Sekolah telah menyediakan cecair pencuci tangan di
belum rezeki untuk terpilih sebagai salah seorang atlet
yang akan mewakili negeri dan negara. setiap kelas.
– Rakan-rakan yang lain turut berbangga dan mewakili – Cuci tangan dengan kerap terutamanya selepas keluar
saya untuk mengucapkan tahniah kepada saudara.
dari tandas kerana murid telah menyentuh tangga dan
Isi 1 : Sentiasa mengikuti perkembangan dinding kelas yang mungkin telah tercemar.
– Saya sentiasa mengikuti perkembangan saudara melalui – Jika mencuci tangan menggunakan sabun, pastikan
cucian dibuat dengan betul mengikut langkah-langkah
rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat. yang disarankan.
– Sentiasa menunggu kemunculan saudara di kaca
Isi 2 : Amalkan penjarakan sosial
televisyen terutamanya ketika Sukan Malaysia (SUKMA) – Penjarakan sosial amat penting bagi memastikan virus
dan ketika mewakili negara.
– Larian saudara sangat hebat dan menunjukkan tidak mudah merebak.
peningkatan yang banyak berbanding dengan semasa – Elakkan berkumpul secara dekat terutamanya ketika
kita berlatih bersama-sama ketika di sekolah dahulu.
aktiviti berkumpulan.
Isi 2 : Ingin mendapatkan tip latihan – Jika perlu, murid kekal berada di meja masing-masing
– Berdasarkan pengamatan terhadap larian dan catatan
kerana para guru telah memastikan zon selamat murid
masa, saya melihat saudara telah mempunyai teknik sejauh satu meter di dalam kelas.
larian yang agak berlainan.
– Saya berbesar hati jika saudara dapat berkongsi sedikit Isi 3 : Memakai pelitup muka
tip untuk mengekalkan larian yang baik dalam jarak jauh – Murid perlu sentiasa memakai pelitup muka.
sebagaimana yang telah dibuat semasa SUKMA tempoh – Terutama ketika aktiviti berkumpulan dibuat.
hari. – Sentiasa peka terhadap rakan-rakan yang menunjukkan
– Jika tidak keberatan, saya juga ingin mendapatkan video-
video latihan saudara untuk saya lakukan latihan yang gejala. Laporkan kepada guru jika perlu.
sama di sini.
J5
CONTOH