The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2023-01-03 02:48:20

Bahasa Melayu (UASA) Year 6

Bahasa Melayu (UASA) Year 6

S1.4

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya.

Bahan 1

Kuiz Bahasa Melayu Sempena Minggu Bahasa dan Sastera

Tarikh : 5 hingga 6 April 2023

Masa : 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari

Tempat : Dewan Cemara SK Taman Baiduri Hadiah menarik

Anjuran : Persatuan Bahasa Melayu menanti para

CONTOH pemenang. Jangan

lepaskan peluang

Syarat-syarat pertandingan: keemasan ini!

• Terbuka kepada murid tahap dua

• Penyertaan secara berkumpulan – dua orang peserta dalam

satu kumpulan (berbilang kaum)

Jika berminat, sila daftarkan nama kepada Cikgu Shahrini atau
Cikgu Kamala.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Mac 2023

Bahan 2

Izzah : Zhe Jun, Persatuan Bahasa Melayu sekolah kita akan menganjurkan
kuiz bahasa Melayu sempena Minggu Bahasa dan Sastera.

Zhe Jun : Ya, Izzah. Kuiz itu bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan murid.

Izzah : Saya ingin mengajak kamu menyertai kuiz tersebut. Ini kerana kuiz
tersebut akan dijalankan secara berkumpulan, iaitu dua orang peserta
dalam satu kumpulan.

Zhe Jun : Wah, seronoknya! Saya mahu menyertainya, Izzah. Bagi saya, kuiz itu
bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan murid, malahan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
murid yang berbilang kaum.

Izzah : Kita harus membuat persediaan untuk menyertai kuiz itu. Kita boleh
membuat ulang kaji bahasa Melayu di perpustakaan selepas tamat sesi
persekolahan.

Zhe Jun : Saya setuju. Sebelum itu, marilah kita berjumpa dengan Cikgu Shahrini
atau Cikgu Kamala untuk mendaftarkan nama sebagai peserta kuiz
tersebut.

Izzah : Baiklah, Zhe Jun.

Set 1


S1.5



Kita boleh membuat ulang kaji bahasa Melayu di perpustakaan selepas tamat
sesi persekolahan.

7. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah
A biji.
B ketul.
C buah.
D naskhah.

[1 markah]

8. Siapakah yang menganjurkan kuiz bahasa Melayu itu?
A SK Taman Baiduri
B Persatuan Bahasa Melayu
C Cikgu Shahrini dan Cikgu Kamala
D Dewan Cemara SK Taman Baiduri

[1 markah]

9. Kebaikan kuiz bahasa Melayu itu diadakan adalah dapat
A meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan murid.
B memupuk perpaduan dalam kalangan guru-guru yang berbilang kaum.
C menarik ramai murid untuk menyertai aktiviti sempena Minggu Bahasa dan
Sastera.
D meningkatkan penguasaan bahasa Melayu serta memupuk perpaduan dalam
kalangan murid yang berbilang kaum.

[1 markah]

10. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Kuiz bahasa Melayu itu akan berlangsung selama dua hari.
B Tarikh tutup penyertaan adalah pada awal bulan April.
C Kuiz bahasa Melayu itu hanya terbuka untuk murid tahun lima sahaja.
D Izzah dan Zhe Jun akan membuat ulang kaji bahasa Melayu di kelas selepas
tamat sesi persekolahan.

[1 markah]
CONTOH

Bahagian A Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
TP: Sangat Terhad

Set 1


CONTOH S1.6

PEMAHAMAN PETIKAN DAN
TATABAHASA SERTA
RESPONS KRITIS DAN KREATIF

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

8:00 pagi
Hari ini, aku dan keluarga akan melawat beberapa destinasi menarik di Pulau
Langkawi. Aktiviti pertama kami adalah menaiki kereta kabel Langkawi di Gunung
Machinchang. Selepas bersarapan di hotel, kami terus bergerak ke sana.
9:30 pagi
Kami menunggu ketibaan gondola di stesen bawah. Pertama kali menaiki kereta
kabel ini, aku berasa sungguh gayat kerana gondola tersebut berlantaikan kaca.
Gondola ini melintasi gunung-ganang yang sangat curam.
Di puncak gunung, kami melalui sebuah jambatan gantung yang berbentuk
melengkung sambil menikmati pemandangan gunung-ganang dan gugusan pulau
yang sungguh indah. Jambatan ini merupakan jambatan melengkung yang terpanjang
di dunia. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini sebagai kenang-
kenangan.
1:00 petang
Kami melakukan aktiviti jelajah pulau dengan menaiki bot. Kami melalui kawasan
hutan paya bakau yang masih kekal terpelihara. Di sini, aku teruja kerana dapat
melihat hidupan liar seperti monyet, ular, ikan, siput, dan sebagainya yang mendiami
kawasan ini. Selain itu, kami berpeluang memberikan makanan kepada helang dan
ikan.
Selepas itu, pemandu bot membawa kami ke sebuah restoran terapung. Di sini,
terdapat sangkar-sangkar yang mempamerkan pelbagai spesies ikan seperti kerapu,
pari, jenahak, dan sebagainya. Kami menikmati makanan laut yang enak di restoran
tersebut. Seterusnya, kami berkunjung pula ke Makam Mahsuri dan Pantai Cenang
untuk mandi-manda.
Percutian ini sungguh menyeronokkan. Aku akan menceritakan pengalaman
indah ini kepada rakan-rakanku di Kuching nanti.

Set 1


S1.7

1. “Aku” dan keluarganya bercuti di

[1 markah]

2. Apakah yang dapat dilihat oleh “aku” semasa melalui sebuah jambatan gantung
yang berbentuk melengkung?





[2 markah]

3. Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat yang diberi.
CONTOH
Gondola ini melintasi gunung-ganang yang sangat curam.

[1 markah]
4. Pilih dan tandakan ( ✓ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Kami melakukan aktiviti jelajah pulau dengan menaiki bot.


Aktiviti jelajah pulau dilakukan oleh mereka dengan menaiki bot.

Dilakukan oleh kami aktiviti jelajah pulau dengan menaiki bot.

[1 markah]

Set 1


S1.8

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Kamu dan rakan-rakan sedang rehat di kantin sekolah. Kamu melihat seorang rakan
telah membeli makanan secara berlebihan. Dia membeli air oren, nasi goreng, dua
ketul ayam goreng, dan dua cucuk bebola ikan. Namun, dia tidak dapat menghabiskan
makanannya itu. Dia juga makan dengan gelojoh sekali.

Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?
CONTOH

[5 markah]

Bahagian B Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
TP: Sangat Terhad

Set 1


S1.9

PENULISAN C
PERENGGAN

Grafik di bawah menunjukkan poster tentang langkah ke arah jantung yang sihat.
Tuliskan pendapat kamu tentang langkah-langkah yang ditunjukkan dalam poster
tersebut.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

CONTOH

Bahagian C Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
TP: Sangat Terhad

Set 1


S1.10

PENULISAN
KARANGAN

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

CONTOH

Bahagian D Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
TP: Sangat Terhad

Set 1


S2.1

2

CONTOH1. Kertas soalan ini mengandungi Untuk Kegunaan Pemeriksa
empat bahagian utama: Bahagian
A, Bahagian B, Bahagian C dan Nama Pemeriksa: Markah Markah
Bahagian D. Penuh Diperoleh
BAHAGIAN
2. Kamu dikehendaki menjawab semua Nombor Soalan 3
soalan yang disediakan dalam 3
keempat-empat bahagian ini. Soalan 1 – 3 4
A Soalan 4 – 6 5
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan 5
diikuti oleh empat pilihan jawapan, Soalan 7 – 10 10
iaitu: A, B, C, D. Pilih satu jawapan Soalan 1 20
sahaja.
B 50
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab Soalan 2
semua soalan dalam ruang jawapan
yang telah disediakan. C
D
5. Serahkan kertas ujian yang sudah
kamu tanda dan jawab itu kepada JUMLAH
guru yang bertugas pada akhir ujian
tersebut.

Set 2


CONTOH S2.2

Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Selepas menyiang ikan, Puan Aminah segera membersihkan tangannya yang
berbau __________ itu dengan sabun.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

[1 markah]

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Mak Cik Sakinah sedang __________
ubi kayu untuk membuat bingka ubi.
A menyagat
B menggores
C menyiang
D menggesek

[1 markah]

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.

3. I Keluarga Nadirah saling bantu-membantu membuat kerja rumah.
II Izatul terbuat jadual belajar agar dapat menguruskan masa dengan baik.
III Sekumpulan murid sedang melawat ladang ternakan lembu tenusu itu.
IV Sayur-sayuran dan buah-buahan baik untuk kesihatan kerana mengandungi

vitamin.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

[1 markah]

Set 2


CONTOH S2.3

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tarian sewang merupakan tarian tradisional orang asli. Tarian ini diiringi nyanyian
dan alat muzik yang diperbuat daripada buluh, iaitu centong. Sebahagian daripada
centong diperbuat daripada buluh beruas panjang, manakala sebahagiannya pula
diperbuat daripada buluh beruas pendek. Tujuannya adalah untuk memperdengarkan
irama dan rentak tarian yang berbeza-beza.
Biasanya, tarian sewang dipersembahkan ketika menyambut tetamu,
mengubati pesakit, membuka pantang larang, atau meraikan kegembiraan apabila
tanaman mengeluarkan hasil yang banyak. Nyanyian dalam tarian sewang ini diketuai
oleh seorang penyanyi yang dikenali sebagai tukang gabak. Pemuzik akan mengetuk
centong di atas buluh panjang atau kayu keras yang padat bagi mengeluarkan bunyi
yang nyaring. Penari tarian sewang akan memakai anyaman daripada daun kelapa
yang diselempangkan di badan.
Tarian sewang merupakan suatu cabang kebudayaan dan adat resam
masyarakat orang asli yang unik. Malahan, masyarakat orang asli kaya dengan
amalan tradisi nenek moyang yang asli dan perlu dipertahankan identitinya.

4. Mengapakah centong dihasilkan daripada buluh beruas panjang dan buluh beruas
pendek?
A Untuk menghasilkan irama yang merdu
B Untuk memudahkan pemain alat muzik bermain alat muzik centong
C Untuk memperdengarkan irama dan rentak tarian yang berbeza-beza
D Untuk memudahkan penari menari mengikut rentak muzik yang berbeza-beza

[1 markah]

5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan di atas.
A Tarian sewang merupakan tarian tradisional kaum Melayu.
B Penyayi dalam tarian sewang dikenali sebagai tukang gabak.
C Tarian sewang hanya dipersembahkan ketika menyambut tetamu.
D Penari memakai anyaman daripada daun mengkuang yang diselempangkan
di badan.

[1 markah]

6. Frasa tradisi nenek moyang dalam petikan bermaksud
A amalan dan adat resam daripada datuk dan nenek.
B pantang larang yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.
C kepercayaan karut daripada keturunan kita dahulu-dahulu.
D kepercayaan yang kekal turun-temurun daripada keturunan kita dahulu-
dahulu.

[1 markah]

Set 2


CONTOH S2.4

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya.

Bahan 1

Petang itu, Chai Mei pergi ke rumah Izzah untuk mengulang kaji pelajaran bersama-
sama. Ibu Izzah menghidangkan air teh dan puding jagung untuk Chai Mei.
“Wah, enak sungguh puding jagung ini, Izzah!” kata Chai Mei.
“Ibu saya yang menyediakan puding jagung ini. Selain puding jagung, ibu
saya juga pandai membuat kek,” kata Izzah kepada Chai Mei.
“Adakah ibu kamu menjual puding jagung dan kek, Izzah?” tanya Chai Mei.
“Ya, Chai Mei. Ibu saya menjual puding jagung dan kek untuk mencari
pendapatan sampingan. Ramai jiran membeli puding jagung dan kek dengan ibu
saya. Ibu saya juga mengiklankan jualannya di laman sosial seperti Instagram,
Telegram, dan WhatsApp. Menurut ibu, jualan melalui talian ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Pendapatan ibu juga
semakin meningkat, ” jelas Izzah.

Bahan 2

Resipi Puding Jagung

Bahan-bahan:
1. 1½ cawan jagung dalam tin
2. 1 cawan tepung kastard
3. 1½ cawan susu cair
4. 3 cawan air
5. 1¾ cawan gula pasir
6. Garam secukup rasa

Cara-cara Memasak:
1. Masukkan tepung kastard dan gula ke dalam periuk lalu dikacau rata.
2. Kemudian, masukkan susu cair, air, dan jagung ke dalam periuk yang berisi

campuran tepung kastard dan gula.
3. Kacau campuran tersebut sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
4. Setelah itu, masak campuran tersebut di atas api yang perlahan sehingga

mendidih. Masukkan sedikit garam dan kacau campuran itu hingga nampak
berkilat dan pekat.
5. Seterusnya, tuangkan adunan tersebut itu ke dalam loyang dan biarkan sejuk.
Kemudian, masukkan puding jagung itu ke dalam peti sejuk.
6. Akhir sekali, hidangkan puding jagung itu bersama-sama dengan air teh.

Set 2


MODUL PENTAKSIRAN (PBD) i-LESTARI KSSR SEMAKAN BAHASA MELAYU Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
6PBDi-LESTARI
Ref: K-23101-06(C)
PMEODNTULAKSIRAN

KSSR
Semakan
ISBN 978-967-252-532-5
9 789672 525325


Click to View FlipBook Version