Unit 1 Karangan Respons Terhad 1 Unit 2 Karangan Respons Terbuka 10 Unit 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 25 Unit 4 Pemahaman 42 Unit 5 Rumusan 67 Penilaian Akhir Tahun 79 Jawapan Kandungan Format Instrumen Peperiksaan SPM Mulai Tahun 2021 Mata Pelajaran Bahasa Melayu (1103) Bil. Perkara Kertas 1 (1103/1) Kertas 2 (1103/2) 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan Bahagian A Satu (1) soalan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan Jawab satu soalan Bahagian B Empat (4) soalan esei. Pilih dan jawab satu daripada empat soalan Jumlah soalan : 5 soalan Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Morfologi 2 Sintaksis 3 Penyuntingan 4 Bahasa Melayu Standard • menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa Melayu Moden/ Standard 5 Peribahasa Bahagian B – Pemahaman Soalan 6 dan Soalan 7 Berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa (Umum/ Drama/ Cerpen/ Prosa Tradisional/ Puisi Tradisional/ Sajak) Soalan 8 Berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5 Bahagian C – Rumusan Soalan 9 menulis rumusan Jumlah soalan : 9 soalan 4 Jumlah Markah 100 markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 2 jam 30 minit CONTOH
1 Kertas 1 Bahagian A (30 markah) Praktis 1 Tema 5 Pendidikan untuk Semua Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan kanak-kanak OKU (Masalah Pembelajaran). Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah mendidik kanak-kanak OKU (Masalah Pembelajaran). Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Unit 1 Karangan Respons Terhad Menempatkan seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam kelas aliran biasa akan menyebabkan beberapa risiko. Tanpa memahami dan mengambil tahu keperluan kanak-kanak ini, pendidikan yang diberikan akan menjadi tidak sempurna dan tidak saksama untuk mereka. Mereka akan berasa sukar mengikuti kurikulum pendidikan yang disediakan. Berikan kata-kata semangat Elakkan meninggikan suara CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 2 CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 3 Praktis 2 Tema 7 Pertanian, Penternakan dan Perikanan Maklumat di bawah berkaitan dengan tumbuhan herba. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang tumbuhan herba di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Lidah buaya dipercayai dapat mengubati kesan luka kebakaran bahkan mampu mengatasi masalah kulit akibat selaran matahari. Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Air rebusan serai boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk menjaga kesihatan mulut. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 4 Praktis 3 Tema 8 Melancong Mencari Makna Maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Agropelancongan ialah aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan, dan penternakan. Ekopelancongan ialah aktiviti pelancongan yang melibatkan pengembaraan bagi menikmati dan menghayati alam semula jadi. Cameron Highlands Gua Niah, Sarawak CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 5 CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 6 Praktis 4 Tema 9 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan amalan menabung. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan pemupukan amalan menabung dalam kalangan kanak-kanak. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Skim Simpanan Pendidikan Nasional, melalui Simpan SSPN Plus menawarkan Pakej Intan. Pakej paling mampu milik istimewa untuk anda dengan simpanan serendah RM1 sehari sahaja. Pakej Intan menyediakan pelbagai manfaat dan kelebihan. Menyimpan di bank Menyediakan tabung yang menarik CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 7 CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 8 Praktis 5 Tema 2 Sukan dan Rekreasi Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan sukan rakyat. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang sukan-sukan rakyat yang terdapat di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Tarik upih Congkak KUALA TERENGGANU: Permainan tradisional dan sukan rakyat perlu dipromosikan dengan lebih konsisten selaras dengan hasrat Malaysia yang mahu melahirkan komuniti cerdas yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif bersukan. Pensyarah Kanan Jabatan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu, Norlizana Rahmat berkata, selain kos yang murah, permainan tradisional dan sukan rakyat berpotensi menjadi daya tarikan pelancong di sesebuah lokasi. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 1 9 Praktis 6 Tema 16 Integriti Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan budaya kerja cemerlang. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang budaya kerja cemerlang. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Antara nilai yang dipegang dalam budaya kerja cemerlang ialah tidak suka membuang masa, membuat keputusan dalam kumpulan, taat pada arahan ketua, suka membantu, bersungguh-sungguh dalam tugasan, selalu senyum, ikhlas dalam pekerjaan, jujur, dan penyabar. Menepati masa Mengamalkan nilai-nilai murni CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 10 Kertas 1 Bahagian B (70 markah) Karangan Contoh Tema 1 Anda Bersih, Anda Sihat Domain Pendidikan Mengajar si kecil tersayang menikmati hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan antara cabaran terbesar buat kebanyakan ibu bapa. Mungkin ada antara kanak-kanak yang menggemarinya, namun percayalah ramai cuba mengelak atau langsung tidak mahu mengambilnya terutama sayur-sayuran. Dalan hal ini, ibu bapa wajar menjadi suri teladan di samping menyediakan makanan sihat untuk anak-anak. Sumber: www.hmetro.com.my Berdasarkan petikan di atas, bincangkan langkah-langkah untuk memupuk amalan pemakanan sihat dalam diri anak-anak. Pendahuluan • Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di dunia. • Banyak kaedah menghalang masalah obesiti, antaranya bersenam dan menjaga pemakanan. • Ilmu berkaitan pemakanan sihat perlu dikuasai oleh semua golongan masyarakat terutamanya kanakkanak. Isi 1 Ibu bapa menjadi suri teladan Mengapa Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Bagaimana Makan makanan sihat bersama anak-anak ketika berada di rumah. Kesan 1 Anak-anak akan dilatih untuk makan makanan sihat melalui teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Kesan 2 Ibu bapa juga boleh menjadi rujukan kepada anak-anak berkaitan kaedah makan secara sihat. Ungkapan menarik Jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Penegas Akhirnya, anak-anak akan mula mengamalkan pemakanan sihat kerana sudah menjadi rutin harian di rumah. Isi 2 Ibu bapa menyediakan makanan sihat di rumah. Mengapa Ibu bapa bertanggungjawab memikul amanah menyediakan keperluan asas anak-anak di rumah. Bagaimana Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi. Kesan 1 Anak-anak akan terbiasa untuk mengamalkan pemakanan sihat melalui hidangan yang disediakan di rumah. Kesan 2 Ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak dari segi jenis makanan dan kadar yang diperlukan. Unit 2 Karangan Respons Terbuka CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 11 Ungkapan menarik Alah bisa tegal biasa. Penegas Anak-anak membesar dengan disiplin pemakanan yang tinggi. Isi 3 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai program pemakanan sihat. Ayat huraian Ibu bapa perlu sentiasa mencari kaedah terbaik untuk menarik minat anak-anak terhadap pemakanan sihat. Ayat contoh Membawa anak-anak ke kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kesan 1 Anak-anak boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang konsep pemakanan sihat. Kesan 2 Kesedaran dalam diri anak-anak akan timbul secara semula jadi melalui pendedahan luar yang diperoleh mereka. Ungkapan menarik Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Penegas Permata hati ibu bapa ini bukan sahaja mampu mengamalkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian malah mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan kerana ilmu yang diperoleh mereka. Penutup • Terdapat pelbagai kaedah yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa. • Ibu bapa perlu memahami situasi dan keperluan anak-anak agar disiplin pemakanan dapat dibentuk secara berhemah. • Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak. Model Karangan Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti tertinggi di dunia. Bagi mengatasi isu ini, banyak kaedah menghalang masalah obesiti boleh dilaksanakan oleh seseorang individu termasuk bersenam dan menjaga pemakanan. Ilmu berkaitan pemakanan sihat perlu dikuasai oleh semua golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Bagi menjayakan usaha ini, ibu bapa memainkan peranan penting dan paling utama. Langkah utama yang boleh dilaksanakan untuk menanam budaya makan secara sihat dalam diri anakanak ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Tindakan utama yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa ialah mereka perlu makan makanan sihat bersama anak-anak mereka ketika berada di rumah. Dalam hal ini, anak-anak akan dilatih untuk makan makanan sihat melalui teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Keadaan ini membolehkan ibu bapa menjadi rujukan kepada anak-anak berkaitan kaedah makan secara sihat. Teladan ini perlu ditunjukkan kepada anak-anak agar ibu bapa tidaklah dianggap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Akhirnya, anak-anak akan mula mengamalkan pemakanan sihat kerana sudah menjadi rutin harian di rumah. Langkah kedua pula ialah ibu bapa perlu menyediakan makanan sihat di rumah. Ibu bapa bertanggungjawab memikul amanah untuk menyediakan keperluan asas kepada anak-anak di rumah. Oleh itu, dalam hal ini semestinya ibu bapa perlu membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi bagi memastikan amalan pemakanan sihat dapat dibentuk dalam diri anak-anak. Akhirnya, anak-anak akan terbiasa untuk mengamalkan pemakanan sihat melalui hidangan yang disediakan di rumah. Malah, ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak-anak dari segi jenis makanan dan kadar yang diperlukan. Mungkin pada CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 12 peringkat awal, anak-anak akan berasa kurang berselera akibat gaya pemakanan yang agak asing daripada biasa, namun alah bisa tegal biasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu tegas dalam hal ini bagi memastikan anak-anak membesar dengan disiplin pemakanan yang tinggi. Akhir sekali, ibu bapa perlu bertindak proaktif dengan membawa anak-anak menyertai program pemakanan sihat yang dianjurkan. Ibu bapa perlu sedar bahawa usaha membentuk keperibadian anak-anak perlu dilakukan secara kreatif. Maka, mereka perlu sentiasa mencari kaedah terbaik untuk menarik minat anak-anak terhadap pemakanan sihat. Contohnya, ibu bapa membawa anak-anak ke kempen-kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kempen-kempen kesedaran sebegini semestinya menyelitkan penerangan berkaitan amalan pemakanan sihat yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam diri anak-anak. Kesedaran ini akan dibentuk secara semula jadi melalui pendedahan luar yang diperoleh mereka. Memang benar, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya, namun kita tidak boleh menolak bahawa pengukuhan daripada agensi-agensi lain juga mampu membantu menjayakan usaha ini. Lebih membanggakan apabila permata hati ibu bapa ini bukan sahaja mampu mengamalkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian malah mereka juga mampu menjadi rujukan kepada rakan-rakan kerana ilmu yang diperoleh mereka melalui kempen-kempen yang disertai oleh mereka. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Ibu bapa perlu memahami situasi dan keperluan anak-anak agar disiplin pemakanan dapat dibentuk secara berhemah. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah bertindak secara kreatif ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak selerak. Praktis 1 Tema 2 Sukan dan Rekreasi Domain Awam “Secara umumnya, permainan tradisional bukan sahaja memberikan hiburan, malah juga memberikan manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani ketika bermain terutamanya di luar rumah. Mewarisi tradisi kaum terdahulu bukan bermakna kita masih berada di takuk lama, sebaliknya perlu berbangga dengan kebudayaan kaum sendiri yang mampu mengangkat kita bersama dalam membangunkan negara,” kata Muhammad Nukman bin Abdul Halim. Sumber: www.hmetro.com.my Pada pendapat anda, selain kepentingan yang dinyatakan dalam petikan di atas, apakah kepentingankepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara? Bincangkan. Pendahuluan • Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kebudayaan tradisional hasil daripada masyarakatnya yang majmuk. • Biarpun dunia semakin moden, namun masyarakat berbilang kaum di Malaysia masih memelihara kebudayaan mereka terutamanya permainan tradisional seperti gasing, wau, kabadi, dan Xiangqi. • Yang lama dikelek, yang baharu didukung. Isi 1 Menjadi identiti bangsa Malaysia. Mengapa Setiap permainan tradisional mengetengahkan peribadi dan personaliti tersendiri. Bagaimana Wau melambangkan kesenian kaum Melayu, kabadi melambangkan ketangkasan pergerakan kaum India, manakala Xiangqi melambangkan kebijaksanaan kaum Cina. Kesan 1 Mempopularkan permainan tradisional kita ke pentas dunia. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 13 Kesan 2 Berkemungkinan dipertandingkan di peringkat antarabangsa seperti sepak takraw dan kabadi. Ungkapan menarik Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penegas Permainan tradisional bukan lagi menjadi milik kaum tertentu di Malaysia, tetapi kini menjadi tanggungjawab bersama untuk dipertahankan. Isi 2 Menjadi produk pelancongan. Mengapa Permainan tradisional di Malaysia sering kali dikaitkan dengan ciri-ciri unik. Contohnya, ukiran gasing dan liuk lentok pemutarnya. Bagaimana Mampu menarik pelancong luar untuk bertandang dan mencuba sendiri. Kesan 1 Jumlah pelancong yang bertandang akan bertambah. Kesan 2 Ekonomi negara akan meningkat dan Malaysia mampu menjadi kuasa besar dalam industri pelancongan. Ungkapan menarik Tak kenal maka tak cinta. Penegas Membiarkan permainan tradisi kita pupus bukan sahaja merugikan bangsa malah negara. Isi 3 Mengukuhkan perpaduan rakyat. Mengapa Menjadi medium kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia untuk berkongsi kemahiran dan budaya. Bagaimana Kelab-kelab permainan tradisional yang ditubuhkan mendapat penyertaan daripada berbilang kaum. Kesan 1 Wujud komunikasi antara kaum di Malaysia. Kesan 2 Membentuk nilai kerjasama, tolak ansur, dan rendah diri terutamanya dalam diri anakanak muda. Ungkapan menarik Bersatu teguh bercerai roboh. Penegas Rasa kesepunyaan yang dikongsi bersama melalui permainan tradisional akan mengukuhkan perpaduan yang telah diwariskan kepada kita sejak sekian lama. Penutup • Terdapat pelbagai kebaikan yang diperoleh melalui pemeliharaan permainan tradisional. • Kesan positif terhadap masyarakat dan negara amat ketara. • Maka, kita perlu memastikan usaha mengekalkan permainan tradisional tidak menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 14 Praktis 2 Tema 3 Kerjaya Meniti Jaya Domain Kerjaya Semua orang mempunyai kerjaya impian masing-masing. Kerjaya impian yang dipilih menentukan kejayaan hidup seseorang pada masa akan datang. Demi memastikan kerjaya impian tercapai, seseorang itu perlu memilih bidang yang bersesuaian. Selain mendapatkan bantuan daripada orang yang berpengalaman tentang cabaran yang perlu ditempuhi, bekerja sambilan di dalam kerjaya yang diimpikan juga merupakan kaedah bagi memastikan kerjaya impian tercapai. Sumber: Internet Berdasarkan petikan, huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan kerjaya impian tercapai. Pendahuluan • Setiap insan memasang angan-angan untuk memiliki kerjaya impian tersendiri. • Bagi memastikan impian ini tercapai, kita perlu melakukan pelbagai usaha. • Janganlah sekadar menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja. Isi 1 Memilih bidang yang bersesuaian. Mengapa Bidang yang bersesuaian amat penting bagi memastikan laluan kerjaya lebih mudah. Bagaimana Saya akan mengkaji terlebih dahulu kemahiran asas yang diperlukan bagi menceburi bidang kerjaya tersebut terutamanya dari aspek akademik. Kesan 1 Saya tidak akan berasa rugi mengambil jurusan atau kursus kemahiran yang tidak diperlukan dalam kerjaya yang saya impikan. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 15 Kesan 2 Saya dapat menjimatkan masa dan wang memandangkan kos pengajian kini tidaklah murah. Ungkapan menarik Orang bijak mencari jalan, orang malas mencari alasan. Penegas Kita perlu meletakkan sasaran terlebih dahulu sebelum mengejar sesuatu kerjaya jika tidak mahu melakukan sesuatu yang sia-sia. Isi 2 Mendapatkan bantuan orang yang berpengalaman. Mengapa Pengalaman mereka yang telah menceburi bidang yang kita impikan sangat penting untuk kita mendapat idea keseluruhan tentang cabaran yang perlu ditempuhi kelak. Bagaimana Mendekati mereka yang berpengalaman dan sentiasa bertanya secara berhemah. Kesan 1 Mendapat gambaran awal tentang kerjaya yang ingin kita ceburi. Kesan 2 Mendapat sokongan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman tentang kursus yang perlu diambil pada peringkat universiti. Ungkapan menarik Malu bertanya sesat jalan. Penegas Untuk mengejar impian, kita perlu menggunakan segala sumber yang ada terutamanya dari aspek pengalaman. Isi 3 Mendekatkan diri dengan kerjaya impian secara sampingan. Mengapa Mendapat pengalaman awal sebelum benar-benar menceburi bidang yang diimpikan. Bagaimana Mendapatkan kerja sambilan di dalam bidang yang kita impikan. Kesan 1 Mendapat sijil dan pengalaman yang akan membantu kita semasa sesi temu duga kelak. Kesan 2 Majikan kini amat mementingkan pengalaman bekerja berbanding sijil akademik. Ungkapan menarik Jauh perjalanan, luas pengalaman. Penegas Di samping mendapat pengalaman yang berharga, kita juga dapat menjana wang sampingan untuk menampung kos kursus untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan. Penutup • Terdapat pelbagai kaedah bagi memastikan kita berjaya mencapai kerjaya impian. • Sentiasa berusaha dan berdoa kepada Tuhan agar sentiasa dipermudah. • Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 16 CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 17 Praktis 3 Tema 4 Bersatu Kita Teguh Domain Pendidikan Negara ini mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Kesepakatan dalam menerima adat dan budaya yang berlainan ini sebenarnya telah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Usaha pihak sekolah yang menganjurkan program-program berunsurkan perpaduan seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dilihat sangat berjaya. Para guru pula tidak henti-henti berusaha untuk membentuk sahsiah diri murid-murid di sekolah melalui PdPc di dalam kelas. Sumber: http://www.jkkn.gov.my Berdasarkan petikan di atas, bincangkan peranan sekolah dalam membentuk generasi muda yang mampu memelihara perpaduan negara. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 18 Praktis 4 Tema 5 Pendidikan untuk Semua Domain Peribadi Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada kelompok masyarakat yang perlu diberikan layanan yang adil dan saksama. Namun hakikatnya, nasib mereka masih tiada yang membela, malah semakin lama semakin terabai dalam masyarakat. Sumber: Internet Sebagai respons terhadap petikan di atas, huraikan usaha-usaha yang mampu anda lakukan bagi membantu golongan OKU di kawasan anda. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 19 Praktis 5 Tema 7 Pertanian, Perternakan dan Perikanan Domain Awam Kepentingan tumbuhan herba tidak dapat dinafikan lagi, malah kewujudan ubat-ubatan berasaskan herba telah digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu. Sumbangan tumbuhan herba dimanfaatkan dalam pelbagai aspek penjagaan kesihatan dan perubatan khususnya digunakan sebagai makanan dan haruman. Malangnya, di negara ini, pengetahuan tentang tumbuhan herba yang memberikan khasiat pada kesihatan hanya diperturunkan secara lisan. Oleh itu, pihak kerajaan, sekolah, dan media massa perlu memainkan peranan dalam mempopularkan tumbuhan herba tersebut. Sumber : Internet Berdasarkan petikan di atas, tulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Langkah-langkah Mempopularkan Tumbuhan Herba di Malaysia’. CONTOH
BM Tingkatan 5 Unit 2 20 Praktis 6 Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi Domain Awam Keseronokan membeli barang secara dalam talian membuatkan ramai orang memilih kaedah ini yang dianggap mudah, cepat, dan menjimatkan bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Namun begitu, tidak dinafikan masih ada segelintir masyarakat yang memilih pembelian secara bersemuka kerana risiko penipuan, tidak perlu membayar kos penghantaran, dan tidak perlu menunggu penghantaran barangan tersebut. Sumber: www.utusanborneo.com.my Berdasarkan petikan di atas, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan segelintir masyarakat masih memilih pembelian secara bersemuka. CONTOH
CONTOH