i-LESTARIPBDMPEONDUTALKSIRAN
5KSSR
Semakan
BAHASA MELAYU
Lembaran Kerja
k Jadual DSKP
k Standard Pembelajaran
(SP)
k Tahap Penguasaan (TP)
k Soalan KBAT
Boleh
Dileraikan
1Unit Tema 1: Kemasyarakatan
Masyarakat Penyayang
1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Hal. Buku Teks: 2
Dengar dan sebut maklumat semula. SP 1.1.1
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Rampai:
Tujuan penubuhan Rakan Taman Seri Rampai adalah untuk memupuk semangat
bersatu padu dalam kalangan penduduk. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan
dianjurkan seperti rumah terbuka, hari sukaneka dan pertandingan seni dan
kebudayaan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan
dalam kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum.
CONTOH
Jawatankuasa Taman Seri Rampai telah menubuhkan Lee Ming, minta sebutkan
Rakan Taman untuk memupuk semangat perpaduan tujuan penubuhan Rakan
dalam kalangan penduduk taman yang berbilang kaum. Taman Seri Rampai
Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti rumah terbuka, semula.
hari sukaneka dan pertandingan seni dan kebudayaan.
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 1
12 .........................
2Unit Tema 1: Kemasyarakatan
Kerjasama Eratkan Hubungan
2 Kemahiran Membaca Hal. Buku Teks: 8
Baca dan fahami maklumat tersirat daripada maklumat tersurat di bawah.
Kemudian, berikan respons. 2.1.1 KBAT
Program Pertandingan Sepak Takraw
CONTOH Sebelum program Semasa program
• Peserta mesti mempunyai kesihatan • Peserta perlu mematuhi peraturan
yang baik. permainan.
• Peserta perlu memakai pakaian yang • Peserta perlu mempunyai semangat
sesuai. kesukanan.
• Peralatan permainan mestilah berada • Peserta perlu saling menghormati.
dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Persatuan Penduduk Taman Seri Rampai telah menganjurkan pertandingan sepak
takraw.
“Tahniah, Amar kerana kumpulan kamu memenangi pertandingan sepak takraw
ini,” kata Kai Jun.
“Terima kasih, Kai Jun. Saya hampir-hampir menarik diri daripada menyertai
pertandingan ini,” kata Amar.
“Mengapa, Amar? Apakah yang berlaku?” tanya Kai Jun dengan hairan.
“Semasa berlatih sepak takraw bersama rakan-rakan pada minggu lepas, kaki
saya terseliuh. Mujurlah kecederaan yang saya alami tidak serius. Sehari sebelum
pertandingan, kaki saya telah pulih. Rakan sekumpulan memberikan peluang kepada
saya untuk menyertai pertandingan ini bersama-sama mereka. Mereka memberikan
kata-kata semangat kepada saya.
“Wah, bagusnya! Mereka mempunyai semangat setia kawan,” kata Kai Jun.
Maklumat Tersirat Respons
1. Peserta perlu menjaga kesihatan
sebelum pertandingan agar dapat
bermain dengan baik.
2. Peserta mesti memakai pakaian
sukan yang selesa semasa
bertanding.
3. Peserta haruslah mematuhi setiap
arahan dan peraturan permainan
sepak takraw.
2 Tahap Penguasaan: 45 6 Disemak oleh:
1 23 .........................
3Unit Tema 1: Kemasyarakatan
Masyarakat Celik Ilmu
3 Kemahiran Menulis Hal. Buku Teks: 16
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 3.2.2
Pertandingan penghasilan video pendek yang bertemakan masyarakat majmuk
dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Seri Rampai. Hadiah bagi tempat
pertama adalah RM1500.00.
Azman, Rajan dan Lee Ming tidak melepaskan peluang untuk menyertai
pertandingan ini. Azman dilantik sebagai ketua kumpulan. Azman membuat
jadual kerja dan membahagikan tugas masing-masing. Mereka bersetuju untuk
menghasilkan video pendek bertajuk “Masyarakat Unik”. Video tersebut akan
memaparkan aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan Rakan Taman Seri Rampai.
Mereka bekerjasama mengumpulkan maklumat dan gambar-gambar aktiviti
Rakan Taman Seri Rampai. Penduduk di taman itu yang terdiri daripada pelbagai
kaum sering mengadakan aktiviti kebudayaan. Oleh itu, mereka memperoleh banyak
maklumat yang menarik tentang budaya yang diamalkan oleh masyarakat di situ.
Setelah memperoleh maklumat, mereka pun mula menghasilkan video pendek.
Setelah siap, mereka memuat naik video pendek itu dalam laman Facebook Rakan
Taman Seri Rampai. Juri pertandingan akan menilai video tersebut.
Akhirnya, video pendek yang dihasilkan oleh Azman dan rakan-rakannya
menang tempat pertama dalam pertandingan itu. Mereka sungguh gembira.
CONTOH
1. Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh mereka semasa menyertai pertandingan
tersebut.
2. Apakah tajuk video pendek yang dihasilkan oleh kumpulan Azman?
3. Adakah tajuk yang dipilih menepati tema kemasyarakatan? Jelaskan.
4. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan pertandingan tersebut dianjurkan?
KBAT Menilai
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 3
12 .........................
4Unit Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan
Bahaya dalam Senyap
1 Kemahiran Membaca Hal. Buku Teks: 26
Baca maklumat. Kemudian, cari makna perkataan. 2.1.2
Penyakit Berjangkit
COVID-19
• Jangkitan pada salur pernafasan.
• Penyakit ini disebabkan oleh koronavirus.
• Gejala jangkitan ialah batuk, selesema, demam,
sakit tekak, sakit kepala, sesak nafas hilang deria
bau dan rasa.
Tuberculosis (TB) atau Batuk Kering
• Penyakit ini disebabkan oleh bakteria
Mycobacterium tuberculosis.
• Bakteria ini akan masuk ke dalam salur
pernafasan yang menyebabkan jangkitan di paru-
paru.
• Gejala jangkitan ialah batuk.
Demam Denggi
• Jangkitan disebabkan oleh gigitan nyamuk aedes.
• Penyakit ini disebabkan oleh virus denggi.
• Gejala jangkitan ialah demam panas, sakit kepala,
sakit sendi dan loya.
CONTOH Langkah Pencegahan:
- kerap membasuh tangan
- memakai pensanitasi
tangan
- tutup mulut dengan tisu
ketika batuk atau bersin
- memakai pelitup muka 3
lapis
- elakkan diri daripada
individu bergejala
- ambil suntikan vaksin
- menjaga kebersihan
persekitaran
Perkataan Makna
1. koronavirus
2. gejala 3 45 6 Disemak oleh:
3. deria .........................
4. bakteria
5. loya
6. vaksin
4 Tahap Penguasaan:
12
5Unit Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan
Kebersihan Diri dan Persekitaran
2 Aspek Tatabahasa Hal. Buku Teks: 35
Isi tempat kosong dengan kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif
yang betul. 5.1.2
mencegah mencuci berehat menutup menjaga
bersenam memotong menggosok membungkus memakai
CONTOH
1. Syahid gigi dua kali sehari supaya giginya bersih dan sihat.
2. Azila kuku dengan menggunakan pengetip kuku yang bersih.
3. Selepas bermain, Amar tangannya dengan sabun sehingga bersih.
4. Selepas membersihkan kawasan rumah, Amina dan keluarganya
di ruang tamu.
5. Orang ramai hendaklah pelitup muka 3 lapis untuk mengelak
jangkitan COVID-19.
6. Ibu dan ayah sentiasa berpesan supaya kebersihan diri dan
persekitaran.
7. Ayah sisa makanan itu dengan rapi lalu membuangnya ke dalam
tong sampah.
8. Kita hendaklah pembiakan nyamuk aedes dengan menjaga
kebersihan kawasan perumahan.
9. Kakak Aina makanan di atas meja itu dengan tudung saji agar tidak
dihurungi lalat.
10. Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan
seimbang, dan bersukan.
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 5
12 .........................
6 Minda SihatUnit
Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan
3 Kemahiran Menulis Hal. Buku Teks: 40 – 41
Hasilkan draf berdasarkan maklumat di bawah. Kemudian, tulis karangan pidato.
Pendahuluan: 3.3.1
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis. Yang Dihormati Guru
Besar SK Taman Permai, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian.
CONTOH
Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah “Kemurungan Menjejaskan Kesihatan”.
Rangka Penyataan Draf
Isi 1:
maksud • gangguan perasaan
kemurungan • berlarutan sekurang-
Isi 2: kurangnya 2 minggu
tanda-tanda • dihidapi oleh sesiapa sahaja
kemurungan
• kesedihan yang
Isi 3: berpanjangan
cara merawat
kemurungan • cepat letih dan tidak
bertenaga
• gangguan tidur dan kurang
daya tumpuan
• menjadi mudah marah
• berjumpa dengan doktor atau
kaunselor
• menceritakan masalah
kepada ibu bapa, kawan
karib atau orang yang boleh
dipercayai
• mengamalkan gaya hidup
sihat
Isi 4: • memberikan tumpuan
kepentingan • melahirkan generasi yang
menjaga
kesihatan sihat
mental • mengekalkan tahap
kesihatan mental yang baik
Penutup: • kesihatan mental yang baik
kesimpulan • tubuh kekal sihat, cergas dan
cerdas
6 Tahap Penguasaan: 45 6 Disemak oleh:
1 23 .........................
8Unit Tema 3: Keselamatan
Awasi Langkahmu
1 Aspek Seni Bahasa Hal. Buku Teks: 60
Tulis perumpamaan di bawah dalam bentuk tulisan Jawi. SP 4.4.2
1. bagai aur dengan tebing
CONTOH
2. bagai berumah di tepi tebing
3. seperti rusa masuk kampung
4. seperti telur di hujung tanduk
5. laksana kera dapat bunga
6. laksana pohon kayu tidak berbuah
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 7
12 .........................
9Unit Tema 3: Keselamatan
Beringat sebelum Terkena
2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Hal. Buku Teks: 63
Fahami situasi dalam gambar di bawah. Cerita berdasarkan gambar dan
maklumat yang diberikan. 1.3.1 KBAT
CONTOH1. 2.
• pulang selepas bermain bola • menenangkan wanita tua
• memasuki lif • mencuba membuka pintu lif
• menekan butang lif • menjerit meminta tolong
3. 4.
• menekan butang kecemasan • berjaya membuka pintu lif
• menghubungi bilik kawalan • mengucapkan terima kasih
• dinasihatkan agar tidak panik • bijak bertindak
8 Tahap Penguasaan: 45 6 Disemak oleh:
1 23 .........................
10Unit Tema 4: Perpaduan
Memupuk Perpaduan
1 Kemahiran Membaca Hal. Buku Teks: 76 – 77
Baca petikan di bawah. Kemudian, lengkapkan peta minda yang berikutnya.
2.3.2 KBAT i-Think
Malaysia ialah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Rakyat di
negara ini hidup bersatu hati bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat.
Salah satu kepentingan perpaduan kaum adalah dapat menjamin keamanan
negara. Perpaduan antara rakyat yang berbilang bangsa dan agama sangat
penting untuk mengelakkan rusuhan antara kaum. Jika rakyat tidak mempunyai
persefahaman dan toleransi antara satu sama lain, persengketaan akan tercetus
dengan mudah. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat berpecah belah.
Selain itu, perpaduan kaum dapat memajukan ekonomi negara. Masyarakat
yang bersatu padu akan bersama-sama memajukan negara mengikut kebolehan
masing-masing. Contohnya, dalam perniagaan, masyarakat Melayu tidak hanya
membeli barang daripada penjual Melayu, tetapi mereka juga membeli barangan
yang dijual oleh kaum lain.
Seterusnya, imej negara akan dapat ditingkatkan melalui perpaduan kaum.
Rakyat yang berbilang kaum harus mengamalkan sikap hormat-menghormati.
Contohnya, setiap kaum menghormati agama, budaya dan adat resam yang
diamalkan oleh kaum lain. Keadaan inilah yang menarik perhatian pelancong asing
untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikan suasana yang amat jarang dilihat di
negara lain. Akhir sekali, perpaduan kaum dapat mewujudkan rakyat yang berintegriti
tinggi. Rakyat yang berintegriti ialah rakyat yang mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ini, kehidupan rakyat akan bertambah
harmoni dan bahagia.
Kesimpulannya, rakyat perlulah mempunyai semangat kekitaan agar rakyat
tidak berpecah belah. Rakyat harus bersama-sama mengekalkan perpaduan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dengan tidak menjadi seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
CONTOH
1. 2.
Kepentingan
Perpaduan
3. 4.
Kaum
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 9
12 .........................
12Unit Tema 4: Perpaduan
Jalinan Perpaduan
2 Kemahiran Menulis Hal. Buku Teks: 90
Fahami maklumat yang ditunjukkan di bawah. Kemudian, nyatakan pendapat.
SP 3.2.1 KBAT Menilai
1. Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang
merupakan aktivis sosial yang aktif melakukan kerja-kerja amal
CONTOH
untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Beliau berbakti
tanpa mengharapkan balasan dan penghargaan. Namun, atas
usaha yang beliau lakukan, beliau bakal menerima anugerah
‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II.
Ustaz Ebit Lew ialah seorang pendakwah dan dermawan
2. yang sering membantu rakyat yang susah. Kebajikan yang
beliau hulurkan termasuklah membantu golongan miskin dan
gelandangan tanpa mengira bangsa dan agama. Usaha murni
ini dapat memupuk kasih sayang dalam masyarakat yang sekali
gus memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang
berbilang kaum.
Dr. Abdol Aziz Sahat membesarkan 17 orang anak angkat
3. pelbagai kaum. Anak-anak angkatnya mempunyai masalah
keluarga dan memerlukan bantuan dalam pelajaran. Kini,
kesemua anak angkat yang dijaganya berjaya dalam bidang
masing-masing. Beliau telah menghasilkan sebuah novel
motivasi bertajuk, “Budak Luar Kotak”. Karya sulungnya itu
menceritakan pengalaman beliau membesarkan anak-anak
angkatnya itu.
Pada pendapat saya,
10 Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh:
12 .........................
13Unit Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Sikap Bertanggungjawab
1 Aspek Tatabahasa Hal. Buku Teks: 102
Bina ayat dengan menggunakan kata majmuk kiasan di bawah. SP 5.2.2(ii)
1. ringan tulang
CONTOH
2. rendah diri
3. ada hati
4. bahasa halus
5. ada bakat
6. buah mulut
7. tali barut
8. membanting tulang
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 11
12 .........................
14Unit Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Sayangi Malaysia
2 AKespmeakhTiaratanbMaheamsbaaca Hal.HBaulk. uBuTkeuksT:e7k6s:–10748
Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, buat pertimbangan dan
keputusan. SP 2.2.1 KBAT Menilai
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA
CONTOH
Tema: Patriotik
Syarat pertandingan:
1. Penyertaan mestilah secara berkumpulan. Tiga orang Hadiah wang
dalam satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tunai untuk
kaum. pemenang.
2. Setiap kumpulan perlu memilih satu tajuk video Jangan
pendek sahaja. lepaskan
peluang.
3. Karya mestilah asli dan mempunyai unsur kreatif.
4. Hasil karya tidak boleh menyentuh isu perkauman,
agama dan bangsa.
5. Had masa video tidak melebihi 5 minit.
6. Daftar penyertaan sebelum 31 Ogos 2023.
Tajuk
Lambang Negara Tokoh Negara Keunikan Negara Aku Anak Malaysia
• Cara • Kejayaan anak
• Cara menghargai • Keistimewaan
menghormati tempatan
lambang negara tokoh-tokoh yang terdapat di
negara Malaysia
Salim : Apakah pilihan tajuk yang sesuai untuk video pendek kumpulan kita nanti?
Lee Jian : Ada empat pilihan tajuk yang dinyatakan dalam poster pertandingan video
pendek itu. Saya amat tertarik dengan tajuk (1)
Vinod : Benar, Lee Jian. Saya juga berpendapat bahawa (2)
Salim : Oleh itu, kita sepakat memilih tajuk (3)
12 Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh:
12 .........................
17Unit Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi
Mesra Teknologi
1 Kemahiran Menulis Hal. Buku Teks: 130
Kenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca dan penggunaan imbuhan yang terdapat
dalam petikan di bawah. Kemudian, buat pembetulan. SP 3.3.2 KBAT Menganalisis
Suraya dan Ai Mei beriadah di taman rekereasi pada petang itu. Mereka berjoging
di sekeliling tasik. Selepas berjoging, mereka berehat di bawah pokok di tepi tasik.
“Cantik sungguh jam tangan kamu ini. Reka bentuknya sangat canggih,” kata Ai
Mei kepada Suraya.
“Oh, ini jam tangan pintar. Jam tangan pintar ini menghadiahkan oleh ayah dan
ibu saya semasa sambutan hari lahir yang ke-11 baru-baru ini,” kata Suraya kepada
Ai Mei dengan gembira.
“Apakah kelebihan jam tangan pintar ini, Suraya!” tanya Ai Mei, ingin tahu.
“Banyak kelebihan jam tangan pintar ini, Ai Mei. Antaranya, saya boleh membuat
panggilan dan menerima panggilan melalui jam tangan ini. Saya juga boleh melayari
laman social seperti Facebook dan Instagram serta menghantar mesej melalui
WhatsApp. Selain itu, saya juga boleh memeriksa kadar denyutan nadi melalui jam
tangan pintar ini. Sebab itulah saya memakainya semasa berjoging tadi. Saya boleh
mengambil bacaan nadi sebelum, semasa dan selepas berjoging,” jelas Suraya
panjang lebar.
“Wah, memang canggih jam tangan pintar ini!” kata Ai Mei dengan teruja.
CONTOH
Kesalahan Pembetulan
1.
2.
3.
4.
5.
Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh: 13
12 .........................
18Unit Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi
Inovasi Bertambah Mutu
2 AKespmeakhTiaratanbMaheansdaengar dan BertuturHal.HBaul.kuBuTkeuksT:e7k6s:–13738
Lengkapkan dialog berdasarkan maklumat di bawah. SP 1.3.2
Inovasi Kerusi Roda
• Boleh berubah daripada kerusi menjadi katil supaya
pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika
ingin tidur atau bergerak
• Mampu menampung berat badan pesakit sehingga
150kg
• Boleh dilipat dan disimpan dengan mudah
• Lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit melakukan aktiviti harian
• Berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan
warga tua
• Memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah
CONTOH
Ayah : Farah, apakah yang sedang kamu baca itu?
Farah : Oh, ayah! Saya sedang (1)
Ayah : Boleh kamu ceritakan kelebihan kerusi roda inovasi itu?
Farah : Boleh, ayah. Antara kelebihan kerusi roda inovasi ini adalah (2)
Ayah : Wah, banyak kelebihannya! Mengapakah inovasi itu perlu diperkenalkan?
Farah : (3)
14 Tahap Penguasaan: 3 45 6 Disemak oleh:
12 .........................
i-LESTARIPBDMPEONDUTALKSIRAN 5
KSSR
Semakan MODUL PENTAKSIRAN (PBD) i-LESTARI KSSR SEMAKAN BAHASA MELAYU Lembaran Kerja
Cemerlang PubliCcaetmioenrslaSndgnP. uBbhlidc.a(t2i2o3n8s60S-Ud) n. Bhd. (223860-U)
Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1LAo,t T1a&m2a,nJaBluaknitBSSe7rd/1aAn,gT,aSmekasnyeBnu7k,it Serdang, Seksyen 7,
43300 Seri Kembanga4n3, 3S0e0laSnegroi rKDemarbualnEghasna,nS.elangor Darul Ehsan.
Penjualan & Pe•rBakhagu. Pneannj:u0a3l-a8n95&9 P2e0r0a1k/a3u0n0a1n/ :4030-38/925592250/0819/533080919/94003/ 2525/ 8953 8999
• Faks: 03-8957 3611/ •03F-a8k9s5:80634-869457 3611/ 03-8958 6464
• Bhg. Editorial: 03-89•41Bh7g7.4E8/di0t3o-r8ia9l4:10431-839741 7748/ 03-8941 4137
• Sales Department: ce•mSaelrelas nDgespaalertsmdeepntt@: [email protected]
• E-mel: admin@ceme•rlEa-nmge.cl:[email protected]
Ref: K-22101-45 Ref: K-22101-45
© Cemerlang Pub©licaCteiomnesrSladnng. PBuhbdl.ications Sdn. Bhd.
cipta teSrpeemliuhaarah.akSecbipatraantgerpbealihhaagraia.n Sdebaalarmangbubkuahiangi iatindadkalbaomlehbuku ini tidak boleh
emula ataduitedribpiitnkdaanhskeamnudlaalaatmausedbipairnadnaghkbaenntduaklamtausedbeanrgaanng sbeebnaturaknagtau dengan sebarang
dengan ccaarraa, ebleakitkrondiekn, gmanekacanirka, eplenkgtrognaimk,bamraeknanaitka,uppuenngsgeabmablikanrayan ataupun sebaliknya
ang bertutlaisntpearleizbinh ydaanhgulbuedraturliipsatedraleCbiehmdearhlaunlugdPauribpliacdaatioCnesmSedrnla. nBghdP.ublications Sdn. Bhd.
Dicetak oleh: Swan PrintinDgiScdetna.kBohldeh. :(2S7w47a1n0P-Xri)nting Sdn. Bhd. (274710-X)
n BS7/1, KawaLsoatn5P2e4r9in, dJaulsatnriaBnSB7/u1k,iKt Saewradsaanng,P4e3ri3n0d0usSterirainKBemukbiat nSgearnd,anSge,la4n3g3o0r0DSaerruilKEehmsabna.ngan, Selangor Darul Ehsan.
Ref: K-23101-05 ISBN 978-967-252-531-8
9 789672 525318