BAHASA MELAYU 1 set Kertas Model UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) 4 set Kertas Model UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) ON TRACK Kertas Model UASA TERKINI 3 Format 3 Persembahan 3 Standard soalan KSSR Semakan Ainon Ibrahim 0 90 TAHUN 4
1.1 Kertas ujian ini mengandungi 12 halaman bercetak. 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. ARAHAN: UPSA Set 1 1 JAM 15 MINIT NAMA: BAHASA MELAYU – TAHUN EMPAT KELAS: [Lihat halaman sebelah UASA Set 1 UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) (Tema 1 – Tema 5) Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50
1.2 UASA Set 1 Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Puan Halina memasukkan beberapa _______ garam ke dalam sup sayur itu untuk menyedapkan rasanya. A sisir B cubit C cebis D genggam [1 markah] 2. Adira _______ di hadapan cermin sambil menggayakan baju kurung yang dibeli oleh ibunya di Butik Cendana. A bersiap B berjalan C bergaya D berdiri [1 markah] Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Sambutan hari keluarga itu melibatkan semua penduduk-penduduk Taman Impian. B Pak Cik Sulaiman masuk dalam Hutan Jelai untuk mencari rotan. C Mereka duduk-duduk di pondok itu untuk menghilangkan penat selepas berjoging di taman. D Mereka membuat regangkan badan sebelum memulakan aktiviti olahraga di padang sekolah. [1 markah] TATABAHASA DAN PEMAHAMAN PETIKAN Markah Bahagian A /10 [10 markah]
1.3 [Lihat halaman sebelah UASA Set 1 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 4. Apakah kegunaan arang? A Untuk membakar kek. B Untuk membakar lemang. C Untuk memasak ayam di dalam buluh. D Untuk membakar kuih baulu, sate, dan ayam percik. [1 markah] 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Penghasilan arang di Kuala Sepetang menggunakan tulang empat kerat manusia. B Arang akan dibakar di dalam ketuhar moden yang menggunakan tenaga elektrik. C Tanur pembakaran arang dibina daripada simen dan pasir yang bermutu. D Arang sering digunakan untuk menyediakan masakan moden yang sungguh enak. [1 markah] 6. Berikut ialah proses yang dilakukan untuk menghasilkan arang berdasarkan petikan, kecuali A pembakaran kayu bakau. B pengeringan lembapan. C pemotongan arang. D penyejukan arang. [1 markah] Walaupun peralatan memasak yang moden menjadi pilihan ramai, namun arang masih digunakan untuk menyediakan juadah tradisional yang enak. Arang digunakan untuk membakar kuih baulu, sate, dan ayam percik. Di Kuala Sepetang, arang dihasilkan daripada kayu bakau yang dibakar di dalam rumah pembakaran. Di dalam setiap rumah pembakaran ini terdapat lima buah tanur. Tanur ini dibina daripada bongkah batu-bata yang disusun membentuk kubah. Arang ini akan melalui proses pembakaran, pengeringan lembapan, penyejukan arang, dan pembungkusan yang dilakukan dengan kudrat manusia.
1.4 UASA Set 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. BAHAN 1 PAMERAN KEBAYA NYONYA ANJURAN: KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN TARIKH: 17 JUN 2025 TUJUAN: • Memperkenalkan pemakaian kebaya nyonya yang unik • Menambahkan pengetahuan tentang busana masyarakat Baba dan Nyonya • Menunjukkan demonstrasi pemakaian kebaya nyonya kepada murid-murid SASARAN: Murid-murid tahap 2 BAHAN 2 Kebaya nyonya merupakan pakaian tradisional masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Baju kebaya nyonya dinamakan sedemikian kerana pakaian ini diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya. Baju ini sangat unik kerana menggunakan fabrik rubia yang lembut dan berwarna-warni. Labuh kebaya nyonya ini separas pinggang dan dihias dengan sulaman indah pada tepi baju. Pemakaian baju kebaya nyonya akan dipadankan dengan sarung batik bersama-sama kasut manik. Pemakai kebaya nyonya juga akan menyematkan kerongsang rantai sebagai pelengkap gaya.
1.5 [Lihat halaman sebelah UASA Set 1 7. Kebaya nyonya dinamakan sedemikian kerana . A dihiasi dengan sulaman yang indah pada tepi baju B kain rubia digunakan untuk membuat kebaya nyonya C dijahit oleh kaum Baba dan Nyonya yang terlatih D diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka [1 markah] 8. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A pasang. B jambak. C batang. D bidang. [1 markah] 9. Perkataan unik dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A ajaib. B cantik. C istimewa. D hebat. [1 markah] 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Pameran kebaya nyonya itu akan diadakan di bilik Kelab Kesenian dan Kebudayaan. B Fabrik rubia yang lembut dan berwarna-warni digunakan untuk membuat kebaya nyonya. C Semua murid tahap 1 dan tahap 2 boleh menyaksikan pameran kebaya nyonya. D Murid-murid akan menggayakan baju kebaya nyonya semasa pameran berlangsung. [1 markah] Pemakaian baju kebaya nyonya akan dipadankan dengan sarung batik bersama-sama kasut manik.
1.6 UASA Set 1 Soalan 1 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cuaca pada pagi itu sangat cerah. Sang Tikus Sawah keluar mencari makanan di sawah Pak Tani yang luas itu. Sang Tikus Sawah makan padi yang berbuah dengan lebat di sawah Pak Tani. Sang Tikus Sawah kelihatan sungguh gembira. Tiba-tiba, kedengaran jeritan Sang Murai di atas dahan pokok kekabu di tepi sawah itu. “Cepat selamatkan diri, Sang Tikus Sawah! Sang Helang hendak menangkap kamu!” jerit Sang Murai dengan kuat sekali. Sang Tikus Sawah yang terkejut terus melarikan diri di celah-celah rumpun padi. Sang Helang gagal menangkap Sang Tikus Sawah yang bersembunyi di dalam rumpun padi itu. Sang Tikus Sawah amat bersyukur kerana terlepas daripada menjadi mangsa Sang Helang. Sang Tikus Sawah mengucapkan terima kasih kepada Sang Murai kerana telah menyelamatkan nyawanya. 1. (a) Sang Tikus Sawah mencari makanan di . [1 markah] (b) Bagaimanakah cara Sang Tikus Sawah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa Sang Helang? [2 markah] PEMAHAMAN PETIKAN DAN TATABAHASA SERTA RESPONS KRITIS DAN KREATIF Markah Bahagian B /10 [10 markah]
J1 UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) Set 1 Bahagian A 1. B 2. D 3. C 4. D 5. A 6. C 7. D 8. A 9. C 10. B Bahagian B 1. (a) sawah Pak Tani (b) Sang Tikus Sawah menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa Sang Helang dengan melarikan dirinya di celah-celah rumpun padi di sawah Pak Tani. (c) lebat (d) Sang Tikus Sawah yang bersembunyi di dalam rumpun padi gagal ditangkap oleh Sang Helang. (BETUL) 2. Danial seharusnya berhati-hati semasa menunggang basikal. Dia juga perlu memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar, pelapik siku, dan pelapik lutut supaya dapat mengelak daripada berlakunya kecederaan sekiranya dia terjatuh. Bahagian C Saya berpendapat bahawa murid-murid perlu menjaga keselamatan diri di sekolah. Murid-murid perlulah menaiki dan menuruni tangga dengan berhati-hati agar tidak terjatuh. Murid-murid mestilah menggunakan laluan masuk ke sekolah yang disediakan di kawasan sekolah. Murid-murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman di kantin untuk mengelakkan kemalangan di kantin. Bahagian D Karangan Berformat : Surat Kiriman Tidak Rami No. 10, Jalan Bidara 5/2, Taman Bidara, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. 27 Februari 2025. Menemui sahabatku, Danial yang berada di Keningau, Sabah. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan perkelahan keluarga saya di Pantai Teluk Cempedak semalam. Kami tiba di sana pada pukul 9:00 pagi. Kami mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa dari rumah. Saya membantu ibu menghamparkan tikar di bawah sepohon pokok yang rendang. Selepas itu, saya dan adik membina istana pasir di tepi pantai. Nenek, ibu dan abang berbual-bual di bawah pokok dengan mesra. Saya berasa seronok kerana dapat berkelah bersama-sama keluarga. Saya mengajak ayah untuk datang lagi ke Pantai Teluk Cempedak pada masa akan datang. Semoga bertemu lagi pada warkah yang lain. Sekian, terima kasih. Salam ingatan, Zulkarnain Karangan Tidak Berformat : Cerita Pada hari Ahad yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga berkelah di Pantai Teluk Cempedak. Kami tiba di sana pada pukul 9:00 pagi. Saya membantu ibu menghamparkan tikar di bawah pokok. Kemudian, kami mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa dari rumah. Selepas makan, saya dan adik membina istana pasir di tepi pantai. Nenek, ibu dan abang duduk berbual-bual di atas tikar dengan riang. Pengunjung yang lain bermandi-manda di tepi pantai dengan riang. Ada juga pengunjung yang bermain jet luncur. Kami pulang pada jam 11:30 pagi. Sebelum pulang, kami mengemas tempat berkelah supaya bersih. Saya berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Hubungan kami semakin erat. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Set 2 Bahagian A 1. C 2. D 3. A 4. B 5. D 6. C 7. A 8. B 9. D 10. C Bahagian B 1. (a) Minggu Bahasa Kita (b) Pihak sekolah menubuhkan ahli jawatankuasa kecil untuk melancarkan program dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid. (c) Acara-acara (d) Murid-murid memberikan sambutan yang baik sekali untuk program ini. (BETUL) JAWAPAN
BAHASA MELAYU ENGLISH MATEMATIK (Dwibahasa) SAINS (Dwibahasa) SEJARAH SUBJEK 4 5 6 tahun Judul-judul dalam siri ini © PEP Publications Sdn. Bhd. Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran ataupun sebaliknya tanpa izin yang bertulis terlebih dahulu daripada PEP Publications Sdn. Bhd. Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. PEP Publications Sdn. Bhd. (811705-T) Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com etak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 00 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. hg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 hg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 mel: [email protected] aman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.50 Sabah/ S’wak: RM6.90 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.5Sabah/ S’wak: RM6Koleksi kertas model ini ditulis khas untuk murid-murid Tahun 4, 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UASA. Ciri-ciri unggul Berorientasikan format UASA 100% Berdasarkan topik-topik dalam buku teks Boleh dileraikan dan dikerjakan secara berasingan Jawapan lengkap ON TRACK Kertas Model ON TRACK UASA Kertas Model BAHASA MELAYU TAHUN 4 9 786294 832374 ISBN 978-629-483-237-4