The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2024-04-02 06:18:27

BM T3

BM T3

i TEMA 1 Suluh Masa Depan Praktis 1 Sistem Bahasa 1 Praktis 2 Pemahaman Petikan 2 Praktis 3 Sistem Bahasa 3 TEMA 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa Praktis 1 Sistem Bahasa 5 Praktis 2 Sistem Bahasa 6 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 7 Praktis 4 Penulisan 8 TEMA 3 Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat Praktis 1 Sistem Bahasa 9 Praktis 2 Pemahaman Petikan 10 Praktis 3 Sistem Bahasa 11 Praktis 4 Novel 12 Praktis 5 Pemindahan Maklumat 13 Praktis 6 Penulisan 14 TEMA 4 Waspada Selalu! Praktis 1 Sistem Bahasa 15 Praktis 2 Pemahaman Petikan 16 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 17 Praktis 4 Penulisan 18 TEMA 5 Dirgahayu Negaraku Praktis 1 Sistem Bahasa 19 Praktis 2 Pemahaman Petikan 20 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 21 Praktis 4 Penulisan 22 TEMA 6 Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji Praktis 1 Sistem Bahasa 23 Praktis 2 Pemahaman Petikan 24 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 25 Praktis 4 Penulisan 26 TEMA 7 Persaudaraan Tanpa Sempadan Praktis 1 Sistem Bahasa 27 Praktis 2 Pemahaman Petikan 28 Praktis 3 Sistem Bahasa 29 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 30 TEMA 8 Subur Bahasa, Mekar Sastera Praktis 1 Sistem Bahasa 31 Praktis 2 Novel 32 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 33 Praktis 4 Penulisan 34 Kandungan CONTOH


ii TEMA 9 Indah Seni, Endah Budaya Praktis 1 Sistem Bahasa 35 Praktis 2 Sistem Bahasa 36 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 37 Praktis 4 Penulisan 38 TEMA 10 Sains dan Teknologi Pemacu Kemodenan Praktis 1 Sistem Bahasa 39 Praktis 2 Pemahaman Petikan 40 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 41 Praktis 4 Penulisan 42 TEMA 11 Alam Anugerah Terindah Praktis 1 Sistem Bahasa 43 Praktis 2 Pemahaman Petikan 44 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 45 Praktis 4 Penulisan 46 TEMA 12 Tuah di Bumi Permata Praktis 1 Sistem Bahasa 47 Praktis 2 Sistem Bahasa 48 Praktis 3 Novel 49 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 50 TEMA 13 Perindustrian Praktis 1 Sistem Bahasa 51 Praktis 2 Pemahaman Petikan 52 Praktis 3 Novel 53 Praktis 4 Pemindahan Maklumat 54 TEMA 14 Ekonomi Mapan, Negara Makmur Praktis 1 Sistem Bahasa 55 Praktis 2 Sistem Bahasa 56 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 57 Praktis 4 Penulisan 58 TEMA 15 Destinasi Misteri Praktis 1 Sistem Bahasa 59 Praktis 2 Novel 60 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 61 Praktis 4 Penulisan 62 TEMA 16 Mencapai Impian, Menuai Kejayaan Praktis 1 Sistem Bahasa 63 Praktis 2 Pemahaman Petikan 64 Praktis 3 Pemindahan Maklumat 65 Praktis 4 Penulisan 66 Ujian Akhir Sesi Akademik 67 CONTOH Jawapan


1 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Masih terdapat pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca pengangguran siswazah. A kekeliruan C perselisihan B kegusaran D perbandingan 2 itu sedang memberikan ceramah tentang bidang kerjaya kepada muridmurid tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. A Karyawan C Penceramah B Wartawan D Cendekiawan Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Walaupun dia telah gagal berkali-kali dalam sesi temu duga, semangat untuk berjaya mendapat pekerjaan tidak pernah pudar. II Harapannya untuk melanjutkan pelajaran ke negara luar turut pudar apabila dia gagal memperoleh biasiswa. III Cahaya lampu di dalam bilik itu pudar sahaja. IV Buah rambutan yang dijualnya tidak laris kerana rasa buah pudar. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 4 I Berbekalkan sokongan modal daripada keluarga dan pinjaman bank, Farhan membuka perniagaan sendiri dengan penuh yakin. II Kita hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh bertanggungjawab. III Dewan sekolah penuh sesak dengan pelajar tingkatan 5 yang ingin mendapatkan informasi tentang pendidikan dan kerjaya. IV Cita-citanya sudah penuh apabila dia berjaya memasuki menara gading. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Beberapa orang usahawan telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam seminar kerjaya itu. A Beberapa usahawan B Beberapa usahawan-usahawan C Beberapa orang keusahawanan D Beberapa orang usahawan Soalan 6 – 7 Pilih ayat-ayat yang betul. 6 I Munir bekerja ke Johor Bahru sebagai jurutera. II Syabas, awak berjaya dalam temu duga itu! III Kamu ingin melanjutkan pelajaran di mana? IV Untuk menambahkan pendapatan, Amir bekerja sambilan selepas waktu persekolahan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 7 I Pasaran pekerjaan bagi lepasan TVET adalah sangat baik. II Anak sulung Encik Gan mengikut jejak langkahnya menjadi seorang guru. III Kita mesti membuat perancangan yang teliti agar masa depan kita cerah. IV Pelbagai usaha-usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Tema 1 Suluh Masa Depan CONTOH


2 BM Tingkatan 3 Tema 1 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. “Kamu mainkan aku ya? Kamu tubuhkan syarikat dengan Halimah kemudian beli tanah ayah. Apa, itu bukan main?” “Astaghfirullah …! Abang …! Kenapa abang cakap macam tu?” Bukankah dulu saya dah sebut tentang syarikat tu. Abang tak setuju, abang mati-mati nak jual tanah tu. Harga itu abang juga yang tetapkan. Saya dengan Kak Halimah ikut saja.” “Hm … Yalah tu. Tapi kenapa kamu tak beritahu abang?” “Saya adik. Saya tak mau nanti bertegang urat dengan abang, nanti saya tinggikan suara dengan abang. Saya tak mahu derhaka pada abang seperti juga saya tak mahu derhaka pada mak dan ayah.” “Pandai kamu cakap.” Hisyam diam. Dia mendengar telefon abangnya ditutup. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melangkah untuk berjumpa kakaknya yang baru sahaja letak jawatan di bank. “Sekarang kakak jadi pengurus syarikat kita ni,” kata Hisyam apabila dia berhadapan dengan kakaknya, Halimah. “Kamu dah baca surat khabar hari ini?” Mata Halimah bulat merenung wajah adiknya. “Abang Harun ada masalah. Dia amat tertekan.” “Kenapa?” Mata Hisyam bulat memandang wajah kakaknya. Halimah menghulurkan surat khabar hari itu kepada adiknya. Hisyam menatap surat khabar itu. Matanya kemudian menjadi luas. Dia lalu meletakkan surat khabar. Dia mendongak memandang kakaknya. “Kenapa jadi begini, kak?” “Dah abang Harun biarkan sangat Si Musa tu. Itulah sudahnya.” “Teruk ni kak. Mati hukumnya?” “Baru kakak tahu kenapa abang Harun mati-mati nak jualkan tanah itu. Nak cepat pula tu. Inilah puncanya. Nak bayar kos guaman.” Dipetik daripada cerpen ‘Sekeping Tanah’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Berdasarkan petikan, simpulan bahasa bertegang urat membawa maksud berikut, kecuali A berkeras C bermusuh B berdegil D bertegar 2 Mengapakah Harun mati-mati hendak menjual tanah pusaka peninggalan ayahnya? A Dia tidak mahu menubuhkan syarikat bersama adik-adiknya. B Tanah itu tidak ada potensi untuk dibangunkan. C Dia hendak membayar kos guaman anaknya. D Dia tidak berpuas hati dengan adiknya. 3 “Dah abang Harun biarkan sangat Si Musa tu. Itulah sudahnya.” Berdasarkan pernyataan di atas, apakah peribahasa yang sesuai untuk menerangkan sikap Harun yang terlalu memberikan kebebasan kepada anaknya? A Beri muka C Makan hati B Buka mata D Cangkul angin 4 “Kamu mainkan aku ya? Kamu tubuhkan syarikat dengan Halimah kemudian beli tanah ayah. Apa, itu bukan main?” CONTOH


3 BM Tingkatan 3 Tema 1 Praktis 3 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Temu Duga Terbuka KARNIVAL CARI KERJA JOM Sila bawa bersama: • Kad pengenalan • Sijil Akedemik • Resume • Dokumen berkaitan Tarikh : 18 Disember 202_ Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang Tempat : Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang sedang mencari kerja (Siswazah dan bukan siswazah) Lebih 40 majikan akan terlibat dalam sesi temuduga Aktiviti-aktiviti lain: Ceramah Motivasi/ Kerjaya Pendaftaran Kerja secara dalam talian Taklimat dan Pameran Kerja Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: JobMalaysia 03-4320 4827 Encik Muhammad 019-355 788 (i) (ii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Murid perlu membuat pilihan bersesuaian dengan minat dan kebolehan agar tidak menyesal di masa depan. (ii) Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan dengan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah persoalan yang paling tepat dengan pernyataan tersebut? A Konflik antara adik-beradik boleh tercetus disebabkan harta pusaka. B Sikap tamak dan tidak mahu mengambil risiko merugikan diri sendiri. C Keberanian mengambil risiko dalam perniagaan. D Kebijaksanaan merancang masa depan. 5 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan? A Halimah menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada adiknya, Hisyam. B Hisyam telah meletakkan jawatan sebagai pengurus di bank. C Harun berasa tertipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. D Harun bersetuju untuk membina kondo di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya. CONTOH


4 BM Tingkatan 3 Tema 1 3 Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). (i) Ibu bapa saya pendorong utama kejayaan saya. (ii) Universiti Putra Malaysia di Serdang. (iii) Anak Puan Faridah sangat handal. (iv) Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa kita. 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) CONTOH


5 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 3 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Penyakit yang sebelum ini berjaya dikawal dan dihapuskan oleh kerajaan kembali wujud negara kita. A di C pada B ke D dengan 2 Tekanan perasaan akan menyebabkan kemurungan menjadi lebih . A kuat C genting B teruk D sengsara 3 Uniform sekolah Wei Seng kotor kerana lumpur ke bajunya semasa melalui lopak. A terlekat C tersembur B terpercik D tertumpah Soalan 4 – 5 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 4 Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa bersihkan tangan anak-anak ketika berada di luar rumah. A dinasihati agar sentiasa membersihkan tangan B dinasihatkan agar sentiasa membersihkan tangan C dinasihatkan agar supaya sentiasa membersihkan tangan D dinasihatkan agar sentiasa bersihkan tangan 5 Penyakit Ebola berupaya mengancam lain-lain benua seperti Eropah dan Amerika Utara. A ancam lain-lain benua B mengancam lain benua C mengancam benua-benua lain D mengancam lain-lain benua Soalan 6 – 7 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 6 I Ibu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum makan menjamu agar tidak memberi kesan buruk kepada sistem badan. II Makanan yang dihidangkan dalam menjamu itu lazat-lazat belaka. III Salleh menjamu mata melihat alat-alat sukan yang dijual di kedai itu. IV Sofea membasuh tangannya sebelum menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 7 I Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam kumpulan masingmasing. II Pakar kesihatan itu memperkenalkan piramid makanan sebagai panduan kepada semua dalam merencanakan pemakanan yang seimbang. III Statistik itu memperkenalkan bahawa sebanyak dua kes kematian akibat demam denggi dicatatkan di Selangor pada minggu lepas. IV Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan bahawa insiden keracunan makanan telah berlaku di sekolah tersebut. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 8 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 8 Qistina bersenam setiap hari kerana dia sedar bahawa . A malang tidak berbau B mencegah lebih baik daripada mengubati C hidup hanya sekali, gunakan sebaik mungkin D berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian Tema 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa CONTOH


6 BM Tingkatan 3 Tema 2 Praktis 2 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) (iii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Antara cara-cara mencegah demam denggi ialah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. (ii) Penyakit demam denggi sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat nyamuk aedes di negara ini terus meningkat dari setahun ke tahun. 6 Tip keselamatan makanan semasa banjir 1 4 2 5 6 3 Sentiasa minum air yang dimasak atau air minarel dalam botol. Jangan makan makanan yang dihidangkan melebihi 4 jam. Buang makanan yang telah terendam dengan air banjir atau rusak. Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. Percaya akan deria anda (lihat, hidu, rasa). Tutup makanan supaya tidak dihinggapi seranga perosak. CONTOH


7 BM Tingkatan 3 Tema 2 Praktis 3 Pemindahan Maklumat (Ulasan) Lihat bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Cara Mencegah Keracunan Makanan Kerangka Ulasan Pendahuluan Pengambilan makanan yang bersih amat dititikberatkan Isi Isi tersurat Isi tersirat Kekalkan kebersihan semasa menyediakan makanan Basuh tangan dan peralatan memasak dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan hidangan Isi tersurat Isi tersirat Pilih premis makanan yang bersih dan selamat Pengendali makanan yang mengamalkan kebersihan diri − bebas daripada serangga perosak Isi tersurat Isi tersirat Titik beratkan kebersihan semasa menghidangkan makanan Gunakan pinggan mangkuk yang bersih apabila menghidangkan makanan Penutup Memilih makanan yang selamat penting untuk mencegah keracunan makanan Pengambilan makanan yang bersih amat dititikberatkan (1) . Antara cara mengelakkan keracunan makanan ialah (2) . Contohnya, membasuh tangan dan peralatan memasak dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan hidangan. Selain itu, kita juga harus (3) . Pengendali makanan seharusnya mengamalkan kebersihan diri, memakai apron, dan penutup kepala. Premis makanan juga harus (4) . Akhir sekali, kita perlu (5) . Kita harus menggunakan pinggan mangkuk yang bersih apabila menghidangkan makanan. Kesimpulannya, memilih makanan yang selamat penting untuk mencegah keracunan makanan. Kekalkan kebersihan semasa menyediakan makanan Pilih premis makanan yang bersih dan selamat Titik beratkan kebersihan semasa menghidangkan makanan Tip Menulis Ulasan 1 Fahami arahan soalan dan tafsirkan bahan ulasan 2 Menulis rangka ulasan yang mengandungi tiga komponen: (a) Pendahuluan (b) Isi-isi tersurat dan tersirat (c) Penutup 3 Menulis pendahuluan 4 Menulis perenggan isi 5 Menulis penutup 6 Menyemak ulasan CONTOH


8 BM Tingkatan 3 Tema 2 Praktis 4 Penulisan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Menyertai Aktiviti Gotong-royong Bersama Keluarga Pendahuluan Saya dan ibu bapa telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar perumahan Isi 1 Awal pagi berkumpul di balai raya – mendengar taklimat ringkas Isi 2 Dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas Isi 3 Memulakan tugas − mengambil peralatan yang diperlukan – bekerjasama melakukan aktiviti Penutup Aktiviti gotong-royong tamat Gotongroyong berkumpul tamat mendengar taklimat ringkas bekerjasama kumpulan mengikut mengambil tugas peralatan CONTOH


9 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Amalan pemakanan seimbang dipandang oleh segelintir masyarakat. A sipi C serong B rendah D enteng 2 Pengambilan lemak dan gula yang tidak terkawal akan menyebabkan paras kolesterol dan glukosa dalam darah meningkat secara . A meluas C mendatar B menebal D mendadak Soalan 3 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3 I Wei Wen menghabiskan masa lapangnya dengan beriadah di taman rekreasi. II Fuad pulang ke rumahnya setelah menghabiskan kerjanya. III Azli menghabiskan semua masalah yang mengganggu tumpuannya. IV Pelbagai langkah telah diambil untuk menghabiskan masalah obesiti dalam kalangan remaja. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 4 Pilih ayat-ayat yang betul. 4 I Setiap individu dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. II Gizi yang seimbang dapat menjadikan kita sihat. III “Awak kelihatan resah, mengapa?” tanya Aina kepada Lily. IV Tiap minggu, Kamal dan keluarganya akan berjoging di taman rekreasi. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5 Berbasikal membawa pelbagai manfaatmanfaat kepada kita. A pelbagai manfaat pada kita B pelbagai manfaat kepada kita C pelbagai-bagai manfaat kepada kita D pelbagai manfaat-manfaat kepada kita 6 Mencuci muka dengan cara yang betul adalah asas penting di dalam rutin penjagaan harian di rumah. A ialah asas penting dalam B adalah asas penting dalam C ialah asas penting di dalam D adalah asas penting di dalam Soalan 7 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 7 “Pastikan anda sudah melakukan aktiviti pemanasan dan regangan sebelum berlari,” kata Encik Zaidi kepada peserta-peserta yang menyertai larian merentas desa. A Sebelum memulakan larian, para peserta diberikan arahan agar melakukan aktiviti pemanasan dan regangan yang ditetapkan oleh Encik Zaidi. B Encik Zaidi mengingatkan para peserta yang menyertai larian merentas desa supaya melakukan aktiviti memanaskan badan dan meregangkan otot sebelum berlari. C Aktiviti pemanasan dan regangan hendaklah dilakukan oleh para peserta yang diketuai oleh Encik Zaidi. D Peserta-peserta dikehendaki oleh Encik Zaidi untuk melakukan aktiviti pemanasan dan regangan sebelum berlari. Tema 3 Kecerdasan Meningkat, Keterampilan Memikat CONTOH


10 BM Tingkatan 3 Tema 3 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 4 berdasarkan bahan di bawah. Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Za’ba Dipetik daripada seloka ‘Santap Istiadat’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Berdasarkan rangkap kedua, mengapakah kita perlu mengunyah makanan dengan perlahan? A supaya tidak tercekik. B supaya mudah hadam. C supaya dihormati orang. D supaya nampak bersopan santun. 2 Apakah tujuan sirih dimakan selepas berkumur? A Untuk menghormati tetamu. B Untuk menaikkan seri wajah. C Untuk menjadikan nafas berbau segar. D Untuk menyempurnakan majlis santap istiadat. 3 Santap beradat, santap istiadat merupakan contoh bagi A simile. B repetisi. C metafora. D personifikasi. 4 Pernyataan berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam seloka, kecuali A kita harus beradab semasa makan. B kita hendaklah bersikap sederhana dan tidak gelojoh. C kita hendaklah mengekalkan amalan tradisi dan kebudayaan. D kita hendaklah merendah diri dalam membuat sebarang perkara. Info KOMSAS – Gaya Bahasa • Metafora – perbandingan secara terus atau secara langsung. Tidak menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, dan sebagainya. • Personifikasi – memberikan sifat manusia kepada benda-benda mati, haiwan, idea, dan lain-lain. • Simile – perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bagai, dan sebagainya. • Repetisi – terbahagi kepada tiga, iaitu: (a) Anafora – pengulangan kata pada awal ayat (b) Responsi – pengulangan kata pada tengah ayat (c) Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat CONTOH


11 BM Tingkatan 3 Tema 3 Praktis 3 Sistem Bahasa 1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) (iii) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Banyak kejayaan yang beliau capai dalam arena sukan pada peringkat antarabangsa. (ii) Mereka yang gemar bersukan akan memiliki tubuh yang sihat atau minda yang cerdas berbanding dengan mereka yang kurang bersukan. KEMPEN DERMA DARAH Satu bag darah mampu menyelamatkan 3 nyawa KRITERIA UNTUK MENDERMA DARAH • Sihat tubuh • Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun • Penderma yang berumur 17 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa • Berat badan 45 kilogram ke atas • Mendapat tidur sekurang-kurangnya 5 jam • Tahap hemoglobin minima 12.5 g/dl bagi wanita dan 13.5 g/dl bagi lelaki • Tiada masaalah kesihatan • Telah mengambil makanan sebelum menderma darah • Pendermaan terakhir tiga bulan lepas • Tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak CONTOH


12 BM Tingkatan 3 Tema 3 Praktis 4 Novel Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (ii) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (iii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Banyak persoalan disampaikan oleh penulis untuk mengukuhkan tema sesebuah novel. Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, nyatakan tiga contoh peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang telah ditetapkan. Novel Persoalan Tawanan Komander Caucasus Keberanian mengambil risiko demi menjejaki kawan. Justeru Impian di Jaring Kasih sayang antara ahli keluarga. Hempasan Ombak Ketabahan mengharungi cabaran dalam hidup. Chot Kasih sayang antara manusia dengan haiwan. CONTOH


13 BM Tingkatan 3 Tema 3 Praktis 5 Pemindahan Maklumat (Ulasan) Lihat bahan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Cara-cara Menggalakkan Masyarakat Makan Buah-buahan Kerangka Ulasan Pendahuluan Terdapat pelbagai cara yang boleh kita amalkan untuk menggalakkan masyarakat makan buah-buahan Isi Isi 1 Media massa – maklumat tentang kelebihan makan buah-buahan didedahkan kepada masyarakat Isi 2 Penyediaan buah-buahan dipelbagaikan – dibuat jus atau jem Isi 3 Peranan ibu bapa – menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut Penutup Menjadikan makan buah-buahan sebagai tabiat Terdapat pelbagai cara yang boleh kita amalkan untuk menggalakkan masyarakat makan buah-buahan. • Peranan media massa • Penyediaan buah-buahan dipelbagaikan • Peranan ibu bapa Artikel tentang FAMA pergiat usaha galak orang makan buah-buahan https://www.utusanborneo.com. my/2017/04/14/fama-pergiat-usaha-galakorang-ramai-makan-buah-buahan-tempatan CONTOH


14 BM Tingkatan 3 Tema 3 Praktis 6 Penulisan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kebaikan Beriadah Pendahuluan Riadah ialah aktiviti yang menyeronokkan Isi 1 Berjoging dan berbasikal dapat menyihatkan badan – apabila badan sihat, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan darah tinggi dapat dihindari Isi 2 Mampu menenangkan fikiran – keletihan dan bebanan kerja menyebabkan stres Isi 3 Melakukan aktiviti riadah bersama-sama dengan anak – hubungan kekeluargaan dieratkan Penutup Amalkan aktiviti riadah dalam kehidupan sehari-hari aktiviti yang menyeronokkan – menyihatkan badan – penyakit berbahaya dihindari – menenangkan fikiran – hubungan kekeluargaan dieratkan – amalkan dalam kehidupan sehari-hari CONTOH


15 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Osman mengambil keputusan untuk membeli kereta itu setelah kereta tersebut. A menguji bakat C menguji pandu B menguji cuba D memandu uji 2 Lesen memandu kereta hanya boleh diambil genap umur 17 tahun. A pada C ketika B semasa D apabila Soalan 3 Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 3 Lintaslah jalan raya gunakan jejantas supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. A Melintaslah jalan raya menggunakan jejantas B Lintaslah jalan raya menggunakan jejantas C Melintaslah jalan raya guna jejantas D Lintaslah jalan raya gunakan jejantas Soalan 4 Pilih ayat-ayat yang betul. 4 I Ayah memandu kereta dengan lebih berhati-hati di kawasan jalan yang berlikuliku itu. II Pandulah kenderaan dengan mengikut peraturan agar kemalangan dapat dielakkan. III Ibu menyimpan ubat-ubatan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh adik. IV “Minta tolong berwaspada ketika melintas jalan yang sibuk itu,” kata ibu kepada adik. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 5 I Mangsa kemalangan jalan raya itu mati di tempat kejadian. II Kereta ayah memasuki jalan mati dan terpaksa berundur keluar. III Kami terlewat ke sekolah kerana kereta ayah tiba-tiba mati di tengah jalan. IV Lesen memandu kamu perlu diperbaharui sebelum tempohnya mati. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 6 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 6 “Jangan memuat naik status atau gambar aktiviti yang dilakukan ketika kamu sedang bercuti kerana boleh memudaratkan diri sendiri,” kata Cikgu Gan kepada muridmuridnya. A Cikgu Gan menegur tindakan muridmuridnya yang memuat naik status atau gambar aktiviti sewaktu sedang bercuti. B Cikgu Gan melarang murid-muridnya memuat naik status atau gambar aktiviti yang membawa keburukan kepada mereka. C Cikgu Gan memberitahu murid-muridnya tentang kesan memuat naik status atau gambar aktiviti yang memudaratkan diri semasa mereka bercuti. D Cikgu Gan menasihati murid-muridnya supaya tidak memuat naik status atau gambar aktiviti sewaktu mereka sedang bercuti kerana boleh memudaratkan diri sendiri. Tema 4 Waspada Selalu! CONTOH


BM Tingkatan 3 Tema 4 16 1 Baris Menghambat waktu yang bersisa bermaksud A tidak berdaya menghadapi dugaan hidup. B menghabiskan sisa-sisa hidup. C menempuh pelbagai halangan. D menghadapi cabaran hidup. 2 Apakah sikap positif yang ditunjukkan oleh kijang dalam rangkap ketiga sajak Kijang yang Lelah? A Rasional B Ketabahan C Ketekunan D Keberanian 3 Sajak Kijang yang Lelah membawa tema A kesukaran kijang menghadapi usia tua. B kehidupan seekor kijang yang telah tua. C kegigihan seekor kijang dalam menempuh kehidupan di dalam hutan. D kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupan. 4 Dedaun resah mula berguguran Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah A simile. B metafora. C hiperbola. D personifikasi. 5 Apakah persoalan yang ingin diungkapkan melalui rangkap terakhir sajak Kijang yang Lelah? A Kegigihan dalam meneruskan kehidupan. B Kepentingan menghadapi dugaan hidup dengan tabah. C Kepentingan sikap waspada dalam setiap tindakan. D Kebijaksanaan dalam menghadapi dugaan hidup yang tidak diduga. Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya menguncup di perdu harap. Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah. Dipetik daripada sajak ‘Kijang yang Lelah’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia Info KOMSAS – Persoalan Perkara-perkara yang ditulis oleh pengarang untuk memantapkan tema dan mengembangkan cerita. Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 1 – 5 berdasarkan bahan di bawah. CONTOH


BM Tingkatan 3 Tema 4 17 Praktis 3 Pemindahan Maklumat (Ringkasan) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan ibu bapa dalam menangani ancaman buli siber. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ancaman buli siber di media sosial sering kali berlaku dalam kalangan pelajar dan golongan remaja. Gejala ini menjadi satu jenayah baharu yang mampu memberikan implikasi yang negatif sekiranya tidak ditangani secara serius oleh semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana buli siber berupaya untuk mempengaruhi keadaan mental dan emosi seseorang. Oleh hal yang demikian, gejala buli siber tidak seharusnya dipandang remeh dan perlu dicegah dari akar umbi lagi. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menjadikan dunia ini tempat yang betul-betul selamat untuk anak-anak, tetapi kita harus mencuba sedaya upaya untuk sentiasa bersama mereka bagi memberikan kaunseling, ketenangan, dan keselamatan. Pendidikan dan kesedaran sangat penting untuk memastikan anak-anak tidak menjadi mangsa ancaman buli siber. Ibu bapa perlu mengawasi penggunaan Internet anak-anak mereka. Ibu bapa harus mengetahui jenis platform atau rangkaian sosial yang kerap dilayari anak. Kongsikan panduan penggunaan Internet dan tetapkan peraturan asas untuk melindungi mereka daripada sebarang risiko. Jika anak-anak melanggar peraturan, ibu bapa perlu mengehadkan akses Internet untuk satu tempoh yang dipersetujui. Selain itu, ibu bapa juga perlu memasang aplikasi yang boleh menyekat laman sesawang yang tidak berfaedah seperti pelindung privasi (privacy setting) atau kawalan ibu bapa (parental control) di media sosial yang dimiliki oleh anak-anak. Sementara itu, ibu bapa seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan keselamatan siber dan buli siber serta memastikan anak remaja juga memahami tentangnya. Sekiranya anak mengakui dibuli, mereka mengetahui tindakan yang sewajarnya diambil. Jika pembuli ialah seseorang yang dikenali oleh mereka di sekolah, mereka perlu membuat aduan kepada pihak sekolah. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak agar tidak mendedahkan maklumat peribadi di Internet atau memberitahu kata laluan mereka kepada sesiapa pun dan sentiasa log keluar daripada akaun selepas menggunakan laman sosial. Jika seseorang menghantar mesej kesat atau mengugut, anak-anak perlu dididik supaya menyimpan atau mencetak mesej itu untuk dijadikan bahan bukti. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ancaman Buli Siber di Media Sosial’, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Dewan Siswa, Bil 9 2018 Antara peranan ibu bapa dalam menangani ancaman buli siber ialah (1) . Mereka perlu (2) . Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu (3) untuk melindungi anak mereka daripada sebarang risiko. Selain itu, ibu bapa perlu (4) . Mereka juga perlu (5) agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil jika anak menjadi mangsa buli siber. Akhir sekali, (6) sebagai bahan bukti. • buli siber – perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik • emosi – keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang • risiko – kemungkinan mengalami kerugian, bahaya • akses – capaian Kuasai Kosa Kata CONTOH


BM Tingkatan 3 Tema 4 18 Praktis 4 Penulisan Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. KESELAMATAN MURID • Latihan kebakaran • Ceramah lalu lintas • Mengetahui cara-cara menggunakan alat-alat keselamatan • Bertindak dengan segera pada waktu kecemasan • Mencegah insiden yang tidak diingini Artikel tentang semua pihak berperanan menjaga keselamatan murid https://www. malaysiakini.com/ news/407721 https://www. hmetro.com.my/ bestari/2019/04/444874/ utamakan-keselamatan 1 Baru-baru ini, sekolah anda telah mengadakan latihan kebakaran. Ceritakan pengalaman anda sepanjang latihan tersebut. 2 Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk murid di sekolah. Bincangkan. 3 Sekolah anda akan mengadakan Program Keselamatan Murid. Selaku setiausaha, anda diminta untuk menulis surat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api. Tulis surat itu selengkapnya. Alat kawalan kebakaran Kawalan keselamatan Pelan kecemasan Keselamatan jalan raya Pelan Kecemasan Kebakaran Padang (tempat berkumpul) CONTOH


19 Praktis 1 Sistem Bahasa Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Murid-murid Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bersemangat. A mengibar-ngibarkan B melambai-lambaikan C melenggok-lenggokkan D menggoyang-goyangkan Soalan 2 Pilih ayat-ayat yang betul. 2 I Pameran itu membangkitkan perasaan cinta akan negara. II Ibu bapa seharusnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah. III Mohamed bin Hamzah telah memenangi pertandingan mencipta bendera Persekutuan. IV Datuk menceritakan tentang pengalamannya yang hidup menderita semasa zaman pendudukan Jepun. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 3 – 4 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 3 Rakyat-rakyat seharusnya sedari hak sebagai warganegara Malaysia dan memikul tanggungjawab terhadap tanah air sendiri. A Rakyat seharusnya sedari B Rakyat seharusnya sedar akan C Rakyat-rakyat seharusnya sedar akan D Rakyat-rakyat seharusnya sedari 4 Semangat patriotik perlu dipupuk dalam jiwa generasi muda sejak dari kecil lagi. A dari kecil lagi B daripada kecil lagi C sejak daripada kecil lagi D sejak dari kecil lagi Soalan 5 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 5 I Adam yang dilahirkan tanpa kaki terpaksa melalui jalan yang penuh dengan duri dan ranjau untuk sampai ke Gunung Kinabalu. II Ruzimi berjaya memiliki dua buah syarikat jahitan setelah menempuh segala ranjau hidup. III Banyak kapal yang tenggelam di laut kerana terlanggar ranjau laut. IV Pak Kassim memasang ranjau buluh untuk menangkap burung. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 6 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 6 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. A Menyuburkan semangat patriotik merupakan tugas penting ibu bapa. B Semangat patriotik terhasil daripada peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. C Bagi memupuk semangat patriotik, ibu bapa telah memainkan peranan penting. D Semangat patriotik tertanam kukuh dalam sanubari anak-anak dengan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Tema 5 Dirgahayu Negaraku CONTOH


20 BM Tingkatan 3 Tema 5 Praktis 2 Pemahaman Petikan Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. Dipetik daripada sajak ‘Bintang’, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia BAHAN 2 Alias memang sedar bahawa dia sudah terlewat ke sekolah tetapi Chot mesti tetap dicari. Chot mesti dijumpai. Kalau Chot tidak dijumpai bermakna dia akan susah nanti. Alias teringat ibunya yang berada di rumah. Ibunya mungkin menyangka bahawa dia sudah sampai di sekolah. Alias tidak mahu berbohong. Apabila balik nanti akan diberitahunya yang dia terlewat ke sekolah kerana mencari Chot ataupun dia akan mengaku tidak ke sekolah langsung. Bagaimanakah nanti kalau Chot masih tidak ditemuinya? Alias sedar jika Chot tidak ada bererti susah hidupnya. Selama ini Chotlah yang membantunya menyediakan belanja sekolah dan belanja sara hidup dengan ibunya yang lumpuh. Mujurlah juga arwah ayahnya yang meninggal dunia lima tahun yang lalu – akibat terjatuh dari pokok kepala – meninggalkan seekor beruk. Dipetik dan diubah suai daripada novel ‘Chot’, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia (a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara penyajak dan Alias membalas jasa ibu bapa. [3 markah] (b) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (c) Jasa dan pengorbanan ibu bapa tidak ternilai. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita membalas jasa ibu bapa kita? CONTOH KBAT [4 markah]


CONTOH


Click to View FlipBook Version