Siri Bijak Bestari
Dekad
Membaca
Kebangsaan
Anisah Musa
Audio: Norazua Salamat
Pada asalnya, Gajah mempunyai telinga
yang kecil. Gajah suka menolong kawan. Semua
haiwan suka akan Gajah dan melantik Gajah
sebagai raja mereka.
1
Pada suatu hari, Harimau berjumpa dengan
Gajah.
Wahai Gajah, ayuh kita beradu
kekuatan! Kalau aku menang,
aku akan menjadi raja.
2
Tak perlulah kita beradu
kekuatan. Lebih baik kita hidup
saling menolong.
Namun, Harimau tidak bersetuju.
Gajah akhirnya terpaksa bersetuju.
3
Siri ini merupakan suatu karya yang menarik
kerana digarap dengan teliti untuk menyampaikan
nilai murni kepada pembaca kanak-kanak. Siri ini
berlatarbelakangkan masyarakat haiwan di hutan
rimba yang menerapkan elemen persahabatan,
kebijaksanaan, kekeluargaan, keinsafan, berhati
mulia dan tolong-menolong. Pembaca juga pasti
terpesona melihat ilustrasi yang menarik. Gaya
bahasa yang digunakan dalam siri ini juga mudah
difahami oleh pembaca. Justeru itu, dapatkan siri
ini dengan segera.
M-22314-05(g)