The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2022-11-26 06:36:28

BM Tingkatan 4 (A)

BM Tingkatan 4 (A)

Edisi Guru

Modul 360°

Rakaman audio 4
Ujian Lisan
Mendengar Tingkatan
disediakan
KSSM
• DSKP Buku A
• KBAT
• SPM • Berdasarka n Form at
• PBD Pentaksira n SPM
Mulai Ta hu n 2021

Bahasa Melayu

Audio Video Aktiviti Skrip
Mendengar Tutorial PAK-21 Pendengaran
dan Bertutur

Azmi W.S., Nur Marisya


HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Penerapan Sivik Bulan Januari

Nilai Kasih Sayang

Tajuk Jauhi Buli

Teknik Bacaan HEBAT 5W1H

Who (Siapa)CONTOH Siapakah pihak yang dibincangkan/ watak?
What (Apa) Apakah kejadian/ masalah/ kesan yang terjadi?
When (Bila) Bilakah kejadian/ masalah/ kesan itu terjadi?
Where (Di mana) Di manakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
Why (Mengapa) Mengapakah kejadian/ masalah/ kesan itu berlaku?
How (Bagaimana) Bagaimanakah kejadian/ masalah/ kesan ini dapat diselesaikan?

Langkah Pelaksanaan RESOS GURU

1 Kemukakan enam soalan di atas, pastikan soalan tersebut berkaitan dengan topik atau bahan yang
dibaca pada waktu sebelum, semasa, dan selepas pembacaan supaya bacaan sentiasa secara aktif dan
terarah.

2 Catatkan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepanjang pembacaan pada ruang jawapan yang
diberikan.

3 Kemukakan soalan-soalan tambahan yang sesuai untuk meneroka bahan bacaan secara intensif dan
mengukuhkan pemahaman tentang bacaan tersebut.

Aktiviti 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan pada ruang jawapan yang disediakan.

Buli di Sekolah: Punca dan Akibat

Buli merupakan satu fenomena yang semakin membimbangkan pelbagai pihak. Budaya negatif ini
digambarkan bagaikan tiada penyelesaian apabila mula menjadi buah mulut masyarakat kini. Lebih
merisaukan apabila video-video tular yang mula membanjiri media-media sosial telah mendapat pelbagai
respons daripada masyarakat maya. Masalah ini bukanlah gejala baharu di negara kita malah gejala buli di
sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan murid sekolah
bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat di negara kita.
Kita soroti satu kes buli yang pernah menggemparkan negara apabila sembilan pihak termasuk lima orang
murid daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) terpaksa membayar saman berjumlah
RM616 634.20 kepada seorang bekas murid yang pernah menjadi mangsa buli empat tahun sebelumnya.
Jumlah besar ini perlu dibayar akibat mangsa telah kehilangan pendengaran di telinga sebelah kanan dan
tidak boleh menjalani aktiviti air seumur hidupnya akibat dibuli.

Sebelum berbincang dengan lebih lanjut, ayuh kita teliti dahulu maksud buli dari segi bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinisikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang,
kebiasaannya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan ataupun menakutkan
orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli ialah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan
kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa
malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah, iaitu di prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan
sekumpulan murid dan mangsa hanya berseorangan untuk mempertahankan diri. Beberapa punca telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada permasalahan ini.

R9


RESOSCONTGURU OHBM Tingkatan 4 Resos Guru

Amal maaruf nahi mungkar merupakan konsep asas yang digariskan oleh agama Islam bagi
memastikan penganutnya sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan atau kemungkaran.
Mengikut kajian-kajian awam yang dijalankan, kebanyakan pembuli yang melalui sesi kaunseling
mempunyai kefahaman agama yang kurang mantap. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak sedar tentang
keperluan menghormati orang lain sebagaimana yang digariskan oleh agama. Dalam negara yang pesat
membangun, rakyatnya dituntut bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Kini, ibu bapa terlalu
sibuk sehingga mengabaikan aspek keagamaan dalam diri anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan
tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing.
Ibu bapa seharusnya sedar bahawa penerapan nilai-nilai murni melalui kefahaman agama yang utuh perlu
disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing
tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami keperluan dan kehendak anak-
anak mereka. Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang
pemantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka terutamanya ketika di rumah. Ada antara pelaku kegiatan buli
ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat
yang semakin maju dan berpendidikan tinggi kini tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.

Selain itu, majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau.
Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan gejala buli ini berlaku. Jika berpunca
daripada keluarga, pelaku buli selalunya sama ada pernah dibuli atau sentiasa melihat keganasan buli di
rumah. Seandainya bebanan kerja merupakan punca berlakunya aktiviti buli pula, selalunya pelaku buli
terlalu stres akibat bebanan kerja yang diberikan. Perkara ini diburukkan lagi apabila seseorang individu
gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan
hingga menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya, mereka akan bertindak
membuli orang lain sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku
bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati selepas berbuat demikian. Menyedari hal ini, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menganjurkan klinik pengurusan stres bagi mendidik masyarakat
tentang cara menangani tekanan yang dihadapi.

Satu aspek penting yang tidak boleh dikesampingkan ialah peranan rakan sebaya. Rakan sebaya
boleh didefinisikan sebagai sahabat daripada lingkungan umur dan latar belakang yang sama. Maka, kita
tidak boleh menolak bahawa gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya yang
semestinya sentiasa bersama dengan remaja. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan
gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut dengan
perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka berkemungkinan
besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego
mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar oleh rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi
individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan fikirannya. Sewajarnya dalam hal ini, ibu
bapa memainkan peranan vital untuk memantau pergerakan anak-anak di luar rumah terutamanya rakan
sebaya anak-anak.

Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi
pemangkin utama kepada penularan budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara
yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya bersifat kontras
dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara Barat pula berunsurkan aksi-aksi
ganas bagi menarik minat penonton. Terdorong oleh perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan,
pelaku buli akan bertindak mengaplikasikan aksi-aksi tersebut terhadap mangsanya tanpa memikirkan
padah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Dalam hal ini, pihak penerbit perlulah lebih bertanggungjawab
untuk menghasilkan filem-filem yang lebih bernilai murni agar sesuai dengan adat dan budaya di negara
kita kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Kesimpulannya, sebelum nanah menjadi tokak, langkah-langkah penyelesaian perlu diambil dengan
efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka tidak
terlibat dalam gejala ini. Sebagai remaja yang mungkin terdedah untuk menjadi pelaku buli ini, mereka
perlu memikirkan nasib orang lain kerana mangsa bukan sahaja terdedah kepada kecederaan fizikal malah
turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segera bagi melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sekali gus menjamin kesejahteraan negara.

R10


ARAHAN: Isi maklumat di bawah berdasarkan petikan di atas. BM Tingkatan 4 Resos Guru
Isi 1
Catatan
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)

2 What (Apakah kesan)

CONTOH3 When
(Bilakah kejadian berlaku)

4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)

5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)

6 How (Bagaimanakah kejadian RESOS GURU
itu patut diselesaikan)
Catatan
Isi 2
Bil. Aspek
1 Who (Siapa)
2 What (Apakah kesan)

3 When
(Bilakah kejadian berlaku)

4 Where
(Di manakah kejadian berlaku)

5 Why (Mengapakah kejadian ini
boleh berlaku)

6 How (Bagaimanakah kejadian
itu patut diselesaikan)

R11


Bab BM Tingkatan 4 Bab 1

1 Karangan Berpandukan
Kepelbagaian Bahan Rangsangan

Sekilas Info

1 Satu soalan yang bermuat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1,
Bahagian A.

2 Soalan ini wajib dijawab.
3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah dalam lingkungan 150 hingga 200 patah perkataan.
4 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 30 minit.
6 Soalan yang dikemukakan disertai kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang terdiri daripada:
CONTOH
Gambar
rajah

Ilustrasi Gambar Info digital 1
kartun ilustrasi

Petikan/ Jenis bahan Foto
Catatan/ rangsangan

Dialog

Iklan/ Pelan/
Poster Peta

Strategi Menulis Karangan

Murid perlu membaca bahan rangsangan Murid MESTI menggunakan sekurang-

1 dengan teliti untuk mengenal pasti tema, 2 kurangnya satu (1) maklumat daripada
kehendak soalan dan maklumat tersurat setiap bahan sama ada di perenggan

dalam bahan. pendahuluan, isi mahupun penutup.

Murid boleh menggunakan Teknik ABCD Kemudian, murid perlu membina perenggan

4 untuk membina perenggan isi, iaitu A 3 pendahuluan yang mempunyai tema, isu
(Apa), B (Bagaimana), C (Contoh) dan D dan kehendak soalan (Langkah, Kebaikan,

(Dampak @ Kesan) Keburukan, Faktor atau Ciri-ciri)

Untuk perenggan kesimpulan, murid Murid boleh memasukkan unsur-unsur
5 perlu memberikan cadangan dan harapan
6 menarik seperti peribahasa, maksud
berkaitan tema yang dibincangkan. hadis, maksud ayat al-Quran atau kata-

kata tokoh untuk mematangkan huraian.

Kira jumlah patah perkataan dengan Karangan yang ditulis perlulah disemak dari
8 teliti agar tidak melebihi jumlah yang
7 segi kematangan huraian, kesalahan ejaan
dibenarkan. dan tatabahasa agar tidak menyebabkan

‘tanggapan’ pemeriksa menurun.

1


BM Tingkatan 4 Bab 2

Bab Karangan Umum

2

Sekilas Info

1 Sebanyak empat soalan akan dikemukakan dalam Kertas 1103/1, Bahagian B.

2 Soalan ini wajib dijawab.

3 Panjangnya karangan yang perlu ditulis hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. Info digital 2
4 Markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
CONTOH
5 Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan karangan ini ialah 1 jam 30 minit.

6 Jenis karangan terdiri daripada karangan berformat, iaitu ucapan, syarahan, ceramah, surat kiriman rasmi, surat

kiriman tidak rasmi, berita, rencana akhbar, perbahasan, dialog/ wawancara serta karangan tidak berformat, iaitu

fakta, pendapat, perbincangan, ulasan/ komen, peribahasa/ cogan kata, cereka/ imaginasi, dan keperihalan.

7 Terdapat empat domain yang diambil kira semasa penyediaan soalan ini, iaitu:

(i) domain awam

(ii) domain peribadi

(iii) domain pendidikan

(iv) domain kerjaya

1 Karangan Jenis Ulasan Tema 14: Sihat dan Berseri Pilihanku

Domain Awam

Masalah berat badan berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia mencecah 29.4 peratus dan kegemukan
pula sebanyak 15.1 peratus. Bilangan rakyat Malaysia yang gemuk akan terus meningkat, jika tiada
usaha bersungguh-sungguh dilakukan masyarakat bagi mengurangkan berat badan dan mengamalkan
gaya hidup sihat.
Sebagai langkah proaktif mengatasi isu kegemukan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
mempromosikan gaya hidup sihat melalui berjalan 10 000 langkah sehari.

Sumber : Dipetik daripada
‘Fokus Kecergasan Masyarakat Bandar Elak Masalah Obesiti’

Prof Dr Ahmad Ismail,
[email protected], 21 Februari 2018

Petikan akhbar di atas menyatakan terdapat peningkatan kes kegemukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menyedari hal ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan pelbagai
inisiatif bagi menyedarkan masyarakat berkaitan risiko ini.

Bincangkan.

Pendahuluan

Obesiti ialah keadaan berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak dalam badan seseorang. Tisu-
tisu lemak yang berlebihan di bawah kulit akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Lebih merisaukan
apabila lemak-lemak yang tidak diperlukan ini mengganggu fungsi organ di dalam badan. Menyedari
hal ini, pelbagai langkah telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyedarkan
masyarakat mengenainya.

Isi 1 Antara langkah yang dilaksanakan oleh klinik-klinik kerajaan ialah mewujudkan
Klinik Obesiti.

9


CONTOH BM Tingkatan 4 Bab 3

Praktis 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata sendi nama. Kemudian, bina satu
ayat anda sendiri daripada setiap kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

Sebenarnya, banyak kelebihan yang dapat diperoleh remaja yang melakukan pekerjaan sambilan.
Kerja sambilan memberikan satu pengajaran dan pengalaman berguna kepada remaja dalam kehidupan
mereka. Ada yang bekerja sebagai penghantar makanan, pembantu kedai makan atau restoran. Ada
juga yang bekerja di pasar raya, pusat beli-belah, kedai buku, dan banyak lagi. Tidak kurang juga ada
remaja yang menjadi usahawan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan sendiri produk mereka
seperti biskut.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Remaja dan Kerja Sambilan’

oleh Athma Zuriantee Ahmad Zubir,
Dewan Siswa, Bil. 06/ 2020

[6 markah]
Kata sendi nama : kepada, dalam, di/ dengan
1 Wan Nazila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang
diumumkan baru-baru ini.
2 Remaja perlu bijak memilih rakan sebaya kerana rakan sebaya memberikan impak yang besar kepada
diri mereka.
3 Emak menamam sayur-sayuran seperti tomata, terung, dan timun Jepun dengan menggunakan kaedah
penanaman hidroponik.

Praktis 6

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian, bina satu
ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

Masyarakat yang berilmu merupakan aset utama dalam usaha membangunkan sesebuah negara.
Tanpa rakyat yang mempunyai pendidikan dan ilmu, sesuatu projek pembangunan modal insan amat
sukar dilaksanakan. Pembangunan negara bergantung pada rakyatnya yang berpengetahuan, berfikiran
positif, rajin, dan berdaya saing. Negara yang maju dan bertamadun tinggi didiami oleh anggota
masyarakat yang berpengetahuan dan sentiasa meneroka pelbagai ilmu. Dengan ilmu, manusia akan
menemukan sesuatu yang baharu yang dinamakan sebagai pembaharuan atau kemajuan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pembinaan Tamadun Bangsa Melalui Budaya Membaca’

oleh Muhammad Helmi Ibrahim,
Dewan Siswa, Bil. 08/ 2018

[8 markah]

31


BM Tingkatan 4 Bab 3

Kata adjektif : utama, sukar, positif, rajin/ maju/ tinggi/ baharu
1 Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara.


2 Remaja perlu rajin menuntut ilmu agar tidak digelar katak di bawah tempurung.


3 Setiap individu pasti pernah melalui saat yang sukar dalam hidup.


4 Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam
usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang.
CONTOH
Soalan 2 – Sintaksis

Praktis 1 Info digital 4

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
anda pilih seperti yang berikut:

Subjek :
Predikat :

Ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam mendidik anak-anak untuk menabung.
Simpanan wang yang dilakukan pada setiap hari walaupun dalam jumlah yang kecil, bukanlah perkara
yang sukar untuk dilakukan. Wang tabungan tersebut tidak akan digunakan jika tidak diperlukan.
Wang tersebut hanya akan digunakan pada masa tertentu. Antara tujuan menabung termasuklah dapat
membantu seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, menabung
juga dapat mengurangkan beban seseorang bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Amalan Menabung’

oleh Nur Alya Wafa Mustaffa,
Dewan Siswa, Bil. 10 2020

[6 markah]

Ibu bapa
(i) Subjek :

Predikat : memainkan peranan yang dominan dalam mendidik anak-anak untuk menabung

(ii) Subjek : Wang tabungan tersebut

Predikat : tidak akan digunakan jika tidak diperlukan

(iii) Subjek : Antara tujuan menabung

Predikat : termasuklah dapat membantu seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi

32


BM Tingkatan 4 Bab 3

Praktis 4

Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat
pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Kucing dan anjing adalah haiwan yang sering menjadi pilihan untuk dijadi haiwan peliharaan, selain
burung, arnab, hamster, dan kura-kura. Meskipun haiwan tersebut menjadi teman kesayangan manusia,
kedua-duanya juga tidak terkecuali menjadi mangsa penderaan. Lapuran oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar menyatakan bahawa kira-kira 90 peratus kes penderaan haiwan terlibat anjing dengan
kucing.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Undang-undang Setimpal untuk Pendera Haiwan’ oleh Khaieul Ariffin,

Dewan Masyarakat, Bil. 11 2020
CONTOH
[6 markah]

(i) adalah – ialah/ merupakan
(ii) dijadi – dijadikan
(iii) kedua-duanya – kedua-dua haiwan ini
(iv) Lapuran – Laporan

(v) terlibat – melibatkan
(vi) dengan – dan

Bahan 2

Tabiat merokok merupakan punca kematian yang tertinggi sekali di negara kita. Seseorang perokok
terdedah kepada risiko penyakit jantung, kanser, dan juga beberapa penyakit berbahaya yang lain.
Risiko penyakit sedemikian boleh juga menimpa orang lain yang hidu asap rokok walaupun mereka
tidak merokok. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menguat kuasakan undang-undang larangan remaja
bawah18 tahun membeli rokok dan memperbanyakkan zon larangan merokok di tempat awam.

[5 markah]

(i) tertinggi sekali – tertinggi/ tinggi sekali
beberapa penyakit – beberapa jenis penyakit

(ii)

(iii) hidu – menghidu
(iv) menguat kuasakan – menguatkuasakan

(v) memperbanyakkan – memperbanyak

38


CONTOH BM Tingkatan 4 Bab 3

Praktis 5

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka
didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah
akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang
kakinya pada tubuh Laksamana.”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Sebentar nanti, Kertala Sari berjalan masuk ke dalam kota. Laksamana tidur di tengah-tengah pasar itu.
Laksamana terdengar hentakan kaki yang kuat. Laksamana mengetahui kedatangan Kertala Sari. Kertala
Sari berjalan di tengah pasar dan tertendang tubuh Laksamana.

Praktis 6

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang
sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin
dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan
pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]
Laksamana membahagikan harta itu kepada tiga bahagian, Laksamana hanya mengambil satu bahagian.
Bahagian tersebut kemudiannya telah diagihkan kepada tiga bahagian; satu bahagian didermakan kepada
fakir miskin, satu bahagian untuk orang-orang bawahannya yang tidak berjawatan, dan satu bahagian lagi
kepada semua pengikutnya. Laksamana tidak mengambil sedikit pun harta tersebut.

42


BM Tingkatan 4 Bab 3

Soalan 5 – Peribahasa

Praktis 1 Info digital 7

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Ai Ling : Ratna, janganlah menangis lagi. Aku faham perasaan engkau. Percayalah, gagal dalam
peperiksaan bukan bermakna gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha untuk mencapai cita-
cita engkau. Ikutlah nasihat orang tua-tua, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.

Ratna : Terima kasih, Ai Ling. Engkau selalu memberi dorongan kepada aku.
Ai Ling : Sama-sama, Ratna. Sebagai sahabat, kita harus tolong-menolong seperti aur dengan tebing.
Ratna : Aku tidak akan melupakan nasihat engkau itu.
Ai Ling : Soal masa depan bergantung pada daya usaha kita untuk maju. Jika engkau rajin berusaha,

kejayaan pasti engkau capai. Kalau ada peluang, melanconglah ke tempat lain untuk menimba
pengalaman kerana jauh perjalanan luas pemandangan.
CONTOH
[6 markah]

(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(ii) Seperti aur dengan tebing

Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
(i) Usaha tangga keyajaan/ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(ii) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Praktis 2

Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk dan menanamkan sikap saling menolong

dalam diri anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa merupakan
cerminan kepada anak-anak kerana lazimnya mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh dalam
kehidupan. Misalnya, ibu bapa yang membawa anak-anak mengikuti aktiviti kemasyarakatan seperti

gotong-royong mampu membentuk keperibadian murni dalam jiwa anak-anak. Begitulah kata orang,

bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka akan mencontohi tingkah laku ibu bapa dan menjadikan

amalan ini suatu kebiasaan kerana alah bisa tegal biasa.

[6 markah]

(i) Melentur buluh biarlah dari rebungnya
(ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
(i) Masa lagi rebunglah hendak lentur, jangan dinantikan sampai jadi aur

Bapa borek anak rintik/ Bagaimana rupa begitulah bayangnya
(ii)

43


Bab Pemahaman BM Tingkatan 4 Bab 4
Info Digital 8
4

Sekilas Info

Soalan 6 : Pemahaman Petikan Umum

1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B.
2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan.
3 Empat soalan, iaitu:
(i) Soalan makna rangkai kata
(ii) Soalan pemahaman petikan
(iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
(iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4 Markah yang diperuntukkan ialah 12 markah.
CONTOH
Soalan 7 : Pemahaman Petikan Sastera Info Digital 9

1 Soalan ini akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B.
2 Soalan ini wajib dijawab. Dua atau tiga bahan akan diberikan.
3 Empat soalan, iaitu:
(i) Soalan makna rangkai kata
(ii) Soalan pemahaman petikan
(iii) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
(iv) Soalan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4 Markah yang diperuntukkan ialah 13 markah.

S oalan 8 : Novel

1 Soalan tentang novel akan dikemukakan dalam Kertas 1103/2, Bahagian B.

2 Markah keseluruhan soalan ini ialah 10 markah.

3 Bahagian ini terbahagi kepada dua soalan, iaitu (i) dan (ii) dengan pecahan 4 markah atau 5 markah dan 5 markah

atau 6 markah. Jumlah markah untuk ceraian (i) dan ceraian (ii) adalah tidak tetap.

4 Bagi soalan 8 (i), soalan yang diajukan ialah soalan pemahaman petikan novel. Murid hendaklah membaca soalan

dengan teliti untuk memahami kehendak soalan dan mencari jawapan berdasarkan petikan yang diberikan.

5 Bagi soalan 8 (ii), soalan yang diajukan merupakan soalan berdasarkan novel yang dipelajari oleh murid di setiap zon.

Setiap isi yang diutarakan perlu disertakan contoh-contoh yang sesuai yang terkandung dalam novel.

6 Murid perlu menggunakan bahasa yang gramatis dan struktur ayat yang betul.

7 Murid perlu menguasai beberapa perkara untuk mendapat markah yang tinggi.

(a) Memahami dan mengenal genre novel.

(b) Memahami istilah sastera bagi genre novel, iaitu:

(i) sinopsis

(ii) tema

(iii) persoalan Info Digital 10
(iv) watak dan perwatakan

(v) teknik plot

(vi) latar tempat, latar masyarakat, latar masa

(vii) nilai dan pengajaran

(viii) plot dan binaan plot

(ix) mesej

(c) Murid juga perlu mengetahui contoh yang relevan bagi membuktikan pernyataan isi sastera.

47


BM Tingkatan 4 Bab 4

Soalan 7 – Petikan Sastera

Praktis 1 – SYAIR BIDASARI Nota KOMSAS
lengkap

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dengarkan tuan suatu riwayat, 1 Datanglah kepada suatu masa, 6
Raja di desa Negeri Kembayat, Melayanglah unggas dari angkasa,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Unggas gurda sangat perkasa,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Menjadi negeri rosak binasa.
CONTOH
Ada raja suatu negeri, 2 Datanglah menyambar suaranya bahana, 7
Sultan halifah akas bestari, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Asalnya baginda raja yang bahari, Seisi negeri gundah-gulana,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Membawa diri ke mana-mana.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa, 3 Baginda pun sedang dihadap orang, 8
Sangat tiada merasai susah, Mendengar gempar seperti perang,
Entah pada esok dan lusa. Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri, 4 Dipetik daripada `Syair Bidasari’
Beberapa bulan beberapa hari, oleh Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Hamillah puteri permaisuri. dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan, 5
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Bahan 2 Pesan Tangan kepada Jari

i ii
Pilihlah ketuamu Perkukuhkanlah letakmu
untuk bersatu untuk menentu
mencipta sejarah barisan diri
kemanusiaan. kesuburan budi.

Kira kau memegang Sekali kau bergerak
peganglah kebaikan seluruh jasad
yang berkembang ikut bertindak
di dusun hati. melentur mimpi
kehidupan.
Nescaya tak akan terlepas
pancaran mesra Hilmi Rindu
yang menetas
di persada iman.

53


BM Tingkatan 4 Bab 4

Bahan 3

Gurindam Pemimpin

Pemimpin adil juga saksama
Rakyat bersatu hidup bersama.
Pemimpin mesti kotakan janji
Rakyat menyokong tidak mengeji.
Pemimpin sentiasa berbudi bahasa
Seluruh negara hidup sentosa.

Pemimpin mulia tinggi akhlak,
Rakyat tidak berasa jelak.
Pemimpin bijak mengurus negara,
Negara makmur rakyat sejahtera.

Pemimpin telus menabur jasa,
Rakyat tentu menyanjung sentiasa.
Irfaan Alias
Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
CONTOH
(i) Apakah maksud rangkai kata sangat tidak merasai susah? [2 markah]
Maksud rangkai kata sangat tidak merasai susah ialah tidak pernah menghadapi dugaan.



(ii) Berdasarkan semua bahan di atas, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. [4 markah]

Ciri-ciri seorang pemimpin yang baik ialah merupakan seorang yang adil. Selain itu, pemimpin juga

perlu bijak menyelesaikan masalah. Seterusnya, pemimpin yang baik tidak mengharapkan sanjungan
rakyat. Akhir sekali, pemimpin yang baik bersikap jujur dan bertanggungjawab.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara ditadbir oleh
seorang pemimpin yang tidak berkaliber? KBAT [3 markah]

Kesan yang akan berlaku sekiranya sesebuah negara ditadbir oleh seorang pemimpin yang tidak
berkaliber ialah negara akan menjadi huru-hara. Keadaan ini akan menyebabkan kepercayaan
daripada para pelabur hilang. Selain itu, ekonomi akan jatuh dan pembangunan negara terganggu.

(iv) Sukarelawan memainkan peranan penting bagi membantu mangsa bencana alam di sesuatu kawasan.
Sebagai salah seorang sukarelawan, anda dikehendaki menghantar bantuan ke sebuah negara yang

ditimpa bencana.
Nyatakan bantuan-bantuan yang sesuai dihantar bagi membantu mangsa di negeri tersebut. KBAT

[4 markah]

Bantuan-bantuan yang sesuai ialah bantuan makanan untuk memastikan mangsa tidak kelaparan. Selain itu, bantuan

motivasi juga harus diberikan kepada mangsa bagi memastikan mangsa tetap bersemangat untuk menghadapi

dugaan. Seterusnya, bantuan kesihatan untuk memastikan rawatan dapat diberikan kepada mereka yang cedera.

Akhir sekali, bantuan kewangan untuk membolehkan mangsa membaiki kerosakan yang dialami mereka.



54


BM Tingkatan 4 Bab 4

Model Novel Cemerlang

Nota lengkap
novel

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pisang juga dapat memulihkan beberapa penyakit jika amalan pengambilannya dilakukan
selalu. Antaranya(z1)at besi yang ada dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam
darah dan mengurangkan anemia. B(a2)gi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan
makan buah pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian dibuat terhadap 200
orang murid sekolah di Britain yang bakal menduduki peperiksaan diberi makan pisang waktu
sarapan pagi, makan tengah hari, dan malam. Didapati mereka berjaya kerana (p3)isang baik untuk
rangsangan otak. T(4r)iptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan dapat
membuatkan si pemakannya berasa tenang.
Selain itu, k(5u) lit pisang juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk
dengan menyapukan bahagian kulit pada bahagian yang digigit.
CONTOH
Dipetik daripada

Novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan manfaat-manfaat pisang. Isi cukup 3 = 4 markah [4 markah]

Antara manfaat pisang ialah zat besi yang ada dalam buah pisang boleh menstimulasikan hemoglobin

dalam darah dan mengurangkan anemia. Selain itu, triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam
pisang juga dikatakan dapat membuatkan si pemakannya berasa tenang. Akhir sekali, kulit pisang

juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib

(b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Pembahagian markah

(c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin 6 markah = 2 isi × 2 markah +

(d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor bahasa 2 markah

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai murni yang boleh dijadikan teladan

yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]

Dua nilai murni yang boleh dijadikan teladan

Leftenan Adnan Wira Bangsa
Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah patriotisme.

Leftenan Adnan dan askar-askar Melayu sanggup menggadaikan nyawa semasa menentang tentera
Jepun di Bukit Candu demi mempertahankan tanah air. Selain itu, nilai kerajinan. Leftenan Adnan rajin

membantu bapanya di kebun getah dan sawah serta rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

75


BM Tingkatan 4 Bab 4

Jendela Menghadap Jalan
AntaranilaiyangbolehdijadikanteladandalamnovelJendelaMenghadapJalanialahbertanggungjawab.

Ibu Lili akan memastikan Lili mendapat pendidikan yang sempurna dan sering menelefon Lili semasa
berada di kampung untuk bertanyakan perkembangan anaknya itu. Selain itu, nilai ketabahan. Che Jah
tabah menghadapi sikap suaminya yang panas baran di samping sikap dua orang anak lelakinya yang
terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan mencuri.

Pantai Kasih
Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Pantai Kasih ialah bertanggungjawab. Ibu Unong

Siron berusaha mendapatkan rawatan yang terbaik untuk memastikan anaknya sembuh. Selain itu,
nilai ketabahan. Doktor Raiha tabah menghadapi dugaan hidup, iaitu sikap suaminya yang tidak mahu
menerima kehadiran anak mereka, Rohayu akibat kelainan upaya dan kematian Rohayu dalam suatu
kebakaran.

Di Sebalik Dinara
Antara nilai yang boleh dijadikan teladan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kasih sayang. Azraai

memasang retinal scanner dan menyambung interkom rumah adiknya, Farisha dengan telefon
rumahnya demi keselamatan Farisha. Selain itu, nilai setia kawan. Shida sangat runsing apabila
mendapat tahu Farisha ditahan di hospital dan perlu menjalani CT Scan.
CONTOH
Praktis ke Arah SPM

Praktis 1

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bukan soal pulang ke kampung yang membuatku sedih, tetapi kerana aku tidak mampu
menyuarakan keinginanku kepada ibu, betapa cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah menengah
ini aku ingin memanfaatkannya bersama-sama teman-teman sekelas, terutama majlis perpisahan
pengetua sekolah. Lebih membuatkan aku sedih, kerana aku berpura-pura bahawa aku gembira
dan tidak sabar-sabar mahu pulang ke kampung, sebenarnya aku tidak memiliki perasaan itu.
“Lili,” ibuku memanggil dan aku tahu dia berada dekat di tempat aku sedang berada kerana aku
dapat mendengar kibasan skirt labuhnya. Tentu ibu sedang bersiap sedia mahu ke pejabat kerana
dia seorang wanita berkerjaya dan berjaya.
“Bangun sayang, nanti kamu lewat ke stesen bas. Hari ni kan kamu akan balik ke kampung
datuk dan nenek. Bangun cepat, nanti ketinggalan bas,” sambungnya lagi.

Dipetik daripada

Novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan sebab-sebab Lili berasa sedih. [4 markah]

76


BM Tingkatan 4 Bab 4

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang dapat dijadikan iktibar

dalam kehidupan bagi novel tersebut. [6 markah]

CONTOHPraktis 2

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Kau harus terima kenyataan ini, Raiha. Kerjaya sebagai seorang pakar bedah, memang tidak
sesuai denganmu. Tidak sesuai sama sekali. Tidak berfaedah kepada hidupmu, dalam jangka
masa panjang,” tegas bapanya yang juga seorang pakar bedah, sejak Raiha mula-mula menyatakan
hasratnya untuk mengikuti pengajian perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi dahulu.
“Kenapa tidak, pak? Padahal, bapa sendiri seorang pakar bedah,” tingkah Raiha, waktu itu.
“Aku ini orang lelaki, Raiha. IQ orang lelaki tidak sama dengan kaum wanita seperti kau dan
ibumu!” tegas bapanya, serius. “Sepatutnya, engkau menyediakan diri untuk menjadi suri rumah

sepenuhnya. Engkau harus menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bakal suami dan

anak-anakmu kelak. Jangan kau jadi macam arwah ibumu.”

Dipetik daripada

Novel Pantai Kasih
karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Mengapakah bapa Raiha membantah hasratnya untuk menjadi pakar bedah? [4 markah]

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(b) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(c) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(d) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

• Berani • Berilmu
• Tabah Menghadapi Cabaran • Penyayang


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, bincangkan sejauh manakah watak utama dalam

novel yang anda kaji menepati dua ciri yang ditetapkan di atas. [6 markah]

77


BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun

Kertas 3 3 – 5 minit

UJIAN BERTUTUR

BAHAGIAN A : Taksiran Individu
[40 markah]

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan
secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

CONTOH
Segelintir masyarakat sering kali mengaitkan peranti pintar dengan keburukan. Hal ini dikuatkan lagi
apabila terdapat pengguna yang menjadikan peranti pintar sebagai medium menjalankan aktiviti negatif
sehingga memperkukuh andaian sesetengah pihak bahawa alat berteknologi tinggi ini tidak mendatangkan
manfaat melainkan risiko yang tinggi. Sebenarnya, persoalan sama ada baik atau buruk penggunaan
peranti pintar ini amat bergantung pada cara pemikiran dan penerimaan setiap individu. Jika pengguna
berdisiplin dan mempunyai rasa tanggungjawab ketika menggunakan peranti pintar, penyalahgunaan dapat
dielakkan. Namun begitu, jika niat pengguna sememangnya untuk melakukan sesuatu perkara negatif maka
penyalahgunaan pasti akan berlaku.

106


BM Tingkatan 4 Penilaian Akhir Tahun

Kertas 4 30 minit

UJIAN MENDENGAR Audio
[30 markah]
[2 markah]
Petikan 1 [1 markah]

Arahan : Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Jawab soalan-soalan yang berikutnya berdasarkan petikan yang diperdengarkan.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan buli mental?
kutuk-mengutuk, ejek-mengejek, dan menyindir seseorang.
CONTOH
2 Apakah kesan utama kepada pelajar sekiranya gejala buli tidak dibendung?
Pelajar akan ponteng sekolah.

Lengkapkan ruang kosong berikut berdasarkan petikan yang anda dengar.

3 (i) Takut
Tertekan

PERASAAN MANGSA BULI

(ii) Malu

[2 markah]

4 Pembuli akan mengajak orang lain untuk membenci mangsa buli agar segala tindakan yang dilakukannya
seakan-akan mendapat sokongan daripada pihak ketiga.
[1 markah]

5 Kelemahan yang terdapat pada pelajar perempuan selalunya digunakan oleh rakan-rakannya

untuk mentertawakannya.

[1 markah]

109


Jawapan

Bab 1 Karangan Berpandukan Isi 2 (Langkah)
Kepelbagaian Bahan Rangsangan A (Apa)
Pihak sekolah perlu menyediakan peralatan sukan yang
Praktis 1 mencukupi (Bahan 2).
B (Bagaimana)
Pendahuluan Menarik minat murid-murid ketika melakukan aktiviti sukan.
Malaysia terkenal dengan tumbuhan herba yang mempunyai C (Contoh)
1001 rahsia dan kegunaan. Aktiviti sukan dan permainan di sekolah seperti bola tampar
CONTOH (Bahan 3).
Isi 1 (Keistimewaan) D (Dampak/ Kesan)
A (Apa) Aktiviti akan berjalan lancar dan membentuk minat dalam
Herba digunakan sebagai penambah rasa di dalam makanan diri murid-murid untuk bersukan.
(Bahan 2).
B (Bagaimana) Penutup
Baunya yang harum dan rasa manis semula jadi. Cadangan
C (Contoh) Budaya bersukan merupakan amalan yang bermanfaat.
Kulit kayu manis (Bahan 1). Harapan
D (Dampak/ Kesan) Badan sihat, otak cerdas.
Memberikan rasa unik dan enak sesuai dengan tradisi nenek
moyang. Praktis 3

Isi 2 (Keistimewaan) Format : E-mel
A (Apa) Pendahuluan
Herba juga digunakan untuk mengubati penyakit secara Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah saya telah
tradisional (Bahan 3). diadakan dengan penuh meriah.
B (Bagaimana)
Terdapat tumbuhan-tumbuhan herba yang boleh melegakan Isi 1 (Aktiviti)
ketegangan otot. A (Apa)
C (Contoh) Persembahan pancaragam(Bahan 2)
Pokok halia (Bahan 1). B (Bagaimana)
D (Dampak/Kesan) Mengiringi perbarisan yang dibuat oleh unit beruniform.
Lebih selamat dan bebas bahan kimia. C (Contoh)
Memeriahkan sambutan semasa sesi lintas hormat.
Penutup D (Dampak/ Kesan)
Cadangan Melahirkan rasa cinta pada negara.
Keunikan pohon herba di Malaysia haruslah dibanggakan.
Isi 2 (Aktiviti)
Harapan A (Apa)
Tak kenal maka tak cinta. Nyanyian lagu-lagu kemerdekaan (Bahan 3).
B (Bagaimana)
Praktis 2 Diiringi oleh beberapa murid yang telah dilatih oleh para
guru.
Format : rencana C (Contoh)
Pendahuluan Lagu Sehati Sejiwa.
Budaya bersukan haruslah diterapkan dalam diri seseorang D (Dampak/ Kesan)
remaja kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh. Menaikkan semangat para murid yang menyanyi dengan
sepenuh hati.
Isi 1 (Langkah)
A (Apa) Penutup
Budaya bersukan boleh dipupuk sejak dari kecil oleh ibu Cadangan
bapa (Bahan 1). Awak perlu memastikan aktiviti tersebut mampu menarik
B (Bagaimana) minat rakan-rakan.
Galakan daripada ibu bapa mampu membentuk kebiasaan Harapan
dalam diri anak-anak. Semoga sekolah awak juga akan dapat merasai semangat
C (Contoh) Hari Kebangsaan.
Membawa anak-anak berjoging pada waktu petang atau cuti
sekolah.
D (Dampak/ Kesan)
Anak-anak akan menjadikan budaya ini sebagai satu
kemestian untuk diamalkan.

J1


Click to View FlipBook Version