Format Instrumen SPM Mulai Tahun 2021 Mata Pelajaran Pendidikan Moral (1225) Bidang 5: Insan Bermoral UNIT 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 1 UNIT 2 Peribadi Mulia Hiasan Diri 7 UNIT 3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan 13 UNIT 4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 18 Bidang 6: Jati Diri Moral UNIT 5 Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri 23 UNIT 6 Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani 28 UNIT 7 Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera 33 Bidang 7: Moral dan Kenegaraan UNIT 8 Hak dan Tanggungjawab Warganegara 38 UNIT 9 Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara 43 UNIT 10 Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 48 UNIT 11 Keunikan Rakyat Malaysia 53 UNIT 12 Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama 58 Penilaian Akhir Tahun 63 Jawapan Kandungan CONTOH
Bil Perkara Keterangan 1 Jenis instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka 3 Bilangan soalan Bahagian A: 50 markah 5 soalan (Jawab semua soalan) Bahagian B: 10 markah 2 soalan (Jawab satu soalan sahaja) Bahagian C: 40 markah 2 soalan (Jawab semua soalan) 4 Jumlah markah 100 markah 5 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 6 Tempoh ujian 2 jam 30 minit 7 Cakupan konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5) 8 Aras kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2 9 Kaedah penskoran • Analitik • Holistik 10 Alatan tambahan Tiada Format Instrumen SPM Mulai Tahun 2021 Mata Pelajaran Pendidikan Moral (1225) CONTOH
1 Bahagian A 1 Gambar berikut menunjukkan perbuatan yang salah di sisi undang-undang. (a) Berdasarkan gambar di atas, wajarkah perbuatan tersebut dilakukan oleh masyarakat? Huraikan pandangan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [4 markah] (b) Sebagai masyarakat yang prihatin, mengapakah kita perlu mengamalkan norma yang diamalkan oleh masyarakat sekeliling? (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Apakah kesan yang akan berlaku jika kita mengabaikan norma masyarakat? (i) (ii) (iii) [3 markah] Unit 1 Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 1 2 2 Gambar berikut menunjukkan situasi di dalam pengangkutan awam. (a) Apakah tindakan yang perlu anda lakukan jika anda melihat wanita mengandung sedang berdiri di dalam pengangkutan awam berdasarkan nilai universal yang dipelajari? [3 markah] (b) Berdasarkan tindakan anda di (a), apakah persepsi masyarakat terhadap anda? (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Mengapakah amalan saling membantu amat ditekankan dalam kehidupan bermasyarakat? (i) (ii) [2 markah] (d) Nyatakan dua contoh lain yang sesuai diamalkan sebagai amalan dalam masyarakat. (i) (ii) [2 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 1 3 3 Gambar berikut menunjukkan situasi yang sering berlaku dalam keluarga. (a) Pada pandangan anda, mengapakah situasi di atas sering berlaku dalam sesebuah keluarga pada masa ini? (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Sekiranya anda ketua keluarga, jelaskan dua tindakan yang akan anda lakukan untuk mengelakkan situasi di atas. (i) (ii) [4 markah] (c) Apakah kesan jika situasi di atas tidak dibendung dengan sebaiknya oleh setiap ahli keluarga? (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 1 4 Bahagian B 4 Gambar berikut menunjukkan amalan semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-mengunjung jiran tetangga perlu diteruskan kerana amalan itu dapat merapatkan hubungan persahabatan selain memeriahkan sambutan perayaan tersebut. Di samping itu, amalan kunjung-mengunjung terutama pada musim perayaan dapat mengeratkan perpaduan serta mengukuhkan perasaan kekitaan dalam kalangan masyarakat. (a) Apakah perasaan anda apabila anda melihat gambar di atas? Berikan alasan anda. [2 markah] (b) Huraikan kelebihan amalan di atas kepada masyarakat berbilang kaum berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 1 5 5 Gambar berikut menunjukkan amalan gotong-royong. Objektif Amalan Gotong-royong • Merapatkan ukhuwah atau persaudaraan antara rakyat Malaysia • Mengenali dengan lebih mendalam tentang kaum dan agama-agama lain yang ada di Malaysia • Membersihkan kawasan sekitar • Mengelakkan diri daripada terkena penyakit yang disebabkan oleh alam sekitar yang tercemar • Memberikan pandangan yang positif kepada para pelancong yang datang ke Malaysia (a) Nyatakan dua bentuk bantuan lain yang boleh dihulurkan dalam menjayakan aktiviti di atas. [2 markah] (b) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, jelaskan kesan amalan masyarakat seperti gambar di atas. [8 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 1 6 Bahagian C 6 Dialog berikut menunjukkan seorang ibu menegur cara pemakaian anak perempuannya. Ibu : Suraya, kamu hendak ke mana dengan berpakaian yang mencolok mata ini? Ibu tidak benarkan kamu keluar dari rumah dengan berpakaian sebegitu. Suraya : Ala ibu, ini kan fesyen sekarang. (a) Sekiranya anda ialah Suraya, apakah tindakan anda untuk menjaga maruah diri anda? [4 markah] (b) Pada pandangan anda, mengapakah ibu Suraya tidak membenarkan Suraya keluar dari rumah dengan berpakaian sedemikian? [8 markah] (c) Bagaimanakah masyarakat berperanan menjaga kepentingan bersama apabila melibatkan kepentingan remaja? [8 markah] CONTOH
7 Bahagian A 1 Gambar berikut menunjukkan individu yang panas baran. Panas Baran Melampau Mampu Jadi ‘Bom Jangka’ (a) Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan di atas perlu dielakkan oleh individu? [3 markah] (b) Bagaimanakah perbuatan di atas memberikan kesan kepada anda dan individu di sekeliling anda? (i) (ii) [4 markah] (c) Nyatakan tiga cara untuk anda mendapatkan ketenangan dalam diri anda. (i) (ii) (iii) [3 markah] Unit 2 Peribadi Mulia Hiasan Diri Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 2 8 2 Petikan berikut berkaitan dengan kejayaan individu. (a) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, huraikan kepentingan kejayaan terhadap masa depan remaja tersebut. [4 markah] (b) Jelaskan sifat yang boleh dicontohi oleh murid lain untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. (i) (ii) [4 markah] (c) Nyatakan dua kesan jika anda mengabaikan pelajaran dalam kehidupan anda. (i) (ii) [2 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 2 9 3 Gambar berikut menunjukkan aktiviti sosial remaja. (a) Mengapakah remaja perlu mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti tidak bermoral seperti di atas? (i) (ii) [4 markah] (b) Bagaimanakah remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti negatif? (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Apakah tindakan masyarakat untuk membantu pihak berkuasa menangani aktiviti negatif di atas? (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 2 10 Bahagian B 4 Gambar berikut menunjukkan kejayaan atlet remaja Malaysia. (a) Pada pandangan anda, mengapakah atlet seperti di atas sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi negara? [2 markah] (b) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, jelaskan sifat-sifat keperibadian positif atlet remaja ini yang boleh dicontohi untuk mencapai kejayaan. [8 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 2 11 5 Gambar berikut menunjukkan program kerajaan. (a) Sekiranya anda terpilih untuk menyertai program di atas, jelaskan pendirian anda. [2 markah] (b) Bagaimanakah program di atas mampu membentuk remaja masa ini yang mempunyai peribadi yang utuh? [8 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 2 12 Bahagian C 6 Petikan akhbar berikut berkaitan dengan aktiviti remaja. Berniaga Burger Tepi Jalan, Dapat RM12 000 Sebulan PETALING JAYA: Seorang pemuda mampu meraih pendapatan sebanyak RM12 000 sebulan dengan berniaga burger di tepi jalan. Mior Asyraf Hizaq Zulkefli, 24, berkata beliau mula membuka gerai burgernya di Kota Damansara sejak lapan tahun lalu usai menamatkan pelajaran sekolah menengah. Katanya, beliau pernah memperoleh pendapatan bersih RM12 000 sebulan hasil jualan burgernya di gerai, tetapi jumlah itu bukanlah diperoleh setiap bulan dan kebiasaannya, purata pendapatan bulanannya ialah RM7 500. “Saya pilih untuk berniaga sebab senang dapat duit setiap hari. Memanglah pada pandangan orang meniaga burger ini macam tidak ada keuntungan, tetapi apa yang saya boleh beritahu, cubalah berniaga,” katanya. Mior Asyraf berkata hasrat untuk membuka gerai burger bermula apabila melihat bapanya memulakan perniagaan dengan menjalankan perniagaan burger, sebelum menceburkan diri dalam bidang kontraktor. FMT News, 30 Julai 2016 (a) Pada pandangan anda, wajarkah setiap individu berusaha mencari pendapatan sampingan? [4 markah] (b) Huraikan manfaat yang bakal diperoleh remaja yang menjadikan aktiviti di atas sebagai sumber pendapatan untuk membantu keluarga. [8 markah] (c) Terangkan peranan kerajaan bagi membantu meningkatkan penglibatan masyarakat dalam perniagaan. [8 markah] CONTOH
13 Bahagian A 1 Gambar berikut menunjukkan hukuman yang dikenakan kepada murid yang melakukan kesalahan. (a) Mengapakah tindakan disiplin perlu dikenakan kepada murid atas kesalahan yang dilakukan? (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Apakah kesan kepada murid yang terlibat dalam suatu kesalahan tetapi tidak diberikan hukuman? (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Terangkan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin anak-anak. (i) (ii) [4 markah] Unit 3 Prinsip Keadilan dan Keprihatinan dalam Membuat Keputusan Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 3 14 2 Petikan berikut berkaitan dengan hukuman undang-undang. The Centre, 16 September 2019 (a) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, jelaskan peranan undang-undang dalam membentuk masyarakat yang mematuhi peraturan dan undang-undang. [3 markah] (b) Apakah pengajaran yang diperoleh pesalah melalui hukuman yang dikenakan terhadapnya? (i) (ii) [4 markah] (c) Sebagai masyarakat prihatin, bagaimanakah anda membantu bekas pesalah yang telah menerima hukuman untuk meneruskan kehidupan dalam masyarakat? (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 3 15 Bahagian B 3 Petikan di bawah berkaitan sikap masyarakat ketika situasi pandemik COVID-19. KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) melahirkan rasa kesal atas sikap degil segelintir masyarakat yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Pengerusi MPKS, Dato Peter Minos berkata kerajaan mengeluarkan arahan untuk semua tinggal di rumah melainkan ada pengecualian khusus. “Maknanya, kekal di rumah dan jangan keluar untuk makan angin. Ini adalah untuk membantu mengekang COVID-19 daripada menular dan menjangkiti masyarakat sekitar,” Sikap seperti ini katanya boleh meletakkan orang lain dalam risiko dan bahaya. Utusan Borneo Online, 23 Mac 2020 (a) Pada pandangan anda, wajarkah amalan mementingkan diri sendiri ini terus subur dalam kalangan masyarakat? [2 markah] (b) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, jelaskan sebab sikap mementingkan diri perlu dielakkan dalam kalangan masyarakat terutama ketika situasi yang membimbangkan pada masa ini. [8 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 3 16 4 Gambar berikut menunjukkan aktiviti sukarela dalam kalangan remaja. (a) Berikan implikasi jika anda sering mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. [2 markah] (b) Sebagai remaja, wajarkah anda melibatkan diri dalam aktiviti sukarela dan kemasyarakatan? Huraikan penjelasan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 3 17 Bahagian C 5 Petikan berikut berkaitan hukuman akibat perbuatan jenayah. Edar Dadah, Lima Beradik Berdepan Hukuman Mati TAPAH: Enam individu termasuk lima beradik didakwa di Mahkamah Majistret Tapah hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine dua minggu lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. BH Online, 16 November 2020 (a) Apakah perasaan anda apabila membaca keratan akhbar seperti di atas? Mengapa? [4 markah] (b) Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan menetapkan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan kesalahan pengedaran dadah? [8 markah] (c) Bagaimanakah masyarakat memainkan peranan dalam membantu membendung aktiviti pengedaran dadah bersama pihak berkuasa? [8 markah] CONTOH
18 Bahagian A 1 Gambar dan maklumat berikut menggambarkan aktiviti remaja yang tidak berfaedah. Ketagihan permainan video ialah tabiat permainan video luar talian atau dalam talian yang berlebihan sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal dalam aktiviti harian. Oleh itu, pakar kesihatan mental di Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan tabiat permainan video yang tidak terkawal. Ketagihan permainan video dalam kalangan kanak-kanak juga sudah menjadi kebimbangan besar bagi ibu bapa. mypositiveparenting.org (a) Wajarkah remaja menghabiskan masa yang banyak dengan hanya bermain permainan dalam talian? Jelaskan pendapat anda. [3 markah] (b) Terangkan kesan permainan dalam talian terhadap kesihatan remaja. (i) (ii) [4 markah] (c) Nyatakan kaedah yang boleh digunakan oleh murid untuk mengurangkan ketagihan permainan dalam talian. (i) (ii) (iii) [3 markah] Unit 4 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika Bidang 5 Insan Bermoral CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 4 19 2 Petikan berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan masa ini. Berniaga Secara dalam Talian Proses untuk memulakan perniagaan secara dalam talian (online) adalah sama seperti memulakan kedai runcit yang sebenar. Rancangan dan aspek undang-undang untuk perniagaan dalam talian ini adalah sama. Walaupun anda tidak perlu mencari lokasi, namun perancangan yang teliti dan laman web yang interaktif amat diperlukan sebelum mula memasarkan produk atau perkhidmatan anda. (a) Apakah kelebihan penggunaan kaedah perniagaan di atas? (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Terangkan kesan positif perkembangan perniagaan dalam talian di Malaysia. (i) (ii) [4 markah] (c) Andaikan anda seorang peniaga dalam talian, bagaimanakah teknologi maklumat memberikan manfaat kepada perniagaan anda? (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Unit 4 20 Bahagian B 3 Gambar berikut menunjukkan perbuatan tidak bermoral di Internet. (a) Apakah tindakan wajar yang anda akan lakukan jika mendapati berita yang dibaca adalah palsu? [2 markah] (b) Huraikan kesan penyebaran berita palsu dalam laman sosial kepada masyarakat berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] CONTOH
CONTOH