The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Publications, 2024-04-09 03:30:54

Topik Demi Topik GEO Tg1

Topik Demi Topik GEO Tg1

Persediaan Awal Sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik Demi Pentaksiran GEOGRAFI 1 TINGKATAN UASA TERKINI Berdasarkan Format Rufina Mansur KSSM


iii Kandungan 1 – 5 Praktis 1 Bab 1 Arah 6 – 11 Praktis 2 Bab 2 Kedudukan 12 – 16 Praktis 3 Bab 3 Peta Lakar 17 – 20 Praktis 4 Bab 4 Lakaran Peta Malaysia 26 – 33 Praktis 6 Bab 6 Bentuk Muka Bumi 21 – 25 Praktis 5 Bab 5 Bumi 34 – 38 Praktis 7 Bab 7 Saliran 39 – 43 Praktis 8 Bab 8 Penduduk di Malaysia 44 – 48 Praktis 9 Bab 9 Petempatan di Malaysia 49 – 53 Praktis 10 Bab 10 Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara 54 – 58 Praktis 11 Bab 11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara 59 – 63 Praktis 12 Bab 12 Sumber Air 64 – 68 69 – 78 Praktis 13 Bab 13 Sisa Domestik Jawapan J1 – J8 CONTOH


1 1. Apakah arah mata angin tersebut? • Barat • Selatan A Utama B Pertama C Perantaraan D Pertengahan 2. Apakah arah mata angin yang terletak di antara selatan dengan barat? A Tenggara B Barat laut C Timur laut D Barat daya 3. Antara berikut, yang manakah ialah arah mata angin perantaraan? I Timur II Utara III Tenggara IV Barat laut A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Faudzy berjalan membelakangkan arah matahari terbit. Ke arah manakah dia hendak pergi? A Utara B Barat C Timur D Tenggara 5. Rajah di bawah menunjukkan arah mata angin. X U Apakah arah mata angin di X? A Selatan C Timur laut B Tenggara D Barat laut 6. Mengapakah jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara? A Ditarik oleh objek rujukan B Ditarik oleh pancaran matahari C Ditarik oleh magnet dari kutub utara bumi D Terletak di atas suatu permukaan yang rata 7. Apakah cara untuk menentukan arah dengan tepat pada zaman dahulu? I Kedudukan matahari II Berpandukan buruj III Arah tiupan angin IV Bentuk awan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Apakah unit yang digunakan dalam bearing? A Meter (m) C Gram (g) B Darjah (°) D Liter (l) Nama: Tarikh: Praktis 1 Arah Bab 1 Hal. Buku Teks: 1 – 11 Jawab semua soalan. BAHAGIAN A CONTOH


2 9. Apakah alatan yang paling sesuai digunakan untuk mengukur bearing sudutan? A Pembaris C Jangka tolok B Jangka lukis D Jangka sudut 10. Antara berikut, yang manakah adalah maksud bearing sudutan? A Bearing yang diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam B Bearing yang diukur dari arah selatan mengikut arah pusingan jam C Bearing yang diukur dari arah utara ke arah timur D Bearing yang diukur dari arah selatan ke arah barat Soalan 11 dan 12 berdasarkan rajah di bawah. Masjid Pejabat pos Klinik Pasar raya Sekolah Hutan Bukit Kolam 0 320 340 300 280 260 240 220 200 180 160 140 120 100 80 60 40 U 20 B T S 11. Apakah arah hutan dari kedudukan kompas? A Utara B Selatan C Barat laut D Barat daya 12. Antara berikut, pasangan yang manakah benar? Objek Arah A Sekolah Timur B Pasar raya Barat C Pejabat pos Barat laut D Klinik Timur laut 13. Rajah di bawah menunjukkan bearing sudutan titik A dan titik B. Titik B Titik A U Berapakah bearing sudutan titik B dari titik rujukan di titik A? A 30° C 210° B 60° D 240° Soalan 14 dan 15 berdasarkan rajah di bawah. Sekolah Rumah Devi Rumah Joey U 50° 20° 14. Bearing sudutan rumah Devi dari sekolah ialah A 20° B 50° C 70° D 160° 15. Berapakah bearing sudutan sekolah dari rumah Joey? A 40° B 50° C 130° D 220° Bearing sukuan ialah bearing yang diukur dari arah utara atau selatan ke arah timur atau barat. Nilai bagi bearing sukuan adalah 0° hingga 90° sahaja. Sudut Nota CONTOH


3 1. Rajah di bawah menunjukkan arah mata angin. P Q S R W T V U (a) Nyatakan arah mata angin utama dalam rajah diberi. SP 1.1.1 P : Q : R : S : (b) Nyatakan arah mata angin perantaraan dalam rajah diberi. SP 1.1.1 T : U : V : W : (c) Terangkan dua cara yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu untuk menentukan arah. (i) (ii) Jawab semua soalan. BAHAGIAN B CONTOH


4 2. Peta di bawah menunjukkan tempat-tempat yang berdekatan dengan rumah Nabila. Rumah Nabila Bukit Maju Restoran Tasik Biru Kedai runcit Hotel Sg. Pinang Sekolah Masjid U (a) Nyatakan arah mata angin bagi tempat-tempat yang berikut. SP 1.1.3 (i) Arah masjid dari kedai runcit : (ii) Arah rumah Nabila dari Tasik Biru : (iii) Arah sekolah dari Bukit Maju : (iv) Arah hotel dari restoran : (b) Dengan menggunakan jambatan sebagai titik rujukan, nyatakan bearing sudutan bagi tempat-tempat yang berikut. SP 1.1.4 (i) Sekolah : (ii) Masjid : (iii) Restoran : (iv) Rumah Nabila : (c) Mengapakah kita boleh menggunakan kompas untuk mengukur bearing sudutan sesuatu tempat? KBAT Menganalisis CONTOH


5 1. (a) Nyatakan empat arah mata angin utama. SP 1.1.1 (b) Terangkan kedudukan empat arah mata angin perantaraan. 2. (a) Nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada sebuah kompas. (b) Huraikan langkah-langkah menggunakan kompas untuk menentukan arah di sesuatu tempat. SP 1.1.3 3. (a) Huraikan langkah-langkah untuk mengukur bearing sudutan yang lebih daripada 180°. SP 1.1.4 (b) Apakah kaedah moden yang boleh digunakan untuk menggantikan kompas bagi menentukan sesuatu arah? KBAT Menilai Langkah-langkah 1. Murid dibahagikan kepada 3 orang dalam satu kumpulan. 2. Murid diminta memerhatikan kedudukan objek di sekitar sekolah. 3. Kemudian, murid perlu menentukan kelas sebagai titik rujukan dan arah utara dengan menggunakan kompas. 4. Selepas itu, menentukan arah kedudukan 5 objek di sekitar kelas dan merekodkannya dalam bentuk jadual. 5. Setiap wakil kumpulan perlu membentangkan jadual yang dihasilkan di depan kelas. Modul PAK 21 Kolaborasi Jawab semua soalan. BAHAGIAN C CONTOH


69 6. Apakah kepentingan berkaitan dengan kawasan berikut? • Pulau Langkawi • Pulau Tioman A Tapak pelabuhan B Kawasan pertanian C Kawasan perikanan D Kawasan pelancongan 7. Bagaimanakah cara pembentukan lubang periuk di peringkat hulu sungai? A Hakisan B Luluhawa C Pemendapan D Batuan kasar 8. Antara berikut, yang manakah ialah kepentingan tasik di Malaysia? I Sumber protein II Rekreasi dan pelancongan III Tapak pelabuhan IV Kawasan pertanian A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 9. Apakah ciri kawasan berpenduduk jarang di Malaysia? A Tertumpu di kawasan pertanian B Tertumpu di kawasan pedalaman C Penduduk lebih daripada 200 orang bagi sekilometer persegi D Penduduk 50 hingga 200 orang bagi sekilometer persegi 1. Apakah lapisan luar bumi yang mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral? A Biosfera B Litosfera C Hidrosfera D Atmosfera 2. Apakah akan berlaku jika kejadian gempa bumi terbentuk di dasar laut? A Tsunami B Gunung lipat C Hanyutan benua D Gunung bongkah 3. Apakah banjaran yang paling tinggi di Sarawak? A Banjaran Crocker B Banjaran Brassey C Banjaran Bernom D Banjaran Tama Abu 4. Pulau yang manakah terbentuk akibat letusan gunung berapi di dasar laut? A Pulau Langkawi B Pulau Sipadan C Pulau Redang D Pulau Pangkor 5. Mengapakah kawasan tanah tinggi sesuai untuk menjana kuasa hidroelektrik? A Menerima hujan yang banyak B Kurang kawasan petempatan C Dilengkapi kemudahan infrastruktur D Mempunyai pemandangan yang menarik Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. CONTOH


70 10. Peta berikut menunjukkan kawasan berpenduduk padat. U Peta Malaysia Apakah faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan X? A Pertanian C Perlombongan B Perikanan D Perindustrian 11. Antara berikut, pasangan yang manakah benar? Petempatan Ciri A Bandar Jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang B Luar bandar Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai C Bandar Kawasan kediaman berbentuk moden D Luar bandar Melibatkan sektor perindustrian dan pentadbiran 12. Apakah fungsi utama bagi petempatan di Tanah Tinggi Lojing? A Kawasan industri desa B Pusat pendaratan ikan C Pusat kegiatan kemasyarakatan D Pusat mengumpul hasil pertanian 13. Antara berikut, yang manakah mengenai kedudukan Asia Tenggara? A Meliputi kawasan seluas 4 506 600 km persegi B Terletak di bahagian timur benua Asia C Negara yang paling luas ialah Laos D Terdiri daripada 12 buah negara 14. Apakah fungsi utama Danau Toba di Indonesia? A Kawasan perikanan air tawar B Kawasan perlombongan C Kawasan pelancongan D Kawasan pembalakan 15. Apakah kawasan yang berpenduduk sederhana padat di Asia Tenggara? A Ibu negara B Pinggir bandar C Pusat perindustrian D Kawasan pergunungan 16. Antara berikut, bandar yang manakah berfungsi sebagai pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara? A Jakarta B Bangkok C Singapura D Kuala Lumpur 17. Bagaimanakah peningkatan populasi menyebabkan krisis air di Malaysia? A Permintaan tinggi untuk industri desa B Permintaan tinggi untuk pengetinan air C Permintaan tinggi untuk pemprosesan air mineral D Permintaan tinggi untuk kegunaan domestik 18. Antara berikut, yang manakah ialah langkah untuk mengurangkan kesan krisis air di Malaysia? I Meneraskan kawasan tanah tinggi II Menggunakan air hujan III Meneroka air bawah tanah IV Merawat air kumbahan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV X CONTOH


71 19. Foto berikut menunjukkan sejenis sisa domestik. Apakah ciri sisa domestik tersebut? A Sisa cecair B Bahan organik C Terhasil dari sumber mineral D Dapat diuraikan dengan mudah 20. Apakah langkah pengurusan sisa domestik yang boleh dilakukan oleh murid di dalam sekolah? A Mengamalkan amalan 3R B Menguatkuasakan undang-undang C Mencipta pinggan daripada ubi kayu D Bekerjasama dengan badan bukan kerajaan CONTOH


72 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Soalan 1 berdasarkan peta lakar berikut. Kaji peta dengan teliti sebelum menjawab soalan berikut. U Petunjuk: Kontur Sungai Hutan Padi Kelapa sawit Jalan raya Jalan kereta api Kuil Petempatan Jambatan Getah Sek. Sekolah P.P Pejabat pos Hosp. Hospital 0 1 2 3 km llllllll Kg. Merbuk Sungai Puyu Kg. Selamat P.P Sek. Bandar Tanjung Hosp. Kg. Puyu Kg. Alor Kg. Maju Bt. Damai ll l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l ll ll l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l l lllllll ll l ll llll lllll ll l l l l l l l l llll lll lllllll Peta lakar CONTOH


73 1. (a) Nyatakan dua ciri pandang darat budaya yang terdapat di selatan peta. (i) (ii) [2 markah] (b) Berapakah bearing sekolah dari Bukit Damai? [3 markah] (c) Senaraikan ciri pandang darat fizikal yang terbentuk di dalam peta. (i) (ii) (iii) [3 markah] (d) Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan utara dalam peta? [6 markah] (e) Jelaskan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi. [6 markah] CONTOH


74 2. Soalan berikut berdasarkan rajah di bawah yang menunjukkan peringkat aliran sungai. (a) Nyatakan peringkat aliran sungai yang bertanda P, Q dan R dalam rajah diberi. (i) P : (ii) Q : (iii) R : [3 markah] (b) Namakan tiga bentuk muka bumi di peringkat aliran sungai yang bertanda P. (i) (ii) (iii) [3 markah] P Q R CONTOH


75 (c) Huraikan bentuk muka bumi di peringkat aliran sungai yang bertanda R. [4 markah] CONTOH


76 Foto menunjukkan Kuala Lumpur di Malaysia. 3. (a) Nyatakan jenis petempatan dalam foto yang diberi. [1 markah] (b) Nyatakan dua ciri utama petempatan dalam foto diberi. (i) (ii) [2 markah] (c) Berikan tiga jenis kegiatan ekonomi yang terdapat pada petempatan dalam foto diberi. (i) (ii) (iii) [3 markah] CONTOH


77 (d) Huraikan fungsi petempatan dalam foto diberi. [4 markah] CONTOH


78 Bahagian C 1. (a) Terangkan kawasan tanah tinggi di Sarawak dan Sabah. [6 markah] (b) Huraikan kepentingan tanah tinggi di Sabah. [4 markah] 2. (a) Jelaskan fungsi petempatan luar bandar di Malaysia. [4 markah] (b) Mengapakah negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai penduduk padat? [6 markah] 3. (a) Huraikan kepentingan sungai dan tasik di Asia Tenggara. [6 markah] (b) Bagaimanakah Kuala Lumpur menjadi bandar metropolitan terbesar di Malaysia? [4 markah] 4. Maklumat berikut berkaitan dengan amalan 3R yang boleh dilakukan di rumah. Dengan mengamalkan amalan 3R, kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Sumber terbatas akan berlaku jika kita kehilangan sumber-sumber semula jadi. Sumber: marikitakitarsemula.blogspot.com (a) Berdasarkan pengetahuan anda, wajarkah amalan 3R diamalkan? [4 markah] (b) Cadangkan amalan 3R yang boleh diamalkan oleh anda di sekolah. [6 markah] [20 markah] Jawab dua soalan. CONTOH


J1 Jawapan PRAKTIS 1 Bahagian A 1. A 2. D 3. D 4. B 5. B 6. C 7. A 8. B 9. D 10. A 11. B 12. C 13. C 14. D 15. C Bahagian B 1. (a) P : Utara (b) T : Timur laut Q : Selatan U : Tenggara R : Timur V : Barat daya S : Barat W : Barat laut (c) (i) Pada zaman dahulu, manusia menggunakan arah matahari terbit dan terbenam untuk menentukan arah timur dan barat. (ii) Mereka juga menggunakan bintang-bintang pada waktu malam untuk menentukan arah. 2. (a) (i) Timur laut (b) (i) 205° (ii) Barat laut (ii) 110° (iii) Selatan (iii) 35° (iv) Barat daya (iv) 290° (c) Kerana kompas sentiasa menunjuk ke arah utara. Bahagian C 1. (a) Utara, selatan, timur dan barat. (b) – Timur laut terletak di antara utara dengan timur. – Tenggara terletak di antara timur dengan selatan. – Barat laut terletak di antara utara dengan barat. – Barat daya terletak di antara barat dengan selatan. 2. (a) Kompas terdiri daripada perumah, pemuka dan jarum kompas. Terdapat lapan arah mata angin ditunjukkan pada permukaan kompas. Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah utara. (b) Anda perlu berdiri menghadap objek yang ingin menentukan arahnya. Kemudian, letakkan kompas pada permukaan yang rata. Pastikan anda menjauhi objek besi seperti tiang besi dan kerusi besi. Selepas itu, orientasikan kompas dengan memusingkan kompas perlahan-lahan sehingga jarum kompas menunjukkan arah utara. Akhirnya, anda dapat menentukan arah objek tersebut dengan berpandukan kompas. 3. (a) Lukiskan garisan lurus yang menyambungkan titik A dan B. Kemudian, lukis arah mata angin pada titik A (titik rujukan). Selepas itu, ukur sudut dari arah selatan ke titik B. Ukurannya ialah 50°. Akhirnya, tambahkan 180° dengan 50°, iaitu 230°. (b) Penentuan Posisi Global yang menggunakan satelit sebagai panduan untuk mencari dan menentukan sesuatu arah atau kedudukan. PRAKTIS 2 Bahagian A 1. B 2. B 3. D 4. A 5. D 6. B 7. B 8. D 9. D 10. C 11. C 12. A 13. B 14. D 15. D Bahagian B 1. (a) (i) Amalia (b) (i) Hadapan (ii) Vincent (ii) Belakang (iii) Kanan (iv) Kiri (c) (i) Kiri (ii) Belakang (iii) Hadapan (iv) Kanan 2. (a) P : Garisan Artik Q : Garisan Sartan R : Garisan Khatulistiwa S : Garisan Jadi T : Garisan Antartik (b) X : Hemisfera utara Y : Hemisfera selatan (c) Garisan Khatulistiwa merupakan latitud yang terpanjang dan diberi nilai 0°. Latitud ini membahagikan bumi kepada dua hemisfera, iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. 3. (a) P : 6°U (b) Q : 6°U 102°T U : 4°U S : 5°U 103°T X : 2°U T : 4°U 101°T V : 3°U 102°T Y : 2°U 104°T (c) Kerana titik persilangan latitud dan longitud yang menentukan kedudukan sesuatu tempat. Bahagian C 1. (a) Kedudukan relatif ialah cara menentukan kedudukan sesuatu tempat atau objek yang tertentu dengan merujuk pada satu titik rujukan yang berhampiran. (b) Contoh jawapan Rumah anda dijadikan sebagai titik rujukan. Pasar terletak di hadapan rumah anda. Sekolah terletak di belakang rumah anda. Masjid terletak di sebelah kiri rumah anda dan pejabat pos terletak di sebelah kanan rumah anda. 2. (a) Garisan Khatulistiwa merupakan latitud yang diberi nilai 0°. Latitud ini terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera, iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. Panjangnya adalah kira-kira 40 075 km. (b) Latitud utama ialah Garisan Khatulistiwa (0°), Garisan Sartan (23 1 2 °U), Garisan Jadi (23 1 2 °S), Garisan Artik (66 1 2 °U) dan Garisan Antartik (66 1 2 °S). Latitud-latitud menjadi semakin pendek apabila semakin dekat dengan kutub. 3. (a) Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) terletak pada 180°T/B. Garisan ini selari dengan Garisan Meridian Pangkal. (b) Longitud utama ialah Garisan Meridian Pangkal (0°) dan Garisan Tarikh Antarabangsa (180°T/B). Semua longitud di atas glob adalah sama panjang. Longitud dilukis secara menegak dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. 4. (a) Kenal pasti garisan latitud titik X. Kemudian, kenal pasti garisan longitud titik X. Selepas itu, kenal pasti titik persilangan latitud dan longitud titik X. (b) Bahagikan ruang antara latitud 0° hingga 5°U kepada lima bahagian yang sekata dan dapatkan latitud Kuala Lumpur. Kemudian, bahagikan ruang antara longitud 100°T hingga 105°T kepada lima bahagian yang sekata dan dapatkan longitud Kuala Lumpur. Selepas itu, kenal pasti titik persilangan latitud dan longitud Kuala Lumpur. CONTOH


J2 PRAKTIS 3 Bahagian A 1. B 2. A 3. B 4. A 5. D 6. D 7. A 8. A 9. A 10. C 11. B 12. D 13. A 14. C 15. B 16. A Bahagian B 1. (a) P : Arah mata angin Q : Petunjuk R : Pemidang S : Simbol T : Tajuk (b) Simbol pandang darat fizikal ialah hutan, kontur, paya bakau, sungai dan pantai. (c) Simbol kawasan ialah hutan, kontur, paya bakau, getah, kelapa dan padi. 2. Contoh jawapan (a) (i) (c) (i) Hutan Petempatan (ii) (ii) Kelapa sawit Masjid (iii) (iii) Sawah padi (iv) Getah (b) (i) (d) (i) Jalan kereta api Sek. Sekolah (ii) (ii) Jambatan Hosp. Hospital (iii) (iii) Benteng P.P Pejabat pos (iv) (iv) Jalan raya P.D Pejabat daerah Stesen trigonometri Bahagian C 1. (a) Peta lakar ialah gambaran permukaan bumi yang dilukis dari pandangan atas. Peta lakar mewakili kawasan lingkungan yang berskala besar bagi ciri-ciri pandang darat fizikal dan budaya di sesuatu kawasan. (b) – Simbol kawasan digunakan untuk mewakili kawasan tertentu seperti sawah padi, ladang getah dan hutan. – Simbol titik digunakan untuk mewakili tempat atau tapak tertentu seperti masjid, kilang dan petempatan. – Simbol garisan digunakan untuk mewakili ciri-ciri yang berbentuk garis seperti jalan raya, sungai dan jambatan. – Singkatan perkataan digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri fizikal dan budaya dengan mudah. 2. (a) Pandang darat fizikal ialah ciri-ciri semula jadi. Contohnya, bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhtumbuhan semula jadi. (b) Pandang darat budaya ialah ciri-ciri buatan manusia. Contohnya, petempatan, pengangkutan dan kegiatan ekonomi. 3. (a) Tulis tajuk peta lakar serta lukis pemidang peta. Kemudian, masukkan arah mata angin. Pilih simbol dan singkatan perkataan yang sesuai. Selepas itu, lukiskan ciri-ciri geografi dengan menggunakan simbol dan singkatan perkataan yang sesuai. Akhirnya, tuliskan petunjuk. (b) Ini adalah kerana setiap kawasan akan berkembang dan ciri-ciri pandang darat fizikal dan budaya sentiasa berubah dari semasa ke semasa. PRAKTIS 4 Bahagian A 1. C 2. C 3. B 4. C 5. A 6. D 7. D Bahagian B 1. (a) P : Kedah Q : Terengganu R : Melaka S : Sabah (b) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada awalnya terletak di Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. 2. (a) Kuala Lumpur (b) (i) Selangor (ii) Negeri Sembilan (c) (i) Pusat perniagaan (ii) Pusat kebudayaan (iii) Pusat kewangan (d) Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan kedudukannya sangat strategik kerana berada di pertengahan laluan jalan utara dan selatan. Bahagian C 1. (a) Malaysia terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara, iaitu pada latitud 1°U hingga 7°U dan longitud 100°T hingga 120°T. Keluasan Malaysia ialah 329 758 km persegi. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan. Malaysia terbahagi kepada Malaysia Barat dan Malaysia Timur. (b) Negeri yang dilalui oleh Faudzy ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah. Semua negeri ini terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. 2. (a) Negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah Pahang, Terengganu dan Kelantan. (b) – Ibu negeri bagi Johor ialah Johor Bahru. – Ibu negeri bagi Melaka ialah Bandaraya Melaka. – Ibu negeri bagi Negeri Sembilan ialah Seremban. – Ibu negeri bagi Selangor ialah Shah Alam. – Ibu negeri bagi Perak ialah Ipoh. – Ibu negeri bagi Pulau Pinang ialah Georgetown. – Ibu negeri bagi Kedah ialah Alor Setar. – Ibu negeri bagi Perlis ialah Kangar. 3. (a) Negara yang bersempadan dengan Malaysia ialah Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei Darussalam. (b) Negeri di timur Malaysia ialah Sarawak dan Sabah. Ibu negerinya ialah Kuching dan Kota Kinabalu. PRAKTIS 5 Bahagian A 1. B 2. C 3. B 4. A 5. B 6. C 7. B 8. A 9. D 10. C 11. A 12. A 13. D 14. C 15. B CONTOH


J3 Bahagian B 1. (a) A : Kerak bumi B : Mantel C : Teras luar D : Teras dalam (b) Lapisan-lapisan yang terletak di kerak bumi ialah sial dan sima. Sial terdiri daripada silika dan aluminium yang terletak di bahagian atas kerak bumi dan membentuk benua di permukaan bumi. Sima terdiri daripada silika dan magnesium yang terletak di bawah sial dan di dasar lautan. 2. (a) B1 : Benua Amerika Utara B2 : Benua Antartika B3 : Benua Asia (b) L1 : Lautan Atlantik L2 : Lautan Selatan L3 : Lautan Hindi (c) Selat Melaka terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera (Indonesia). Selat ini merupakan selat terpanjang di dunia. Bahagian C 1. (a) Komponen yang membentuk bumi terdiri daripada atmosfera, litosfera, hidrofera dan biosfera. (b) – Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelubungi bumi. Lapisan ini mengandungi pelbagai jenis gas, habuk, asap dan wap air. – Litosfera ialah lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel. Lapisan ini mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral. – Hidrosfera meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi. Lapisan ini merangkumi air laut, air sungai, air tasik, air bawah tanah dan litupan ais. – Biosfera ialah kawasan yang didiami oleh semua benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Kawasan ini melibatkan bahagian kerak bumi dan atmosfera. 2. (a) Benua ialah daratan yang sangat luas di permukaan bumi dan terdiri daripada tujuh benua yang dikelilingi oleh lima lautan yang luas. (b) – Benua Asia ialah benua terbesar di dunia. Ia meliputi keluasan kira-kira 55.8 juta kilometer persegi. – Benua Afrika ialah benua kedua terbesar di dunia. Ia meliputi keluasan kira-kira 30 juta kilometer persegi. – Benua Amerika Utara ialah benua ketiga terbesar di dunia. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 24.5 juta kilometer persegi. 3. (a) Kawasan laut yang sempit yang memisahkan dua daratan atau pulau. Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka. (b) – Lautan Pasifik ialah lautan terbesar di dunia. Purata kedalamannya ialah 4 300 m. – Lautan Artik ialah lautan terkecil dan tercetek di dunia. Ia terletak berdekatan dengan Kutub Utara. – Lautan Atlantik ialah lautan kedua terbesar di dunia. Ia memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf S. 4. (a) Gunung berapi terbentuk apabila berlaku pertembungan dua plat yang mewujudkan zon benam. Satu plat terjunam ke bawah dan bertemu dengan lapisan mantel. Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk gunung dan rekahan. Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi dan membentuk gunung berapi. (b) Kesan letupan gunung berapi boleh membawa kemusnahan infrastruktur seperti jalan raya dan bekalan elektrik. Nyawa penduduk di sekitarnya juga akan terjejas jika mereka tidak sempat melarikan diri. 5. (a) Kesan kejadian gempa bumi ialah menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk di sekitar Ranau dan membawa kematian terhadap penduduk. (b) Penduduk di sekitar Ranau boleh mempelajari caracara untuk melindungi diri ketika gempa bumi berlaku. Selain itu, penduduk juga perlu sentiasa peka terhadap berita gempa bumi yang diumumkan oleh pihak kerajaan. PRAKTIS 6 Bahagian A 1. A 2. C 3. A 4. D 5. B 6. A 7. A 8. A 9. B 10. A 11. D 12. A 13. C 14. C 15. C 16. C 17. D 18. A 19. D 20. C 21. C 22. C 23. A 24. D Bahagian B 1. (a) P : Banjaran Titiwangsa Q : Banjaran Tahan R : Banjaran Kapuas Hulu S : Banjaran Crocker (b) Gunung Tahan merupakan kemuncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya ialah 2187 m. Di bawah kaki gunung terdapat Taman Negara. 2. (a) P : Dataran Kedah-Perlis Q : Dataran Kelantan R : Dataran Pantai Barat Sarawak S : Dataran Pantai Timur Sabah (b) Dataran Pantai Barat Sarawak merupakan dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas. Dataran ini sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran. 3. (a) Batu tunggul (b) (i) Gerbang laut (ii) Batu sisa (c) Faktor yang mempengaruhi pembentukan batu tunggul ialah hakisan ombak. (d) Batu tunggul terbentuk apabila bumbung gerbang laut runtuh akibat hakisan ombak. 4. (a) P : Sungai Kelantan Q : Sungai Perak R : Sungai Pahang S : Sungai Rajang (b) Sungai di Sarawak digunakan untuk mengangkut kayu balak seperti di Sungai Rajang dan Sungai Baram. Selain itu, sungai di Sarawak juga penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar seperti di Sungai Rajang. Sungai di Sarawak juga dijadikan empangan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik seperti Empangan Murum. Bahagian C 1. (a) Kawasan tanah tinggi di Malaysia merupakan kawasan yang melebihi 180 m dari aras laut. Kawasan ini terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi. (b) Kepentingan tanah tinggi di Malaysia ialah sebagai kawasan pelancongan. Ini kerana tanah tinggi mempunyai pemandangan yang menarik dan suhu yang nyaman. Selain itu, kawasan tanah tinggi juga sesuai dijalankan kegiatan pertanian seperti menanam tanaman hawa sederhana. Kawasan tanah tinggi CONTOH


J4 boleh dijadikan tapak jana kuasa hidroelektrik kerana kawasan ini menerima hujan yang banyak dan sesuai untuk membina stesen penjanaan kuasa hidroelektrik. 2. (a) Kawasan tanah pamah di Malaysia merupakan kawasan datar atau beralun yang mempunyai ketinggian kurang daripada 180 m dari aras laut. Kawasan ini terdiri daripada delta, dataran pantai dan lembangan sungai. (b) Kepentingan tanah pamah di Malaysia ialah sebagai petempatan. Ini kerana kawasan tanah pamah yang rata serta struktur tanah yang stabil sesuai dibina rumah seperti di Kuala Lumpur. Selain itu, kawasan tanah pamah sesuai untuk pertanian seperti menanam padi di Dataran Kedah-Perlis. Kawasan tanah pamah yang dilengkapi kemudahan infrastruktur berpotensi menjadi kawasan perindustrian dan perdagangan seperti Kawasan Perindustrian Perai. 3. (a) – Tebing tinggi terbentuk di kawasan tanah tinggi yang bercerun tegak dan bertebing curam. – Gua terbentuk akibat tindakan ombak terhadap tebing tinggi. – Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan keras yang tahan hakisan. (b) Pulau sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan di Malaysia kerana pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut dan mempunyai air yang jernih serta pasir yang putih. 4. (a) Kepentingan sungai di Semenanjung Malaysia ialah sebagai sempadan antarabangsa dan sempadan negeri seperti Sungai Bernam. Selain itu, sungai penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar seperti Sungai Pahang. Sungai juga boleh dijadikan empangan untuk penjanaan kuasa hidroelektrik seperti Empangan Pergau. (b) Contoh jawapan Penduduk di tempat tinggal saya menggunakan sungai sebagai sumber pengairan yang membolehkan kawasan penanaman padi mempunyai sumber air yang cukup. Selain itu, penduduk juga menggunakan sungai sebagai sistem pengangkutan untuk berhubung dengan kawasan pedalaman. PRAKTIS 7 Bahagian A 1. B 2. A 3. C 4. A 5. B 6. A 7. D 8. D 9. D 10. A 11. D 12. C 13. C 14. C 15. B 16. A 17. A Bahagian B 1. (a) Tasik ladam (b) (i) Hakisan (ii) Pemendapan (c) Peringkat aliran sungai yang terdapat tasik ladam ialah peringkat hilir sungai. Peringkat ini mempunyai aliran sungai perlahan dan berliku-liku. Lurah sungai semakin lebar dan cetek yang membentuk cerun lebih landai. (d) Proses pembentukan tasik ladam ialah aliran sungai menghakis tebing dan memendapkan di tebing berlawanannya. Kemudian, liku yang hampir bulat bercantum pada sungai utama. Tasik ladam terbentuk apabila likuan sungai terpisah dari sungai. 2. (a) P : Tasik Kenyir Q : Tasik Chini R : Tasik Bera S : Loagan Bunut (b) Tasik Bera menyalurkan air ke rumah penduduk untuk kegunaan harian seperti membasuh pakaian. Selain itu, tasik membekalkan sumber ikan air tawar kepada penduduk seperti ikan baung dan haruan. Tasik Bera juga dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan kepada penduduk setempat. Bahagian C 1. (a) Ciri-ciri peringkat hulu sungai ialah lurah sempit berbentuk ‘V’, bercerun curam, aliran air yang deras dan banyak jeram, air terjun dan lubang periuk. (b) Ciri-ciri peringkat hilir sungai ialah lurah semakin melebar dan cetek, aliran sungai perlahan dan berlikuliku, cerun lebih landai dan terbentuk tasik ladam, tetambak dan delta. 2. (a) Delta terbentuk apabila sungai mengalir sampai di muara sungai, bahan-bahan muatan termendap dan membentuk sebuah kawasan aluvium yang dikenal sebagai delta. (b) Air terjun terbentuk apabila air sungai mengalir dari tanah tinggi ke tanah yang lebih rendah secara tibatiba. 3. (a) Sungai di Malaysia penting sebagai sumber pengairan utama bagi kegiatan pertanian seperti penanaman padi di Sungai Muda. Selain itu, air sungai boleh dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan domestik seperti Sungai Pahang. Sungai juga membekalkan sumber ikan air tawar seperti ikan lampam. (b) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di Malaysia ialah menguatkuasakan undang-undang seperti pihak berkuasa sentiasa memantau pengusaha industri yang membuang sisa toksik ke dalam sungai. Selain itu, mengadakan kempen kesedaran dan pendidikan untuk menyedarkan masyarakat tentang penjagaan sungai di sekitar. 4. (a) Tasik di Malaysia penting sebagai tapak untuk menjana kuasa hidroelektrik kerana tasik mempunyai tabungan air yang banyak. Selain itu, tasik dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian kepada penduduk setempat. Tasik juga dapat dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan seperti Tasik Bera. (b) Tasik Kenyir dijadikan sebagai tapak penjanaan kuasa hidroelektrik kerana tasik mempunyai takungan air yang banyak dan sesuai untuk menjana elektrik melalui empangan yang dibina. PRAKTIS 8 Bahagian A 1. A 2. A 3. A 4. C 5. B 6. A 7. B 8. B 9. D 10. D 11. A 12. C 13. B 14. D 15. C 16. A 17. D Bahagian B 1. (a) P : Kawasan berpenduduk jarang Q : Kawasan berpenduduk padat R : Kawasan berpenduduk padat S : Kawasan berpenduduk sederhana (b) Kawasan P menjadi kurang tumpuan penduduk akibat darjah ketersampaian yang rendah di tanah tinggi. Selain itu, kawasan ini tidak mempunyai kemudahan sosial yang lengkap. Kawasan ini juga diwartakan oleh kerajaan sebagai hutan simpan dan taman negara untuk kelestarian alam. 2. (a) Kawasan berpenduduk jarang (b) (i) Kuala Tahan (ii) Kapit CONTOH


J5 (c) Kawasan luar bandar kurang menjadi tumpuan penduduk akibat darjah ketersampaian yang rendah. Selain itu, bentuk muka bumi yang tidak rata sukar dibina jalan raya dan memerlukan kos yang tinggi. (d) Pihak kerajaan boleh mengadakan pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk membawa penduduk berpindah ke kawasan pedalaman. Lama kelamaan, kawasan itu akan menjadi kawasan berpenduduk sederhana padat. Bahagian C 1. (a) Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan. Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata. Taburan penduduk terdiri daripada kawasan berpenduduk padat, sederhana dan jarang. Anggaran jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 31.7 juta orang. (b) Kawasan berpenduduk padat terletak di kawasan rata dan subur yang sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi seperti Kuala Lumpur. Kawasan berpenduduk sederhana padat tertumpu di kawasan pertanian, pesisiran pantai dan bandar kecil seperti Tumpat. Kawasan berpenduduk jarang ialah kawasan yang berhutan tebal dan kawasan pedalaman di tanah tinggi seperti Kapit. 2. (a) Faktor fizikal yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia ialah tanah pamah menjadi tumpuan penduduk kerana sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi dan kawasan petempatan. Tanah tinggi kurang penduduk kerana kurang darjah ketersampaian. Kawasan pinggir laut dan saliran menjadi tumpuan penduduk akibat pengaruh kegiatan ekonomi perikanan dan pertanian. (b) Faktor ekonomi yang mempengaruhi sesuatu kawasan menjadi tumpuan penduduk ialah kegiatan pertanian di Dataran Kelantan, kegiatan perlombongan petroleum di Kerteh, kegiatan perikanan di Semporna dan kegiatan perindustrian di Bayan Lepas. 3. (a) Faktor sosial yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia ialah kawasan yang mempunyai kemudahan seperti bekalan air dan pengangkutan menjadi tumpuan penduduk. Kawasan yang mempunyai kemudahan pendidikan juga menjadi pilihan penduduk. (b) Dasar kerajaan yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia ialah pembukaan bandar baharu dapat menarik lebih banyak penduduk berhijrah. Selain itu, pewartaan hutan simpan dan taman negara di sesuatu kawasan menyebabkan kawasan itu berpenduduk jarang. Pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) juga menyebabkan sesuatu kawasan berpenduduk sederhana padat. 4. (a) Gua Musang adalah kawasan berpenduduk sederhana padat. Kawasan ini menjalankan kegiatan pembalakan. Kepadatan penduduk ialah 50 hingga 200 orang bagi sekilometer persegi. (b) Kawasan Gua Musang diwartakan sebagai kawasan hutan tadahan air demi kelestarian alam boleh menyebabkan kawasan itu menjadi berpenduduk jarang. PRAKTIS 9 Bahagian A 1. B 2. A 3. C 4. C 5. A 6. C 7. C 8. A 9. A 10. B 11. B 12. C 13. C 14. D 15. B 16. A Bahagian B 1. (a) Pola petempatan berpusat (b) (i) Rumah atau bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan. (ii) Terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan. (c) Kawasan yang terdapat pola petempatan berpusat ialah Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur, Taman Mayang Jaya di Petaling Jaya dan Bandar Baru Bangi di Bangi. (d) Kemudahan yang terdapat di kawasan pola petempatan berpusat ialah pusat perniagaan, pelabuhan, rumah ibadat dan lebuh raya. 2. (a) P : Bandar teknologi maklumat Q : Bandar pertahanan R : Bandar pelabuhan S : Bandar perlombongan (b) – Cyberjaya berperanan mengembangkan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). – Port Dickson mempunyai pangkalan tentera yang boleh mengembangkan bandar ini menjadi kawasan petempatan yang lebih besar. – Pasir Gudang melibatkan urusan import dan eksport. Bahagian C 1. (a) Ciri petempatan bandar di Malaysia ialah jumlah penduduk melebihi 10 000 orang, mempunyai kemudahan asas yang pelbagai, kawasan kediaman berciri moden dan kegiatan ekonomi melibatkan sektor perindustrian, perniagaan, pembinaan, pentadbiran dan perkhidmatan. (b) Ciri petempatan luar bandar di Malaysia ialah jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang, kemudahan asas yang minimum, kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional serta kegiatan ekonomi terhad kepada sektor pertanian, penternakan dan industri desa. 2. (a) Ciri pola petempatan berpusat ialah rumah atau bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk, terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan dan rumah ibadat serta terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan. Contohnya, petempatan di Bandar Tun Razak. (b) Perbezaan pola petempatan berpusat dan pola petempatan berselerak ialah rumah di petempatan berpusat dibina secara rapat, tetapi rumah di petempatan berselerak dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain. Petempatan berpusat terdapat di persimpangan jalan raya, tetapi petempatan berselerak terdapat di kampung, kebun kecil getah dan sayur. 3. (a) Ciri pola petempatan berkelompak ialah susun atur rumah secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan dan terdapat di kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan. Contohnya, Felda Trolak dan Felda Air Tawar. (b) Ciri pola petempatan berjajar ialah rumah atau bangunan dibina di sepanjang jalan raya dan di tepi pantai, kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam serta terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai. Contohnya, sepanjang Sungai Rajang dan pesisir pantai Kuala Besut. 4. (a) Fungsi sosial di sesuatu petempatan bandar merujuk kepada fungsi bandar dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada penduduk. CONTOH


J6 (b) – Bandar sempadan berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara. Contohnya, Rantau Panjang. – Bandar pertahanan menempatkan pangkalan tentera yang menjadikan bandar berkembang sebagai kawasan petempatan yang lebih besar. Contohnya, Lumut. – Bandar pentadbiran berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara dan pusat pentadbiran. Contohnya, Putrajaya. 5. (a) Fungsi ekonomi di sesuatu petempatan luar bandar ialah dapat menawarkan peluang pekerjaan dari kegiatan pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa kepada penduduk. (b) Petempatan luar bandar mempunyai kemudahan sosial seperti rumah ibadat, klinik kesihatan, perkhidmatan pos, bekalan air dan elektrik. Ini dapat memberi banyak kemudahan kepada penduduk. PRAKTIS 10 Bahagian A 1. C 2. A 3. A 4. D 5. A 6. B 7. A 8. C 9. C 10. D 11. A 12. C 13. D 14. C 15. A 16. B Bahagian B 1. (a) P : Vietnam Q : Indonesia R : Filipina S : Timor Leste (b) Menam Chao Phraya merupakan sungai terpenting di Thailand. Sungai ini ialah jalan pengangkutan utama di Thailand. Lembah Chao Phraya kaya dengan tanih aluvium yang subur untuk penanaman padi. Sungai ini mengangkut kayu balak dan barangan pukal dari pedalaman ke bandar. 2. (a) Indonesia (b) (i) Tasik ini terbentuk akibat ledakan gunung berapi. (ii) Tasik ini terbentuk di kawasan pergunungan. (c) Danau Toba menjadi tarikan pelancongan kerana ia merupakan tasik vulkanik dan terdapat sebuah pulau di tengah-tengah tasik yang terbentuk akibat pergerakan magma di bawah tasik. (d) Kepentingan Danau Toba ialah membekalkan sumber air untuk keperluan domestik dan aktiviti pertanian kepada penduduk setempat. Bahagian C 1. (a) Negara yang terletak di Tanah Besar Asia Tenggara ialah Malaysia (Semenanjung Malaysia), Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam. (b) Negara yang terletak di Kepulauan Asia Tenggara ialah Malaysia (Sabah dan Sarawak), Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Timor Leste dan Filipina. 2. (a) Ciri tanah tinggi di Asia Tenggara ialah tanah tinggi berpunca dari Banjaran Himalaya di utara dan menganjur ke Asia Tenggara bermula di Banjaran Arakan Yoma. Tanah tinggi terdiri daripada banjaran gunung lipat muda dan banjaran gunung lipat tua. Contohnya, Banjaran Annam dan Banjaran Crocker. (b) Ciri tanah pamah di Asia Tenggara ialah terdiri daripada kawasan yang subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian seperti penanaman padi. Kebanyakan kawasan ialah delta dan lembah sungai. Contohnya, Delta Sungai Mekong dan Delta Sungai Irrawaddy. 3. (a) Gunung berapi yang terdapat di Indonesia yang masih aktif ialah Gunung Merapi, Gunung Kerinci dan Gunung Krakatau. (b) Gunung berapi yang terdapat di Filipina yang masih aktif ialah Gunung Mayan dan Gunung Pinatubo. 4. (a) Laut yang terletak di sekitar Asia Tenggara ialah Laut Andaman, Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulawesi dan Laut Sulu. (b) Bentuk muka bumi yang terbentuk di pinggir laut di Asia Tenggara ialah pentas benua. Bentuk muka bumi ini terbentuk di bahagian dasar laut yang cetek, iaitu kedalamannya kurang daripada 180 m. 5. (a) Sungai Mekong merupakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara. Sungai ini berpunca dari Dataran Tibet di utara, mengalir melalui Yunan, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. (b) Tonle Sap merupakan sumber perikanan air tawar di Kemboja. Selain itu, Tonle Sap ialah sistem pengairan untuk penanaman padi bagi penduduk setempat. Tonle Sap juga merupakan kawasan pelancongan untuk membawa pelancong melihat pemandangan di sekitar tasik. PRAKTIS 11 Bahagian A 1. D 2. B 3. A 4. B 5. D 6. D 7. D 8. D 9. C 10. A 11. C 12. A 13. C 14. A 15. B 16. D Bahagian B 1. (a) P : Hanoi Q : Bangkok R : Kuala Lumpur S : Jakarta (b) Ciri kawasan berpenduduk padat di Asia Tenggara ialah sebagai ibu negara, sungai sebagai jalan perhubungan, delta dan lembah sungai yang subur serta dataran pantai untuk perikanan. 2. (a) Thailand (b) (i) Terletak di sebelah timur tebing Menam Chao Phraya. (ii) Jumlah penduduk 9.44 juta orang (2016). (c) Fungsi utama Bangkok ialah sebagai sebuah pelabuhan dan pusat kegiatan ekonomi utama di Thailand. (d) Bangkok terkenal sebagai ‘Venice Timur’ kerana Bangkok terdapat pasar terapung yang serupa dengan corak di Venice. Bahagian C 1. (a) Taburan penduduk di Asia Tenggara adalah berbezabeza mengikut kawasan. Terdapat penduduk padat di ibu negara dan bandar utama. Kawasan pinggir bandar dan bandar baharu berpenduduk sederhana padat dan kawasan pedalaman berpenduduk jarang. (b) Penduduk di Asia Tenggara dianggarkan melebihi 640 juta orang (Jun 2016). Angka tersebut bersamaan 8.62% daripada keseluruhan populasi penduduk dunia. 2. (a) – Kebanyakan bandar utama di Asia Tenggara berfungsi sebagai ibu negara dan pusat pentadbiran. Contohnya, Jakarta dan Bangkok. – Bandar utama juga menjadi pusat pelancongan untuk menarik tarikan pelancong dari luar negara. Contohnya, Bangkok dan Kuala Lumpur. – Pusat perhubungan dan pengangkutan yang terletak di bandar utama di Asia Tenggara ialah seperti Lapangan Terbang Antarabangsa SaekarnoHatta di Jakarta. CONTOH


J7 (b) Kuala Lumpur merupakan bandar metropolitan terbesar di Malaysia yang mempunyai fungsi sebagai pusat perindustrian dan perdagangan serta pusat pendidikan. 3. (a) Bangkok merupakan ibu negara Thailand. Bangkok merupakan pusat kegiatan ekonomi Thailand dan pelabuhan utama. Bangkok juga terkenal dengan jolokan ‘Venice Timur’. (b) Manila merupakan ibu negara Filipina. Manila merupakan bandar raya kosmopolitan dan berfungsi sebagai pusat kegiatan ekonomi utama Filipina. 4. (a) Jakarta merupakan ibu negara Indonesia, manakala ibu negara Singapura ialah bandar raya metropolitan. Jakarta berfungsi sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan pusat perdagangan. Manakala Singapura berfungsi sebagai pusat kewangan dan perdagangan antarabangsa serta pelabuhan terpenting di dunia. (b) Jawapan murid PRAKTIS 12 Bahagian A 1. D 2. C 3. A 4. B 5. B 6. A 7. D 8. B 9. C 10. D 11. C 12. A 13. A 14. C 15. A 16. A Bahagian B 1. (a) Air permukaan (b) (i) Sungai Kelantan (ii) Sungai Rajang (c) Sungai bermula apabila air hujan diturunkan dari langit oleh awan ke permukaan bumi. Air hujan yang berada di permukaan bumi mengalir menjadi air larian permukaan. Air larian permukaan membentuk alur kecil dan bercantum menjadi anak sungai. Anak sungai mengalir dan bercantum untuk membentuk sungai. (d) Kegunaan sungai ialah untuk kegunaan harian, industri dan sumber pengairan bagi pertanian. 2. (a) Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai (b) (i) Sungai Klang (ii) Sungai Rim (c) Kesan kejadian itu boleh menyebabkan kekurangan bekalan air bersih dan kepupusan flora dan fauna. (d) Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah itu ialah penguatkuasaan undang-undang dan mengadakan kempen kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan penduduk. Bahagian C 1. (a) Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan. Jenis air permukaan di Malaysia ialah sungai, empangan dan tasik. (b) Air bawah tanah ialah air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi. Jumlah air bawah tanah di Malaysia ialah kirakira 5 000 bilion meter padu. 2. (a) Fenomena cuaca seperti kemarau dan El Nino yang menyebabkan berlakunya krisis air di Malaysia. Kesannya ialah penyusutan aras air di Empangan Timah Tasoh dan empangan Tasik Merah sehingga mencapai tahap kritikal. (b) Penebangan hutan di kawasan tadahan air boleh menyebabkan hakisan tanah. Pemendapan dan hakisan cerun boleh menjejaskan bekalan sumber air dan seterusnya krisis air. 3. (a) Penduduk yang tinggal di pinggir sungai yang tercemar akan mengalami masalah kekurangan air bersih. Mereka terpaksa mencatu air bersih untuk kegunaan harian. Selain itu, mereka juga akan terjangkit penyakit bawaan air akibat bekalan air sungai yang tercemar. (b) Jenis penyakit bawaan air yang boleh menular kepada penduduk ialah seperti penyakit taun, demam kepialu dan leptospirosis. 4. (a) Lembah Klang dilanda krisis air kerana fenomena El Nino yang melanda Malaysia. Keadaan itu menyebabkan kemarau panjang di seluruh Semenanjung Malaysia. (b) Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi krisis air ialah memelihara dan memulihara kawasan tadahan hujan supaya sumber air selamat, bersih dan cukup untuk digunakan. Selain itu, kempen kesedaran dan pendidikan juga penting untuk menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar dan jimat menggunakan air. Pihak kerajaan juga boleh meneroka air bawah tanah untuk memastikan bekalan sumber air mencukupi. PRAKTIS 13 Bahagian A 1. B 2. A 3. B 4. A 5. B 6. B 7. A 8. A 9. C 10. A 11. A 12. B 13. B 14. A 15. D 16. C Bahagian B 1. (a) Sisa pepejal (b) (i) Plastik (ii) Logam (c) Bahan sisa domestik itu ialah bahan organik. Bahan ini boleh diuraikan dan dilupuskan. Bahan ini dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan. (d) Untuk mengelakkan sisa makanan terbentuk, kita perlu sentiasa mengamalkan amalan jimat cermat dan jangan membuang makanan berlebihan. 2. (a) P : Tikus Q : Nyamuk R : Lipas S : Lalat (b) Penyakit yang disebarkan oleh haiwan itu ialah penyakit taun, demam denggi, malaria, zika dan rotavirus. (c) Haiwan tersebut suka di tempat pembuangan sisa sampah kerana tempat itu kotor, gelap dan mempunyai banyak sisa makanan yang boleh dimakan oleh mereka. Bahagian C 1. (a) Sisa domestik bahan organik boleh diuraikan dan dilupuskan. Bahan ini dihasilkan daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Contohnya, sisa makanan, sisa kebun dan kertas. (b) Sisa domestik bahan bukan organik sukar diuraikan dan dilupuskan. Bahan ini dihasilkan daripada sumber mineral. Contohnya, tin, plastik, besi buruk dan kaca. 2. (a) Pembuangan sisa domestik tanpa kawalan boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Alam sekitar akan mengalami kemusnahan dan memberi kesan kepada hidupan di dunia. Kesannya ialah pencemaran, penularan, wabak penyakit, kejadian banjir kilat dan kesan sosioekonomi. (b) Langkah yang boleh mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik yang menyebabkan banjir kilat ialah menguatkuasakan undang-undang. Pihak CONTOH


J8 berkuasa harus mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat yang tidak menguruskan sisa domestik dengan baik dan secara sistematik. 3. (a) Jenis pencemaran yang terbentuk ialah pencemaran air apabila sampah sarap dibuang ke kawasan sumber air. Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan sampah. Pencemaran bau ialah timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau busuk. (b) Kos-kos penyelenggaraan yang dibiayai oleh pihak berkuasa setempat ialah kos penyelenggaraan tapak pelupusan, baik pulih kemusnahan, perawatan air tercemar dan gaji pekerja pembersihan. 4. (a) Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik ialah amalan 3R, penggunaan teknologi terkini, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan dan kempen. (b) Amalan 5R yang boleh diterapkan dalam amalan gaya hidup lestari di Malaysia ialah fikir semula, kurangkan, perbaiki, guna semula dan kitar semula. 5. (a) Loji Waste to Energy (WtE) merupakan teknologi terkini yang mampu mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85%. Teknologi ini juga mampu mengurangkan pencemaran bau berbanding tapak pelupusan sedia ada. (b) Kempen-kempen yang diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar ialah seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita. Bahagian A 1. B 2. A 3. D 4. B 5. A 6. D 7. A 8. A 9. B 10. C 11. C 12. D 13. A 14. C 15. B 16. C 17. D 18. D 19. C 20. A Bahagian B 1. (a) (i) Padi (ii) Petempatan (b) 155° (c) (i) Kontur (ii) Sungai (iii) Hutan (d) Pembalakan dan memungut kelapa sawit (e) Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi itu ialah bentuk muka bumi. Hutan tumbuh di kawasan bukit dan kelapa sawit ditanam di kawasan kaki bukit yang landai. 2. (a) P : Peringkat hulu sungai Q : Peringkat tengah sungai R : Peringkat hilir sungai (b) (i) Air terjun (ii) Lubang periuk (iii) Jeram (c) Bentuk muka bumi di peringkat hilir sungai ialah tasik ladam dan delta. Tasik ladam terbentuk apabila likuan sungai terpisah dari sungai. Delta terbentuk apabila bahan muatan berlanar dimendapkan di muara sungai. 3. (a) Petempatan bandar (b) (i) Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang. (ii) Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai. (c) (i) Perindustrian (ii) Perniagaan (iii) Perkhidmatan (d) Fungsi petempatan di Kuala Lumpur ialah sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pendidikan. Kuala Lumpur mempunyai pelbagai kegiatan industri dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan dan teknikal. Kuala Lumpur juga sebagai pusat pendidikan kerana terdapat banyak institusi pendidikan tinggi yang besar. Bahagian C 1. (a) Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak. Di kawasan itu terdapat beberapa banjaran dan gunung yang tinggi. Di Sabah, terdapatnya Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu. Di Sarawak, terdapatnya Banjaran Tama Abu dan Banjaran Pergunungan Iran. (b) Kepentingan tanah tinggi di Sabah ialah sebagai tempat pelancongan yang mempunyai pemandangan yang manarik dan suhu yang nyaman. Contohnya, Gunung Kinabalu. Selain itu, kawasan tanah tinggi di Sabah juga sesuai untuk menanam tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran. Contohnya, Tanah Tinggi Kundasang. 2. (a) Fungsi petempatan luar bandar di Malaysia ialah sebagai kawasan pelbagai kegiatan ekonomi, iaitu pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa yang menawarkan peluang pekerjaan. Selain itu, petempatan luar bandar juga mempunyai kemudahan sosial seperti rumah ibadat, klinik kesihatan, perkhidmatan pos dan bekalan air. (b) Negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia mempunyai penduduk padat kerana terdapat dataran aluvium yang luas dan sesuai untuk penanaman padi seperti Dataran Kedah-Perlis. Selain itu, kawasan tersebut mempunyai banyak bandar besar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan perindustrian seperti Kuala Lumpur. Kawasan tersebut juga kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah di Lembah Kinta. 3. (a) Sungai dan tasik di Asia Tenggara penting sebagai jalan perhubungan dan pengangkutan, contohnya Sungai Irrawaddy. Selain itu, kawasan lembah sungai yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian, contohnya Sungai Mekong dan Menam Chao Phraya. (b) Kuala Lumpur menjadi metropolitan terbesar di Malaysia dengan menggabungkan sebuah metropolis besar dan kawasan pengaruhnya yang bersebelahan, iaitu kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kuala Lumpur juga mempunyai jumlah penduduk 1.76 juta orang dan menjadi ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur juga mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perdagangan dan pendidikan. 4. (a) Wajar, kerana amalan 3R dapat membantu kita mengelakkan pembaziran sumber-sumber semula jadi yang sukar didapat semula. (b) Amalan 3R ialah kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse) dan kitar semula (Recycle). Saya boleh mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas polistirena dengan menggantikan beg kitar semula dan bekas guna semula. Selain itu, saya boleh mendermakan buku-buku, surat khabar dan majalah kepada pusat kitar semula. Saya juga akan menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum membuangnya. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) CONTOH


Demi Pentaksiran KSSM Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com tak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) 249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 00 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. g. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 g. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 mel: [email protected] man Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.90 Sabah/ S’wak: RM7.50 Berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Memenuhi format, standard dan keperluan kertas UASA terkini Disusun mengikut topik-topik dalam buku teks Menggabung jalinkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think Jawapan lengkap disediakan Judul-judul dalam siri ini: Subjek Tingkatan Bahasa Melayu Reka Bentuk & Teknologi Geografi Sejarah Pendidikan Islam Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) English 1 2 3 KSSM Pentaksiran TOPIK Demi TOPIK GEOGRAFI 1 9 786294 831971 ISBN 978-629-483-197-1 CONTOH


Click to View FlipBook Version