Ujian Akhir Sesi Akademik Persediaan Awal Sebelum UASA Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.90 Sabah/ S’wak: RM7.50 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.90 Sabah/ S’wak: RM7.50 Subjek Judul-judul dalam siri ini: Tingkatan Bahasa Melayu Reka Bentuk & Teknologi Geografi Sejarah Pendidikan Islam Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) English 123 Berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Memenuhi format, standard dan keperluan kertas UASA terkini Disusun mengikut topiktopik dalam buku teks Menggabungjalinkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think Jawapan lengkap disediakan Praktis Topikal ASPIRASI KSSM Praktis Topikal ASPIRASI KSSM 2 TINGKATAN Rufina Mansur K S S M Praktis Topikal ASPIRASI GEOGRAFI 2 GEOGRAFI ISBN 978-629-7560-23-6 9 786297 560236 00-Cv Praktis Topikal Aspirasi GEO.indd 2 14/3/2023 11:51:40 AM
iii Kandungan 1 – 7 Praktis 1 Bab 1 Skala dan Jarak 8 – 14 Praktis 2 Bab 2 Peta Topografi 15 – 20 Praktis 3 Bab 3 Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim 21 – 27 Praktis 4 Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia 28 – 33 Praktis 5 Bab 5 Pengangkutan di Malaysia 34 – 39 Praktis 6 Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia 40 – 45 Praktis 7 Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia Bab 7 46 – 51 Praktis 8 Bab 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Malaysia 52 – 57 Praktis 9 Bab 9 Pemanasan Global 58 – 63 Praktis 10 Bab 10 Teknologi Hijau Jawapan J1 – J12 64 – 74 Prak Aspirasi Geog T2 Kandungan.indd 3 27/02/2023 5:22 PM CONTOH
1 1. Antara berikut, yang manakah skala penyata? A 1 cm mewakili 1 km B 1 : 100 000 C 1 km = 100 000 cm D 0 1 2 3 km 2. Antara berikut, yang manakah jenis skala lurus? I Pecahan wakilan II Skala lurus mudah III Skala lurus penuh IV Skala mutlak A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan skala di bawah? 1 : 300 000 A 1 cm di atas peta bersamaan dengan 3 km di atas permukaan bumi B 1 km di atas bumi bersamaan dengan 3 cm di atas peta C 1 cm di atas peta bersamaan dengan 300 000 km di atas permukaan bumi D 3 km di atas permukaan bumi bersamaan 100 000 cm di atas peta 4. Antara berikut, yang manakah benar jika skala lurus berikut ditukar menjadi pecahan wakilan? 2 000 m 0 2 4 6 km A 1 : 200 000 B 1 : 100 000 C 1 cm mewakili 2 km D 1 cm mewakili 2 m 5. Jenis skala yang manakah berkaitan dengan maklumat di bawah? Tidak menggunakan sebarang unit ukuran. A Skala lurus B Jarak relatif C Skala penyata D Pecahan wakilan 6. Apakah maksud jarak? A Ukuran jauh di antara satu tempat ke tempat yang lain B Tidak tetap dan berubah-ubah C Tetap dan berubah-ubah D Nisbah jarak di atas peta 7. Apakah yang menentukan jarak relatif? I Kos II Masa III Garisan lurus IV Jenis pengangkutan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Nama: Tarikh: Praktis 1 Arahan: Jawab semua soalan. Skala dan Jarak Bab 1 Hal. Buku Teks: 2 – 15 BAHAGIAN A Jawab semua soalan. BAHAGIAN A Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 1 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
2 3 8. Antara berikut, pasangan yang manakah benar? 9. Berdasarkan maklumat di bawah, kirakan masa perjalanan dari Meru ke Setia menggunakan kereta. • Jarak dari Meru ke Setia adalah 5 km. • 1 km bersamaan 5 minit menggunakan kereta. A 5 minit C 25 minit B 10 minit D 2 jam 10. Antara berikut, pernyataan yang manakah merujuk kepada jarak mutlak? A Jarak di antara Kampung Baru ke Kampung Mara adalah 6 km B Jarak perjalanan antara rumah Suraya ke rumah Yana adalah 10 minit C Perjalanan Ranjit ke sekolah mengambil masa selama 30 minit D Tambang bas Brenda ke sekolah adalah RM2 11. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk mengukur sungai? A Pembaris B Jangka tolok C Sehelai kain D Jalur kertas 12. Jika jarak di atas peta adalah 5 cm, berapakah jarak di atas permukaan bumi? A 4 km B 5 cm C 20 cm D 20 km Soalan 13 dan 14 berdasarkan peta di bawah. 13. Kirakan jarak lurus dari rumah Siti ke rumah Ain. A 4 cm B 14 cm C 4 km D 14 km 14. Berapakah tambang teksi yang perlu dibayar oleh Ain jika dia ingin ke masjid? Tambang teksi 1 km = RM2 A RM2 B RM4 C RM12 D RM24 Jarak Mutlak Jarak Relatif A Tetap Tidak tetap B Berubah-ubah Tidak berubah-ubah C Berdasarkan masa Berdasarkan kos D Dinyatakan dalam tempoh masa seperti jam Dinyatakan dalam unit seperti meter 1 : 400 000 U Rumah Siti Rumah Ain 0 4 8 km Kos dan masa bagi setiap individu ke sesuatu lokasi dari rumahnya adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh jarak rumahnya ke sesuatu lokasi itu. Sudut Nota Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 2 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
2 3 1. (a) Tukarkan pecahan wakilan berikut kepada skala penyata. SP 1.1.1 (i) 1 : 10 000 : (ii) 1 : 2 000 : (iii) 1 : 500 000 : (iv) 1 : 100 000 : (v) 1 : 40 000 : (b) Jawab soalan di bawah mengenai maksud jenis-jenis skala. SP 1.1.2 (i) Skala lurus (ii) Skala penyata (iii) Pecahan wakilan Jawab semua soalan. BAHAGIAN B 1 : 200 000 Angka di hadapan pecahan wakilan merupakan unit di atas peta manakala angka selepasnya ialah ukuran sebenar di permukaan bumi. Cara membaca pecahan wakilan ialah 1 cm mewakili 200 000 cm di atas permukaan bumi atau 1 cm mewakili 2 km di atas permukaan bumi. Sudut Nota Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 3 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
4 5 2. Peta di bawah menunjukkan rumah Ahmad dan kawasan sekitarnya. SP 1.1.3 Lengkapkan jadual di bawah. Padang awam Rumah Mamat Masjid Kedai runcit Rumah Saiful Sekolah Rumah Ahmad Rumah Mia Rumah Nia U Tempat (i) Skala Lurus 0 2 4 km (ii) Skala Penyata 1 cm mewakili 4 km (iii) Pecahan Wakilan 1 : 300 000 (a) Rumah Ahmad ke sekolah (b) Kedai runcit ke masjid (c) Rumah Saiful ke padang awam (d) Rumah Nia ke rumah Mia (e) Sekolah ke masjid (f) Rumah Saiful ke rumah Nia Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 4 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
4 5 3. Jadual di bawah menunjukkan jarak rumah murid ke sekolah. SP 1.1.4 (a) Kirakan kos dan masa, jika Aisyah bertolak ke sekolah pada pukul 7.00 pagi menggunakan bas. (i) Kos : (ii) Masa : (b) Pada pukul berapakah Fitri akan sampai jika dia berbasikal ke sekolah pada pukul 6.45 pagi? (c) Kirakan kos bagi Aisyah dan Zahra jika mereka pergi ke sekolah dengan menaiki teksi. (i) Aisyah : (ii) Zahra : (d) Ayu pergi ke sekolah dengan berjalan kaki pada pukul 7.00 pagi. Berapakah masa yang diambil dan pada pukul berapakah dia akan sampai ke sekolah? Nama Murid Jarak dari Rumah ke Sekolah Fitri 5 km Sidek 3 km Aisyah 4 km Zahra 2 km Ayu 0.5 km Kos Masa Teksi: 1 km = RM2 Teksi: 1 km = 3 minit Bas: 1 km = RM1 Bas: 1 km = 6 minit Basikal: 1 km = 10 minit Berjalan kaki: 1 km = 10 minit Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 5 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
6 7 4. Peta di bawah menunjukkan Kampung Tujuh dan kawasan sekitarnya. SP 1.1.4 U Petunjuk Sungai Jambatan Jalan raya Getah Kelapa sawit Padi sawah Sek. Sekolah 0 1 2 km Sek. Rumah Abu Kampung Simpang Kampung Tujuh Kampung Sinar Kampung Naka Sg. Simpang Petempatan Masjid (a) Cari jarak lurus rumah Abu ke sekolah. (b) Cari jarak bagi sungai dari jambatan Kampung Naka ke Kampung Simpang. (c) Kirakan kos dan masa untuk Abu ke sekolah dengan menaiki teksi. (i) Kos : (ii) Masa : (d) Berapakah panjang jalan raya dari Kampung Tujuh ke Kampung Sinar? (e) Nyatakan alat yang sesuai digunakan untuk mengukur tempat-tempat berikut: (i) Panjang Sungai Simpang (ii) Jalan raya Kampung Naka ke Kampung Sinar Kos Masa 1 km = RM1.50 1 km = 5 minit Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 6 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
6 7 1. (a) Terangkan maksud jarak. SP 1.1.2 (b) Nyatakan perbezaan di antara jarak mutlak dengan jarak relatif. SP 1.1.2 2. (a) Senaraikan alat yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak melengkung dan contoh ciri pandang darat fizikal yang mempunyai jarak melengkung. (b) Jelaskan langkah-langkah mengukur jarak lurus menggunakan pembaris. Langkah-langkah 1. Bahagikan murid kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan. 2. Guru menyediakan tiga hentian di mana setiap hentian ditampal satu topik di dinding kelas. 3. Hentian 1 topik berkaitan skala, Hentian 2 topik berkaitan jarak mutlak dan relatif serta Hentian 3 topik berkaitan cara mengukur jarak lurus dan jarak melengkung. 4. Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain sambil berbincang mengenai topik berikut. 5. Kemudian, setiap kumpulan akan berkongsi pendapat dan maklumat yang diperoleh di hadapan kelas. Modul PAK Hentian Bas 21 Jawab semua soalan. BAHAGIAN C Skala dan jarak digunakan untuk mengetahui saiz sebenar kawasan di lapangan, merancang pembangunan wilayah kerana peta dapat menunjukkan luas kawasan dan mengetahui jarak lokasi musuh dalam ketenteraan. Antara kerjaya yang berkaitan dengan skala dan jarak adalah juruukur, jurutera, ahli kartografi, ahli geografi dan ketenteraan. Sudut Nota (iii) Jalan raya Kampung Tujuh ke Kampung Sinar (iv) Jarak rumah Abu ke masjid Prak Aspirasi Geog T2 Bab 1.indd 7 27/02/2023 5:26 PM CONTOH
64 5. Apakah faktor menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba di kawasan bandar? A Pembakaran hutan B Kegiatan pembalakan C Letusan gunung berapi D Kekurangan litupan tumbuh- tumbuhan 6. Apakah persamaan antara kedua-dua jenis angin dalam maklumat berikut? • Angin Monsun Timur Laut • Angin Sumatera A Bertiup dari Benua Asia B Membawa hujan yang lebat C Dipengaruhi oleh tekanan udara D Mengakibatkan ombak besar di laut 7. Mengapakah jaringan lebuh raya padat di pantai barat Semenanjung Malaysia? A Penduduk padat di pinggir laut B Kos pembinaan rendah C Bentuk muka bumi rata D Dasar kerajaan 8. Apakah kepentingan pengangkutan awam di Malaysia? I Wujud peluang pekerjaan baharu II Industri pelancongan dimajukan III Meningkatkan kesesakan lalu lintas IV Membawa hasil kilang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 1. Apakah keadaan yang menyebabkan berlaku kejadian pasang surut? A Putaran bumi B Peredaran bumi C Kejadian empat musim D Pergerakan bumi selama 1 tahun 2. Apakah kesan fenomena gerhana matahari? A Hemisfera utara mengalami musim panas B Kejadian pasang surut C Peningkatan suhu bumi D Waktu malam panjang 3. Apakah ciri iklim di Malaysia? A Julat suhu tahunan tinggi B Panas dan kering sepanjang tahun C Angin monsun mempengaruhi jumlah hujan D Menerima hujan pada hujung tahun sahaja 4. Mengapakah Kuala Pilah di Negeri Sembilan menerima hujan paling sedikit di Malaysia? A Terletak di cerun bukit menghadap angin lembap B Terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia C Terlindung oleh Banjaran Titiwangsa D Terletak di kawasan lindungan hujan Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 64 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
65 9. Mengapakah sistem pengangkutan udara penting di pedalaman Sabah dan Sarawak? A Mengangkut bahan mentah B Digunakan sewaktu kecemasan C Menghubungkan pusat pelancongan D Membangunkan kawasan-kawasan pedalaman 10. Kawasan berlorek yang manakah merupakan kawasan beriklim Gurun Panas? 11. Antara berikut, pasangan yang manakah benar? 12. Apakah kegiatan perikanan di kawasan iklim Tundra? A Ikan ditangkap untuk pasaran tempatan dan antarabangsa B Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri C Dijalankan pada musim bunga D Dijalankan pada musim sejuk 13. Lapangan terbang antarabangsa yang manakah terbaik di dunia? A Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai B Lapangan Terbang Antarabangsa Changi C Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur D Lapangan Terbang Moscow 14. Apakah kepentingan Pelabuhan Hong Kong terhadap Malaysia? A Pemindahan teknologi B Meluaskan pasaran C Bekalan buruh asing D Modal asing 15. Apakah faktor yang mempengaruhi kemajuan Pelabuhan Hong Kong? A Bekalan bahan mentah B Penduduk padat C Dasar laut yang dalam D Laluan perdagangan 16. Apakah kesan perkembangan kereta api Shinkansen di Jepun terhadap alam sekitar? A Pencemaran bunyi B Hutan terpelihara C Mengurangkan pencemaran udara D Perubahan landskap yang tidak menarik 17. Apakah faktor fizikal yang menyebabkan gas karbon monoksida meningkat? A Pencairan ais B Pencemaran udara C Pembakaran bahan api D Letusan gunung berapi 18. Apakah kesan pembebasan asap dari kawasan perindustrian secara tidak terkawal? I Suhu meningkat II Pencemaran udara III Tanah kehilangan nutrien IV Lapisan ozon menjadi tebal A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV U A B C D Iklim Laurentia Iklim China A Zon iklim panas sederhana Zon iklim sejuk B Min suhu tahunan 15°C Julat suhu tahunan melebihi 25°C C Min suhu tahunan 9°C hingga 17°C Hujan turun dalam bentuk hujan siklon D Min suhu tahunan 25°C Zon iklim panas Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 65 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
66 67 19. Foto di bawah menunjukkan produk teknologi hijau. Apakah kepentingan teknologi hijau dalam foto di atas? A Mengurangkan kebergantungan kepada sumber tidak boleh diperbaharui B Meningkatkan ekonomi negara C Meningkatkan pencemaran bunyi D Kualiti hidup rakyat menurun 20. Apakah produk yang dapat dikaitkan dengan teknologi hijau? A Plastik B Baja kimia C Motosikal D Bekas makanan ubi kayu Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 66 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
66 67 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Peta topografi yang disediakan untuk menjawab Soalan 1. Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 67 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
68 69 1. Soalan 1 berdasarkan peta topografi yang disediakan. Kaji peta topografi tersebut dengan teliti sebelum menjawab soalan berikut. (a) Nyatakan rujukan grid 6 angka bagi masjid. [2 markah] (b) Berapakah panjang jalan raya dari RG 795052 hingga RG 784069? [2 markah] (c) Senaraikan ciri pandang darat budaya yang terdapat di barat laut peta. [3 markah] (d) Jelaskan ciri pandang darat fizikal yang mempengaruhi taburan ciri pandang darat budaya di 1 (c). [4 markah] Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 68 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
68 69 (e) (i) Apakah ciri pandang darat budaya yang terdapat dalam rujukan grid berikut? [1 markah] (ii) Mengapakah ciri pandang darat budaya di 1 (e) (i) sesuai dibina di kawasan tersebut? [3 markah] 08 07 77 78 Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 69 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
70 71 2. Foto di bawah menunjukkan suatu fenomena yang terjadi di Kuala Lumpur. (a) Nyatakan fenomena yang berlaku dalam foto diberi. [1 markah] (b) Nyatakan empat faktor fenomena yang berlaku dalam foto diberi. (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 70 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
70 71 (c) Jelaskan kesan-kesan terhadap masyarakat akibat daripada fenomena dalam foto diberi. [4 markah] (d) Terangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kesan fenomena dalam foto diberi. [6 markah] Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 71 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
72 73 3. Foto di bawah menunjukkan sejenis pengangkutan lestari di Malaysia. (a) Namakan amalan pengangkutan lestari dalam foto diberi. [1 markah] (b) Nyatakan dua contoh lain bagi amalan pengangkutan lestari. (i) (ii) [2 markah] (c) Nyatakan kepentingan amalan pengangkutan lestari dalam foto diberi terhadap alam sekitar. [3 markah] Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 72 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
72 73 74 (d) Terangkan kesan yang akan berlaku jika amalan pengangkutan lestari dalam foto diberi menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar utama di Malaysia. [4 markah] Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 73 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
73 74 Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4. (a) Mengapakah Malaysia memerlukan sistem satelit yang berteknologi tinggi? [6 markah] (b) Terangkan dua kesan positif telekomunikasi terhadap pembangunan negara. [4 markah] 5. Maklumat berikut berkaitan dengan pulau haba yang pernah berlaku di Malaysia. Cuaca panas melampau di Lembah Klang terutama di pusat bandar Kuala Lumpur menyebabkan wujud ‘pulau haba’ yang mungkin menjadi faktor berlaku hujan air batu. Sumber: ‘Pulau haba’ di KL mungkin penyebab hujan air batu www.astroawani.com 4 Jun 2016 (a) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kawasan Lembah Klang sering berlaku pulau haba? [4 markah] (b) Cadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan fenomena pulau haba tersebut. [6 markah] 6. (a) Bagaimanakah aktiviti manusia boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global? [4 markah] (b) Terangkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar. [6 markah] 7. (a) Terangkan kriteria yang perlu ada pada produk teknologi hijau dan contohnya. [6 markah] (b) Mengapakah teknologi hijau penting terhadap alam sekitar? [4 markah] Prak Aspirasi Geog T2 Bab 11 UASA.indd 74 28/02/2023 11:20 AM CONTOH
J1 Jawapan PRAKTIS 1 Bahagian A 1. A 2. C 3. A 4. A 5. D 6. A 7. A 8. A 9. C 10. A 11. D 12. D 13. D 14. D Bahagian B 1. (a) (i) 1 cm mewakili 0.1 km (iii) 1 cm mewakili 0.02 km (iii) 1 cm mewakili 5 km (iv) 1 cm mewakili 1 km (v) 1 cm mewakili 0.4 km (b) (i) Skala yang berbentuk satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya. (ii) Skala yang dinyatakan dalam bentuk ayat atau pernyataan. (iii) Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan. 2. (a) (i) 20 km (ii) 40 km (iii) 30 km (b) (i) 14 km (ii) 28 km (iii) 21 km (c) (i) 24 km (ii) 48 km (iii) 36 km (d) (i) 21 km (ii) 42 km (iii) 31.5 km (e) (i) 12 km (ii) 24 km (iii) 18 km (f) (i) 18.8 km (ii) 37.6 km (iii) 28.2 km 3. (a) (i) RM4 (ii) 24 minit (b) 7.35 pagi (c) (i) RM8 (ii) RM4 (d) 5 minit dan sampai pada pukul 7.05 pagi. 4. (a) 6 km (b) 8.2 km (c) (i) RM9 (ii) 30 minit (d) 6.5 km (e) (i) Benang (ii) Jalur kertas (iii) Pembaris (iv) Pembaris Bahagian C 1. (a) Jarak adalah ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Terdapat dua jenis jarak, iaitu jarak mutlak dan jarak relatif. (b) Jarak mutlak merujuk kepada jarak tetap dan tidak berubah. Jarak mutlak dinyatakan dalam unit seperti meter dan kilometer. Contohnya, 2 km atau 2 000 m. Jarak relatif merujuk kepada jarak tidak tetap dan berubah-ubah mengikut jenis pengangkutan yang digunakan. Jarak relatif diukur berdasarkan kos dan masa. Contohnya, tambang bas dari rumah Khairul ke sekolah adalah RM3 manakala masa yang digunakan ialah 20 minit. 2. (a) Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak melengkung adalah benang dan jalur kertas. Ciri pandang darat fizikal yang mempunyai jarak melengkung adalah seperti sungai atau jalan raya yang berliku-liku. (b) Langkah pertama untuk mengukur jarak lurus adalah tandakan X pada dua tempat yang ingin diukur. Kemudian, lukiskan satu garisan lurus yang menyambungkan kedua-dua tanda X tersebut. Letakkan pembaris pada garisan yang telah dilukis dan ukur jaraknya. PRAKTIS 2 Bahagian A 1. A 2. B 3. B 4. B 5. B 6. B 7. C 8. A 9. B 10. B 11. D 12. C 13. C Bahagian B 1. (a) RG 722512 (b) Sungai (c) – Jalan raya – Petempatan – Pelbagai tanaman pokok baka (d) Ciri pandang darat fizikal di utara RG 7354 adalah bertanah pamah yang sesuai untuk pembinaan jalan raya, petempatan dan pelbagai tanaman pokok baka. (e) (i) Getah (ii) Ciri pandang darat fizikal di RG 7052 adalah tanah yang beralun dan mempunyai aliran air sungai yang sesuai untuk penanaman getah. 2. (a) Peta topografi adalah keadaan bentuk muka bumi sesebuah kawasan. Peta topografi mempunyai garisan grid secara melintang dan menegak. (b) (i) Mempunyai tajuk, petunjuk dan skala. (ii) Menggambarkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan. (iii) Dilukis menggunakan simbol-simbol tertentu. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 1 27/02/2023 5:50 PM CONTOH
J2 J3 3. (a) Garisan grid yang dilukis secara menegak dan menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur. Garisan ini dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah timur. (b) Garisan grid yang dilukis secara melintang dan menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah utara. Garisan ini dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah utara. 4. (a) (i) Merujuk kepada pelbagai ciri semula jadi seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. (ii) Merujuk kepada ciri buatan manusia seperti guna tanah, kegiatan ekonomi penduduk, petempatan, kemudahan sosial serta pengangkutan dan perhubungan. (b) (i) Rumput (ii) Sungai (iii) Kelapa sawit (iv) Getah (v) Kolam (vi) Balai polis (vii) Pejabat pos (viii) Dispensary (ix) Kontur (x) Tokong (c) (i) Aktiviti pertanian seperti tanaman getah dan kelapa sawit serta petempatan. (ii) Aktiviti pertanian seperti tanaman teh dan sayur-sayuran hawa sederhana serta pembinaan empangan untuk menjana kuasa hidroelektrik. (iii) Aktiviti pertanian seperti tanaman padi sawah dan nanas. Sistem pengangkutan seperti jalan raya dan petempatan. (iv) Petempatan nelayan, pelabuhan dan jeti. Bahagian C 1. (a) Rujukan grid adalah kombinasi antara nilai garisan timuran dengan nilai garisan utaraan pada titik persilangan. Terdapat dua cara untuk menyatakan rujukan grid, iaitu rujukan grid 4 angka dan rujukan grid 6 angka. Nilai garisan timuran hendaklah dibaca dahulu, diikuti dengan nilai garisan utaraan. (b) Rujukan grid 4 angka sesuai digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas dalam segi empat grid. Contohnya, kawasan hutan. Rujukan grid 6 angka pula digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu objek geografi yang lebih kecil dengan spesifik. Contohnya kilang atau sekolah. 2. Peta topografi menunjukkan Kalumpang dan kawasan sekitarnya. Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan peta adalah tanah tinggi, tanah pamah, hutan primer dan sungai. Manakala ciri pandang darat budaya di kawasan peta ialah jalan raya, ladang getah, jalan kereta api, masjid, tokong, kuil, balai polis, wakil pos, klinik, sekolah, kelapa sawit dan petempatan. Bentuk muka bumi di bahagian barat daya peta adalah tanah beralun manakala di bahagian timur laut peta pula adalah tanah tinggi. Kawasan tanah pamah yang rata hanya terdapat di tengah-tengah peta yang digunakan sebagai kawasan petempatan, pembinaan jalan raya dan aktiviti pertanian. Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi penduduk adalah pertanian. Tanaman yang diusahakan adalah getah dan pelbagai tanaman pokok baka. Tanaman getah diusahakan di kawasan bentuk muka bumi yang mempunyai tanah beralun. Kewujudan masjid, tokong dan kuil di Kalumpang dan kawasan sekitarnya menunjukkan penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Selain itu, terdapat kemudahan lain seperti klinik, wakil pos, balai polis, sekolah dan jalan kereta api di sekitar Kalumpang. PRAKTIS 3 Bahagian A 1. B 2. C 3. C 4. B 5. A 6. D 7. B 8. D 9. A 10. B 11. D 12. C 13. A 14. D 15. C 16. A 17. D Bahagian B 1. (a) (i) Putaran bumi (ii) Peredaran bumi (b) (i) Bumi berputar pada paksinya. (ii) Kecondongan paksi bumi ialah 231 /2°. (iii) Bumi berputar dari barat ke timur. (iv) Bumi berputar mengikut arah lawan jam. (c) (i) Kejadian siang dan malam. (ii) Perbezaan waktu tempatan. (iii) Pembiasan angin. (iv) Kejadian pasang surut. 2. (a) (i) Berlaku perbezaan waktu tempatan. (ii) Kedudukan di longitud yang berbeza. (iii) Terdapat 24 zon waktu yang berbeza. (iv) Kawasan di timur Garisan Greenwich menerima cahaya matahari lebih awal. (b) Putaran bumi dari barat ke timur akan menghasilkan daya graviti bumi yang dinamakan daya koriolis. Daya koriolis ini menyebabkan pemesongan arah tiupan angin lazim dunia. Arus lautan di hemisfera utara akan terbias ke arah kanan daripada arah tiupannya manakala di hemisfera selatan pula, tiupan angin terbias ke arah kiri. Contohnya, angin Monsun Timur Laut yang bertiup di Malaysia pada asalnya ialah angin baratan dari Benua Asia. Daya koriolis menyebabkan ia terpesong lalu membentuk angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari November hingga Mac. 3. (a) A : Air pasang B : Air surut C : Air pasang D : Air surut Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 2 27/02/2023 5:50 PM CONTOH
J2 J3 (b) Kejadian pasang surut berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam disebabkan oleh tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari. Daya tarikan bulan yang kuat akan menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap bulan. Kawasan A dan C akan mengalami peningkatan paras air laut atau terjadinya air pasang. Pada masa yang sama, kawasan D dan B akan mengalami air surut kerana air laut tertarik ke kawasan A dan C. Terdapat dua jenis air pasang surut, iaitu air pasang perbani dan air pasang anak. Air pasang perbani berlaku apabila matahari dan bulan berada pada kedudukan garis lurus manakala pasang anak berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak. Bahagian C 1. (a) Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut 23 1 2 ° pada satah tegak. Bumi berputar dari arah barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan jam. Satu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau satu hari. Kesan daripada putaran bumi adalah kejadian siang dan malam, pasang surut air laut, pembiasan angin lazim dan perbezaan waktu tempatan. (b) Kejadian siang berlaku apabila bahagian bumi yang menghadap matahari menerima cahaya matahari manakala bahagian yang membelakangi cahaya matahari akan mengalami waktu malam. Kejadian siang dan malam tidak sama panjang semasa musim sejuk dan musim panas. Semasa musim sejuk, di hemisfera utara mengalami waktu siang lebih panjang manakala hemisfera selatan mengalami waktu malam lebih panjang. Perkara ini berlaku kerana kecondongan paksi bumi yang menyebabkan hemisfera selatan terletak jauh dari matahari. Semasa musim panas, di hemisfera selatan berlaku waktu siang lebih panjang manakala hemisfera utara mengalami waktu malam lebih panjang. Hal ini berikutan, kecondongan paksi bumi yang menyebabkan kedudukan matahari lebih dekat dengan hemisfera selatan. 2. (a) Peredaran bumi adalah pergerakan bumi mengelilingi matahari di atas orbitnya yang berbentuk elips. Bumi beredar mengelilingi matahari dari arah barat ke timur. Peredaran bumi ini mengambil masa selama 365 1 4 hari atau 1 tahun untuk melengkapkan satu pusingan. Kesan daripada peredaran bumi adalah kejadian empat musim, gerhana bulan dan gerhana matahari. (b) Kejadian ekuinoks terbahagi kepada dua, iaitu ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh. Ekuinoks musim bunga berlaku pada 21 Mac di mana matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa. Hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami musim luruh. Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang. Ekuinoks musim luruh pula berlaku pada 23 September di mana matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa. Hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim bunga. Hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang. 3. (a) Gerhana matahari berlaku apabila bulan menghalang cahaya matahari ke bumi dan menyebabkan bayang-bayang bulan melindungi bumi. Matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan lurus. Gerhana matahari tidak meliputi keseluruhan bumi kerana saiz bulan kecil daripada bumi. Gerhana penuh akan berlaku di zon umbra dan gerhana separa akan berlaku di zon penumbra. (b) Gerhana bulan berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus. Pada ketika ini, bumi akan melindungi cahaya matahari daripada terpancar ke bulan. Keadaan ini menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayangbayang bumi dan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. PRAKTIS 4 Bahagian A 1. C 2. C 3. D 4. C 5. A 6. B 7. A 8. B 9. A 10. D 11. A 12. A 13. C 14. C Bahagian B 1. (a) (i) Suhu tinggi sepanjang tahun. (ii) Suhu sekata. (iii) Min suhu tahunan ialah 27°C. (b) Bentuk muka bumi yang tidak sekata dan jenis angin monsun yang bertiup. (c) (i) Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun. (ii) Jumlah hujan tahunan melebihi 2 600 mm setahun. (iii) Taburan hujan tidak sekata. (iv) Hujan maksimum diterima sewaktu musim peralihan monsun. (v) Angin monsun mempengaruhi hujan di Malaysia. (d) Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari menyebabkan air tersejat dan membentuk wap air. Udara panas bersama-sama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai di paras yang tinggi. Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus. Biasanya, hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 3 27/02/2023 5:50 PM CONTOH
J4 J5 2. (a) Angin Monsun Timur Laut bertiup dari awal bulan November hingga Mac. Ia bermula dari pedalaman Benua Asia. Kemudian, bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Timur Laut. Angin ini membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah. (b) Ketika tiupan angin Monsun Timur Laut, iaitu pada bulan November hingga Mac, nelayan di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak dan pantai utara Sabah tidak dapat turun ke laut. Hal ini kerana keadaan Laut China Selatan yang bergelora. Oleh sebab itu, nelayan akan melakukan kerjakerja membaiki jala atau pukat yang rosak. Bagi nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia, mereka dapat melakukan aktiviti perikanan sepanjang tahun kerana terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa. 3. (a) Hujan asid (b) (i) Merosakkan bangunan (ii) Menyebabkan penyakit kulit (c) Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum dari kilang serta kenderaan. Pembakaran bahan api fosil ini akan membebaskan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen dioksida yang banyak ke atmosfera. Gas-gas yang dibebaskan ini akan terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. (d) Mengehadkan pelepasan gas pencemar ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur. Mengadakan kempen, ceramah atau aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan untuk memelihara alam sekitar. 4. (a) Jerebu (b) (i) Pembakaran hutan (ii) Pembakaran bahan api fosil (c) Mengurangkan jarak penglihatan sehingga menyebabkan aktiviti harian penduduk terjejas. Mengganggu pertumbuhan tanaman dan menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia. (d) Penggunaan petrol tanpa plumbum yang dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara. Selain itu, pendidikan alam sekitar juga boleh dilakukan melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Bahagian C 1. (a) Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands mempunyai suhu 18°C. Suhu yang sejuk dan nyaman menyebabkan kegiatan pelancongan sangat penting di kawasan tersebut. Terdapat ramai pelancong yang datang untuk menikmati kesejukan di kawasan tanah tinggi. Suhu sejuk juga sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. Industri teh di Cameron Highlands terkenal dan teh dieksport ke seluruh dunia. (b) Angin Monsun Timur Laut yang bertiup antara bulan November hingga Mac membawa angin kencang dan mengakibatkan ombak besar ke kawasan pantai timur di Kemaman. Nelayan pinggir pantai tidak dapat menjalankan aktiviti menangkap ikan. Kegiatan perikanan tergendala menyebabkan pasaran ikan juga merosot. Angin monsun juga mengakibatkan banjir di kawasan Kemaman yang berdekatan dengan laut dan menyebabkan harta benda musnah. Nelayan terpaksa menyelamatkan harta benda mereka. Aktiviti mengeringkan ikan masin juga tergendala kerana hujan turun dengan lebat. 2. (a) Faktor yang menyebabkan terjadinya fenomena kesan rumah hijau adalah pelepasan gas dari sektor perindustrian. Sektor perindustrian banyak membebaskan gas-gas seperti klorofluorokarbon, karbon dioksida, metana dan lain-lain yang menghakis dan menipiskan lapisan ozon. Aktiviti pembakaran terbuka seperti di tapak pelupusan sampah dan kawasan pertanian juga turut menyumbang kepada peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera. (b) Langkah utama untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau adalah melalui penjimatan tenaga. Masyarakat setempat hendaklah mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil. Di samping itu, pihak berkuasa boleh melaksanakan penanaman pokok di sekitar bandar bagi mengurangkan kandungan gas karbon dioksida di udara. Tindakan undangundang atau denda juga boleh dikenakan kepada individu atau syarikat yang melakukan pembakaran secara terbuka. 3. (a) Fenomena El Nino boleh dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa sehingga menyebabkan perubahan tekanan udara dan pola tiupan angin. Dalam keadaan normal, angin Timuran kebiasaan bertiup dari timur Lautan Pasifik ke barat Lautan Pasifik yang membawa hujan lebat ke Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea. Namun, semasa El Nino, tiupan angin Timuran menjadi lemah disebabkan tekanan udara yang rendah menyebabkan ia digantikan dengan angin Baratan yang bertiup ke timur Lautan Pasifik. Keadaan ini mengakibatkan negaranegara di barat Lautan Pasifik, termasuk Malaysia mengalami kemarau. Negara di timur Lautan Pasifik pula mengalami keadaan hujan lebat. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 4 27/02/2023 5:50 PM CONTOH
J4 J5 (b) Fenomena El Nino menyebabkan penyusutan air yang ketara di kawasan tadahan air seperti di empangan, tasik dan kolam disebabkan kadar sejatan yang tinggi dan tiada hujan. Selain itu, fenomena El Nino yang berpanjangan menyebabkan cuaca kering di sesetengah kawasan sehingga berlakunya pembakaran hutan secara semula jadi. Contohnya, pada tahun 1997-1998, cuaca panas dan kering yang melampau telah menyebabkan hampir 10 juta hektar hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia terbakar. Proses pertumbuhan dan fotosintesis tumbuhan juga terganggu akibat kekurangan sumber air sehingga menyebabkan tanah kering. Perkara ini akan menyebabkan tumbesaran tumbuhan terbantut. PRAKTIS 5 Bahagian A 1. B 2. A 3. C 4. C 5. A 6. A 7. B 8. A 9. B 10. C 11. D 12. C 13. A 14. B 15. C Bahagian B 1. (a) A : Padang Besar B : Tumpat C : Beaufort D : Gemas (b) Kesesakan jalan raya dapat dikurangkan, sekaligus melancarkan perjalanan dan menjimatkan masa penduduk. Hal ini berikutan, penduduk lebih memilih menggunakan sistem pengangkutan rel bersepadu seperti LRT dan MRT. Menarik kedatangan pelabur asing ke Malaysia di mana sistem pengangkutan rel bersepadu memudahkan mereka bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Sektor perniagaan juga berkembang maju melalui pembinaan sistem pengangkutan rel bersepadu yang meningkatkan darjah ketersampaian penduduk ke sesuatu tempat. 2. (a) P : Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Q : Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang R : Lapangan Terbang Antarabangsa Senai S : Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (b) Sistem pengangkutan udara menggalakkan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Perkongsian maklumat dan teknologi berlaku dengan mudah. Masa perjalanan dapat dijimatkan dan perkembangan kegiatan ekonomi semakin maju. Perdagangan antarabangsa menjadi maju. Pelaburan asing bertambah di Malaysia kerana kecekapan pengangkutan udara. Industri pelancongan juga berkembang kerana pelancong asing mudah mengunjungi Malaysia. Pengaliran mata wang asing akan masuk ke Malaysia. Barangan dapat diangkut dan dieksport dengan cepat ke serata dunia. 3. (a) Penggunaan pengangkutan awam (b) (i) Penggunaan kereta elektrik (ii) Amalan berkongsi kenderaan ke tempat kerja (c) Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dengan berkongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam. Memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida. Selain itu, dapat meminimunkan kemusnahan flora dan fauna di kawasan bandar. (d) Menyediakan bas transit di seluruh negeri tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar. Mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk sekitar mengenai kepentingan dan kelebihan menggunakan pengangkutan awam. Mengembangkan lagi perkhidmatan rel bersepadu di luar Lembah Klang bagi menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam untuk ke sesuatu destinasi. 4. (a) (i) Terletak di kawasan perairan terlindung. (ii) Mempunyai jaringan dengan kaedah pengangkutan lain. (iii) Mempunyai jaringan dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan sokongan. (b) (i) Pelabuhan Pulau Pinang (ii) Pelabuhan Klang (iii) Pelabuhan Kuantan (iv) Pelabuhan Bintulu Bahagian C 1. (a) Antara pelabuhan utama di Malaysia adalah Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas terlindung daripada bencana alam. Kemajuan kegiatan perindustrian menyebabkan bahan mentah dieksport dengan kontena. Pelabuhan-pelabuhan ini mempunyai terminal yang moden. Pelabuhan ini juga terletak berhampiran dengan bandar besar yang mempunyai permintaan tinggi terhadap bahan siap. (b) Sektor pengangkutan air menjalankan urusan perdagangan import dan eksport dengan negara luar. Contohnya, di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Teluk Sepanggar dan Pelabuhan Kuching. Peluang pekerjaan di kawasan pelabuhan juga meningkat menyebabkan kadar pengangguran berkurangan. Pada masa yang sama akan meningkatkan lagi pendapatan negara. Selain itu, pelabuhan turut menggalakkan kedatangan pelabur asing ke Malaysia. Peningkatan dalam pelaburan asing di Malaysia akan menambahkan lagi pendapatan negara. 2. (a) Faktor pembinaan jalan raya adalah penerokaan sumber pertanian, perlombongan, perikanan dan kegiatan ekonomi lain bagi membantu pengedaran bahan mentah ke pasaran atau kilang dengan cepat. Kemajuan teknologi Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 5 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J6 J7 dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan membolehkan sistem pengangkutan moden dibina. Contohnya, lebuh raya bertingkat seperti Lebuhraya Kerinchi Link yang menghubungkan Damansara dengan Lebuhraya Persekutuan di Lembah Klang. Selain itu, dataran pamah yang rata di pantai barat Semenanjung Malaysia juga menggalakkan perkembangan jaringan jalan raya. Pembukaan kawasan untuk pendidikan dan perindustrian turut menggalakkan perkembangan jaringan jalan raya. (b) Meningkatkan darjah ketersampaian ke kawasan pedalaman. Contohnya, Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Grik, Perak dan Jeli, Kelantan. Perjalanan juga menjadi lebih pantas dan turut membantu pertumbuhan ekonomi di kawasan pedalaman. Petempatan baharu dapat dibina dan kegiatan ekonomi menjadi lebih maju. Contohnya, pembinaan Bandar Baru Nilai akibat pembinaan lebuh raya antara Kuala Lumpur dengan Seremban. PRAKTIS 6 Bahagian A 1. B 2. C 3. C 4. D 5. C 6. D 7. C 8. A 9. C 10. C 11. B 12. A 13. A 14. A 15. D Bahagian B 1. (a) Suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima. (b) Rangkaian telekomunikasi Malaysia semakin maju dengan penggunaan kabel fiber optik dan gelombang mikro. Kabel fiber optik merupakan kabel berkapasiti tinggi kerana diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus. Telekom Malaysia (TM) telah memainkan peranan penting dalam usaha menyediakan telefon talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara. Usaha ini dirancakkan lagi oleh syarikat telekomunikasi swasta. (c) Maklumat berunsur negatif, hasutan dan khabar angin mudah tersebar. Hal ini berikutan, jaringan telekomunikasi tanpa sempadan. Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara talian. 2. (a) (i) Kuantan, Pahang (ii) Alor Gajah, Melaka (iii) Sematan, Sarawak (iv) Cyberjaya, Selangor (b) Perdagangan antarabangsa berkembang dengan maju. Pembukaan zon perindustrian untuk pelabur asing. Masyarakat dapat menyaksikan siaran langsung acara sukan berprestij. Penubuhan beberapa institusi pendidikan yang berkaitan dengan telekomunikasi. Bidang telekomunikasi berkembang di Malaysia. Pendidikan berkaitan telekomunikasi berkembang. 3. (a) Cyberjaya (b) Universiti Multimedia Malaysia (c) Perkembangan bidang ICT di serata dunia. Menggalakkan pelaburan asing di kalangan syarikat maju dalam telekomunikasi. Memajukan industri ICT tempatan. Menggalakkan pelbagai perdagangan antarabangsa. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang telekomunikasi. (d) Melahirkan masyarakat celik IT. Memudahkan masyarakat luar bandar berurusan dengan kerajaan. Perniagaan yang berkaitan dengan pertanian, perikanan dan perlombongan berkembang dengan maju. Bahagian C 1. (a) Melalui perkembangan telekomunikasi, kerajaan dapat menyampaikan maklumat dengan meluas menggunakan pelbagai medium telekomunikasi. Contohnya, Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menyampaikan perkhidmatan kerajaan melalui radio dan televisyen. Pelbagai urusan kerajaan juga dapat dilaksanakan dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi. Contohnya, perkhidmatan semakan saman dalam talian. Urusan pentadbiran dan pengurusan negara juga menjadi lebih sistematik serta teratur. (b) Kesan positif telekomunikasi adalah dapat menyebarkan maklumat dengan cepat melalui alat-alat telekomunikasi seperti radio dan televisyen. Taraf pendidikan dapat ditingkatkan di mana telekomunikasi menyediakan landasan untuk memperoleh ilmu dalam dunia tanpa sempadan. Contohnya, murid dapat memuat turun maklumat tentang kajian terkini dengan menggunakan alat telekomunikasi. Perkembangan telekomunikasi juga telah membuka peluang kepada pengusaha IKS untuk memasarkan barangan keluaran mereka ke luar negara. Urusan harian juga bertambah mudah dan cepat. Contohnya, pengguna tidak lagi perlu beratur di kaunter tiket untuk membeli tiket bas, sebaliknya boleh ditempah melalui sistem dalam talian menggunakan telefon bimbit. 2. (a) Telekomunikasi penting di Malaysia untuk mengeratkan silaturahim. Masyarakat dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Pengurusan dan pentadbiran negara menjadi sistematik. Pendidikan meluas dan kos dapat dijimatkan melalui e-pembelajaran. Urusan perbankan juga menjadi mudah dengan e-perbankan dan segala urusan dijalankan secara atas talian. (b) Melalui e-kerajaan, masyarakat boleh menjalankan urusan berkaitan kerajaan secara atas talian. Jenis perkhidmatan yang disediakan ialah seperti pembayaran cukai tanah dan cukai pintu. Masyarakat boleh mendapatkan berita terbaharu mengenai dasar kerajaan melalui aplikasi ini. Maklumat mengenai urusan biasiswa dan gaji kakitangan awam juga boleh diaplikasi. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 6 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J6 J7 3. (a) Semakin maju telekomunikasi, semakin bertambah kadar jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan atas talian, berlaku transaksi palsu, buli siber dan sebagainya. Penjenayah siber ini juga kadangkala mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual. (b) Etika penggunaan alat telekomunikasi adalah berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi kepada individu atas talian. Hal ini kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab boleh mencuri identiti dan menyalahgunakannya. Setiap individu juga perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan informasi. Setiap informasi yang disebarkan melalui alat telekomunikasi perlu dipastikan kesahihannya dan dipercayai sumbernya. Selain itu, setiap individu juga perlu mengelak daripada menyentuh isu-isu sensitif atau perkara berkaitan agama dan bangsa. Contohnya, menghormati agama dan pegangan orang lain ketika berinteraksi atas talian. PRAKTIS 7 Bahagian A 1. B 2. A 3. C 4. A 5. C 6. B 7. D 8. D 9. B 10. C 11. D 12. A 13. B 14. A 15. C 16. C Bahagian B 1. (a) Iklim Tundra (b) (i) Tinggal di dalam iglu (ii) Berpindah ke kawasan yang panas di bahagian selatan (c) Kawasan itu menerima kerpasan tahunan yang sedikit, iaitu antara 250 mm hingga 300 mm. Kebanyakan kerpasan turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan. Bagi musim sejuk pula sentiasa dilitupi salji. (d) Kegiatan perikanan dijalankan pada musim panas. Ikan yang ditangkap adalah ikan paus, kod dan salmon. Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri. Pekerjaan orang Eskimo sentiasa berubah mengikut musim. Pada musim sejuk, mereka memburu binatang seperti walrus, serigala dan rusa kutub. 2. (a) P : China (tengah dan selatan) Q : Korea Selatan R : Taiwan (utara) S : Jepun (selatan) (b) Kawasan yang bertanda S terkenal sebagai destinasi pelancongan kerana mengalami kejadian empat musim. Pelancong dapat menikmati musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Tanah tinggi yang dilitupi salji menarik pelancong asing. Musim panas di kawasan ini adalah sederhana panas dan musim sejuk yang sederhana sejuk. Suhu di pinggir laut sederhana kerana dipengaruhi arus lautan. 3. (a) Arab Saudi (b) (i) Menanam pokok kurma secara besarbesaran (ii) Penternakan kambing, biri-biri, lembu dan unta (c) Musim panas sepanjang tahun. Jumlah hujan tahunan kurang daripada 250 mm setahun. Angin Timuran kering tidak membawa hujan. (d) Pertanian rumah kaca yang dapat mengawal suhu. Contohnya, penanaman tanaman yang tidak sesuai ditanam di kawasan gurun tetapi dapat diusahakan dengan pertanian rumah kaca. Selain itu, teknik pertanian hidroponik juga boleh dilaksanakan. Teknik ini dapat menjamin bekalan air kepada aktiviti pertanian yang dijalankan. 4. (a) Angin Monsun Tenggara bertiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas dan membawa hujan lebat. Pada akhir musim panas, China (selatan), Hong Kong dan Taiwan mengalami ribut taufan kerana siklon tropika bertiup dari Lautan Pasifik. (b) Suhu musim panas dengan suhu 28°C dan suhu musim sejuk kira-kira 5°C sesuai untuk kegiatan penternakan lembu. Aktiviti penternakan dijalankan di kaki bukit kerana suhunya lebih sejuk. Hal ini kerana suhu dingin menggalakkan pertumbuhan rumput untuk makanan ternakan. Bahagian C 1. (a) Semasa musim sejuk, aktiviti pelancongan yang dijalankan adalah meluncur salji, ski ais, memancing di tasik beku dan mandi kolam air panas. Pada musim luruh dan panas pula, aktiviti yang dijalankan adalah seperti mendaki gunung, memetik buah-buahan dan melawat kadang lembu atau kuda serta menikmati keindahan alam semula jadi. Pada penghujung April hingga awal Mei, bunga sakura di Hokkaido akan kembang mekar. Keindahan yang terdapat pada setiap musim menarik pelancong datang ke kawasan iklim Laurentia. (b) Jepun (utara) mengalami empat musim, iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Suhu musim panas yang sederhana sesuai untuk penanaman gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jumlah hujan tahunan kira-kira 1 000 mm menggalakkan lagi pertumbuhan tanaman. Pada musim bunga dan musim panas pula, kegiatan perikanan dilaksanakan. Hal ini berikutan, pantai Jepun terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton. 2. (a) Min suhu tahunan gurun panas adalah 25°C. Suhu musim panas adalah sangat panas, iaitu antara 32°C hingga 36°C manakala suhu musim Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 7 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J8 J9 sejuk pula adalah sederhana sejuk dengan suhu kira-kira 16°C. Julat suhu tahunan bagi kawasan iklim Gurun Panas adalah 17°C hingga 20°C. Cuaca pada waktu siang adalah panas dengan suhu 40°C kerana kurang litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke permukaan bumi. Cuaca pada waktu malam pula sejuk, iaitu suhu 5°C kerana langit tidak berawan dan haba dibalikkan ke atmosfera dengan cepat. (b) Di Gurun Arab, pertanian dijalanan di kawasan oasis secara ladang. Aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan ini hanya melibatkan tanaman yang mampu hidup di kawasan gurun panas. Faktor kekurangan hujan juga menyebabkan bantuan pengairan turut digunakan. Tanaman seperti pokok kurma dan bijirin seperti gandum banyak ditanam di kawasan Gurun Arab kerana iklimnya yang sesuai. Pokok kurma dapat tumbuh pada suhu 7°C hingga 40°C. PRAKTIS 8 Bahagian A 1. C 2. B 3. C 4. B 5. D 6. C 7. D 8. C 9. B 10. D 11. B 12. B 13. A 14. A 15. B Bahagian B 1. (a) P : Landasan Kereta Api India Q : Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai R : Landasan Kereta Api Trans-Siberian S : Landasan Kereta Api Shinkansen (b) Jaringan landasan kereta api S adalah landasan kereta api Shinkansen di Jepun. Ia merupakan rangkaian jalan pengangkutan darat yang paling efisien dan canggih. Jaringan kereta api ini menghubungkan empat pulau utama di Jepun, iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu. Sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi ini dikendalikan oleh Japanese National Railways (JNR). Jumlah perkhidmatannya dalam sehari adalah sebanyak 358 perkhidmatan. Pada setiap hari, kira-kira 445 000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini. 2. (a) Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (b) (i) Terdiri daripada tiga terminal yang mampu menampung kapasiti sebanyak 90 juta penumpang setahun (ii) Hab penerbangan terbesar di Asia Barat (c) Suasana sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai meriah, terdapat restoran terbaik, kawasan membeli-belah dan terdapat tarikan pelancongan yang menarik. Lapangan terbang ini berperanan ‘mengumpulkan’ masyarakat dunia dalam kalangan ekspatriat dan pelancong. Selain itu, terdapat terminal 3 yang dikhaskan untuk syarikat penerbangan Emirates. (d) Perdagangan antarabangsa meningkat. Pasaran barangan tempatan menjadi luas. Mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Taraf hidup masyarakat meningkat. Aliran mata wang asing juga bertambah. 3. (a) Mengangkut penumpang domestik, menghantar bahan mentah ke kilang dan pasaran serta meningkatkan darjah ketersampaian. (b) Meningkatkan kegiatan ekonomi di negara, bersaing dengan negara maju yang lain dan mengembangkan industri pelancongan. (c) Pencemaran bunyi berlaku hasil daripada bunyi bising daripada kenderaan. Tanah tinggi diratakan untuk membina jaringan pengangkutan darat. Perubahan landskap di bandar kerana pembinaan stesen kereta api. Pencemaran air kerana pertambahan jumlah kapal kontena. Bahagian C 1. (a) Perbezaan bentuk muka bumi antara kedua-dua pelabuhan tersebut ialah kedudukan. Pelabuhan Tokyo terletak di barat Benua Asia dan Pelabuhan Jawaharlal terletak di timur Benua Asia. Pelabuhan Tokyo menghadap ke Lautan Hindi manakala Pelabuhan Jawaharlal menghadap ke Lautan Pasifik. Pelabuhan Jawaharlal adalah terlindung daripada bencana alam seperti angin siklon, tsunami dan banjir. Pelabuhan Tokyo terdedah kepada bencana alam seperti ribut siklon dan tsunami. (b) Pelabuhan Jawaharlal membantu mengeksport bahan mentah dari pedalaman India. Mengimport bahan makanan dari negara lain dan mengendalikan perdagangan untuk sebahagian besar pelabuhan utama di India. Pelabuhan Tokyo, Jepun pula berfungsi mengimport bahan mentah dari negara lain, mengeksport barangan elektronik dan runcit ke serata dunia dan barangan diimport untuk keperluan penduduk tempatan. 2. (a) Kereta api Shinkansen di Jepun merupakan perkhidmatan yang efisien dan tercanggih di dunia. Kereta api ini terkenal dengan ketetapan masa dan tidak pernah lewat. Sejak beroperasi selama 50 tahun, keselamatan pengguna perkhidmatan ini terjamin di mana ia mencatatkan kemalangan sifar. Menyediakan perkhidmatan yang keselesaan kepada pengguna seperti tandas, ruang menyimpan bagasi, ruang basikal, koc warga emas dan wanita serta kemudahan wifi. (b) Kereta api Shinkansen menyediakan perkhidmatan cekap yang memudahkan urusan harian penduduk di sekitar. Hal ini kerana sistem pengangkutan ini mesra pengguna dan menepati masa. Selain itu, peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan turut meningkat. Secara tidak langsung, pencemaran udara juga dapat dikurangkan. Perkara ini menyebabkan taraf hidup penduduk sekitar bertambah. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 8 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J8 J9 3. (a) Pelabuhan Hong Kong merupakan antara pelabuhan yang mengenakan duti pelabuhan yang rendah. Proses pemunggahan kontena dan kargo pula hanya mengambil masa 10 jam secara purata dan merupakan antara yang terpantas di dunia. Pelabuhan ini merupakan satu-satunya pelabuhan di dunia yang menjalankan operasi pemunggahan kargo di tengah laut bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di pelabuhan. Pelabuhan Hong Kong juga bertindak sebagai pintu masuk ke negara China. Dasar laut yang dalam telah menjadikan pelabuhan ini antara pelabuhan yang paling sibuk, masyhur dan penting di Asia Tenggara dan Asia Timur. (b) Kesan perkembangan Pelabuhan Hong Kong terhadap alam sekitar ialah tumpahan minyak menyebabkan berlaku pencemaran air laut. Bekalan sumber air minuman domestik tercemar. Hidupan akuatik mengalami kepupusan kerana pencemaran air laut. Penambakan laut menyebabkan pinggir laut tidak stabil dan berlaku ketidakseimbangan ekosistem. PRAKTIS 9 Bahagian A 1. A 2. A 3. B 4. D 5. B 6. D 7. A 8. B 9. A 10. C 11. A 12. A 13. B 14. C 15. D 16. B Bahagian B 1. (a) Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau yang melibatkan pertambahan gas karbon dioksida (CO2), klorofluorokarbon (CFC) dan bahan-bahan pencemar lain. (b) (i) Nitrus oksida (ii) Karbon monoksida (iii) Metana (iv) Karbon dioksida (c) (i) Pembakaran bahan api fosil (ii) Pembakaran sisa pertanian (iii) Pembebasan asap kenderaan bermotor (iv) Pembakaran hutan (v) Asap dari kilang di kawasan perindustrian (v) Penggunaan racun serangan secara berlebihan (d) Proses pembandaran mempunyai pertambahan kenderaan yang menyebabkan gas pencemar dilepaskan ke udara semakin meningkat. Kemajuan ekonomi berlaku dan pusat perindustrian bertambah menyebabkan gas rumah hijau turut meningkat. 2. (a) Sektor perkilangan (b) (i) Karbon dioksida (ii) Nitrogen dioksida (c) Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan. Penyahhutanan secara besar-besaran untuk menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan perindustrian. Selain itu, pembebasan asap oleh kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar utama. (d) Mengadakan pendidikan alam sekitar atau kempen kesedaran kepada pengusaha dalam sektor perkilangan. Perkara ini bagi memastikan pengusaha-pengusaha dalam sektor perkilangan mengetahui akan kesan negatif pembebasan asap dari kilang ke atmosfera. Selain itu, mengenakan tindakan undangundang kepada pengusaha dalam sektor perkilangan. Contohnya, mengenakan denda kepada pengusaha yang tidak menggunakan penapis pada cerobong asap. 3. (a) Pembebasan gas rumah hijau dan bahan pencemar di udara akan menyebabkan suhu global meningkat. Peningkatan suhu global akan menyebabkan ais di Kutub Utara mencair. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan aras laut sehingga berlakunya banjir besar. (b) Kejadian banjir akan menyebabkan berlakunya kemusnahan pelbagai spesies flora dan fauna sehingga menyebabkan terjadi perubahan landskap asal kawasan sekitar. Selain itu, sumber bekalan air bersih juga turut merosot. Kemusnahan harta benda, bangunan dan pelbagai infrastruktur seperti jalan raya. Sektor ekonomi seperti aktiviti pelancongan dan perniagaan juga turut terjejas akibat kejadian banjir. Bahagian C 1. (a) Sistem pengangkutan transit aliran ringan menggunakan tenaga elektrik. Bahan api fosil tidak digunakan untuk pembakaran. Gas kesan rumah hijau tidak akan dilepaskan ke udara. Tenaga elektrik adalah bersih dan tidak mencemarkan alam sekitar. Suhu sekitar tidak meningkat dan masalah banjir dapat dikawal. (b) Tenaga mesra alam seperti tenaga angin, ombak dan suria adalah tenaga yang bersih. Tenagatenaga ini mudah diperoleh kerana ianya semula jadi. Kepupusan sumber dapat dielakkan kerana tenaga mesra alam tidak menggunakan sumber untuk pembakaran. 2. (a) Pemanasan global akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Pencairan ais ini menyebabkan paras air laut semakin meningkat. Tahap keasidan air laut juga bertambah kerana air laut bertindak balas dengan karbon dioksida dan akan menghasilkan asid karbonik. Keasidan air laut mengancam Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 9 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J10 J11 hidupan laut seperti menghakis terumbu karang. Masalah kesihatan penduduk juga meningkat seperti katarak mata dan penyakit kulit. (b) Menggunakan tenaga mesra alam seperti tenaga suria, angin dan ombak bagi menggantikan penggunaan bahan api fosil seperti petroleum. Mengamalkan amalan 5R seperti menanam pokok di sekitar kawasan perindustrian, menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kenderaan. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang kepada pihak yang terlibat seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2012). 3. (a) Faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global adalah letusan gunung berapi yang mengeluarkan asap dan debu ke atmosfera. Asap daripada letusan tersebut mengandungi pelbagai gas pencemar seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida. Pancaran cahaya matahari yang berlebihan ke permukaan bumi. Perkara ini boleh berlaku hasil daripada penipisan lapisan ozon akibat aktiviti manusia. Kebakaran hutan semula jadi yang membebaskan asap dan debu ke atmosfera. (b) Tip mengurangkan pemanasan global adalah menggunakan barangan elektrik jimat tenaga atau menanggalkan plag daripada soket apabila tidak digunakan. Penggunaan penyaman udara juga diminimunkan bagi mengurangkan pembebasan gas klorofluorokarbon ke atmosfera. Melaksanakan amalan 5R dalam kehidupan harian seperti amalan kitar semula serta menanam pokok di sekitar bandar. PRAKTIS 10 Bahagian A 1. D 2. A 3. A 4. B 5. C 6. B 7. B 8. D 9. D 10. C 11. A 12. B 13. D 14. D 15. D Bahagian B 1. (a) Teknologi hijau merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kesan negatif manusia terhadap alam sekitar yang merangkumi penyediaan dan penggunaan produk, peralatan serta sistem yang dapat memelihara alam semula jadi. (b) (i) Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan. (ii) Melindungi ekosistem semula jadi. (iii) Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia. (iv) Sebagai alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi. (c) (i) Tenaga suria (ii) Tenaga ombak (iii) Tenaga air (iv) Tenaga angin 2. (a) Panel solar (b) (i) Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik. (ii) Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. (c) Menggunakan tenaga semula jadi dari pancaran matahari. Tidak melibatkan proses pembakaran sumber fosil. Tidak membebaskan gas pencemar ke udara. (d) Panel solar menggunakan tenaga boleh baharu yang dapat digunakan di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tenaga ini tidak akan habis dan sentiasa dihasilkan selagi terdapatnya matahari. Sumber tenaga ini juga dapat menjimatkan kos operasi seperti bil elektrik. Selain itu, kos penyelenggaraan juga rendah. 3. (a) Bas elektrik (b) (i) Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui, iaitu tenaga elektrik. (ii) Bas elektrik juga dapat meminimunkan pencemaran udara. (c) Menggunakan tenaga elektrik menggantikan sumber bahan api fosil. Proses pembakaran bahan api tidak berlaku. Tidak mencemarkan alam sekitar. (d) Kereta solar dan basikal solar. Jenis pengangkutan yang berkonsepkan teknologi hijau ini sesuai digunakan di Malaysia kerana cuaca dan iklim di negara ini adalah panas dan lembap sepanjang tahun. Sumber tenaga solar daripada cahaya matahari dapat dihasilkan setiap hari. Jenis pengangkutan ini berkonsepkan teknologi hijau kerana ia menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui, iaitu tenaga solar. Bahagian C 1. (a) Produk teknologi hijau, iaitu MRT merupakan jenis pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. Sumber tenaga yang digunakan adalah tenaga elektrik. MRT mudah digunakan kerana ia dicipta untuk kegunaan manusia. Penggunaan MRT juga dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera, sekaligus dapat mengatasi masalah pencemaran udara. (b) Kerajaan menekankan konsep teknologi hijau di Malaysia untuk mengelakkan kehabisan sumber mineral. Teknologi hijau juga mampu meningkatkan kualiti udara dan air di dalam alam sekitar. Keseimbangan ekosistem terpelihara. Pelepasan gas pencemar udara berkurangan dan kesan rumah hijau dapat dikawal. 2. (a) Ciri-ciri bandar lestari ialah bandar yang penuh dengan kehijauan. Setiap rumah wajib menanam pokok. Di sepanjang jalan raya juga perlu ditanam pokok. Bahan yang digunakan di bandar lestari ialah bahan kitar semula. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 10 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J10 J11 Tong sampah kitar semula dibekalkan di setiap rumah. Pengangkutan yang digunakan perlu mesra alam sekitar. Masyarakat berjalan kaki atau menggunakan basikal solar ke tempat kerja. Laluan penjalan kaki dan basikal solar disediakan. (b) Amalan berkonsepkan teknologi hijau yang boleh dijalankan oleh murid ialah mencabut plag apabila tidak menggunakannya. Mengamalkan kitar semula kertas. Menggunakan pengangkutan awam ke sekolah. Menutup pili air jika tidak menggunakannya. Menyertai kempen menghijaukan sekolah. 3. (a) Menggunakan beg atau kotak kertas yang boleh dikitar semula. Beg kertas boleh diperbuat daripada kertas yang dikitar semula. Perkara ini dapat mengurangkan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula di samping menjimatkan sumber. Selain itu, beg plastik biodegradasi juga dapat menggantikan penggunaan beg plastik. Hal ini kerana, beg plastik biodegradasi ini hanya mengambil masa yang singkat untuk terurai. (b) Kepentingan beg alam sekitar adalah dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat. Sisa domestik dapat dikurangkan dan mengurangkan pencemaran bau. Kualiti hidup masyarakat juga dapat ditingkatkan. Selain itu, kualiti udara dapat dipertingkatkan dan mengurangkan peningkatan suhu. Bahagian A 1. A 2. C 3. C 4. D 5. D 6. B 7. C 8. A 9. B 10. A 11. C 12. B 13. B 14. B 15. C 16. C 17. D 18. A 19. A 20. D Bahagian B 1. (a) RG 778074 (b) 2.2 km (c) – Kelapa sawit – Getah – Runut kenderaan bermotor (d) Ciri pandang darat fizikal di bahagian barat laut peta adalah tanah yang beralun. Kawasan tanah yang beralun sesuai untuk aktiviti penanaman getah dan kelapa sawit. Selain itu, di barat laut peta terdapat aliran sungai. Aliran sungai itu berfungsi membekalkan sumber air untuk aktiviti penanaman di kawasan tersebut. (e) (i) Petempatan (ii) Petempatan sesuai dibina di kawasan tersebut kerana ciri pandang darat fizikal kawasan tersebut adalah tanah pamah. Hal ini kerana kos yang diperlukan untuk membina petempatan di kawasan tanah pamah adalah lebih rendah berbanding di kawasan tanah beralun. Selain itu, pelbagai infrastruktur lain yang dapat dibina di kawasan tanah pamah menyebabkan petempatan sesuai dibina di kawasan tersebut. 2. (a) Jerebu (b) (i) Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran. (ii) Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum dari kenderaan dan kilang. (iii) Pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian atau petempatan. (iv) Pembakaran sampah sarap dan sisa tumbuhan secara terbuka. (c) Menjejaskan kesihatan penduduk terutamanya terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong dan batuk. Perkara ini berikutan, jerebu boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Jarak penglihatan juga turut berkurang kerana jerebu terdapat komponen-komponen yang menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. (d) Penguatkuasaan undang-undang di mana tindakan undang-undang dikenakan terhadap individu atau pihak yang terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan. Menerapkan pendidikan alam sekitar kepada orang ramai. Perkara ini bagi menyemai rasa cinta akan alam sekitar seterusnya aktiviti pembakaran terbuka juga dapat dikurangkan. Selain itu, pembenihan awan untuk menghasilkan hujan juga boleh dilaksanakan. Pembenihan awan ini akan mengurangkan kandungan gas pencemar di udara. 3. (a) Penggunaan pengangkutan awam (b) (i) Perkhidmatan bas (ii) KTM komuter (c) Penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan pelepasan gas pencemaran dan habuk ke udara. Selain itu, sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti petroleum juga dapat dijimatkan. Perkara ini akan mewujudkan persekitaran dan udara yang lebih bersih. (d) Darjah ketersampaian antara kawasan luar bandar dengan bandar utama semakin meningkat. Hal ini seterusnya meningkatkan kadar migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar. Kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan turut terbuka luas. Selain itu, sektor pelancongan di kawasan luar bandar juga berkembang maju seiring perkembangan dalam sektor pengangkutan awam. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 11 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
J12 Bahagian C 4. (a) Malaysia memerlukan sistem satelit yang berteknologi tinggi untuk memantapkan sistem telekomunikasi dalam negara. Malaysia juga ingin bersaing dengan negara lain untuk berjaya dalam pelbagai bidang. Pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia jika terdapat kemudahan Internet yang baik. Perdagangan antarabangsa dapat berkembang dan pendapatan negara juga turut meningkat. (b) Telekomunikasi dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat. Perkhidmatan e-dagang menyediakan peluang perniagaan atas talian, iaitu peniaga dapat mempromosikan produk atau barangan yang dijual di Internet. Peluang pekerjaan juga semakin meningkat. Hal ini berikutan, berlaku perkembangan pesat dalam pelbagai sektor yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. 5. (a) Pulau haba di kawasan Lembah Klang kerana kekurangan litupan tumbuh-tumbuhaan yang mampu bertindak menyederhanakan suhu di bandar. Lembah Klang dipenuhi dengan bangunan-bangunan konkrit dan permukaan berturap yang menyerap dan menyimpan bahang matahari. Selain itu, kesesakan jalan raya akibat bilangan kenderaan bermotor yang banyak menyebabkan pelepasan asap dan haba yang banyak. (b) Meningkatkan kawasan hijau dengan menanam lebih banyak tumbuhan di kawasan bandar. Hal ini kerana, tumbuhan dapat menyerap habuk, menyerdehanakan suhu dan mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam udara. Kawasan yang mempunyai air pancut juga dapat mengurangkan suhu di kawasan bandar. Pancutan air mampu meningkatkan kadar kelembapan bandingan dan menyerdehanakan suhu. Mengurangkan penggunaan bangunan yang menggunakan bahan berbentuk cermin atau mampu memantulkan bahang matahari pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang persekitaran bandar. 6. (a) Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan jentera dan mesin telah menghasilkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan juga membebaskan gas karbon dioksida dan karbon monoksida. (b) Pemanasan global menyebabkan berlakunya perubahan iklim yang menyebabkan bencana alam berlaku. Contohnya, kemarau yang berpanjangan, sungai dan lautan menjadi kering. Peningkatan aras laut juga berlaku disebabkan oleh pencairan ais di Kutub Utara. Peningkatan aras laut ini boleh mengakibatkan banjir besar berlaku dan menenggelamkan kawasan daratan. Selain itu, pencairan ais di Kutub Utara juga boleh menyebabkan kepupusan hidupan akuatik. 7. (a) Kriteria yang perlu ada pada produk adalah boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R. Contohnya, beg kertas yang boleh digunakan semula. Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api seperti kereta solar yang menggunakan tenaga daripada cahaya matahari. Selain itu, produk teknologi hijau hendaklah selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik. Contohnya, beg plastik biodegradasi dapat mengurangkan sisa domestik. (b) Penggunaan teknologi hijau dapat melindungi sumber semula jadi seperti bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui. Pelepasan gas tercemar seperti karbon dioksida dan debu ke udara juga dapat dikurangkan dengan menggunakan sistem pengangkutan teknologi hijau. Di samping itu, ekosistem dan kehidupan dapat dilindungi. Prak Aspirasi Geog T2 Jawapan.indd 12 27/02/2023 5:51 PM CONTOH
Ujian Akhir Sesi Akademik Persediaan Awal Sebelum UASA Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.90 Sabah/ S’wak: RM7.50 Dicetak oleh: Swan Printing Sdn. Bhd. (274710-X) Lot 5249, Jalan BS7/1, Kawasan Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Sel. D.E. Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. • Bhg. Penjualan: 03 – 8959 2001/ 3001/ 4003 • Faks: 03 – 8957 3611 • Bhg. Editorial: 03 – 6150 3009 • Faks: 03 – 6150 1007 • E-mel: [email protected] • Laman Web: www.pep-publications.com Sem. M’sia: RM6.90 Sabah/ S’wak: RM7.50 Subjek Judul-judul dalam siri ini: Tingkatan Bahasa Melayu Reka Bentuk & Teknologi Geografi Sejarah Pendidikan Islam Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) English 123 Berdasarkan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Memenuhi format, standard dan keperluan kertas UASA terkini Disusun mengikut topiktopik dalam buku teks Menggabungjalinkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think Jawapan lengkap disediakan Praktis Topikal ASPIRASI KSSM Praktis Topikal ASPIRASI KSSM 2 TINGKATAN Rufina Mansur K S S M Praktis Topikal ASPIRASI GEOGRAFI 2 GEOGRAFI ISBN 978-629-7560-23-6 9 786297 560236 00-Cv Praktis Topikal Aspirasi GEO.indd 2 14/3/2023 11:51:40 AM